Sunday, January 22, 2012

Selamat Tinggal Sneakers...26

Arissa tiba di studio penggambaran untuk photoshoot majalah GlamJuice setengah jam awal, ditemani oleh seseorang dari agensinya. Setelah diperkenalkan dengan make-up artist dan fashion director untuk shoot hari itu,  Arissa disuruh memakai beberapa pakaian dan didandan dari wajah hingga ke rambut. Semuanya berjalan pantas dalam studio itu.

First scene: classic Rock

Second Scene:Punk Rock

Third : gothic

Fourth: Grunge/ Rock alternative

Fifth: Scene



Arissa dibawa ke studio penggambaran di mana di diperkenalkan dengan fotografer yang akan memotretnya hari itu.

"Arissa, ini Ray, fashion photographer kami. Ray, Fresh model dari Jazz And Tash. Ni first time dia jadi, help her out, okay?" Nina, fashion director tersebut memperkenalkan mereka berdua, sebelum pergi meninggalkan mereka berdua setelah dipanggil oleh seseorang.

Ray yang sememangnya kacak (walaupun tidak sekacak Pierre), memberikan senyuman kepada Arissa sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Ray. Nice to meet you."

"Hi, Arissa." Arissa menyambut salamannya itu dengan hati yang berdebar.

"Tangan you sejuk. Fresh model huh? Nervous?"

Arissa melepaskan tangannya dengan segera.

"Umm...Ya..." Arissa memberikan tawaan gementarnya.

"Hey, no worries kay? Kitorang akan tolong you and support you," Ray mengenyitkan matanya.

"Okay, guys, let's start now."

Dengan touch-up yang terakhir, Arissa mula menggayakan menurut apa yang dikehendaki oleh Nina dan menggunakan serba-sedikit dari apa yang dipelajarinya dari Jazz and Tash.

Setelah beberapa kali menukar dandanan, pakaian dan sesak dengan hairspray dan hair extension, barulah shooting tersebut berakhir. Memang memenatkan kerana harus selalu didandan,  dicuci kembali dan disolek lagi hanya untuk mereka stail yang berbeza.

Tengkuk Arissa sampai naik lenguh sementara pinganggnya letih. Apakah setiap assignment sebegini letih?

Setelah menyalin pakaian, Arissa duduk berehat di kerusi yang tersedia. Tiba-tiba sebotol air kosong dihulurkan kepadanya.

"Haus?"

Mata Arissa memandang ke arah pemilik suara itu, Ray yang tersenyum kepadanya. Ray berkulit sedikit   keemasan, mungkin kerana terkena pancaran matahari selalu, berambut panjang yang sedikit bergelombang ala-ala Orlando Bloom dan menindik telinga kirinya. Pada pendapat Arissa, Ray memang kacak namun dia tidak berminat hingga ke arah lain.

"Actually I am, thanks." Arissa menyambutnya dan segera membuka penutupnya dan menogoknya. Ahh...Lega.

Saat Arissa meminum airnya, Ray memandangnya tanpa berkedip.

"Hari yang panjang! Tak sangka penat betullah modelling! Do you always do this everyday?" Tanya Arissa namun mata Ray tetap memandangnya. Apabila tiada jawapan, Arissa melambai tangannya dekat ke wajah Ray. "Ray? You okay?"

Saat sedar ke alam realiti, Ray menggeleng kepalanya.

"Oh, ya, sorry. Ya... I do this...almost um everyday." Tergagap-gagap dia menjawap.

"You sure you okay? Sebab you nampak macam...Confused."

Ray terdiam, kemudian dia menjawab, "I just...You cantik."

Okay...

"Thanks. I pasti you mesti jumpa banyak perempuan cantik selalu..."

"Yang cantik selalu tapi yang indah macam you, memang jarang."

Oxygen! Oxygen! Mamat ni flirting ke?

Arissa hanya terdiam terkedu. Kalau layankan nanti dikirakan mahu pula.

"Right, thanks. Umm...I kena pergi sekarang sebab..."

"Boleh kita jumpa lagi? Maksud I, lunch or something..."

No good.

"Maybe, err... someday."

"Boleh I dapatkan nombor you?"

gasp!

Mat, mat. Kau memang ler cute tapi...

"I tak rasa tu idea yang baik sebab, well...I'm with someone."

"Pierre Laurent?"

"Macam mana you tahu?"

"I kenal dia and some of his friends. Well, he is a lucky guy, I must say."

"I rasa I yang beruntung sebab dapat dia dan I tak nak you know, buat our relationship...er...terganggu dengan sebab-sebab yang tertentu."

Ray mengangkat keningnya.

"Wow, you ni setia betul. I mean, janganlah salah sangka dengan niat I. I cuma nak, well, kembangkan rangakaian kenalan I and I think you should too, being in this industry.. I mean, banyak kenalan perempuan I pun dah ada boyfriend and they're cool having me as a friend untuk chill or something."

"Well, I'm sure you memang friendly tapi I really gotta go now. My manager dah tunggu I tu. I'll see you...When I see you."

"Bye, Riss. Nice meeting you." Ray mengenyitkan matanya lagi.

Arissa memberikan senyumannya dan segera mencari pengurus dari Jazz and Tash Agency untuk pulang.

"Arissa... Well, what more can I say? Jazz and Tash did it again. I suka dengan kerja you!"

Arissa menoleh dan mendapati Nina dan pengurus agensinya, Mel yang tersenyum lebar. Nina, fashion director untuk shoot tadi menyalam tangan Arissa.

"Cik Nina, thanks. Tapi betul, saya tak dapat lakukan semua ni tanpa sokongan Cik Nina, Mel dan Ray."

"Partly, honey. Yang lain semua datang dari diri you."

Orang dah puji, kembanglah pulak. Control, control.

Arissa hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih sahaja, bersikap rendah diri. Yelah, kalau lebih-lebih nanti dikatakan lebih sudu dari kuah pula. Dia sedar dia baru di dalam industri itu dan kata-kata perangsang itu hanyalah penyuntik semangat untuk dia berkeja keras lagi. JIKA dia ingin meneruskan di dalam bidang itu.

Bila difikirkan kembali, penat juga jadi seorang model. Tubuhnya kini hampir lenguh kesemuanya dan yang paling Arissa tidak sanggup adalah bahagian solekan dan dandanan yang harus ditukar hingga berkali-kali. Serik!! Sudahlah panas, tak boleh bergerak sedikit pun takut comot eyeliner yang dilukiskan di mata.

Kakinya pula sudah sakit akibat disarungkan kasut tumit tinggi terus. Hmm...Kini sahaja dia sudah dapat membayangkan tilam empuknya yang sedang menunggunya di rumah serta air coca-cola kegemarannya yang sejuk hingga peluh ais mengalir...Menggoda.

"Okay Arissa. Kalau I ada projek lagi, I mesti panggil you okay?"

Suara Nina mengejutkannya daripada mimpinya tu.

"Oh...Ya...Thanks, Cik Nina."

Setelah mengucapkan selamat tinggal, Arissa terus sahaja menanggalkan kasut tumit tingginya sebaik sahaja mereka berada di dalam lif dan bersandar di dinding lif tersebut.

"Penat?" Tanya Mel.

"Penat sangat kak! Aduh... Dari tadi Rissa belum makan lagi tau!"

"Hmm...Ni baru sikit je tau. Kalau runway... Aduh...Lagilah penat, mana wrap party dia lagi. Penat pun terpaksa senyum layan orang, designer tu, designer ni. Ni belum termasuk rehearsal dia lagi. Rissa, bayangkan, show mula pukul say...7mlm, model kena datang pukul 9 pagi untuk rehearse sampai show habis, lepas tu ada wrap party lagi." Mel menggelengkan kepalanya membayangkan kekecohan yang pernah dialaminya sebagai pengurus agensi dunia peragaan.

Apabila dia menoleh, dia melihat Arissa sedang menutup matanya sambil tersandar di dinding lif itu.

"Aik? Tidur ke?"

Ting! Lif sudah pun turun ke tingkat pertama. Mel mengejutkan Arissa yang sepertinya tertidur dengan keadaan dirinya berdiri.

"Rissa? Rissa?"

 Arissa membuka matanya perlahan-lahan dan mengeluh apabila sedar mereka masih belum sampai ke kereta pun. Rasanya dia tidak sanggup untuk ke kereta pun.

Mel menggelengkan kepalanya melihat Arissa yang keletihan itu.

"Sebelum shoot tadi, Rissa dah makan?"

"Adalah, roti..." Arissa mengingat kembali roti peanut butter sekeping yang sempat dimakannya sebelum berangkat tadi.

"Roti je?! Biar betul kau ni! Jom, kakak belanja makan..."

"Eh, takpe, takpe! sekarang ni, Rissa dah mengantuk giler. Takde selera langsung. Kak Mel letak satu ayam panggang besar kat depan muka Rissa pun, sorry eh, not interested! Rissa betul-betul nak tilam empuk kat rumah!"

 Mereka menuju ke kereta milik Mel yang terletak tidak jauh dari situ. Sebaik saja masuk kedalam perut kereta, Arissa terus masuk dan menutup matanya. Belum sempat Arissa membuka buku mimpi, satu sms dari seseorang yang tidak dikenalinya dari telefon bimbitnya mengejutkannya.

Dengan rasa jengkel, Arissa membukanya namun satu kejutan menyapa kesedarannya.

'Just when you thought your fairy tale ended with a beautiful happily ever after, your prince charming is courting with other princess. Want a prove? Open your Email.'

Itu sahaja yang dinyatakan di dalam mesej tersebut, membuatkan Arissa tertanya-tanya sendiri. Ia membuatkan Arissa ingin segera pulang dan membuka emel nya. Apa yang dimaksudkan oleh si penghantar itu? Siapa pula yang menghantar mesej itu?

Sebaik sahaja pulang, Arissa menghidupkan komputernya dan membuka emelnya. Ada emel dari sesorang yang tidak dikenalinya. Diasak oleh perasaan ingin tahunya, dia terus membukanya dan timbullah sebuah video...

"Pierre...?"

Arissa mengamati lagi video itu dan kemudian dia teringant tentang sikap pelik Pierre dan misteri suara gadis gedik semalam... Arghhh!!! Dasar buaya darat! Dia buat hal pulak!!! Arissa menepuk mejanya ekoran mengikut hatinya yang marah. Sedih betul hatinya melihat kemesraan yang dipamerkan oleh mereka berdua. Eeee....! Geram betul hatinya! Dalam baik Pierre menduakannya!

'Aku mesti selidik dulu tentang kebenaran video ni. Entah-entah ada yang saja dengki kat aku ni. Entah video lama ke ni sebelum aku dengan dia.' Arissa cuba memujuk hatinya sendiri. Dia bertekad untuk menyelidiki hal video tersebut.

Keesokan harinya, Arissa memaksa dirinya untuk membuka matanya walaupun rasanya begitu letih sekali. Sarapan pagi yang disediakan oleh ibunya begitu membangkitkan seleranya yang membuak kerana perutnya yang dibiarkan kosong sejak semalam.

"Hah, pergi kelas tak hari ni?" Tegur ibunya yang menyendukkan nasi goreng ke pinggannya.

Arissa hanya mengangguk sahaja sambil meminum air kosong yang diambilnya sendiri dari peti sejuk.

Kemudian dia duduk dan menikmati nasi goreng yang tersedia. Mmm...Nikmatnya tidak terperi setelah berbulan-bulan berdiet.

"Milo, tak nak?" tawar ibunya.

"Eh, takpe,takpe. Air kosong je dah cukup." Mulut kata lain, tapi tekak rasa lain. Kalau boleh, satu teko dia ingin habiskan namun apabila memikirkan kalori yang terkandung, boleh menggemukkan! Kempunan dia melihat Shafiq meminum milo kegemarannya dengan nikmat.

Ibunya menggelengkan kepala sahaja melihat anak gadisnya yang semakin susut berat badannya.

"Shafiq pergi dulu, ibu." Setelah menyalam tangan ibunya, Shafiq berlalu ke sekolah sambil melambai ke arah Arissa yang menyambutnya.

Dengan pemergian Shafiq, ibunya mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa risaunya terhadap perubahan anak gadisnya itu.

"Rissa balik pukul berapa semalam?"

"Sebelas. Bila Rissa balik malam tadi, semua orang dah tidur, jadi...Rissa tak kejutkanlah..."

"Sejak Rissa jadi model ni, Rissa selalu balik lambat, selalu tak datang kelas. Badan Rissa pun ibu tengok dah susut sekarang ni."

"Biasalah, bu. Rissa kena kerja keras sikit, dah kerja Rissa macam tu."

"Lagi satu, Ibu nak cakap sikit tentang pakaian Rissa..."

Arissa memandang ke arah pakaiannya yang merupakan t-shirt berlengan pendek dan high-waisted jumper skirt paras beberapa inci bawah lutut yang benar-benar memeluk pinggangnya.

"Ke..kenapa bu?"

"Dah takde baju lain ke? Skirt tu singkat sangat. Ketat pula tu."

"Alah, pendek sikit je, lagipun ni fesyenlah. Ada orang tu pakai lagi teruk." Kata Arissa. Dia baru nak feeling-feeling Pixie Lott dah kena tegur pulak!

"Fesyen tu, fesyen jugak tapi banyak mata yang pandang, lebih-lebih lelaki. Nanti macam mengundang pula..."

"Ibu... Merepeklah ibu ni. Orang pakai sebab nak cantik sendirilah, bukanlah nak mengundanglah apa semua!"

Mood Arissa pagi itu sudah tercemar oleh bebelan ibunya tentang pakaiannya pula.

"Rissa, kita ni orang melayu, agama Islam, tak manislah kalau Arissa pakai macam ni. Kalau nak ikut fesyen macam artis-artis barat tu pun, berpada-padalah sikit. Lagi satu, Rissa ni asyik ponteng je. Periksa dah nak dekat, Rissa sibuk dengan modelling. Kalau gagal nanti kan sayang, ni tahun terakhir Rissa. Ibu fikir, Rissa berhentilah Modelling ni dulu."

"Dahlah, Bu. Rissa tak nak lah cakap pasal benda ni lagi. Rissa pun dah lambat, nak pergi dulu ye?"

Dengan itu, Arissa mengambil begnya dan menuju ke pintu tanpa menyalam ibunya seperti selalu, meninggalkan ibunya yang dirundung kesedihan. Sedih kerana anak gadisnya yang dahulu telah hilang, diganti oleh gadis lain yang begitu asing baginya.

Kadangkala dia menyesal kerana selalu menggesa anaknya yang bersifat tomboy dulu itu supaya berubah dan mengizinkannya untuk menyertai dunia peragaan. Arissa yang kasar dahulu, lebih elok kesopanannya dari segi pakaian dan lebih menghormatinya sebagai orang tua. Di dalam hatinya, dia hanya mampu berdoa sebagai seorang ibu supya anak gadisnya itu tidak terlanjur hingga melangkaui batas-batas agama.

                                                                                ***

Arissa hanya memandang Pierre yang sedang duduk di hadapannya menikmati latte. Macam mana nak tanya jika dia curang? Dari tadi gadis itu hanya terdiam sahaja, tidak banyak bercakap. Bila tanya sepatah, jawab sepatah.

"Kenapa you pandang I macam tu?"

Arissa mengalihkan pandangannya ke arah lain namun matanya terpandang Farizal dan Marsha yang kebetulan baru masuk ke dalam kafe itu. Mereka tidak menyedari kehadirannya di sana, ditenggelami oleh perbualan mereka sendiri.

"Nak makan apa eh? Aww...I stuck antara apple strudel dengan cinnamon roll!" Kata Marsha sambil melihat ke dalam gelas pameran kek dan pastry di kafe itu.

"You beli dua-dualah." Jawab Farizal. Wajah mereka begitu dekat saat sama-sama memandang ke dalam gelas pameran tersebut.

"You pick one. I'll take the other."

"Sorry, I nak chicken Pie."

"Alah..." Marsha memuncungkan mulutnya dengan manja.

"Alah, beli jelah dua-dua. Amir tu kan recycle bag, you tak habis nanti dia habiskan."

"Ish tak baik tau you ni!" Pun begitu, Marsha tertawa sambil menepuk lengan Farizal yang hanya mengangkat bahunya. "Okay, kita belikan mini pizza yang dia kirim sekali."

"Jangan lupa, Lisa punya Nutella crepe..."

Dari kejauhan, Arissa memandang dengan satu perasaan yang aneh. Di dalam bulatan persahabatan mereka, dirinya seolah-olah telah terganti oleh Marsha. Dan kemesraan yang dipamerkan oleh mereka begitu menyakitkan lebih-lebih lagi melihatkan keserasian di antara mereka. Ahh... Dia tidak berhak  untuk merasakan begitu. Bukankah ini pilihannya?

"You know what? That's it! We are out of here!"

Dengan tidak disangka-sangka, tiba-tiba lengannya ditarik oleh Pierre. Arissa yang masih terkejut menurut sahaja. Setelah beberapa jarak dari  kafe tersebut, Arissa melepaskan tangannya dari genggaman Pierre.

"Hey! Apa ni?"

"You tell me! You tak malu ke, tengokkan si budak A-class loser dengan tak berkelip!"

"Apa?"

"You jangan ingatkan I tak tau, okay? You masih fikirkan dia ke? The fire in your eyes spells jealousy,
Arissa!Sedarlah sikit, he doesn't want you anymore!" Tercungap-cungap Pierre melampiaskan kemarahannya kepada Arissa yang masih terbatu. Semuanya berlaku begitu cepat. Keadaan itu telah menarik perhatian beberapa pelajar yang dimana kaki mereka berjalan namun mata dan telinga tinggal bersama mereka.

"Shut up Pierre! You ingatkan you tu baik sangat ke? I know what you did behind my back okay?"  Balas Arissa kembali.

"Apa maksud you ni?"

Arissa tersenyum sinis.

"You cakap dengan I kenapa kita tak boleh jumpa kelmarin?"

Pierre terdiam. Dadanya berdebar buat seketika. Sudah pasti Farizal sudah memecahkan tembelangnya.

"I kan ada family gathering. Bukan ke I dah beritahu you?"

"Family you satu je? Perempuan? Mesra betul you dengan family you siap bersuap lagi."

"You cakap apa ni?"

Arissa membuka telefon bimbitnya dan membuka video yang telah dimuat turunkan ke telefon bimbitnya.

"Nih apa?"

Melihat Video itu, Pierre terdiam. Dia hanya menundukkan wajahnya, membuatkan Arissa kecewa. Soalan yang tidak terjawab itu membuatkan dia semakin yakin dengan dugaannya.

"Siapa dia? Tak mungkin dia adik you kan? Girlfriend you? Yang nombor berapa? I yang nombor berapa? I yang rampas you daripada dia ke, dia yang rampas you daripada I? Jawablah!" Arissa menepuk kuat bahu Pierre yang terbatu. Marah sedang mendidih di hatinya, terhadap Farizal pembelot itu.

"It's not what you think okay? Dia cuma... Dia cuma kawan lama I okay? Kita dah lama tak jumpa, dia... Dia baru balik dari States so it's natural for us to be..."

"Flirting? Oh jadi sebab dia dah lama tak jumpa you, kira nak lepaskan rindulah ni? Dah puas? Peluk, cium..."

"You jangan nak lebih-lebih tambah cerita eh? Eh, apa lagi yang si Farizal tu dah cerita kat you? You jangan nak percayalah dengan apa yang dia dah bagitau kat you. Dia memang sengaja nak putuskan kita!"

Nama Farizal membuatkan hati Arissa terlompat sedikit. Apa pula kena-mengena lelaki itu dengan semua ini?

"Pierre! You jangan nak tuduh orang sembarangan okay?I tak tau siapa yang hantar video tu kat I tapi that's beside the point! The point is, you tipu I, you keluar dengan perempuan lain!"

"I tak tuduh sembarangan okay? It has to be him! Semalam he confronted me pasal video ni. Siapa lagi?"

Pengakuan Pierre bagaikan sebilah belati yang menusuk ke dalam jantungnya. Farizal mengetahui tentang hal ini? Mengapa dia tidak datang dan memberitahunya sendiri. Hatinya kini bagai digenggam ketat membuatkannya sukar bernafas. Matanya seolah diugut dengan air mata yang akan terjatuh dalam beberapa saat lagi. Dia tidak rela dilihat lemah dengan tangisannya, lantas dia segera berlari menuju ke tandas, tanpa menghiraukan suara Pierre yang memanggilnya ataupun tubuh-tubuh yang menjadi mangsa rempuhannya.

Tiba sahaja di tempat selamat, di dalam cubicle tandas, Arissa melepaskan airmatanya yang mengalir seperti tiada penghujungnya. Tangisan sepi yang begitu dia mahir sejak dari kecil dahulu. Apa yang terjadi dengan hidupnya kini? Berbaloikah semua yang ditinggalkannya untuk kehidupannya sekarang. Pakaian stylish nya, kasut bertumit yang menyakitkan, mekap tebal yang begitu sukar untuk dicuci. Airmatanya kini pasti akan membuatkan matanya hitam di bahagian bawah, seperti zombi. Arissa menumbuk dan menendang dinding tandas berkali-kali, membuatkan tumit kasut kirinya pecah.

"Arghhh!!!Thank you LIFE!"

Dengan itu, dia menghentakkan kasutnya yang pecah berkali-kali sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Dengan itu, dia rasa lebih baik. Setelah itu dia mencuci wajahnya, menghilangkan maskara dan celak yang rosak tadi. Setelah itu, dia hanya memakai tinted moisturizer, bedak, eyeliner dan pemerah pipi sahaja. Dandanan yang minima, seperti yang selalu dia kenakan dahulu. Arissa melihat dirinya di cermin.

'Akukah yang berubah? Akukah yang menggulingkan dadu ke atas kehidupan aku sendiri? Akukah yang membiarkan satu-satunya sahabat yang aku sayangi pergi...'

Arissa keluar dari tnadas tersebut dengan berkaki ayam dan menuju ke lockenya. Nasib baiklah but bolanya masih ada. Iyalah, daripada berkaki ayam...

Saat dia masuk ke kelas, banyak mata yang memandang ke arahnya kerana pertama, dia lewat masuk dan kedua, mereka memandang ke arah but bolasepaknya yang berlekuk. Memang tidak selesa langsung jika harus berjalan di jalan yang rata. Ada yang tertawa kecil melihat kasutnya yang langsung tidak kena dengan bajunya.

Sepanjang di kelas, Arissa hanya termenung, tidak mengambil perhatian sangat pada pelajaran. Kepalanya tiba-tiba pusing memikirkan semuanya. Tanpa dia sedari, dari kejauhan Farizal memandangnya dengan seribu tanda tanya di hati. Dari mata gadis itu yang sembab, dia tahu gadis itu baru menangis. Sedih hatinya melihat gadis itu termenung sendiri dibelenggu oleh masalah yang dia sendiri tidak pasti. Jika dia mampu,ingin sahaja dia memeluk gadis itu, mengusap air matanya dan memberitahunya semuanya akan baik, namun itu tidak mungkin. Mendekatinya sahaja dia tidak mampu.

                                                                         
                                                                                    ***
"That, is definately her," Kata Emelyn dengan terkejut tatkala menonton video tersebut. Arissa hanya terdiam sahaja, tidak kuasa untuk berkata apa-apa lagi.

"Siapa?" Tanya Reanna.

"Elena. Pierre's ex and first girlfriend. Ughh, bukan ke dia dah pindah kat US?" kata Emelyn dengan kesal. "Arissa, you pasti ke yang they're back together again?"

Arissa mengangkat bahunya. Wajahnya berkerut seribu.

"Well, apa kata kita siasat?" Kata Emelyn.

"Nak siasat macam mana?"

"Facebook. Personal message."

"I tak tau password dialah." Kata Arissa. Lagipun dia tidak pecaya dengan invasion of privacy tetapi ini dah kirakan isolated case, jadi...

"I tau. Rule no. 1, girlfriends, know you boyfriends' FB password. Pierre punya, kalau dia masih belum tukar, LeRenard. Itu nickname yang ex dia bagi. Renard means Fox in French." Kata Emelyn.

Dengan itu, Emelyn memasuki akaun Facebook Pierre dan masuk ke dalam Personal Message Pierre.

"Bingo."

Mesej peribadi Facebook Pierre ternyata mengandungi mesej-mesej yang ditukar oleh mereka berdua yang berbaur kemesraan, dan kata-kat romantis.

Elena Hasyim: Hey Renard! Had such lovely time tadi. Gosh, didn't realize how much I missed you <3

Pierre Laurent: Ikr! Me too, sweetheart. teringat masa kita date dulu. Still thinking of those mesmerizing eyes.

Elena Hasyim: Lol, still foxy I see...Rawrr...Apa khabar gf you tu?

Pierre Laurent: Nah... She's too naive to know about us. Aniwaes, I miss sangat kat, you! Perfume masih lekat kat baju I tau.

Tap!

Arissa menutup monitor komputer ribanya itu dan mengibas rambutnya. Dia merasakan seolah-olah dirinya dipermainkan dengan mudah.

"Well... Apa tindakan you seterusnya?"

Arissa mengangkat bahunya. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Putuskan hubungan mereka?Untuk apa? Membiarkan mereka puas dan menang?

"Entahlah. I nak tanya Pierre sendiri kalau dia betul-betul serious dengan I."

Mendengar itu, tiba-tiba mata Emelyn membulat.

"Kenapa? You nak putuskan hubungan you dengan dia ke?"

"Depends."

"No. You tak payah cari dia. Lelaki ni kita kena ajar sikit. You buat bodoh je dulu, nanti diorang yang macam cacing kepanasan bila you buat tak layan. Trust me on this." Kata Emelyn dengan senyuman yang penuh bermakna.

2 comments:

  1. Harap Arissa berubah menjadi arissa yang dulu but still nak dia in modelling and of course with farizal :) And yes ! Kasi ajar sama itu Pierre ! :P

    ReplyDelete
  2. mesti rasa sakitkan tengok kawankawan dia happy w org baru yet she just knew her dearly darling cheated w someone. padan muka arissa!
    kalau dah tau, tak payah nak layan lah. biar putus terus je! hhehe emosi errr

    ReplyDelete