Sunday, April 24, 2011

Selamat Tinggal Sneakers...Chapter 5

Arissa duduk di hujung anak tangga sambil memandang ke arah teman-temannya bermain papan gelungsur, namun pemikirannya tiada di situ, dia masih teringat akan peristiwa dua hari yang lepas di tempat kerjanya. Pierre Laurent? Meminatinya? Apa steam pula lelaki itu meminatinya? Arissa tahu benar pilihan-pilihan pemuda yang diakuinya kacak itu. Semuanya cantik-cantik dan bertubuh 'boom', tetapi dirinya? Bagaimana kalau dia hanya ingin cuba-cuba sahaja?

Arissa meneguk air mineralnya. Kawan sepasukan bolasepaknya, Hani tetap cantik dan feminin walaupun meminati sukan itu, jadi, masih masuk akallah kalau dia pernah menjadi kekasih Pierre.

Pierre Laurent boleh memikat sesiapa saja yang dia mahu tetapi kalau Arissa, minta maaflah. Selisih kalau jadi kekasih buaya darat yang minatnya hanya ingin 'ngap' wanita sahaja. Habis manis, sepah dibuang. Kalau ada seorang sahaja lelaki yang tinggal di dunia ini pun, jangan haraplah dia akan memiliki pemuda itu, biarpun dia harus menjadi anak dara tua!

Satu tepukan di belakangnya mengejutkan dirinya dari lamunannya.

"Termenung nampak? Jomlah, skate." Tegur Farizal.

"Takpelah, kau pergilah. Sekejap lagi aku dah nak balik, tak jadilah, lepak dengan korang, aku nak jimat sikit." kata Arissa, sambil memusin-musingkan botol airnya seperti gasing.

"Ni mesti pasal kasut Shafiq kan?"

Arissa terdiam. Tidak semena-mena, Farizal mengeluarkan sesuatu dari begnya -sebuah beg plastik berisi kotak. Kemudian, dia menyerahkannya kepada Arissa.

"Apa pula ni?" Tanya Arissa kehairanan.

Farizal hanya tersenyum, sebelum berkata, "Untuk Shafiq. Bukalah."

Dengan ragu-ragu, Arissa membuka plastik itu. Cap bintang yang amat dikenali oleh Arissa menyambut tanyanya. Kemudian bibirnya terukir senyuman yang lama hilang tatkala melihat kasut putih Converse untuk persekolahan Shafiq nanti. Buat seketika, lidahnya kelu.

"Zal...Aku... Thanks bro." Kata Arissa menahan sebak. Sudah berapa lama dia bercadang untuk membeli kasut baru untuk adiknya tetapi duit gaji yang diperolehinya selalu sahaja harus digunakan untuk membayar sesuatu yang lebih penting.

"Alah, takpelah. Kau pun selalu banyak tolong aku. Kita kan kawan. Dah lah, kalau kau nak thank aku sangat, kiss akulah." kata Farizal, sempat bergurau.

"Kurang ajarlah tu," Arissa menumbuk bahu Farizal dengan perlahan tanda gurauan. Sesaat, wajahnya kembali ceria.

Farizal hanya tertawa kecil, menunjukkan lesung pipitnya.

"Baru nak try. Anyway, jomlah, Arissa, kita lepak kat kedai kopi tengok bola nanti," pujuk Farizal.

Wajah Arissa kembali muram.

"Sorry lah, Rizal. Aku tetap tak boleh. Macam yang aku cakap tadi, bulan ni aku tengak sesak. Aku betul-betul kena pakai duit bulan ni," kata Arissa, mengenangkan ibunya yang masih enggan berjumpa doktor dan sewa bulanan rumahnya yang tertunggak. Ini belum termasuk bil api-air lagi. Arissa mengeluh di dalam hati.

"Jomlah, hari ni aku sponsor. Amir dengan Hakim dah confirm. Tengok dengan Hakim tak bestlah, nanti dia tidur, orang pekik gol baru dia bangun. Jomlah, meh!" Farizal terus-menerus memujuk Arissa untuk menemaninya menonton bola malam nanti.

Arissa berfikir sendiri. Apa salahnya? Iyalah, sesekali tu pun, dia harus merehatkan minda juga dengan tekanan-tekanan yang membebaninya semenjak-dua menjak ini. Menonton perlawanan bolasepak dengan jantan-jantan burung hantu (atau dalam bahasa literal, pemuda-pemuda yang jaga malam,tidur pagi,) memang seronok. Apalagi kalau ditemani dengan air coca cola dan roti canai tambah telur...Mmm.... Jadi-jadi!

                                                                   ***

"BURRRPPP!"

Arissa memberikan satu sendawa yang panjang setelah menikmati roti canai tajaan Farizal dan mengahabiskannya dengan satu togokan coca colanya ke mulutnya.

Hakim yang sedang tidur itu segera terbangun.

"Dah gol ke? Siapa yang masuk?" Katanya yang masih keadaan blur.

"Oi, kau kalau nak tidur pergilah balik, buat kerja lebih pekerja kat sini je lap air liur basi kau tu," kata Arissa.

Tiba-tiba bunyi satu deringan telefon bimbit milik Hakim.

"Dia bunyi lagi..." Kata Amir, merujuk kepada teman wanita Hakim yang suka berkepit/menelefonnya 24/7.

Hakim memberi isyarat kepada member-member yang lain supaya diam. Dia berdehem sebentar sebelum menjawabnya.

"Hello... Sayang... Hah? Kat rumahlah. Sumpah demi Man U I tak tipu! I tengah er... Kat dapurlah ni minum air tu yang suara I segar."

Teman-temannya yang lain hanya tertawa kecil menggelengkan kepala melihat usaha Hakim membohonginya kekasihnya. Kekasihnya, Ayu adalah seperti Arissa jangkakan -seperti, grrr, Marsha dan PPG sekalian cuma tidak terlalu ekstrim gediknya. Dia paling tidak suka kalau Hakim memberi terlalu banyak perhatian kepada teman-temannya, itu sebab, sejak berteman dengan Ayu, mereka jarang bertemu dengan Hakim. Kalau bertemu pada waktu malam pun, asyik tertidur sahaja kerana melayan gadis itu pada siang hari.

"Okay, bye..." Kata Hakim, menutup telefon.

"Girlfriend? Ish, tak rimas ke asyik tenung dia sebelah pagi, pastu dia call tiap-tiap malam. Eeee..." Kata Arissa menggigil.

"Inilah yang dikatakan cinta... Kau manalah tau ni semua. Bagi orang yang pernah mengalaminya je yang tau nikmatnya."

"Dan seksaannya." Celah Amir. "Jangan lupa, aku pun dating Liza. Aku pun bercinta juga tapi nasib baiklah dia tu tak macam...Eee...Itupun, aku rimas bila dia asyik suruh aku diet." Kata Amir sambil menikmati sepinggan mi gorengnya buat kali kedua.

"Itulah tanda cinta namanya, dia prihatin pasal kesihatan kau." jawab Hakim.

"Eh, takde, suruhlah Ayu join kita tengok bola malam. Baru dia tau apa yang best! Buat dia minat tengok bola... Yelah football players EPL semua pun handsome, jadikan itu tarikan. Seingat akulah kan, dia suka Cristiano Ronaldo kan? Bila masa dia tengok bola?" kata Arissa.

"Um... Dia tak tengok bola. Masa aku baca majalah bola hari tu, dia nampak gambar Cristiano Ronaldo, terus dia terpikat. Pasal nak ajak dia join kita, hmm... jangan haraplah. Firstly, dia tak minat bola. Secondly, dia perempuan, dan, perempuan tak makan selepas jam 6 petang. Dan kerana dia perempuan, itu membawa kita ke point yang pertama."

"Tu nak sindir akulah tu! Hello... aku pompuan, aku makan selapas jam 6 petang walaupun sekarang dah pukul satu pagi dan... aku tengok bola."

" Dan sendawa macam lelaki. " tambah Amir.

"Thanks, Amir, aku tau tu semua. Look, aku appreciate korang perhatian... Sangat pasal aku tapi, please lah, korang! Siapa yang tetapkan SEMUA perempuan dalam dunia ni tak tengok bola?"

Mereka semua memandang sekeliling mereka. Yang khusyuk memandang permainan liga bolasepak Inggeris itu semua lelaki.

"Okay. Mungkin diorang tu semua tengok kat rumah. Siapa tau kan? Kedua, kalau SEMUA perempuan tak makan malam, mana wujudnya candlelight dinner? HAH!"

"Ermm...Ya. couple pergi candlelight dinner, tapi perempuan SELALUNYA order salad. Just saying." Tentang Hakim.

"Okay... Tapi tak semua. Kalau tak buat apa restaurant nak sibuk cuba resipi baru?"

"Esoknya diorang exercise." Kata Hakim mengangkat bahu.

"Aku hari-hari exercise sayang."

"Ah. Disitulah berakhirnya persamaan kau vs perempuan sejati. Kau: lari outdoor, terkena matahari terik semua, main bola, skating. Diorang: Kalau nak lari pun, pakai treadmill kat gym yang ada Air-cond. Atau tak pun, aerobics atau yoga. No offence sweetheart."

"Okay, pasal sendawa. Apa, diorang robot ke tak sendawa? Oh, no,  aku seorang je ke perempuan manusia dalam dunia ni?" Kata Arissa dengan penuh drama.

"Diorang tetap sendawa, tapi dengan adab, A-D-A-B. Diorang tak sendawa sampai boleh buat orang yang tidur bangun. Diorang kalau nak sendawa diorang buat secara discreet, honey. Pergi toilet atau tempat tak ada orang."

Arissa memeluk tubuhnya dengan wajah yang masam, sementara Farizal hanya tertawa dari tadi. PEMBELOT!

"Okay, guys, give her a break. Apa-apa pun kau tetap paling best lah Arissa! Kau tak payah berubah, aku suka kau, just the way you are. Kalau kau tak ada, kaki lepak kita boring." Kata Farizal mengepit tengkuk Arissa dengan lengannya, sambil menggosok kepalanya.

"Anyway," kata Arissa, "aku happy dengan diri kau sekarang ni. Aku bukannya desperate nak pikat boyfriend ke apa. Siapa yang tak suka, boleh blah, sebab aku takkan bertukar menjadi Britney Spears secara ajaib dalam masa terdekat ni." Kata Arissa sambil meneguk air coca colanya dengan memberikan satu lagi sendawa untuk mengukuhkan lagi maksudnya.

No comments:

Post a Comment