'Tok! Tok! Tok!'
Bunyi ketukan pintu yang kuat menyedarkan Arissa dari tidurnya. Dia mencuri pandang ke arah jam di dinding yang menunjukkan pukul 9.30 pagi. Siapa pula yang mengetuk pintunya pagi-pagi sabtu begini? Dengan malas, dia berjalan menuju ke pintu dengan keadaan mengantuk seperti zombi. Sambil menguap, dia membuka pintu.
"Selamat paaagiii! Rissa! Kau baru bangun ke?"
Rasa mengantuk Arissa hilang semuanya dengan kehadiran Lee yang segar-bugar di hadapannya, siap didandan head to toe lagi.
"Lee. Apa kau buat pepagi buta kat rumah aku?" Arissa yang berbaju saiz XL yang jauh terlalu besar untuk tubuhnya nampak begitu tidak menarik langsung.
"Girl, siap sekarang juga! Makeover time!"
Arissa menguap dan menggaru kepalanya.
"hah? sekarang ni? alah baru pukul 9.30 pagi. Malaslah. Nanti kau kejutkan aku lagi eh? Aku nak tidur dul..."
"Ewah,ewah, sedap je mulut dia mengata kan? Abis kita ni yang tercongok kat sini nak buat apa? Jadi perhiasan? Statue? No excuses. Kau pergi mandi sekarang jugak, siap!"
Arissa merungut dan menjemput Lee masuk ke dalam. Shafiq yang bersembunyi di balik biliknya hanya tersenyum ke arah Lee. Kemudian dia keluar dan menyediakan minuman buat Lee. Pun begitu, matanya masih terlekat pada fesyen dan stail Lee yang over.
"Terima kasih, dik."
Sepuluh minit kemudian, Arissa keluar dengan mengelap rambutnya yang basah dan t-shirt simple dan sehelai jeans ketat yang sedikit lusuh. Dengan mekap yang ala kadar, dia memberus rambutnya dan mengikat satu.
"Dah jomlah."
Lee memandang Arissa dari atas ke bawah dengan mulut ternganga ekoran tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Kau nak keluar... Macam ni je?"
Arissa memanadang dirinya dari atas ke bawah, untuk melihat apa yang salah pada dirinya.
"Yelah, complete semua baju seluar..."
Lee mengelilingi Arissa sambil menggelengkan kepalanya.
"Arissa, Arissa. kau ni kira dah urgent case tau. Lebih teruk dari aku sangka."
Arissa mengerutkan wajahnya.
"Apa pulak? Okay je...?"
"That's it, we're going now. Bye dik... I pinjam akak you kejap ehk?"
Tangan Arissa ditarik sementara Shafiq memberi lambaian yang janggal. Sejak kebelakangan ini aktiviti kakaknya semakin pelik.
Tergedik-gedik tapi pantas, Lee berjalan sambil menarik Arissa. Dengan satu lambaian, sebuah teksi berhenti di hadapan mereka. Mereka masuk ke dalam teksi dengan wajah Arissa yang masam.
"Westfield Boulevard." Kata Lee. Pemandu teksi itu hanya menurut saja walaupun dia agak pelik dengan pasangan tak sepadan itu.
"Eh, buat apa kita nak pergi sana? Tak payahlah... Aku tengah broke giler, ni." Kata Arissa apabila mendengar nama tempat yang dianggap 'high street', menjual pakaian berjenama yang mahal dan berkualiti tinggi.
"Duduk diam-diam. I know what I'm doing. Rissa, Rissa. Kau seorang perempuan tau... Tak reti ke nak berdandan, cantik-cantikkan diri. Hmphhh... Wasted! Masa muda nilah, hah, kita mesti pelihara kecantikan kita. Ni kau keluar pakai UV protected lotion tak?"
Dah mula dah, sesi syarahan 'Arissa-kau-ni-perempuan.' Blah blah blah. Arissa menyesal kerana tidak membawa alat pendengar muziknya bersama.
Dengan wajah cemberut Arissa merenung ke tingkap teksi itu sambil berharap mereka akan sampai ke destinasi dengan cepat.
Setelah beberapa bebelan dan minit kemudian, (akhirnya) mereka pun sampai ke tempat tujuan mereka. Lee membayar tambang teksi itu sementara Arissa hanya melihat ke sekeliling bangunan di hadapan mereka. Mereka memasuki sebuah pusat membeli-belah yang menjual barangan berjenama 'high end' seperti Cannali, Louis Vuitton dan Coach.
"Jom masuk."
Mereka ke tingkat 3 dan memasuki sebuah salon yang bernama Lovely Locks.
"Hey...Girl!" Kata Lee yang seperti biasa memberi 'air kisses' dengan seorang wanita berusia sekitar 28 tahun dan berambut pendek perang.
"Lee... Jadi juga you datang ehk? Ingatkan dah tak sudi."
"Apalah you ni, tak baik tau. Sara, ni hah, I nak kenalkan you, Arissa." Arissa melambaikan tangannya walaupun hatinya berdebar-debar. Buat apa mereka di sini?
"Hi, Arissa. I dah dengar banyak pasal you tau? Memang betul kata Lee, you ni cantik orangnya." Kata Sara.
Mendengar itu, Arissa hanya tersenyum. Mungkin dia hanya cuba berkata yang baik-baik sahaja...
"So... Let's get on...You duduk sini." Kata Sara menunjukkan kerusi dandanan rambut yang tersedia. Arissa memandang Lee dengan ragu.
"Alah, pergi ajelah, everything is accommodated for. Sara ni cousin I."
"Yup, kalau Rissa nak tau, masa bisnes I baru pick up, Lee lah banyak tolong I. Dia sanggup kerja untuk I satu bulan takde gaji tau."
"You all carry on lah yer, I shopping dulu..."
Dengan pemergian Lee, Arissa mengikut Sara untuk mencuci rambut. Walaupun Arissa tidak suka ke salon, bahagian inilah yang paling disukai olehnya kerana tangan mahir Sara yang dengan lembut mengurut kepalanya.
Sara memang peramah orangnya. Dia yang banyak berbual sementara Arissa banyak mendengar sahaja. Sara memberi tips kecantikan rambut seperti memakai limau purut atau minyak zaitun boleh melembutkan rambut. Arissa mengingatkan dirinya untuk mencuba tips-tips tersebut.
"Lee cakap you ni main bola eh? Memandangkan you ni aktif I buat standard layered sampai slightly bawah shoulder you kay? I akan tambah fringe kat bahagian depan and maybe highlight sikit. Nanti i bagi you shampoo plus conditioner untuk jaga rambut you yang I highlight nanti okay? Oh, by the way, hair dye yang I pakai Ammonia free, and semua ingredients dari bahan organic..."
Arissa mengannguk sahaja ketika Sara memotong rambutnya walaupun tiada sepatah kata pun yang diluahkan oleh Sara difahaminya. Sedikit pun dia tidak dapat membayangkan bagaiman dia akan kelihatan nanti.
Setelah beberapa jam duduk dan berceloteh, akhirnya Sara memusingkan kerusi yang sedang diduduki oleh Arissa ke arah cermin dan wow... hanya dengan stail rambut yang diubah, Arissa rasa wajahnya kelihatan lebih kurus.
"Wow... This is amazing! Thanks Sara."
"No mention." Sara kelihatan begitu gembira melihat Arissa yang cuba mengibas rambutnya seperti yang dilakukan oleh model iklan Sunsilk.
Arissa begitu teruja dengan rambut barunya yang terasa begitu lembut dan ringan, bebas daripada split ends yang dialami rambut lamanya. Dia mengibas rambutnya lagi.
Sara mendekatinya dengan dua botol syampu dan perapi rambut.
" You look amazing! Jangan lupa pakai shampoo dengan conditioner ni selalu sampai habis. Rajin-rajin sikat rambut."
"Okay! Terima kasih banyak-banyak." Arissa tersenyum menampakkan giginya.
Dentingan halus bel di pintu salon itu berbunyi apabila Lee dengan beberapa beg beli-belah datang dan membuat wajah yang dramatis.
"Oh, tidak! Mana Arissa? "
"Aku kat sinilah. Like my new look?" Kata Arissa sedikit tersipu.
"Like it? Love it! Va Va Voom! Hot mama alert! Betul ke kau ni bukan J Lo?" Kata Lee dengan kepalanya yng digoyangkan dari kiri ke kanan.
"Melampaulah tu."
Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Sara, mereka pun menuju ke destinasi seterusnya. Ketika itu, semangat Arissa sudah lebih tinggi. Ada beberapa lelaki yang memandangnya dengan minat, sesuatu yang jarang sekali berlaku kepada dirinya sebelum ini.
"Sekarang ni kita pergi kat work studio aku. Aku akan makeover kan kau!" kata Lee.
"Alah, kita pergi makan dululah. Laparlah. Aku belum makanlah." Adu Arissa yang perut kosong.
"Okay, kat studio work aku tu ada kafe kat bawah. Kita beli sanwic dengan kopi then get back to work okay?"
"Hah? Sanwic dengan kopi jer? Sekarang ni dah lepas lunchtime tau! Macam mana nak kerja dengan perut kosong? And I don't even like cofee..."
"Honey, beauty comes after hardwork. No pain no gain. Alah nanti aku belanja kau kat restoran mahal punya. Pleaseee." Pujuk Lee.
Mahu tidak mahu Arissa terima sahaja. Iyalah dah separuh jalan kan...
Mereka studio kerja Lee yang dipenuhi dengan bermacam-macam kain, lakaran rekaan baju dan alat-alat menjahit yang disususn rapi. Di suatu sudut terdapat sebuah ruang kecil untuk menyalin pakaian dan meja solek kecil. Arissa difahamkan bahawa Lee menjual pakaian rekaannya melalui blognya dan apa yang Arissa dengar, ianya sangat laris dan Lee mempunyai sekumpulan peminat yang kecil tetapi begitu fanatik.
"Okay, buat permulaan aku nak ukur badan you supaya I boleh jahit baju yang aku design."
"eh, aku nak tengok boleh?"
Dengan bangganya, Lee mengeluarkan masterpiece nya, sebuah sketchbook yang mengandungi lakaran rekaannya dan memberikannya kepada Arissa. Arissa dengan segera lihat rekaan yang bakal disarungkan di tubuhnya.
"Wow..." Kata Arissa separuh bisik.
Di hadapannya adalah hasil rekaan Lee. Lee mereka maxi dress yang mempunya tali pinggang ala korset. Bahagian bawahnya pula singkat di depan tetapi panjang di belakang.
"Cantik kan?." Kata Lee bangga.Arissa angguk setuju
"Actually kan girl, design yang aku nak buat untuk Reanna lebih kepada ala-ala fairy gitu tapi bila fikir balik... hmm... tak creative langsung."
Lee meletak tepi lakaran tersebut dan mula mengukur saiz tubuh Arissa.
"Ke...aku tak layak nak pakai ala-ala fairy?" Kata Arissa.
"Eh, taklah, aku tak fikir gitu, sump...Ok, tapi kau generate creativity aku ni lebih mendalam tau tak? Hmm... Lagipun, design dulu tu aku co-design dengan Reanna. Tak naklah asyik design macam budak sekolah gatal nak pergi prom jer. Bosan."
Arissa mengangguk, akan tetapi ada sesuatu yang menganggu fikirannya...
"erm... mesti ke aku pakai heels nanti?"
"oh, ya, lupa aku pasal tu." Lee meninggalkan Arissa sebentar. selang beberapa minit kemudian, dia keluar dengan sebuah kotak kasut. Dia membukanya dan mengeluarkan sepasang kasut bertumit tinggi yang berwarna cokelat dan berkonsepkan kayu.
"Try it on." Kata Lee.
"Hah?"
"Cubalah! Aku nak terngok saiz kau ke bukannn!"
Arissa memuncungkan mukanya.Seumur hidupnya, dia tidak pernah memakai kasut bertumit tinggi, kini Lee menyuruhnya memakai kasut bertumit 'sangat' tinggi. Ia seperti menyuruh seseorang yang baru berenang untuk merenangi lautan India. Arissa memakai kasut itu namun tidak bergerak seinci pun.
"Apa lagi, cubalah catwalk sikit," kata Lee.
"Um, Lee. Aku manalah reti pakai heels tinggi macam ni. Aku selalu biasa pakai sneakers je."
"Tau... Macamlah aku pernah nampak kau pakai stiletto. Tapi honey, masa catwalk tu mana boleh pakai sneakers, concept lari. Now, ambik nafas dalam-dalam. Pelan-pelan cuba ambik one itsy-bitsy step."
Arissa berasa serba-salah. Senangnya dia kata. Kalau terpelecok nanti aku bukan dia. Namun Arissa akur saja, bukannya dia punya pilihan. Perlahan-lahan, Arissa berjalan dengan memegang meja sebagai support untuk mengimbangi dirinya. Mak! Rasa seperti berjalan dia atas jambatan yangakan roboh pada bila-bila masa saja. Tidak semena-mena, kaki kirinya terpusing sedikit namun nasib baik dia sempat menahan dirinya daripada jatuh. Dengan segera Arissa membuka kasut tersebut. Kemudian dia memberikannya kepada Lee kembali.
"Sorry, Lee. Aku tak boleh buat. Aku jalan dengan support meja je tak boleh, imagine macam mana aku nanti bila hari competition tu." Kata Arissa sambil menggelengkan kepalanya.
Lee menggelengkan kepalanya. "And you're quitting now? Arissa! Aku selalu tengok kau ni sebagai seseorang yang kuat semangat, not a quitter. I mean come on, takkanlah sebab failure seminit kau ni kau nak tentukan sampai bila-bila?
Arissa terdiam. Memang, semua orang tahu dia memang sesorang yang tegar dan tidak mudah menyerah kalah. Beri saja dia cabaran-cabaran ekstrem seperti Bungee jumping, mengembara, bermain sukan ataupun belumur d lumpur dia sanggup, namun untuk perkara sebegini... Berat! Sesuatu yang di luar kemahirannya.
Lee menarik nafasnya. Kemudian dia berkata dengan lembut.
"Rissa, First time memang semuanya susah. Tapi kalau kita dah set our mind to it, biasakan iiri dengan sesuatu perkara... Presto! Semuanya jadi macam magic. Apa yang kita buat semua jadi natural. You're beautiful you know that? Jangan risau. Kalau aku tak menang pun, aku tak marah sebab aku tau kau dah buat yang terbaik and that is what really matters."
Arissa terdiam. Lee tidak berputus asa dengannya kenapa dia harus menjatuhkan dirinya sendiri. Arissa mengangguk kemudian melepaskan nafasnya yang panjang.
"Okay, aku try. Tapi kau mesti sabar dengan kau. Bab-bab melaram ni aku ada sikit slow lah."
"Cool! Arissa I knew you wouldn't let me down! Muaaack!" Lee memberikan flying kiss kepada Arissa. "Aku nak sangat cium kau tapi tak boleh. Haram, you!"
Hai... nasib baiklah haram.kalau tidak...Ekk... Tidak dapat Arissa membayangkannya.
"Okay, boleh kita makan sekarang?" kata Arissa.
No comments:
Post a Comment