Saturday, April 30, 2011

Selamat Tinggal Sneakers...6

Suasana perpustakaan hening dengan tidak banyak pelajar yang ada disitu. Farizal, Amir dan Arissa sedang membuat assignment mereka yang harus dihantar 2 minggu lagi. Dengan perbincangan yang minima, mereka mengkaji menggunakan internet dari komputer riba milik Amir dan buku-buku yang ada di perpustakaan itu sebagai rujukan.

Kosentrasi mereka terganggu seketika apabila mereka dibayangi oleh bayang seseorang. Minyak wangi Chanel No. 5 menusuk tajam ke hidung mereka membuat mereka mendongak untuk melihat siapakah gerangan pemilik minyak wangi itu.

"Hai, Farizal..." Kata Marsha, memintal-mintal hujung rambutnya, sambil tersenyum manis kepada Farizal seorang sahaja, seolah-olah Arissa dan Amir tidak wujud.

"Hai, Marsha! Wass'up?" kata Farizal dengan suara yang neutral.

Melihat kehadiran Marsha, Arissa menggulingkan matanya tanda menyampah akan gadis itu. Marsha buat endah tak endah sahaja akan reaksi Arissa.

"Zal... You faham question ni tak? I tak fahamlah, you ajar boleh?" kata Marsha sambil mendekatkan dirinya kepada Farizal, menolak sedikit Arissa.

"Kurang ajar punya kayu!" Kata Arissa sementara Amir hanya mencebik.

"Okay, kita breakdown question dia, cari keyword yang penting..." Farizal, seperti biasa membantu Marsha yang sengaja mendekatkan wajahnya ke arah Farizal.

"Aha..." kata Marsha, lebih mendekat. Sepanjang penerangan dari Farizal, mereka sempat bergurau, dan Marsha, dengan penuh kegedikan tertawa sambil  memukul lengan Farizal dengan manja.

Arissa mengemas barangnya dan bangun dari tempatnya. Farizal yang sedang menerangkan sesuatu kepada Marsha mendongak apabila melihat Arissa yang sedang ingin berlalu.

"Rissa, kau nak pergi mana tu?" Tanya Farizal.

"Keluar jap, ambik angin. Kat sini PANAS. Tak boleh tahan, boleh terbakar aku." Sindir Arissa, membuat Amir tersenyum, sementara dahi Farizal berkerut.

"Panas? Panas apa bendanya? Library ni ada aircond lah!"

"Entahlah Rizal, macam magic pula gitu kan? Tiba-tiba je panas semacam."

"Ehem," celah Marsha. "Sorry, Rizal, maybe it's me. You know, I kan hot, jadi I yang emit hotness tu lah," jawab Marsha sambil memandang sinis ke arah Arissa. Amir tiba-tiba batuk dengan kuat.

"Ermm..." Farizal hanya mengangkat kening kirinya. "O...Kay...Anyway, back to the question..."

"Mir, tu sebablah panas kan? Ada orang tu mengaku dialah penyebabnya. Ish, dia mesti baru keluar dari neraka kan? Ish, ish. Takut aku. Entah-entah, setan dari neraka yang paling bawah sekali. Mesti buruk kan? Eee... Takpelah, aku nak turun bawah jap, lagi bagus."

Setelah mengambil begnya, Arissa berlalu tanpa berkata apa-apa kepada Farizal pun.

Marsha hanya menjeling saat pemergian Arissa sementara Farizal hanya memandang langkah Arissa.

"Mengada-ngada. I mean, what's her problem, ugh!" Kata Marsha. Amir membuat halnya sendiri dengan berpura-pura menyibukkan diri dengan komputer ribanya walaupun dia sebenarnya sedang bermain 'Hearts'.

Farizal sendiri tidak tahu apa sebenarnya masalah gadis itu, kerana sebelum ini, tidak pernah dia bereaksi sebegitu. Farizal meneruskan penerangannya ke Marsha yang tersenyum puas dengan pemergian Arissa.

                                                                           ***

Arissa turun ke bawah, menuju ke kantin, tetapi tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dia ke dewan dimana latihan bola keranjang diadakan, berharap Hakim sudah habis latihan atau sekurang-kurangnya, sedang berehat. Boleh juga, dia lepak-lepak atau bersembang dengannya.

Bila dia tiba di sana, hampa. Jika tadi dia melarikan diri daripada Marsha gedik, kini dia dikelilingi oleh ramai gadis- gedik- to- the-extreme sedang duduk di sana, atau menyibukkan dairi menjadi ahli sorak untuk kumpulan Cougars atau lebih tepat lagi, Pierre Laurent. Jurulatih kumpulan itu pula kelihatan sedikit rimas namun tidak dapat mengawal keadaan.

"Imran! Eyes on the ball! Eyes on the ball!" Laung Cikgu Haizan kepada salah satu ahli pasukan yang jelas-jelas terganggu dengan bufet ahli-ahli sorak yang membuang-buang ruang di situ.

Cikgu Haizan menggelengkan kepalanya. Dulu, sebelum kapten pasukannya belum putus dengan kekasihnya, tidaklah seteruk begini. Ianya hanya dipenuhi dengan sedikit gadis-gadis yang berkulit gajah -tidak tahu malu mengintai boyfriend orang: siapa lagi kalau bukan Pierre Laurent. Kalau tidak pun, teman-teman lelaki ahli pasukannya.

Kini, masalah! Bau-bau peluh jantan yang selalu menguasai dewan itu kini terganti dengan aroma minyak wangi wanita yang berbagai-bagai. Naik sesak dibuatnya. Arissa menghampiri Cikgu Haizan yang kelihatan tertekan.

"Coach!" kata Arissa.

"Aik? Awak pun ada kat sini?" tanya Cikgu Haizan separuh bergurau.

"Saya selalu ada kat sini. Kenapa tetiba, gym hall jadi konsert Justin Beiber?" kata Arissa yang hairan melihat ramainya gadis-gadis yang kononnya 'tak reti berpeluh' di situ.

Cikgu Haizan menggelengkan kepalanya.

"Sebab dia." Cikgu Haizan menunjuk ke arah Pierre yang sedang berusaha memasukkan bola ke dalam hoop. Apabila berjaya, Cikgu Haizan bersedia dengan menutup telinga. Arissa memandang ke wajah Cikgu Haizan, kehairanan.

Tidak semena-mena, ruang dewan dipenuhi dengan sorakkan kuat dan tinggi oleh gadis-gadis gedik. Cikgu Haizan hanya mengangguk dengan wajah 'tu sebablah'  kepada Arissa yang juga menutup telinganya.

"Go...Pierre! I love you!" Kata salah satu daripada mereka.

Dengan bersahaja, Pierre, mengambil posisinya kembali. Kemudian dia memandang ke arah Cikgu Haizan dan fokus kembali ke arah permainan.

Kemudian dia menoleh ke arah tadi kembali. Benarkah itu Arissa yang dilihatnya tadi? Dia lihat Arissa sedang menutup telinganya dan berbual dengan kuat kepada Cikgu Haizan, namun kata-katanya tenggelam dia antara jeritan gadis-gadis itu. Kemudian Arissa menoleh ke arah Pierre. Mata mereka bertentangan. Pierre melambai ke arahnya sambil tersenyum. Kemudian dia mengenyitkan matanya ke Arissa, sebelum fokus semula.

Arissa menoleh ke belakang namun tiada sesiapa di belakanganya. Gadis-gadis gedik semuanya duduk di bangku penonton di sebelah kanan dewan itu dan apabila Arissa memandang ke arah mereka, ada yang merenungnya tajam dan dengan rasa tidak percaya. Dengan segera, Arissa menoleh ke arah Cikgu Haizan.

"Coach... Hakim er... Mana eh?" katanya kelam-kabut.

"Hakim tu? MC. Tak datang." kata Cikgu Haizan yang tidak tahu- menahu langsung akan dewan yang semakin digegar oleh api cemburu yang kian marak. Ruang mula dipenuhi oleh bisikan sementara Arissa  seperti seekor pelanduk yang menunggu masa dibaham oleh harimau yang ganas.

"OKlah, saya pergi dulu." Kata Arissa, sambil melangkah laju meninggalkan dewan itu.

Setelah pemergian Arissa,, salah satu daripada sekumpulan gadis-gadis itu mula mengata.

"Did you just see that? Ugh! Kita yang dari tadi kat sini bersorak dia tak layan, si budak tomboy tu yang dia layan? I am officially pissed!" Kata salah seorang daripada mereka, Maya sambil mengipas dirinya dengan kipas kecil berwarna merah jambu.

"I know right? But then, mungkin dia just trying to be nice..." Kata temannya, Anita pula.

"Trying to be nice? Habis, kita ni semua macam mana? Ni tak boleh jadi ni!"

"OMG! Jangan-jangan dia pakai guna-guna tak?" Kata Idayu pula.

"Jangan nak merepeklah. Whatever it is, I hope Pierre tu cuma flirt casually, I mean, takkanlah dia interested dengan..."

"Eww...." Kata semua serentak sambil menggegarkan badan mereka.

Bunyi wisel menandakan berakhirnya latihan untuk hari itu. Setelah berkumpul untuk briefing terakhir untuk hari itu, kumpulan itu semua bersurai. Setelah itu, sibuklah gadis-gadis gedik itu semua bangun untuk mengeremuni Pierre.

Pierre dengan wajah yang rimas dan malas hanya buat bodoh sahaja apabila diasak oleh gadis-gadis itu. Dengan segera, Maya menolak semua gadis-gadis itu untuk memonopli perhatian Pierre.

"Pierre! You penat? Nak air? I bawakan 100 Plus untuk you." Kata Maya, tergedik-gedik membawakan minuman tersebut kepada Pierre.

"Thanks, but no thanks. I betul-betul penat sekarang, I nak pergi locker, mandi, kay? Thanks anyway." Kata Pierre selamba.

"Maya, aku haus! Dia tak nak, kau bagi akulah," celah Hazwan, membuatkan Maya mencebik.

"Diamlah kau! Aku offer Pierre, bukannya kau!"

Hazwan hanya mengangkat bahunya. Pierre terus berlalu namun nampaknya Maya tetap tidak berputus asa.

"Pierre, jomlah kita pergi makan lepas ni. You mesti lapar kan?" Laung Maya kepada Pierre yang sudah pun jauh pergi..

"Aku pun lapar! Kau nak belanja ke Maya?" Gurau Hazwan lagi.

" I said, shut up! Sheesh,  you ARE annoying aren't you?" Kata Maya dengan marah.

"So I've been told. Dahlah tu, tak malu ke terhegeh-hegeh kejar jantan? Jatuh harga... Anyway, Pierre tak minat langsung dengan kau atau pun langau-langau kat hall ni," kata Hazwan, merujuk kepada para gadis peminat Pierre yang terhegeh-hegehkannya." Dia sebenarnya tengah kejar satu perempuan," sambung Hazwan.

Mendengar itu, Maya segera merapatkan dirinya kepada Hazwan. Nafasnya tercungap-cungap. Dia segera mengipas dirinya dengan kipas angin merah jambunya.

"Pierre su...suka s...s..iapa hah?" tanya Maya hingga tergagap-gagap ekoran cemburu bercampur geram. Kipasannya semakin laju.

"P...Pierre S..S..Suka A...A...rissa," perli Hazwan dengan gaya cakap yang gagap seperti Maya tadi. Satu tepukan hinggap di bahunya membuatnya menjerit.

"Jangan nak main-mainlah! I kenal Pierre tu, ok? Semua taste dia tinggi-tinggi tau! Kalau setakat si Arissa tu, ugh, tolonglah."

"Tau pun, taste dia tinggi. I hope that explains kenapa dia tak interested dengan kau yer?"

Dengan itu, Hazwan berlalu meninggalkan Maya yang tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi.

Sunday, April 24, 2011

Selamat Tinggal Sneakers...Chapter 5

Arissa duduk di hujung anak tangga sambil memandang ke arah teman-temannya bermain papan gelungsur, namun pemikirannya tiada di situ, dia masih teringat akan peristiwa dua hari yang lepas di tempat kerjanya. Pierre Laurent? Meminatinya? Apa steam pula lelaki itu meminatinya? Arissa tahu benar pilihan-pilihan pemuda yang diakuinya kacak itu. Semuanya cantik-cantik dan bertubuh 'boom', tetapi dirinya? Bagaimana kalau dia hanya ingin cuba-cuba sahaja?

Arissa meneguk air mineralnya. Kawan sepasukan bolasepaknya, Hani tetap cantik dan feminin walaupun meminati sukan itu, jadi, masih masuk akallah kalau dia pernah menjadi kekasih Pierre.

Pierre Laurent boleh memikat sesiapa saja yang dia mahu tetapi kalau Arissa, minta maaflah. Selisih kalau jadi kekasih buaya darat yang minatnya hanya ingin 'ngap' wanita sahaja. Habis manis, sepah dibuang. Kalau ada seorang sahaja lelaki yang tinggal di dunia ini pun, jangan haraplah dia akan memiliki pemuda itu, biarpun dia harus menjadi anak dara tua!

Satu tepukan di belakangnya mengejutkan dirinya dari lamunannya.

"Termenung nampak? Jomlah, skate." Tegur Farizal.

"Takpelah, kau pergilah. Sekejap lagi aku dah nak balik, tak jadilah, lepak dengan korang, aku nak jimat sikit." kata Arissa, sambil memusin-musingkan botol airnya seperti gasing.

"Ni mesti pasal kasut Shafiq kan?"

Arissa terdiam. Tidak semena-mena, Farizal mengeluarkan sesuatu dari begnya -sebuah beg plastik berisi kotak. Kemudian, dia menyerahkannya kepada Arissa.

"Apa pula ni?" Tanya Arissa kehairanan.

Farizal hanya tersenyum, sebelum berkata, "Untuk Shafiq. Bukalah."

Dengan ragu-ragu, Arissa membuka plastik itu. Cap bintang yang amat dikenali oleh Arissa menyambut tanyanya. Kemudian bibirnya terukir senyuman yang lama hilang tatkala melihat kasut putih Converse untuk persekolahan Shafiq nanti. Buat seketika, lidahnya kelu.

"Zal...Aku... Thanks bro." Kata Arissa menahan sebak. Sudah berapa lama dia bercadang untuk membeli kasut baru untuk adiknya tetapi duit gaji yang diperolehinya selalu sahaja harus digunakan untuk membayar sesuatu yang lebih penting.

"Alah, takpelah. Kau pun selalu banyak tolong aku. Kita kan kawan. Dah lah, kalau kau nak thank aku sangat, kiss akulah." kata Farizal, sempat bergurau.

"Kurang ajarlah tu," Arissa menumbuk bahu Farizal dengan perlahan tanda gurauan. Sesaat, wajahnya kembali ceria.

Farizal hanya tertawa kecil, menunjukkan lesung pipitnya.

"Baru nak try. Anyway, jomlah, Arissa, kita lepak kat kedai kopi tengok bola nanti," pujuk Farizal.

Wajah Arissa kembali muram.

"Sorry lah, Rizal. Aku tetap tak boleh. Macam yang aku cakap tadi, bulan ni aku tengak sesak. Aku betul-betul kena pakai duit bulan ni," kata Arissa, mengenangkan ibunya yang masih enggan berjumpa doktor dan sewa bulanan rumahnya yang tertunggak. Ini belum termasuk bil api-air lagi. Arissa mengeluh di dalam hati.

"Jomlah, hari ni aku sponsor. Amir dengan Hakim dah confirm. Tengok dengan Hakim tak bestlah, nanti dia tidur, orang pekik gol baru dia bangun. Jomlah, meh!" Farizal terus-menerus memujuk Arissa untuk menemaninya menonton bola malam nanti.

Arissa berfikir sendiri. Apa salahnya? Iyalah, sesekali tu pun, dia harus merehatkan minda juga dengan tekanan-tekanan yang membebaninya semenjak-dua menjak ini. Menonton perlawanan bolasepak dengan jantan-jantan burung hantu (atau dalam bahasa literal, pemuda-pemuda yang jaga malam,tidur pagi,) memang seronok. Apalagi kalau ditemani dengan air coca cola dan roti canai tambah telur...Mmm.... Jadi-jadi!

                                                                   ***

"BURRRPPP!"

Arissa memberikan satu sendawa yang panjang setelah menikmati roti canai tajaan Farizal dan mengahabiskannya dengan satu togokan coca colanya ke mulutnya.

Hakim yang sedang tidur itu segera terbangun.

"Dah gol ke? Siapa yang masuk?" Katanya yang masih keadaan blur.

"Oi, kau kalau nak tidur pergilah balik, buat kerja lebih pekerja kat sini je lap air liur basi kau tu," kata Arissa.

Tiba-tiba bunyi satu deringan telefon bimbit milik Hakim.

"Dia bunyi lagi..." Kata Amir, merujuk kepada teman wanita Hakim yang suka berkepit/menelefonnya 24/7.

Hakim memberi isyarat kepada member-member yang lain supaya diam. Dia berdehem sebentar sebelum menjawabnya.

"Hello... Sayang... Hah? Kat rumahlah. Sumpah demi Man U I tak tipu! I tengah er... Kat dapurlah ni minum air tu yang suara I segar."

Teman-temannya yang lain hanya tertawa kecil menggelengkan kepala melihat usaha Hakim membohonginya kekasihnya. Kekasihnya, Ayu adalah seperti Arissa jangkakan -seperti, grrr, Marsha dan PPG sekalian cuma tidak terlalu ekstrim gediknya. Dia paling tidak suka kalau Hakim memberi terlalu banyak perhatian kepada teman-temannya, itu sebab, sejak berteman dengan Ayu, mereka jarang bertemu dengan Hakim. Kalau bertemu pada waktu malam pun, asyik tertidur sahaja kerana melayan gadis itu pada siang hari.

"Okay, bye..." Kata Hakim, menutup telefon.

"Girlfriend? Ish, tak rimas ke asyik tenung dia sebelah pagi, pastu dia call tiap-tiap malam. Eeee..." Kata Arissa menggigil.

"Inilah yang dikatakan cinta... Kau manalah tau ni semua. Bagi orang yang pernah mengalaminya je yang tau nikmatnya."

"Dan seksaannya." Celah Amir. "Jangan lupa, aku pun dating Liza. Aku pun bercinta juga tapi nasib baiklah dia tu tak macam...Eee...Itupun, aku rimas bila dia asyik suruh aku diet." Kata Amir sambil menikmati sepinggan mi gorengnya buat kali kedua.

"Itulah tanda cinta namanya, dia prihatin pasal kesihatan kau." jawab Hakim.

"Eh, takde, suruhlah Ayu join kita tengok bola malam. Baru dia tau apa yang best! Buat dia minat tengok bola... Yelah football players EPL semua pun handsome, jadikan itu tarikan. Seingat akulah kan, dia suka Cristiano Ronaldo kan? Bila masa dia tengok bola?" kata Arissa.

"Um... Dia tak tengok bola. Masa aku baca majalah bola hari tu, dia nampak gambar Cristiano Ronaldo, terus dia terpikat. Pasal nak ajak dia join kita, hmm... jangan haraplah. Firstly, dia tak minat bola. Secondly, dia perempuan, dan, perempuan tak makan selepas jam 6 petang. Dan kerana dia perempuan, itu membawa kita ke point yang pertama."

"Tu nak sindir akulah tu! Hello... aku pompuan, aku makan selapas jam 6 petang walaupun sekarang dah pukul satu pagi dan... aku tengok bola."

" Dan sendawa macam lelaki. " tambah Amir.

"Thanks, Amir, aku tau tu semua. Look, aku appreciate korang perhatian... Sangat pasal aku tapi, please lah, korang! Siapa yang tetapkan SEMUA perempuan dalam dunia ni tak tengok bola?"

Mereka semua memandang sekeliling mereka. Yang khusyuk memandang permainan liga bolasepak Inggeris itu semua lelaki.

"Okay. Mungkin diorang tu semua tengok kat rumah. Siapa tau kan? Kedua, kalau SEMUA perempuan tak makan malam, mana wujudnya candlelight dinner? HAH!"

"Ermm...Ya. couple pergi candlelight dinner, tapi perempuan SELALUNYA order salad. Just saying." Tentang Hakim.

"Okay... Tapi tak semua. Kalau tak buat apa restaurant nak sibuk cuba resipi baru?"

"Esoknya diorang exercise." Kata Hakim mengangkat bahu.

"Aku hari-hari exercise sayang."

"Ah. Disitulah berakhirnya persamaan kau vs perempuan sejati. Kau: lari outdoor, terkena matahari terik semua, main bola, skating. Diorang: Kalau nak lari pun, pakai treadmill kat gym yang ada Air-cond. Atau tak pun, aerobics atau yoga. No offence sweetheart."

"Okay, pasal sendawa. Apa, diorang robot ke tak sendawa? Oh, no,  aku seorang je ke perempuan manusia dalam dunia ni?" Kata Arissa dengan penuh drama.

"Diorang tetap sendawa, tapi dengan adab, A-D-A-B. Diorang tak sendawa sampai boleh buat orang yang tidur bangun. Diorang kalau nak sendawa diorang buat secara discreet, honey. Pergi toilet atau tempat tak ada orang."

Arissa memeluk tubuhnya dengan wajah yang masam, sementara Farizal hanya tertawa dari tadi. PEMBELOT!

"Okay, guys, give her a break. Apa-apa pun kau tetap paling best lah Arissa! Kau tak payah berubah, aku suka kau, just the way you are. Kalau kau tak ada, kaki lepak kita boring." Kata Farizal mengepit tengkuk Arissa dengan lengannya, sambil menggosok kepalanya.

"Anyway," kata Arissa, "aku happy dengan diri kau sekarang ni. Aku bukannya desperate nak pikat boyfriend ke apa. Siapa yang tak suka, boleh blah, sebab aku takkan bertukar menjadi Britney Spears secara ajaib dalam masa terdekat ni." Kata Arissa sambil meneguk air coca colanya dengan memberikan satu lagi sendawa untuk mengukuhkan lagi maksudnya.

Saturday, April 16, 2011

Selamat Tinggal Sneakers...Chapter 4

Mata mereka bertiga tertumpu ke arah gadis yang sedang berada di balik kaunter pembayaran, membuat minuman  pesanan pelanggan yang ada di kafe itu. Seperti yang telah dijanjikan, Hazwan telah membawa Pierre Laurent dan Daniel ke kafe CocoaVanilla tempat di mana Arissa bekerja sambilan.

Mata Pierre, terutamanya, mempelajari gadis itu dari jauh. Dari aspek fizikal, gadis itu biasa saja. Tidaklah setinggi gadis-gadis yang meminatinya. Bentuk tubuhhnya tidaklah kurus melidi tetapi langsing dan bebentuk curvy. Kulitnya keemas-emasan mungkin akibat aktiviti bolasepak yan disertainya. Rambutnya yang panjang dikepit sahaja dengan butterfly clip sementara matanya yang agak besar ditambah dengan eyeliner, iaitu satu-satunya dandanan yang ada di wajahnya. Menarik... Walaupun tidak secantik atau bergaya seperti Emelyn.

"Macam mana?" bisik Hazwan kepada Pierre.

"OK, not bad." Jawab Pierre kembali.

"Pergilah approach dia." Bisik Daniel pula.

Pierre memandang ke wajah Hazwan, kemudian dia mengambil napkin yang tersedia dan menulis nombor telefonnya di napkin tersebut menggunakan pena Mont Blanc nya. Kemudian dia meninggalkan kerusinya untuk mendekati Arissa yang sedang berkemas di balik kaunter pembayaran. Melihat kedatangan Pierre, dia menghentikan apa yang sedang dilakukannya dan melayan Pierre.

"Ya encik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Suara dan wajahnya neutral, tidak seperti gadis-gadis yang biasanya cuba menarik perhatian Pierre.

"Bagi saya Tiramisu, dan tiga iced mocha blended," Kata Pierre, siap dengan senyuman bonusnya yang menawan lagi.

Dengan itu, Arissa melakukan tugasnya seperti biasa, tidak ada tanda-tanda yang dia terpikat atau mengambil minat pada lelaki tersebut.

'Hello! Aku Pierre Laurent, lelaki yang banyak gadis terkejar -kejar!' Bisik hati Pierre yang hairan dengan sikap  gadis di hadapannya. Padahal, hari itu dia memakai minyak wangi Hugo Boss -wangian yang dipercayai dapat memikat wanita.

Setelah bertanya harga yng dipesan tadi, Pierre membayarnya dengan kad kredit Platinum nya -satu lagi aksesori nya bagi memikat wanita. Tanpa terpengaruh, gadis itu terus membuat pembayaran itu dengan bersahaja.

"Sila tandatangan di sini," katanya, menghulurkan sebatang pena.

Pierre mengeluarkan pena Mont Blanc nya -satu lagi modal pusingan pikatannya -dan menandatangani resit persetujuan kad kredit tersebut.

"Terima kasih."

Selesai. Tidak ada tanda-tanda gadis itu ingin menarik perhatiannya atau sesuatu seperti itu. Pierre senyum ala James Bond nya, memandang ke arah teman-temannya di mana Daniel sdang menunjukkan ibu jarinya tanda sokongannya dan mendekatkan dirinya seperti ingin membisikkan sesuatu kepada Arissa.

"Listen, can I get your number?"  Bisik Pierre kepada Arissa. Arissa berhenti mengelap kaunter tersebut dan menarik kening kirinya ke atas, memandang lurus ke arah Pierre.

"Excuse me?"

"Number you. You tau tak? I dah lama perhatikan you and you interests me. You Striker kelab bolasepak kampus kita kan? I nampak you score semalam, and I'm thinking like, whoa! That's sexy!" Itu dia, ayat mat perancis sudah mari. Namun, Arissa hanya memandang pemuda itu tanpa berkedip, seolah-olah, Pierre berbicara dalam bahasa perancis.

'Dah sewel ke apa ni mamat? Tackle tomboy macam aku. Gilalah tu sejak putus dengan si cacing kerawit tu' bisik hati Arissa.

Arissa memandangnya seolah-olah sedang mengkaji sesuatu yang aneh di makmal sains.

"Are you hitting on me?" tanya Arissa memastikann keadaan.

"Well, if you don't mind, I nak ajak you pergi date, You know, tengok wayang ke..."

"Sorry, aku tak minat. And by the way, my number's not for sale here, not even dengan credit card kau tu." Kata Arissa berterus-terang sambil merujuk kepada kad kredit platinum milik Pierre. Itu membuat Pierre tergamam. Rejected? REJECTED?! Seumur hidupnya memikat wanita, tidak pernah dia ditolak bulat-bulat sebegitu.

Pun begitu, Pierre mencuba untuk menutup rasa terkejutnya itu dengan cuba bertenang. Buat seketika, dia berdehem, kemudian di mengambil napkin yang tertulis nombor telefonnya dari poket blazernya dan meletakkan ke atas kaunter.

"Call me." Katanya sebelum mengenyitkan matanya dan berlalu ke tempat temannya yang sedang menahan tawa.

Arissa mengangkat bahunya dan mengambil napkin tersebut dan menyeluk ke poketnya.

Sementara itu, Pierre mendekati meja teman-temannya sebelum membuka tangan tanda' aku-tak-tahu' dan mereka tertawa makin kuat walaupun tertahan.

"Dude, are you sure she's not a lesbo?"  Kata Daniel antara tawanya.

Pierre mengambil tempatnya dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Well, dia tak minat," katanya.

Mereka memandang ke arah Arissa yang sedang membuat minuman dengan bersahaja, langsung tidak terpengaruh dengan keadaan seminit tadi. Kemudian datang seorang lagi pekerja perempuan yang seumur dengannya sedang memakai apron.

"Eh, siapa mamat handsome yang beli Tiramisu tadi hah? Handsome giler!"Ujar gadis yang bernama Emma itu. Dia terus memandang Pierre, berangan-angan.

"Customer lah." Jawab Arissa acuh tak acuh walaupun dadanya berdegup laju kerana tidak percaya Pierre Laurent, THE Pierre Laurent meminatinya. Namun dia jual mahal kerana tidak ingin jatuh harga.Itu pun kalau Pierre benar-benar meminatinya.

"Tapi handsome kan? Alah... Rugilah aku tak serve dia tadi, manalah tau dia minta nombor aku ke."

Tiba-tiba Emma bersin dengan kuatnya. bergegar seketika satu kafe.

"Oops," katanya sedikit malu apabila semua mata memandang ke arahnya. Dia segera mencari-cari tisu di sekelilingnya sambil menutup hidungnya.

Arissa menggelengkan kepalanya dan memberikannya napkin yang ada nombor telefon Pierre kepada Emma.

"Nah, laplah hingus tu, tak senonoh," gurau Arissa.

Dengan itu, Emma mencapai napkin itu dan menghembus hingusnya ddengan perasaan tidak bersalah, sementara Pierre dan rakan-rakannya memandang dengan rasa tidak percaya.

"Aku baru nak cakap yang at least dia simpan nombor kau...."Kata Hazwan.

Wajah Pierre ronyok sahaja. Sambil minum, dia memandang tepat ke arah Arissa yang kini sedang melayan seorang lagi pelanggan wanita.

"Kau give up sudah, Pierre. Apa kata kau try hit budak sebelah dia tu, not bad juga aku tengok. Lagipun, aku rasa dia lebih interested." Cadang Daniel.

Cabaran. Itulah yang dicari-cari oleh Pierre selama ini. Tiba-tiba ada satu rasa baru timbul dalam diri Pierre. Satu rasa Excitement meledak dalam jiwanya yamg selama ini terasa bosan. Dia ingin merasakan satu kejaran yang sulit, mempunyai sesuatu atau dalam kes ini, seorang target.

Selama ini dia begitu mudah untuk memikat gadis yang berkenan di hatinya, lantas begitu mudahnya dia melepaskan mereka ekoran bosan. Gadis-gadis yang pernah menjadi koleksinya semuanya sama, seperti koleksi anak patung Barbie, cuma bertema lain. Namun, gadis di hadapannya itu berbeza -seperti Bunga ros di musim salju, dan dia tidak akan melepaskan gadis setegar itu, mungkin bukan kerana cinta tetapi kerana uniknya gadis itu.

"Sorry guys, kalau korang nak suruh aku give and lose the race, then I'll have to disappoint you guys." Kata Pierre.

"Ok, cubalah kecewakan kitorang," kata Hazwan, kemudian dia mengangkat minumannya untuk bersulang. "Here's to Pierre. Good luck man."

Mereka bertiga bersulang minuman iced Mocha blended mereka.

"Thanks." Kata Pierre dengan satu keyakinan dan azam yang baru.

'Arissa, kalau aku gagal memikat kau , jangan panggil Pierre Laurent.' Bisik hati Pierre yang tertuju kepada gadis tomboy, striker berbaju nombor 5 itu.

Friday, April 8, 2011

Selamat Tinggal Sneakers...chapter 3

Arissa memandang imej dirinya yang terlantun di dalam cermin ketika di dalam biliknya sendirian. 'Buruk sangat ke aku ni?' bisik hatinya. Selama ini, dia tidak pernah ada isu dengan fizikalnya namun komen-komen menyakitkan Ahli PPG itu membuatkannya rasa begitu kecil, begitu... Buruk. Arissa mencekak pinggangnya lagi sambil membuat gaya ala-ala model.

Memanglah dia tidak secantik Emelyn atau Marsha, namun ada lelaki yang pernah menaruh perasaan terhadapnya. Dua, malah, tetapi itu dulu, semasa zaman sekolah menengahnya. Menyesal pula dia menolak cinta lelaki itu, jika tidak , dia pasti sudah berpasangan kini, seperti gadis-gadis lain di lingkungan umurnya. Dulu dia tidak pernah mempunyai keinginan seperti ini, namun semenjak komen-komen yang menyakitkan itu, dia merasakan bahawa dia mempunyai sesuatu untuk dibuktikan.

Dia menarik nafas panjang.

"Hai...Siapalah yang nak kat aku ni? Tomboy...Tak feminin macam PPG  tu semua."

Arissa memandang sekeliling biliknya. Poster band bergenre Post/pop-punk menghiasi kamarnya. Dia atas mejanya pula, terdapat beberapa naskhah komik Marvel Spiderman kegemarannya sementara almarinya pula tersimpan papan gelungsur dan gitar kesayangannya. Bajunya pula hanyalah koleksi t-shirt, jaket dan jeans. Tidak ada satu pun barang kepunyaannya di kamar itu yang menyerlahkan kewanitaannya.

'ketidakfeminin' nyakah yang membuatnya buruk?

Bunyi telefon bimbitnya mematikan lamunannya seketika. Nama Rizal atau Farizal tertera di skrin telefon bimbitnya. Dia menjawabnya.

"Rissa, jomlah, skate ngan kitorang! Kitorang kat tempat biasa ni! Kau takde tak bestlah!" kata Farizal di hujung talian.

"Rizal, aku macam malaslah hari ni. Aku rasa nak tidur jelah kat rumah. Korang semua have fun tanpa aku." Jawab Arissa acuh tak acuh.

"Alah... Rissa! Apasal dengan kau ni? Sejak semalam takde mood. Amir cakap kau ada PMS. PMS tu apa hah? Serious ke?" tanya Farizal tanpa rasa bersalah ataupun segan silu.

"PMS tu, maknanya aku malas nak layan soalan bodoh kau tu. Bye." Sejurus selepas itu, telefon ditutup, namun, beberapa minit kemudian rasa bersalah menerpa di hatinya. Tidak sepatutnya dia melepaskan kemarahannya kepada Farizal yang tidak tahu-menahu akan keresahan hatinya Dia mendail kembali nombor Farizal.

"Zal, sorilah, aku terkasar ngan kau tadi. Sebenarnya aku...erm...aku tak sihat sikit. Pening kepalalah, mungkin sebab panas tadi." kata Arissa perlahan, membuat alasan.

"Rissa, aku yang nak minta maaf pasal soalan aku tadi. Tadi Liza ada beritahu apa tu um...ehem PMS." Kata Farizal dengan nada sesal.

"Alah takpelah. Aku bukannya tak tau perangai lembab kau tu.Aku pun nak minta maaf pada kau sebab marah tak tentu pasal, aku down pasal benda lain, kau pula yang kena."

"Down? pasal apa pula?"

" Takde apa-apalah. Dahlah, aku nak buat homework dulu. Aku call kau nanti ok? Bye." kata Arissa seraya menutup telefon bimbitnya.

Arissa mengeluh lagi. Niatnya untuk membuat kerja rumahnya ditangguhkan malah, dia menukar pakaiannya, mengambil alat pemain muziknya serta sneakers kesayangannya untuk berlari-lari anak bagi menenangkan fikirannya.

Menghirup udara yang beransur senja, Arissa berlari sambil mendengar lagu dari band pop punk kegemarannya, Green Day dengan sekuatnya, mencuba untuk mengusir peristiwa tadi dari kepalanya.Dituntun oleh matanya, dia cuba untuk mengfokus ke arah lariannya. Tiba-tiba dia terasa telefon bimbitnya bergetar. Sambil berlari, Arissa melihat skrin telefon bimbitnya, menjangkakan Farizal yang mungkin masih ingin memujuknya untuk menyertai mereka untuk aktiviti papan gelungsur mereka,namun sangkaannya meleset.

Dia memperlahankan lariannya, menutup alat pemain muziknya dan berhenti untuk menjawab nombor yang tidak dikenalinya.

"Hello?" Kata Arissa.

"Hello, ini kakak kepada Shafiq?" Tanya seseorang yang bernada lembut di hujung talian.

"Erm... Ya, ini kakak dia, ada apa ya?"

Segala kepenatan yang terasa di tubuhnya seperti hilang diganti resah yang baru. Ini pasti dari sekolah adiknya, Ahmad Shafiq. Kehairanan mula menjelar hatinya. Jarang benar pihak sekolah menelefonnya atau ibunya kerana dia tahu adiknya baik dan tidak pernah buat hal.

"Begini, Cik ni Arissa kan, kakak Shafiq? Shafiq telah dipanggil ke pejabat disiplin kerana ditangkap sedang bergaduh dengan teman sekelasnya di padang bola di sekolah. Cik Arissa boleh tak datang untuk berbincang dengan kami?"

Degupan jantungnya yang laju masih belum reda lagi akibat larian tadi, satu kejutan menyapanya, membuat degupan jantungnya terus berdetak kencang.

"A...Adik, saya Shafiq? Bergaduh? Baiklah, saya datang sekarang juga." Telefon ditutup, dan Arissa segera mencari teksi untuk segera sampai ke sekolah adiknya walaupun jaraknya dekat dan mampu sampai dengan menaiki bas. Arissa bersyukur kerana tidak sukar mencari teksi pada ketika itu.

Bila sampai sahaja di sekolah itu, Arissa segera ke bilik disiplin. Arissa cukup kenal dengan selok-belok bangunan sekolah itu memandangakan dia pernah belajar di sekolah itu suatu ketika dahulu. Apabila dia tiba di dalam bilik disiplin, dia terlihat Shafiq yang sedang tunduk kebawah, seorang guru muda yang mungkin baru dan juga seorang pelajar yang mungkin bergaduh dengan adiknya serta seorang wanita yang separuh abad, kemungkinan besar ibu pelajar tersebut.

Melihat kehadiran Arissa, mata Shafiq bersinar penuh harapan. Wajahnya muram sahaja dan Arissa dapat melihat matanya yang berkaca-kaca. Hidungnya mula merah, membuatkan Arissa yakin, bahawa adiknya tidak bersalah sepenuhnya.

"Cikgu..." Kata Arissa.

"Cik Arissa, Asyraf kata yang adik awak yang mula memukul dia. Saya tanya Shafiq tapi di tak nak jawab kenapa. Mungkin awak nak tanya dia sendiri kenapa?" Kata guru muda tersebut yang bertudung biru sambil memperbetulkan kedudukan kaca matanya.

Arissa mengerutkan dahinya sedikit dan mendekati adiknya yang masih menunduk.

"Adik, beritahu kakak, adik ke yang mula pukul dia?" Tanya Arissa dengan perlahan namun tegas.

Masih menunduk, Shafiq mengangguk dan perlahan-lahan, air matanya menitis dan sedunya kedengaran halus. Mendengar itu, Arissa sedikit kecewa, sementara Asyraf tersenyum tanda kemenangan dan ibunya pula menjeling angkuh. Arissa memegang bahu adiknya.

"Beritahu kakak, kenapa adik pukul dia?"  Apabila Shafiq terdiam, Arissa menggoncang bahunya sedikit sambil menggesanya untuk jawab. "Kenapa, adik?"

"Asy...Asyraf... ejek Shafiq." jawab Shafiq dengan nadanya yang bergetar dia antara sedannya.

Arissa memandang ke arah Asyraf yang menjeling sambil memandang ke atas. Dari caranya sahaja, Arissa dapat menghidu karakter Asyraf yang tiada rasa hormat. Kemudian guru disiplin tersebut mencelah.

"Pergaduhan bukanlah cara yang baik untuk menyelesaikan masalah atau konflik yang ada di antara kamu berdua! Kamu berdua dah masuk darjah 6, saya jangkakan kamu  berdua untuk berkelakuan matang! Asyraf, dah banyak kali saya dengar tentang awak, dan dah banyak kali awak kena tindakan disiplin, tapi, apa yang saya nasihatkan awak langsung tak mau ambil endah!

" Shafiq, saya langsung tak menjangkakan ini dari awak! Saya benar-benar kecewa dengan tindakan awak yang salah tu. Sekarang, saya nak kamu berdua minta maaf. Saya akan lepaskan kamu berdua memandangkan ini kesalahan pertama kali buat Shafiq, tapi ingat, jika kesalahan ini berulang lagi, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih berat, faham? Sekarang, minta maaf!"

Shafiq mendekati Asyraf perlahan-lahan dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Aku minta maaf sebab pukul kau tadi." Kata Shafiq, namun Asyraf dengan sombongnya menepuk tangannya sebagai cara bersalaman, kemudian dia menjeling.

"Cikgu, anak saya kena pukul, cikgu boleh lepaskan dia macam tu je? Cikgu tak nampak ke, sampai berdarah siku anak saya ni? Ini tak boleh jadi!"  Celah ibu Asyraf tiba-tiba.

Arissa ingin sahaja memarahi kembali ibu Asyraf tetapi tenang kerana memikirkan akibatnya nanti. Lagipun, wanita itu lebih tua daripadanya, jadi biadab pula nanti kelakuannya kalau dia  'smackdown' wanita itu.

"Puan Norin, saya dah lepaskan dendaan untuk kedua-duanya dah bagus tau? Puan ingatkan saya akan denda Shafiq seorang saja dan biarkan Asyraf? Puan jangan lupa, Asyraf pun bersalah juga sebab dia yang mengejek Shafiq dulu. Lagipun, luka di tangan Asyraf tu saya perhatikan dah dua hari kan? Mungkin masa pergaduhan tadi, luka tu berdarah kembali." Terang guru disiplin itu lagi.

Tiada apa-apa lagi untuk dikatakan, Puan Norin mendengus dan menarik tangan anaknya.

"Terima kasihlah cikgu!" dengan itu, dia meninggalkan bilik itu dan menghempas pintu.

Ruang bilik itu kembali senyap.

"Cikgu, saya minta maaflah atas pihak adik saya, menyusahkan cikgu." kata Arissa.

"Saya minta maaf cikgu, saya tau, saya tak sepatutnya pukul Asyraf."

Guru muda itu mendekati Shafiq dan memegang bahunya.

"Shafiq, sebenarnya cikgu kecewa dengan tindakan Shafiq. Memang cikgu tau, Asyraf suka mengejak dan cakap sesuka hatinya. Jadi cikgu percaya, puncanya adalah kerana sikapnya itu. Tapi itu tidak bermakna Shafiq berhak untuk bertunduk dengan dia. Kamu lebih baik daripada itu. Pun begitu, Cikgu bangga kerana Shafiq cepat sedar dan mahu bermaafan dengan Asyraf."

"Terima kasih, cikgu." Kata Shafiq, diikuti dengan Arissa, sebelum mereka berlalu dari situ.

Setelah itu, Arissa mengajak adiknya ke restoran makanan segera McDonald's. Arissa memesan burger yang dia tahu adalah kegemaran adiknya itu melihatkan adiknya tiada mood untuk berbual. Bila ditanya, jawab sepatah.

Apabila makanan mereka tiba, Arissa mengambil kesempatan itu untuk berbicara mengenai hal tadi.

"Kenapa adik pukul dia? Apa yang dia cakap? Selalu adik tak macam ni."

Shafiq terdiam sebentar sambil bermain-main dengan penyedut airnya. Kemudian dia membuka mulutnya.

"Asyraf ejek Shafiq sebab kasut Shafiq kotor dan dah koyak. Mula-mula Shafiq diam tapi lepas tu dia cakap Shafiq miskin, takde ayah, Shafiq geram! Kakak marah kat Shafiq ke?"

Sayu pula hati Arissa mendengarnya.Geram pun ada, namun dia tak ingin memperbesarkan masalah itu. Dia cuba untuk meringankan keadaan.

"Fiq, kakak tak marah, sebab kakak tau Shafiq tak salah sepenuhnya, tapi itu tak bermakna kakak setuju dengan apa yang adik buat, tau! Tapi, bila kakak ingat balik kan, perangai kakak dulu lagi teruk tau? Kat bilik tulah kakak selalu kena panggil."

" Kena panggil? Kakak buat apa?" kata Shafiq yang mula ceria sedikit.

" Macam-macamlah. Kakak ni dulu suka bergaduh dengan budak-budak lelaki kat sana, diorang suka ejek kakak. Ada satu hari tu, kakak tumbuk satu budak tu, sampai dia menangis! Kakak geram dengan dia sebab dia ni jahat sangat! Ibu sampai kena datang selesaikan masalah dengan mak budak tu. Shafiq dah kira untung tau, guru disiplin adik tu baik.Masa time kakak dulu, cikgu disiplin garang, misai tebal. Muka serius je, cara cakap pun macam komando tentera."

Kata Arissa mengingatkan kisah silamnya yang lucu sambil menikmati kentang gorengnya dan tersenyum.

"Kakak nangis tak?" tanya Shafiq.

"Tak. Geram lagi adalah! Last-last, kitorang berdua kena ketuk ketampi seratus kali kat tengah padang bila waktu rehat. Semua orang tengokkan. Malu tau, sebab belum pernah lagi ada student perempuan yang kena macam tu."

"Habis, kakak dengan dia tak bermaafan ke?"

"Tak, tapi lepas tu dia nak buat baik dengan kakak pula. Kita pun jadi kawan baik, sampailah sekarang."  Cerita Arissa sambil tersenyum.

"Sampai sekarang? Budak tu..."

"Abang Farizal lah."

Arissa tersenyum lagi sementara Shafiq membuka mulutnya dengan mata yang terkebil-kebil.

bersambung...

Saturday, April 2, 2011

Selamat Tinggal Sneakers...chapter 2

Wajahnya yang tampan mampu menawan hati sesiapa sahaja yang memandangnya. Menebarkan Aura pesona yang memikat, Pierre Laurent tanpa sengaja telah mematahkan ramai gadis di kolej itu, namun itu tidak menjadi satu masalah baginya.Dikurniakan dengan tubuh yang tinggi dan badan yang tegap, pemuda berdarah Perancis itu tidak mensia-siakan kelebihannya itu dengan menyertai pasukan bola keranjang di kolej.Bakatnya terserlah, maka dia dilantikkan untuk menjadi  kapten pasukan Cougars tersebut.

Menjadi topik perbualan yang hangat di antara gadis-gadis memang sudah menjadi kebiasaan bagi Pierre, namun hari ini, topik tentangnya menjadi ekstra hangat memandangkan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh para pelajar perempuan telah terjadi -Pierre dan kekasihnya Emelyn telah Putus! Dengar-dengar agak serius juga pertengkaran mereka kali ini sehinggakan tiada jalan untuk mereka kembali. Semenjak Emelyn, gadis seksi yang tinggi dan cantik itu menjadi kekasih Pierre, pemuda itu hanya menjadi santapan mata para mata-mata gatal yang kempunan memandang Si kacak Pierre, maka dia telah dilabelkan sebagai 'see-no-touch.' Sesiapa yang berani mati maka akan direnung tajam oleh  Emelyn yang bermata galak atau lebih malang disindir dan dihina.

Maruah seorang gadis, Amira pernah disiat-siat oleh Emelyn apabila dia cuba untuk memberikan sekotak cokelat kepada Pierre sempena Hari Kekasih tahun lalu. Apabila Emelyn mendapat tahu hal tersebut, habis gadis malang itu dihinanya.

'Tak malu punya perempuan, I mean chocolates? You think yang dia akan terima cokelat murah kau ni? Forget it! Because firstly, dia tak makan cokelat murahan macam ni and secondly, dia tak makan cokelat langsung sebab dia tak nak jadi gemuk macam kau. And thirdly of course, dia takkan interested pada perempuan macam kau, so stay off!' Dengan satu kibasan rambutnya yang panjang, dia berlalu dengan angkuh, sementara gadis itu terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya belajar di sana!

Kini, para gadis-gadis penggemar Pierre sudah merdeka, seperti kambing-kambing yang terlepas dari kandang.
Mulalah, dewan latihan bola keranjang dibanjiri para gadis yang berdandan seperti ingin mengambil gambar untuk kulit majalah Her World. Yang sibuk menjadi PA tanpa gaji Pierre pun ramai, sibuk belikan air, ambilkan tuala...

Yang paling gembira akan keadaan itu adalah para pemain yang lain yang tumpang cuci mata melihat sexy overload para gadis-gadis itu, lebih-lebih lagi dengan adanya kumpulan PPG.

Disebalik kemeriahan itu, Pierre langsung tidak terpengaruh. Dia acuh tidak acuh sahaja menerima layanan yang diberikan untuknya.

'Bro, kau ok ke tak? Kau tak nampak tu, berapa banyak girls yang sibuk nak please kau? Kau sepatutnya take advantage of the situation!' Kata, Daniel, teman rapatnya semasa selesai sesi  latihan.

Pierre meneguk airnya sambil mengelap dahinya yang berkeringat. Wajahnya muram saja.

'Nah... aku cuma...entahlah. Jaded. Bosan.' kata Pierre tanpa semangat.

'Bosan? BOSAN kau kata? Dude you're easily the most eligible bachelor in this campus! Semua girls practically wants to date you. Dan aku cakap pasal A-list girls, man and you're telling me you're jaded?' kata Hazwan tanpa rasa percaya.

'Itu problem dia. Aku dah date dengan terlalu banyak perempuan sampaikan aku dah...sekarang aku rasa perempuan ni semua macam sama je. Break off dengan satu Emelyn, seribu Sofia datang dengan rela. Mana ada challenge?'

'Whoa...' kata Daniel. 'Says THE Casanova.'

Mereka berjalan menuju ke bilik persalinan khas para pasukan bola keranjang lelaki apabil tiba-tiba Hazwan terlihat Arissa yang sedang berlatih di dalam bola sepak pasukan perempuan. Timbul sebuah idea di kepalanya. Dia berhenti seketika, diikuti dengan Daniel dan Pierre.

'Pierre! Kau kata semua perempuan kau dah pernah date?' Kata Hazwan tiba-tiba.

'Hampir-hampir semua.' kata Pierre mengangkat bahunya. Daniel menunggu apa yang sedang ingin dinyatakan oleh temannya itu dengan minat.

'Kau rasa SEMUA perempuan akan confirm jatuh cinta dengan kau?' Kata Hazwan tersenyum penuh misteri sambil menyepetkan matanya.

'Dude, kau cakap dengan Pierre ke aku? Duh! Kalau Amira si nerd tu boleh mengaku cinta kat dia, siapa yang kita possibly missed out?' kata Daniel yang semakin minat.

Tanpa berkata apa-apa, Hazwan memandang ke arah padang bola dengan senyuman sebagai jawapan. Kemudian dia mengangguk.

'Kau fikir tak apa yang aku fikir?' Tanya Hazwan memandang Pierre.

'Apa? Balik pada Hani?' Kata Pierre, merujuk kepada salah satu daripada bekas kekasih (atau mangsanya) yang juga merupakan ahli pasukan bola sepak wanita di kolej itu.

'No... Bukan Hani, tapi Arissa.' Jawab Hazwan.

'Siapa?' Tanya Pierre dan Daniel serentak.

'Nur Arissa Binte Kamal.Perempuan yang tengah dribble bola tu,' kata Hazwan sambil Daniel dan Pierre mengalihkan perhatian mereka ke arah Arissa yang sedang menguasai bola di padang itu. Dengan satu sepakan yang dinamik, bola yang ditendangnya masuk ke gaung gol. Dengan satu tiupan wisel, kemenangan pasukan merah dipastikan. Sorakan girang pasukan mereka menguasai padang bola di senjakala itu.

Daniel dan Pierre hanya memandang dengan mulut terbuka luas dan beberapa kali kerdipan mata.

'Gentlemen, may i present to you, Arissa Kamal,. Gadis baju nombor lima, striker pasukan bola wanita kat kolej ni.'

'Kau pasti ke dia ni er... minat  lelaki?' Kata Daniel yang sedang memerhatikan Arissa yang sedang meminum air tawar dari botolnya. Selebihnya, dia menuangkan ke atas kepalanya.

'Oh, jangan bimbang, dia certified "wanita sejati". Dulu masa kat sekolah menengah dulu, dia ada crush pada coach bola sepak dia, cuma dia ni ada sikit punya tomboy lah,' kata Hazwan seperti seorang jurujual kereta mewah kepada klien yang berpotensi.

'Macam mana kalau kita buat satu deal?' Kata Hazwan lagi. 'Kalau kau dapat pikat dia dalam satu bulan,  dalam masa setahun, kalau kita keluar, aku belanja. First kalau success, kita party habis-habisan, aku belanja. Kalau kau kalah, sorry, man, terbalik. Kau yang kena belanja setiap kali kita keluar. Macam mana?'

Pierre masih memerhatikan gadis itu dengan penuh minat. Sengaja Hazwan bercadang sedemikian kerana dia tahu, sahabatnya pantang dicabar dan lebih pantang dikalahkan.

'You know what? It's a deal.' Kata Pierre dengan penuh keyakinan. Apa susahnya? Dia yakin, dia dapat menumpaskan hati gadis itu walau sekasar manapun gadis itu. Lagipun, dalam pengalamannya, tidak pernah dia gagal walaupun sekali. Namun, tanpa pengetahuannya, Arissa tidak semudah untuk tertewas seperti yang disangkanya.

'Tak mungkin! Dahlah, tak payah buang masa kejar perempuan tu, I mean, kau boleh dapat yang lebih baik daripada ni. Bandingkan Emelyn dengan...' Dan pada ketika itu, mereka lihat Arissa sedang makan cokelat Sneakers, dan hanya dengan dua suapan, hancur semua cokelat di dalam mulutnya. Lebih tidak manis lagi, mulutnya yang penuh itu kelihatan.

'Nampak tak apa yang aku maksudkan? That's no lady...' Kata Daniel lagi, dengan  penuh  keprihatinan.

'No, dia masih perempuan, dan aku akan pastikan, aku menang cabaran ni,' kata Pierre, membuatkan Hazwan tersenyum.

'OK, kalau macam tu, bersiap sedia, sebab aku nak beritahu kau yang budak ni, memang susah nak jatuh cinta atau jatuh pada sweet talk ni semua. Dulu masa valentine's day ada orang letak bunga kat locker dia, siap kad lagi, dia bagi orang walaupun dia tak tau siapa yang bagi. Dia cuma ambil cokelat je, tanpa perasaan. Dia tak nak tau pun siapa yang bagi, jadi, selamat berjaya,' kata Hazwan sambil menepuk belakang badan Pierre, seperti memberi kata akhir kepada seorang tentera yang akan berangkat ke medan perang.

Pierre tersenyum. Dia yakin dia akan berjaya. Siapa yang pernah menolak dirinya? Arissa Kamal hanya seorang lagi gadis yang sama seperti yang lain yang sering berfantasi untuk menjadi kekasihnya, walaupun dalam diam.

'Bring it on, aku ready,' kata Pierre.

'Kita start besok. Kita pergi tempat dia kerja, kat CocoaVanilla Cafe, pukul 6 petang.' kata Ha zwan yang tidak sabar melihat bagaimana Pierre memegangi cabaran itu.