"Bodoh betullah I ni selama ni." Kata Marsha tiba-tiba.
"Kadang-kadang cinta boleh buat kita ni bodoh. Been there, done that." Kata Farizal sambil mencampakkan sebutir batu kecil ke tengah lautan.
"Ada perkara yang buat you menyesal sebab cinta?"
Farizal terdiam. Beribu sesalan sekalipun tidak akan mengubah kenyataan bahawa orang yang disayanginya terlepas dari dirinya. Apabila mendapati Farizal tidak mahu menjawab, Marsha mula berbicara.
"Sebab cinta, I sanggup buat apa saja untuk dia. Dah beratus juga duit yang I berhabis untuk dia, belikan dia hadiah mahal, bagi dia duit bila dia mintak." Marsha menggelengkan kepalanya. "In the end, I dapat tau, he was cheating on me behind my back, pakai duit I! Percaya tak? Selama ni I funded his cheating spree."
"Bagus you ditch lelaki macam dia. Yang paling I tak boleh tahan, dia sanggup pukul you. Lelaki jenis apa macam tu? Dah berapa lama hah, dia buat you macam tu?" Kata Farizal.
Marsha mengesat air matanya yang tersisa. Kemudian dia mengangkat bahunya.
"I dengan Iskandar couple dalam 3 tahun. Mula-mula dia lembut penyayang, tapi lama-lama..." Marsha menutup matanya saat mengingat kembali sikap kasar Iskandar terhadapnya. "Kalau I cakap benda yang dia tak suka, dia mesti pukul I, make me feel worthless dengan kata-kata dia. Dia kata I bodoh, lembab. Kadang-kadang dia cakap kalau nak dibandingkan dengan perempuan-perempuan yang dia pernah jumpa, I am nothing. And for a very long time, I believed him."
"Marsha, you tau kan itu semua tak betul! Kenapa lama sangat you dengan dia?"
Marsha menarik nafas panjang sambil menyelak rambutnya yang ditiup angin.
"Thing is, Iskandar ni, kalau hari jahat dia, dia boleh buat I rasa macam orang yang paling teruk sekali, tapi kalau datang hari baik dia, dia...Dia boleh jadi orang yang paling penyayang sekali. It kinda makes me think yang dia seorang je yang boleh terima kekurangan I. Tapi bila I tau yang dia hanya gunakan I untuk kepentingan dia, I benci sangat kat dia."
"You pernah bilang parents you pasal ni semua?"
Marsha menggelengkan kepalanya.
"Tak. You orang yang pertama pasal sikap Iskandar yang macam binatang tu. I tak pernah ceritakan benda ni semua pada sesiapa, not even Maya. I ingatkan benda-benda ni semua normal in relationships."
Mendengar itu, Farizal mengerutkan dahinya.
"Normal? There is nothing normal about abusive relationships. You mesti beranikan diri, hentikan dia daripada ganggu you walaupun you dengan dia dah lama putus. Talk to your parents."
"I malu, takut. Lagipun, parents I really adore him. Diorang betul-betul marah bila I putuskan dia. I takut diorang tak percayakan I."
"Marsha..." Lembut suara Farizal menasihatinya. "Sampai bila you nak dia ganggu hidup you macam tu? Dia tak ada hak untuk buat you rasa sentiasa takut macam ni. Narcissists macam Iskandar tu perlu diajar, Kita tak boleh biarkan je dia buat sesuka hati, lepaskan dia macam tu."
Marsha terdiam. Tidak semena-mena, dia memegang tangan Farizal yang terkejut. Mata mereka bertentangan buat seketika.
"You tau tak? Your eyes...They make people want to tell you things that they don't tell others."
Farizal terdiam. Kemudian dia menunduk dan melepaskan tangannya.
"You perlu berehat. I hantar you balik okay?"
Marsha mengangguk sahaja. Di dalam hati, dia benar-benar mengharapkan cinta daripada lelaki itu. Dia sanggup mengemis asalkan cintanya terbalas, namun saat dia memandang ke wajah Farizal, lelaki itu kelihatan biasa-biasa sahaja. Tiada tanda-tanda bahawa dia ingin hubungan mereka lebih daripada sekadar teman sahaja, sedangkan hatinya begitu mendambakan cinta dari lelaki yang sempurna di matanya itu.
***
Arissa memandang ke arah pinggannya yang dipenuhi oleh sayur-sayuran hijau seperti daun. Err... Baiklah, sayur itu pun sejenis daun jadi...Ya... Makanan tengaharinya adalah...Daun. Dah macam kambing pulak.
"Kenapa you tak makan?" Tanya Pierre yang sedang 'menikmati' makananannya yang merupakan 'lean, grilled chicken', beberapa sayuran dan kacang buncis.
Arissa bermain-main makanannya dengan garfunya. Mereka berada di sebuah bistro yang popular dan agak mahal namun apa yang dapat dinikmatinya hanyalah makanan kambing. Bosan.
"I laparlah. Tak puas tau makan daun je," rungut Arissa.
Pierre meminum jus celery nya dan memegang tangan Arissa.
"Sweetheart... Nak jadi model mestilah berkorban sikit. You kenalah turunkan berat badan you tu sikit..."
"I tak gemuk!" Cantas Arissa.
"I tau you tak gemuk, but you are not exactly you know...Thin. Sayang... Kalau you nak jadi model, badan tak bolehlah 'biasa-biasa' je. Nanti you nampak gemuk antara model-model lain, designer pun tak nak ambik. In the modelling world honey, less is more." Pierre menyuapkan sayur rocket ke dalam mulutnya membuatkan Arissa semakin tidak berselera.
Masalahnya kini, dari kecil hinggalah kini, Arissa paling benci makan sayur, baik direbus, goreng atau mentah. Kini dia harus hidup bergantungkan Sayur? Tidak!!!
"Kita kan sama-sama nak ikut Atkin's Diet, means no carbs?" Kata Pierre lagi, mengingatkan janji mereka untuk sama-sama membantu Arissa dalam perubahannya.
"Protein? I masih perlukan Protein tau." Arissa sudahpun mengharapkan sekurang-kurangnya grillled chicken di pinggan Pierre.
"Honey, orang perlu protein untuk muscle okay? I need it, girls tak perlu."
"Tapi I kan perlu tenaga...I main bola..."
"Pasal tu kita perlu bincang," potong Pierre. "I nak you berhenti main bola. And running."
Mendengar itu, Arissa segera protes.
"Tapi I kan team kolej..."
"Berhentilah. Bukan ke sekarang pelajar tahun akhir disuruh berhenti untuk tumpukan perhatian pada year end examinations? Lagipun, buat apalah you nak main bola, lari kat padang dengan panas terik. Tak bagus untuk kulit you tau tak? And you'll get muscles which is very unfeminine." Belum sempat Arissa berkata apa-apa, Pierre mencantasnya.
Mulut Arissa ternganga seperti ikan emas tatkala mendengar kata-kata Pierre.
"You juga yang cakap, oh... badan I cantik. You jealous dengan kulit I yang tanned."
"Memang betul I cakap macam tu. You have a nicely toned body and great tan, tapi cukuplah setakat tu. I tak nak lah girlfriend I jadi WWE Divas or something, dengan muscle macam hulk," Pierre mengerutkan dahinya seoah-olah jijik dengan pandangan perempuan berotot besar.
"You jangan risaulah, I'm not planning to turn into bride of Frankenstein cuma... Bola tu minat I, tau tak? You suruh I lupakan benda yang I betul-betul sayang."
"Habis you tak sayangkan I? Honey... I suruh buat ni semua sebab I sayangkan you. You betul-betul tak ada idea, how the world is out there. Perempuan seharusnya feminin, lembut, manja bukan...Kasar. Perempuan sepatutnya cantikkan diri, berhias, manjakan diri dan suka dimanjakan. I faham you memang serba-boleh, tapi sekali-kala tu I WANT to bukakan pintu untuk you, bayarkan tiket wayang atau angkatkan beg you."
Perempuan bukannya cacat, fikir Arissa namun dia terdiam sahaja. Dia bukannya pakar dalam hal-hal begini, tetapi femininity...Langsung bukan dirinya. Arissa memaksa diri menelan salad yang dipesan walaupun aroma masakan restoran itu langsung tidak membantu perutnya yang berkeroncong. Fish And Chips yang garing dan daging lembut Chicken Chop yang dipesan pelanggan di sebelah meja mereka menari-nari di matanya. Kalau sahaja...
Pun begitu, Arissa sedar dia harus akur. Pertama, dia sudahpun mendaftarkan diri dengan Jazz and Tash. Kalau hendak dibandingkan dengan model-model lain yang kurus dan tinggi, memang dia kelihatan tembam. Lagipun, sampai bila dia harus berkelakuan tomboy seperti sekarang? Dulu memanglah cute, berlari-lari dengan baju lebih besar dari saiz badan, kejar-kejar budak lelaki tapi kalau sekarang sudah tidak manis.
Pierre memegang tangan Arissa lagi.
"Riss...You tau kan I sayang... Sangat kat you? I suka tengok perubahan you. Makin cantik, manis...I nakkan yang terbaik untuk you."
Arissa terdiam. Lebih cantik, manis tetapi lebih gembira? Tidak sama sekali, namun oleh kerana dibawa oleh angin cinta, semuanya sanggup sahaja.
"Oh okay...You know best right?" Arissa merungut sambil memaksa dirinya menelan salad yang dipesan tadi.
"That's my girl...Tapi kenapa cemberut? Senyumlah sikit sayang..."
Arissa masih tetap tidak mahu tersenyum.
"Honey, come on." Tiba-tiba, Pierre mula bernyanyi lagu Smile dari Nat King Cole.
"Smile even though it's aching
Smile even though it's breaking
When there are clouds in the sky, you'll get by..."
Melihat ramai pelanggan yang menoleh melihat mereka, Arissa menjadi kelam-kabut. Ada yang tertawa kecil sambil menggelengkan kepala.
"Hey, berhentilah, orang semua tengokkan! Stop it!"
"Selagi you tak nak senyum, I takkan berhenti." Kata Pierre, kemudian dia menyambung, kali ini lebih kuat, siap dengan pergerakan tangan lagi.
"If you smile through your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow...""Okay, okay!" Arissa tertawa kecil, kemudian berbisik, "but please, boleh tak you berhenti menyanyi sekarang juga sebelum muka kita kena lempar dengan kasut atau kerusi."
"Kan cantik, you senyum? You know what? I tak pernah nampak senyuman yang cantik like yours. Are you sure you're not an angel or something?"
Arissa tersenyum sambil menggulingkan matanya. Hmm...Yelah tu, entah-entah ayat recycle. Pun begitu Arissa tidak mahu merosakkan suasana dan terima sahaja pujian itu walaupun di dalam hatinya dia tahu, sudah berpuluh gadis menerima pujian serupa. Lagipun, Pierre sudah berjanji untuk hanya setia kepadanya dan meninggalkan tabiat playboy nya.
"Oh ya, boleh you tutup mata you please?"
"Untuk apa?"
"Just do it for me, please? I ada surprise untuk you."
Dengan satu tarikan nafas yang panjang, Arissa menutup matanya dengan perasaan yang berdebar-debar.
"No peeking."
"I'm not! Cepatlah!"
Pierre tersenyum dan mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
Pergelangan tangan Arissa dipegang, tiba-tiba dia terasa sesuatu yang berat dan sejuk dipasang. Ini tak lain tak bukan, pasti gelang, Arissa meneka di dalam hati.
"Okay, you boleh buka mata you sekarang," bisik Pierre.
Saat Arissa membuka matanya, seperti yang dijangkakannya, di pergelangan tangan kirinya kini, terdapat seutas gelang 'charm bracelet' yang paling cantik. Charm bracelet perak itu mempunyai loket beberapa loket kecil yang antaranya mempunyai bentuk hati, yang terukir huruf A, loket bintang, bunga ros, sneakers, menara Eiffel, simbol Gemini, iaitu horoskop Arissa dan bermacam-macam lagi. Kebanyakkan loket itu mempunyai bahagian yang diwarnakan oleh enamel biru.
"Wow, Pierre..." Hanya itu sahaja yan mampu diluahkan oleh Arissa. separuh berbisik. Dia mengamati gelang itu dengan penuh kekaguman.
"I hope you like it." Kata Pierre.
"Very much. Pierre, you shouldn't have!"
"Hey, gadis cantik macam you deserves this. I betul-betul sayangkan you dan I nak you tau that you'll forever be my rose."
"Rose?"
"Rose. Bunga yang cantik...harum selalu, macam you. In fact, you dengan bunga ros banyak persamaan. I like when you blush and smile macam sekarang, like a blooming rose."
Malunya kena ayat macam ni. Ayat heavy pulak tu!!!
"Thank you. Thank you untuk semua ni."
"Tak, sweetheart. Thank YOU for loving me."
Arghhh...Sweetness overdose!!! Begitu indah dan manisnya kata-kata Pierre sehinggakan Arissa rasa seperti jatuh semakin dalam ke Wonderland, seperti kisah 'Alice In Wonderland.' Jatuh ke dunia lain dan asing, penuh dengan kejutan. Dapatkah dia bertahan pada rintangan yang bakal dihadapnya nanti? Jika inilah cinta...Game on.
***
Mata Lisa dan Lee bersinar saat melihat charm bracelet yang dikenakan di pergelangan Arissa saat dia menunjukkan kepada mereka di kampus keesokan harinya.
"Wahh...Cantiknya! Dari Tiffany and Co lagi! Romantiklah boyfriend kau, Rissa!" Puji Lisa sambil membelek-belek charm bracelet tersebut.
"Hah! Tengok? Kan aku dah cakap! Bila kau dah berubah, jadi cantik sikit macam ni, Pierre makin sayang kat kau," Kata Lee pula. Arissa pula tidak habis-habis tersenyum.
"Korang tau tak? Dulu aku fikir benda-benda romantic macam ni...urghh... Menggelikan. Tapi kan, it's quite nice to be treated like a queen sekali-sekala kan?"
"Ha! Ni tak lain, tak bukan dah jatuh cinta habis-habisan lah ni," sampuk Lee. "Girl, I'm so happy for you."
Lee dengan overnya memeluk Arissa yang lemas dengan bau minyak wanginya yang sangat kuat menusuk ke hidungnya. Apa? Dia pakai minyak wangi satu botol ke?
"Rissa, weekend ni kitorang ada group study tau. Join sekalilah." Kata Lisa.
"Ni mesti Rizal ada sekali kan?"
Tiba-tiba nama Farizal terasa begitu asing di lidahnya. Kalau dahulu, nama itu tidak pernah putus diungkapnya setiap hari namun sejak sebulan yang lalu, nama itu terus luput dari lidahnya. Menyebut namanya tadi pun seperti terasa meletakkan kapur di lidahnya. Janggal.
"Oh, come on, Arissa. Boleh tak kalau kau dengan Rizal tu berbaik semula? Keadaan macam dah tak samalah without perangai gila-gila korang. Bosan tau. Kau sibuk dengan Pierre, dia sibuk dengan Marsha..."
"Apa?"
Pada ketika itu, Lisa sedar bahawa dia sudah tersalah bicara. Lisa menggigit bibirnya sambil menyumpahi dirinya di dalam hati.
"Cuba kau ulang sekali lagi... Oh, jadi sekarang ni Farizal dengan Marsha dah couple lah? Tak sempat-sempat nak buang masa si Rizal tu eh? Dah tau aku tak suka si kambing gurun tak cukup isi tu, cepat-cepat diorang couple lepas kitorang dah putus sahabat. Cantik!" Kata Arissa dengan penuh perasaan. Tiba-tiba bayangan saat dia bertembung dengan Farizal yang kelihatan bahagia denagn Marsha tempoh hari menerpa fikirannya.
"Tu aku tak taulah, tapi tu kan hak dia. Maksud aku, kau pun tau Farizal sangat-sangatlah tidak suka kat Pierre, tup tup, kau couple dengan dia, Farizal tak halang pun, so..."
"Oh, jadi akulah yang jahat dalam hal ni?" Api kemarahan sudah mula mendidih di hati Arissa.
"Aku tak cakap pun. Aku cuma cakap je, kalau kau boleh date dengan orang yang best friend kau tak suka, I don't see kenapa dia tak boleh. And besides, Farizal buat perkara yang baik, dia tolong ajarkan, Marsha dalam economics selalu."
Arissa terdiam. Mereka dapat merasakan ketegangan di udara itu. Lee yang tersepit di tengah kemelutan itu sudah mula rasa tidak enak.
"Was. He WAS my best friend." Arissa berkata di antara dengar dan tidak.
Lisa menarik nafasnya. "Kenapa keras kepala sangat korang ni? Ego! All you have to do is just forgive and forget! Susah sangat ke? Kau tak tau betapa kacaunya Rizal selepas kau tiba-tiba putuskan sahabat..."
"And I'm to blamed? Kau tak tau apa yang jadi! Not even half of it!" Potong Arissa.
"Memang aku tak tau apa yang jadi, sebab korang tak nak ceritakan aku atau Amir. Sheesh. Tiba-tiba, korang putus sahabat, tiba-tiba kau dengan Pierre couple. Keadaan semua dah berubah and it is our last year kat kolej ni!" Lisa Menggelengkan kepalanya sementara Lee menggosok-gosok bahunya untuk menenangkannya. Kemudian dia mengambil begnya untuk berlalu dari situ.
"Whatever, Arissa. Aku harap kau enjoy dengan kehidupan baru kau tu. And to be honest, I don't even like Mr Pierre Oh-So-Perfect tu." Kata Lisa sebelum pergi, membuatkan Arissa tersentak dan Lee menutup mulutnya.
Arissa tergamam sebentar. Hatinya kini berbaur antara marah, sedih dan kecewa. Kenapa dia yang sering dipersalahkan selalu?
"Dahlah, girl, tak payahlah fikirkan sangat pasal benda ni semua," pujuk Lee.
Arissa masih terdiam. Dia sebenarnya penat untuk menghadapi semua ini. Hanya dia dan Farizal yang tahu apa yang sebenarnya tahu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama Pierre tertera di skrin tersebut dan Arissa segera mengangkatnya.
"Hey, you."
"Sayang, you kat mana?"
"Ada dengan Lee. Kenapa?"
"Teman I? I kat court."
Hmm...Apa salahnya? Sudah lama dia tidak ke gelanggang itu. Boleh juga dia menenangkan fikirannya dan melupakan kemelut yang melandanya kini.
"Okay, I datang sekarang ni kay?"
"Right, I'll wait. Rindu sangat kat you."
"Mengada-ngadalah you ni. bye."
Buat seketika itu, satu senyuman terukir di bibirnya.
"Hah... Senyum juga kau tu ye? Tu mesti Pierre lah tu kan?"
Arissa tersenyum sambil mengangguk.
"Dia suruh temankan dia kat court. Nak ikut?"
Lee mengerutkan dahinya, membayangkan permainan yang langsung tidak menarik minatnya dan keadaan yang panas di sana.
"Thanks, but no thanks. Aku tak kuasalah, girl nak pergi sana. Aku bukannya suka tengok sport ni semua, dengan bau peluh diorang tu."
"Okay, takpe. Aku pergi dululah."
"Mmm... Yelah tu. Amboi...Sejak korang couple, susah betul nak tengok korang berenggang. 24 jam bersama, jeles aku tau." Kata Lee.
"Kalau macam tu, berubah jadi lelaki sejati, confirm banyak girlfriend. Kau tu handsome tau, Lee. Wasted tau..." Kata Arissa.
"Hamboii... Sedapnya mulut kau mengata! Aku rampas Pierre dari kau baru tau!"
"Dah, mengarutlah lu! Aku nak blah dulu."
Semasa Arissa tiba di gelanggang bola keranjang di sebuah dewan, bau campuran peluh, lelaki dan deodaran lelaki yang sangat dikenalinya menyambut hidungnya. Bunyi friction kasut memenuhi dewan tersebut. Dengan dress merah jambunya dan cardigan hitamnya, tiba-tiba Arissa rasa kekok saat melihat pelatih bola keranjang yang sangat kenalinya, coach Haizan yang sedang meniup wisel tanda rehat untuk ahli kumpulan.
Ahli kumpulan Cougars semua berhenti bemain dan menuju ke bleacher yang tersedia.
Saat melihat Arissa, Pierre tersenyum dan berlari anak kepadanya.
"Hey, baby..."
Pierre memberikan ciuman di dahinya sebelum dia sempat mengelak. Tiba-tiba satu dewan bising dengan usikan pemain yang lain. Coach Haizan menoleh ke arah Pierre dan Arissa, tiba-tiba dia mengerutkan dahinya dan menyepetkan matanya seolah-olah ingin memastikan apa yang sedang dilihatnya.
"Arissa? Awak ke tu?"
"Hai, coach." Tegur Arissa dengan malu-malu dengan lambaian kecil.
Coach Haizan menaikkan keningnya. Arissa berdandan dan memakai dress? Memang pelik...
"Hmm...Pierre, Hazwan! Saya nak jumpa awak sekejap. Yang lain, 10 mins break."
"I jumpa coach dulu, you duduk, kay, sayang."
Arissa memandang ke arah bleacher di mana kumpulan Cougars sedang berehat dan tersengih-sengih ke arahnya. Akward. Matanya meliar mencari kelibat Hakim. Tatkala melihat Hakim yang sedang menogok minuman Pocari Sweat itu, dia segera menuju ke arahnya, tanpa menghiraukan tubuh-tubuh yang tinggi mengusiknya.
"Hai...Sayang...Apa khabar sayang..."
"Minta nombor telefon sayang..."
Arissa terus menepuk bahu Hakim yang kini sedang mengesat rambut dan dahinya dengan tuala kecil.
"Kim!"
Saat Hakim menoleh, dia kelihatan terkejut sedikit. Kemudian matanya membulat.
"Eh, kau rupanya Arissa. Aku ingatkan siapa tadi! Sumpah aku tak kenal kau!"
"Siapa nama dia?" Sampuk salah satu daripada mereka.
"Kau jangan nak menyibuk. Yang ini, All rights reserved. Pierre dah ambik!" Jawab Hakim.
"Lagi? Asal yang cantik je dia dapat! Kita-kita ni tak laku ke?" katanya lagi.
Arissa membiarkan sahaja komen itu dan mengambil tempat di sebelah Hakim.
"Rissa! Jadi jugak kau ngan si Pierre tu yer? Rizal apa citer?" Tanya Hakim.
Balik-balik nama dia!
"Sekali lagi kau sebut nama dia, aku hentak kepala kau dengan gitar buruk kau!" kata Arissa.
"Mak...Garang! Ingat dah tobat, jadi Cinderella, rupanya perangai masih mak tiri Cinderella! Ish...Ish.."
Arissa menepuk bahu Hakim.
"Adusss! Betul ke aku cakap! Tapi...Wah, hands down! Kau memang beautiful! Kiss sikit?"
Hakim memuncungkan bibirnya untuk mencium Arissa sebagai gurauan, namun Arissa menolak pipinya.
"Gatal! Aku report kat Ayu baru tau!"
"Heh. Aku lelaki, tak takut ngan perempuanlah! Kalau betul-betul, lelaki boleh kahwin sampai 4 you know?"
Arissa merampas telefon bimbit Hakim yang terletak di sebelahnya dan mengugut untuk menelefon Ayu.
"Aku nak call Ayu, lepas tu mengaku yang aku secret lover kau, baru padan muka!"
Arissa menekan butang telefon bimbit tersebut untuk mencari nombor Ayu.
"Eh, janganlah!" Hakim cuba untuk merampas kembali telefon bimbitnya namun Arissa mengelak.
"Tadi kerek sangat kan! Tak takut girlfriend konon!"
"Bagilah balik!" Hakim merampas telefon bimbitnya dari tangan Arissa yang tidak henti-henti tertawa.
"Riss, teman I jap!" Suara Pierre membuatkan mereka berdua menoleh. Dia kelihatan tidak begitu gembira.
"Oh, okay. Kim, aku pergi dululah."
Mereka saling berlambaian sementara Pierre merenung tajam ke arah Hakim sambil memegang pinggang Arissa hingg ke luar dewan.
"You nak minum apa-apa?" Tanya Arissa yang masih ceria.
"Bukan main mesra lagi you dengan dia?"
Soalan Pierre yang diiringi oleh wajahnya yang serious membuat keceriaan Arissa lesap serta-merta.
"What?"
"You dengan Hakim. You ingatkan I tak nampak apa yang korang buat tadi?"
"Excuse me? I berbual dengan Hakim...So...?"
Pierre menjeling dan menoleh dari wajah Arissa.
"Kalau setakat berbual je takpe, apa yang nampak sampai nak bertepuk-tampar, nak cium ni semua?" Wajah Pierre kelihatan begitu marah sekali.
Arissa megelipkan matanya berkali-kali tanpa menjawab. Apa pula yang dia merepek?
"Pierre...I berguraulah dengan si Hakim tu. I dengan dia kan memang kawan sejak dulu! Yang you nak marah-marah ni pehal?"
"I tak sukalah you bergurau dengan dia macam tu! People are looking you know?"
"So? Bukannya I buat tak senonoh dengan dia! Kalau I nak cheat on you pun, I takkan jadi bodoh sangat untuk buat depan you okay?" Arissa tertawa sambil mengerutkan dahinya seolah-olah ia adalah sesuatu yang remeh.
"Soalnya, I tak suka okay? You tak payah layan si Hakim tu, saja je nak menggatal!"
"Pierre! Listen to yourself! You janganlah jealous tak tentu pasal macam ni! I tak sukalah! Hakim is my friend. I kenal dia okay? Kalau dia nakkan I dah lama dia boleh jadikan I girlfriend dia, okay?"
"Dulu you lain! Cuba dengar cakap I boleh tak? Mungkin masa zaman tomboy you tu bolehlah dia anggap you tu kawan je, tapi sekarang you dah berubah! Hakim may not see you like how he used to see you dulu!"
"Oh, jadi dulu I buruklah?" Arissa menggelengkan kepalanya dan menolak bahu Pierre dan berlalu dari situ sebelum Pierre mengejarnya.
"Honey...Okay, I'm sorry okay, I takde maksud macam tu." Pierre mendekati Arissa dan memegang pipi. "It's just that...I takut you akan tinggalkan I untuk orang lain."
"Tapi you tak rasa ke yang you overreacted? I mean, Hakim kawan I! I dengan dia tak mungkin..."
"Shh...Okay, I know, I'm sorry okay, sayang. Please? Kita jangan cakap pasal benda ni lagi?"
Pierre mengelus pipi Arissa dan mendekatkan wajahnya ke wajah gadis itu. Arissa panik,dan menutup matanya. Alamak! Tangannya sudah pun merangkul lengan Arissa.
'Alamak! Takkan dia nak kiss aku, right here, right now? Ya Allah, selamatkanlah aku dari sebarang malapetaka! Amin. Fuh.Fuh' Jerit hati Arissa.
"Ehem."
Suara Coach Haizan yang berdehem membuat mereka berdua menoleh. Dia kelihatan tidak begitu gembira dengan apa yang dilihatnya tadi. Kini Arissa diburu rasa bersalah dan malu. Pasti Coach Haizan sudah berpandangan negatif terhadapnya.
Sekurang-kurangnya doanya termakbul juga.
"Pierre, cepat sikit. Game dah nak mula," Kata Coach Haizan dengan nada tegas. Kemudian dia berlalu masuk ke dewn itu kembali.
Arissa cuma menunduk sahaja, tidak berani memandang ke arah Coach Haizan. Malu!!!
"Pierre...I tunggu you kat bawah jelah, ye?" Kata Arissa.
"Okay, sugar. Lepas game jer I'll call you kay?"
Pierre mengusap rambut Arissa sebelum masuk ke dewan, meninggalkan Arissa yang rasa kurang enak.
***
Tiba hari Sabtu petang, seperti yang dijanjikan, Arissa mendapati berdiri di banglo mewah Emelyn yang mempunyai 3 tingkat. Bunyi bising gadis-gadis yang keghairahan memenuhi ruang tamu. Mereka hanya beenam sahaja di rumah besar itu, iaitu dirinya sendiri, Emelyn, Reanna dan ketiga-tiga teman di dalam clique itu, iaitu Sofea, Myra dan Diana.
"So, this is it, Riss! Welcome to my home." Kata Emelyn sambil memegang bahu Arissa dan menunjuknya sekeliling.
Kediamannya memang besar. Dihias dengan rekagaya yang modern, ia kelihatan bersih dan teratur.
"Wah...Cantiknya rumah you..." Arissa benar-benar seperti baru menapakkan diri ke dalam majalah tentang dekorasi yang mahal seperti 'Houses and Homes' ataupun 'Living.'
"It is okay..." Kata Emelyn sambil mengangkat bahunya seolah-olah sudah terbiasa dengan pujian sebegitu.
"Parents you okay ke kitorang datang?"
"No worries, honey! Parents I kat overseas sekarang and we're transferring our maid, jadi..."
"THIS PLACE'S OURS!!!AHH...!" Kata Emelyn dan teman-temannya, atau lebih tepat lagi menjerit.
Arissa hanya tersenyum sahaja sewaktu mereka melompat-lompat kesukaan.
"Omigosh! This is gonna be fun you guys! So... Kita nak buat apa sekarang ni?" Kata Diana.
"Let's watch some Movies! I ada bawak DVD Twilight!! The Whole series!"
Ughh...Bolehkah dia mati sekarang?
"Tak..Apa kata kita cuba healthy smoothies dulu?"
"Siapa nak main Twister?"
Dalam masa 30 saat itu, Arissa merasakan bahawa berada di kandang ayam.
"Okay...You guys, guys! Apa kata kita our new BFF dulu?"
Semua mata memandang ke arahnya menunggu jawapan. Ughh. Dia cukup benci apabila tiap kali mereka membuat begitu.
"Err... Kita main Twister...?" Putus Arissa akhirnya.
"Cool!"
"Setuju!"
Mengapa mereka sepertinya ghairah dalam semua perkara?
Setelah itu, mereka sama-sama membuat smoothie sihat yang Arissa rasa begitu pelik resipinya dengan ramuan yang memerlukan sayur spinach dan ada satu minuman yang memerlukan bunga chamomile kering di dalamnya yang dipercayai baik untuk meredakan tekanan.
Oleh kerana tidak begitu yakin dengan eksperimen kali ini, Arissa yang selalunya begitu adventurous dalam kegiatan lasak bermain dengan selamat kali ini dengan membuat Smoothie yoghurt strawberry yang biasa sahaja. Tidak sanggup rasanya melihat minuman mereka yang berwarna hijau atau berbau aneh.
Bila malam tiba, mereka semua berada di bilik tidur Emelyn yang berbau lavender dan dicat dengan ungu terang. Lampu tidur yang malap membuatkan bilik yang berhawa dingin itu lebih tenang. Arissa mula mengenangkan bilik tidurnya yang tidak berinspirasi langsung. Bilik tidur ini adalah bilik idaman setiap gadis!!
Malam itu, lilin aromatherapy sengaja dipasang untuk meningkatkan mood malam itu.
"Kita main, truth or dare!" Kata Emelyn tiba-tiba. Dia ketika itu sedang mengecat kuku Arissa dan melukiskan strawberry di kukunya. Emelyn memang cukup berbakat!
"Oohh...The classics. Never gets old." Kata Reanna sambil menggosok kedua-dua telapak tangannya. "Kita mula dari Arissa." Katanya lagi sambil memandang ke mata Arissa membuatkannya tidak selesa.
"Umm...kenapa I? I tak tau mainlah..."
"Oh, come on, senang jer game ni. Kalau truth, you cuma kena tell us something true bila kitorang tanya sesuatu, kalau dare, you'll have to do something that we ask you to. How does that sound?"
"O...Kay...So..."
"What is your biggest and darkest secret...?" Emelyn memotong kata Arissa sambil memandanganya secara misteri. Semua orang memandangnya lagi membuatkan Arissa ingin lari. SEGERA!
"Umm...I tak rasa I ada sesuatu yang interesting untuk share..."
"Oh, come on Riss! Kita semua ada our own darkest secret. Sofea pernah mengaku dia ada affair dengan boyfriend Myra belakang kitorang, tapi kitorang cool sekarang."
"Thanks for the reminder," Kata Sofea.
"Well..." Kata Arissa.
"Let me help you. Macam mana kalau kita start dengan perasaan you pada, say...Farizal..."
Gasp! Alamak! Nak jawab apa pulak?
"I pernah kena tangkap sebab curi baju kat shopping mall dulu, tapi tak kena charge sebab I was only 16 masa tu," kata Emelyn lagi.
"I ada crush pada Remy budak nerd dari science faculty tu three years straight," akui Reanna.
"I secretly masih takut dengan gelap," kata Myra.
"And I, ada crush dengan cousin I. It's wrong I know, but yeah..." kata Diana pula.
Baiklah, semua dah mengaku...
Arissa menarik nafasnya dalam-dalam sebelum menjawab.
"Okay, tentang feelings I pada Farizal...It's complicated." Kata Arissa akhirnya setelah lama ditunggu oleh yang lain.
"Apa maksud you... complicated?" Gesa Emelyn.
"You know...Complicated? I tak tau macam mana nak explain."
"Maksud you, you mungkin jatuh cinta pada dia?" Bantu Reanna.
"Sort of..."
"Yes or no?" Tanya Emelyn lagi.
"No...Yes...I don't know." Entah mengapa Arissa ingin menangis di ditu.
Emelyn mendekatinya dan memeluknya.
"Oh, honey, you wanna talk about it?"
"Takpe, cuma ada kitorang je kat sini. Kita takkan beritahu sesiapalah, it'll be our secret. Apa yang kita cakap kat sini, stays in this room, okay sweetie?" Pujuk Reanna pula. Mereka semua memeluk Arissa, membuatkannya terharu. Begitu indah persahabatan.
Arissa sudahpun menangis di situ, di pelukan mereka.
"I tak tau. Truth is... Walaupun I dengan Pierre sekarang, I masih fikirkan tentang dia. I tak tau I sayangkan dia as a friend atau..."
"Omigosh, Riss! You don't love Pierre?" Tanya Myra.
"I do love Pierre!" Kata Arissa. Sekurang-kurangnya itulah yang dia fikir. Jika tidak mengapa dia sanggup jadi kekasihnya. Bukankah begitu.
"Tapi you sayangkan Farizal?" Tanya Reanna pula.
"As a friend. I think. " Kata Arissa yang kebingungan. Tapi mengapa hatinya begitu hancur ketika mendengar bahawa Farizal kini bersama Marsha?
"You tak nak try untuk patch up things dengan dia?" Kata Emelyn sambil memegang erat tangan Arissa erat-erat.
Arissa mengesat air matanya.
"Dah lambat. Dia mesti marah kat I sangat-sangat sebab I've said things that I shouldn't have to him. Lupakan je lah, our friendship is permanently damaged!"
"Apa kata you try..." Kata Reanna sebelum dipotong oleh Emelyn.
"That's enough you guys. Kita jangan cakap pasal ni lagi okay? Now, why don't kitorang relax... Tenangkan fikiran, bukan ke hari ni suppose to our retreat?"
"Thanks, you guys." Kata Arissa sebelum mereka semua memberikan pelukan secara berkumpulan lagi.
Mungkin dia harus menerima hakikat bahawa dia dan Farizal tidak akan bersama lagi dan persahabatan mereka cuma setakat sampai disitu sahaja.
***
Amir memandang rakannya yang sedang membalas mesej di telefon bimbitnya sambil tersenyum. Setiap saat pasti ada saja mesej yang dibalas oleh Farizal, yang dia teka, pasti dari Marsha. Semenjak beberapa hari ini, mereka berdua kelihatan begitu rapat sehinggakan setiap sesi kumpulan belajar mereka pun, Marsha ikut serta walaupun dia tidak pernah berbuat begitu selama 3 tahun mereka menuntut di kolej yang sama.
"Zal... Kau dengan Marsha ni, ada apa-apa ke?" Tanya Amir demi untuk menyapu teka-teki yang berhabuk di benaknya dan Lisa selama ini.
Mendengar itu, Farizal yang sedang mengulangkaji matapelajaran Economics itu meletakkan penanya dan memandang Amir sambil mengerutkan keningnya.
"Apa? Takdelah, ditorang cuma kawan jelah. Lagipun, I'm way out of her league."
"Ye ke? Aku tengok korang ni makin rapatlah. Banyak orang pun dah start cakap pasal korang. Sorry lah kalau bring up this, tapi Arissa dengan Pierre pun, you know, tak setaraf."
"Diorang tu lain. Arissa pun sekarang dah berubah, dah jadi macam salah satu Barbie collection dia. Aku ni apa ada?" Farizal meneruskan tulisannya yang terhenti tadi.
"Tapi aku tengokkan, Marsha tu macam suka je kat kau. Kau tak suka dia?"
"Entahlah, Mir, mungkin dia tu cuma terhutang budi dengan aku je sebab aku selalu tolong dia. Aku sebenarnya malas nak layan pasal bab cinta-cinta ni semua, sekarang. Exams dah nak dekat, lebih baik concentrate untuk dapat good grades."
Amir menarik nafasnya. Keadaan sudah tidak seperti dulu lagi. Semenjak kemelut Farizal-Arissa melanda, keadaan tidak seceria dahulu. Farizal pun kini serious sahaja memanjang. Kalau main bola pun seperti mahu tidak mahu.
Semalam, dia terlihat Arissa bersama-sama dengan rakan-rakan barunya. Hmm... Memang padanlah sangat-sangat Arissa yang kelihatan sudah berubah bersama dengan mereka. Gadis itu sudah seperti tidak seperti Arissa yang dikenalinya dahulu. Wajahnya yang manis dahulu kini ditempel dengan entah berapa lapis mekap sementara badannya pula kelihatan lebih kurus.
Apakah tahun ini, tahun terakhir mereka di kolej ini juga merupakan tahun penutup tirai persahabatan mereka? Adakah setelah graduate, semuanya membawa haluan masing-masing?
No comments:
Post a Comment