Friday, September 2, 2011

Selamat Tinggal Sneakers...18

Dari jauh Pierre dan rakan-rakannya memandang Arissa sedang duduk dan berbincang sesuatu dengan Lee dan Lisa. Begitu serius wajahnya, mengangguk sambil merujuk kepada sebuah komputer riba sementara Lee menerangkan sesuatu kepadanya.

Dada lelaki Pierre berdebar-debar sementara teman-temannya menunggunya untuk bertindak. Sesekali dia lihat Arissa tertawa, membuatkan keinginannya semakin berpijar. Kalau ingin mengatakan bahawa Arissa cantik, memang benar namun dia pernah menemui dengan banyak gadis yang lebih cantik dan seksi daripada Arissa. Yang menghiasai kulit majalah fesyen terkemuka pun banyak namun pada saat itu dia merasakan bahawa Arissa tiada lawannya. Satu dalam jutaaan gadis yang pernah mendampinginya. Tuhan, bagaimana dia boleh terlepas pandang kehadiran gadis itu selama ini?

"Ready? Ke...Dah chicken out?" Cabar Hazwan.

Pierre menaikkan kening kirinya sambil memandang Hazwan. Kemudian dia mendekati ke meja Arissa. Arissa yang sedang tertawa terhenti sebentar saat bau minyak wangi yang sangat dikenalinya menyapa hidungnya. Kemudian dia menoleh belakangnya, dan mendapati memang tepat jangkaannya.

"Hai, Arissa. Boleh I cakap sesuatu kat you."

Arissa menghela nafasnya. Dia lagi... Arissa bangun dan menghadapi lelaki itu.

"Apa dia?" Tanya Arissa tanpa memandang mata Pierre. Lee dan Lisa pula pura-pura buat hal sendiri.

Tidak semena-mena, Pierre mendekati Arissa dan mencium pipinya, membuatkannya tersentak. Lee dan Lisa juga turut terkejut melihatkan aksi berani mati Pierre. Wajah Arissa merah padam menahan entah marah ataupun malu. Sebagai reaksi, Arissa mencapai gelas plastik yang berisi minuman coke nya dan menyimbah ke wajah Pierre.

"Kau...Kau..." Arissa tidak dapat meneruskan kata-katanya. Hatinya kini diburu kekeliruan. Arissa mencapai begnya dan berlalu dari situ, meninggalkan Pierre yang hanya memandangnya serta Lisa dan Lee yang tidak tahu bagaimana untuk bereaksi.

Lisa mencubit peha Lee dan memberi isyarat kepadanya supaya pergi dari tempat itu. Mereka mengemas barang mereka dan berlalu dari situ. Tinggalah Pierre sendirian yang basah dengan air coke yang disimbah oleh Arissa. Kemudian dia mengelap wajahnya dengan tangannya namun dia tersenyum.

Gadis itu pasti sudah terkena bisa cintanya. Air itu disimbahkan kepadanya mungkin kerana malu atau terkejut. Kalau dia tidak suka sudah tentu dirinya akan dimaki tetapi tadi gadis itu kehilangan kata-kata. Lama Pierre termenung apabila bahunya ditepuk oleh Hazwan. Ia diiringi oleh tawaan oleh Daniel.

"Dude, I never thought to live and see this day. Pierre Laurent's kiss: rejected. Epic." Kata Daniel sambil tersenyum menunjukkan giginya.

Pierre hanya terdiam. Arissa memang berbeza dan dia harus mendapatkannya untuk menjadi miliknya.

"Apa-apa pun, aku dah menang deal kita. Kena simbah atau tidak, I've kissed her, jadi credit cards please."
Pierre menghulurkan tangannya dan meminta teman-temannya kad kredit mereka yang telah mereka janjikan sebagai taruhan sekiranya Pierre berjaya mencium pipi Arissa.

"Pakai beringat tau," kata Daniel sambil mencium kad kreditnya sebelum menyerahkannya kepada Pierre selama 3 hari. Hazwan juga terpaksa menyerah miliknya sebagai membayar janji mereka.

Pierre mengambil kesemuanya dan menciumnya sambil tersenyum. Mencium pipi Arissa baginya adalah satu kejayaan awal demi mendapatkan gadis setegar Arissa. Kini dia harus mengatur strategi dan cara agar gadis itu jatuh ke tangannya. Dia tahu ianya takkan mudah namun kerana keinginannya yang terus sahaja membakar semangatnya, dia nekad.



Arissa berlari sekuatnya tanpa menghiraukan Lisa dan Lee yang mengejarnya dari belakang. Seumur hidupnya tidak pernah dia dicium oleh lelaki! Dengan mudahnya si Pierre tu...Eeek!

"Rissa tunggulah! Bionic woman ke apa dia ni?" kata Lee yang termengah-mengah sambil berlari.

Arissa terus berlari dan masuk ke dalam tandas dan mencuci mukanya berkali-kali. Mesti. Hapuskan. Kesan. Dia. Kalau boleh, ingin sahaja dia mencuci pipinya, di bahagian yang dicium itu dengan sandpaper. Eee... berani-beraninya dia...Arissa tercungap-cungap menahan marah sambil melihat wajahnya di cermin. Hatinya berdebar-debar. Tiba-tiba dia melihat sesuatu di cermin dan tahu ada sesuatu yang tidak kena.

Pelik...Ada seseorang yang memandang ke arahnya. Arissa melihat di sekelilingnya dan pada saat itu juga dia ingin mati di situ. Sekumpulan lelaki tersengih-sengih memandangnya, ada juga yang tertawa perlahan dan berbisik bisik antara satu sama lain. Yup, dia baru sedar bahawa dia sedang berada di tandas lelaki. TANPA SENGAJA. Arissa menundukkan wajahnya dan keluar dari situ dengan segera tanpa mempedulikan salah satu daripada mereka yang menunjukkan tanda tandas lelaki di pintu tandas itu. Malu tidak terkira!

Saat Arissa keluar dari tandas tersebut, Lee dan Lisa baru tiba dan sekali lagi mereka terkejut apabila melihat Arissa keluar dari tandas lelaki. Apabila Lee ingin bertanyakan apa yang terjadi, Arissa mengangkat tangannya sambil berkata, "Tolong jangan tanya."

Mereka terdiam dan saling berpandangan. Lee menggelengkan kepalanya.

"Rissa! Kau ni tak okay kan?"

"Kan aku cakap jangan tanya! Aku tak nak cakap pasal ni." Kata Arissa yang berjalan pantas, mendahului mereka. Lisa sudah tidak larat lagi untuk mengejar temannya yang kepala batu. Dia membengkokkan badannya sambil tercungap-cungap.

"Relax lah. Kau overreacted. So dia kissed kau..."

"Relax? RELAX? Hello... Pierre tu dah melampau tau tak? Sesuka hati nenek moyang dia je nak cium aku!Aku...Eee...Geram giler tau tak!" Arissa mundar-mandir dengan wajahnya yang merah padam.

"Eh...Bestnya dapat kiss dari Pierre Laurent! Rissa, aku agree dengan Lisa. Kenapa kau tak relax and enjoy the moment? Itulah, dia nak kau secara baik, kau tolak dia bulat-bulat secara kasar, kan sekarang, celepuk! Dia hinggapkan kiss kat pipi kau." bebel Lee.

Arissa mengerutkan wajahnya sambil mengelap pipinya berkali-kali. Eww, Eww.

"Kiss? Siapa yang kiss Arissa?"

Suara Farizal membuatkan mereka bertiga menoleh. Arissa membulatkan matanya.

"Takde, tadi sebenarnya..."

"Pierre kissed Arissa." Sebelum Arissa dapat mencipta cover line, Lee memotong, membuatkan Arissa memijak kakinya sambil membulatkan matanya dan memandang marah ke arah Lee. "Ouch! Betul apa?"

Farizal memandang ke arah Lisa untuk mendapatkan jawapan namun gadis itu mengangkat bahunya. Kemudian dia menoleh ke arah Arissa yang hanya menundukkan wajahnya. Dia malu dan rasa bersalah, entah mengapa.

"Pierre cium kau?" Tanya Farizal. Jantungnya berdegup kencang menahan cemburu yang sedang meledak hebat di dalam. Pada saat itu Arissa melihat sesuatu yang tidak pernah dilihatnya selama dia bersahabat dengan lelaki itu. Matanya seolah berapi dengan kemarahan yang menyelubungi wajahnya kini.

"Err... It's not what you think...Perkara kecik je..." kata Arissa tergagap-gagap. Seram pula dia melihat wajah Farizal yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

"BETUL KE TIDAK?" Kali ini suara Farizal semakin kuat bergegar, membuat Arissa tersentak. Lee yang selalu suka menyampuk pun menjadi bisu.

"Okay, it happened so fast. Tiba-tiba dia datang, cium pipi aku. Look, it's not a big deal okay, aku..."

Belum sempat Arissa menyambung, Farizal dengan wajah bengisnya meninggalkan mereka untuk mencari Pierre.

"Kurang ajar!"

"Rizal!"

Farizal terus berjalan menuju ke arah kafe di mana dia tahu Pierre dan kuncu-kuncunya suka melepak. Arissa tidak tahu apa yang ingin dilakukan oleh temannya itu tetapi dia tahu sesuatu yang buruk bakal berlaku. Mereka bertiga mengikut Farizal yang sudah pun jauh mendahului mereka.

Jangkaannya memang tepat. Saat dia tiba di kafe, Pierre sedang duduk sambil tertawa dengan rakan-rakannya. Dengan pantas dan marah, Farizal mendekati Pierre dan memanggilnya kasar.

"Pierre!"

Pierre menoleh dan berdiri menghadapi Farizal yang sedang memandangnya dengan marah. Tidak semena-mena, Farizal mengepalkan jarinya dan memberikan satu tumbukan ke wajah Pierre yang tidak sempat mengelak. Hazwan dan Daniel terkejut beruk dibuatnya. Pierre yang terkejut bercampur marah menolak kasar bahu Farizal dan mensasarkan tumbukan ke wajahnya kembali namun pemuda itu sempat mengelak. Seluruh kafe kecoh.

"Apa problem kau nih, datang tiba-tiba tumbuk aku?"

"Apa yang kau dah buat pada Arissa tadi?"

Pierre tersenyum sinis. Ini pasti kes ciuman tadi. Cepat betul berita sampai. Apa pula hubungan mereka sehinggakan Farizal menumbuknya? Cemburukah lelaki di hadapannya?

"Aku cium Arissa. Ada masalah?"

"Lebih baik kau jauhkan diri daripada dia kalau tidak..."

"Kalau tak apa? Kau siapa? Nak jadi hero lah konon, padahal kau tu cuma class A loser," Pierre memprovokasi Farizal membuatkan Farizal menolak Pierre. Ini dibalas kembali oleh Pierre dan mualalah adegan tumbuk-menumbuk dan elak-mengelak di antara mereka.

"Eh, sudahlah tu," Hazwan berdiri untuk meleraikan mereka namun dia pula ditolak ketepi hingga terjatuh. Mereka berdua terus tumbuk-menumbuk sehinggalah...

"Berhenti! Aku cakap berhenti!"

Suara milik Arissa membuat mereka berdua menoleh. Arissa mendekati mereka dan mendapati hidung Farial berdarah sementara Pierre pula berdarah di bibirnya sebagai 'cenderahati'. Farizal dan Pierre memandang masing-masing kembali dengan marah, seperti Spanish bull vs matador.

Arissa menoleh ke arah Farizal dan menarik tangannya ke tepi.

"Kenapa dengan kau ni?  Kau dah gila ke?"  Bisik Arissa sambil mencuri pandang ke arah Pierre yang sedang kelihatan marah sambil mengelap bibirnya yang berdarah. Hazwan dan Daniel pula sedang memujuknya. Semua mata memandang ke arah mereka.

"Jantan yang tak sedar diri tu patut diajar! Sedap... je buat apa yang dia suka! Sekarang ni baru cium tau, entah-entah besok apa lagi yang dia nak buat..."

"Tapi ni... semua ni tak perlu!" Arissa tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan apa yang terjadi kini. "You're being so immature!"

"Immature? Jadi apa yang dia buat tu okay? Oh sekarang aku get it apa tu makna 'mature' untuk kau. Entah-entah kau pun suka dia cium kau kan?"

"Apa? Eh, kau ni apasal? Kau ni kan..."

"Whatever Arissa. You're welcome. Oh, probably not. After apa yang kau dah enjoyed dengan dia aku tak rasa you'll thank me for what I did for you. Enjoy... Your kiss with Pierre Laurent. Whatever." Farizal berlalu dengan kecewa kerana apa yang dilakukan untuk Arissa seolah-olah tidak dihargai oleh gadis itu.

"Rizal..." Arissa kini diburu rasa bersalah. Farizal pergi tanpa menoleh lagi. Dia ingin mengejar lelaki itu namun kakinya berat untuk bertindak. Bukannya dia tidak menghargai apa yang dilakukan untuknya tetapi dia tetap fikir bahawa cara Farizal membelanya salah.

"Arissa..." Pierre ingin mendekati Arissa namun gadis itu mengangkat tangannya untuk menghentikannya daripada meneruskan kata-katanya.

"Please, don't you think you've done enough?"

Dengan itu, Arissa pergi dari situ. Fikirannya kusut memikirkan aturan hidupnya yang berselerak kini. Semua ini berpunca daripada kehadiran lelaki kacak yang bernama Pierre Laurent dan jika dia lambat melakukan sesuatu, dia bakal kehilangan sahabat yang sangat disayanginya.

Arissa berlari mencari Farizal ke dewan lama tempat di mana mereka akan pergi jika menghadapi masalah namun hampa. Setelah itu dia bergegas ke padang dan melihat Farizal sedang bermain bola sendiri dengan wajah yang marah. Bajunya kelihatan basah dihujani peluh. Farizal menendang kuat bola itu ke tiada arah tertentu dan ia ditangkap oleh kaki Arissa. Melihat kehadiran Arissa, Farizal menjeling dan mengangkat kakinya.

"Zal!"

Kaki Farizal tetap melangkah tanpa mempedulikan panggilan Arissa.

"Muhd Farizal Bin Yusri! Boleh berhenti sekejap tak? Aku nak cakap dengan kau!"

Farizal menghentikan langkahnya dan menoleh. Mata mereka kini bertentangan namun tiada kata yang terluah. Lidah Arissa tiba-tiba menjadi kelu. Farizal mengusap rambutnya yang sedikit panjang itu sambil menunggu apa yang ingin dikatakan oleh gadis dihadapannya.

"Apa dia? Aku malas nak buang masa macam ni tau," kata Farizal tanpa sengaja. Pada saat itu dia ingin menampar dirinya sendiri. Bukan maksudnya untuk berbicara kasar seperti itu.

"Look, aku appreciate kau stood up for me tapi aku rasa kau tak patut...pukul dia macam tu."

"Sebab?"

Arissa membuka mulutnya namun tiada satu kata pun yang keluar.

"Well...sebab.... kau tau sebab kenapa! Pukul dia depan orang ramai macam tu. Kat kawasan kampus lagi, kalau ada lecturer dapat tahu..."

"Habis nak biarkan dia je buat suka hati, go around kissing girls 'just because he's Pierre Laurent?' He's a jerk." Kata Farizal sambil menendang tanah.

Arissa mengambil nafas yang panjang. Farizal memang degil.

"Aku tak cakap pun apa yang dia buat tu betul, tapi Encik Farizal, pukul orang sembarangan tu pun isn't exactly a noble act."

Farizal memandang Arissa. kemudian dia meluahkan rasa yang menggangu jiwanya selalu.

 "Kau suka Pierre kan?"

Pertanyaan membuatkan Arissa terkejut. Dia tidak berani memandang mata Farizal yang merenung tajam ke arahnya.

"A...Pa yang kau merepek ni? Kau tau kan itu perkara yang paling impossible yang boleh terjadi?" Dalam hati, Arissa sendiri tidak pasti. Sukakah dia pada Pierre? Saat dia dicium tadi, satu perasaan yang tak terungkap menggoyah hatinya. Memang dia marah namun satu rasa baru timbul di jiwanya.

Farizal tersenyum sinis. Kemudian dia tertawa sambil menjeling.

"Arissa, Arissa. You're so predictable."

"Apa yang kau cakapkan ni?"

"Obviously you're in love with him. Of course kau marah sebab aku pukul kekasih tercinta kau tu kan?"

"Stop it."

"Betul kan? Aku nampak cara kau pandang dia masa kau marah aku tadi! I should've known." Farizal menggelengkan kepalanya.

"SO WHAT? YOU'VE GOT A PROBLEM WITH THAT?" Arissa menjerit ekoran tidak tahan dengan tuduhan -tuduhan Farizal.

"Jatuh cinta dengan buaya macam dia is a suicide."

"Siapa kau nak halang aku? Bodyguard? You're not my father okay?" Kali ini Arissa menjerit kepada Farizal. Kemudian dia menendang kuat bola tadi ke arah Farizal yang tidak menyambutnya tetapi membiarkannya ia memukul bahunya. Arissa kemudiannya pergi meninggalkan Farizal dengan marah.

"Fine! Pergilah hidup happily ever after dengan Prince Charming kau tu!" pekik Farizal kepada Arissa yang semakin menjauh. kemudian dia menendang kuat bola itu yang masuk ke gaung gol.

"Arghhh!" Farizal menjerit sendirian di keheningan senja itu. Kini Arissa akan jatuh ke tangan Pierre sementara keegoannya masih menahan dirinya daripada menyatakan rasa hatinya kepada Arissa. Dalam hati dia memaki dirinya sendiri. kenapa dia harus berkasar dengan Arissa sedangkan hatinya tersimpan seribu rasa terhadapnya?


Arissa pulang dengan wajah yang masam. Hatinya begitu sakit dengan tindakan Farizal itu. Kenapa Farizal yang beriya-iya menuduh bahawa dia mencintai Pierre? Arissa membuka muzik dari band Punk alternatif kesayangannya dengan full volume.

"Setan kau Farizal!"

Arissa mengibas rambutnya berkali-kali. Mungkin rasa yang baru mula tumbuh untuk Pierre namun hatinya masih mengharapkan Farizal. Jika dia tidak mencintai dirinya, kenapa dia harus menghalang Pierre daripada terus mendekatinya?

Bunyi ketukan pintu kamarnya mengacau fikirannya sebentar.

"Rissa, kenapa ni? Nak makan tak, nanti ibu siapkan." Suara ibu Arissa yang mengetuk pintu yang kebimbangan kuat melawan suara muzik yang kuat.

"Takpelah, bu. Rissa kenyang, penat nak relax." Jawab Arissa dari dalam. Memang dia kenyang, kenyang daripada makan hati!

Ibu Arissa menggelengkan kepalanya. Begitulah perihal anak gadisnya yang tomboy. Cara dia melepaskan marah atau sedih memang berbeza daripada anak gadis yang lain.

Arissa menjerit sekuat hatinya.

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Wajah ibunya yang kerisauan timbul di permukaan pintu.

"Arissa, Arissa kenapa ni,jerit-jerit?Ada masalah ke?"

Alamak. Buat seketika dia terlupa bahawa dia bukan bersendirian di rumah itu.

"Err... Taklah. Erm... yang jerit-jerit tu part of the song."*GULP*

Ibu Arissa mengmbil tempat di sebelah anak gadisnya itu. Dia tahu anaknya itu tidak ekspresif dan jarang berkongsi masalah, namun dia ingin cuba mendengar masalah anaknya itu.

"Rissa, ibu tengok sejak dua menjak ni Arissa macam ada masalah je. Kenapa? Nak cakap dengan ibu?"

Arissa terdiam, namun di dalam hati dia menyumpahi dirinya. Dia paling tidak suka membuat ibunya susah hati.

"Takdelah bu, semuanya okay." Cuma ada satu setan handsome yang dah kucar-kacirkan hidup Rissa dan Farizal yang tengah marah pada Rissa. Arissa ingin menambah itu semua namun hanya berhenti pada 'Okay' saja.

"Rissa, Rissa. Dari dulu Rissa ni memang suka pendamkan perasaan. Tak baik tau, simpan rasa sendiri nanti sendiri yang sakit." Nasihatkan ibunya lembut. Pun begitu Arissa tetap terdiam. Masalah yang dihadapinya kali ini berat dan amat complicated. Lagipun dia malu untuk mengakui bahawa masalah yang dihadapinya adalah masalah cinta.

"Dahlah ibu tak payahlah risau. Sekarang ni Rissa nak mandi." Arissa bangun dari katilnya dan menutup lagu yang didengarinya tadi. Ibunya mengerutkan dahinya sambil membuat andaiannya sendiri. Kemudian dia tersenyum. Takkanlah anak gadisnya yang berapa gadis itu sedang jatuh cinta?


                                                                                   ***
Hari ini sudah masuk 3 hari Farizal dan Arissa tidak berbual ataupun bertegur sapa. Jika biasanya di kelas mereka duduk bersama, sekarang Farizal sendiri yang menukar tempatnya di belakang. Wajah masing-masing pun sentiasa masam sahaja. Amir dan Lisa adalah orang yang paling risau melihatkan keaddan itu, iyalah, sekarang Bonnie and Clyde sudah bercerai...

"Zal, kau pergilah pujuk dia, minta maaf kat dia ke..." Pujuk Amir semasa mereka makan di kantin tanpa Arissa.

Farizal langsung tidak terpengaruh. Dia makan dengan lahapnya saat mendengar nama Arissa, menahan marah.

"Eh, kau ni kan...Sama je dengan Arissa. Dua-dua keras kepala, susah betullah aku nak cakap."

"Then, tak payahlah nak cakap apa-apa! Bestfriend yang kau sayang tu probably tengah dating ngan kekasih tersayang. Jadi aku tak nak kacau daun! Sekarang ni boleh tak kalau kita tak cakap pasal perempuan tu? Buat mood aku hilang je!"  Farizal menolak pinggannya dan bangun dengan wajah yang marah. Kemudian dia bergegas meninggalkan Amir.

Amir mengejar temannya itu. Masalahnya dengan Arissa boleh dikatakan sudah mencapai breaking record, kerana mereka tidak pernah tidak bertegur sapa selama tiga hari!

Sementara itu, Arissa asyik-asyik mengerling ke arah telefon bimbitnya kalau-kalau ada mesej dari Farizal namun hampa. Dia sedang berada dengan Lee yang tidak henti-henti membebel tentang pertandingan Passion For Fashion nanti.

"Okay, semuanya dah siap. Sekarang ni dah tinggal 2 minggu je girl, nervous taw...Ish, kau dengar tak?!"

Arissa segera mengalihkan perhatiannya kepada Lee.

"Mmm...Aku dengarlah." Arissa menjawab acuh tak acuh. Tiba-tiba ada satu pesanan  ringkas membuatkannya segera memeriksanya. Apabila mendapati ia bukan dari Farizal, Arissa kecewa.

"Susah sangat, call aje," sampuk Lee.

"Siapa?"

"Yang ditunggu-tunggulah. Merajuk habis nampaknya dia tu."

"Eh, sorry sikit eh. Selagi dia tak minta maaf kat aku, jangan harap aku nak pergi layan muka dia. Dia ingatkan dia mana punya sultan?" Arissa menjeling namun hatinya sebenarnya risau. Marah benarkah Farizal kepadanya? Biasanya jika mereka bertengkar, Farizal yang akan memujuknya namun kali ini sudah masuk hari yang ketiga pun, jangan telefon, SMS pun tidak.

"Dah, dah, sudah." Lee mengeluarkan beberapa set DVD dari begnya dan meletakkan dia atas meja hadapan Arissa.

"Cerita apa ni?" Arissa membelek DVD tersebut.

"America's Next Top Model, full series. Aku nak kau watch and learn." kata Lee.

"Hah? Alah, boringnyer. Banyak pulak tu, sedangkan yang kat TV pun aku tak tengok..."

"Ah...Ah... Jangan complain. Ingat, no pain, no gain."

"Aku bukannya nak complain, tapi kalau nak bagi pun.. Alamak! Agak-agaklah sikit." Arissa memegang dan melihat DVD tersebut seperti tidak tahu apa yang harus dilakukan.

"Alah, apa susahnya, semuanya nanti akak Tyra kau akan ajar."

"Siapa?"

Lee menggulingkan matanya.

"Tyra Banks. Supermodel, host and creator of  America's Next Top Model. Duh."

"Err...Okay."

"Now, tentang kau dengan Farizal..."

"Aku tak nak cakap pasal dia." Cepat-cepat Arissa memotong ayat Lee.

"Eee... Tak faham aku. Dia tak contact, cari. Tapi bila orang cakap pasal dia marah pulak."

"Thanks for the DVD tapi sekarang ni aku nak bertapa, meditate... Jadi Goodbye." Kata Arissa sambil berjalan untuk pulang. Biasanya sekarang dia akan bermain bola dengan teman-temannya kini namun apabila memikirkan Farizal pasti ada di sana, dia mengurungkan niatnya.

Saat tiba di Perhentian bas, ternyata Farizal berada di situ bersama Amir. Saat mata mereka bertentang seperti ada tenaga luarbiasa menghubungkan mereka namun mulut mereka terkunci. Masing-masing tidak tahu harus meluahkan apa.

"Hai, Arissa." Tegur Amir.

"Eh, Hai Amir. Apa khabar, sihat?" jawab Arissa.

"Eh...Sihat. Farizal pun sihat. Kau sihat?"

"Aku sihat. Sihat sangat! Sejak 3 hari ni makin sihat pulak." kata Arissa secara menyindir.

Amir terdiam. Kemudian dia menoleh ke arah Farizal.

"Zal, tak nak cakap hai kat Arissa?"

"Kau jangan menyibuk boleh tak?" Farizal menjeling sambil memandang ke arah lain.

"Takpelah, Mir. Orang tu bukannya buta ke bisu..." Kata Arissa sambil mempamerkan senyum palsunya.

Mereka berdua terdiam. Lambat pula bas hari ini. Kalau dia tahu Farizal tidak bermain bola hari ini dan akan berada di sini, dia akan memilih untuk meneruskan niatnya untuk bermain bola sahaja. Pun begitu, dia tidak akan meninggalkan tempat itu hanya kerana Farizal ada di situ.

Dalam cuaca yang panas dan keadaan yang sangat tidak selesa, Farizal mula resah. Dia mengeluarkan tisu dari poketnya dan mula mengelap peluhnya. Tanpa sengaja, Arissa tersenyum melihat itu. Itulah tabiat lucu yang selama ini dia dapati daripada rakannya itu. Apabila Farizal terpandang dia sedang tersenyum, Arissa segera memalingkan wajah. Lambat benar bas tiba.

Apabila akhirnya bas tiba, ianya sesak dengan penumpang. Amir mengambil sebuah tempat di sebelah seseorang, meninggalkan sebuah kerusi yang boleh menempatkan dua orang. Farizal mengambil tempat itu diikuti dengan Arissa. Menyedari itu, Arissa tidak berganjak bangun pun. Lantaklah kalau dia rasa tak sedap pun.

Tiba-tiba, telefon bimbit Arissa berbunyi, menandakan ada pesanan ringkas. Arissa memandang Farizal yang kebetulan juga memandangnya, tetapi kemudiannya berpura-pura memandang ke arah tingkap walaupun hatinya ingin tahu siapa yang menghantar mesej itu kepada Arissa.

Arissa membuka pesanan ringkas itu dan membacanya.

Arissa, I'm sorry.

-Pierre.

Arissa menggulingkan matanya. Malas mahu melayan lelaki yang menjadi punca masalahnya selama ini.
Apabila Arissa tidak menjawab, Telefon bimbitnya bunyi lagi, menandakan satu lagi pesanan ringkas dari orang yang sama.

Arissa, we need to talk. Please.

-Pierre.

Arissa mematikan telefon bimbitnya terus dan apabila dia mengangkat mukanya, dia lihat Farizal sedang mencuri pandang ke arah telefon bimbitnya. Arissa menjeling dan sanggup berdiri ke tempat lain.

'Oh, nak main kasar ye...Takpe...' getus hati Farizal.

Farizal memasamkan wajahnya. Walaupun kurang jelas, dia pasti pesanan ringkas itu pasti dari Pierre. Tapi lega juga apabila melihat Arissa tidak melayaninya. Adakah di yang overreacted? Dia ingin pergi dan meminta maaf kepada Arissa tetapi egonya masih menebal. Akhirnya dia membiarkan keadaan itu berterusan

                                                                            ***
Malam itu Farizal tidak dapat melelapkan matanya. Rasa bersalah terus menghantuinya membuatnya resah. Jam sudah pun menunjukkan pukul 12.45 tengah malam namun matanya masih berdegil, tidak dapat tutup. Patutkah dia melepaskan rasa cemburunya kepada Arissa yang jelas-jelas tidak berminat dengan Pierre? Farizal menarik nafasnya yang semakin sesak apabila dia teringat reaksi Arissa apabila ditanya sama ada dia mempunyai rasa yang sama terhadap Pierre...

"SO WHAT? YOU'VE GOT A PROBLEM WITH THAT?"

Jawapan Arissa masih terngiang-ngiang di telinganya. Mungkin dia sengaja berkata begitu tetapi, dari cara Arissa memandang Pierre...

Farizal mengibas rambutnya yang sedikit panjang di bahagian hadapan. Kemudian dia bangun dari katilnya dan membuka laci meja kerjanya dan mengeluarkan sekeping gambar yang menjadi kegemarannya; gambar yang diambil bersama Arissa sekitar setahun yang lalu ketika sambutan tahun baru. Jelas kelihatan bunga api di belakang mereka. Farizal tersenyum sendiri kemudian dia mengambil sebatang pena dan menuliskan sesuatu:

 Farizal Loves Arissa.

Kemudian dia menarik nafasnya. Kalau sahaja kata-kata itu mudah diluahkan di mulut, di hadapan orangnya. Sungguh dia tidak ingin kehilangan gadis itu namun siapalah dirinya kalau ingin dibandingkan dengan Pierre Laurent yang kaya-bijak-tampan? Jika harus Arissa memilih dia dari dirinya, dia akan merelakannya kerana dia mahu gadis itu mendapatkan yang terbaik. Moga benar apa yang didengarinya selama ini di kampus; Pierre Laurent sanggup berubah demi untuk Arissa!


No comments:

Post a Comment