Sunday, August 21, 2011

Selamat Tinggal Sneakers...17

Jadi, sebab itulah Arissa beria-ia mengajaknya keluar hari sabtu itu. Rupa-rupanya untuk melihat pakaian rekaan Lee yang baru disiapkan. Farizal ingatkan kenapalah gadis itu mengajaknya keluar Sabtu itu. Pun begitu, hari itu Arissa kembali menjadi Arissa dulu, Arissa yang tomboy. Walaupun rambutnya dilepaskan, dia memakai baju T-shirt hitam Green Day dan jeans ringkas.

 "Sorrylah, Rizal, aku terpaksa menyusahkan kau. Tempat si  Lee dahlah jauh, suruh aku datang pagi-pagi pula. Kalau nak tunggu bas, kena bebel juga aku sebab lambat, kalau naik teksi mahal pulak," Arissa merungut. Biasanya hari Sabtu dia akan tidur sampai ke tengah hari, namun, kerana temujanjinya dengan Lee, terpaksa dia membuka matanya dalam pukul 8 pagi.

 "Alah, no hal punyalah. Lagipun aku nak juga tengok kau pakai seksi." gurau Farizal.

 Arissa yang menumpang motor Farizal di belakang menumbuk belakang badan lelaki itu. Farizal hanya tertawa sahaja. Bagaimana agaknya rekaan Lee itu? Mesti over seperti orangnya. Farizal sudah membayangkan bulu ala cabaret berwarna merah jambu di leher Arissa yang memakai baju yang berkilat. Buat seketika, Farizal tertawa sendiri. Menyedari itu, Arissa menonjol kepala Farizal yang dipakai topi keledar itu.

 "Concentrate kat road, kalau accident, aku pun mampus juga nanti." Kata Arissa kuat, melawan angin yang membelah pagi itu.

 "Takpelah, kalau mati sama-sama okay ape? Kata Loving each other?"

 Arissa menonjol lagi kepala bertopi keledar Farizal, membuatkan pemuda itu tersenyum sendiri. Bagaimana agaknya jika mereka menjadi suami isteri...Domestic abuse! Isteri dera suami!

Beberapa minit kemudian, mereka tiba ke destinasi. Arissa memeriksa telefon bimbitnya yang dari tadi berdering namun tidak sempat diangkatnya kerana menumpang di motor Farizal tadi. 3 Missed Calls dari Lee! Arissa memeriksa jam tangannya, baru pukul 9.27 pagi, rasanya belum terlambat temujanji mereka yang ditetapkan dalam pukul 9.30 pagi.

 "Eh, cepat sikitlah! Batara guru tu dah call." Arissa kata kepada Farizal. Dia sudah dapat membayangkan mulut Lee yang becok membebel kepadanya. Mereka menaiki tangga ke tingkat 3 itu dan masuk ke studio Lee. Terliur juga Arissa dengan aroma enak dari kafe yang ditempatkan di bangunan sama.

Apabila  mereka tiba, Lee sedang memberikan touch up terakhir kepada baju yang disarungkan di dalam mannequin. Mereka  berdua memandang saja.

 "Hah, apa lagi yang korang tercongok kat depan tu? Takkanlah nak tunggu kompang atau majlis potong reben?"

 Mereka berdua masuk dan mendekati Lee. Melihat kehadiran Farizal, semakin lentik badan Lee yang kurus.

 "Hai, Farizal! You pun ada juga datang?" Kata Lee sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Farizal. Farizal pula menyambutnya dengan kekok. Lama pula mereka bersalaman sehinggalah Arissa berdehem.

 "So... Ini ke baju yang kau design untuk aku Lee?" Kata Arissa sambil membelek dress tersebut.

 Dengan segera Lee menuju ke arah rekaaan yang menjadi kebanggaannya sambil perlahan-lahan membukanya dari mannequin yang menggayakannya.

 "Oh yes! Sekarang ni aku nak kau try baju ni, yelah takut terbesar ke kecik ke, boleh aku adjust kan...! Erm...Rizaalll...You nak kopi ker aper-aper tak? Boleh I buatkan..."  Lee menawarkan untuk membuatkan kopi untuk Farizal dengan kelipan mata yang over, menyerlahkan bulu mata palsunya.

 "Eh, takpelah, thanks. Lagipun aku tak sabar nak tengok your design, yelah, kata Arissa cantik sangat. Tapi bila aku tengok in real life wow! Arissa pakai nanti lagi cantik kan? Kau memang ada natural talent," kata Farizal memmbuat Lee tersenyum simpul.

 "Aww...You ni kan. So sweet! Aw! Malulah I!" Lee menumbuk manja lengan Farizal, membuatkannya menelan air ludahnya. "Ooh, nice arm! Keras you! You buat arm toning ker? Apa rahsia?"

 "Ehem! Aku nak kopi! Tambah susu lebih-lebih..."sampuk Arissa. Sebenarnya dia bukannya suka kopi pun, saja nak kacau daun. Tetapi, pagi ini pun dia belum bersarapan, jadi kalau dapat kopi pun memadailah...

 Lee menoleh ke Arissa."Kopi? No, not now, honey. Sekarang ni aku nak kau try design aku dulu. Chop, chop! Sekejap lagi kita ada grooming session, belajar modelling lagi, et cetera, et cetera so we better get moving..." Lee menolak Arissa ke dalam bilik persalinan pakaiannya sementara Arissa cemberut sahaja. Sesaat, dia ternampak Farizal tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Kurang ajar punya jantan!

 Sementara Arissa mencuba busana yang diberikan, Lee mengambil kesempatan itu untuk berbual dengan Farizal. Dia menarik kerusi di sebelah pemuda yang kelihatan bosan membaca majalah-majalah fesyen yang terdapat di situ.

 "So... Rizal! You ni dengan Rissa dating ker?"

 Soalan itu membuat Farizal mengerutkan dahinya, kemudian dia tertawa kecil.

 "Taklah. Kenapa pula kau cakap macam tu?"

"Iyalah. Apa tak nyer? Mana kau pergi, Si Rissa tu ader. Mana Rissa ada, kau mesti tercongok sebelah dia. Korang ni dah macam Brangelina minus anak-anak diorang tau!" Kata Lee sambil menggoyangkan kepalanya dari kiri ke kanan.

 Farizal tertawa, membuatkan lesung pipitnya lebih kelihatan.

 "Brangelina? Well, masa kat sekolah menengah tu adalah,cikgu-cikgu panggil kitorang Bonnie and Clyde sebab banyak peraturan sekolah kita langgar sama-sama... Jadi kalau nak cakap kitorang dating...um..." kata Farizal sambil menggelengkan kepalanya.

 "Ye ker... So cute! Jadi Arissa dengan Pierre..."

"Pierre-mak-salih-celup-perasan-lebih tu? Apesal dengan dia dengan Arissa?" Pertanyaan Lee itu membuat Farizal meninggikan suaranya dengan tiba-tiba. Berbulu benar telinganya mendengar mat salih celup yang paling tidak digemarinya itu dikaitkan dengan sahabat baiknya, Arissa.

 Lee memegang dadanya dengan hujung jarinya sambil membelakangkan tubuhnya sedikit tatkala Farizal meninggikan suaranya. Kemudian dia tersenyum.

 "Ooh... Jealous nampak? Kau suka Arissa kan?"  Lee mendekatkan dirinya ke Farizal sambil menuding jari telunjuknya kearahnya.

 "Eh! Jangan merepeklah. Mana ada, aku dengan dia bestfriends okay? Takde sebab aku nak sukakan dia lebih daripada kawan..." Kata Farizal yang semakin kelam-kabut.

 "Iya! Alah, mengaku je lah! Dari cara kau je aku dah dapat agak. Asal kita cakap pasal Pierre je, kau naik angin! Farizal loves Arissa forever and ever and ever and..."

 Saat Pintu bilik persalinan baju dibuka, Farizal menutup mulut Lee dengan tangannya. Saat Arissa menuju ke arah mereka, dia terhenti sebentar saat melihat aksi tersebut, kemudian dia mengerutkan wajahnya. Farizal segera melepaskan tangannya dari mulut Lee.

 "Umm... Semuanya okay?" Tanya Arissa.

 "Oh yes..." Kata Lee dengan senyuman yang bermakna.

 "Mmm..ehem ya...Semua okay. Tadi aku cuma main-main dengan..ehem Lee." Kata Farizal cuba mencari cover line.

 "Ya...I can see that..." Arissa mengangkat kening kirinya. "Jadi...macam mana? Okay tak?" Arissa membuat satu pusingan.

 "Cantik! Kan Farizal...?" Kata Lee. Farizal tidak dapat berkata apa-apa melainkan mengangguk setuju. memang cantik. Arissa kelihatan begitu feminin sekali, lebih-lebih lagi saat pipinya merah, menahan malu.

 "Hmm...Kalau dah terpegun macam tu, cantiklah." Kata Lee, merujuk kepada Farizal yang masih terpesona, sambil mengetatkan korset di bahagian pinggang dress tersebut.

 "Aduh, janganlah ketat sangat, tak boleh benafas aku!" Kata Arissa.

 Farizal tersenyum kepada Arissa. Perasaan aneh itu datang lagi. Entah mengapa perasaan itu mulai mendampingi raganya semenjak-dua menjak ini, lebih-lebih lagi sejak dia mengetahui bahawa Pierre meminati gadis itu. Dalam hati, memang dia akui, dia memang meminati gadis itu, tetapi sekadar crush, cinta monyet (yang tak terbalas) tanpa pengetahuan sesiapa pun tapi rasa itu telah lama hilang. Tak mungkin rasa itu berubah menjadi...

 "Lama-lama boleh buat satu baldi air liur kau! Hello! Anybody home?" Mulut becok Lee mengembalikan Farizal ke alam realiti dan segera mengelap di sudut bibirnya yang ternyata kering. Arissa pula cuba berlagak biasa walaupun sebenarnya sedang menahan malu.

 "Okay, kalau tak ada apa-apa aku tukar baju..."

 "Hello missy, where do you think you're going?" sampuk Lee, membuatkannya mematikan langkahnya. "Aku nak buat full make up kat kau plus rambut and of course you have to belajar modelling, sayang."

 "Okay, tapi boleh tak kau bagi aku at least tukar baju ni..."

 "Tak, sebab sekejap lagi photographer datang ambik gambar kau dengan design dress aku untuk competition tu, so... aku perlu kau model pakai baju tu," kata Lee selamba.

 Farizal semakin mendapati semua ini menarik. Bukan saja dia dapat melihat Arissa memakai dress, malah siap mekap dan menjadi model lagi. Memang baik nasibnya hari ini.

 "Kau nak aku model...Hari ni jugak?" Kata Arissa yang tidak selesa dengan idea itu. Masakan tidak, satu habuk pun dia tidak mengerti tentang dunia peragaan.

  "Tak, tahun depan. Iyalah sayang, hari ni. Now chop, chop. Kita ada banyak...kerja nak buat. Farizal, bagus you ada, I think I could get an extra hand."

"Hah? Tolong? Tolong apa?"

"Um...Actually takde apa-apa. You...Tak tau apa-apa pasal make-up kan?"

 "Er..Tak."

 "Okay takpe." Lee mengambil sekeping kadbod dan memberikannya kepada Farizal. " Nanti kalau photographer tu datang, I nak you ambik board ni and kipas kat model kay."

 Farizal mengangkat kening kirinya saat menyambut kadbod tersebut. "Okay..."

 "Takde bajet nak beli kipas elektrik.." Kata Lee, kemudian dia menoleh ke Arissa. "Now, sebelum kita mekap, let me give you a crash course on photo modelling."

 Lee menarik Arissa  ke backdrop putih untuk sesi penggambaran itu nanti. "Sekarang, pose."

Arissa meletakkan kedua-dua tangannya di pinggang, berdiri tegak dan senyum. Lee menggelengkan kepalanya.

 "Kau ni langsung tak tau model?" Tanya Lee.

 "Duh."

Lee pergi ke backdrop tersebut dan berdiri di samping Arissa.

 "Sekarang aku pose, kau ikut."

 Arissa sudah bersedia seperti menanti masa yang sesuai untuk merampas bola dan menjaringkannya ke dalam gaung gol. Apa susahnya? Dia pernah melihat model-model fesyen menggayakan pose mereka di dalam majalah.

Lee memulakan pose pertama dengan mendepankan dadanya dan melentikkan bahagian punggungnya ke belakang. Tangan kanannya pula diletakkan di pinggang sementara tangan kirinya diletakkan ke belakang. Tidak seperti Arissa, wajahnya serius, tidak tersenyum pun. Memang kelihatan profesional.

 Arissa menelan air liurnya. Kemudian dia menggaru kepalanya. Dia cuba mengikuti gaya Lee namun...

 "Ha ha ha ha ha! Kau ni cacat ke baru kena langgar dengan lori?" Kata Farizal sambil tertawa. Siap memegang perut lagi. "Adoi, ha ha ha. Kau nak buat freak show?"

 Arissa mengerutkan wajahnya sambil memeluk tubuhnya. Kurang ajar betul Farizal! Bukannya mahu beri sokongan moral. Lee meletakkan jari telunjuknya di dagunya.

 "Okay, mungkin tu susah sikitlah untuk fresh model macam kau. Takde buat yang basic jelah. Now ikut aku."

 Kali ini, Lee membuat pose yang basic, iaitu dengan meletakkan kedua-dua tangan di pinggang dengan satu kaki dijengketkan. Kali ini Arissa berjaya untuk meniru dengan baik walaupun sedkit kekok. Lee membantu Arissa dengan menaikkan sedikit bahu kanannya. Kemudian dia mendongakkan dagu Arissa.

 "Okay, nice... Tapi, dalam modelling, we don't smile. We smize."

 Arissa tidak mengerti dan menyepetkan matanya.

"Sm..ize?"

"Smiling through your eyes. Smile + eyes=Smize...Get it?" Sampuk Farizal membuat mereka memandang ke arahnya. Arissa terkejut, Lee kagum. "Er... Aku tengok American Next Top Model itu hari. Dengan secara tak sengaja. Ehem."

 "Right...Jadi, how do you...Smize...?" Kata Arissa yang masih memandang ke arah Farizal. Farizal? Menonton American Next Top Model? Sedangkan dia seorang gadis pun tidak menontonnya...

Farizal menjengketkan bahunya.

"Like this." kata Lee sambil menunjukkan cara 'Smizing' atau senyum melalui mata. Tanpa tersenyum di bibir, Lee memberi ekspresi yang seksi di matanya seakan bermain dengan senyuman.

 "Err...Okay... So basically aku cuma sepetkan mata aku...?" Kata Arissa yang masih belum pasti.

 "Bukan! Okay sekarang senyum." Kata Lee. Arissa tersenyum menunjukkan gignya."No, senyum seksi ala Angelina Jolie."

 Arissa membuat wajah kosong. Dia cuba membayangkan aktress itu dalam filem Salt. Apa yang dibayangkannya adalah babak aksi di mana wajahnya tidak tersenyum. Dia menggaru kepalanya. Susah betul jadi model.

 Lee mengambil salah satu daripada majalah fesyen dan membuka sebuah halaman di mana seorang model sedang tersenyum seksi.

 "Sekarang senyum macam dia. Mysterious and sassy."

 Arissa cuba beberapa kali dan dengan tunjuk ajar Lee, akhirnya berjaya.

 "Okay, good... Maintain eyes expression, wipe the smile off your face."

 Dengan itu, Arissa berjaya melakukan teknik smizing walaupun mengambil masa dekat dengan 1 jam. Farizal pula asyik memandangnya tanpa kata. Selalunya lelaki itu akan mengusik namun hari ini baik juga seperti monyet terkena sedative.

"Okay, boleh tak, kita ambik break sekarang ni? Lapar!" kata Arissa.

"Aku belikan kita makanan kat bawah. Korang nak apa?"

 "Belikan I Rocket salad, minus topping. Oh, order kan I coffee, black, decaf, no foam."Kata Lee.

 "Aku nak turkey sub sandwich, extra mayo cakap dengan dia. Air aku nak chocolate caramel blended, extra cream." Kata Arissa, membuatkan Lee menggelengkan kepalanya. Badan kecil tetapi selera... Tak kena pula bila gadis itu memesan memesan submarine sandwich yang besar...

 "Okay... Satu rocket , no topping, coffee, black, decaf, no foam... Turkey sub sandwich extra mayo, chocolate caramel blended, extra cream," Farizal mengulangi pesanan-pesanan mereka dengan cepat. selepas itu, dia menarik nafas yang panjang.

 "Yup. Thanks." Kata Lee sebelum Farizal pergi turun ke bawah.

Setelah pemergian Farizal, Lee mengajak Arissa ke ruang dandanan di mana Lee akan mendandani wajah Arissa.

 "Handsome kan Farizal tu?" Kata Lee sambil menyapu foundation ke wajah Arissa yang cuba menahan bau cecair tersebut.

 "Okay lah tu. Kira boleh pakai jugalah." Kata Arissa dengan acuh tak acuh.

 "Putih... Hidung mancung... Ada lesung pipit lagi... Mata redup..."

 "Kau ni nak masuk pertandingan puisi antarabangsa ke?"

 "Ish, kau ni macam takde perasaan langsung je! Kau ni langsung tak terpikat kat dia ke?" Kata Lee mengorek rahsia.

 "Apa pulak? Kita Bestfriends..."

"Cliche!" Kata Lee sambil menguap. "Korang ni takde ke jawapan yang lebih creative?"

 "Dah memang betul pun." Kata Arissa sambil mengangkat bahunya.

Itulah kenyatannya. Tetapi tipulah kalau dia nafikan ada secebis harapan kepada lelaki itu. Dia tahu dia menyayangi lelaki itu tetapi samakah dengan cinta? Jauh di sudut hatinya, tersimpan keinginan untuk menjadi kekasih Farizal tetapi itu takkan mungkin terjadi. Jika Farizal menyukai dirinya sudah tentu dia akan menyatakan sesuatu sejak dari dulu lagi. Namun apabila lelaki itu memilih Reanna sebagai kekasihnya, Arissa sudah tahu jawapannya. Dirinya langsung tiada di dalam hati lelaki itu. Farizal tidak mungkin menyukai gadis sepertinya. Maka dengan itu, Arissa harus membuang harapan itu jauh-jauh dan terima kenyataan bahawa mereka berdua hanya sahabat karib, tak lebih dan tak kurang.

 "Kalau Pierre Laurent..?"

Suara lee yang mengusik mengembalikannya ke studio itu.

 "Apa? Pierre?"

 "Yelah... Dia tu pun handsome jugak...Brown eyes dia... Aww... Tergoda I. Nasib baik aku lelaki tau! Kalau tidak...Hah!"

 "Muka lawa kalau perangai hapak buat apa?"

 "Eh... Hapak apanya? Hello... Anak orang kaya macam dia dididik untuk memelihara adab dan cara okay? Dia tu gentleman tau." Kata Lee sambil mengunci jari kedua-dua tangannya. Kemudian dia memberus mata Arissa.

"Iyalah tu. Adab apanya kalau menyemak kat aku 24 jam je. Mana pergi collection-collection dia tu semua?"

 "Eh girl,macam mana kalau dia nak berubah untuk kau?" Kata Lee yang tiba-tiba ghairah. Dia pula yang lebih-lebih.

"Pierre? Berubah? Takde makna lah dia nak berubah untuk aku. Nanti kalau dia dah bosan, start baliklah perangai vampire dia tu." 

"Eh, rugi tau, semua pompuan terhegeh-hegeh kat dia. Ini exclusively dia kejar kau, kau boleh buat dek je..? Siapa lagi yang kau nak? Robert Pattinson?"

"Kenapa kau risau sangat aku tak suka si Pierre tu? Rimas tau tak?" Arissa menjeling sambil memeluk tubuhnya.

"Okay, okay. Sensitif nya." Lee menyapu pemerah pip di pipi Arissa.

Setelah hampir sejam, dandanan tersebut pun siap. Kebetulan pula Farizal pulang dengan membawa makanan-makanan mereka. Saat dia terlihat Arissa dia terpaku sebentar. Berbeza betul gadis yang sedang duduk di kerusi hadapan cermin itu. Melihat kehadiran Farizal, dia segera bangun dan mencapai plastik berisi sanwic nya.

 "Gelojoh betullah." Kata Lee.

 Arissa memakan sanwicnya dengan segera sementara Lee mereka rambut yang beralun dengan curler miliknya. Gila, fikir Farizal. Walaupun Arissa sedang makan sanwic besar itu, dia tetap saja kelihatan anggun. Atau mungkin dirinya saja yang berfikiran begitu.

 "Mmm...Lapar betul. Thank you Zal." Kata Arissa.

 "No problem..."Jawab Farizal namun dia masih tersengih. Memang tiada masalah. Kalau gadis itu ingin makan sanwic jerung pun, dia sanggup! Begini agaknya wajah Arissa jika mereka mengambil gambar perkahwinan mereka. He he.Sempat juga dia berangan.

Burp.

Satu sendawa dari Arissa membuatkan Lee membulatkan matanya.

 "ARISSA! My goodness..." kata Lee dengan memgang dadanya.

 "Apa?" Tanya Arissa dengan wajah yang tidak bersalah.

 "Did you just burped?"

 "Iya... Kenapa?"

 Lee menepuk dahinya. "Rissa, kau tu perempuan tau. Jagalah adab tu sikit! Hilang sekejap keayuan kau tu hah."

 "So? Alah, bukannya ada siapa-siapa pun kat sini."

 "Farizal ada kat sini, tak malu ke?"

 "Nak malu apanya? Yang lebih kuat pun dia pernah. dengar tau. Siap Challenge siapa lagi kuat lagi."

 "Dan yang menang Arissa." Kata Farizal sambil mengangkat bahunya.

 Lee membuka mulutnya seluas-luasnya. Arissa kira dah kes urgent! Di dalam hati, perlahan-lahan dia ingin mengubah gadis tomboy itu menjadi wanita anggun...

                                                                              ***
 Emelyn memandang ke arah ke arah sekumpulan lelaki yang sedang berbual di satu sudut kelab itu.Dentuman muzik menguasai seluruh kelab dan sesaat, matanya bertentang dengan salah satu daripada mereka, lelaki tampan yang dikenalinya sebagai Pierre Laurent, kekasihnya yang baru memutuskan hubungan mereka.

Apabila mata mereka bertentangan, Emelyn tersenyum seksi kepadanya namun lelaki itu hanya memandang tanpa ekspresi. Emelyn sedang dikelilingi oleh beberapa pemuda kacak dan beberapa gadis 'kelasnya.'

 "Excuse me, guys." Kata Emelyn yang masih memandang Pierre dengan pandangan yang menggoda sambil meninggalkan rakan-rakannya. Dengan gelas di tangannya, dia mendekati Pierre.

 "Hello, Pierre. Long time no see."

 "Hi, Em. How's Joe?" Tanya Pierre dengan sinis.

Emelyn tersenyum.

Joe adalah sepupu Pierre. Dia juga adalah punca perpisahan Pierre dan Emelyn, apabila Pierre mendapati bahawa Joe dan Emelyn membina hubungan dibelakangnya sebanyak dua kali. Kali pertama saat Pierre mendapat tahu, dia memaafkan mereka setelah Emelyn berjanji untuk memutuskan hubungannya dengan Joe. Namun apabila mendapati Emelyn mencuranginya untuk kedua kali, dia memutuskan hubungan mereka, hingga kini.

 "Entah. Kenapa you tanya I?" Kata Emelyn.

 "You tell me." Desis Pierre.

 Teman-teman Pierre semua menyibukkan diri berbual atau berdansa namun dalam diam semua sibuk cuba curi-curi dengar. Menyedari itu, Emelyn mengajak Pierre berdansa untuk berbincang hal mereka sekali.

"Dance dengan I?"

 Pierre menurut sahaja. Saat mereka di lantai tarian, Emelyn merangkul tengkuk Pierre dengan kedua-dua tangannya.

 "I nak balik dengan you." Kata Emelyn terus terang. Walaupun dia dan Joe masih mempunyai hubungan saat itu, dia tidak pernah menganggap hubungan mereka serius. Pierre masih yang terbaik yang pernah dia miliki.

Mendengar pengakuan Emelyn, Pierre tertawa sinis. Kemudian dia menggelengkan kepalanya.

"Kita dah putus. Sorry, and anyway I dah ada orang lain."

 Emelyn menaikkan keningnya. Jadi betullah desas-desus di kampus itu...

 "I've heard. Jadi betullah you ni ada hubungan dengan budak tomboy yang takde kelas tu. Trying to make me feel jealous? How cute."

 "You tak kenal dia, jadi, don't judge..."

 Emelyn tertawa. Tawa yang dibuat-buat.

 "Of course I tak kenal dia. I don't associate myself with the likes of her." Kemudian dia memainkan jari telunjuknya di dada Pierre. "Come on, cut the chase. You tak payah nak gunakan dia untuk jealous kan I okay? I know I've been a bad girl tapi you tu apa kurangnya?" Kali ini dia menekan tajam dada lelaki itu.

 "Em. You ingatkan I bodoh? Memang, I taklah sebaik mana, tapi I tak buat dua hubungan dalam satu masa. Your's and Joe bukan sekadar casual fling okay? And anyway, I serious dengan Arissa. So, jangan mimpi I akan balik pada you sebab that's not gonna happen, sugar."

 Dengan itu, Pierre meninggalkan Emelyn sendirian di lantai tarian itu. Emelyn panas hati. Apa istimewanya Arissa itu sampaikan lelaki sehebat Pierre sanggup menepikannya untuk mendapatkan gadis itu? Emelyn memang tidak suka mendengar ada orang yang lebih hebat daripadanya dan lebih dia tidak suka apabila ada orang merampas apa yang sepatutnya menjadi miliknya. Dia harus mendapat tahu siapa itu Arissa...

















No comments:

Post a Comment