Mata mereka bertiga tertumpu ke arah gadis yang sedang berada di balik kaunter pembayaran, membuat minuman pesanan pelanggan yang ada di kafe itu. Seperti yang telah dijanjikan, Hazwan telah membawa Pierre Laurent dan Daniel ke kafe CocoaVanilla tempat di mana Arissa bekerja sambilan.
Mata Pierre, terutamanya, mempelajari gadis itu dari jauh. Dari aspek fizikal, gadis itu biasa saja. Tidaklah setinggi gadis-gadis yang meminatinya. Bentuk tubuhhnya tidaklah kurus melidi tetapi langsing dan bebentuk curvy. Kulitnya keemas-emasan mungkin akibat aktiviti bolasepak yan disertainya. Rambutnya yang panjang dikepit sahaja dengan butterfly clip sementara matanya yang agak besar ditambah dengan eyeliner, iaitu satu-satunya dandanan yang ada di wajahnya. Menarik... Walaupun tidak secantik atau bergaya seperti Emelyn.
"Macam mana?" bisik Hazwan kepada Pierre.
"OK, not bad." Jawab Pierre kembali.
"Pergilah approach dia." Bisik Daniel pula.
Pierre memandang ke wajah Hazwan, kemudian dia mengambil napkin yang tersedia dan menulis nombor telefonnya di napkin tersebut menggunakan pena Mont Blanc nya. Kemudian dia meninggalkan kerusinya untuk mendekati Arissa yang sedang berkemas di balik kaunter pembayaran. Melihat kedatangan Pierre, dia menghentikan apa yang sedang dilakukannya dan melayan Pierre.
"Ya encik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Suara dan wajahnya neutral, tidak seperti gadis-gadis yang biasanya cuba menarik perhatian Pierre.
"Bagi saya Tiramisu, dan tiga iced mocha blended," Kata Pierre, siap dengan senyuman bonusnya yang menawan lagi.
Dengan itu, Arissa melakukan tugasnya seperti biasa, tidak ada tanda-tanda yang dia terpikat atau mengambil minat pada lelaki tersebut.
'Hello! Aku Pierre Laurent, lelaki yang banyak gadis terkejar -kejar!' Bisik hati Pierre yang hairan dengan sikap gadis di hadapannya. Padahal, hari itu dia memakai minyak wangi Hugo Boss -wangian yang dipercayai dapat memikat wanita.
Setelah bertanya harga yng dipesan tadi, Pierre membayarnya dengan kad kredit Platinum nya -satu lagi aksesori nya bagi memikat wanita. Tanpa terpengaruh, gadis itu terus membuat pembayaran itu dengan bersahaja.
"Sila tandatangan di sini," katanya, menghulurkan sebatang pena.
Pierre mengeluarkan pena Mont Blanc nya -satu lagi modal pusingan pikatannya -dan menandatangani resit persetujuan kad kredit tersebut.
"Terima kasih."
Selesai. Tidak ada tanda-tanda gadis itu ingin menarik perhatiannya atau sesuatu seperti itu. Pierre senyum ala James Bond nya, memandang ke arah teman-temannya di mana Daniel sdang menunjukkan ibu jarinya tanda sokongannya dan mendekatkan dirinya seperti ingin membisikkan sesuatu kepada Arissa.
"Listen, can I get your number?" Bisik Pierre kepada Arissa. Arissa berhenti mengelap kaunter tersebut dan menarik kening kirinya ke atas, memandang lurus ke arah Pierre.
"Excuse me?"
"Number you. You tau tak? I dah lama perhatikan you and you interests me. You Striker kelab bolasepak kampus kita kan? I nampak you score semalam, and I'm thinking like, whoa! That's sexy!" Itu dia, ayat mat perancis sudah mari. Namun, Arissa hanya memandang pemuda itu tanpa berkedip, seolah-olah, Pierre berbicara dalam bahasa perancis.
'Dah sewel ke apa ni mamat? Tackle tomboy macam aku. Gilalah tu sejak putus dengan si cacing kerawit tu' bisik hati Arissa.
Arissa memandangnya seolah-olah sedang mengkaji sesuatu yang aneh di makmal sains.
"Are you hitting on me?" tanya Arissa memastikann keadaan.
"Well, if you don't mind, I nak ajak you pergi date, You know, tengok wayang ke..."
"Sorry, aku tak minat. And by the way, my number's not for sale here, not even dengan credit card kau tu." Kata Arissa berterus-terang sambil merujuk kepada kad kredit platinum milik Pierre. Itu membuat Pierre tergamam. Rejected? REJECTED?! Seumur hidupnya memikat wanita, tidak pernah dia ditolak bulat-bulat sebegitu.
Pun begitu, Pierre mencuba untuk menutup rasa terkejutnya itu dengan cuba bertenang. Buat seketika, dia berdehem, kemudian di mengambil napkin yang tertulis nombor telefonnya dari poket blazernya dan meletakkan ke atas kaunter.
"Call me." Katanya sebelum mengenyitkan matanya dan berlalu ke tempat temannya yang sedang menahan tawa.
Arissa mengangkat bahunya dan mengambil napkin tersebut dan menyeluk ke poketnya.
Sementara itu, Pierre mendekati meja teman-temannya sebelum membuka tangan tanda' aku-tak-tahu' dan mereka tertawa makin kuat walaupun tertahan.
"Dude, are you sure she's not a lesbo?" Kata Daniel antara tawanya.
Pierre mengambil tempatnya dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Well, dia tak minat," katanya.
Mereka memandang ke arah Arissa yang sedang membuat minuman dengan bersahaja, langsung tidak terpengaruh dengan keadaan seminit tadi. Kemudian datang seorang lagi pekerja perempuan yang seumur dengannya sedang memakai apron.
"Eh, siapa mamat handsome yang beli Tiramisu tadi hah? Handsome giler!"Ujar gadis yang bernama Emma itu. Dia terus memandang Pierre, berangan-angan.
"Customer lah." Jawab Arissa acuh tak acuh walaupun dadanya berdegup laju kerana tidak percaya Pierre Laurent, THE Pierre Laurent meminatinya. Namun dia jual mahal kerana tidak ingin jatuh harga.Itu pun kalau Pierre benar-benar meminatinya.
"Tapi handsome kan? Alah... Rugilah aku tak serve dia tadi, manalah tau dia minta nombor aku ke."
Tiba-tiba Emma bersin dengan kuatnya. bergegar seketika satu kafe.
"Oops," katanya sedikit malu apabila semua mata memandang ke arahnya. Dia segera mencari-cari tisu di sekelilingnya sambil menutup hidungnya.
Arissa menggelengkan kepalanya dan memberikannya napkin yang ada nombor telefon Pierre kepada Emma.
"Nah, laplah hingus tu, tak senonoh," gurau Arissa.
Dengan itu, Emma mencapai napkin itu dan menghembus hingusnya ddengan perasaan tidak bersalah, sementara Pierre dan rakan-rakannya memandang dengan rasa tidak percaya.
"Aku baru nak cakap yang at least dia simpan nombor kau...."Kata Hazwan.
Wajah Pierre ronyok sahaja. Sambil minum, dia memandang tepat ke arah Arissa yang kini sedang melayan seorang lagi pelanggan wanita.
"Kau give up sudah, Pierre. Apa kata kau try hit budak sebelah dia tu, not bad juga aku tengok. Lagipun, aku rasa dia lebih interested." Cadang Daniel.
Cabaran. Itulah yang dicari-cari oleh Pierre selama ini. Tiba-tiba ada satu rasa baru timbul dalam diri Pierre. Satu rasa Excitement meledak dalam jiwanya yamg selama ini terasa bosan. Dia ingin merasakan satu kejaran yang sulit, mempunyai sesuatu atau dalam kes ini, seorang target.
Selama ini dia begitu mudah untuk memikat gadis yang berkenan di hatinya, lantas begitu mudahnya dia melepaskan mereka ekoran bosan. Gadis-gadis yang pernah menjadi koleksinya semuanya sama, seperti koleksi anak patung Barbie, cuma bertema lain. Namun, gadis di hadapannya itu berbeza -seperti Bunga ros di musim salju, dan dia tidak akan melepaskan gadis setegar itu, mungkin bukan kerana cinta tetapi kerana uniknya gadis itu.
"Sorry guys, kalau korang nak suruh aku give and lose the race, then I'll have to disappoint you guys." Kata Pierre.
"Ok, cubalah kecewakan kitorang," kata Hazwan, kemudian dia mengangkat minumannya untuk bersulang. "Here's to Pierre. Good luck man."
Mereka bertiga bersulang minuman iced Mocha blended mereka.
"Thanks." Kata Pierre dengan satu keyakinan dan azam yang baru.
'Arissa, kalau aku gagal memikat kau , jangan panggil Pierre Laurent.' Bisik hati Pierre yang tertuju kepada gadis tomboy, striker berbaju nombor 5 itu.
No comments:
Post a Comment