Sunday, January 8, 2012

Selamat Tinggal Sneakers...25

"Tujuan saya suruh awak datang ke ofis saya hari ini adalah sebab I have a job for you." Kata Jazz kepada Arissa yang sedang terduduk di sofa empuk di pejabat milik Jazz.

"GlamJuice Magazine berminat untuk tampilkan you dalam magazine mereka. You'll be featured on the fashion section of the mag. Congratulations!" Sambung Tash pula.

"Apa? Serious ke ni?" Kata Arissa yang masih tidak percaya. Walaupun GlamJuice merupakan majalah baru di pasaran, ia cukup popular di kalangan remaja. Untuk disertakan di dalam majalah itu merupakan satu penghormatan baginya.

"Yes, honey." Jazz memberikan beberapa helai kertas mengenai photoshoot tersebut. "Shoot akan diadakan esok, jam 2 petang at this address. Ingat, jangan lambat."

Arissa membaca kertas tersebut dan mendapati tema bagi fesyen yang akan diambil adalah 'children of rock.' menurut deskripsinya, mereka akan menggayakan beberapa pakaian dari genre rock yang berbeza, dari rock and roll, metal, grunge, goth/emo, punk/pop punk dan glam rock. Ini membuat Arissa rasa teruja kerana tema tersebut adalah tema yang diminatinya.

"Right 2 petang."

"Do us proud, Arissa." Kata Tash.

"Jazz and tash, saya janji akan buat yang terbaik!"

Setelah keluar dari bangunan tersebut, Arissa rasa begitu gembira sekali dengan assignment pertamanya. Baru beberapa minggu berlatih dalam agensi tersebut, dia sudah diberikan kerja. Sikap Dirah si mulut itik yang menjengkelkan itu pun gagal untuk merosakkan harinya. Segera, dia menelefon Pierre. 

"Aik, kenapa tak jawab pulak?"

Arissa cuba mendail sekali lagi, barulah dapat.

"Hey, baby, ada apa?" Pierre menjawab panggilannya.

"Guess what? I baru dapat assignment dari GlamJuice!"

"That's great Honey! I tau, you mesti dapat job cepat punya! Baby, I'm so proud of you. Bila you mula shoot?"

"Besok, pukul 2..." Arissa terhenti apabila tiba-tiba dia terdengar suara seorang wanita di hujung talian.

'Pierre! you pergi mana? I can't decide...' 

Tiba-tiba suara itu hilang, mungkin gagang telefon Pierre ditutup oleh tangannya...

"Hello, Pierre?" 

Tiada jawapan.

"Hello, babe, I'll call you back, ada sesuatu yang kena I settle, kay, bye, love you." Setelah itu, telefon ditutup dengan segera sebelum sempat dia bertanya suara siapakah tadi yang memanggilnya tadi. Yang menghairankan Arissa, Pierre seperti  sedang berbual secara bersembunyi perlahan dan cepat. Siapa pula wanita tadi? Jangan-jangan...

Arissa menarik nafasnya. Mungkinkah Pierre sedang menduakannya? Semangatnya seolah-olah lenyap bagai ditiup oleh ribut dengan serta-merta.

Ah...Mungkin itu sepupunya tak? Iyalah, mereka tidak dapat bertemu hari ini pun kerana kata Pierre dia mempunyai acara keluarga hari itu, fikir Arissa, cuba menyedapkan hatinya sendiri.

Pun begitu, hatinya tetap tidak tenang, iyalah semua orang tahu bahawa Pierre mempunyai rekod 'lelaki paling tidak setia'. Bagaimana jika pemilik suara gadis tadi adalah selingkuhannya? Haruskah dia bertanya sediri pada Pierre? Heh. Kalau benar pun dia curang, begitu mudahkah dia mengakuinya? Buat pertama kali di dalam tempoh perhubungan mereka, Arissa mula tidak percaya kepada Pierre.

Kegusaran itu terbawa hingga saat pertemuannya dengan Lee pada petang itu. Mulut Lee yang becok menceritakan pengalamannya berkerja dengan pereka fesyen tersohor Ricardo Rein langsung tidak dicerna oleh otak Arissa yang masih memikirkan Pierre.

"Kau imagine, rekaan aku kat butik Ricardo Rein, class kan?"

Melihat tiada respons dari Arissa yang asyik mencucuk penyedut air ke dalam gelasnya dan menghancurkan kisaran ais dari munuman tersebut, Lee menepuk bahunya. Arissa tidak terkejut atau sekurang-kurangnya cuba untuk kelihatan terkejut pun.

"Hey, perempuan, naik berbuih mulut aku bercakap, kau boleh buat dek... je!" Kemudian dia memandang ke arah gelas Arissa yang merupakan minuman ' double chocolate cookies  blended.' Dengan krim putaran ekstra. "Umm... kata kau on diet?"

"Aku tengah stress jadi I'm allowed to have chocolates." Kata Arissa tanpa ekspresi.

"Stress? Kenapa girl? Kau nervous pasal photoshoot besok eh?" Tanya Lee.

Alamak! Esok ada photoshoot, kini dia menyumbat mulutnya dengan minuman cokelat pula. Kini dia menjadi LEBIH stress. Ekoran memikirkan 'Misteri Pierre dan Suara Gadis Yang Tidak Dikenali,' perkara yang membuatnya gembira terlupakan sebentar.

"Aku rasa... Pierre is cheating on me." Kata Arissa lagi.

Mendengar itu, Lee tersentak.

"Apa? Tak mungkinlah, girl. Aku tak cayalah. Dah 2 bulan tau, dia tu 'clean'. Takde rekod flirting dengan perempuan. Apesal kau berfikiran macam tu girl?"

Arissa menarik nafasnya dan menceritakan apa yang terjadi saat dia menelefon Pierre tadi.

"Mungkin tu sepupu dia ke, adik sepupu dia ke... Yelah, kau pun cakap hari ni dia ada family event or something kan? Dahlah, jangan buruk sangka macam tu, tak baik!"

"Macam mana kalau sangkaan aku ni tak salah? Maksud aku, kalau itu betullah sepupu dia ke nenek moyang dia ke, kenapa berbual dengan aku mesti sembunyi-sembunyi? Habis tu suara perempuan tu manja semacam je..." Menggigil kecil Arissa mengenangkan suara gedik di balik hujung talian itu.

"Adik sepupu dialah agaknya. Biasalah manja..."

Arissa hanya terdiam walaupun hatinya masih memberontak, tidak puas dengan alasan-alasan 'seposen' seperti itu. Amatlah klise. Lagipun, suara gadis itu bukanlah manja ala abang-adik, melainkan...

Tiba-tiba dia teringat seperkara lagi. Dari apa yang didengarinya melalui telefon tadi, Pierre seperti berada di pusat membeli-belah. Takkanlah acara perjumpaan keluarga di pusat membeli-belah?

"Dahlah, Arissa. Apa kata kau tanya je dia besok, habis cerita. Kita pun belum tahu kalau-kalau Pierre tu betul-betul guilty as charged ke tak."

Nak tunggu jawapan jujur dari Pierre? Minta maaflah ye, tapi playboy profesional sepertinya pasti tidak akan mengaku dan akan cuba untuk memutar-belitkan jawapannya agar aktiviti (jika benar) kecurangannya tidak diketahui. Sambil menyedut minumannya, Arissa berfikir, 'Nampaknya, aku nak kena main I Spy sendiri...'

                                                                                         ***

"You. You nampak tak apa yang I nampak?"

"Sayang, tempat ni besar, banyak orang, macam-macam yang I nampak..."

"Tu...Bukan ke tu..."

"Siang-siang buta kat shopping mall you nampak hantu?"

"You ni! Orang serious... Tu..."

Dengan menggunakan jari telunjuknya, Lisa menuding ke arah sepasang lelaki dan perempuan yang sedang berkepit lengan sambil tertawa. Amir yang tadinya blur kini sudah dapat menangkap maksud Lisa tadi.

"Eh, itu Pierre kan?" Kata Amir.

"Dan yang tengah berkepit dengan dia tu, FOR SURE bukan Arissa. Cheater bug!"

"Kenapa I tak terkejut?" Kata Amir dengan tenang.

Mata mereka mengekori pergerakan mereka yang kelihatan begitu mesra sekali, sampai naik meluat mereka buatnya. Sekali-sekali, mereka seakan-akan berbisik, kemudian mereka tertawa lagi, sambil Pierre membelai rambut gadis itu.

" Dah, I dah agak! Seasoned playboy macam Pierre takkan nak berubah!" Kata Lisa dengan marah. "Kita confront dia, jom?"

Lisa baru sahaja ingin melangkah untuk menghadapi Pierre apabila Amir menarik lengannya.

"Eh... Dah, tak payah sibuk hal rumahtangga oranglah. Dia nak two-timing ke, ten-timing ke, tu diorang punya hal. I malas nak masuk campur," kata Amir.

"You, ni! Arissa kan kawan kita!"

"Apa pula? Arissa dulu kawan I, kalau Arissa sekarang...Hmm... I masih marah tau dengan apa yang dia buat kat Rizal. Rizal tak suka bila dia dapat tau yang Pierre nakkan Arissa because of exactly...This. Orang cuba nak protect dia, dia yang degil...inilah padahnya!"

"Ish, mati-mati I ingatkan dah berubah, dia...rupanya masih vampire! Muka je lawa, perangai..." Lisa menggelengkan kepalanya.

"Sepuluh kali, I lebih baik kan? Chubby-chubby I pun..."

"Tunggu, I bilang Arissa barulah..."

"Op!Op! Takde, jangan nak sibuk-sibuk bilang dia!" Dengan pantas Amir memotongnya.

"Kenapa pula? Apesal you nak cover untuk dia? Jangan-jangan you dengan dia pun satu kepala... You jangan Amir..."

"Apa yang you merepek? Ni lah dia perempuan! Boyfriend tak curang, cakap curang. Kalau tak buat pun kena tuduh, lebih baik buat sekali kan?" Gurau Amir. Tidak semena-mena, satu cubitan hinggap di lengannya.

"Adoii! Orang gurau je lah!" Jerit Amir sambil menggosok lengannya yang dicubit.

"I tak peduli, I nak pergi confront dia juga! Jangan nak halang I!"

Lisa maju ke hadapan sementara Amir sedaya-upaya menarik tangan yang hampir terlepas darinya.

"Adoii...Janganlah macam ni! Malulah orang tengok!" Bisik Amir.

"Malu? Dah tu lepaslah! you nampak macam perogol tau! Lepaskan I sekarang, I nak pergi ajar si buaya darat tu!"

Tanpa mempedulikan Amir, Lisa melepaskan tangannya dan pergi menuju ke arah kafe di mana mereka telah menuju.

"Dia nak buat kecoh kat cafe pula..."

Amir sudah menggelebah. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia mengikuti kekasihnya itu, kalau-kalau ada sesuatu yang tidak diingini berlaku...

Saat mereka tiba di dalam kafe itu, Lisa segera spot Pierre yang sedang makan cheesecake... Sepinggan dengan 'perempuan lain' itu. Siap bersuap lagi. Lisa mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula merakam aksi melalui video telefon bimbitnya, tanpa mereka ketahui.

"Happy Birthday in advance, Arissa! Tunggu surprise ni daripada aku." Kata Lisa setelah berhenti merakamnya.

"Dah, jomlah blah dari sini! Tak payah nak confront dia, you pun dah dapat bukti yang you nak kan?" Kata Amir sambil menarik tangan Lisa untuk beredar dari situ.


                                                                                   ***

"Zal! Aku nak tunjuk kau sesuatu ni."

Farizal yang sedang baring di padang bola yang luas itu menoleh malas ke arah sahabatnya yang duduk di sebelahnya.

"Tunjuk apa?"

Amir mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan video yang ditangkap oleh Lisa semalam. Farizal yang tadi sedang bermalas-malasan itu menyepetkan matanya sedikit untuk mengenal pasti apa yang sedang dilihatnya itu.

"Itu..."

"Memang pun."

Amarah meresap laju di aliran darah Farizal. Memang dia tahu Pierre itu seorang playboy tetapi oleh kerana Arissa memilih untuk bersamanya, dia selalu berdoa dan berharap agar lelaki itu berubah demi sahabat yang sangat disayanginya itu.

"Ini gambar baru ke lama?"

"Baru. 100% legit sebab Lisa yang ambik. Aku pun ada kat situ."

Farizal membisu. Sedih apabila dia mendapat tahu tentang kecurangan Pierre. Tiba-tiba dia berdiri.

"Kau nak pergi mana pula tu?" Tanya Amir.

"Nak ajar sikit mat salih celup tak sedar diri tu!"

Amir bangun untuk menghalang niat Farizal yang ingin berhadapan dengan Pierre.

"Eh...Relax, dude! Kau nak ajar dia macam mana? tumbuk muka dia? Belasah dia? Dahlah tu Rizal... Kau tak ingat ke dulu masa kau pukul Pierre, Arissa bukan main marah lagi?"

Niat Farizal terkurung buat sementara. Ada benarnya juga kata Amir namun dia tidak ingin duduk diam sahaja tatkala mendengar perasaan Arissa diperdaya dengan mudah begitu.

"Aku nak slow-talk sikit dengan dia."

Farizal berjalan menuju ke arah dewan di mana dia tahu Pierre pasti akan berada untuk latihan bola keranjangnya.

"Rizal! Rizal! Kau better not do something stupid!"

"Kau stay sini! Please."

Farizal pergi menjauh meninggalkan Amir yang hanya mampu menepuk kepalanya atas kebijaksanaannya membuka mulutnya yang besar. Sungguh dia tidak menyangka Farizal akan membuat sebarang tindakan.

Saat Farizal menjejakkan kakinya ke dewan tersebut, satu debaran menyambutnya. Matanya segera tertumpu kepada lelaki tinggi yang berkulit putih, dengan bersahaja merampas bola dari pihak lawan. Sempat juga dia mencari-cari kalau Arissa juga berada di situ walaupun setahunya, gadis itu tidak masuk kelas hari ini. Setelah itu, dia menunggu sebentar sehingga latihan mereka selesai. Dengan satu jaringan oleh Pierre, permainan ditamatkan oleh wisel coach Haizan. Setelah memberi taklimat mengenai latihan yang baru berakhir tadi, mereka pun dibenarkan pulang.

"Okay, kita berhenti untuk hari ini. Sambung minggu depan. Ingat, play hard, study hard!"

Dengan itu, ahli kumpulan tersebut pun bersurai untuk meminum air atau berehat. Farizal teragak-agak untuk mendekati Pierre apabila mata mereka bertentangan. Pierre yang sedang berbual dengan Hazwan dan Daniel segera mengalih perhatiannya kepada Farizal. Kehairanan menyapanya. Apa pula yang dikehendaki lelaki itu? Adakah dia mencari dirinya?

Hazwan dan Daniel menoleh dan mendapati dua lelaki itu saling tenung-menenung. Pierre adalah kekasih Arissa dan... walaupun tiada kata yang rasmi yang menyarankan Farizal dan Arissa mempunyai hubungan cinta, semua orang serba-sedikit tahu apa yang mungkin tersimpan di dalam hati masing-masing.

"Pierre, Farizal datang cari kaulah! Nak cari  pasallah tu, biar aku..."

Pierre menahan Daniel yang sepert ingin bertindak untuk bergaduh dengan Farizal.

"Biar. Aku nak tau apa yang dia nak."

Pierre dan rakan-rakannya mendekati Farizal yang seakan-akan menungggunya di luar dewan itu.

"Farizal... Tunggu aku ke?"  Sapa Pierre dengan senyuman sinis.

"Aku nak cakap dengan kau sikit." Kemudian dia menoleh ke arah Daniel dan Hazwan, sebelum bekata, "Seorang."

Pierre memberi isyarat kepada rakan-rakannya supaya pergi. Mereka berdua akur sahaja walaupun ada keraguan dia riak wajah masing-masing.

"So... Farizal. Ada apa sampai susah-payah cari aku kat sini?"

"Kita berbual kat tempat lain. Ada sesuatu yang aku nak tanya kau." Kata Farizal.

"Kat kafe okay?"

Farizal mengangkat bahunya tanda akur sahaja. Pertemuan mereka bukannya sebagai dua sahabat yang ingin bersembang dengan gembira melainkan berbincang tentang video kecurangan Pierre.

Setelah tiba di kafe, Pierre berhenti seketika.

"Kita dah kat sini, I might as well get a latte. Kau nak apa-apa?" Kata Pierre yang hanya ajak-ajak ayam. Pertemuan mereka dirasakan hanya membuang waktunya sahaja. Ini tak lain tak bukan ingin berbincang tentang Arissa lah.

"Takpe. Aku tunggu kau kat meja tu."

Farizal memerhatikan saja lagak Pierre yang bersahaja, tidak mengambil serius pertemuan mereka. Setelah kembali dengan Latte nya, Pierre duduk di hadapan Farizal dan menghirup latte tersebut sebelum bersuara.

"I'm here. So?"

"Sejauh mana kau cintakan Arissa?"

Soalan itu membuatkan bibir Pierre merekahkan seutas senyuman. Bingo! Seperti yang dijangkakan...Pierre menggelengkan kepalanya.

"Kau bazirkan waktu aku selama," Pierre memeriksa jam tangannya, " 15 minit dalam hidup aku hanya untuk tanya aku soalan yang bodoh tu? Okay, aku akan jawab. Ya, aku cinta, sayang, love her. Do you want me to translate it in french too?"

 'Dasar Mat salih celup kerek!'  cemuh Farizal di dalam hatinya.

"Kalau macam tu, kenapa kau curang?"

Wajah Pierre bertukar serius tatkala soalan itu diajukan kepadanya.

"Apa yang kau merepek ni?"

Farizal mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan video itu kepada Pierre. Menonton video itu, Pierre terkejut namun dia cuba mengawal reaksinya. Itulah adalah video dirinya dengan err.. teman baiknya semalam. Damn! Mana pula dia dapat video itu?

"Mana kau dapat video ni? Apa? Kau stalk aku or what?"

"Takde makna aku nak stalk kau. Ada orang bagi aku video ni. So, betullah tu kau?"

"Uhh...Tak, tu doppelganger aku," kata Pierre dengan sinis. Doppelganger adalah sejenis hantu yang menyerupai seseorang.

Mendengar sindiran Pierre, Farizal hanya menggulingkan matanya.

"Look, kau dengar sini. If you wanna be with her, aku harap kau jagalah cinta dia dengan baik. Tolonglah, jangan sakitkan hati dia. Dia...Dia bukan macam perempuan lain yang kau pernah  date."

"Kenapa? Kau rasa yang kau lebih baik untuk dia daripada aku? Macam ni lah superman. Kau tak payahlah risau sangat sebab aku betul-betul cintakan Arissa dan aku akan jadi kekasih yang terbaik untuk dia. Better than you'll ever be. Aku boleh bagi dia apa saja yang dia nak. So... tak payahlah risau."

"Habis tu ni apa?!" Kata Farizal yang hampir-hampir tidak dapat menahan kemarahannya apabila merujuk kepada video tadi. Suaranya yang mula meninggi tadi telah menarik perhatian banyak mata. Kenyataan bahawa pertemuan dua lelaki yang dikatakan  mencintai seorang gadis duduk semeja juga menarik perhatian mereka.

Pierre memberus di tepian rambutnya sebelum menjawab.

"Okay, aku takkan cari alasan dan cakap yang lelaki dalam video tu bukan aku. Ya, tu memang aku dengan perempuan lain, but we are just friends okay? Dalam hati aku cuma ada Arissa je."

"Dari apa yang aku nampak, it seems more than just friends antara korang berdua..."

"Cukup. Sekarang kau nak bilang Arissa, telling her how a jerk I am, cheating behind her back, which is of course, tak betul.  Kau tak tau apa yang sebenarnya terjadi masa tu, kau bukannya ada kat sana pun. And anyway Farizal, kau dengan dia are not even friends anymore. Aku harap kau stop shadowing her. Dia dah besar and building her own dreams, and you are not in it. Dia bahagia dengan aku, jadi kalau kau betul sayang dia sebagai KAWAN, tolong jangan buat dia sedih dengan cerita-cerita tak berasas macam ni."

Dengan itu, Pierre bangun dari kerusinya dan meninggalkan Farizal yang baru dihentak dengan realiti yang berat dan menyakitkan. Duduk sendirian disitu, dia berasa seperti orang yang bodoh. Apa yang difikirkannya saat dia ingin berhadapan dengan Pierre? Apa yang ingin dia buktikan? Semua akhirnya hanya membuahkan kekecewaan dan malu pada dirinya sendiri.

Farizal menghela nafasnya. Awan mula menyeliputi matahari, membuatkan hari gelap, seiring dengan hatinya yang kini dirundung pilu. Siapalah dirinya kalau ingin dibandingkan dengan Pierre Laurent?











1 comment: