Wednesday, July 13, 2011

Selamat Tinggal Sneakers...13

Arissa membuka matanya apabila telefonnya berdering tidak henti-henti. Dia memeriksa telefon bimbitnya dan nama Farizal tertera di skrin. Arissa menguap dan menggosok matanya dan menjawab telefonnya sambil menguap.

"Zal. Pehal kau telefon aku pepagi ni?" Katanya malas.

"Pagi buta apanya. Dah pukul 12.30 tengah hari monyet! Shafiq kat rumah aku tau."

Arissa memandang ke arah jam di dindingnya. Memang pun pukul 12.40 petang.

"Yakah? Sorry lah, overslept. Ngantuk giler lah." Arissa menguap lagi. Semalam sebelum tidur dia bertukar-tukar SMS dengan Pierre hingga pukul 3 pagi.

"Shafiq cakap kau balik pukul 12 semalam. Pergi mana?"

Alamak! Shafiq ni...

"Err... Semalam, oh, aku pergi konsert Underground Heroes lah." Mati kalau mamat ni sorang tau dia pergi date dengan Pierre.

"Kau tak cakap pun semalam ada gig? Pergi dengan siapa?" Suara Farizal membuat Arissa tidak sedap hati. Aik, macam nak korek rahsia je...

"Dengan siapa? Bandmate akulah, alah kat kafe Khairul lah, tiket dapat free. Yang kau tanya aku macam-macam ni pehal?"

"Pierre Laurent bandmate kau?"

Kata-kata itu keluar begitu pantas dan dingin.  Arissa  terbatu seketika. Kerongkongnya mengingkari setiap ucapan yang ingin diluahkan.

"A...Pa yang kau merepek ni?"

"Well, 'little-miss-I-hate-Pierre',  tak payah nak cover lah. Jangan nak buat-buat dunno. Gambar secret honeymoon korang ada kat Facebook si Mat Salih sesat tu."

"A..Apa?!"

Arissa dengan segera menghidupkan komputer ribanya dan pergi laman web Facebook Pierre Laurent. Dia ke koleksi gambar Pierre dan mendapati gambar-gambar semalam walaupun Pierre sudah berjanji untuk tidak menyebarkannya di internet.

"WHAT THE...Rizal, it's not what you think." Hati Arissa sudah pun berdebar-debar. Perasaannya tidak tenang melawan perasaan marah dan terkejut.

"Dah tengok, gambar honeymoon korang? Aku ajak skating kau kata apa? Kena kerja overtime lah. Bullshit!"

"Rizal, aku boleh explain okay? Ni semua part of the plan!"

"Plan apa? Plan 'Grab Pierre selagi available?' Nampaknya dah berjaya. Congratulations Arissa," kata Farizal dengan nada sinis.

"Bukan tu okay? Look, can I go to your place? Bagi aku dalam sepuluh minit."

Arissa menutup talian dan menelefondan menelefon Pierre.

"Hi Babe."

"What the hell was that?" Nafas Arissa tercungap-cungap menahan marah.

"What the hell was what?"

"I thought we had a deal?! Apesal tiba-tiba gambar semalam ada kat FB page kau?!"

"Oh, tu. Kenapa? I sukalah gambar tu, so I thought I nak share..."

"Share? Share kepala otak kau! Eh? Kau ni otak dah mereng ke? Aku nak gambar tu semua removed at once!" Menyirap darah Arissa apabila jawapan Pierre begitu... Mudah. 'Oh ,tu.'

"Hey, chill, okay, aku akan remove soon okay, tapi sorry, honey, I kat luar sekarang, so... There is no way I boleh buat tu."

"Pierre Laurent!!! Urghh! I knew aku tak boleh percaya kau!" Arissa menutup telefonnya. Dia tidak percaya dirinya dipermainkan. Baru semalam dia fikir Pierre itu orangnya okay...

Dia bersiap dan pergi ke flat Farizal yang berdekatan dengan bloknya.

                                                                                  ***

Arissa, Amir, Lisa dan Farizal memandang ke arah lap top milik Amir.

"So?" Tanya Farizal.

"Kau betul-betul pergi date dengan Pierre? I mean... Wow..." Kata Lisa yang mendapat renungan tajam dari Amir.

"Okay, aku mengaku aku keluar dengan Pierre. Tapi within reason!" Kata Arissa dengan segera.

"Business or pleasure?" Tanya Amir.

"Business! Strictly business! Zal, kau ingat tak aku pernah cakap yang aku ada plan untuk hentikan perempuan-perempuan tu semua daripada kacau aku? Well... Ni lah plan dia!"

Mereka semua hanya memandang Arissa tanpa mengerti apa-apa.

"Carry on." kata Farizal.

"Plan dia adalah, first, aku date dia. Aku fix tempat kita makan,mana kita pergi semua. Aku pilih tempat yang aku confirm dia tak suka punya, makan kat warung Mak Halimah dengan pergi konsert Underground Heroes."

"Nampaknya plan kau tak berjaya," celah Lisa.

"Mula-mula berjaya! Aku ingat lagi macam mana dia menggelabah kepanasan. Makan aku bayar lagi sebab dia takde duit kecik, jadi, dia malulah. Kat konsert Underground Heroes tu aku sumpah, dia tak enjoy langsung, muka ronyok je."

"Abis kat Facebook ni macam happy couple je?" kata Farizal.

"Itu biasalah gambar. Lagipun, masa kitorang ambik gambar tu aku tengah happy giler masa kat konsert tu."
Kata Arissa mempertahankan diri.

"Abis gambar kau kat McDonald's ni suap-suap?"

Semua memandang ke arahnya menunggu jawapan yang dia tidak ada. Dia tidak tahu harus menjawab apa.

"Itu? Come on you guys, dia dah bubble aku okay? Dia cakap kitorang ambik gambar suka-suka. Ada gambar yang kelakar and buruk dia tak post."

"Hmm... Korang memang nampak macam have fun. Was that part of the plan too?"  Kata Farizal dengan satu renungan.

Sekali lagi Arissa terdiam. Dia sudah kehabisan kata-kata. Dia menarik nafas yang panjang.

"Korang tau kan aku takkan nak dengan si mat-salih-celup-perasan tu. Macam aku cakap tadi, aku date dia jadi dia tak suka kat aku okay? Aku langsung unladylike semalam. Jadi, bila dia tak minat kat aku lagi, results, perempuan-perempuan gedik tu semua tak kacau aku lagi. Sekarang ni...Plan backfired. Perempuan-perempuan tu semua confirm makin cari pasal kat aku."

Komen gambar-gambar itu kebanyakkannya negatif (dari Ahli PPG lah, siapa lagi.)...

Marsha De Licious
OMG! Eww...Arissa +Pierre? uwekkk

Maya Kerazzie
Why Pierre, why? Arissa pompuan paling buruk kat kampus ni! Go get yourself a huuuugeee pair of glasses kay hun?

...Dan yang lain-lain lagi yang tidak sanggup lagi mereka baca.

Arissa yang bimbang dan kecewa berwajah muram. Dia mengangkat kakinya dan terus keluar dari tempat itu, meninggalkan Shafiq yang sedang mengurut kaki nenek Farizal.

"Kakak dah nak balik ke?" tanya Shafiq.

"Dah nak balik dah? Tunggulah sekejap, nanti nenek buatkan kuih." Kata Nek Jah.

"Takpelah nenek, Rissa ada hal sikitlah. Shafiq teman neneklah."

Arissa menyalam tangan Nek Jah dan berlalu dari situ. Dia pulang dan segera bertukar ke pakaian sukan dan berlari di tengahari buta itu.

Arissa terus berlari di taman berdekatan dengan fikiran yang dibelenggu dengan kekalutan yang sedang dihadapinya. Ini tidak seharusnya terjadi! Yang lebih menyedihkan adalah teman-temannya sendiri tidak mahu mempercayai dirinya.

"Kurang ajar kau Pierre!" Jeritnya kepada entah siapa.

Dia terus berlari namun imagi hinaan dan Hatebook tentangnya tidak pernah lepas dari minda. Lebih banyak dia berfikir, lebih laju kakinya berlari. Tanpa sedar, dia sudah pun berlari begitu jauh hingga ke pantai. Dia berhenti dan dengan tiba-tiba, dia diterpa oleh rasa pening dan mual. Bayangannya pusing dan dia segera memuntahkan segala isi perutnya di lautan yang luas itu. Cuaca yang terik itu melemahkan tubuhnya.

 Badannya berjalan terhuyung-hayang dengan pandangan yang samar. Dia ingin menangis namun dia terlalu letih.

"Arissa..."

Arissa tidak tahan dan membiarkan dirinya jatuh di pelukan pemuda yang dia harap bukan khayalan, Farizal.

Farizal dengan segera menangkap tubuh itu dan mengangkatnya ke tempat teduh. Setelah itu, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Panggil ambulans ke? Farizal menggaru kepalanya. Dia memandang sekelilingnya dan...Ting! Dia meninggalkan Arissa sebentar dan membeli air mineral sejuk dari penjaja air di kawasan pantai itu.

Setelah itu, dia kembali dan memercik sedikit air di wajah Arissa. Perlahan-lahan mata gadis itu buka. Arissa kelihatan bingung sementara Farizal begitu lega sekali. Wajah Arissa yang pucat begitu membimbangkannya.

Arissa perelahan-lahan bangun dan merampas air sejuk dari tangan Farizal dan meneguknya hingga meninggalkan setengah. Setelah itu dia termengah-termengah. Apabila dia memandang wajah Farizal yang terdiam, dia menjeling dan segera bangun meninggalkan pemuda yang termangu itu.

"Rissa, tunggulah."

Arissa tetap pergi walaupun kepalanya terasa seperti menjunjung satu tan besi. Pandangannnya masih tetap samar namun rajuknya masih tebal.

"Macam mana kau boleh ada kat sini?"

"Aku naik motorlah. Dah agak mesti kau kat sini. Tapi masa aku datang kau takde risau jugak aku, yelah manalah tau kalau-kalau kau terjun kat laut ke..."

Arissa memandang Farizal dengan wajah cemberutnya sambil menjeling.

"Aku lari tadi, dari taman kat rumah kita tu sampai kat sini."

Farizal membulatkan matanya.

"Mak... Jauhnya! Oi, kau bukan wonderwoman tau? Kan tadi dah pengsan? Nasib baik aku yang tangkap kau tadi, kalau Bangla tadi macam mana? Tak ke niaya, dia kidnap kau bawa balik kat Bangladesh?"

"Diamlah! Buat apa nak cari aku? Korang semua kan tak percaya aku lagi?" Dengan degil, Arissa berlalu, namun badannya yang lemah membuatkannya ingin jatuh lagi.

Farizal mendekatinya dan membantu Arissa untuk mendapatkan keseimbangannya.

"Duduk dulu! Degillah!"

Arissa menurut sahaja memandangkan tubuhnya masih lemah. Dia memicit kepalanya.

"Okay, aku mengaku , I screwed my life."  kata Arissa stelah berapa lama mereka berdiam diri.

"Aku pun nak minta maaflah. Patutnya dalam keadaan macam ni aku support kau. Tapi kenapa kau tak nak bilang aku? Tak nak bilang kitorang?"

Arissa menarik nafasnya dalam-dalam.

"Sebab... Aku tak nak korang salah sangaka. Nanti korang ingatkan aku pulak yang terhegeh-hegeh kat mamat tu."

"Bila dah busted lagi timbulkan salah sangka. Rissa, kau ingatkan kitorang nak biarkan je kau hadapi masalah kau sorang-sorang? Aku kecik hati jugaklah, kau tak libatkan aku dengan plan kau tu."

"Sorry lah. Bukan aku nak ketepikan korang, cuma aku rasa ni masalah aku, aku kena selesaikan sendiri. Korang ingat tak projek kitorang kena sabo hari tu? Tak pasal-pasal korang pun kena walaupun korang tak ada kena-mengena. Aku kalau boleh tak nak sampai korang kena sebab aku."

"Rissa, kitorang kan best friend, dah macam adik-beradik pun. Kalau kau dalam kesusahan, jangan haraplah aku dengan Amir nak berdiam diri." Kata Farizal memgang bahu Arissa.

"Entahlah, aku cuma nak semua ni... habis. Kau tau tak? Aku rasa tertekan sangat! Aku tak pernah rasa teruk macam ni sejak Ayah aku meninggal." Arissa cuba menahan air matanya. Oh tidak, tidak lagi... " Apa diorang ingatkan aku takde perasaan ke? Sedap hati diorang je kutuk aku, cakap aku macam-macam, kucar-kacirkan hidup aku. It's really mentally exhausting."

Arissa mengesat air matanya dengan kasar, namun lebih banyak air mata yang merembes keluar seperti paip air yang bocor. Farizal menggaru kepalanya untuk kedua kali. Inilah pertama kali dia melihat gadis setegar Arissa menangis. Dia meraba poketnya dan mengeluarkan sepaket tisu dan dengan janggal memberikannya kepada Arissa. Arissa menerimanya dengan menggumam kata 'tgerima kasih', antara dengar dan tidak. Kemudian dia mengesat air matanya dan menghembus hingusnya dengan kuat. Kemudian dia tertawa. Farizal bingung seketika.

"Apesal kau ketawa pula? Jangan jadi gila sudahlah." Wajah Farizal jelas kelihatan panik.

"Tak, kau ni cool tau. Hairan aku. Dalam banyak-banyak lelaki yang aku jumpa, kau sorang je yang selalu ada supply tissue yang constant!" Arissa kata dia antara tawa.

Farizal tersenyum. Mereka memandang ke arah lautan yang terbentang luas. Arissa berasa sedikit tenang, jauh daripada kemelut yang menggari ketenteramannya buat seketika.

"Zal, aku laparlah," kata Arissa tiba-tiba. "Belanaja aku McDonald's. Aku belum makan lagi tau." Arissa sudah pun bangun dari tempat duduknya.

"Okay, tapi lain kali kau belanaja aku Swensen's."

"Aku nak double cheeeseburger."

"Okay."

"Up-size meal tau."

"No problem."

"Dengan strawberry Sundae."

"Iya... Kalau bab makan..." Farizal menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat melompat menuju ke restoran segera McDonald's yang terletak tidak begitu jauh dari kawasan pantai.

                                                                              ###

Pierre meletakkan telefon bimbit iPhone nya sambil tersenyum. Dia sedang 'chill' bersama teman-temannya di sebuah kafe apabila Arissa menelefonnya dan marah-marah padanya. Dia boleh padam gambar-gambar itu sekarang melalui iPhone nya tetapi buat apa kelam-kabut. Pierre menyedut minumannya melalui straw sambil mengambil masa tersenyum kepada seorang pelanggan wanita yang asyik menjeling ke arahnya, namun dia tidak akan bertindak seterusnya seperti selalu. Komitmennya kini adalah teradap misi mendapatkan Arissa.

"Itu mesti Arissa kan?" Kata Hazwan.

Pierre hanya tersenyum penuh makna.

"Apa yang dia cakap? macam marah je..." tanya Daniel dengan perasaan ingin tahunya yang semakin meluap-luap bagaikan kepulan asap api yang marak.

"It's for me to know, NOT for you to find out." Kata Pierre sambil memerhatikan gadis tadi yang semakin kuat berbicara dengan temannya sambil tertawa. Sesekali gadis itu melirik ke arahnya. Seperti sudah dijangkakan oleh Pierre -taktik wanita untuk menarik perhatiannya.

Pierre terfikir semula tentang Arissa. Arissa tidak begitu. Gadis itu begitu unik dan kerana itulah dia harus mendapatkan gadis itu.

"Jadi, operation 'make-Arissa-your-girlfriend' ni success?" tanya Hazwan. Terkejut juga dia melihatkan kejayaan sahabatnya itu. Tetapi bila difikirkan kembali, dia memang Pierre Laurent...

"Bukti dah depan mata, so I've won. You can start your forfeit by bayarkan semua ni." Kata Pierre dengan penuh keyakinan.

"So, kau cuma date dia, tapi you guys are not actually an item...Right?" Celah Daniel pula setelah lama berdiam diri.

"Kita tengok nanti."  Pierre tersenyum penuh misteri sambil menghirup minumannya. Kemudian dia mengenyitkan mata ke arah gadis yang memerhatikannya tadi. Tetapi setakat itu sahaja.

No comments:

Post a Comment