Saturday, July 2, 2011

Selamat Tinggal Sneakers...12

Arissa memandang jam tangannya. Wajahnya berkerut seribu menahan panas, dahaga dan daripada menunggu 'kekasihnya' (untuk hari itu). Sesekali dia mengipaskan dirinya memakai tangannya -sesuatu yang langsung tidak membantunya. Teriknya matahari turut membakar hatinya yang sedang marah. Sudah hampir 1 jam dia menunggu Pierre namun batang hidungnya pun  tidak kelihatan.

Sedang dia ingin menelefon Pierre, sebuah kereta sport yang berwarna merah berhenti di hadapannya. Tingkap kereta dibawahkan dan muncul wajah Pierre yang tersenyum ke arahnya.

"Sorry, lambat sikit."

Arissa memandang ke kereta tersebut, cuba menyembunyikan rasa kagumnya. Ooh, Ferrari.

"You are VERY late." Kata Arissa sambil memeluk tubuhnya.

Pierre memandang gadis itu dari atas ke bawah. Inikah idea stail first date gadis itu. Dia memakai top putih yang dipadankan dengan jaket hitam jenis denim. Seluarnya pula dia mengenakan skinny jeans berwarna biru dan sneakers. Itu sahaja. Ia mekapnya juga tipis seperti biasa, yang berbeza cuma rantai panjang yang dikenakan serta beberapa gelang besi di tangannya.

Berbeza dengan Arissa, Pierre memakai baju hitam yang berbutang,  memperlihatkan bentuk tubuhnya yang tegap dan mengenakannya dengan slack hitam serta kasut hitam yang bersinar. Blazer yang sepatutnya disarungkan nanti, berada di belakang kerusi. Pierre mula merasakan dirinya seperti overdressed pula.

Pierre keluar dari perut keretanya dan membukakan pintu untuk Arissa yang tidak sempat membukanya sendiri.

"Thanks," kata Arissa antara dengar dan tidak.

Apabila kedua-duanya sudah pun berada di dalam kereta, Pierre memulakan perbicaraan.

"So... Where to?"

"Aku lapar. Kita pergi makan dulu."

"Okay, makan, kat mana?"

"Tempatnya dekat je, kau drive, aku direct."

Tanpa banyak soal, Pierre memandu seperti yang diarah oleh Arissa. Sesekali dia menoleh ke arah 'pasangnnya' dan tersenyum.

 Lantaklah, cinta tak cinta. Janji aku dah date dengan dia. Padan muka kau Hazwan, aku dah menang haha!

"BERHENTI!" Dengan mendadak Pierre menekan brek.

"Kan aku cakap berhenti? Mimpi ke?" Kata Arissa lagi.

Di dalam kereta, Pierre tidak nampak sebarang restoran pun memandangkan...

"Kita nak makan kat sini?" Kata Pierre sambil menelan air liurnya apabila melihat sebuah warung makanan yang
1. tidak mempunyai alat penghawa dingin
2.mungkin tidak menepati seleranya
3.membuatkannya risau akan kebersihan

"Ya...Aku nak makan soto dia yang sedap. Apa lagi? Turunlah." Arissa sudah pun turun, meninggalkan Pierre yang termangu seketika.

Pierre dengan janggal menuruti sahaja seperti rusa masuk pusat membeli-belah.

Dengan selamba, Arissa melangkah masuk dan mengambil tempat di warung itu. Seorang 'pelayan' warung itu datang untuk mengambil pesanan.

"Bagi saya 1 soto ayam dengan coke." Kata Arissa tanpa berfikir lagi. Kemudian dia menoleh ke Pierre yang sedang meneliti sekitar warung itu." Kau nak apa?"

"Ermm... I belum fikir lagi. Tak tau apa nak pilih."

"Sini macam-macam ada bang, nasi goreng, nasi ayam, mi goreng..." Kata pelayan warung itu.

'Macam-macam ada konon... Pasta ke, salad ke mesti tak ada...' bisik hati Pierre.

"Erm.... Nasi Lemak ada tak?" Kata Pierre, mengingat kembali nasi melayu yang digemarinya.

"Nasi lemak, pagi je bang," kata pelayan itu.

'Pulak... kata macam-macam ada. Aku order sushi kang...' Kata Pierre lagi dalam hati.

"Takpelah, bagi saya erm... Nasi Ayam dengan Iced Lemon Tea." Katanya selepas berfikir.

Setelah pelayan itu pergi, Pierre mengipas-ngipas dirinya. Arissa selamba sahaja mengetuk jarinya di meja menunggu pesanan mereka. Selepas itu, dia memandang ke arah Pierre yang menggelabah kepanasan.

"Panas eh?" Kata Pierre.

"Mestilah panas, ini bukan Paris." Jawab Arissa dengan nada menyindir. Ouch.

Beberapa minit kemudian, minuman mereka pun tiba. Dengan segera Pierre buka dan menuangkannya ke dalam gelas plastik yanng penuh dengan ais. Dengan segera dia meminumnya hingga setengah. Arissa hanya tersenyum menahan tawa. Menyedari itu, Pierre berhenti.

"Sorry, haus."

"Takpelah, memang panas pun." Arissa meminum Coke nya. Setelah itu, mengeluarkan sendawa yang kecil, membuatkan Pierre tersentak. Arissa hanya memandang ke arah Pierre tanpa mempunyai tanda-tanda untuk meminta maaf.

Kemudian, tiba pula makanan mereka. Setelah makan setengah jalan, Pierre yang kepanasan meminta diri sebentar.

"Riss, I nak pergi kereta sekejap, ada benda yang I lupa."

"okay." sahut arissa yang sedang sibuk menikmati soto ayamnya.

Dengan itu, Pierre dengan cepatnya masuk ke dalam kereta dan, hidupkan alat penghawa dan berehat. Ahh... lega...Kepanasan yang dirasainya di luar tadi sudah tidak boleh ditahan lagi. Memang pelik Arissa. Kalau gadis lain, pasti dia disuruh makan di restoran mahal. Selamba sahaja dia menghirup soto yang hangat itu, di cuaca yang panas.

Setelah cukup lama berada di kereta, dia kembali ke tempat tadi. Dia lihat Arissa sudah pun menghabiskan makanannya. Pierre memanggil pelayan warung itu untuk membayar jumlah kesemuanya.

"Semuanya, 7 ringgit bang."

Pierre membuka dompetnya dan mengeluarkan not wang besar.

"Duit kecik takde bang? Kitorang takde tukar."

Dengan itu, Pierre dengan bodohnya mengeluarkan kad kreditnya.

"Terima American Express tak?"

Pelayan itu tersebut memandang Pierre dengan wajah 'ini-tak-kelakar' sementara Arissa menggulingkan matanya dan membayarnya.

Setelah itu mereka ke kereta.

"Sorry, I promise I akan bayar you balik." Kata Piere terburu-buru.

"Takpelah, aku ikhlas."

"Tapi, sepatutnya..."

"Aku kata okay...Please, can we get to our next destination?" Kata Arissa tidak mahu memanjangkan hal.

"Okay, kita nak pergi mana?"

Arissa membuka begnya dan mengeluarkan 2 pasang tiket yang bertulis 'Underground Heroes.'

"Ikut alamat ni."

Pierre mengikut sahaja walaupun hatinya tidak sedap. Kelihatan seperti konsert rock.

"Kita nak pergi konsert ke?"

"Yup, budak band underground buat gig. The band that I occasionally played for pun ada. Kau tak kisah kan?" Kata Arissa.

"Err... No. Of course not. Ingat, kita kan tengah, discovering each other's interests..." Bohong Pierre. Padahal dalam hati dia berharap dia bawa sepasang ear plug tadi.

"So...Aku tak tau pun kau ada Ferrari." Kata Arissa.

Tersenyum Pierre. Dia fikir Arissa tidak akan bertanya pun.

"Oh, Ferrari ni bukan I punya, I pinjam cousin I punya, tapi, soon, I akan ada I punya sendiri.Tu sebab I lambat sikit tadi, I nak ambik kereta ni lah."

Arissa hanya mengangguk sahaja. Dia sebenarnya tidak berminat sangat dengan kereta, dia lebih berminat dengan motor. Lesen jalan raya yang diambilnya pun, lesen motosikal.

Beberapa lama kemudian, mereka pun tiba di tempat yang ingin mereka tujui. Ianya adalah sebuah cafe yang mempunyai 'live band' namun hari ini, ia menjadi sebuah konsert mini untuk band underground. Apabila mereka tiba di sana, ia sudah pun penuh dengan penonton yang beratur untuk masuk. Kebanyakan daripada mereka adalah lelaki, memakai serba hitam, ada yang bertatu dan juga  memakai 'guyliner'. Pierre berasa dirinya janggal dan 'overdressed'.

Arissa dengan selambanya berdiri di sana tanpa rasa risau sementara dirinya memgang erat dompet di poketnya kalau-kalau ada yang ingin menyeluk poketnya. Tiba-tiba ada salah seorang lelaki di situ mendekati mereka membuat dada Pierre berdebar-debar. Wajahnya serius. Dia memnadang Pierre dari atas ke bawah kemudian memandang Arissa. Tiaba-tiba dia mengunci Arissa di dengan lengannya, membuat Pierre tersentak.

"Money or life."

"Belanja minum." Kata Arissa, kemudian mereka tertawa sambil saling bertukar salaman dengan gaya 'knuckle-to-knuckle-punch'. Pierre hanya berdiri di situ kebingungan seperti orang bodoh.

"Arissa, mana menghilang? Lama tak lepak sini?" Kemudian dia menoleh ke arah Pierre dengan kanan kirinya yang dinaikkan. "Boyfriend?"

"Yes." Kata Pierre.

"Bukan." Kata Arissa.

Lelaki itu yang sebenarnya sepupu Arissa tersenyum penuh makna.

"Iya atau tidak?"

"Well, technically she IS my date today." Pierre merangkul tubuh Arissa dekat dengannya. Arissa cuba melepaskan diri tetapi terlalu malu.

"Panjang cerita." Keluh Arissa.

"Jadi, boyfriend kau ni ada nama ke tak? Tak kenalkan aku pun." Kata sepupunya. Habislah, kena kacau habis-habisanlah Arissa selepas ini.

"Oh, Khairul, Pierre. Pierre, Khairul." Kata Arissa memperkenalakan kedua-dua lelaki itu.

Mereka saling bersalaman. Khairul mengajak mereka terus masuk.

"He owns this cafe dengan wife dia, Erin." Bisik Arissa kepada Pierre. Bila mereka masuk ke dalam. Khairul membawa mereka ke tempat paling hadapan. Ruang kafe-bertukar -menjadi -konsert itu hingar dengan penonton pencinta muzik.

"Jadi dah berapa lama korang date?" Tanya Khairul.

"Hari ni first date kitorang actually." Kata Arissa.

Khairul tersenyum.

"Awww...Finally, my little Awissha hash gwon uppp....(finally my little arissa has grown up.) Honestly aku ingatkan kau akan date dengan Farizal tu."

Kata Khairul itu membuat Pierre berkerut sedikit. Arissa dengan Farizal ada apa-apa ke? Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Memang, Arissa dan Farizal sering dilihat bersama tetapi...

"Apa? Jangan nak merepeklah, kitorang best friends lah. Us being  a couple is impossible! Kan aku dah cakap dari dulu lagi Kau pun dah tanya dia kan?"

Pheww...

Konsert itu pun bermula dan penonton semuanya di dalam tenaga yang tinggi termasuklah Arissa yang menjerit (bukan seperti gadis-gadis gedik melainkan  pure enjoyment), menyanyi sekali lagu-lagu yang didendangkan  dimana kebanyakan lagunya Pierre tidak kenal. Ada lagu yang mungkin dia pernah dengar, lagu-lagu di MTV yang selalu tidak menarik perhatiannya. Berbeza dengan penonton-penonton lain di situ, Pierre kelihatan seperti semangkuk bubur di tengah-tengah  kemeriahan meja yang penuh dengan hidangan yang mewah.

Memburukkan lagi keadaan, acara yang dijangkakan berakhir dalam sekitar 2 jam nanti penuh dengan orang ramai yang mengeluarkan bermacam -macam bauan. Ia juga tidak membantu dengan keadaan yang begitu panas dan membingitkan. Hanya setengah jam berada di situ, kepala Pierre sudah pun pening. Namun misi tetap harus di jalani. Pierre mengeluarkan kamera digitalnya dan memanggil Arissa.

"Riss, kita ambik gambar sama-sama!" Kata Pierre dengan suara yang kuat, melawan dentuman muzik yang bergegar.

"Sekarang ni? Crowded lah!" jawab Arissa, namun, ekoran mood nya yang tinggi, dia bersetuju sahaja dengan wajah yang ceria.

"Masuk Facebook lah jawabnya," kata Pierre perlahan-lahan setelah beberapa gambar telah dipetik.

Setelah berakhir konsert tesebut, mereka ke McDonald's untuk membasahkan tekak. Suara Arissa sudah pun serak daripada menjerit tadi, lebih-lebih lagi dengan kemunculan band underground yang telah popular setelah mendapat tawaran rekod.

Selamba sahaja Arissa memakan kentang goreng dan air coke sedangkan hari sudah pun menjelang malam. Jika keluar dengan gadis lain, sudah tentu mereka tidak akan menyentuh makanan berminyak seperti itu, apalagi pada waktu malam. Itu semua demi menjaga bentuk badan yang langsing. Pierre memandang Arissa.

"Apa?"

"Takde, cuma... Macam mana you maintain berat badan you? I mean, you tak diet tapi you ni slim je..."

"Exercise lah. Nak?"

Pierre mengambil sehelai kentang goreng yang ditawarkan oleh Arissa. Kemudian dia mengambil lagi dan menyuap satu ke mulut Arissa.

"Tak nak lah, aku bukannya cacat, terima kasih."

"Alah, bolehlah. For the sake of our first date. Lagi pun I nak ambik gambar." Kata Pierre.

"What? No!"

"Bolehlah please...? Ni untuk private collection I je. Sebagai memory outing kita."

"Macam perempuanlah kau ni! Tak payahlah."

Arissa tidak selesa dengan cadangan Pierre kerana dia tidak pernah ingin menjadi lebih dari kawan dengan lelaki itu. Tujuan dia mengajak Pierre date pun kerana supaya lelaki itu tidak suka akan dirinya dan berhenti mengejarnya. Setelah itu, perempuan-perempuan gedik itu berhenti menganggunya dan hidupnya akan kembali normal. Itu sebenarnya plan Arissa.

"Please... I promise, it will not appear on Facebook. Kita ambik gambar, have fun."

Melihat kesungguhan Pierre dan mata coklatnya yang memohon, tidak sampai pula hati Arissa menolaknya. Iyalah, tadi, sudah puas dia 'menyeksanya'.

"Okay,okay, tapi promise, no photos online."

"Promise."

Arissa menurut sahaja apabila Pierre mengambil gambar mereka saling bersuapan dan bermacam-macam lagi aksi lucu mereka. Tidak dapat Arissa sangkal bahawa, ianya memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi dengan gurauan dan tawa yang hingga membuat mereka lupa waktu yang hampir lewat.

Saat Pierre menghantar Arissa pulang, jam sudah pun menunjukkan hampir 12 tengah malam.

"Thanks untuk malam ni, aku enjoyed it. Sorry lah kalau kau tak enjoy as much as I did."

"No thank, YOU. I hope kita boleh, you know, have a second date or something." Pierre tersenyum begitu manis membuat Arissa rasa bersalah. Masalahnya, tidak akan ada Date yang kedua lagi.

"Goodnight." Kata Arissa.

"Goodnight."

 Kereta Pierre berlalu dan hilang ditelan kegelapan malam. Sepanjang jalan ke flat nya, dia berfikir sendiri; apakah lelaki seperti Pierre yang dapat memiliki gadis A-list dengan mudahnya, ingin daripada gadis biasa sepertinya? Gadis-gadis yang menginginkannya bukan calang-calang, malah ada yang merayu inginkan pemuda itu tetapi kenapa Pierre merayu kepadanya pula?

Arissa mengeluh. Walaupun pahit, dia mengaku memang benar kata gadis-gadis yang sering menganggunya. Dirinya memang tidak akan layak untuk Pierre dan kerana itu, dia harus berhati-hati agar tidak jatuh ke dalam renungan yang berbahaya itu.

No comments:

Post a Comment