Saturday, April 28, 2012

Selamat Tinggal Sneakers...31

Saat ibu Arissa masuk ke biliknya, dia menggelengkan kepalanya melihat biliknya yang berselerak dan tidak terurus. Baju-baju dan seluarnya bertaburan di merata-rata tempat dan ada secawan kopi yang tidak dihabiskan tidak diangkat di meja kerjanya.

"Hai...Rissa, Rissa. Aku ingatkan kalau dah lebih 'perempuan' tu, perangai pun semakin kemas, ini tidak, berselerak!" Bebel ibunya sendiri.

Ibunya mula dengan mengutip kain baju yang bertaburan untuk dicuci. Buku-bukunya pun banyak yang tidak teratur, yang ada di bawah tepi katilnya, soalnya tidak teratur. Sedang dia mengangkat buku-buku tersebut, tiba-tiba sekeping -dua keping -gambar terkeluar daripada salah satu daripada buku tersebut. Saat ibunya memandang gambar pertama, dia mendapati bahawa ia adalah gambar anak gadisnya bersama seorang lelaki yang berwajah kacukan orang barat. Kacak orangnya, mungkinkah ini kekasih anaknya? Sebab itulah beriya-iya ingin berubah penampilan.

Setelah itu, dia melihat ke gambar kedua pula namun ia membuatnya hairan.

"Aik, kenapa gambar Si Rizal ni ada sekali pula?"

Ibunya tahu anak gadisnya itu berkawan baik dengan Farizal namun dia tidak berapa pasti pula sejauh mana hubungan mereka. Pun begitu, dia tidak yakin mereka berdua ada apa-apa hubungan istimewa selain teman baik. Dia menyelipkan semula gambar-gambar tersebut ke dalam buku tadi untuk meneruskan kerjanya untuk mengemas yang tertunda tadi.

Dia ke meja kerja anaknya untuk mengangkat cawan tadi apabila sesuatu menarik perhatiannya. Di sebelah komputer dia atas meja itu, terdapat sebuah bungkusan plastik kecil. Apabila dia mengambil dan mengamatinya, dia mendapati ianya mengandungi beberapa biji pil yang bermacam-macam warna. Naluri keibuannya kuat mengatakan bahawa ia bukanlah pil biasa.

                                                                                     ***

Emelyn menawarkan segelas jus oren kepada Arissa yang sedang marah saat dia menceritakan tentang kecurangan Pierre.

"Hmm...Biasalah tu. Masih tak berubah Pierre tu. You know, I kinda expected that he'll cheat on you eventually," kata Emelyn selamba.

"Maksud you?"

"Arissa, Arissa. That's just him. He does it all the time. Once a cheater, always a cheater. I mean, what do you expect? You ingatkan dia akan tukar cara hidup dia yang buaya tu just because you suruh? Not in a million years. I kenal Pierre tu okay, ego dia tu lebih besar daripada dunia boleh tanggung tau tak?"

"Em, apa yang you cuba nak cakapkan ni?"

"Ditch him! Tak guna you simpan lagi lelaki macam tu!"

"Entahlah Em... I tak tau...Pening kepala I fikirkan semua ni."

Perempuan bodoh. Itulah yang difikirkan oleh Emelyn saat melihat Arissa yang masih terdiam seakan-akan menimbangkan sesuatu.

"Dahlah, apa kita kita rest the case sekejap? Malam ni, kita have fun with the girls. Kita lupakan masalah-masalah ni semua and dance our heart away. Macam mana?"

Arissa yang sedang tiada mood untuk membantah pun hanya mengangkat bahunya. Fikirannya sedang berserabut kini, memikirkan Pierre yang menduakannya, pelajarannya yang semakin merosot dan Farizal yang entah mengapa seperti ingin menjauhkan diri daripadanya.

"Great. Jomlah, I akan transform you into a superstar tonight!"

Dengan itu, Emelyn mengajak Arissa ke biliknya dan membuatnya mencuba pakaian-pakaiannya. Setelah beberapa pakaian kemudian, mereka memilih LBD berlengan panjang dengan les di bahagian atasnya. Untuk melengkapkan gaya itu, Emelyn menyolekkannya dengan gaya smokey eyes yang seksi dan menggayakan rambutnya dengan curler.

"There, you look stunning!" Kata Emelyn yang menggayakan asymmetrical dress atau dress yang hanya kodong sebelah yang sangat pendek.

Malam itu mereka ke sebuah kelab. Emelyn dan rakan-rakannya mengajaknya untuk menari bersama mereka namun Arissa menolak dan memilih duduk di stool bar. Muzik yang berdentum masih belum berjaya meredam bebanan di kepalanya.

"Shirley temple please." Pesan Arissa. Minuman itu sahaja yang dia tahu tidak mengandungi alkohol.

"Arissa?"

Mendengar namanya dipanggil, Arissa mendongak dan mendapati bartender dihadapannya tersenyum ke arahnya. Di tempat yang gelap itu Arissa harus menyepetkan matanya sebelum mengenali pemuda yang melambai kepadanya.

"James? Hi!"

Ternyata, bartender tersebut adalah James, salah satu daripada teman yang bermain bola dengan dia dan Farizal tidak berapa lama dahulu. Kini dia sudah graduate dan dengan itu, mereka sudah lama tidak lama bertemu.

"So, it's true then. I mean I saw you on the magazine and all but look at you! Dah cantik sekarang naik segan aku." Kata James yang berketurunan Baba.

"Yelah tu!" Kata Arissa yang malu walaupun gembira. "Kau macam mana, okay?"

James mengangkat bahunya.

"I survived. Aku try untuk hidup sendiri. Sekarang pun aku baru pindah daripada rumah parents aku. Nanti-nantilah baru aku cari real job. Hey, by the way, apa khabar Farizal?"

Mendengar nama Farizal, wajah Arissa sedikit tegang. Apa khabarnya? Dia sendiri tertanya-tanya.

"Okay..." Itu sahaja yang mampu dia jawab. Malu rasanya untuk menceritakan kepada James apa yanng terjadi dia antara mereka.

James menyediakan minumannya sebelum kembali berbual sebentar dengan Arissa.

"Minumlah. This one's on the house," kata James perlahan sambil mengenyitkan matanya, membuatkan Arissa tersenyum dan mengucapkan terima kasih tanpa mengeluarkan suara.

"Ahh...Arissa! Tu pun you, leshh hef fuuuhhnn. Jom lah dance..." Kata Emelyn yang tiba-tiba datang dengan keadaan mabuk. James hanya mengangkat keningnya sahaja sebelum berlalu membuat kerjanya.

" Umm... takpelah.  I tak tau macam mana..."

"Oh...Come on! Lagu tengah best ni!! Come On, I'll teach you!" Emelyn menarik tangannya. "Whoop..."

Arissa tidak selesa dengan keadaan di situ. Dengan beratus orang di kelab yang gelap itu, boleh sahaja dia hilang di dalam ramai. Saat semua orangn menari, Arissa cuma berdiri seperti orang bodoh. Banyak lelaki yang memandangnya seperti ingin telan.

Dengan segera, Arissa cuba pergi dari situ melanggar tubuh-tubuh yang asyik menari. Sedang dia merempuh para penari-penari di situ, tiba-tiba hidungnya disiku oleh salah satu daripada mereka dengan kuat.

"Ouhhh..." Adunya kuat.

Para pelakunya terdengar dan menoleh sementara Arissa mendongakkan kepalanya. Sesaat, mata mereka bertentangan tanpa kata. Masing-masing  ingin memastikan apa yang mereka lihat pada detik itu.

Arissa menggelengkan kepalanya sebelum berlalu dari situ, tangan di hidungnya.

"Arissa!"

Pierre melepaskan wanita yang dipeluknya untuk mengejar gadis itu. Dia tidak sangka, mereka boleh bertemu malam itu, di situ! Arissa tidak pernah ke kelab, kenapa pula dia ada di situ malam itu?

Arissa berlari hingga dia berjaya keluar dari tempat itu, diikuti oleh Pierre.

"Stop, Arissa, please."

Entah mengapa, Arissa mengambil keputusan untuk berhenti kali ini, walaupun dia tahu apa yang ingin dijelaskan oleh Pierre nanti hanyalah dusta semata-mata.

"Sayang... Dengarkan I, please..."

Arissa berdiri sambil menyilangkan tangannya di tubuhnya. Bunyi kuat dentuman kelab di dalam bagaikan rentak jantungnya yang kini tidak keruan. Dirinya sendiri tidak tahu apa yang dirasakannya ketika itu.

"Okay... Apa yang you nampak tu, bukan apa yang you sangkakan."

Arissa menarik nafasnya.

"Pierre... Entahlah. I rasa macam dah tak kisahlah. Apa yang you nak buat, buatlah. Ikut suka hati you lah. I tak ada hak nak halang you pun."

"Shhh...Honey please...Tolong jangan cakap macam tu, okay sayang?"

Pierre mengambil tangan Arissa namun tangan gadis itu segera melepaskannya seolah-olah tersentuh api yang panas.

"Pierre, I dah buat keputusan dan I rasa ini yang terbaik buat kita."

Sedikit-sebanyak, Pierre dapat menjangkakan apa yang ingin dikatakan oleh Arissa, membuatnya takut.

"No, Arissa. Please. Okay, I janji, I akan berubah. I tak akan buat you sedih lagi, okay? Please Arissa, jangan tinggalkan I."

Tanpa disangka, Pierre mula menangis. Dia memberus tepian rambutnya seolah-olah menyesal dengan apa yang telah dilakukan olehnya. Arissa hanya terdiam kaku, tidak tahu apa yang harus dilakukan olehnya.

"Pierre, you are drunk."

"Riss...Kalau you tinggalkan I, I...Dah tak ada siapa-siapa lagi dalam hidup I. I...I'm so lonely, Arissa. You jauhkan diri dari I. My parents are divorcing... I tak tau apa nak buat lagi."

Arissa menekupkan mulutnya. Rasa bersalah mula menyelinap di dalam jiwanya. Ekoran egonya, dia lupa untuk melihat orang di sekelilingnya, gagal untuk mengambil tahu masalah orang yang disayanginya. Dengan itu, dia meraih tangan lelaki itu.

"Pierre...I'm sorry. I tak tau..."

"I know i'm not good enough for you, Riss, tapi I'm begging you, please. Please jangan tinggalkan I."

Arissa mengesat air mata lelaki itu dengan hujung jarinya. Kasihan pula melihat lelaki yang sering dilihat hebat itu runtuh di hadapannya.

"Okay, I takkan tinggalkan you, okay. Tapi, you mesti stop buat perkara-perkara yang I tak suka. Masalah you bukannya alasan untuk you teruskan hidup you macam ni, minum sampai mabuk macam ni. I nak you berubah, okay?"

Pierre mengangguk sambil mencium tangannya.

"I hantar you baliklah, naik cab."

"Kereta I..."

"You are in no condition to drive, mister. Jadi jangan degil. okay?"

Pierre akur sahaja. Saat mereka duduk di dalam teksi, Pierre yang separuh tidur separuh sedar berkata, "Arissa, you are the bestest thing that I had. I love you so much."

Arissa hanya terdiam. Dia tidak pasti jika dia merasakan yang sama.



                                                                           ***

Memandang ke ruangan yang kosong, tangan ibu Arissa terus memotong lada namun mindanya tidak di situ, memikiran sifat anak gadisnya yang kian berubah. Malam tadi entah pukul berapa dia pulang ke rumah. Apabila dia membuka pintu bilik anaknya pagi tadi, dia sudah pun berdengkur hingga tengah hari kini.

Shafiq yang sedang menonton televisyen menoleh dan mendapati ibunya yang termenung dengan pisau yang memotong hampir melukakan jarinya.

"Ibu! Ibu jaga jari ibu!"

Ibu Arissa tersentak dan meletakkan pisaunya. Dia memandang ke arah jam di dindingnya yang menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.

Ibunya segera bangun dan mengetuk pintu anak gadisnya itu..

"Arissa, bangun! Arissa!"

Arissa yang masih mengantuk terbangun saat terdengar bunyi ketukan pintu dan panggilan ibunya yang kuat. Dia menguap dan melihat ke arah jam di dinding yang menunjukkan sekitar pukul 12.30 tengah hari. Semalam dia tertidur dengan baju yang tidak terganti dan mekap yang tidak dicuci.

Matilah jika ibunya melihatnya begitu, namun terlambat. Pintu sudah pun terbuka dan Arissa tidak sempat untuk menyelamatkan dirinya. Dia terduduk di katil, menunggu hukuman di awal harinya. Ibunya masuk dengan wajah yang tidak gembira.

"Bangun! Nak tunggu matahari terbenam baru nak bangun ke?"

Dengan kekok, Arissa berdiri untuk mengambil tualanya yang berada tidak jauh dari katilnya. Tengkuknya terasa lenguh sekali sementara rasa mengantuk masih menguasai matanya. Mata ibunya mengekori setiap pergerakannya dan cara pakaiannya dari atas hingga ke bawah.

"Semalam Arissa pergi mana? Balik pukul berapa?"

Perbicaraan sudah mula dan mulut Arissa seperti kebas untuk mengeluarkan sebarang kata.

"Err... Rumah kawan Rissa. Hari jadi semalam. Memang Rissa balik lambat semalam sebab susah nak dapat teksi kat kawasan rumah dia," bohong Arissa, sesuatu yang paling benci dilakukannya.

"Kawan Rissa lelaki atau perempuan?"

"Perempuan. Err...Arissa nak mandi dululah."

Sekurang-kurangnya sebahagiannya benar, namun matanya tidak sanggup memandang ke mata ibunya.

"Tunggu. Pukul berapa Rissa balik semalam?"

Arissa menelan air liurnya. Semalam dia pulang hampir pukul 3 pagi, medengar keluhan Pierre tentang masalah keluarganya.

"En...Entah...Rissa tak perasaan sebab dah mengantuk sangat semalam..."

"Kenapa badan Rissa bau arak ni?"

Sekali lagi hatinya melonjak.

"Err...Kawan Arissa yang minum Rissa tak..."

"Sudahlah, Arissa. Ibu rasa Arissa janganlah ikut kawan-kawan baru Rissa tu lagi. Ibu tak sukalah cara hidup diorang."

"Apa yang ibu cakap ni? Ibu tak kenal diorang pun!" Suara Arissa sedikit meninggi.

"Memang ibu tak kenal diorang tapi dengan cara Arissa yang baru ni, ibu boleh bacalah macam mana kawan-kawan Arissa, dan terus-terang ibu cakap ibu tak berkenanlah cara hidup diorang. Balik malam-malam, minum minuman haram tu!"

"Arissa tak minumlah Bu! Tolonglah! Memang diorang macam tu, tapi diorang tu kawan Arissa. Ibu tak payahlah risau, Rissa tau jaga diri Rissa sendiri, Rissa dah besar pun. Rissa takkan buat kerja bodoh!"

"Habis tu ni apa? Ibu jumpa kat atas meja Rissa! Kenapa Rissa? Ini yang Rissa kata Rissa tau jaga diri Rissa? Ya Allah, Rissa! Ingat tuhan, Rissa! Rissa tak takut dosa ke?"

Ibunya menunjukkan pil-pil ecstasy yang diberikan oleh Reanna kepadanya. Arissa terdiam sebentar. Kacau. Kini pasti ibunya semakin tidak percaya kepadanya.

"Ris...Rissa...Kenapa Ibu pandai-pandai masuk dalam bilik Rissa, bongkar barang Rissa ni?"

"Rissa, Ibu ni ibu Rissa tau! Lagipun kalau ibu tak masuk bilik Rissa, ibu tak tau yang Rissa selama ni ambik dadah! Sudah, hari ni, Rissa jangan pergi mana-mana! Jangan jumpa kawan-kawan Rissa tu semua!"

"Itu bukan Rissa punya!! Rissa tak ambik punlah benda tu! Dahlah, Rissa nak mandi, lepas tu Rissa nak keluar!" Arissa merampas bungkusan dadah itu dan melontarnya ke dalam bakul sampah yang terletak di tepi meja kerjanya.

"Rissa jangan degil! Ibu kata, Rissa jangan keluar hari ni!"

"Ihhh...Kalau Rissa duduk rumah untuk dengar ibu membebel je, lebih baik Rissa jumpa kawan-kawan Rissa yang jahat tu! Sekurang-kurangnya diorang PERCAYAKAN Rissa!"

Dengan itu, Arissa berjalan lalu ibunya yang terdiam, entah geram atau sedih. Shafiq yang mengintai di hadapan pintunya itu terbatu. Dia seakan-akan tidak percaya bahawa wanita asing yang berbicara kasar dengan ibunya itu adalah kakaknya yang disayanginya. Kakak yang merupakan kawan baiknya. Hatinya sedih melihat gadis yang telah berubah itu.

Setelah pemergian Arissa, Shafiq melihat ibunya menangis sendirian di dalam bilik sambil berpura-pura menjahit dengan mesin jahitnya. Tadi, ibunya menyuruhnya pergi temankan nek Jah dan Shafiq akur kerana dia tahu sebabnya.

Shafiq turun ke bawah namun tidak ke rumah Nek Jah seperti yang disuruh oleh ibunya. Malah, dia ke taman pemaian yang lengang sambil menongkatkan dagunya dengan wajah yang layu. Selalunya hari-hai minggu dia akan main bola dengan kakaknya atau lepak dengan kakaknya serta Farizal. Dia benci akan keadaan yang berubah begini.

Farizal yang kebetulan lalu di situ ternampak Shafiq yang kelihatan sedih dan mendekatinya.

"Shafiq!"

Shafiq menoleh namun wajahnya tetap layu. Farizal yang kehairanan duduk di sebelahnya.

"Kenapa muka monyok je? Ni? Ada problem, nak bilang abang Rizal?" Farizal meletakkan tangannya di bahu Shafiq.

Shafiq terdiam. Kemudian dia mendongak.

"Shafiq nampak ibu nangis." Kata Shafiq perlahan. Mendengar itu, Farizal mengerutkan dahinya. Ada sesuatu yang tidak kena.

"Ibu Shafiq, nangis? Kenapa?"

Shaiq menundukkan wajahnya lagi. Dia sendiri kurang memahami apa yang sebenarnya berlaku.

"Entah. Tadi ibu gaduh dengan kakak. Pasal benda ni." Shafiq mengeluarkan bungkusan ecstasy tadi dan memberikannya kepada Farizal, membuat lelaki itu terkejut.

"Shafiq! Mana Shafiq dapat ni?"

"Entah. Tapi ni kakak punya."

Farizal menarik nafasnya. Apa lagi yang Arissa lakukan kali ini? Di dalam hatinya dia berdoa agar sangkaan buruknya kini adalah salah. Mungkin itu bukan kepunyaannya? Mungkin dia cuma menyimpannya untuk kawannya sahaja?

"Shafiq, Shafiq bagi kat abang Rizal dulu boleh? Err... nanti abang tanya kak Rissa betul-betul, okay? Sekarang, jom teman Abang Rizal. Abang Rizal nak cari kasut bola barulah."

Shafiq hanya mengangguk sahaja. Sebelum mereka pergi, Shafiq bertanya sesuatu kepada Farizal.

"Abang Rizal... Abang dengan Kak Rissa dah tak kawan lagi ke? Shafiq tak sukalah dengan kawan baru kak Rissa. Diorang buat Kak Rissa jadi orang lain."

Farizal terdiam sejenak. Apa yang harus dia katakan sedangkan dia tidak mempunyai jawapan bagi soalan yang dia sendiri tertanya sendiri.

"Tak lah. Abang Rizal masih kawan Kak Rissa, cuma sekarang ni kita dah jarang lepak sama-sama. Yelah, masing-masing sibuk." Itu sahaja yang mampu dijelaskan olehnya walaupun dia tahu Shafiq kurang meyakininya. Pun begitu, dia tidak bertanya lebih lanjut lagi.


                                                                           ***
"Kenapa ni sayang?"

Arissa hanya termenung saat Pierre bertanyakan cerita apa yang ingin dia tontoni di panggung wayang hari itu. Fikirannya masih lagi berada pada saat dia bertengkar dengan ibunya tadi. Rasa bersalah mula membayangi di ruang matanya. Selama ini dia tidak pernah berbual kasar dengan ibunya seperti itu.

"Sayang..." Pierre memegang bahunya membawanya ke alam nyata.

"Oh... Sorry... You pilih cerita apa?"

"I tanya you nak tengok cerita apa, you tanya I pulak. Kenapa ni?"

Arissa menarik menghela nafasnya. Wajahnya muram sahaja.

"Tadi I bergaduh dengan ibu I." Kata Arissa perlahan.

Mendengar itu, Pierre tersenyum senget.

"Well, honey," Pierre meletakkan tangannya ke bahu Arissa kemudian berkata, "You certainly are not alone. I pun tiap-tiap hari gaduh dengan my dad. Alah, pedulikanlah diorang. I mean that's what parents are for. Membebel macam diorang je betul."

"Tapi I rasa bersalah. I tak pernah..." Membayangkan kembali bagaimana biadapnya dirinya terhadap ibunya tadi sahaja seperti tadi membuatkannya sedih. Penyesalan menghantui mindanya.

"Okay, dahlah. Jomlah, kita tengok wayang, lupakan masalah kita. Kita tengok cerita seram. How's that? Lepas ni, kita cuma fikir pasal kita je kay, sayang?"

Tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi, Arissa mengangkat bahunya. Dia pun tidak mahu merosakkan pertemuan mereka dengan menyelimuti dirinya dibalik kesedihannya, lantas dia tersenyum kembali.

"Okay, how do you like your popcorn? Buttered or caramel?" Tanya Arissa dengan ceria, membuatkan Pierre tersenyum lebar.

"That's more like it. You pilihlah mana yang you suka. I'll go get the tickets first."

                                                                                    ***

Di dalam biliknya sendirian, Emelyn menatap marah ke arah komputer ribanya. Oh. Sebab itulah semenjak dua  menjak ini setiap kali dia menelefon Pierre, dia buat tak layan sahaja. Di skrin komputer itu, tersergam foto-foto Arissa dan Pierre, kelihatan gembira, tersenyum seolah-olah memerlinya. Hatinya bagaikan ingin meletup melihat kemesraan yang dipamerkan dalam foto-foto tersebut.

Dengan geram, dia menekan nombor Pierre untuk kali ke 5 dalam masa setengah jam itu. Akhirnya panggilannya dijawab juga oleh Pierre yang kedengaran malas itu.

"Hello..."

"Had fun? Sampai I called you banyak kali pun you tak layan?"

"Em...Dah pukul berapa ni? Ada apa you call I?" Jawab Pierre sambil menguap.

"Tadi you jumpa dia kan?"

"Pukul 1? Babe, you tak nak tidur ke?"

"You jangan nak tukar topik kay? You promise nak datang jumpa I tadi kan, tiba-tiba gambar you dengan pompuan tu pulak timbul kat Facebook. I tunggu macam nak giler untuk you, you ada happy-happy dengan pompuan tu!"

"Hey, hey, yang you nak marah-marah ni pehal? Arissa tu girlfriend I okay, whereas you... cuma scandal I. Mana pergi semua spare tyre you semua?"

Mendengar itu, Emelyn terdiam sedih. Itukah yang lelaki itu menganggapnya selama ini? Dia menitiskan air matanya, mengeluarkan esakan kecil.

"Itu ke yang you anggap I selama ni?" Tanya Emelyn perlahan.

Dari hujung talian itu, tarikan nafas yang kecil dapat didengari oleh Emelyn.

"Emelyn, itu bukan maksud I okay. Right, I tau yang I dah promise nak jumpa you tadi, tapi tiba-tiba Arissa call I nak jumpa. You tau kan, I dengan Arissa tu baru nak berbaik semula? Tolonglah faham."

"Dahlah, Pierre. I...I...Faham siapa diri I kalau nak dibandingkan dengan Arissa tu. I kan perempuan jahat. banyak boyfriend, tak macam Arissa. Immaculate."

"Sayang, I tak pernah anggap you macam tu. Listen, I'll make it up to you okay? Besok, I'll go to your place, how's that?"

"Too late. Daddy I balik besok. Dah lah, tak payah nak susah-susah paksa diri you untuk ambik hati I, kay?"

Dengan itu, Emelyn menutup telefon itu. Kemarahan semakin berkepul di dalam hatinya. Baru sahaja mereka  ingin berpisah, kini kembali mesra pula! Kebenciannya terhadap Arissa semakin menebal hingga menyesakkan hatinya. Dia tidak akan dapat ketenangan selagi gadis itu belum mendapat bisanya. Dia pun sudah muak untuk memaniskan mukanya di hadapan gadis itu dan bermain peranan sebagai BFF nya. Ugh... Tolonglah. Gadis seperti Arissa itu tidak akan layak untuk menjadi kawannya. Apalagi berkongsi hati di dalam hati Pierre.



Wednesday, April 4, 2012

Selamat Tinggal Sneakers...30

"You tau tak? Kelmarin I nampak Arissa tinggalkan hospital. Dia nampak macam...Entahlah. I tegur dia, dia tak jawab. I rasa dia menangis." kata Marsha memecahkan kesunyian. Dia dan Farizal sedang duduk di buaian di sebuah taman permainan berdekatan rumah Farizal. Sudah dua hari dia dikeluarkan dari hospital.

Farizal mengerutkan dahinya. Memang dia masih hairan sejak kelmarin. Arissa pergi tanpa berkata apa-apa kepadanya. Dan kenapa pula dia menangis?

"I tak tau apa yang jadi, maksud I semalam semua okay je tapi yelah yang I hairan, she left without saying anything."

Marsha memandang Farizal yang sedang melihat ke arah lain. Mungkinkah benar apa yang mereka katakan; Farizal dan Arissa sebenarnya mencintai antara satu sama lain dalam diam selama ini.

"Kalau I cakap sesuatu, I harap it won't change anything between us."

Farizal menoleh untuk memandang Marsha.

"You nak cakap apa?"

Marsha meraih tangan Farizal membuatkannya berdebar.

"I think I'm in love with you." Akui Marsha sementara Farizal terkedu sebentar.

Farizal tidak segera menjawab. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dijawabnya.

"Sejak I kenal you dengan lebih dekat, I... I rasa you lain dari lelaki yang I pernah kenal..."

"Marsha...You memang baik. And really are a good friend to me. You selalu ada untuk tolong I. But..."

"It's her right?" Potong Marsha.

Farizal terdiam. Dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh Marsha, membuatkannya terkejut. Perasaannya terhadap gadis itu tidak pernah dia luahkan kepada sesiapa kecuali Amir dan dia tidak percaya jika Amir yang memberitahu Marsha tentang perasaannya itu.

"I'm sorry," Kata Farizal. Cuma itu sahaja yang mampu diluahkan olehnya.

"Nah, it's okay.  I cuma nak luahkan je apa yang ada dalam hati I. Farizal... you memang lelaki yang baik. I harap you dapat jumpa orang yang baik untuk you." Kata Marsha sambil tersenyum, walaupun hatinya begitu kecewa. Sedikit-sebanyak, dia sudah dapat menjangkakan jawapan itu.

"Hey... trust me, I know how it feels, tapi perasaan orang memang tak boleh kita paksakan. Kadang-kadang kita tak boleh dapat apa yang kita nak, no matter how bad, how much it means to us." Kata Farizal.


Marsha menghela nafasnya. Kalau sahaja lelaki itu dapat dimilikinya. Jelas sahaja, Arissa tidak tahu apa yang terlepas darinya.Jujur sahaja, dia akan sepuluh kali memilih Farizal daripada Pierre Laurent hanya emas celup.


                                                                            ***
Hari itu Arissa menemani Lee yang lama tidak ditemuinya membeli-belah untuk melepaskan tekanan yang dihadapinya. Dia menceritakan segala masalah yang telah menimpanya sejak kebelakangan ini.

"My goodness! Pierre upah orang untuk pukul Rizal! Ahhh..." Lee meletakkan tangannya di kepalanya. "This is madness! Nasib baik tak ada apa-apa jadi kat anak orang. Dahlah dunia ni dah kekurangan orang handsome. Habis, Rizal masih belum taulah ni yang kau tau Pierre yang pukul dia?"

Arissa menggelengkan kepalanya.

"Sian kan Rizal tu? Tak bersalah pun kena keropok juga. Eh, habis, Rizal tak buat police report ke?"

"Tak... Dia cakap dia nak lupakan je hal tu. Aku betul-betul rasa bersalah sekarang ni tau. Aku rasa macam aku yang patut terima hukuman tu, bukan dia."

"Girl....Janganlah cakap macam tu, sedih aku tau! Eee... geram betullah aku dengan Pierre ni! Kalau aku jumpa dia, aku tampar, tampar, tampar muka dia biar jadi lempeng!"

Mereka berjalan menuju ke sebuah kafe sambil mendengar Lee beceloteh tentang projeknya sejak memenangi Passion For Fashion tempoh hari.

"Untuk first creation aku, aku nak kau parade it kat Runaway. Oh, Arissa...Best nyer... Tak sabar aku!"

"Kau nak aku model untuk kau lagi? Lee, lepas habis contract dengan Jazz and Tash, aku rasa aku nak berhentilah dari modelling."

Mendengar itu, Lee menghentikan langkahnya.

"Say what?! Honey, you are good! Wasted lah kalau you nak quit! Aku nampak banyak peluang untuk kau!"

"Tapi dunia modelling ni bukan aku..."

"Alah Rissa... Padahal Jazz baru call aku hari tu. Dia cakap you memang ada potential untuk jadi supermodel! Jazz yang susah sangat nak puji orang boleh puji amateur macam kau! Think about it, even fashion director yang direct you untuk your last photo shoot puji kau tau!"

"Tak kuasa lah aku. Lepas ni, aku nak makan cokelat satu besen. Sejak jadi model ni, aku tak ingat tau, bila aku makan macam orang normal! Aku pun tak tau kalau aku ni masih manusia ke bukan, yelah hari-hari makan makanan arnab je."

Arissa berhenti berbual apabila mendapati bahawa Lee sudah tidak mendengar apa yan dikatakannya tadi. Sebaliknya, ada sesuatu yang menarik perhatian lelaki itu sehingga membuatkan wajah lelaki itu pucat.

"Apa yang kau..."

Pertanyaan Arissa terpotong sebaik sahaja memandang ke arah pandangan Lee. Jauh di sebuah butik, mereka melihat Pierre berganding dengan Elena i.e gadis di video/bekas kekasih Pierre.  Mereka kelihatan begitu mesra dan ceria.

"Elena. That's her." Kata Arissa.

"She's gorgeous." Kata Lee. Arissa menepuk bahu Lee. "Ouch."

Arissa melajukan langkahnya untuk mendekati mereka.  Setelah itu, dia dengan sengaja melanggar bahu gadis itu sehingga beg belanja mereka terjatuh.

"Oops, sorry."

"Ughh... Some people are just blind." Kata Elena dengan fake american accent nya.

Pierre membantu mengangkat beg-beg tersebut, begitu juga dengan Arissa. Setelah itu dia memberikannya kepada Pierre yang terkejut saat dia mengangkatkan wajahnya sehinggakan dia terbatu.

"You're welcome, Honey," kata Arissa dengan nada sindiran siap dengan senyuman palsu sekali.

"Honey?" Kata Elena sambil mengerutkan wajahnya.

"Ah...You must be Elena. I'm Arissa, Pierre's Ex-to be." Kata Arissa sambil menyalam Elena yang bingung namun pandangannya tertumpu kepada Pierre yang kelihatan seperti baru tertelan guli.

"Arissa."

"Ah...I've gotta go. Nice meeting you."

Dengan itu, Arissa menarik tangan Lee yang menikmati persembahan percuma itu dan melangkah pergi tanpa mempedulikan rayuan Pierre untuk berhenti.

"Arissa, please, let me explain. It's not what you think."

Arissa hanya menampal wajah marahnya sambil mengepit tangan Lee dan berjalan dengan pantas.

"Adoi, perempuan, pelanlah sikit."

"Rissa, berhenti, please."

Pierre menahan laluan Arissa yang hanya menjeling.

"Hey, Pierre! Sudahlah, Arissa tengah marah ni. Pergilah balik kat gorgeous girlfriend you tu." Sekali lagi Arissa menepuk bahu Lee. "Ouch!"

"Lee, itu bukan girlfriend I."

"Tu ex-gilfriend dia." Tambah Arissa.

"Oh-Oh... Trouble's cookin'," tambah Lee.

"Dahlah Pierre. You buatlah apa yang you suka kay? I dah tak kuasa nak layan benda-benda macam ni. I have had enough. Now if you would excuse me, I ada perkara yang lebih penting untuk settle."

"Itu...Itulah dia yang tak suka pasal you. You just won't let me talk! Dammit, what is wrong with you?"

"Nak cakap apa lagi? Bukan ke semua dah jelas? Pergilah, buatlah apa yang you nak. We are through!"

"Arissa... Please no. Jangan buat I macam ni. Please."

Tanpa mempedulikan rayuannya, Arissa terus menuju ke luar dan menahan teksi.

"Arissa...I'm sorry okay?"

Arissa hanya menutup pintu teksi itu tanpa mempedulikan lelaki yang merayu kepadanya itu.

"So...Kau nak putuskan hubungan kau dengan dia?" Tanya Lee saat mereka berada di dalam teksi.

Arissa tidak menjawab. Dia masih marah ekoran peristiwa. Dia kecewa kerana Pierre telah berjanji untuk tidak mengulangi kesilapannya itu namun janjinya itu diingkar. Arissa terkenangkan kembali saat-saat Pierre cuba mendekatinya, kelembutannya, tutur katanya yang manis, janji-janjinya untuk hanya setia kepadanya.

Gelang yang dipakainya, pemberian daripada Pierre juga diamatinya berkali-kali. Dia bingung dengan perasaannya sendiri kini. Masih cintakah dia kepada Pierre? Benarkah lelaki itu jujur mencintainya? Mungkin Elena hanya selingkuhannya sahaja namun dia yakin di dalam lelaki itu hanya ada dirinya sahaja.

Deringan telefon bimbitnya membuatnya sedar dari lamunannya. Rupanya sudah tiga kali panggilan dari Pierre tidak diangkatnya. Dengan mindanya yang masih berserabut, tidak mungkin dia dapat membuat keputusan yang bijak, kerana itulah dia  memilih untuk berdiam diri untuk sementara waktu.

Jikalau ditakdirkan hubungan mereka berakhir di sini, dia akur dengan apa yang sudah tertulis.

                                                 
                                                                                ***
"Baiklah, saya akan akhiri pelajaran hari ini tapi sebelum tu, keputusan daripada ujian minggu lepas sudah berada di dalam tangan saya," Kata Encik Imran pensyarah kelas ekonomik mereka, membuat Arissa berdebar-debar. Dia mempunyai perasaan yang kurang enak tentang keputusan yang bakal diterimanya.

"Memandangkan peperiksaan akhir tahun ini semakin hampir, saya lihat ada yang menunjukkan kemajuan yang positif , tapi masih banyak yang harus terus bekerja kuat dan tak kurang pula yang saya lihat makin turun pula prestasinya," kata Encik Imran, namun saat menuturkan ayat yang terakhir, pensyarah tersebut memandang ke arah Arissa, membuatkannya menelan air liurnya.

Encik Imran mengedarkan kertas ujian tersebut ke setiap meja membuatkan Arissa semakin berdebar.

"Hadi, awak boleh buat lebih baik lagi. Ernie, bagus teruskan, A. Maya..." Encik Imran menghela nafasnya seolah-olah sudah malas untuk menasihati anak muridnya yang satu ini. Kemudian giliran Arissa pula...

"C. What happen Arissa? You were supposed to be one of my best students. Focus, peperiksaan akhir tahun tinggal kurang dari 3 bulan lagi. Don't waste your chance."

Setelah berlalu daripada meja Arissa, Encik Imran berlalu ke meja Marsha pula.

"B+. Tahniah Marsha, saya bangga dengan awak. Teruskan dengan kemajuan awak." Puji Encik Imran membuat Marsha tersenyum lebar. Kemudian dia ke hadapan. "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Marsha yang telah menunjukkan banyak kemajuan terhadap pelajarannya, daripada D student to B+ and hopefully, A. Ini menunjukkan kalau kita bekerja keras, usaha kita akan mendapat hasil yang memuaskan. Kepada yang lain, masih belum terlambat untuk meraih markah yang baik untuk peperiksaan akhir tahun nanti."

 Satu kelas memberi tepukan kepada Marsha sementara Arissa rasa begitu terkilan dengan keputusan yang baru diterimanya itu. Gred C?!! Ah... Tidak pernah dia mendapat keputusan seteruk itu, membuatkannya hampir putus asa.

Saat kelas berakhir, Marsha melonjak kesukaan dan ekoran terlalu gembira dan teruja, dia memeluk Farizal yang harus berjalan dibantu oleh crutches.

"Ahhh....!! B+!!! Thank you Rizal!"

Melihatkan wajah Farizal yang kurang selesa, Marsha melepaskan pelukannya.

"Sorry, tapi I'm so excited!!! Kalau tak pasal you, I wouldn't have earned this grade."

"Congrats! Tapi ini usaha you. I cuma tolong sikit je, yang lain tu semua daripada kesabaran, kerajinan you sendiri. I'm so proud of you. I harap you teruskan usaha you, okay? I nak tengok you dapat A pulak." kata Farizal memberi semangat kepada Marsha.

"Kalau you masih sudi tolong I?"

"Of course. Kita boleh terus belajar sama-sama macam selalu."

"Ehem."

Deheman seseorang membuatkan mereka tertoleh. Pemilik suara tersebut, Arissa melukiskan senyuman kepada Marsha sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Congratulations, Marsha," ucap Arissa. Keadaan menjadi hening seketika. Farizal cuba berpaling ke arah lain.

"Thanks Arissa! So how's your paper?" Tanya Marsha.

"Um...Actually it's bad. I've got a C," kata Arissa dengan wajah yang sugul.

"Oh... Takpelah, kalau you nak...Kita boleh belajar sama-sama," tawar Marsha namun dia memandang wajah Farizal seolah-olah meminta persetujuan daripadanya.

"Kalau you guys tak kisah kalau I join in sekali...?" Tanya Arissa dengan ragu. Kemudia dia memandang wajah Farizal .

"Of course we don't mind!" Kata Marsha.

"Sha, I nak pergi toilet sekejap," kata Farizal.

"You nak pergi dengan siapa?" Tanya Marsha yang risau akan keadaan Farizal yang harus dipapah dengan crutches.

"Takpe, I'll be okay. I tunggu you kat tempat biasalah," kata Farizal. Marsha mengangguk sahaja.

Selepas keluar daripada tandas,  Farizal ke locker nya untuk menyimpan barang-barang yang tidak diperlukannya. Dengan keadaannya begitu, sukar baginya untuk bergerak dengan beg yang berat. Tidak disangka, dia boleh terlanggar pula dengan Maya. Oleh kerana dia tidak menutup zipper begnya, habis semua harta karunnya terbuak keluar. Buku-bukunya semua bertabur.

"Hey! You ni jalan pakai mata ke hidung?" Marah Maya.

"Kaki plus crutches. Sorry lah." Jawab Farizal. Dengan mengetepikan crutches nya, Farizal cuba untuk mengutip buku-bukunya yang jatuh.

Melihat buku-buku yang jatuh, tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatian Maya. Timbul idea jahat di benak gadis itu. Daripada wajah nenek kebayan, wajahnya berubah menjadi Cinderella yang manis.

"Oh, Rizal... I'm sorry, I ingatkan siapa yang langgar tadi. Kalau you, I maafkanlah, yelah, you kan injured...Umm... Takpelah, I tolong you." Maya mengangkat buku-buku yang terjatuh itu sambil berbual dengan Farizal untuk mengalihkan perhatiannya.

"Wah, sejak Marsha rapat dengan you dah berubah kan dia?" Kata Maya.

"Berubah untuk kebaikan apa salahnya kan? Kalau you nak pun, you boleh join us untuk study group," tawar Farizal.

"Umm... thanks but no thanks. I umm... Busy. Mana locker you? You bukak dululah."

Saat Farizal sibuk membuka locker nya, dengan pantas Maya mengambil apa yang diinginkannya dan menyeluknya ke dalam begnya.

"Buku yang mana yang you nak masukkan kat dalam locker?"

"Econs textbook dengan fail hijau tu." Kata Farizal.

Maya meletakkan buku dan fail tersebut ke dalam locker dan menyimpan yang lain ke dalam beg Farizal, siap menutup zip sekali. Setelah itu, dia menyerahkan kembali beg itu.

"Thanks, Maya."

"Oh. No problem. I jalan dulu ya? Hati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang." kata Maya sebelum berlalu membuat Farizal mengerutkan dahi kehairanan.

"Umm...okay...?" Kemudian dia menggelengkan kepalanya. Hmm...Sekurang-kurangnya gadis itu membantunya tadi.

Malam itu, Farizal membongkar begnya untuk mencari sesuatu yang penting di dalam begnya namun tiada!  Hilang! Fikirannya membawanya kembali kepada peristiwa di mana buku-bukunya terjatuh saat terlanggar Maya tadi, membuatnya panik.

Ada dua kemungkinan yang boleh terjadi:

1) Maya terlepas pandang dan terlupa untuk mengambilnya jadi... ia masih berada di kawasan itu atau

2)Maya sengaja mengambilnya tanpa pengetahuannya. Untuk apa?

Memikirkan kemungkinan-kemungkinan itu semua, Farizal menjadi tertekan. Habislah jika ada yang menemuinya! Kesemua rahsianya ada di dalamnya!

                                                                            ***

"Ha! Ha! Ha! How cute. 'Farizal loves Arissa.' Siap ada bunga api lagi." Maya dan Iskandar tertawa saat melihat gambar Farizal dan Arissa dan apa yang tertulis di belakang gambar itu.

"Oh! Oh! Tengok ni. Ehem. 'Kenapalah susah sangat untuk aku mengaku perasaan aku kat dia! Come on Farizal! Kalau kau tak beritahu perasaan kau kat dia manalah dia nak tau kan? Slow betullah aku ni, lori siput pun tak slow macam aku!' Aww..."


Mereka terus membaca tulisan-tulisan rambang yang ada di dalam buku nota tersebut.

'No matter how hard I,ve tried,  you still come back to my mind. Kenapa susah sangat bagi kau untuk hilang daripada fikiran aku ni? Is it a sin for me to crave for your heart when you've already gave it to him? Kenapa perasaan ini begitu kejam?'


'A loser. Coward. That's what I am. Saat kau lepas di tangan dia, apa yang mampu aku buat? All I could do was to watch you slowly fading away into nothingness...Tapi bukan ke itu yang kau inginkan? Aku harap kau akan dapat juga kebahagiaan yang kau cari. Itulah yang aku doakan untuk kau setiap hari.'


"Tsk. Tsk. Sedih, aku baca tulisan dia Is. Kalau buat filem ni, boleh nangis satu baldi orang." Kata Maya.

"Bukan nangis lagi, sampai muntah-muntah orang, naik meluat," tambah Iskandar. Dengan itu, mereka tertawa hingga pecah perut.

"Wait till the others see this." Kata Maya sambil tersenyum jahat.

"Kau ni memang the original wicked witch. Idea jahat tapi best." Iskandar.

"Well... This is a dog eat dog world, honey. Kalau nak hidup, kita mestilah jadi predator," jelas Maya tanpa rasa bersalah.


                                                                                   ***
Tok! Tok! Tok!

Arissa yang sedang sibuk mengulang kaji pelajarannya bangun untuk membuka pintu. Siapa pula mengetuk  pintu rumahnya petang-petang begini.

Saat dia membuka pintu, dia mendapati Pierre tercegat di depan pintu rumahnya dengan sejambak bunga di tangannya sambil tersenyum.

Dengan menggulingkan matanya Arissa menutup pintunya di muka Pierre.

Tok!Tok! Tok!

"Sayang... Hear me out please. Okay, I'm sorry pasal apa yang jadi okay? I promise yang I takkan jumpa dia lagi. Please, babe, I can't take it anymore. Sejak kita bergaduh, I boleh jadi gila tau! Pretty please!"

"Pergilah Pierre. I... I tak boleh fikir pasal benda ni sekarang okay?" Kata Arissa di balik pintunya.

"Okay, then, let's just not think pasal benda ni semua okay? Lupakan semua, let's just forgive and forget. Anggap je benda ni semua tak pernah jadi. I promise I akan berubah. Babe, please, buka pintu ni sayang."

"Baliklah Pierre."

"No. I takkan balik until you open this door and talk to me."

Arissa menjeling sambil menarik nafasnya. Nampaknya dia tidak akan berganjak dari situ. Arissa membuka pintu akhirnya.

"What?" Kata Arissa sambil memeluk tubuhnya.

"We really need to talk." Kata Pierre. "Badly."

" Apa lagi yang perlu kita cakapkan lagi? You pernah janji takkan jumpa dia lagi tapi you buat juga kan?"

"I know, I know, tapi percayalah. Elena dah nak tunang pun dengan boyfriend dia

. Itu hari pun I temankan dia untuk beli barang hantaran pertunangan untuk her fiance-to-be."

"Tapi you dengan dia..."

"I know, I'm sorry okay? Memang dia ex I tapi dia pun my childhood friend. I harap you faham..."

Arissa terdiam. Okay. Mungkin dia Overreacting. Dia menarik nafasnya.

"Kalau setakat kawan je, kenapa sampai pegang-pegang tangan semua?" Cabar Arissa yang masih belum mahu mengalah.

"Okay, I mengaku, I adalah pimpin tangan dia, tapi trust me, I dengan dia TAK ada apa-apa okay? Come on Arissa, I 've seen you put your hands on Farizal's shoulder, does that mean anything?"

"Itu lain, okay? Anyway, kita tengah cakap pasal you, bukan I, so please!"

"Oh come on! Apanya yang lain? Besides, everyone KNOWS yang Farizal tu suka kat you."

Mendengar itu, hati Arissa bergoncang seperti dilanda gempa yang hebat.

"Jangan nak merepeklah! Farizal tu bestfriend I okay? And speaking of which, I nak you minta maaf kat dia dan mengaku apa yang you dah buat kat dia!"

"Banyaklah you punya bestfriend! I know, deep inside you tau perasaan dia pada you tapi you layan je kan? Tu sebablah dia makin berani! Kulit pun makin tebal, tak peduli girlfriend orang ke bukan!

"Stop it, Pierre! you tak kenal dia okay?"

"Kenapa? Yang you nak bela dia sangat kenapa? You pun suka dia kan? Farizal, Farizal. Muka je baik, padahal, lebih buaya dari I. You nak I minta maaf pada dia? NOT IN A  MILLION YEARS!"

"You jangan nak cakap bukan-bukan eh? Farizal is never like you!"

"Really? Eh, sejahat-jahat I pun, I tak pernah rampas kekasih orang okay? Si Farizal tu, Dahlah rampas Marsha dari Iskandar, sekarang dengan you pun dia nak try..."

"Cukup Pierre! Sebelum I hilang sabar, lebih baik you pergi sekarang."

Tanpa menunggu Pierre untuk pergi, Arissa menutup pintu dengan kasarnya di hadapan muka Pierre, membuat hati lelaki itu terbakar, membuat dendamnya kepada lelaki itu semakin mendalam.