Petang Jumaat, seperti biasa, selepas habis waktu pelajaran, seperti biasa, Arissa, Farizal dan Amir lepak di rumah Farizal untuk 'Movie Appreciation Day,' seperti yang selalu diingatkan oleh Amir.
"Penting tau, menghargai movie-movie ni semua. Tiap-tiap tahun berpuluh filem keluar, jadi janganlah kita lupa yang lama, lebih-lebih lagi kalau yang berkualiti," kata Amir.
Mereka semua tidak ada masalah dengan cadangan itu, malah, mereka nikmati dan selalu tidak sabar untuk hari Jumaat, begitu meriah dengan makanan-makanan ringan...cuma... yang tidak mereka gemar adalah filem yang selalu menjadi pilihan Amir.
Amir gemar memilih filem-filem yang bertemakan cinta, romansa atau sedih (The Notebook, A Walk to remember, The last Song).Bukannya mereka tidak menghargai filem bertemakan sebegitu, cuma Arissa dan Farizal kurang gemarkan cerita sebegitu. Arissa lebih gemarkan cerita epik, superhero,atau seram, sementara Farizal pula suka filem aksi atau komedi, yang Arissa masih boleh tonton.
Dan minggu ini Amir pula yang menentukan, cerita apa yang harus mereka tontoni.
" Kita tengok cerita Titanic!" Kata Amir, seperti ianya adalah filem yang terhebat di dunia ini.
"Hahhhh!!? Lagi...? Mir...Pilihlah cerita lain..." Keluh Arissa.
"Apa pula? Last week, aku protes kau pilih White Chicks kau buat bodoh?" kata Amir.
"Tapi Titanic? Lagi? Kita dah tengok sebanyak 5 kali!"
"6," celah Farizal.
"Titanic atau Twilight?" Kata Amir lagi.
"Last time kau pilih cerita Twilight!" Protes Farizal.
"Jadi... Titanic it is."
Dengan itu, Amir memasangkan filem Titanic sementara Arissa dan Farizal pasrah.
"Kau tau tak, aku lebih rela dia pilih cerita The Notebook or something." Bisik Arissa kepada Farizal.
Filem pun bermula dan mereka pun mula membuka keropok sambil menonton. Seketika kemudian, nenek Farizal, Nek Jah, masuk dan menjenguk ke dalam bilik itu.
"Hah, tengok baik-baik, jangan melencong buat benda lain sudah..." gurau nek Jah.
"Melencong apa pula nek?" kata Arissa.
" Iyalah, awak tu perempuan, dengan dua lelaki dalam satu bilik...." kata nek Jah lagi.
"Eh, jangan bimbanglah nek, dengan Arissa ni Amir langsung tak berselera. Gerenti selamat." Kata Amir.
"Ah, dah mula dah, mulut tak berinsurance dia tu. Nenek ada cili padi tak, biar Rissa lumur kat mulut dia!" Kemudian, Arissa hempuk wajah Amir dengan bantal guling yang terdapat di katil Farizal.
"Adoi! Sakitlah! Kasarlah kau Arissa! Cuba kau lebihkan tengok filem gini-gini... hah... tengok, gaya wanita sejati yang lemah-lembut macam mana. Kalau tak, tak berboyfriendlah kau alamatnya." Bebel Amir membuat Arissa menepuk lengannya berkali-kali.
"Sudahlah tu. Arissa, betul juga kata Amir tu. Rissa kan perempuan, tak baik kasar-kasar macam tu." kata Nek Jah. Arissa hanya menjuihkan bibirnya sambil makan keropok.
" Dahlah, releklah, kecoh ah kau Mir! Sebelum aku buka cerita lain, lebih baik kau diam tengok," celah Farizal.
"Hmm... Nenek nak siapkan makanan dulu, nanti boleh makan sama. Hari ni nenek masak ayam masak lemak cilik api."
"Yes...ah! Nenek, you are the best," kata Arissa, membuat nek Jah menggelengkan kepalanya namun tersenyum.
Arissa dan Amir sudah dia anggap seperti cucu-cucunya sendiri. Semenjak mereka berdua berkawan baik dengan cucunya sendiri, Farizal, mereka sering menyerikan rumahnya dengan keletah dan gurau senda mereka, cuma Nek Jah terkadang rasa seperti dia mempunyai 3 cucu lelaki.
Arissa memang kasar tetapi baik orangnya. Dia tinggal di blok sebelah rumah pangsa itu jadi memang sering dia ke sana untuk menemani nek Jah bercerita atau kadang-kadang tolong mengurut kaki dan bahunya. Adiknya Shafiq juga rajin ke sana, kadang-kadang membantu nek Jah untuk ke kedai.
Kadangkala, Nek Jah ada simpan angan untuk melihat Farizal dan Arissa bersatu.
"Eee... Tak naklah, nek! Arissa tu bukannya jenis yang suka cinta-cinta ni semua! Arissa tu bestfriend Rizal jelah, takde maknanyalah cinta-cinta ni semua," kata Farizal satu hari apabila ditanya oleh Nek jah.
Hai... Orang dah tak suka, takkanlah dia pula yang ingin lebih-lebih.
Di dalam, semasa mereka menonton, Arissa tidak berhenti daripada berfikir tentang Marsha dan Farizal. Iyalah, semakin hari, semakin ligat pula Marsha memendekati Farizal. Baru semalam Marsha mengajak Farizal ke rumahnya untuk hari ulang tahunnya yang akan diadakan Sabtu hadapan.
"Zal, next week kau pergi party Marsha?" Tanya Arissa.
"Entah. Korang pergi tak?" Kata Farizal sambil memakan keropok Pringles dengan bising.
"Shh....Best part," kata Amir, yang masih terlekat pada skrin televisyen.
"HONEY, Kau sorang je yang invited. Aku ngan Amir tak." Kata Arissa.
"Then aku tak pergilah." jawab Farizal selamba.
"Pelik kan, tetiba dia jemput kau? Maksud aku, party PPG ni semua selalu untuk orang-orang tertentu je. Zal, aku rasa kan, dia suka kau."
Farizal memandang ke wajah Arissa kemudian dia tertawa.
"Are you kidding me? Marsha? Suka aku? Tak mungkinlah. Kalau dia suka si Pierre mat salih celup yang kerek tu aku percayalah." kata Farizal.
Mendengar nama Pierre disebut tiba-tiba jantung Arissa berdebar-debar, namun ditahan juga. Farizal dan Amir masih belum tahu lagi tentang sifat pelik Pierre yang seperti ingin memikatnya.
"Pierre laurent? Eherm... er... Sebenarnya, Zal, aku pernah dengar Marsha cakap yang dia sukakan kau." kata Arissa dengan berat hati.
"Marsha tu siapa yang dia tak suka? Apek jual air kat kantin pun dia suka," celah Amir.
"Really? Maybe dia cuma cakap je, takde maksud apa-apa, alah macam kau ada crush dengan budak senior yang dah graduate tu lah, siapa nama dia? Rohaimi?" kata Farizal.
"Itu lain. Itu cuma crush dari jauh, aku tak berbual dengan dia pun. Ini dah sampai menyendeng kat kau 24 jam, tanya itu, tanya ini, sukalah tu."
"Nah...Aku tak fikirlah. Lagipun, Ex boyfriend dia semua sejenis... Macam... siapa mat salih celup kerek tu?"
"Pierre Laurent?" kata Arissa. Tiba-tiba suaranya seperti anak kucing tercekik tulang ikan.
"Ha! Aku ni way out of her league. Kau tanya aku ni pesal? Jealous?"
"Eh, takde maknalah aku nak jealous. Jantan macam kau ni berlambak aku boleh cari kat luar. " Kata Arissa sambil mengibas rambutnya.
"Dah tu, carilah. Jangan bawa balik duda anak sepuluh sudah." kata Farizal tertawa kecil.
"Duda anak seratus pun belum tentu nakkan dia Zal! Tomboy!" kata Amir tiba-tiba.
"Menyibuklah tu. Eh, aku pun tak heranlah duda anak seratus ke seribu, aku kalau pilih boyfriend mesti yang senonoh sikit. Yang pasti bukan macam korang." kata Arissa sambil menjeling dan makan coklat Snickers.
Farizal merampas coklat itu daripadanya dan gigit hampir setengah sebelum ia dirampas kembali oleh Arissa.
"Masalahnya, sedangkan kita-kita yang hina ni pun nak girlfriend yang feminin apa lagi kalau lelaki yang high standard. Who do you expect? Keanu Reeves?"
Arissa hanya terdiam. Padahal korang belum tau lagi, bisik hatinya. Kita tengok nanti...
***
Malam itu, Arissa tidak dapat lelapkan matanya. Semua orang memperlekehkan sifat kasarnya. Dia tahulah yang dia tidak seperti gadis-gadis yang biasa; bersolek, berdandan, lemah lembut, tetapi dia begitu gembira dengan keadaan dirinya. Rimas pula dia apabila selalu ditegur oleh kerana caranya. Ibunya juga selalu membebel tentang pilihan bajunya.
"Cubalah pakai cantik-cantik sikit. Beribu-ribu pakaian yang cantik kat kedai T-Shirt dengan Jeans ni juga yang kau sarungkan. Arissa, Arissa! Sampai bila kau nak macam ni? Lama-lama nanti, susah nak cari boyfriend tau," Arissa terkenangkan kata-kata ibunya.
Bagaimana jika ayahnya masih hidup? Adakah dia juga tidak senang akan caranya?
Arissa mengeluh. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia melihat skrin yang menunjukkan ada satu pesanan ringkas daripada nombor yang tidak dikenalinya. Dia segera buka dan baca.
'In darkest sky in the loneliest night, I'll be the star that shines for you.
I'll tuck you in, with the sweetest dream,
in a bed of roses that effloresce love,
Goodnight, sleep tight,
I'll be watching over you with the shiniest sparkle.'
"Ni mat jiwang karat mana pula tersalah hantar?" Kata Arissa sendirian.
Dia membiarkan sahaja mesej itu tanpa terjawab dan melelapkan matanya. Beberapa minit kemudian, telefon bimbitnya berbunyi lagi.
'Goodnight Arissa. You'll be in my dreams, always ;)'
Arissa memeriksa pengirimnya. Dari nombor yang sama! Siapa pula yang menghantar mesej jiwang ini untuknya? Matanya terbuka luas. Pesanan itu jelas-jelas untuknya. Jangan-jangan, Farizal atau Amir yang ingin mempermainkannya! Dia segera menelefon Farizal yang dia tahu ada dengan Amir memandangkan Amir tidur di situ malam itu. Setelah beberapa deringan, barulah telefon dijawab.
"Hmm...? Ada apa malam-malam telefon?" kata Farizal yang suara mengantuk.
"Ada apa konon! Oi, jangan nak main-mainlah! korang hantar sms kat aku tadi kan?"
"SMS mendenya pukul 1 pagi ni? Rissa... kau ngigau eh? Pergi basuh kaki aku nak tidur. Bye..." Telefon segera ditutup.
Arissa tahu benar Farizal sudah tidur melalui suaranya. Kalau dia sedang tidur, memang dia paling tidak gemar diganggu. Kalau Amir pula, bom meletup pun belum tentu dia sedar. Kini mesej itu menjadi satu misteri buatnya. Atas dasar ingin tahu, Arissa membalas pesanan tersebut.
Arissa: Who r u?
beberapa minit kemudian, pertanyaannya terjawab.
'Remember me? I'm Pierre.'
"What the -? Macam mana pula mat salih celup ni dapat nombor aku?"
Arissa:Hw do u get my no?
Pierre: I hv my ways. U fascinate me, Arissa. I jz hv 2 gt to noe u.
Eww. Uwekk!Uwekk! Macam nak muntah isi perut Arissa, namun dalam hati teruja juga. Iyalah siapa yang tidak suka bila dirinya dipuja oleh lelaki sekacak Pierre Laurent.
Arissa: r u drunk?
Pierre: As sober as can be. Arissa... knp u jauhkan diri drpda I? U ingtkan I hantu?
Arissa: u hantu ke?
Pierre: I wish, jd I leh terbang kat tmpt u skg :p
Arissa: tlg jgn. apsl u sms i ni?
Pierre: lyk i've said. I lyk u Arissa. u fascinate me.
Arissa: x masuk akal. Kt x kenal each other pun.
Pierre: nt nw, bt soon enuff.
Arissa: lol. wateva. i think u r confused. Jgn lupe, pegi dr, check ade screw longgar x.
Pierre: gdnite love.
Arissa terkesima. Kemudian dia menampar pipinya sendiri. Setahunya, dia tidak bermimpi. 'Gdnite love?' Hmm...Memanglah Arissa berbesar hati kerana dirinya dipuja oleh lelaki seperti Pierre namun untuk jatuh kepadanya? Maaflah, dia bukan seperti gadis-gadis yang mudah tewas dengan kata-kata lembut yang keluar dari mulut lelaki buaya darat seperti Pierre, walaupun lelaki itu memang kacak, fikir Arissa sebelum kembali ke alam mimpi.
No comments:
Post a Comment