Tuesday, January 31, 2012

Selamat Tinggal Sneakers...27

Iskandar melihat jam tangannya lagi. Sudah hampir 1 jam dia menunggu namun hanya kehampaan yang menemaninya. Chocolate Caramel Blended yang dipesannya tadi pun sudah habis diminumnya, namun orang yang ditunggu pun belum tiba. Dia memeriksa telefon bimbitnya lagi dan cuba menghubungi orang yang ditunggu namun tidak dijawab.

Iskandar mengeluh. Janji pukul berapa, munculnya belum lagi. Kebosanan sudah menerpanya namun ditegarkan juga hatinya kerana ia demi Marsha, kekasih hatinya yang telah terlepas dari genggamannya.

"Hello! Dah lama tunggu?"

Tepukan di bahunya mengejutkannya dari lamunannya itu. Senyuman mesra dari Maya langsung tidak dibalasnya malah wajahnya masam sahaja seperti jeruk.

"Hey, mana manners you hah? I cakap hello you boleh buat derk je?"

"Kau janji pukul berapa, datang pukul berapa? Bosan tau tak, tunggu kat sini macam batu," Iskandar meluahkan perasaan tidak puas hatinya itu kepada gadis itu. Sudahlah lambat, dia boleh buat-buat okay je, langsung tidak minta maaf.

"Okay, sorry lah. Tapi you tak boleh complain sebab I nak tolong you dapatkan Marsha balik, remember?"

"Okay... Tapi aku tak fahamlah, kenapa kau beriya-iya sangat nak tolong aku? Bukan ke kau dengan Marsha tu are not friends anymore?"

Maya duduk di kerusi hadapan Iskandar sambil tersenyum. Kemudian dia menjawab, "Sebab Pierre."

Mendengar itu, Iskandar mengerutkan dahinya.

"Pierre Laurent? Macam mana pula Pierre boleh masuk dalam cerita ni?"

"Kita semua tahu Pierre dengan Arissa sekarang, right?" Tanya Maya. Iskandar mengangguk namun dia masih belum mengerti lagi. "Dan kita suspect yang maybe Farizal tu somehow ada hati dengan Arissa...So... I want Pierre, you want Marsha tapi, Marsha dengan Farizal..."

"Are they an item now?" Tanya Iskandar dengan segera.

"No, at least not yet. Jadi, kita mesti buat sesuatu supaya you know, Arissa-Pierre putus. Dengan tu, ada harapan Farizal balik pada Arissa and you boleh dapat Marsha balik. How's that?"

Iskandar terdiam sambil memikirkan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.

"Sounds brilliant tapi macam mana kau nak actually do it?"

"Oh don't worry, I actually dah plan. You just relax and enjoy the show. Tapi takkan I nak buat untuk percuma je kan?" Kata Maya sambil tersenyum.

"Okay, name the price. I don't care how you're gonna do it or how many people will die, so as long as aku dapatkan Marsha balik," kata Iskandar.

"Oh, don't worry Hon, you can trust me on this," Kata Maya sambil meletakkan tangannya di tangan Iskandar.

                                                                                 ***

"Urghh! Kenapa dia tak jawab nih!"

Pierre cuba mendail nombor Arissa untuk kali ke lima namun satu pun panggilannya tidak dijawab. Memang keras kepala betullah gadis yang satu itu!

"Dahlah tu Pierre, kalau dia nak jawab, she would have done so 5 calls ago. Merajuklah tu." Kata Hazwan.

"Sheesh! Dalam masa experience aku date perempuan, tak pernah aku jumpa perempuan yang...Susah macam dia, tau tak." Keluh Pierre.

"Salah siapa? Kau juga yang cari hal. Macam mana dia tau pasal Elena nih?" Tanya Hazwan lagi.

"The video remember? Macamanalah kau boleh busted sampai macam tu? Kata experienced?" sampuk Daniel.

"Aku tak tau, tapi aku rasa ni mesti si A-class loser to yang sabotaj aku." Kata Pierre dengan penuh kemarahan.

"Maksud kau...Farizal?" Tanya Hazwan.

"Mana kau tau angkara dia?" kata Daniel pula.

"It has to be him! Dia sorang je yang aku tau ada video tu selain daripada Arissa. Lagipun dia kan memang dah lama sukakan Arissa! Aku nak ajar muka si loser tu nanti!" Merah padam wajah Pierre menyimpan dendam terhadap Farizal. Sikap Arissa yang berdiam diri dan langsung menghilangkan jejak terus merunsingkan fikirannya.

"Pierre can we talk?"

Kepala ketiga-tiga jejaka itu menoleh tatkala terdengar suara seorang gadis dan mendapati Emelyn yang sedang menunggu jawapan daripada Pierre.

"Emelyn?"

Emelyn mendekati Pierre dengan wajah yang melukiskan kerisauan.

"Pierre... Apa ni yang I dengar pasal you dengan Arissa?" Tanya Emelyn.

"Em...Apa yang terjadi semua are all a big misunderstanding okay? Arissa yang besar-besarkan hal."

"Tu sebab I nak jumpa you, nak...bincang pasal benda ni. Shall we go somewhere else and talk?"

Hazwan menaikkan kening kirinya melihat gelagat Emelyn yang menurutnya sebagai 'menjaga tepi kain orang.' Masalah orang dia pula yang lebih-lebih.

"Wah, you tiba-tiba jadi macam mediator pula?" Sindir Hazwan.

Mendengar itu, Emelyn memandang Hazwan dengan pandangan maut yang sudah menjadi kemahirannya.

"Well, if you must know, I cuma nak tolong Arissa dengan Pierre okay? They are my friends, so please... Kalau you tak boleh contribute apa-apa useful, tak payahlah nak perli I pulak okay?"

Hazwan tertawa sinis mendengar penjelasan Emelyn.

"Wah...Baiknya. You ada cita-cita nak jadi counselor ke? Well, kalau you ni helpful sangat, I ada banyaaaak masalah untuk  you tolong."  Dengan itu, Hazwan memberikan senyuman palsunya.

"Sorry banyak-banyaklah yer? Malangnya I cuma tolong orang-orang yang dalam list orang-orang yang I SUKA and guess what? YOU'RE NOT IN IT!"

"Oh, takpe, I tak kecik hati pun, sebab the feeling's mutual, babe."

Suasana janggal dengan ketegangan antara mereka walaupun masing-masing memakai senyuman yang paling palsu sekali sehinggakan ia mengingatkan Daniel kepada patung-patung jahat dalam filem-filem seram yang pernah menakutkannya pada waktu kecil dahulu.

Pierre berdehem untuk mengendurkan keadaan yang tegang itu

"Right, Em, I rasa, kita patut pergi dulu. Haz, Danny, aku pergi dengan Emelyn dulu kay?"

Hazwan yang tidak kuasa untuk menatap wajah Emelyn hanya mengangkat tangannya tanpa menoleh, diikuti oleh Daniel. Setelah mereka pergi Hazwan membuka mulutnya.

"Hishhh... Menyampah aku nak ngadap muka pompuan tak sedar diri tu. Nak jadi model citizen pulak, padahal mesti ada udang di sebalik batu." Hazwan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Emelyn yang dia tahu memang dari dahulu tidak suka dirinya dan Daniel.

"Maksud kau?"

"Kau fikir? Dah gatal macam kucing nak kahwin tu, faham-faham jelah. Nampak sah, masih nakkan Pierre."

Hazwan tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Gadis sepert Emelyn memang mudah dibaca.
                                                                             
                                                                                ***

Arissa duduk di sebuah kafe seorang diri, melayani perasaannya. Fikirannya kusut memikirkan tentang status hubungannya dengan Pierre. Panggilan daripada lelaki itu pun kesemuanya dibiarkan sahaja tidak terjawab atas nasihat Emelyn walaupun hatinya terdesak ingin sesangat menjawab dan mengasak Pierre dengan bermacam pertanyaan.

"Hey."

Satu teguran membuatkan Arissa menoleh ke arah suara tersebut. Seutas senyuman yang dikenalinya menyapanya, membuatkannya resah.

"Ray... Apa you buat kat sini?"

"Nice to meet you too, Arissa." Kata Ray sambil tersenyum.

Menyedari adabnya yang hilang, Arissa tersenyum sambil menyesali dirinya.

"Sorry... I cuma terkejut je, tiba-tiba boleh jumpa you kat sini. How are you?"

"As I am. Takpelah, I pun tak patut tiba-tiba sergah you dengan 'hey.' You nampak I macam nampak hantu. Termenung jauh nampak?"

"Takdelah, saje je, tenangkan fikiran I kat sini. Well, back to my question, you buat apa kat sini?"

"Oh, saja... ambik gambar untuk my private collections. I see ada guitar pick kat gelang tangan you, you minat muzik?" Kata Ray sambil memerhatikan gelang benang yang mempunyai pemetik gitar yang telah menjadi kegemarannya sejak dahulu. Arissa memegang gelangnya itu.

"Mmm...Yeah, I main gitar, you know, untuk isi waktu," Kata Arissa sambil berdehem, dengan dram kata Arissa dalam hati.

"Really? Wow... I tau main gitar but my passion is always on the drums. You know kalau tengah frust ke, kita boleh just hentak ikut hati yang tengah marah."

"You pun main drum juga?" Ekoran terlalu teruja, Arissa dengan secara tidak membuka rahsianya sedikit.

Ray memandangnya dengan hairan.

"Juga? You don't mean...Wow, cool! Tak sangka you pun main drum juga."

Saat itu juga Arissa ingin terjun ke dalam lautan yang luas, membiarkan dirinya ditelan dan tidak timbul-timbul. Namun, apa yang disedarinya kemudian, mereka begitu rancak berbual tentang minat mereka. Tentang band dan lagu yang mereka minati, tidak sangka mereka mempunyai minat dan selera muzik yang hampir sama. Ray berbicara tentang muzik kegemarannya termasuk screamo.

"Nah...I tak dengar screamo sangat, but Silverstein's good though," kata Arissa.

"Well...Kalau you nak, sekejap lagi I nak jumpa kawan-kawan I, diorang selalu perform kat this cafe called Estrella. Umm...No obligations though, please jangan fikir yang I nak you know..."

"I'd love to." Yelah, apa salahnya? Bukan maksudnya untuk membuat sebarang hubungan dengannya. Arissa fikir bahawa dia terlalu lama dalam kulit orang lain dan kehadiran teman yang sekepala dengan personaliti sebenarnya seakan memberinya satu nafas yang segar.

"Cool, tapi diorang start performing only at 8. Wanna grab something to eat? I nak sangat try burger kat satu restaurant baru ni, dekat je. I'm sure diorang ada salad kalau you're on diet."

"Okay, boleh jugak. I pun belum makan lagi," kata Arissa.

Mereka berjalan ke tempat yang dimaksudkan itu sambil berbual.

"How did YOU boleh sampai jadi model ni? You are too cool to be in an industry full of plastic, fake Barbies." Kata Ray.

"Hey, you panggil I plastic, fake Barbie?"

"No, cause I'm sure you tak macam tu."

"Macam mana you tau? You baru kenal I like what? An hour ago?" Kata Arissa.

"An hour and 20 minutes actually. I would know sebab I jumpa banyak perempuan macam diorang. You- You are nothing like them. Bila first time I jumpa you, I remember thinking to myself, macam mana gadis macam you boleh ada kat situ? Dari cara you, I knew you are different."

Arissa terdiam. Kemudian dia memandang ke wajah Ray.

"You mesti kenal banyak perempuan kan? I'm sure diorang lebih cantik, confident..."

"Tapi diorang lain daripada you. You are very real. I mean, kecantikan you mengalir naturally, it's like you don't even have to try. I suka kerja dengan you yang tak banyak kerenah. Yang lain tu...aduh..." Kata Ray sambil menggelengkan kepalanya.

Mereka memasuki ke restaurant yang disebut tadi dan membaca menu yang tersedia.

"I rasa I nak black pepper supreme burger," kata Ray, mengingatkan kembali hidangan yang menjadi rekomendasi majalah yang pernah dibacanya. "You? Kalau you tengah on diet, we could order a salad or something."

Arissa membelek hidangan-hidangan di dalam menu itu. Takkan salad lagi? Sudah naik jelak rasanya makan makanan arnab setiap hari. Ahh... Apa salahnya hari ini dia menikmati hidangan seperti orang yang normal pula? Lagipun hatinya sedang bersedih jadi, tak salah jika dia berseronok hari ini dan melupakan seketika kekusutan yang sedang berserabut di fikirannya.

"You know what? Screw dieting. I lapar I nak makan Fish and Chips. Or should I have the swedish meatballs instead?" Mata Arissa rambang melihat hidangan-hidangan yang ditawarkan. Semuanya membangkitkan selera, iyalah, setelah berhari-hari diet.

"Kita ambik dua-dua. Come on, I belanja okay?"

"Awhh...I  tak taulah. Takpelah I'll just settle for the Fish and chips jer. Gotta watch the calories."

"Alah, order sides sekalilah. Kita share okay?"

Setelah beberapa minit terdiam, akhirnya Arissa mengangguk setuju. Hari ini dia memang mempunyai mood untuk makan!!!

Beberapa minit kemudian, mereka menikmati makanan dengan gembira, sambil berkongsi cerita tentang diri masing-masing.

Dari kejauhan, Emelyn menepuk perlahan bahu Pierre dan menunjuk ke arah Arissa dan Ray yang sedang tertawa.

"Pierre, itu Arissa kan? Dan kalau tak salah I, bukan ke tu...Ray?"

Melihat itu, Pierre sudah mula ingin menyerang mereka namun tangan Emelyn segera menahannya lembut.

"Jangan...Biarkan diorang."

"Tapi..." Pierre tercungap-cungap menahan marah. Wajahnya merah melihat kekasihnya bermesraan dengan lelaki lain. Di sini dia runsing memikirkan masalah mereka, di sana dia berseronok dengn lelaki lain! Huh! Memang menyakitkan hati-jantung-limpa!

"Pierre... Bergaduh kat public takkan dapat temukan jawapan yang you nak. Besok, you tanya sendiri pada Arissa okay? Minta penjelasan daripada dia okay?"

"Penjelasan? Penjelasan apalagi?Dah terang lagi ber-spotlight lagi you nak dia jelaskan lagi?"

"Hey... You lupa ke, kenapa Arissa marah kat you? I mean kalau I, of course I akan faham sebab you ni memang terkadang tu over-friendly sangat tapi, Arissa... Dia masih mentah untuk handle perkara-perkara macam ni. Mungkin dia pun macam you, dalam 'it's-not-what-you-think situation?' "

"I lain, ni lain kay? Elena kawan lama!"

"Dan juga EX you! Gosh, Pierre, apa you dah balik dengan dia ke?"

"What? No! Dia baru balik dari States, so... I jumpa dia to catch up old times, tu je..."

"Sambil suap-suap kat cafe?" Kata Emelyn dengan marah.

" Kenapa you marah sangat?"

"Well..."Buat seketika Emelyn kehilangan kata-kata. "You jangan nak main-mainkan Arissa. Dia tu naif pasal cinta tau tak? I pun rasa memang patut dia marah bila dapat tau yang boyfriend dia tu keluar, siap bersuap-suap lagi dengan ex dia."

"Arissa tak pernah kenal apalagi tau yang Elena tu ex I unless..." Pierre memandang Emelyn dengan penuh makna. Wajah serba-salah gadis itu memastikan semuanya. "ARGHH... You told her haven't you?"

Pierre memberus tepian rambutnya. Keadaan akan bertambah rumit jika Arissa tahu bahawa Elena adalah bekas kekasihnya. Patutlah dia bukan main marah lagi hingga tidak ingin menjawab panggilannya.

" Dia memang patut tau pun. You pun, memang tak ubah-ubah perangai kan?" Kata Emelyn sambil menepuk bahu Pierre. "Tu pun I boleh selalu sabar dengan you dulu."

Suara Emelyn berubah perlahan. Ada kesedihan di matanya. Mereka mula berlalu dari situ.

"You selalu flirt dengan perempuan lain tapi I selalu tak berapa kisah sebab I tau you tak pernah serious dengan yang lain." Emelyn menoleh dan memandang ke mata Pierre. "I tau yang you cuma cintakan I seorang je. Err... pada masa tu at least. You nak keluar dengan berapa banyak perempuan pun I tak kisah asalkan dalam hati you yang sebenar-benarnya cuma ada I je."

Perlahan-lahan, air mata gadis itu mengalir. Dia tidak peduli untuk mengesatnya pun. Hari ini dia ingin meluahkan segala rasa yang masih tersisa di hatinya.

Pierre menghela nafasnya dan meletakkan tangannya di dalam poketnya.

"Kalau macam tu why did you cheat on me?"

"Sebab I cintakan you! I nak you stop perangai playboy you and make you jealous. Joe is nothing compared to you! You tak bagi I peluang pun untuk jelaskan pada you perkara sebenar, you dah jatuhkan hukuman pada I! Truth is, I tak boleh lupakan kita, lupakan you! I tak boleh."

Emelyn sudah menangis tersedu-sedu. Tidak semena-mena Pierre memeluk gadis itu sambil menutup matanya. Rasa bersalah menyelinap raganya dengan keegoannya. Bunga cintanya yang lama kembali berkembang dan ia semakin kuat dengan Emelyn di dakapannya, namun wajah Arissa timbul di benaknya membuatkannya melepaskan pelukannya. Emelyn memandangnya.

"I...ah...I tak boleh tinggalkan Arissa tapi I tak boleh lupakan you..."

Emelyn meletakkan jarinya di bibir Pierre.

"Asalkan you selalu ada dekat dengan I..."

Emelyn memeluknya lagi dan mereka tenggelam di dalam perasaan masing-masing. Rindu yang lama terkubur di hati masing-masing menjelma kembali dan di dalam kespian itu, masing-masing sudahpun mengerti apa yang mereka inginkan tanpa smemerlukan sebarang kata. Di dalam pelukan itu, Emelyn dengan diam-diam tersenyum dengan penuh makna. Kemenangan sepertinya bakal berpihak padanya. Semua yang telah diaturnya berjalan dengan lancar.

'Arissa...Kau ingat aku akan lepaskan Pierre pada kau? Maaflah, aku takkan biarkan orang rampas hak aku.'


                                                                                       ***
Farizal memandang ke langit yang mendung. Entah mengapa hatinya rasa tidak sedap hari itu, seolah-olah sesuatu yang buruk bakal berlaku. Menyesal rasanya apabila dia memutuskan untuk berjalan kaki sahaja untuk pulang tanpa menaiki bas seperti biasa, tetapi apabila memikirkan bas yang lewat tiba diikuti pula dengan banjiran penumpang pada waktu peak hour sebegini, dia akur dengan keputusannya.

'Alamak kalau hujan, mati aku, tak bawak payung!' bisiknya dalam hati.

Farizal meneruskan perjalanannya. Kiri kanan sepi, hanya bisikan angin yang sayu serta dentuman guruh, memperkuatkan ramalan bahawa hujan akan turun tidak lama lagi. Dia mempercepatkan langkahnya, namun perasaannya kuat mengatakan bahawa ada seseorang yang sedang mengekorinya. Apabila dia menoleh ke belakang, apa yang dilihatnya hanyalah pandangan kosong di lorong yang sedang dilaluinya itu, namun perasaan curiganya masih belum lenyap.

Didesak oleh perasaan kurang enaknya, dia segera berjalan pantas apabila tiba-tiba tubuhnya ditarik kasar dan mukanya serta perutnya ditumbuk berkali-kali sebelum dia sempat bertindak. Beberapa pemuda menarik beg yang sedang digalasnya dan mencampakkannya ke tepi. Setelah itu, dia dapat merasakan tubuh belakangnya  sakit seolah-olah dipukul dengan kayu atau sesuatu seperti itu.Walaupun samar, dia dapat mengagak ada dalam tiga atau empat orang yang menyerangnya. Hatinya hanya mampu berdoa agar siksa itu dihentikan sambil tertanya-tanya apa salahnya. Kepalanya sakit menahan pukulan tanpa ihsan itu.

Apabila akhirnya mereka berhenti, salah satu daripada mereka berkata, "Salam dari Pierre, lain kali jangan nak masuk campur hal orang dengan lagi satu, jangan kacau hak orang."

Dengan itu, lelaki yang Farizal cam sebagai lelaki muda berambut perang membuang kayu yang dipegangnya di sebelahnya sebelum berlalu dengan yang lain, meninggalkannya separuh nyawa.

Untuk beberapa saat, dia terlantar seketika.  Kiri-kanan tiada seorang pun yang melalui kawasan itu untuk dia meminta bantuan. Dengan bersusah payah, Farizal mencari begnya yang tercampak tidak jauh di tempat dia jatuh dan mencari telefon bimbitnya. Tanpa mempedulikan siapa, dia menelefon nama yang sempat didailnya.

Setelah beberapa deringan yang lama, barulah panggilannya diangkat.

"Tolong...Tolong....Lorong Hijau..." Dengan suara lemah, dia berkata sebelum menutup telefonnya.


                                                                             ***

Arissa duduk seorang diri di haapan padang bola yang kosong. Hari sudah lewat dan kebanyakan orang sudah pulang, tambahan pula hari seperti ingin hujan, hanya sepi yang menemani hatinya yang sayu. Memori bersama Farizal bermain di anak matanya dengan tiba-tiba dan dia dapat melihat Farizal melambai ke arahnya di padang bola itu.

"Haha! Tendang macam bangku, balik kampung tanam kacang sudah!" Kata Amir sambil tertawa apabila Arissa miss tendangannya ke jaringan gol.

"Tak, balik dapur masak nasi!" Kata Farizal pula sebelum dia dikejar oleh Arissa yang kelihatan marah itu.

"KURANG AJAR KAU!"

Arissa terus mengejar Farizal hingga dia dapat menarik bajunya dan langsung menjatuhkan lelaki itu, WWE style. Habis berlumpur baju Farizal namun mulutnya tidak berhenti mengusik.

Tanpa sedar, Arissa tersenyum sendiri mengenangkan gambaran indah itu apabila tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Apabila dia melihat pemanggilnya, dia seakan tidak percaya nama yang tertera di skrin tersebut : Farizal...

Arissa terkedu sebentar. Hatinya diburu seribu persoalan diikuti dengan hati yang berdegup laju.

"Kenapa pula dia tiba-tiba call aku?"

Dengan helaan nafas yang tersekat, Arissa akhirnya menjawabnya.

"He..Hello...?"

"Tolong...Tolong....Lorong Hijau..."

"Hello? Rizal? Kau Okay tak? Rizal! Rizal!"

Talian ditutup dan Arissa diburu rasa cemas. Suara Farizal di hujung talian lemah dan cemas, seolah-olah dia berada di dalam kesusahan.

Tanpa berfikir panjang, Arissa terus bergegas menuju ke Lorong Hijau yang tidak jauh dari kampus mereka dengan berlari walaupun dia tidak tahu apa yang berlaku. Hujan pula sudah mulai turun dengan  rintikan yang halus.

Seribu persoalan mengiringi langkahnya yang laju ekoran mengingati suara Farizal yang lemah itu. Sakitkah dia? Dalam kesusahankah dia? Menuju ke destinasinya, Arissa mendapati bahawa kawasan berdekatan lorong yang dimaksudkan begitu sepi, tambahan pula cuaca yang gelap sebegini, tiada orang yang ingin keluar dari tempat teduhan mereka.

Matanya meliar ke kanan dan kiri mencari kelibat Farizal sementara hujan pula semakin lebat. Di mana pun dia berada sekarang, Farizal pasti sendirian.

"Rizal!"

Arissa menjerit  nama Farizal, melawan rintikan hujan yang bingar itu sambil terus mencari bayangannya. Dia sudah tidak peduli lagi dengan bajunya yang semakin kuyup.

Tiba-tiba matanya menangkap sebuah beg yang sangat dikenalinya. Dengan segera dia mendekati tempat itu dan mendapati seseorang tersandar lemah di balik tembok deretan gudang di lorong itu dan serta-merta mengenalinya sebagai Farizal. Keadaan sahabatnya itu amat mengejutkannya dengan darah yang mengalir dari merata tempat, di sapu hujan dan wajahnya yang pucat dan bengkak.

"Zal, Rizal! Kenapa dengan kau? Aku datang ni Rizal!"

Arissa mendekati Farizal yang lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa, melainkan pergerakan kecil di kepalanya.

"Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni? Siapa punya kerja ni? Tunggu, I'll go get help okay? Aku janji aku datang balik."

Arissa berlari segera ke jalan raya utama dan cuba menahan kereta yang lalu-lalang namun tiada yang mahu berhenti. Dia pasti sedang kelihatan seperti orang gila kini dengan bajunya yang basah dan menangis.

"Teksi!! Berhentilah!!"

Nasibnya baik pabila ada sebuah teksi yang berhenti akhirnya. Arissa segera mengarahkan pemandu teksi tersebut untuk masuk ke lorong tersebut di mana Farizal berada. Setelah itu, Arissa keluar sebentar dan cuba memapah Farizal ke dalam perut teksi.

"Zal, aku akan bawa kau pergi hospital. Stay with me, please. Stay!"

Dengan susah payah Arissa membawa masuk Farizal yang sudah ingin memejamkan matanya. Apabila berada di dalam teksi, Arissa membiarkan Farizal baring di pangkuannya.

"Pakcik, bawa kitorang ke hospital paling dekat. Tolong cepat sikit." Kata Arissa antara sedu.

Pemandu teksi yang agak terkejut melihat keadaan itu akur sahaja. Arissa terus menepuk pipi Farizal yang sudah berat matanya supaya jangan terlelap. Dia takut jika Farizal mengalami concussion yang boleh menyebabkan koma.

"Farizal, please! Stay with me! Kuatkan diri kau please! Please!"

Farizal yang begitu letih rasa begitu kuat tarikan untuk melelapkan matanya. Kepalanya pusing dan keadannya samar. Perlahan-lahan, dia menutup matanya.

"No, no, no! Rizal bangun, please! Jangan tinggalkan aku." Arissa terus menangis sambil mengusap wajah lelaki yang berada di pangkuannya kini. Lelaki yang amat disayanginya itu. "Rizal... Tolonglah bangun! Aku sayangkan kau, tolonglah jangan tinggalkan aku."

Di sepanjang perjalanan ke hospital, itu sahaja yang mampu dilafazkan olehnya. Penyesalan demi penyesalan menghantui fikirannya tatkala dia mengingati semula apa yang telah dia katakan dan lakukan kepada lelaki itu. Sikap egonya, sombongnya. Kemudian dia memikirkan pula tentang kecurangan Pierre. Memang benar kata Farizal dahulu, lelaki itu memang buaya, dan dia cuma ingin melindunginya saja.

"Zal, maafkan, aku, aku bersalah pada kau, maafkan aku. Bangunlah, please, jangan tinggalkan aku, aku sayangkan kau."

Sunday, January 22, 2012

Selamat Tinggal Sneakers...26

Arissa tiba di studio penggambaran untuk photoshoot majalah GlamJuice setengah jam awal, ditemani oleh seseorang dari agensinya. Setelah diperkenalkan dengan make-up artist dan fashion director untuk shoot hari itu,  Arissa disuruh memakai beberapa pakaian dan didandan dari wajah hingga ke rambut. Semuanya berjalan pantas dalam studio itu.

First scene: classic Rock

Second Scene:Punk Rock

Third : gothic

Fourth: Grunge/ Rock alternative

Fifth: Scene



Arissa dibawa ke studio penggambaran di mana di diperkenalkan dengan fotografer yang akan memotretnya hari itu.

"Arissa, ini Ray, fashion photographer kami. Ray, Fresh model dari Jazz And Tash. Ni first time dia jadi, help her out, okay?" Nina, fashion director tersebut memperkenalkan mereka berdua, sebelum pergi meninggalkan mereka berdua setelah dipanggil oleh seseorang.

Ray yang sememangnya kacak (walaupun tidak sekacak Pierre), memberikan senyuman kepada Arissa sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Ray. Nice to meet you."

"Hi, Arissa." Arissa menyambut salamannya itu dengan hati yang berdebar.

"Tangan you sejuk. Fresh model huh? Nervous?"

Arissa melepaskan tangannya dengan segera.

"Umm...Ya..." Arissa memberikan tawaan gementarnya.

"Hey, no worries kay? Kitorang akan tolong you and support you," Ray mengenyitkan matanya.

"Okay, guys, let's start now."

Dengan touch-up yang terakhir, Arissa mula menggayakan menurut apa yang dikehendaki oleh Nina dan menggunakan serba-sedikit dari apa yang dipelajarinya dari Jazz and Tash.

Setelah beberapa kali menukar dandanan, pakaian dan sesak dengan hairspray dan hair extension, barulah shooting tersebut berakhir. Memang memenatkan kerana harus selalu didandan,  dicuci kembali dan disolek lagi hanya untuk mereka stail yang berbeza.

Tengkuk Arissa sampai naik lenguh sementara pinganggnya letih. Apakah setiap assignment sebegini letih?

Setelah menyalin pakaian, Arissa duduk berehat di kerusi yang tersedia. Tiba-tiba sebotol air kosong dihulurkan kepadanya.

"Haus?"

Mata Arissa memandang ke arah pemilik suara itu, Ray yang tersenyum kepadanya. Ray berkulit sedikit   keemasan, mungkin kerana terkena pancaran matahari selalu, berambut panjang yang sedikit bergelombang ala-ala Orlando Bloom dan menindik telinga kirinya. Pada pendapat Arissa, Ray memang kacak namun dia tidak berminat hingga ke arah lain.

"Actually I am, thanks." Arissa menyambutnya dan segera membuka penutupnya dan menogoknya. Ahh...Lega.

Saat Arissa meminum airnya, Ray memandangnya tanpa berkedip.

"Hari yang panjang! Tak sangka penat betullah modelling! Do you always do this everyday?" Tanya Arissa namun mata Ray tetap memandangnya. Apabila tiada jawapan, Arissa melambai tangannya dekat ke wajah Ray. "Ray? You okay?"

Saat sedar ke alam realiti, Ray menggeleng kepalanya.

"Oh, ya, sorry. Ya... I do this...almost um everyday." Tergagap-gagap dia menjawap.

"You sure you okay? Sebab you nampak macam...Confused."

Ray terdiam, kemudian dia menjawab, "I just...You cantik."

Okay...

"Thanks. I pasti you mesti jumpa banyak perempuan cantik selalu..."

"Yang cantik selalu tapi yang indah macam you, memang jarang."

Oxygen! Oxygen! Mamat ni flirting ke?

Arissa hanya terdiam terkedu. Kalau layankan nanti dikirakan mahu pula.

"Right, thanks. Umm...I kena pergi sekarang sebab..."

"Boleh kita jumpa lagi? Maksud I, lunch or something..."

No good.

"Maybe, err... someday."

"Boleh I dapatkan nombor you?"

gasp!

Mat, mat. Kau memang ler cute tapi...

"I tak rasa tu idea yang baik sebab, well...I'm with someone."

"Pierre Laurent?"

"Macam mana you tahu?"

"I kenal dia and some of his friends. Well, he is a lucky guy, I must say."

"I rasa I yang beruntung sebab dapat dia dan I tak nak you know, buat our relationship...er...terganggu dengan sebab-sebab yang tertentu."

Ray mengangkat keningnya.

"Wow, you ni setia betul. I mean, janganlah salah sangka dengan niat I. I cuma nak, well, kembangkan rangakaian kenalan I and I think you should too, being in this industry.. I mean, banyak kenalan perempuan I pun dah ada boyfriend and they're cool having me as a friend untuk chill or something."

"Well, I'm sure you memang friendly tapi I really gotta go now. My manager dah tunggu I tu. I'll see you...When I see you."

"Bye, Riss. Nice meeting you." Ray mengenyitkan matanya lagi.

Arissa memberikan senyumannya dan segera mencari pengurus dari Jazz and Tash Agency untuk pulang.

"Arissa... Well, what more can I say? Jazz and Tash did it again. I suka dengan kerja you!"

Arissa menoleh dan mendapati Nina dan pengurus agensinya, Mel yang tersenyum lebar. Nina, fashion director untuk shoot tadi menyalam tangan Arissa.

"Cik Nina, thanks. Tapi betul, saya tak dapat lakukan semua ni tanpa sokongan Cik Nina, Mel dan Ray."

"Partly, honey. Yang lain semua datang dari diri you."

Orang dah puji, kembanglah pulak. Control, control.

Arissa hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih sahaja, bersikap rendah diri. Yelah, kalau lebih-lebih nanti dikatakan lebih sudu dari kuah pula. Dia sedar dia baru di dalam industri itu dan kata-kata perangsang itu hanyalah penyuntik semangat untuk dia berkeja keras lagi. JIKA dia ingin meneruskan di dalam bidang itu.

Bila difikirkan kembali, penat juga jadi seorang model. Tubuhnya kini hampir lenguh kesemuanya dan yang paling Arissa tidak sanggup adalah bahagian solekan dan dandanan yang harus ditukar hingga berkali-kali. Serik!! Sudahlah panas, tak boleh bergerak sedikit pun takut comot eyeliner yang dilukiskan di mata.

Kakinya pula sudah sakit akibat disarungkan kasut tumit tinggi terus. Hmm...Kini sahaja dia sudah dapat membayangkan tilam empuknya yang sedang menunggunya di rumah serta air coca-cola kegemarannya yang sejuk hingga peluh ais mengalir...Menggoda.

"Okay Arissa. Kalau I ada projek lagi, I mesti panggil you okay?"

Suara Nina mengejutkannya daripada mimpinya tu.

"Oh...Ya...Thanks, Cik Nina."

Setelah mengucapkan selamat tinggal, Arissa terus sahaja menanggalkan kasut tumit tingginya sebaik sahaja mereka berada di dalam lif dan bersandar di dinding lif tersebut.

"Penat?" Tanya Mel.

"Penat sangat kak! Aduh... Dari tadi Rissa belum makan lagi tau!"

"Hmm...Ni baru sikit je tau. Kalau runway... Aduh...Lagilah penat, mana wrap party dia lagi. Penat pun terpaksa senyum layan orang, designer tu, designer ni. Ni belum termasuk rehearsal dia lagi. Rissa, bayangkan, show mula pukul say...7mlm, model kena datang pukul 9 pagi untuk rehearse sampai show habis, lepas tu ada wrap party lagi." Mel menggelengkan kepalanya membayangkan kekecohan yang pernah dialaminya sebagai pengurus agensi dunia peragaan.

Apabila dia menoleh, dia melihat Arissa sedang menutup matanya sambil tersandar di dinding lif itu.

"Aik? Tidur ke?"

Ting! Lif sudah pun turun ke tingkat pertama. Mel mengejutkan Arissa yang sepertinya tertidur dengan keadaan dirinya berdiri.

"Rissa? Rissa?"

 Arissa membuka matanya perlahan-lahan dan mengeluh apabila sedar mereka masih belum sampai ke kereta pun. Rasanya dia tidak sanggup untuk ke kereta pun.

Mel menggelengkan kepalanya melihat Arissa yang keletihan itu.

"Sebelum shoot tadi, Rissa dah makan?"

"Adalah, roti..." Arissa mengingat kembali roti peanut butter sekeping yang sempat dimakannya sebelum berangkat tadi.

"Roti je?! Biar betul kau ni! Jom, kakak belanja makan..."

"Eh, takpe, takpe! sekarang ni, Rissa dah mengantuk giler. Takde selera langsung. Kak Mel letak satu ayam panggang besar kat depan muka Rissa pun, sorry eh, not interested! Rissa betul-betul nak tilam empuk kat rumah!"

 Mereka menuju ke kereta milik Mel yang terletak tidak jauh dari situ. Sebaik saja masuk kedalam perut kereta, Arissa terus masuk dan menutup matanya. Belum sempat Arissa membuka buku mimpi, satu sms dari seseorang yang tidak dikenalinya dari telefon bimbitnya mengejutkannya.

Dengan rasa jengkel, Arissa membukanya namun satu kejutan menyapa kesedarannya.

'Just when you thought your fairy tale ended with a beautiful happily ever after, your prince charming is courting with other princess. Want a prove? Open your Email.'

Itu sahaja yang dinyatakan di dalam mesej tersebut, membuatkan Arissa tertanya-tanya sendiri. Ia membuatkan Arissa ingin segera pulang dan membuka emel nya. Apa yang dimaksudkan oleh si penghantar itu? Siapa pula yang menghantar mesej itu?

Sebaik sahaja pulang, Arissa menghidupkan komputernya dan membuka emelnya. Ada emel dari sesorang yang tidak dikenalinya. Diasak oleh perasaan ingin tahunya, dia terus membukanya dan timbullah sebuah video...

"Pierre...?"

Arissa mengamati lagi video itu dan kemudian dia teringant tentang sikap pelik Pierre dan misteri suara gadis gedik semalam... Arghhh!!! Dasar buaya darat! Dia buat hal pulak!!! Arissa menepuk mejanya ekoran mengikut hatinya yang marah. Sedih betul hatinya melihat kemesraan yang dipamerkan oleh mereka berdua. Eeee....! Geram betul hatinya! Dalam baik Pierre menduakannya!

'Aku mesti selidik dulu tentang kebenaran video ni. Entah-entah ada yang saja dengki kat aku ni. Entah video lama ke ni sebelum aku dengan dia.' Arissa cuba memujuk hatinya sendiri. Dia bertekad untuk menyelidiki hal video tersebut.

Keesokan harinya, Arissa memaksa dirinya untuk membuka matanya walaupun rasanya begitu letih sekali. Sarapan pagi yang disediakan oleh ibunya begitu membangkitkan seleranya yang membuak kerana perutnya yang dibiarkan kosong sejak semalam.

"Hah, pergi kelas tak hari ni?" Tegur ibunya yang menyendukkan nasi goreng ke pinggannya.

Arissa hanya mengangguk sahaja sambil meminum air kosong yang diambilnya sendiri dari peti sejuk.

Kemudian dia duduk dan menikmati nasi goreng yang tersedia. Mmm...Nikmatnya tidak terperi setelah berbulan-bulan berdiet.

"Milo, tak nak?" tawar ibunya.

"Eh, takpe,takpe. Air kosong je dah cukup." Mulut kata lain, tapi tekak rasa lain. Kalau boleh, satu teko dia ingin habiskan namun apabila memikirkan kalori yang terkandung, boleh menggemukkan! Kempunan dia melihat Shafiq meminum milo kegemarannya dengan nikmat.

Ibunya menggelengkan kepala sahaja melihat anak gadisnya yang semakin susut berat badannya.

"Shafiq pergi dulu, ibu." Setelah menyalam tangan ibunya, Shafiq berlalu ke sekolah sambil melambai ke arah Arissa yang menyambutnya.

Dengan pemergian Shafiq, ibunya mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa risaunya terhadap perubahan anak gadisnya itu.

"Rissa balik pukul berapa semalam?"

"Sebelas. Bila Rissa balik malam tadi, semua orang dah tidur, jadi...Rissa tak kejutkanlah..."

"Sejak Rissa jadi model ni, Rissa selalu balik lambat, selalu tak datang kelas. Badan Rissa pun ibu tengok dah susut sekarang ni."

"Biasalah, bu. Rissa kena kerja keras sikit, dah kerja Rissa macam tu."

"Lagi satu, Ibu nak cakap sikit tentang pakaian Rissa..."

Arissa memandang ke arah pakaiannya yang merupakan t-shirt berlengan pendek dan high-waisted jumper skirt paras beberapa inci bawah lutut yang benar-benar memeluk pinggangnya.

"Ke..kenapa bu?"

"Dah takde baju lain ke? Skirt tu singkat sangat. Ketat pula tu."

"Alah, pendek sikit je, lagipun ni fesyenlah. Ada orang tu pakai lagi teruk." Kata Arissa. Dia baru nak feeling-feeling Pixie Lott dah kena tegur pulak!

"Fesyen tu, fesyen jugak tapi banyak mata yang pandang, lebih-lebih lelaki. Nanti macam mengundang pula..."

"Ibu... Merepeklah ibu ni. Orang pakai sebab nak cantik sendirilah, bukanlah nak mengundanglah apa semua!"

Mood Arissa pagi itu sudah tercemar oleh bebelan ibunya tentang pakaiannya pula.

"Rissa, kita ni orang melayu, agama Islam, tak manislah kalau Arissa pakai macam ni. Kalau nak ikut fesyen macam artis-artis barat tu pun, berpada-padalah sikit. Lagi satu, Rissa ni asyik ponteng je. Periksa dah nak dekat, Rissa sibuk dengan modelling. Kalau gagal nanti kan sayang, ni tahun terakhir Rissa. Ibu fikir, Rissa berhentilah Modelling ni dulu."

"Dahlah, Bu. Rissa tak nak lah cakap pasal benda ni lagi. Rissa pun dah lambat, nak pergi dulu ye?"

Dengan itu, Arissa mengambil begnya dan menuju ke pintu tanpa menyalam ibunya seperti selalu, meninggalkan ibunya yang dirundung kesedihan. Sedih kerana anak gadisnya yang dahulu telah hilang, diganti oleh gadis lain yang begitu asing baginya.

Kadangkala dia menyesal kerana selalu menggesa anaknya yang bersifat tomboy dulu itu supaya berubah dan mengizinkannya untuk menyertai dunia peragaan. Arissa yang kasar dahulu, lebih elok kesopanannya dari segi pakaian dan lebih menghormatinya sebagai orang tua. Di dalam hatinya, dia hanya mampu berdoa sebagai seorang ibu supya anak gadisnya itu tidak terlanjur hingga melangkaui batas-batas agama.

                                                                                ***

Arissa hanya memandang Pierre yang sedang duduk di hadapannya menikmati latte. Macam mana nak tanya jika dia curang? Dari tadi gadis itu hanya terdiam sahaja, tidak banyak bercakap. Bila tanya sepatah, jawab sepatah.

"Kenapa you pandang I macam tu?"

Arissa mengalihkan pandangannya ke arah lain namun matanya terpandang Farizal dan Marsha yang kebetulan baru masuk ke dalam kafe itu. Mereka tidak menyedari kehadirannya di sana, ditenggelami oleh perbualan mereka sendiri.

"Nak makan apa eh? Aww...I stuck antara apple strudel dengan cinnamon roll!" Kata Marsha sambil melihat ke dalam gelas pameran kek dan pastry di kafe itu.

"You beli dua-dualah." Jawab Farizal. Wajah mereka begitu dekat saat sama-sama memandang ke dalam gelas pameran tersebut.

"You pick one. I'll take the other."

"Sorry, I nak chicken Pie."

"Alah..." Marsha memuncungkan mulutnya dengan manja.

"Alah, beli jelah dua-dua. Amir tu kan recycle bag, you tak habis nanti dia habiskan."

"Ish tak baik tau you ni!" Pun begitu, Marsha tertawa sambil menepuk lengan Farizal yang hanya mengangkat bahunya. "Okay, kita belikan mini pizza yang dia kirim sekali."

"Jangan lupa, Lisa punya Nutella crepe..."

Dari kejauhan, Arissa memandang dengan satu perasaan yang aneh. Di dalam bulatan persahabatan mereka, dirinya seolah-olah telah terganti oleh Marsha. Dan kemesraan yang dipamerkan oleh mereka begitu menyakitkan lebih-lebih lagi melihatkan keserasian di antara mereka. Ahh... Dia tidak berhak  untuk merasakan begitu. Bukankah ini pilihannya?

"You know what? That's it! We are out of here!"

Dengan tidak disangka-sangka, tiba-tiba lengannya ditarik oleh Pierre. Arissa yang masih terkejut menurut sahaja. Setelah beberapa jarak dari  kafe tersebut, Arissa melepaskan tangannya dari genggaman Pierre.

"Hey! Apa ni?"

"You tell me! You tak malu ke, tengokkan si budak A-class loser dengan tak berkelip!"

"Apa?"

"You jangan ingatkan I tak tau, okay? You masih fikirkan dia ke? The fire in your eyes spells jealousy,
Arissa!Sedarlah sikit, he doesn't want you anymore!" Tercungap-cungap Pierre melampiaskan kemarahannya kepada Arissa yang masih terbatu. Semuanya berlaku begitu cepat. Keadaan itu telah menarik perhatian beberapa pelajar yang dimana kaki mereka berjalan namun mata dan telinga tinggal bersama mereka.

"Shut up Pierre! You ingatkan you tu baik sangat ke? I know what you did behind my back okay?"  Balas Arissa kembali.

"Apa maksud you ni?"

Arissa tersenyum sinis.

"You cakap dengan I kenapa kita tak boleh jumpa kelmarin?"

Pierre terdiam. Dadanya berdebar buat seketika. Sudah pasti Farizal sudah memecahkan tembelangnya.

"I kan ada family gathering. Bukan ke I dah beritahu you?"

"Family you satu je? Perempuan? Mesra betul you dengan family you siap bersuap lagi."

"You cakap apa ni?"

Arissa membuka telefon bimbitnya dan membuka video yang telah dimuat turunkan ke telefon bimbitnya.

"Nih apa?"

Melihat Video itu, Pierre terdiam. Dia hanya menundukkan wajahnya, membuatkan Arissa kecewa. Soalan yang tidak terjawab itu membuatkan dia semakin yakin dengan dugaannya.

"Siapa dia? Tak mungkin dia adik you kan? Girlfriend you? Yang nombor berapa? I yang nombor berapa? I yang rampas you daripada dia ke, dia yang rampas you daripada I? Jawablah!" Arissa menepuk kuat bahu Pierre yang terbatu. Marah sedang mendidih di hatinya, terhadap Farizal pembelot itu.

"It's not what you think okay? Dia cuma... Dia cuma kawan lama I okay? Kita dah lama tak jumpa, dia... Dia baru balik dari States so it's natural for us to be..."

"Flirting? Oh jadi sebab dia dah lama tak jumpa you, kira nak lepaskan rindulah ni? Dah puas? Peluk, cium..."

"You jangan nak lebih-lebih tambah cerita eh? Eh, apa lagi yang si Farizal tu dah cerita kat you? You jangan nak percayalah dengan apa yang dia dah bagitau kat you. Dia memang sengaja nak putuskan kita!"

Nama Farizal membuatkan hati Arissa terlompat sedikit. Apa pula kena-mengena lelaki itu dengan semua ini?

"Pierre! You jangan nak tuduh orang sembarangan okay?I tak tau siapa yang hantar video tu kat I tapi that's beside the point! The point is, you tipu I, you keluar dengan perempuan lain!"

"I tak tuduh sembarangan okay? It has to be him! Semalam he confronted me pasal video ni. Siapa lagi?"

Pengakuan Pierre bagaikan sebilah belati yang menusuk ke dalam jantungnya. Farizal mengetahui tentang hal ini? Mengapa dia tidak datang dan memberitahunya sendiri. Hatinya kini bagai digenggam ketat membuatkannya sukar bernafas. Matanya seolah diugut dengan air mata yang akan terjatuh dalam beberapa saat lagi. Dia tidak rela dilihat lemah dengan tangisannya, lantas dia segera berlari menuju ke tandas, tanpa menghiraukan suara Pierre yang memanggilnya ataupun tubuh-tubuh yang menjadi mangsa rempuhannya.

Tiba sahaja di tempat selamat, di dalam cubicle tandas, Arissa melepaskan airmatanya yang mengalir seperti tiada penghujungnya. Tangisan sepi yang begitu dia mahir sejak dari kecil dahulu. Apa yang terjadi dengan hidupnya kini? Berbaloikah semua yang ditinggalkannya untuk kehidupannya sekarang. Pakaian stylish nya, kasut bertumit yang menyakitkan, mekap tebal yang begitu sukar untuk dicuci. Airmatanya kini pasti akan membuatkan matanya hitam di bahagian bawah, seperti zombi. Arissa menumbuk dan menendang dinding tandas berkali-kali, membuatkan tumit kasut kirinya pecah.

"Arghhh!!!Thank you LIFE!"

Dengan itu, dia menghentakkan kasutnya yang pecah berkali-kali sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Dengan itu, dia rasa lebih baik. Setelah itu dia mencuci wajahnya, menghilangkan maskara dan celak yang rosak tadi. Setelah itu, dia hanya memakai tinted moisturizer, bedak, eyeliner dan pemerah pipi sahaja. Dandanan yang minima, seperti yang selalu dia kenakan dahulu. Arissa melihat dirinya di cermin.

'Akukah yang berubah? Akukah yang menggulingkan dadu ke atas kehidupan aku sendiri? Akukah yang membiarkan satu-satunya sahabat yang aku sayangi pergi...'

Arissa keluar dari tnadas tersebut dengan berkaki ayam dan menuju ke lockenya. Nasib baiklah but bolanya masih ada. Iyalah, daripada berkaki ayam...

Saat dia masuk ke kelas, banyak mata yang memandang ke arahnya kerana pertama, dia lewat masuk dan kedua, mereka memandang ke arah but bolasepaknya yang berlekuk. Memang tidak selesa langsung jika harus berjalan di jalan yang rata. Ada yang tertawa kecil melihat kasutnya yang langsung tidak kena dengan bajunya.

Sepanjang di kelas, Arissa hanya termenung, tidak mengambil perhatian sangat pada pelajaran. Kepalanya tiba-tiba pusing memikirkan semuanya. Tanpa dia sedari, dari kejauhan Farizal memandangnya dengan seribu tanda tanya di hati. Dari mata gadis itu yang sembab, dia tahu gadis itu baru menangis. Sedih hatinya melihat gadis itu termenung sendiri dibelenggu oleh masalah yang dia sendiri tidak pasti. Jika dia mampu,ingin sahaja dia memeluk gadis itu, mengusap air matanya dan memberitahunya semuanya akan baik, namun itu tidak mungkin. Mendekatinya sahaja dia tidak mampu.

                                                                         
                                                                                    ***
"That, is definately her," Kata Emelyn dengan terkejut tatkala menonton video tersebut. Arissa hanya terdiam sahaja, tidak kuasa untuk berkata apa-apa lagi.

"Siapa?" Tanya Reanna.

"Elena. Pierre's ex and first girlfriend. Ughh, bukan ke dia dah pindah kat US?" kata Emelyn dengan kesal. "Arissa, you pasti ke yang they're back together again?"

Arissa mengangkat bahunya. Wajahnya berkerut seribu.

"Well, apa kata kita siasat?" Kata Emelyn.

"Nak siasat macam mana?"

"Facebook. Personal message."

"I tak tau password dialah." Kata Arissa. Lagipun dia tidak pecaya dengan invasion of privacy tetapi ini dah kirakan isolated case, jadi...

"I tau. Rule no. 1, girlfriends, know you boyfriends' FB password. Pierre punya, kalau dia masih belum tukar, LeRenard. Itu nickname yang ex dia bagi. Renard means Fox in French." Kata Emelyn.

Dengan itu, Emelyn memasuki akaun Facebook Pierre dan masuk ke dalam Personal Message Pierre.

"Bingo."

Mesej peribadi Facebook Pierre ternyata mengandungi mesej-mesej yang ditukar oleh mereka berdua yang berbaur kemesraan, dan kata-kat romantis.

Elena Hasyim: Hey Renard! Had such lovely time tadi. Gosh, didn't realize how much I missed you <3

Pierre Laurent: Ikr! Me too, sweetheart. teringat masa kita date dulu. Still thinking of those mesmerizing eyes.

Elena Hasyim: Lol, still foxy I see...Rawrr...Apa khabar gf you tu?

Pierre Laurent: Nah... She's too naive to know about us. Aniwaes, I miss sangat kat, you! Perfume masih lekat kat baju I tau.

Tap!

Arissa menutup monitor komputer ribanya itu dan mengibas rambutnya. Dia merasakan seolah-olah dirinya dipermainkan dengan mudah.

"Well... Apa tindakan you seterusnya?"

Arissa mengangkat bahunya. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Putuskan hubungan mereka?Untuk apa? Membiarkan mereka puas dan menang?

"Entahlah. I nak tanya Pierre sendiri kalau dia betul-betul serious dengan I."

Mendengar itu, tiba-tiba mata Emelyn membulat.

"Kenapa? You nak putuskan hubungan you dengan dia ke?"

"Depends."

"No. You tak payah cari dia. Lelaki ni kita kena ajar sikit. You buat bodoh je dulu, nanti diorang yang macam cacing kepanasan bila you buat tak layan. Trust me on this." Kata Emelyn dengan senyuman yang penuh bermakna.

Sunday, January 8, 2012

Selamat Tinggal Sneakers...25

"Tujuan saya suruh awak datang ke ofis saya hari ini adalah sebab I have a job for you." Kata Jazz kepada Arissa yang sedang terduduk di sofa empuk di pejabat milik Jazz.

"GlamJuice Magazine berminat untuk tampilkan you dalam magazine mereka. You'll be featured on the fashion section of the mag. Congratulations!" Sambung Tash pula.

"Apa? Serious ke ni?" Kata Arissa yang masih tidak percaya. Walaupun GlamJuice merupakan majalah baru di pasaran, ia cukup popular di kalangan remaja. Untuk disertakan di dalam majalah itu merupakan satu penghormatan baginya.

"Yes, honey." Jazz memberikan beberapa helai kertas mengenai photoshoot tersebut. "Shoot akan diadakan esok, jam 2 petang at this address. Ingat, jangan lambat."

Arissa membaca kertas tersebut dan mendapati tema bagi fesyen yang akan diambil adalah 'children of rock.' menurut deskripsinya, mereka akan menggayakan beberapa pakaian dari genre rock yang berbeza, dari rock and roll, metal, grunge, goth/emo, punk/pop punk dan glam rock. Ini membuat Arissa rasa teruja kerana tema tersebut adalah tema yang diminatinya.

"Right 2 petang."

"Do us proud, Arissa." Kata Tash.

"Jazz and tash, saya janji akan buat yang terbaik!"

Setelah keluar dari bangunan tersebut, Arissa rasa begitu gembira sekali dengan assignment pertamanya. Baru beberapa minggu berlatih dalam agensi tersebut, dia sudah diberikan kerja. Sikap Dirah si mulut itik yang menjengkelkan itu pun gagal untuk merosakkan harinya. Segera, dia menelefon Pierre. 

"Aik, kenapa tak jawab pulak?"

Arissa cuba mendail sekali lagi, barulah dapat.

"Hey, baby, ada apa?" Pierre menjawab panggilannya.

"Guess what? I baru dapat assignment dari GlamJuice!"

"That's great Honey! I tau, you mesti dapat job cepat punya! Baby, I'm so proud of you. Bila you mula shoot?"

"Besok, pukul 2..." Arissa terhenti apabila tiba-tiba dia terdengar suara seorang wanita di hujung talian.

'Pierre! you pergi mana? I can't decide...' 

Tiba-tiba suara itu hilang, mungkin gagang telefon Pierre ditutup oleh tangannya...

"Hello, Pierre?" 

Tiada jawapan.

"Hello, babe, I'll call you back, ada sesuatu yang kena I settle, kay, bye, love you." Setelah itu, telefon ditutup dengan segera sebelum sempat dia bertanya suara siapakah tadi yang memanggilnya tadi. Yang menghairankan Arissa, Pierre seperti  sedang berbual secara bersembunyi perlahan dan cepat. Siapa pula wanita tadi? Jangan-jangan...

Arissa menarik nafasnya. Mungkinkah Pierre sedang menduakannya? Semangatnya seolah-olah lenyap bagai ditiup oleh ribut dengan serta-merta.

Ah...Mungkin itu sepupunya tak? Iyalah, mereka tidak dapat bertemu hari ini pun kerana kata Pierre dia mempunyai acara keluarga hari itu, fikir Arissa, cuba menyedapkan hatinya sendiri.

Pun begitu, hatinya tetap tidak tenang, iyalah semua orang tahu bahawa Pierre mempunyai rekod 'lelaki paling tidak setia'. Bagaimana jika pemilik suara gadis tadi adalah selingkuhannya? Haruskah dia bertanya sediri pada Pierre? Heh. Kalau benar pun dia curang, begitu mudahkah dia mengakuinya? Buat pertama kali di dalam tempoh perhubungan mereka, Arissa mula tidak percaya kepada Pierre.

Kegusaran itu terbawa hingga saat pertemuannya dengan Lee pada petang itu. Mulut Lee yang becok menceritakan pengalamannya berkerja dengan pereka fesyen tersohor Ricardo Rein langsung tidak dicerna oleh otak Arissa yang masih memikirkan Pierre.

"Kau imagine, rekaan aku kat butik Ricardo Rein, class kan?"

Melihat tiada respons dari Arissa yang asyik mencucuk penyedut air ke dalam gelasnya dan menghancurkan kisaran ais dari munuman tersebut, Lee menepuk bahunya. Arissa tidak terkejut atau sekurang-kurangnya cuba untuk kelihatan terkejut pun.

"Hey, perempuan, naik berbuih mulut aku bercakap, kau boleh buat dek... je!" Kemudian dia memandang ke arah gelas Arissa yang merupakan minuman ' double chocolate cookies  blended.' Dengan krim putaran ekstra. "Umm... kata kau on diet?"

"Aku tengah stress jadi I'm allowed to have chocolates." Kata Arissa tanpa ekspresi.

"Stress? Kenapa girl? Kau nervous pasal photoshoot besok eh?" Tanya Lee.

Alamak! Esok ada photoshoot, kini dia menyumbat mulutnya dengan minuman cokelat pula. Kini dia menjadi LEBIH stress. Ekoran memikirkan 'Misteri Pierre dan Suara Gadis Yang Tidak Dikenali,' perkara yang membuatnya gembira terlupakan sebentar.

"Aku rasa... Pierre is cheating on me." Kata Arissa lagi.

Mendengar itu, Lee tersentak.

"Apa? Tak mungkinlah, girl. Aku tak cayalah. Dah 2 bulan tau, dia tu 'clean'. Takde rekod flirting dengan perempuan. Apesal kau berfikiran macam tu girl?"

Arissa menarik nafasnya dan menceritakan apa yang terjadi saat dia menelefon Pierre tadi.

"Mungkin tu sepupu dia ke, adik sepupu dia ke... Yelah, kau pun cakap hari ni dia ada family event or something kan? Dahlah, jangan buruk sangka macam tu, tak baik!"

"Macam mana kalau sangkaan aku ni tak salah? Maksud aku, kalau itu betullah sepupu dia ke nenek moyang dia ke, kenapa berbual dengan aku mesti sembunyi-sembunyi? Habis tu suara perempuan tu manja semacam je..." Menggigil kecil Arissa mengenangkan suara gedik di balik hujung talian itu.

"Adik sepupu dialah agaknya. Biasalah manja..."

Arissa hanya terdiam walaupun hatinya masih memberontak, tidak puas dengan alasan-alasan 'seposen' seperti itu. Amatlah klise. Lagipun, suara gadis itu bukanlah manja ala abang-adik, melainkan...

Tiba-tiba dia teringat seperkara lagi. Dari apa yang didengarinya melalui telefon tadi, Pierre seperti berada di pusat membeli-belah. Takkanlah acara perjumpaan keluarga di pusat membeli-belah?

"Dahlah, Arissa. Apa kata kau tanya je dia besok, habis cerita. Kita pun belum tahu kalau-kalau Pierre tu betul-betul guilty as charged ke tak."

Nak tunggu jawapan jujur dari Pierre? Minta maaflah ye, tapi playboy profesional sepertinya pasti tidak akan mengaku dan akan cuba untuk memutar-belitkan jawapannya agar aktiviti (jika benar) kecurangannya tidak diketahui. Sambil menyedut minumannya, Arissa berfikir, 'Nampaknya, aku nak kena main I Spy sendiri...'

                                                                                         ***

"You. You nampak tak apa yang I nampak?"

"Sayang, tempat ni besar, banyak orang, macam-macam yang I nampak..."

"Tu...Bukan ke tu..."

"Siang-siang buta kat shopping mall you nampak hantu?"

"You ni! Orang serious... Tu..."

Dengan menggunakan jari telunjuknya, Lisa menuding ke arah sepasang lelaki dan perempuan yang sedang berkepit lengan sambil tertawa. Amir yang tadinya blur kini sudah dapat menangkap maksud Lisa tadi.

"Eh, itu Pierre kan?" Kata Amir.

"Dan yang tengah berkepit dengan dia tu, FOR SURE bukan Arissa. Cheater bug!"

"Kenapa I tak terkejut?" Kata Amir dengan tenang.

Mata mereka mengekori pergerakan mereka yang kelihatan begitu mesra sekali, sampai naik meluat mereka buatnya. Sekali-sekali, mereka seakan-akan berbisik, kemudian mereka tertawa lagi, sambil Pierre membelai rambut gadis itu.

" Dah, I dah agak! Seasoned playboy macam Pierre takkan nak berubah!" Kata Lisa dengan marah. "Kita confront dia, jom?"

Lisa baru sahaja ingin melangkah untuk menghadapi Pierre apabila Amir menarik lengannya.

"Eh... Dah, tak payah sibuk hal rumahtangga oranglah. Dia nak two-timing ke, ten-timing ke, tu diorang punya hal. I malas nak masuk campur," kata Amir.

"You, ni! Arissa kan kawan kita!"

"Apa pula? Arissa dulu kawan I, kalau Arissa sekarang...Hmm... I masih marah tau dengan apa yang dia buat kat Rizal. Rizal tak suka bila dia dapat tau yang Pierre nakkan Arissa because of exactly...This. Orang cuba nak protect dia, dia yang degil...inilah padahnya!"

"Ish, mati-mati I ingatkan dah berubah, dia...rupanya masih vampire! Muka je lawa, perangai..." Lisa menggelengkan kepalanya.

"Sepuluh kali, I lebih baik kan? Chubby-chubby I pun..."

"Tunggu, I bilang Arissa barulah..."

"Op!Op! Takde, jangan nak sibuk-sibuk bilang dia!" Dengan pantas Amir memotongnya.

"Kenapa pula? Apesal you nak cover untuk dia? Jangan-jangan you dengan dia pun satu kepala... You jangan Amir..."

"Apa yang you merepek? Ni lah dia perempuan! Boyfriend tak curang, cakap curang. Kalau tak buat pun kena tuduh, lebih baik buat sekali kan?" Gurau Amir. Tidak semena-mena, satu cubitan hinggap di lengannya.

"Adoii! Orang gurau je lah!" Jerit Amir sambil menggosok lengannya yang dicubit.

"I tak peduli, I nak pergi confront dia juga! Jangan nak halang I!"

Lisa maju ke hadapan sementara Amir sedaya-upaya menarik tangan yang hampir terlepas darinya.

"Adoii...Janganlah macam ni! Malulah orang tengok!" Bisik Amir.

"Malu? Dah tu lepaslah! you nampak macam perogol tau! Lepaskan I sekarang, I nak pergi ajar si buaya darat tu!"

Tanpa mempedulikan Amir, Lisa melepaskan tangannya dan pergi menuju ke arah kafe di mana mereka telah menuju.

"Dia nak buat kecoh kat cafe pula..."

Amir sudah menggelebah. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia mengikuti kekasihnya itu, kalau-kalau ada sesuatu yang tidak diingini berlaku...

Saat mereka tiba di dalam kafe itu, Lisa segera spot Pierre yang sedang makan cheesecake... Sepinggan dengan 'perempuan lain' itu. Siap bersuap lagi. Lisa mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula merakam aksi melalui video telefon bimbitnya, tanpa mereka ketahui.

"Happy Birthday in advance, Arissa! Tunggu surprise ni daripada aku." Kata Lisa setelah berhenti merakamnya.

"Dah, jomlah blah dari sini! Tak payah nak confront dia, you pun dah dapat bukti yang you nak kan?" Kata Amir sambil menarik tangan Lisa untuk beredar dari situ.


                                                                                   ***

"Zal! Aku nak tunjuk kau sesuatu ni."

Farizal yang sedang baring di padang bola yang luas itu menoleh malas ke arah sahabatnya yang duduk di sebelahnya.

"Tunjuk apa?"

Amir mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan video yang ditangkap oleh Lisa semalam. Farizal yang tadi sedang bermalas-malasan itu menyepetkan matanya sedikit untuk mengenal pasti apa yang sedang dilihatnya itu.

"Itu..."

"Memang pun."

Amarah meresap laju di aliran darah Farizal. Memang dia tahu Pierre itu seorang playboy tetapi oleh kerana Arissa memilih untuk bersamanya, dia selalu berdoa dan berharap agar lelaki itu berubah demi sahabat yang sangat disayanginya itu.

"Ini gambar baru ke lama?"

"Baru. 100% legit sebab Lisa yang ambik. Aku pun ada kat situ."

Farizal membisu. Sedih apabila dia mendapat tahu tentang kecurangan Pierre. Tiba-tiba dia berdiri.

"Kau nak pergi mana pula tu?" Tanya Amir.

"Nak ajar sikit mat salih celup tak sedar diri tu!"

Amir bangun untuk menghalang niat Farizal yang ingin berhadapan dengan Pierre.

"Eh...Relax, dude! Kau nak ajar dia macam mana? tumbuk muka dia? Belasah dia? Dahlah tu Rizal... Kau tak ingat ke dulu masa kau pukul Pierre, Arissa bukan main marah lagi?"

Niat Farizal terkurung buat sementara. Ada benarnya juga kata Amir namun dia tidak ingin duduk diam sahaja tatkala mendengar perasaan Arissa diperdaya dengan mudah begitu.

"Aku nak slow-talk sikit dengan dia."

Farizal berjalan menuju ke arah dewan di mana dia tahu Pierre pasti akan berada untuk latihan bola keranjangnya.

"Rizal! Rizal! Kau better not do something stupid!"

"Kau stay sini! Please."

Farizal pergi menjauh meninggalkan Amir yang hanya mampu menepuk kepalanya atas kebijaksanaannya membuka mulutnya yang besar. Sungguh dia tidak menyangka Farizal akan membuat sebarang tindakan.

Saat Farizal menjejakkan kakinya ke dewan tersebut, satu debaran menyambutnya. Matanya segera tertumpu kepada lelaki tinggi yang berkulit putih, dengan bersahaja merampas bola dari pihak lawan. Sempat juga dia mencari-cari kalau Arissa juga berada di situ walaupun setahunya, gadis itu tidak masuk kelas hari ini. Setelah itu, dia menunggu sebentar sehingga latihan mereka selesai. Dengan satu jaringan oleh Pierre, permainan ditamatkan oleh wisel coach Haizan. Setelah memberi taklimat mengenai latihan yang baru berakhir tadi, mereka pun dibenarkan pulang.

"Okay, kita berhenti untuk hari ini. Sambung minggu depan. Ingat, play hard, study hard!"

Dengan itu, ahli kumpulan tersebut pun bersurai untuk meminum air atau berehat. Farizal teragak-agak untuk mendekati Pierre apabila mata mereka bertentangan. Pierre yang sedang berbual dengan Hazwan dan Daniel segera mengalih perhatiannya kepada Farizal. Kehairanan menyapanya. Apa pula yang dikehendaki lelaki itu? Adakah dia mencari dirinya?

Hazwan dan Daniel menoleh dan mendapati dua lelaki itu saling tenung-menenung. Pierre adalah kekasih Arissa dan... walaupun tiada kata yang rasmi yang menyarankan Farizal dan Arissa mempunyai hubungan cinta, semua orang serba-sedikit tahu apa yang mungkin tersimpan di dalam hati masing-masing.

"Pierre, Farizal datang cari kaulah! Nak cari  pasallah tu, biar aku..."

Pierre menahan Daniel yang sepert ingin bertindak untuk bergaduh dengan Farizal.

"Biar. Aku nak tau apa yang dia nak."

Pierre dan rakan-rakannya mendekati Farizal yang seakan-akan menungggunya di luar dewan itu.

"Farizal... Tunggu aku ke?"  Sapa Pierre dengan senyuman sinis.

"Aku nak cakap dengan kau sikit." Kemudian dia menoleh ke arah Daniel dan Hazwan, sebelum bekata, "Seorang."

Pierre memberi isyarat kepada rakan-rakannya supaya pergi. Mereka berdua akur sahaja walaupun ada keraguan dia riak wajah masing-masing.

"So... Farizal. Ada apa sampai susah-payah cari aku kat sini?"

"Kita berbual kat tempat lain. Ada sesuatu yang aku nak tanya kau." Kata Farizal.

"Kat kafe okay?"

Farizal mengangkat bahunya tanda akur sahaja. Pertemuan mereka bukannya sebagai dua sahabat yang ingin bersembang dengan gembira melainkan berbincang tentang video kecurangan Pierre.

Setelah tiba di kafe, Pierre berhenti seketika.

"Kita dah kat sini, I might as well get a latte. Kau nak apa-apa?" Kata Pierre yang hanya ajak-ajak ayam. Pertemuan mereka dirasakan hanya membuang waktunya sahaja. Ini tak lain tak bukan ingin berbincang tentang Arissa lah.

"Takpe. Aku tunggu kau kat meja tu."

Farizal memerhatikan saja lagak Pierre yang bersahaja, tidak mengambil serius pertemuan mereka. Setelah kembali dengan Latte nya, Pierre duduk di hadapan Farizal dan menghirup latte tersebut sebelum bersuara.

"I'm here. So?"

"Sejauh mana kau cintakan Arissa?"

Soalan itu membuatkan bibir Pierre merekahkan seutas senyuman. Bingo! Seperti yang dijangkakan...Pierre menggelengkan kepalanya.

"Kau bazirkan waktu aku selama," Pierre memeriksa jam tangannya, " 15 minit dalam hidup aku hanya untuk tanya aku soalan yang bodoh tu? Okay, aku akan jawab. Ya, aku cinta, sayang, love her. Do you want me to translate it in french too?"

 'Dasar Mat salih celup kerek!'  cemuh Farizal di dalam hatinya.

"Kalau macam tu, kenapa kau curang?"

Wajah Pierre bertukar serius tatkala soalan itu diajukan kepadanya.

"Apa yang kau merepek ni?"

Farizal mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan video itu kepada Pierre. Menonton video itu, Pierre terkejut namun dia cuba mengawal reaksinya. Itulah adalah video dirinya dengan err.. teman baiknya semalam. Damn! Mana pula dia dapat video itu?

"Mana kau dapat video ni? Apa? Kau stalk aku or what?"

"Takde makna aku nak stalk kau. Ada orang bagi aku video ni. So, betullah tu kau?"

"Uhh...Tak, tu doppelganger aku," kata Pierre dengan sinis. Doppelganger adalah sejenis hantu yang menyerupai seseorang.

Mendengar sindiran Pierre, Farizal hanya menggulingkan matanya.

"Look, kau dengar sini. If you wanna be with her, aku harap kau jagalah cinta dia dengan baik. Tolonglah, jangan sakitkan hati dia. Dia...Dia bukan macam perempuan lain yang kau pernah  date."

"Kenapa? Kau rasa yang kau lebih baik untuk dia daripada aku? Macam ni lah superman. Kau tak payahlah risau sangat sebab aku betul-betul cintakan Arissa dan aku akan jadi kekasih yang terbaik untuk dia. Better than you'll ever be. Aku boleh bagi dia apa saja yang dia nak. So... tak payahlah risau."

"Habis tu ni apa?!" Kata Farizal yang hampir-hampir tidak dapat menahan kemarahannya apabila merujuk kepada video tadi. Suaranya yang mula meninggi tadi telah menarik perhatian banyak mata. Kenyataan bahawa pertemuan dua lelaki yang dikatakan  mencintai seorang gadis duduk semeja juga menarik perhatian mereka.

Pierre memberus di tepian rambutnya sebelum menjawab.

"Okay, aku takkan cari alasan dan cakap yang lelaki dalam video tu bukan aku. Ya, tu memang aku dengan perempuan lain, but we are just friends okay? Dalam hati aku cuma ada Arissa je."

"Dari apa yang aku nampak, it seems more than just friends antara korang berdua..."

"Cukup. Sekarang kau nak bilang Arissa, telling her how a jerk I am, cheating behind her back, which is of course, tak betul.  Kau tak tau apa yang sebenarnya terjadi masa tu, kau bukannya ada kat sana pun. And anyway Farizal, kau dengan dia are not even friends anymore. Aku harap kau stop shadowing her. Dia dah besar and building her own dreams, and you are not in it. Dia bahagia dengan aku, jadi kalau kau betul sayang dia sebagai KAWAN, tolong jangan buat dia sedih dengan cerita-cerita tak berasas macam ni."

Dengan itu, Pierre bangun dari kerusinya dan meninggalkan Farizal yang baru dihentak dengan realiti yang berat dan menyakitkan. Duduk sendirian disitu, dia berasa seperti orang yang bodoh. Apa yang difikirkannya saat dia ingin berhadapan dengan Pierre? Apa yang ingin dia buktikan? Semua akhirnya hanya membuahkan kekecewaan dan malu pada dirinya sendiri.

Farizal menghela nafasnya. Awan mula menyeliputi matahari, membuatkan hari gelap, seiring dengan hatinya yang kini dirundung pilu. Siapalah dirinya kalau ingin dibandingkan dengan Pierre Laurent?