Saturday, April 30, 2011

Selamat Tinggal Sneakers...6

Suasana perpustakaan hening dengan tidak banyak pelajar yang ada disitu. Farizal, Amir dan Arissa sedang membuat assignment mereka yang harus dihantar 2 minggu lagi. Dengan perbincangan yang minima, mereka mengkaji menggunakan internet dari komputer riba milik Amir dan buku-buku yang ada di perpustakaan itu sebagai rujukan.

Kosentrasi mereka terganggu seketika apabila mereka dibayangi oleh bayang seseorang. Minyak wangi Chanel No. 5 menusuk tajam ke hidung mereka membuat mereka mendongak untuk melihat siapakah gerangan pemilik minyak wangi itu.

"Hai, Farizal..." Kata Marsha, memintal-mintal hujung rambutnya, sambil tersenyum manis kepada Farizal seorang sahaja, seolah-olah Arissa dan Amir tidak wujud.

"Hai, Marsha! Wass'up?" kata Farizal dengan suara yang neutral.

Melihat kehadiran Marsha, Arissa menggulingkan matanya tanda menyampah akan gadis itu. Marsha buat endah tak endah sahaja akan reaksi Arissa.

"Zal... You faham question ni tak? I tak fahamlah, you ajar boleh?" kata Marsha sambil mendekatkan dirinya kepada Farizal, menolak sedikit Arissa.

"Kurang ajar punya kayu!" Kata Arissa sementara Amir hanya mencebik.

"Okay, kita breakdown question dia, cari keyword yang penting..." Farizal, seperti biasa membantu Marsha yang sengaja mendekatkan wajahnya ke arah Farizal.

"Aha..." kata Marsha, lebih mendekat. Sepanjang penerangan dari Farizal, mereka sempat bergurau, dan Marsha, dengan penuh kegedikan tertawa sambil  memukul lengan Farizal dengan manja.

Arissa mengemas barangnya dan bangun dari tempatnya. Farizal yang sedang menerangkan sesuatu kepada Marsha mendongak apabila melihat Arissa yang sedang ingin berlalu.

"Rissa, kau nak pergi mana tu?" Tanya Farizal.

"Keluar jap, ambik angin. Kat sini PANAS. Tak boleh tahan, boleh terbakar aku." Sindir Arissa, membuat Amir tersenyum, sementara dahi Farizal berkerut.

"Panas? Panas apa bendanya? Library ni ada aircond lah!"

"Entahlah Rizal, macam magic pula gitu kan? Tiba-tiba je panas semacam."

"Ehem," celah Marsha. "Sorry, Rizal, maybe it's me. You know, I kan hot, jadi I yang emit hotness tu lah," jawab Marsha sambil memandang sinis ke arah Arissa. Amir tiba-tiba batuk dengan kuat.

"Ermm..." Farizal hanya mengangkat kening kirinya. "O...Kay...Anyway, back to the question..."

"Mir, tu sebablah panas kan? Ada orang tu mengaku dialah penyebabnya. Ish, dia mesti baru keluar dari neraka kan? Ish, ish. Takut aku. Entah-entah, setan dari neraka yang paling bawah sekali. Mesti buruk kan? Eee... Takpelah, aku nak turun bawah jap, lagi bagus."

Setelah mengambil begnya, Arissa berlalu tanpa berkata apa-apa kepada Farizal pun.

Marsha hanya menjeling saat pemergian Arissa sementara Farizal hanya memandang langkah Arissa.

"Mengada-ngada. I mean, what's her problem, ugh!" Kata Marsha. Amir membuat halnya sendiri dengan berpura-pura menyibukkan diri dengan komputer ribanya walaupun dia sebenarnya sedang bermain 'Hearts'.

Farizal sendiri tidak tahu apa sebenarnya masalah gadis itu, kerana sebelum ini, tidak pernah dia bereaksi sebegitu. Farizal meneruskan penerangannya ke Marsha yang tersenyum puas dengan pemergian Arissa.

                                                                           ***

Arissa turun ke bawah, menuju ke kantin, tetapi tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dia ke dewan dimana latihan bola keranjang diadakan, berharap Hakim sudah habis latihan atau sekurang-kurangnya, sedang berehat. Boleh juga, dia lepak-lepak atau bersembang dengannya.

Bila dia tiba di sana, hampa. Jika tadi dia melarikan diri daripada Marsha gedik, kini dia dikelilingi oleh ramai gadis- gedik- to- the-extreme sedang duduk di sana, atau menyibukkan dairi menjadi ahli sorak untuk kumpulan Cougars atau lebih tepat lagi, Pierre Laurent. Jurulatih kumpulan itu pula kelihatan sedikit rimas namun tidak dapat mengawal keadaan.

"Imran! Eyes on the ball! Eyes on the ball!" Laung Cikgu Haizan kepada salah satu ahli pasukan yang jelas-jelas terganggu dengan bufet ahli-ahli sorak yang membuang-buang ruang di situ.

Cikgu Haizan menggelengkan kepalanya. Dulu, sebelum kapten pasukannya belum putus dengan kekasihnya, tidaklah seteruk begini. Ianya hanya dipenuhi dengan sedikit gadis-gadis yang berkulit gajah -tidak tahu malu mengintai boyfriend orang: siapa lagi kalau bukan Pierre Laurent. Kalau tidak pun, teman-teman lelaki ahli pasukannya.

Kini, masalah! Bau-bau peluh jantan yang selalu menguasai dewan itu kini terganti dengan aroma minyak wangi wanita yang berbagai-bagai. Naik sesak dibuatnya. Arissa menghampiri Cikgu Haizan yang kelihatan tertekan.

"Coach!" kata Arissa.

"Aik? Awak pun ada kat sini?" tanya Cikgu Haizan separuh bergurau.

"Saya selalu ada kat sini. Kenapa tetiba, gym hall jadi konsert Justin Beiber?" kata Arissa yang hairan melihat ramainya gadis-gadis yang kononnya 'tak reti berpeluh' di situ.

Cikgu Haizan menggelengkan kepalanya.

"Sebab dia." Cikgu Haizan menunjuk ke arah Pierre yang sedang berusaha memasukkan bola ke dalam hoop. Apabila berjaya, Cikgu Haizan bersedia dengan menutup telinga. Arissa memandang ke wajah Cikgu Haizan, kehairanan.

Tidak semena-mena, ruang dewan dipenuhi dengan sorakkan kuat dan tinggi oleh gadis-gadis gedik. Cikgu Haizan hanya mengangguk dengan wajah 'tu sebablah'  kepada Arissa yang juga menutup telinganya.

"Go...Pierre! I love you!" Kata salah satu daripada mereka.

Dengan bersahaja, Pierre, mengambil posisinya kembali. Kemudian dia memandang ke arah Cikgu Haizan dan fokus kembali ke arah permainan.

Kemudian dia menoleh ke arah tadi kembali. Benarkah itu Arissa yang dilihatnya tadi? Dia lihat Arissa sedang menutup telinganya dan berbual dengan kuat kepada Cikgu Haizan, namun kata-katanya tenggelam dia antara jeritan gadis-gadis itu. Kemudian Arissa menoleh ke arah Pierre. Mata mereka bertentangan. Pierre melambai ke arahnya sambil tersenyum. Kemudian dia mengenyitkan matanya ke Arissa, sebelum fokus semula.

Arissa menoleh ke belakang namun tiada sesiapa di belakanganya. Gadis-gadis gedik semuanya duduk di bangku penonton di sebelah kanan dewan itu dan apabila Arissa memandang ke arah mereka, ada yang merenungnya tajam dan dengan rasa tidak percaya. Dengan segera, Arissa menoleh ke arah Cikgu Haizan.

"Coach... Hakim er... Mana eh?" katanya kelam-kabut.

"Hakim tu? MC. Tak datang." kata Cikgu Haizan yang tidak tahu- menahu langsung akan dewan yang semakin digegar oleh api cemburu yang kian marak. Ruang mula dipenuhi oleh bisikan sementara Arissa  seperti seekor pelanduk yang menunggu masa dibaham oleh harimau yang ganas.

"OKlah, saya pergi dulu." Kata Arissa, sambil melangkah laju meninggalkan dewan itu.

Setelah pemergian Arissa,, salah satu daripada sekumpulan gadis-gadis itu mula mengata.

"Did you just see that? Ugh! Kita yang dari tadi kat sini bersorak dia tak layan, si budak tomboy tu yang dia layan? I am officially pissed!" Kata salah seorang daripada mereka, Maya sambil mengipas dirinya dengan kipas kecil berwarna merah jambu.

"I know right? But then, mungkin dia just trying to be nice..." Kata temannya, Anita pula.

"Trying to be nice? Habis, kita ni semua macam mana? Ni tak boleh jadi ni!"

"OMG! Jangan-jangan dia pakai guna-guna tak?" Kata Idayu pula.

"Jangan nak merepeklah. Whatever it is, I hope Pierre tu cuma flirt casually, I mean, takkanlah dia interested dengan..."

"Eww...." Kata semua serentak sambil menggegarkan badan mereka.

Bunyi wisel menandakan berakhirnya latihan untuk hari itu. Setelah berkumpul untuk briefing terakhir untuk hari itu, kumpulan itu semua bersurai. Setelah itu, sibuklah gadis-gadis gedik itu semua bangun untuk mengeremuni Pierre.

Pierre dengan wajah yang rimas dan malas hanya buat bodoh sahaja apabila diasak oleh gadis-gadis itu. Dengan segera, Maya menolak semua gadis-gadis itu untuk memonopli perhatian Pierre.

"Pierre! You penat? Nak air? I bawakan 100 Plus untuk you." Kata Maya, tergedik-gedik membawakan minuman tersebut kepada Pierre.

"Thanks, but no thanks. I betul-betul penat sekarang, I nak pergi locker, mandi, kay? Thanks anyway." Kata Pierre selamba.

"Maya, aku haus! Dia tak nak, kau bagi akulah," celah Hazwan, membuatkan Maya mencebik.

"Diamlah kau! Aku offer Pierre, bukannya kau!"

Hazwan hanya mengangkat bahunya. Pierre terus berlalu namun nampaknya Maya tetap tidak berputus asa.

"Pierre, jomlah kita pergi makan lepas ni. You mesti lapar kan?" Laung Maya kepada Pierre yang sudah pun jauh pergi..

"Aku pun lapar! Kau nak belanja ke Maya?" Gurau Hazwan lagi.

" I said, shut up! Sheesh,  you ARE annoying aren't you?" Kata Maya dengan marah.

"So I've been told. Dahlah tu, tak malu ke terhegeh-hegeh kejar jantan? Jatuh harga... Anyway, Pierre tak minat langsung dengan kau atau pun langau-langau kat hall ni," kata Hazwan, merujuk kepada para gadis peminat Pierre yang terhegeh-hegehkannya." Dia sebenarnya tengah kejar satu perempuan," sambung Hazwan.

Mendengar itu, Maya segera merapatkan dirinya kepada Hazwan. Nafasnya tercungap-cungap. Dia segera mengipas dirinya dengan kipas angin merah jambunya.

"Pierre su...suka s...s..iapa hah?" tanya Maya hingga tergagap-gagap ekoran cemburu bercampur geram. Kipasannya semakin laju.

"P...Pierre S..S..Suka A...A...rissa," perli Hazwan dengan gaya cakap yang gagap seperti Maya tadi. Satu tepukan hinggap di bahunya membuatnya menjerit.

"Jangan nak main-mainlah! I kenal Pierre tu, ok? Semua taste dia tinggi-tinggi tau! Kalau setakat si Arissa tu, ugh, tolonglah."

"Tau pun, taste dia tinggi. I hope that explains kenapa dia tak interested dengan kau yer?"

Dengan itu, Hazwan berlalu meninggalkan Maya yang tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi.

2 comments:

  1. Whoaaa... Mesti pani hidup arissa jadi kucar kacir kene psycho ngan fan Pierre...

    ReplyDelete
  2. he he... tak tau lagilah. idea lom datang. tapi thx 4 e idea, maybe leh pakai gak :)

    ReplyDelete