Saturday, August 13, 2011

Selamat Tinggal Sneakers 16

Mulut Farizal mengunyah makanannya namun matanya asyik-asyik tertumpu kepada gadis di hadapannya. Selama ini memang Farizal akui dia memang cantik namun dia tidak pernah menyedari gadis itu secantik hari ini. Susah bagi dirinya untuk menumpukan perhatiannya kepada perkara lain walaupun sepinggan mi rebus kegemarannya terhidang hangat di hadapannya. Menyedari itu, gadis di hadapannya mendongak dan memandangnya.

"Apesal kau pandang-pandang aku macam tu? Mi rebus tu kau tak nak ke? Aku habiskan baru tau..."

Mendengar kata-kata gadis itu, Farizal kembali ke alam realiti. Ia kedengaran seperti Arissa yang dulu kembali. Kemudian Farizal tersenyum menyengetkan mulutnya seolah tersenyum. Ahh! Sudah Arissa jangkakan, penampilan barunya pasti akan menjadi bahan tawaan rakannya. Walaupun dia menyukai rambut barunya, dia agak kurang selesa jika teman-temannya melihatnya.

Hari itu Arissa telah memberikan lampu hijau kepada Lee untuk pandai-pandai memberikaannya makeover daripada dandanan muka ke baju yang dipakainya. Lee telah memberikan dandanan yang tipis, tapi masih kellihatan. Arissa juga memakai shift dress hitam yang berlengan pendek yang mendedahkan sedikit bahu kirinya dan tights hitam yang benar-benar tidak selesa. Dia juga memakai sepatu yang dipanggil flats, buat permulaan sebelum dia mula memakai kasut bertumit. Ini semua idea buruk Lee dan kini Arissa menyesal kerana dia rasa tidak selesa panas dan malu.

"Cantik baju." kata Farizal.

Waktu mereka bertemu tadi, Farizal hampir-hampir tidak mengenali Arissa saat gadis itu menegurnya. Dia fikir orang lain... Terkejut sebentar Farizal. Amir belum lihat lagi perubahan itu.

Perasaan Arissa berdeebar-debar saat terdengar suara Amir yang menghampiri mereka. Dia menundukkan wajahnya sambil makann nasi gorengnya.

"Zal... Dvd yang kau minta tu adik aku pin...Feww..." Amir memberi satu siulan tanpa sengaja saat melihat seorang gadis duduk di hadapann Farizal. Kemudian dia mengisyaratkan kepada Farizal, menanyakan siapa gadis itu.

"Rissa, Amir tanya siapa siapa kau." Kata Farizal dengan kuat membuatkan Amir terkejut. Arissa mengerutkan dahinya kemudian memaksakan diri untuk senyum sebelum menoleh ke arah Amir dan melambai ke arahnya.

"Woah... What the... Macam mana..."

Dengan dramanya Amir memegang kepalanya dengan kedua-dua tangannya. Kemudian dia tertawa terbahak-bahak.

 "Arissa tak bilang aku pun dia ada long lost twin sister. Hai, apa khabar, nama saya Amir." Kemudian dia tertawa lagi membuatkan Arissa menjeling. Bad, bad idea! Sepatutnya dia harus katakan tidak sahaja kepada idea yang langsung tidak bernas ini. Farizal hanya diam saja. Sekali-sekala, di suka melihat perubahan Arissa.

"Is it that bad?" Tanya Arissa sambil melihat  penampilannya dari atas ke bawah.

"Tak," Kata Farizal.

 "Memang pun tak. Akhirnya, berubah juga ye kau? Tapi..." Amir ketawa lagi. "Berapa lama kau boleh tahan?"

"Guys, ni sementara je okay. Lepas competition 'Passion for Fashion' tu, aku..."

"Kahwin." kata Farizal, membuatkan Amir ketawa lebih kuat lagi, disusuli dengan Farizal. Kemudian mereka memberi high-five.

"Baguslah kau dah jumpa kau punya 'inner Jessica Simpson'. Tak sia-sia kau masuk competition tu."  kata Farizal.

"Jessica Simpson? Kalau the Simpsons tu kenalah juga." Kata Amir pula.

Arissa meletakkan sudu dan garfunya dan mengangkat tote bagnya. Kemudian dia bangun.

"Whatever okay? Aku malas nak layan perangai childish korang ni." Kemudian Arissa berlalu sambil mengibaskan rambutnya.

"Wow... tu kawan kita, Arissa?" Kata Amir. "Sexy juga dia..."

"Yup, that's our Arissa."  Kata Farizal sambil tersengih.




 Arissa berjalan menuju ke kelasnya. Leceh betul pakai tote bag yang diberikan oleh Lee. Ia tidak dapat memuatkan semua buku-bukunya, dia harus membawa sedikit di tangannya. Sudahlah begitu, ia juga melenguhkan bahu kanannya yang menampung keberatan beg tersebut. Alangkah nikmatnya jika dia sekarang menggunakan beg galas yang biasa dipakainya. Belum setengah hari dia berubah imej, dia sudah amat merindui penampilan lamanya.

Sedang dia 'menderita' dengan beratnya beg yang membuatkan bahunya lenguh, telefonnya berdering. Dia ingin menyeluk poket seluarnya apabila dia teringat, dia sedang memakai tights, dan ia tidak mempunyai poket. Telefon bimbitnya ada di dalam begnya.Arghh! Leceh! Berikan dia antara ini dan dibuang negeri ke pulau yang berhantu, dia  akan memilih pilihan kedua. Biar ada binatang buas atau kanibal sekalipun, dia sanggup!

 Brappp!

Tiba-tiba, buku-buku serta failnya jatuh ke lantai. Cantik. Sekarang dia tidak mempunyai sebab untuk membuat pilihan untuk tinggal di Pulau berhantu. Dengan susah payah, Di melutut dan mengutip barang-barangnya. Lebih menyulitkan keadaan, dia harus menyelak rambutnya yang terhurai ke hadapan wajahnya. Arghh! Selalunya dia akan mengikat rambutnya.

"Are you okay?"

Suara itu membuatkan Arissa terkedu sebentar. Alamak, kenapalah time-time macam ni dia nak timbul? Arissa menutup wajahnya dengan rambutnya sedikit dan mengangguk. Namun dia merasakan derapan kaki pemilik suara tersebut menghampiri.

 Damn!

Arissa cepat-cepat mengutip bukunya, namun Pemuda itu telah pun tunduk dan membantu mengutipkan sebahagian fail-fail tersebut. Bau harum campuran musky dan cinnamon menyapa hidung Arissa.

"Ehem, it's, ehem okay." Kata Arissa dengan usaha pemuda itu tidak dapat mengecam suaranya.

 Setelah itu, Arissa mengambil buku itu darinya tanpa memandang ke wajah pemuda itu. Kemudian dia berlalu kehadapan sambil menutur kata, "thanks."

Setapak demi setapak dia melangkah dengan rasa lega kerana pemuda itu tidak mengenalinya apabila...

 "Arissa Kamal..."

 Arissa menutup matanya. Alamak. Nak toleh ke tak nak? Malunya! Arissa mematikan langkahnya dan telinganya menangkap derapan kaki tadi menghampirinya. Jantungnya terasa seperti ingin meledak setiap derap itu melangkah datang. Takkan nak lari terus? Terlambat untuk berfikir. Bau harum musky dan cinnamon sudah pun dekat dengannya.  Arissa menoleh.

"Hai, Pierre. Tak sabar nak mati nampaknya."

Pierre tersenyum. Senyuman yang penuh charisma. Gadis di hadapannya begitu berbeza daripada apa yang dilihatnya pada terakhir kali. Lebih feminin mungkin tetapi sengatnya masih utuh.

 "Wow...What a day to start off with. Beruntung I sebab dapat rescue gadis cantik yang turns out to be my lovely Arissa. Nice change." Pierre mendekatkan dirinya kepada Arissa dan memandang gadis itu dari atas hingga ke bawah. Wah, berubah benar daripada gadis tomboy yang baru ditemuinya beberapa hari yang lalu.

Mereka hanya berjauhan dalam jarak seinci sahaja dan bau haruman pemuda itu semakin kuat menguasai hidung Arissa. Arissa cuba bertenang dan selamba walaupun hatinya bergetar. This guy is really good.

"Hah. Bagus pun kau ada kat sini. Aku nak kau: 1. Remove semua gambar kita dari Facebook, 2. Bilang semua orang yang we are not an item. Kalau tak, sumpah, aku hentak kepala kau kat tembok!"

 Pierre hanya tertawa sambil menggelengkan kepalanya, langsung tidak mengambil serius kata-kata gadis itu.

 "Buat apa yang you nak. I like you, Arissa, in fact, rasa cinta I pada you semakin kuat sejak you tampar muka I hari itu. Tsk, tsk, tsk. Arissa, Arissa. you are really something , do you know that?" Pierre membisik ke telinga Arissa.

Arissa kelihatan begitu cantik hari itu dan Pierre tidak percaya nasibnya dapat bertemu dengan gadis itu dengan dress dan mekap. Memang pada mulanya dia tidak mengenali gadis itu, namun suara itu begitu familiar. Apabila melihat gelang yang dipasang guitar pick di pergelengan tangan gadis itu, baru Pierre menyedarinya. Lagipun, gadis mana lagi di kampus itu yang memakai minyak wangi lelaki?

 "Um... yeah, whatever. Aku dah lambat nak pergi kelas ni, so do you mind?" Arissa berlalu meninggalkan Pierre sebelum hatinya meledak di situ.

"Kenapa you nak lari daripada I? Tadi, masa I tolong you kutipkan barang-barang you pun, you nak elakkan I daripada kenal you."

Arissa menoleh dan membuat wajah bosan walaupun jantungnya berdegup dengan rasa gemuruh.

"Kau nak tau kenapa? Sebab aku malas nak jumpa ataupun berbual dengan orang yang penipu dan tak reti nak tepati janji macam kau ni, so bugger off!" Dengan itu,  Arissa terus pergi tanpa menoleh lagi.

Pierre hanya memandang Arissa yag semakin menjauh darinya. Pada pertama kali dalam hidupnya, Pierre mula meragui dirinya sendiri. Arissa membuatnya rasa berbeza. Keinginannya untuk memiliki gadis begitu mendalam. Dia tidak pernah merasakan perasaan yang aneh itu walaupun dengan Emelyn.

Buck up, Pierre! What is wrong with you?!  Sudah puluhan gadis yang dapat ditaklukinya tetapi yang ini...Tetapi Arissa bukan puluhan gadis itu. Arissa bukan sembarangan gadis yang pernah dia cairkan. Dia lebih keras dari berlian yang telah meruntuhkn keegoannya yang begitu mahal. Boleh gila dia apabila gadis itu mentah-mentah menolak cintanya.



 Apabila Arissa masuk ke kelas, banyak mata yang memandangnya. Mereka semua hairan dengan perubahan  mendadak gadis tomboy itu.

 "Good morning, Arissa," tegur salah satu daripada pelajar lelaki di situ. Arissa hanya mengangkat kepalanya sebagai tanda hai. Ada juga siulan nakal yang mengusiknya.

 "Wah... Ada perempuan cantik kat sinilah. Minggu ni you free? I nak ajak you tengok wayang," kata satu lagi pelajar lelaki yang lain.

 Tanpa berkata apa-apa, Arissa hanya merenung tajam ke mata pelajar tersebut membuatkan dia ke belakang.

 "Woah... Garangnyer... I like."

 Kumpulan pelajar itu tertawa. Arissa rasa seperi ingin terjun ke bawah melalui tingkap kelas itu. Beberapa minit kemudian Maya dan Marsha muncul ke kelas itu. Kemudian, mereka terhenti saat melihat Arissa yang kelihatan masam sahaja diusik oleh sekumpulan pelajar lelaki yang duduk di belakangnya. Mereka berdua saling memandang.

 Kemudian mereka mendekati meja Arissa.

 "Well, well. Nampaknya ada orang tu dah 'berubah'." Kata Marsha.

"Tapi kan, Sha, kalau nak perasan glam tu, tengok-tengoklah kan. Konon dia dah pakai shift dress tu dia ingatkan dah cantik sangat dah. Hmm... Kalau setakat baju pasar malam ni, terima kasih jelah, konon nak setanding dengan Pierre lah tu. Fail. " Kata Maya.

 Arissa menjeling tanpa mempedulikan mereka berdua. Apa bezanya? Dirinya tomboy pun dikutuk, sekarang dia sudah feminin pun dikutuk.

"Aik, kau macam jealous je Maya, maklumlah Arissa sekarang lebih cantik daripada kau," Kata salah satu daripada pelajar yang mengusik Arissa tadi.

 Maya menoleh dan memandang ke arah Pelajar berambut crew cut yang bernama Hadi.

 "Ugh...puhlease. I? Jealous dengan Arissa? Not my standard okay?"

 "Apa-apa pun Pierre tetap suka Arissa, bukan kau. Habislah, ni lagi Arissa semakin cantik... Habislah, jangan cakap suka, pandang kau pun Pierre tak sudi," kata Hadi lagi, membuat wajah Maya pucat antara marah dan malu. Dia hanya pergi ke tempatnya tanpa banyak bebicara lagi.

 Arissa hanya terbatu di kerusinya. Hello! Aku kat sini korang dengan terang-terang bincang pasal aku...

Beberapa minit kemudian Farizal masuk ke kelas menyelamatkan keadaan. Seperti biasa, dia mengambil tempat di sebelah Arissa. Baru saja dia mengambil tempatnya, Hadi menegurnya dari jauh.

"Farizal, tukar tempat dengan akulah, aku nak duduk dengan Arissalah."

Farizal menoleh ke Hadi, kemudian ke Arissa yang dengan sekeras-kerasnya menggelengkan kepalanya.

 "Sorry, Arissa tak nak duduk dengan kau," Kata Farizal sambil mengangkat bahunya. Di dalam hatinya berbunga riang.

 "Alah, bolehlah Arissa! Sombong eh?" Kata Hadi tidak berputus asa. Arissa menoleh dan memberikan buku lima kepadanya.

"Oohhh..." Kata mereka sekumpulan.

 Semua pelajar mula fokus tatkala pensyarah mereka tiba. Sepanjang kelas, Farizal asyik melirik ke arah Arissa. Benarkah yang duduk di sebelahnya kini Arissa, sahabat baiknya? Arissa juga tidak senang duduk. Ada sahaja yang mengusik dari belakang. Pantang pensyarah sedang sibuk menulis di papan hitam, ada sahaja orang membaling bebola kertas kecil ke arahnya. Apabila dia menoleh, Hadi dan teman-temannya mengenyitkan mata ataupun memuncungkan mulut, tanda memberi ciuman. Rimas juga dibuatnya.

Farizal pula dari tadi diam sahaja. Orang tanya sepatah, dijawab sepatah, itu pun tanpa memandang wajah Arissa. Apa yang Farizal tidak fahami adalah hatinya yang terasa aneh hari itu. Farizal sendiri tidak fahami apa yang tidak kena pada dirinya ketika itu. Dia ingin bertingkah seperti biasa namun lidah dan tubuhnya mengingkarinya namun matanya ingin sahaja selalu menoleh dan memandang ke arah gadis itu. Dia tahu Arissa sedang berbicara kepadanya namun satu pun tidak masuk ke telinganya.

 "Boleh tak?"

 "Hah?"

 Arissa menggulingkan matanya. "Takpelah, kalau tak nak takpe. Aku tak paksa pun..." Arissa kelihatan merajuk dan Farizal menyesali dirinya kerana tidak peka dengan apa yang dikatakan oleh gadis itu.

 "Erkk...Boleh. Aku belum habis cakap kau dah potong. Boleh..." Boleh? Boleh apa? Dalam hati Farizal menyumpahi dirinya. Namun hatinya sejuk kembali saat Arissa tersenyum nampakkan gignya.

 "Okay, cool, tunggu aku hari Sabtu ni kat taman kat kawasan rumah kita. Ingat, jangan lambat pukul 9 pagi tau!"

Taman? Aik, ni perempuan ajak aku dating ke? Sejenak Farizal memikirkan yang di luar pemikirannya...

 Farizal memandang lagi saat Arissa menyalin fakta dan nota yang tertulis di papan tulis. Adakah perubahan Arissa akan merubah cara dia melayani dan bertingkah di hadapan gadis itu? Rasa yang menyelebunginya terus membuatkan hatinya bingung.


                                                                                   ***

Selepas habis waktu pelajaran Arissa berjalan bersembang di kafe kampus itu bersama Lisa sementara menunggu Farizal dan Amir menguruskan sesuatu. Lisa pula tidak habis-habis memuji perubahan imej Arissa.

 "Hah, kan cantik macam ni. Tadi masa kita jalan pun, banyak lelaki pandang-pandang kat kau. Eh... Tak sangka betullah aku yang kawan aku ni sebenarnya cantik giler..." Puji Lisa.

 Arissa menghela nafasnya.

 "To tell you the truth, sebenarnya aku tak peduli. Heck, besok aku malas nak pakai macam ni lagi. Rimas kau tau tak? Dahlah beg tak cukup nak letak barang-barang aku semua. And I hate that aku tak boleh ikat rambut aku. Rimas, panas..." Arissa berhenti membebel apabila dia melihat Lisa yang tertarik dengan sesuatu atau lebih tepat seseorang dai satu arah. Arissa memandang ke arah di mana Lisa lihat dan menggulinkan matanya. Kenapa dia harus ada untuk menganggu hidupnya?

Dengan penuh keyakinan, Pierre dan teman-temannya masuk ke kafe. Melihat Arissa, Pierre segera menuju ke arahnya.Teman-temannya pula mengambil tempat tidak jauh dari mereka sambil duduk dan menyaksikan aksi sahabat mereka.

 "Hai, Lisa." tegurnya. Lisa hanya melambai dan memberikan senyuman ramah yang diplomatik. Kemudian Pierre berpaling ke arah Arissa pula. "Hey, gorgeous."

Sapaan Pierre kepada Arissa begitu berbeza daripada yang diberikan kepada Lisa. Lebih seksi dan istimewa. Arissa mengipaskan dirinya dengan tangan tanpa memandang Pierre.

'Aku dahlah rimas, tambah lagi satu cacing kerawit yang menggelikan, makin rimas aku,' bisik hati Arissa.

"Urgh... panas betul cafe ni, air-cond rosak ke?" kata Arissa yang sengaja berkata begitu walaupun alat penghawa dingin di kafe itu elok sahaja berjalan.

"Mestilah panas, ini bukan Paris, sayang..." kata Pierre memakai line yang sama digunakan oleh Arissa kepadanya ketika dia mengadu kepanasan serwaktu mereka berdating di warung tempoh hari. Namun, Pierre  berkata begitu sambil tersenyum manis. Kan, dah kena balik.

 Arissa membuka mulut seperti ingin mengatakan sesuatu  namun tidak jadi. Lebih baik dia duduk diam saja. Dengan tanpa dijemput, Pierre mengambil tempat di sebelah Arissa. Lisa hanya mengangkat keningnya sambil menyedut minumannya. Kemudian dia bangun dari kerusinya.

"Um...You guys, aku nak pergi toilet sekejap eh?"

 "Lisa, nanti dulu..."

Belum sempat Arissa menghalang, Lisa sudah pun jauh menuju ke tandas. Arissa menoleh ke arah Pierre dengan wajah yang bosan sementara Pierre tersenyum seksi ala-ala model Armani.

 "Apa yang kau nak lagi Pierre? Penampar aku dah bagi. Kau nak rasa apa lagi? Penumbuk? Penyepak? Flying kick?"

 "A kiss would be nice." Jawab Pierre, membuat Arissa menggulingkan matanya. "Kenapa you tak suka dengan I? You langsung tak bagi I chance untuk tunjukkan you, I am more than what you think I am."

Arissa ketawa sinis.

 "Thanks, but really, no thanks. Aku dah tau macam mana nasib aku nanti kalau dah jadi girlfriend kau. Really Pierre, kau ingatkan dunia ni computer? Senang-senang kau download girlfriend, lepas tu kalau kau rasa dah bosan, kau boleh delete. Oh, by the way, dalam document files kau ada berapa perempuan?"

Pierre memandang serius ke anak mata Arissa. Arissa merenungnya kembali dan untuk sesaat, Arissa bagaikan terpukau dengan sepasang mata coklat yang seakan berbicara dengan hatinya kerana Arissa seperti mendengar jantungnya berdegup laju.

"Ermm... Boleh kita pergi sekarang? Amir cakap diorang tunggu kita kat depan je..."

 Suara Lisa membuat mereka berdua kembali ke alam realiti. Arissa mengangkat begnya dan meluru keluar di hadapan Pierre yang hanya terdiam. Wow. Rasa apakah itu sebenarnya?

Teman-teman Pierre, Daniel dan Hazwan meluru ke tempat Pierre yang terpaku memandang Arissa yang sedang berjalan bersama Lisa.

 "Woah, dude! For a second tadi aku ingatkan korang berdua dah nak..."

 Tanpa kata, Daniel memberi isyarat dengan kedua-dua tangannya tanda dua mulut yang bercium.

 "I know. " Kata Pierre yang masih terpaku ke arah yang sama walaupun bayangan Arissa sudah tidak lagi kelihatan. Daniel melambaikan telapak tangannya ke hadapan wajah Pierre namun pemuda kacak itu masih tetap diam seperti terpukau.

"Dude, kau okay tak? Nak kena panggil bomoh ke apa..."

"Cantik betul mata dia..."

Hazwan mengankat keningnya sambil berkata, "Kau kata mata Nadia yang cantik..."

 Pierre menoleh ke arah mereka. Kemudian dia mengerutkan dahinya.

 "Alamak, korang ni! Perlu ke korang spoil the moment?!"

 "Sorry," kata Hazwan. "Anyway, kau dah tipu kitorang, Pierre. Kau cakap kau dah dapat Arissa, tapi... sampai sekarang habuk pun takde."

 "Entah, penampar adalah. Ingat Pierre, sebulan dah nak dekat ni,"kata Daniel.

 Pierre menggelengkan kepalanya. Dia sudah tidak peduli akan taruhan yang dibuat oleh mereka. Yang penting sekarang, dia harus mendapatkan Arissa.

 "Why not, kita buat deal without dateline. As long as kau dapat Arissa tahun ni, kau menang," kata Hazwan tiba-tiba. Dia tidak ingin Pierre putus asa, kerana permainan ini semakin menarik.

 "Deal or no deal, aku tetap akan dapatkan dia. Aku mesti dapatkan dia." Kata Pierre.
 
 "Orang yang tengah jatuh cinta ni memang pelik," kata Daniel sambil menggelengkan kepalanya.

                                                                            ***
"What was that all about?" tanya Lisa kepada Arissa sewaktu mereka berdua dalam perjalanan menemui Amir dan Farizal.

 "Apanya?" tanya Arissa sambil mengerutkan wajahnya. Lisa tersenyum nakal.

 "Kau dengan Pierre lah. Bukan main lagi, aku datang je, korang tengah saling tenung-menenung. So romantic. Lama pulak tu. Kalau aku tak tegur tadi..."

 "Hah, jangan nak merepek! Padahal tadi kalau kau nak tau, aku tengah marah sangat dengan dia, jadi jangan nak jump into conclusions okay..."

 Arissa mengerutkan dahinya sambil menyengetkan mulutnya.

 "Marah? Tak nampak macam marah pun. Cinta lagi adalah. Apa? Korang berbual pakai telepathy ke? Sejak bila  korang ada psychic power hah? Alah, mengaku jelah, pelan-pelan, kau pun dah jatuh hati kt dia kan?"

 Arissa mengerutkan dahinya namun bibirnya terukir senyuman yang tertahan.

 "Eee... tak kuasa aku. Kalau jantan macam Pierre tu, hmm... thanks but no thanks. Playboy! Cari penyakit tu namanya."

"Alah, kalau tak suka kenapa senyum? Eh, kau perasan tak? Sejak dia dah minat kat kau, dah kurang flirt dia tu eh? I mean, kalau kau perasanlah, dulu dia mesti ada kat sekeliling perempuan, sekarang mana ada? Wah, serious betul nampaknya dia kat kau."

 Arissa terdiam, namun dia dapat merasakan darahnya mengalir laju di dalam tubuhnya. Benarkah begitu? Mungkin pemuda itu rela berubah demi mencuri hatinya tetapi haruskah dia percaya kepadanya ataukah itu cuma taktik sementara sahaja. Iyalah, takkanlah kasanova profesional sepertinya boleh bersara dalam sekelip mata sahaja? Pasti masih ada taring yang tersembunyi.

Pun begitu Arissa mula bertanya perasaannya. Tidak dinafikan sebagai sebagai seorang gadis, dia juga mengagumi ketampanan dan kewibawaan yang ada pada Pierre, namun, cintakah dia pada lelaki itu? Apa pula makna jantungnya yang berdebar setiap kali mereka berdekatan? Arissa, Arissa, jangan cuba bermain api...

No comments:

Post a Comment