Sunday, July 17, 2011

Selamat Tinggal Sneakers...14

Sekitar kampus kecoh dengan hangatnya berita tentang hubungan cinta Pierre dan Arissa. Janji Pierre untuk menarik gambar mereka dari laman Facebook ternyata diingkari. Arissa panas hati dan telinga sahaja sepanjang hari di kampus itu mendengar sindiran-sindiran gadis-gadis penggemar Pierre terhadapnya. Pierre pula dengan secara misteri hilang, tidak ke kampus hari ini. Sudah berkali-kali Arissa menelefon dan meninggalkan pesanan ringkas untuknya namun satu pun tidak dijawabnya.

Pun begitu memang patut pun Pierre takut. Arissa mengingati kembali pesanan ringkas yang dihantarnya.

'I hate u! Kurang ajar punya jantan. Last2 kau bubble aku!! kalau aku jumpe kau aku pusingkan kepala kau 360 degrees!'

Arissa menepuk dahinya berkali-kali di ruang belajar yang tidak banyak pelajar itu. Di tandas perempuan sahaja sudah ada contengan di tembok mengutuk dirinya. Farizal dari tadi hanya mendiamkan diri sahaja, tidak berani untuk komen macam-macam. Maklum sajalah, semenjak dua menjak ini, gadis di hadapannya begitu sensitif.

Tidak berapa lama kemudian, Lisa datang bersama Salihin, pelajar tahun akhir dalam kursus fesyen di kampus itu. Salihin, atau senang dipanggil Lee, berbadan kurus dan berpewatakan lembut itu tergedik-gedik berjalan ke arah Arissa.

"Oh, please no," kata Arissa kepada dirinya sendiri tatkala melihat Lee yang sedang menuju ke arahnya. Ini pasti ingin bertanyakan tentang hubungannya dengan Pierre.

"Ariiiisaaaa!" Lee memberikan air kisses kepada Arissa yang langsung tidak menjawabnya, malah kelihatan bingung. "Girrrlll, I've heard. you okay ke?"

"Nak okay apanye? Ni tengah hideout lah ni. Kalau vampire-vampire tu nampak semua, mampus aku kena ganyah." Kata Arissa.

"Shian you kan? Eh, eh, Farizal, you pun ada?" Lee mengelipkan matanya berkali-kali ke Farizal yang hanya menelan ludah namun terpaksa membalas dengan senyuman. Mata Lee yang dilentikkan dengan bulu mata palsu membuatkan tubuhnya gementar.  Dia memakai baju hitam ketat, dipadankan dengan skaf putih di lehernya dengan seluar kulit sendat ala rocker. but bertumitnya membuatkannya ranggi. Kalau sahaja dia itu seorang wanita...

"Ni pesal ni tetiba nak jumpa aku ni? Kalau nak tanya pasal Si Mat Sal..."

"Apa aje you ni, tak baik tau, main tuduh aje. Riss...Aku nak minta tolong aku sikit ni. Aku taulah sekarang ni macam bad timing kan...?"

"Tolong? Sorry kalau pasal duit, aku memang tengah kering sekarang ni. Habuk pun tak lekat tau."

"Hishh kau nie! Siapa pulak nak pinjam duit? Hilang sekejap kedivaan I." Lee menarik belakang fringe depannya yang lebih panjang dari rambut belakangnya yang lain. "Honey, I bukannya nak suruh you tu pinjamkan I duit. I nak offer you BUAT duit."

"Hah? buat duit? Kau biar betul? Bisnes apa yang kau nak buat?" Tanya Arissa. Farizal yang dari tadi membaca buku meletakkannya ke tepi dan mengalihkan perhatiannya ke arah Lee.

"Tulah, lain kali jangan serkap jarang."

Arissa terdiam. Buat duit lebih? BAGUS! Dia pun sedang memerlukan wang sekarang.

"Apa dia, cakaplah!"

"Ehem. Gini, sebenarnya, aku nak masuk competition Passion For Fashion dalam bulan depan gitulah. Peraduan fashion designing, gitu."

"Jadi?"

"Jadi...I need a model."

Arissa mengedipkan matanya berkali-kali.

"So...Job aku...?" Arissa menyepetkan matanya, tidak pasti dia mana perbicaraan ini akan pergi.

"Your job, hon, is to look pretty." Bersahaja Lee menerangkan 'tugas' Arissa.

"APA? Kau main-main ni?" kata Arissa masih mengedipkan matanya lagi.

Farizal sudah meledakkan tawa yang begitu kuat hingga mengeluarkan air mata.

"Ka..kau nak aku? Aku? model?" Tanya Arissa tergagap-gagap.

"Alah, Rissa, pleeeeaaassseeee! Bolehlah. Aku desperate ni! Model aku si Reanna tu dah ditch aku untuk designer lain. Pleeeeasseeeee!"

Tatkala mendengar nama Reanna, Arissa menoleh ke arah Farizal yang buat-buat tidak pernah dengar langsung nama itu.

"No. No, no, no! Modelling? Aku? Please lah! Aku bukannya tak nak tolong kau, tapi kalau aku model untuk kau, nanti kalah baru tau. Takde kau suruh Lisa lah."

"Eh? Tolak kat kita pula? No way. Competition cuti semester. Aku and family nak pergi cuti. Sorry." Sampuk Lisa.

"Alah, bolehlah, Rissa. Aku pilih kau sebab kau ni attractive, ada assets."

"Assets?"

"Depan and belakang lah. Duh. Perempuan lain banyak flat."

"Huh?"

Lisa menepuk dahinya sementara Farizal terbatuk.

"Honey, you have it, but you don't know it? tsk tsk." Lee menggelengkan kepalanya sementara Arissa masih bingung. "I knew Pierre liked you for something. Anyways, Pleaaasseee..." Lee menarik belakang rambutnya yang terjurai.

"No."

"Rissa, Fikirkanlah. Kalau aku menang, dapat US$1500! US$ baby! Aku bagi kau US$500. Macam mana?"

Arissa menelan air liurnya tatkala mendengar hadiah perdana tersebut. Kalau dia dapat wang sebanyak itu...

"Ish, tak taulah aku. Dengar memanglah macam best, tapi...Aku manalah ada experience dalam bab model-model ni semua. Kang aku terplecok kat stage...malu!"

"Alah, kacang aje tu... Aku akan pastikan kau dapat grooming sessions, modelling tutorials head to toe, complete! Jadi kau setuju yek?"

Arissa memandang ke arah Farizal, kemudian Lisa. Mereka hanya tersengih sahaja.

"Aku akan fikirkan."

"Aik? Dah naik kering tekak aku convince kau untuk setuju, itu aje ker yang kau boleh kasi tau aku? Hmphhh... Jangan fikir lama-lama... call me."

Lee memperbetulkan skafnya, berdiri dan memberi lambaian kecil dengan hujung jarinya.

"jangan lupa call... Byee... Bye, Rizal..."

Terkedek-kedek Lee melenggang-lenggok meninggalkan mereka sementara Arissa masih terpaku.

"Model?" Farizal tertawa lagi. "Rissa, Rissa...Aduh, sakit perut aku ketawa." Farizal mengesat air matanya.

"Alah, Rissa, terima jelah. Kalau menang, US$500! And all you have to do is stand and look pretty."

"Kau cakap senanglah. Aku suruh jadi tak nak pula."

"Laa...Apa salahnya! Ni lah peluang aku nak tengok kau skirt dengan mekap. Mesti cantik kan?" Usik Lisa.

"Entah, aku ni pun kadang-kadang lupa yang kau ni perempuan." Kata Farizal.

Arissa mengambil buku tebal yang sedang dibaca oleh Farizal tadi dan menggunakkannya untuk memukul lengan Farizal. Farizal menjerit kesakitan.

"THIS, is exactly why kau kena masuk competition tu. Sedarlah diri tu sikit, kau tu pompuan, besok-besok kalau dah kahwin nanti, abis laki kau kena dera dengan kau." Sengaja Farizal menjolok sarang tebuan.

"Lagi..." Arissa mencari sesuatu untuk menjadi mangsa balingannya ke arah Farizal. Farizal sudah pun bersedia dengan mengelak dan menyembunyikan buku tadi.

"Hulk dah mengamuk..."

"Dah, dah. Cukuplah tu! Aduh... Tak faham betullah aku ni dengan kau, Rissa."

"Dia yang mulakan dulu." Kata Arissa sementara Farizal mengajuk dengan menjelirkan lidah dan menjulingkan matanya.

"Yelah, tapi kita ni kan perempuan, tak manis kalau lempar-lempar barang macam tu." Kata Lisa. Kemudian dia mendekati Farizal dan menarik telinga dan memusingkannya. Farizal menjerit kesakitan. "Ni cara lebih seksi tapi menyakitkan untuk ajar lelaki mulut takde insurance macam dia ni."

Lisa melepaskan telinga Farizal yang sudah kelihatan merah pun. Farizal menggosok-gosok telinganya.

"Adoi... Ganas betullah pompuan-pompuan zaman sekarang ni. Takut aku."

"Kalau takut dengan pompuan zaman sekarang... Lee tu ada, tengah tunggu kau." Kata Arissa, membuatkan Lisa tertawa. Mereka memberikan tepukan High-five.

Wajah Farizal masam saja. Dia menutup mukanya dengan buku tadi, berpura-pura membacanya dan memasangkan alat pendengar muzik dengan kuat.


                                                                            ***

Malam itu, Arissa tidak dapat melelapkan matanya. Model? MODEL? Ingin ketawa pun ada apabila mengenangkan dirinya bila jadi model nanti. Apalah agaknya Farizal akan kata jika dia terima? Jika dia menyertai pertandingan itu, pasti dia kan dimekapkan. Ih... Malunya.

Apa pula kata ahli PPG itu semua nanti? Sudah pasti mereka akan semakin sakit hati terhadapnya. Bagaimana pula reaksi Pierre Laurent nanti? Arissa menepis bayangan lelaki itu dari mindanya.

Kalau Lee menang, dia akan dapat US$500. Boleh dia membantu meringankan beban ibunya, membelikan adiknya beg sekolah baru...Dilema,dilema.

                                                                             ***

Esoknya, Arissa lihat Pierre sedang lepak bersama sekumpulan 'Justin Beiber'.

"Pierre Laurent." Arissa berdiri sambil memeluk tubuhnya sambil tersenyum.

"Hey, baby." Pierre bangun dari bangkunya tatkala melihat Arissa. Yang lain semakin percaya bahawa Casanova itu sudah berjaya memikat mawar yang berduri itu.

Pierre baru sahaja ingin  merangkul bahu Arissa apabila satu tamparan hinggap di wajahnya yang cerah. Buat seketika dia terkejut. Yang lain juga turut terkejut.

"Jangan ingatkan aku ni macam perempuan-perempuan yang kau dah mainkan."

"What?"

"Jangan buat-buat tak tau! Remove the pictures sekarang juga! I bloody hate you! Kau jangan ingatkan yang aku akan terima kau jadi boyfriend aku! Not in a million years! Lepas ni kau jangan nak cuba-cuba kacau aku lagi, faham?!"

Dengan kata-kata pedas itu, Arissa berlalu dari situ.

Hazwan yang dari tadi menjadi penonton setia, mendekati Pierre.

"Dude, you okay?"

"That one's a tough cookie. Takpe, dia belum kenal siapa aku. Arissa, you will regret the day you lay your hand on my face." Kata Pierre, lebih kepada dirinya sendiri.

Arissa berjalan dengan penuh keyakinan. Buat seketika dia rasa puas. Lelaki itulah punca segala malapetaka yang melanda hidupnya kini. Kalau tidak dapat memusingkan kepalanya sebanyak 360 darjah, tamparan pedas darinya pun jadilah, baru sedar diri sedikit. Lelaki angkuh sepertinya harus diajar, biar dia tahu bahawa dunia tidak hanya berputar di sekelilingnya.

"Hi, Rizal! Selamat pagi Amir, Lisa." Tegur Arissa dengan ceria. Mereka saling berpandangan.

"Kau....Okay tak?" Tanya Farizal.

"Aku? Never Better. Hari ni hari yang paling indah sekali bagi aku." Tatkala itu, kedengaran bunyi guruh.

"Er...Okay...Nak bilang kitorang kenapa?" Tanya Lisa.

"Bagus pun kau tanya. Aku ingatkan tak ada orang nak tanya. Okay. Aku... Baru... Tampar... Pierre!" Kata Arissa dengan begitu ceria.

"YOU WHAT?" Tanya Amir dan Lisa serentak.

"Aku baru tampar Pierre. Laurent. Pierre Laurent."

"Kenapa?" Tanya Lisa.

"Sebab aku benci dia! He ruined my life. Dia memang patut rasa penampar aku ni!"

"Honey, are okay?" Tanya Lisa yang semakin bimbang dengan keadaan Arissa sejak kebelakangan ini.

"Okay, okay giler."

Lisa bangun dan menarik nafasnya.

"Boys, excuse us for a moment."

Lisa menarik Arissa ke suatu tempat yang sunyi, dan mula berbicara dengan Arissa.

"Okay, sekarang, berbual dengan aku."

"Berbual? Nak berbual pasal apa? Taka ada apa yang nak dibualkan. Aku tampar Pierre. Tak lebam pun. Darah pun tak."

"Arissa Kamal! Aku tau kau tengah tertekan sekarang ni and aku tau juga kau tak tau macam mana nak luahkan perasaan kau tu kan? Sekarang, ketepikan ego kau tu and talk to me as a girl."

Arissa terdiam. Dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain, apa-apa sahaja yang jauh dari mata Lisa. Di dalam hati, dia mengakui, bab-bab bicara hati-ke-hati begini memang dia tidak terbiasa. Maklum sajalah, pertama dia tidak ramai kawan perempuan yang rapat dan kedua, dia jarang mempunyai masalah emosi. Jika ada pun, dia pendam sahaja. Dia malu untuk berbicara hati ke hati dengan kawan-kawan lelakinya, takut dia dilabelkan sebagai wanita lemah.

Arissa menarik nafasnya dalam-dalam sementara Lisa masih menunggu luahan hatinya.

"Well...Obviously sekarang ni aku tengah stress macam nak giler." Arissa memulai ayat pertamanya. Lisa hanya menganngguk dengan sabar.

"Pierre Laurent... Dia ni macam...Urghh..."

"Duri dalam daging?" Sampuk Lisa.

"Ya! Okay, dia kejar aku satu hal. Yang pompuan-pompuan tak sedar diri tu semua pulak tak abis-abis nak kacau hidup aku walaupun dah beratus-ratus kali aku cakap kat diorang aku tak suka Pierre! Tak suka! Tapi diorang tu bukannya peduli pun! And that jerk just get away with all of these mess! Aku tak layan pun aku kena, cuba bilang aku? Apa yang patut aku buat?"

Apa yang patut Arissa lakukan? Soalan yang baik. Lisa sendiri tidak tahu jawapannya. Gadis-gadis pengganggu hidup Arissa sudah tidak terkawal lagi.

"Kau tau tak? Kadang-kadang aku macam nak lari dari tempat ni, fake a death or something and create a new identity jadi semua ni tak akan kacau aku lagi!"

"Erm... Arissa, kau ni banyak tengok filem tau. Look. Semua orang dalam dunia akan ada masalah. Ada orang lagi sampai tak boleh tahan bunuh diri. Orang kaya, popular pun ada masalah macam kau. Lagi teruk lagi adalah, I mean, look at Justin Beiber.

"Walau apa pun orang cakap, kau tetap kau dan yang paling penting, kau mesti yakin dengan diri kau sendiri. Kau mesti percaya yang apa yang diorang kutuk kau tu semua tak betul. Selagi kau tak terpengaruh dengan apa yang diorang cakap, selagi tulah kau belum kalah dan diorang takkan menang."

 Arissa terasa begitu sedikit ringan dengan perbualan tadi. Mereka kata dia tidak cantik?tidak layak untuk digandingkan dengan lelaki seperti Pierre? Tiba-tiba timbul satu idea di kepalanya. Dia akan membantu Lee untuk menjadi model bagi pertandingan Passion For Fashion yang akan diadakan dan dia akan memastikan mereka akan MENANG.

Arissa menelefon Lee dengan segera.

"Hello, Lee, I'm in."

                                                               

No comments:

Post a Comment