Monday, November 28, 2011

Selamat Tinggal Sneakers...23

"Okay, so, with an increase in goverment spending, for example, building of new schools, aggregate demand increases, causing AD to shift right, from AD1 to AD2, hence, making output rises from y1 to full employment output yp. Faham?"

Ketika Farizal mengangkat alisnya ke wajah gadis di hadapannya dari nota economics tersebut, dia mendapati Marsha sedang menenungnya, bukan nota tersebut.

"Umm... Tak gunalah, Rizal, I tak pandai macam you." Kata Marsha.

Farizal memberikan senyuman yang lembut dan sabar.

"Janganlah cakap macam tu. Semua orang boleh pandai, tapi mestilah berkorban sikit, kerja keras. You tak boleh putus asa just because you can't understand satu topik. Kalau you serious, dengar kat kelas, cuba faham betul-betul, I yakin you mesti boleh. Yang penting you jangan buat alasan, kalau you sungguh-sungguh, I akan tolong, okay?"

Marsha hanya mengangguk walaupun dia tidak berapa dengar dengan jelas mesej yang disampaikan. Dia sedang terpukau oleh kelembutan mata dan senyuman Farizal yang membuat pipinya berlesung pipit.

"Okay, kita cuba lagi..."

Ah... Nikmatnya jika mempunyai pensyarah sebaik dan sekacak Farizal, tapi alamatnya gagal jugalah pelajar perempuan kelas itu kerana tidak dapat memberikan tumpuan sepertinya, hehe. Marsha cuba memberikan perhatian walaupun dadanya berdegup dengan kencang tanpa hentinya. Bau cologne Adidas yang dipakai lelaki itu seakan-akan membelainya.

Marsha rasa begitu gembira hari itu kerana Maya sudah semestinya tidak ingin mengikutinya, Farizal pula menyatakan Amir tidak dapat menyertai mereka atas sebab-sebab tertentu walaupun dia tahu, kerana dia tidak selesa akan kehadirannya. Hehe... Dapat juga dia berdua-duaan dengan Farizal.

Setelah hampir dua jam berlalu, mereka bercadang untuk berehat.

"Jom, makan aiskrim? I belanja." Kata Marsha.

"Boleh... Tapi takpelah, I yang belanja. Malulah kalau perempuan yang belanja."

"Alah...Takpelah. Consider it as a Thank you treat, sebab you seorang je yang sudi tolong I yang otak lembab ni."

"Hey, hey. Jangan cakap macam tu okay? I nak you promise yang you akan kerja keras and serious dalam studies you okay? Kalau you rasa you tak boleh belajar pasal otak you lembab, then sampai bila-bila you tak akan berjaya. Takpe kalau you gagal sekali, sekurang-kurangnya, you dah cuba."

Mereka berjalan menuju ke arah sebuah ice-cream parlour di gedung membeli-belah itu di mana Farizal memilih chocolate chunky sementara Marsha memilih raspberry swirl. Senyuman sentiasa melekat di bibirnya.

"You nak rasa I punya?" Marsha menawarkan aiskrimnya kepada Farizal yang menggeleng.

"Takpelah, I tak suka raspberry."

"Alah! Trylah, you taste mine, I taste yours," pujuk Marsha.

Farizal memandang ke atas seperti memikirkan sesuatu sambil menyengetkan bibirnya. Tiba-tiba dia menyodorkan aiskrimnya ke hidung Marsha, kemudian dia tertawa.

"Hey, no fair!" Marsha segera mengacuhkan aiskrimnya ke hidung Farizal namun lelaki yang bertubuh tinggi itu sempat mengelak.

"Rasalah, kata nak sangat!" Kata Farizal sambil tertawa.

Marsha berpura-pura merajuk dengan memuncungkan mulutnya dan kelihatan marah.

"Hey...Okay, okay. I'm sorry okay? Janganlah merajuk."

Melihat Marsha yang menjeling dan muncung, Farizal menyesali dirinya. Terkadang dia terlupa yang tidak semua gadis seperti Arissa. Ahh... Kenapa nama dia timbul lagi di benaknya?

Farizal mengambil tisu dari ice-cream parlour tadi dan cuba mengesat kesan aiskrim di hidung gadis yang sedang cemberut itu apabila....

"Hah! In your face!"

Marsha mengacuhkan aiskrimnya pula ke hidung Farizal yang kelihatan terkejut melihat transformasi Marsha yang mendadak. Gadis yang muncung tadi kini sedang tertawa.

"Okay... Tu pun tak fair!" Kata Farizal namun Marsha hanya menjelirkan lidahnya sahaja.

Mereka berjalan sambil berjenaka sehinggakan mereka tidak nampak di mana mereka berjalan dan melanggar seseorang...

"Whoops. Sorry." Kata Farizal yang masih tertawa. Namun tawaannya hilang apabila dia mendongak untuk melihat siapa yang dilanggarnya.

Arissa yang terkocoh-kocoh kerana terlambat untuk temujanji dengan Jazz and Tash terkedu saat melihat dengan siapa dia terlanggar. Matanya dan Farizal bertemu, menimbulkan beribu soalan. Hatinya tiba-tiba bagai ditarik dari tangkainya.

Oh. Jadi Farizal dan Marsha...

"Ehem. Sorry." Kata Farizal.

Suasana jangkal buat seketika. Dengan beratus manusia yang berjalan di jalanan, mereka merasa seperti hanya ada mereka sahaja di situ. Entah kecewa atau marah, Arissa hanya berlalu dengan menghentak kuat bahu Farizal dengan bahunya tanpa  sebarang kata. Oh, baru kini dia sedar, kenapa selama ini Farizal tidak pernah menaruh hati dengannya. Kenapa dia tidak pernah memujuknya kembali semoga mereka berbaik.

"Tu Arissa kan? Kenapa dengan dia?"

Soalan bodoh Marsha hanya dijawab oleh Farizal dengan mengangkat bahunya.

Arissa menahan hatinya supaya tidak menangis di situ walaupun tekaknya terasa sempit. Langkahnya begitu cepat sehinggakan dia tidak peduli dengan berapa orang yang dia telah terlanggar dan berapa orang yang telah memakinya. Dengan fikirannya yang bercelaru, tanpa sedar, dia telah pun tiba di hadapan pejabat Jazz and Tash. Dari pantulan cermin pintu pejabat itu, Arissa melihat dirinya yang kusut-masai dengan percikan peluh di wajahnya. Tiada pilihan, dia hanya mengesat sedikit peluhnya dengan tangannya, ambil nafas, bertenang dan akhirnya melangkah masuk ke dalam pejabat yang berhawa dingin itu.

Dengan memasangkan keberaniannya, Arissa mendekati penyambut tamu yang sedang memerhatikannya dari atas hingga ke bawah.

"Umm...Hai, saya Arissa..."

"Awak lambat. Cik Jazz dengan Cik Tasha dah keluar. Baik awak balik jelah."

Mendengar itu, Arissa terkedu sebentar. Dia melirik ke arah jam tangannya...Baiklah, dia terlambat 30 minit...

"Err... Takpelah saya boleh tunggu..."

"Lupakan jelah! Cik Jazz dan Cik Tasha orang yang sibuk. Kalau setakat model wannabe macam awak ni dah hari-hari saya jumpa, yang lebih cantik dari awak pun ada jadi...Yeah..."

Mendengar respon biadab daripada penyambut tamu tersebut, Arissa menjadi marah. Kalau ikut hatinya yang brutal, sudah lama gadis yang berumur sekitar 20 an itu diberi Flying kick hingga pecah tengkuknya tapi, sabar...Gadis feminin tidak boleh bertindak ganas seperti itu.

"You know what? Saya tak peduli. Kalau saya cakap saya akan tunggu, saya akan tunggu. Lagipun kedatangan saya dikehendaki sendiri oleh Cik Jazz dan Cik Tash, jadi kalau saya beritahu diorang yang awak 'halau' saya, mesti tak baik kan?"

Penyambut tamu tersebut hanya menggulingkan matanya sambil memeriksa kukunya.

"Hmm...Apa-apalah. Tapi bazir waktu je sebab biasanya diorang takkan balik cepat sangat."

Arissa hanya membiarkan sahaja penyambut tamu sombong itu membuat halnya sendiri. Dia membelek bahan-bahan bacaan di situ yang hmm... kesemuanya tentang fesyen. Sementara itu, penyambut tamu bermulut itik itu sedang berbual manja dengan seseorang di telefon. Boyfriend lah tu. Dasar makan gaji buta, itu sebablah  dia tidak suka ada orang di pejabat.

Setelah hampir dua jam menunggu, tengkuk Arissa sudah naik lenguh. Sudah empat kali dia ke tandas, membeli waktu, 'paksa' diri membaca rencana yang langsung tidak menarik di majalah-majalah yang tersedia namun satu di antara mereka pun belum tiba. 'Si mulut itik' itu pula tidak habis-habis memandangnya di balik kaunter. Haih...Bosan! Jika dia berundur sekarang, bererti dia mengaku kalah, menjadikan kemenangan buat urghh. Maya.

Pintu kaca pejabat itu terbuka, membuatkan si mulut itik meletakkan gagang telefon pejabat dengan segera, sementara Arissa yang sedang menguap menutup mulutnya dengan segera. Erk. Salah waktu. Cik Jazzelyn melangkah masuk dengan kasut super tingginya, dengan cawan kopi Starbucks di tangan kirinya dan blazer padanan skirt cokelatnya digantungkan di tangan kanannya. Melihat Arissa melalui matanya yang digunakan kanta berwarna kelabu, dia mendekatinya.

"Arissa... Ikut saya ke bilik." Kata Jazz dengan nada businesslike. Tiada senyuman, tiada 'apa khabar.' Kemudian dia menoleh ke arah penyambut tamu tadi. "Dirah, ada apa-apa pesanan untuk saya?"

"Ermm... Takde, yang ada pun cuma yang saya dah beritahu Cik Jazz sebelum Cik Jazz keluar tadi."

Dengan itu, Jazz terus masuk ke dalam pejabat dengan Arissa yang mengekorinya dari belakang. Teringat pula di zaman sekolah rendahnya dahulu di saat dia disuruh masuk ke bilik guru kerana menakutkan pelajar-pelajar perempuan di kelasnya dengan lipas mati, sampai menangis dibuatnya semua. Ah... memori.

Bilik pejabat Jazz memang cantik dan teratur walaupun tidak banyak barang. Hanya sebuah poster Audrey Hepburn hitam putih yang besar dibingkaikan ke tembok kelabu gelap di belakang kerusinya, sebuah pasu bunga kecil di bawah tingkapnya dan beberapa perhiasan yang minimalis menjadi pilihan dekorasi bilik yang dicat putih kecuali satu bahagian kelabu gelap di bahagian belakanng kerusinya, mengenakan poster hitam putihnya.

Arissa masih lagi memandang persekitaran bilik tersebut apabila Jazz menyuruhnya duduk. Arissa menurut sahaja sementara Jazz memeiksa beberapa fail di mejanya.

"Coffee?" Tanya Jazz tiba-tiba.

"Ermm... Sebenarnya saya tak minum kopi..."

Jazz melayangkan tangannya seperti melepaskan sesuatu keraguan kemudian berkata, "Oh, jangan risau, our coffee's decaf."

"Tak... Saya tak suka kopi. Cik Jazz ada Coke or something?" Entah mengapa, suara Arissa semakin mengecil.

Dengan itu, Jazz menekan interkom dan memanggil Dirah atau secara peribadinya, Arissa memanggil 'Si mulut itik'.

"Dirah, bawa satu Diet, dengan fail merah saya. Thanks." Setelah itu dia menoleh ke arah Arissa. "Arissa... Saya minta maaf sangat-sangat sebab saya betul-betul terlupa yang saya ada temujanji dengan awak hari ni. Dirah was supposed to remind me about our appointment, ughh."

Fuhh...Nasib baik. Tidak perlulah dia menjelaskan mengapa dia lambat 30 minit tadi.
Heh. Pehal pulak dengan si mulut itik tu? Sebelum bertemu dengannya pun dia sudah membenci dirinya.

"Takpe, Cik Jazzelyn, saya faham."

"Panggil I Jazz je."

Dua ketukan pintu membuat Arissa menoleh dan melihat Dirah membawa setin Diet Coke dan sebuah fail merah.

"Ini fail yang Cik  Jazz minta tadi," kata Dirah tanpa senyum atau sekurang-kurangnya melirik pun kepada Arissa. Minumannya pun diletakkan saja di meja tanpa ucapan jemput minum atau sesuatu. Sheesh...Apa masalahnya agaknya?

"Thanks, you can go now."  Setelah itu dia menoleh ke arah Arissa pula. "So, Arissa...You've decide to join us?"

"Umm...Sebenarnya Cik Jazz..."

"Please...Just call me Jazz," potong Jazz, sebelum memberikan Arissa peluang untuk meneruskan.

"Jazz... Saya nak cuba untuk dalam jangka masa 6 bulan dulu. Iyalah, saya langsung takde experience apalagi cita-cita untuk jadi seorang model," kata Arissa jujur.

Jazz memandang Arissa dengan teliti. Arissa meminum minuman Diet Coke nya untuk melawan rasa debarannya. Kemudian Jazz menyepetkan matanya.

"You langsung tak terfikir untuk jadi model? Langsung takde formal class atau coaching..."

Soalan Jazz dijawab dengan gelengan kepala oleh Arissa. Jazz menaikkan kening kirinya.

"Well, I must say yang I dengan Tash betul-betul were impressed masa tengok you kat stage Passion For Fashion hari tu. It's like ada api kat mata you. Darling, you are natural, kalau you let us groom you, I'm sure you can rise to be at the top!"

Mendengar itu, daripada rasa bangga, Arissa rasa sebaliknya pula. Takut dan bimbang jika dia gagal sedangkan begitu menggunungnya harapan yang diletakkan ke atas bahunya. Arissa menghirup lagi minumannya yang dia tidak berapa gemari, diet Coke. Padahal dia menjangkakan Coke yang sebenar-benarnya Coke, dengan gula yang sebenarnya, namun dia mendiamkan diri sahaja, mendengarkan kata-kata Jazz yang penuh harapan.

Apabila Jazz sudah pun habis berbicara, Arissa mencuba beranikan diri untuk membuka mulutnya.

"Err... Jazz... Rasanya terlalu awal untuk letakkan harapan sebesar tu pada saya."

"Well, kita boleh cuba. Kalau you tak cuba, you takkan tau apa yang ada pada diri you. Join us, please, at least untuk 6 bulan dulu. I janji yang our team akan bagi you the best coaching sebab we see the potential that is burning in you."

Hmm...Jika Jazz bukan pengurus model, dia layak untuk menjadi seorang peguam kerana beberapa minit kemudian Arissa mendapati dirinya sedang menandatangani beberapa dokumen untuk menyertai Jazz and Tash Models. Setelah itu, Jazz berdiri, diikuti dengan Arissa, kemudian Jazz melururskan tangannya ke arah Arissa untuk bersalaman sambil berkata,"Selamat datang ke Jazz and Tash Models."

Yup. Arissa dengan rasminya sudah menjadi seorang model.


                                                                                   ***
Diam tak diam, jam sudahpun menunjukkan jam sepuluh malam dan Farizal sedang mencari teksi untuk Marsha. Sudah begitu lama dia tidak keluar bersama dengan seorang gadis -berdua- sehingga lewat malam begini dan dia mula berasa resah. Apabila dia berjaya menahankan sebuah teksi untuk Marsha, gadis itu berhenti sebentar dan menoleh ke arahnya sebelum masuk ke dalam teksi tersebut.

"Rizal, thanks sebab sudi ajar I, temankan I satu hari ni."

"You are mostly welcome. Alah, no problem okay? Yang I risau ni, okay ke you balik sorang malam-malam macam ni? Sorry, sampai tak sedar pulak time."

"Takpelah, my parents okay. You know what? I think we should do this more often."

Farizal hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Jadi... Kita jumpa kat kelas besok?"

"Ya. Thanks sekali lagi."

Marsha memasuki ke dalam perut teksi itu dan Farizal menutupkan pintunya. Kemudian, dengan satu lambaian, kelibat teksi itu pun ditelan oleh kepekatan malam.

Di dalam teksi, Marsha tersenyum sendiri. Farizal memang berbeza dari lelaki yang pernah dikenalinya yang semuanya buaya, suka mengambil kesempatan. Dengan Farizal, ia begitu berbeza. Walaupun dia pernah bertemu dengan lelaki yang lebih kaya dan tampan, ternyata Farizal begitu istimewa. Dengan gayanya yang bersahaja, rambut yang tidak kuasa dikemaskan, tanpa sengaja ia membuat lelaki itu kelihatan lebih menarik. Dia tidak memerlukan Armani Exchange atau Ralph Lauren untuk menarik perhatiannya. Sifatnya yang easygoing dan tidak berpura-pura menyenanginya.Sebab itulah Reanna pun boleh tertarik dengannya dulu.

Sedang dia mengelamun, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi untuk kali ke-7 hari itu. Dia memeriksa dan melihat 3 dari Iskandar -dia membuat keputusan untuk membiarkannya sahaja dan 4 dari Maya. Dengan senyuman seorang kanak-kanak yang baru dapat hadiah besar di hari jadinya, Marsha segera menjawab.

"Hi, May!"

"Dapat jugak akhirnya! Aku ingatkan dah kena culik dengan mamat tu!Kenapa dengan kau ni? Is called kau 3
kali kau tak jawab-jawab. Aku call sampai 4 kali baru kau angkat!"

Culik? Memang dia diculik ke alam yang indah bersama Farizal. Marsha tersenyum. Kemudian dia tertawa.

"Hey, relax! Aku okay se-okay-okay nya. Apalah kau ni, tadi aku busy sikit, belajar dengan Rizal." Dan flirting, kata Marsha dalam hati.

Suasana sepi sebentar di talian.

"Are you...Okay?" Suara Maya kedengaran curiga di hujung talian.

"Okay...Aku taulah, selama ni aku tak care sangat pasal studies aku tapi, May... Ni kan final year kita. Periksa hujung tahun pun dah nak dekat. Rugilah kalau aku main-main selalu. Kalau kau nak, kau booleh ikut sekali, belajar dengan kitorang. Farizal is a brilliant..."

"Ugh! Berhenti boleh tak! The joy in your voice disgusts me! Macam aku tak tau, kau nak 'belajar' dengan dia pun sebab kau nak flirt dengan dia kan? Jadi tak payahlah nak cakap kau pergi belajar semua sampai tak nak jawab call aku, keluar pergi salon dengan aku..." Suara Maya tiba-tiba menjadi lantang, seperti marah.

"Yang kau nak marah-marah ni pehal?" Marsha membidas kembali, membuatkan pakcik pemandu teksi itu memandangnya dari rearview mirror, transformasi dari gadis ceria ke gadis yang garang. "Okay, aku mengaku, aku memang suka dengan dia tapi so what? Sekurang-kurangnya aku dapat belajar sekali, tingkatkan diri, bukan asyik nak party, pergi salon, shopping. Satu hari aku nak grow up, tak nak harapkan harta parents aku je."

Di hujung talian, Maya tertawa sinis. "Boleh ke kau manage? Hidup kau untuk kelab, Shopping macam Lady Gaga nak pergi award show hari-hari. Forget it, honey, to me kau tetap bimbo otak lembab."

Marsha tidak sangka bahawa kawan baiknya selama 3 tahun itu sanggup berkata demikian, sedangkan Farizal yang bijak pun memberi semangat kepadanya. Ini sudah kes kata dulang paku serpih...

"Kita tengok nanti. Anyway, aku harap kau berhentilah jadi perempuan desperate tak sedar diri yang terhegeh kat Pierre. Taste dia ada Class..."

Dengan itu, Marsha menutup telefonnya dengan penuh perasaan. Urgghh. Cantik. Sekarang hari indahnya dinodai oleh satu panggilan yang tidak berbaloi.

Jika Maya ingin memutuskan persahabatan mereka, silakan. Dia sudah tidak peduli kerana mulai dari hari ini, dia ingin menjadi orang yang baru dengan semangat yang disuntik oleh Farizal. Hmm... Tidak lama lagi, dia akan memastikan bahawa lelaki itu akan berada di genggamannya.


                                                                       ***
Sudah hampir lima minit Arissa terdiam. Segala soalan yang diajukan oleh Pierre yang sedang memandu dijawab pendek atau dengan anggukan sahaja. Melihat itu, Pierre memberhentikan keretanya di satu sudut.

"Sayang..." Pierre mengambil tangan Arissa yang sedang mengelamun itu.

Sentuhan lembut itu membuatkan Arissa terkejut, sekaligus membawanya ke alam realiti dan menyedari alam kelilingnya.

"Kenapa kita berhenti kat sini?" tanya Arissa panik.

Pierre menghela nafasnya. "I berhenti pun you tak sedar. Dari tadi I cakap dengan you pun you macam tak nak layan I. What is it with you?"

Arissa menunduk dengan rasa bersalah, tidak berani memandang ke mata lelaki di hadapannya. Di sini, dia bersama seorang lelaki yang paling indah di mata wanita dan dia sedang memikirkan tentang lelaki lain. Damn you, Farizal.

"Tak... I cuma fikir, can I pull this off? Maksud I, I rasa Jazz macam letak harapan terlalu tinggi pada I. What if I don't deliver? Macam mana kalau I gagal..."

"Shh..." Pierre meletakkan jarinya di bibir mungil Arissa membuatnya terkedu sebentar. "Honey, you are the most determined girl yang pernah I jumpa sebelum ni. You are amazing, percayalah. I tak pernah nampak gadis setegar you, tak pernah give in kepada situasi yang boleh buat orang gila. You tau banyak orang yang against you tapi you tak duduk satu tempat, menangis nasib sendiri. Itulah yang buat I sayang sangat kat you."

Pada masa itu, tangan Pierre sedang mengusap rambut Arissa dengan perlahan, membuatnya gementar dan ingin lari keluar dari kereta tersebut namun dia hanya terdiam sahaja. Suhu di dalam kereta pula terasa luar biasa sejuknya namun dia mendapati dirinya berpeluh.

"Right. I tau I boleh lalui semua ni. Maksud I, kalau I boleh buat masa Passion For Fashion hari tu, kenapa tak yang lain kan?" Sengaja Arissa mempergunakan seluruh anggota badannya untuk digerakkan dengan mengusap rambutnya sendiri dan menggoyangkan tangannya sambil berbual.

"Right."

"Dan I akan buktikan pada diorang yang against I yang I'm good just to piss them off."

"That's my girl."

"Thanks, Pierre."

"No problem..." Pierre menggulung beberapa helai rambut Arissa dengan jari telunjuknya.

Ughh. Bila dia nak berhenti ni? Satu lagi sentuhan Arissa rasa dia akan mati disitu ekoran degupan jantungnya yang semakin laju.

"Okay... Hantar I balik?"

Dengan itu, Pierre tersenyum, dan mencium tangannya sebelum kembali ke steering wheel nya dan menghidupkan enjinnya. Pheww...

Sampai sahaja ke rumahnya, Arissa terus menghempaskan dirinya ke katilnya. Dia memandang ke arah sekelilingnya dengan poster band Punk di sekeliling, gitar akustik, drum stick dan papan gelungsurnya. Dia baru sahaja melangkah ke dunia baru, jauh dari kehidupan yang lama, kehidupan yang dia begitu selesa.

Arissa membayangkan dirinya pakai, berbicara dan berjalan seperti Emelyn namun itu hanya membuat perutnya seperti diikat-ikat dan ingin muntah.

Kemudian dia mula memikirkan apa yang dilihatnya siang tadi sewaktu dalam perjalanan ke pejabat Jazz and Tash. Mengapa dia harus cemburu tatkala melihat Farizal dengan Marsha, sedangkan itu haknya? Mindanya tidak dapat berhenti daripada membayangkan tawaan Farizal tadi. Tawaan seseorang yang bahagia. Setiap garis tawaannya diingatinya dari matanya yang redup hingga ke lesung pipitnya yang semakin jelas. Tawa yang dirinduinya.

Arissa memusingkan badannya ke kiri. Bagaimana dia boleh merindui orang lain sedangkan dia bersama lelaki yang lain? Dia menyikat rambutnya dengan tangannya. Dia cuba untuk fokus kepada kebaikan Pierre, kelembutannya dan sifat romantisnya namun wajah Farizal yang memandangnya dengan matanya yang redup mengesat bayangan Pierre keseluruhannya. Apakah ini rindu sebagai seorang sahabat atau sebaliknya?

'Aku harus kuat menghadapi semua ini...Tinggalkan semuanya ke belakang, berpindah ke dunia baru yang memerlukan aku melupakan Dia.'

Arissa banggun dan membuka poster-poster Punk band yang dimilikinya. Esok, dia akan mendapatkan kotak dan menyimpan semua barang-barang lamanya.

Hanya dengan membuka poster-poster yang dimana kebanyakannya mempunyai latarbelakang hitam, biliknya kelihatan lebih luas dan bersih di balik dindingnya yang dicat krim. Esok, dia akan merombak kembali almarinya dan menggantikan baju-baju  lamanya dengan baju-baju yang diberikan oleh Sara, sepupu Lee.

Nampaknya, memang dia memang harus mengucapkan selamat tinggal sneakers untuk sebenar-benarnya.


                                                                          ***
Pagi itu, Marsha bangun lebih pagi daripada biasa. Selalunya, selagi alat penggera jam di sebelah katilnya dan telefon bimbitnya berbunyi 4 kali dan akhirnya diketuk dan dijerit oleh mamanya barulah dia ingin bangun tetapi pagi ini pada waktu yang sama seperti hari-hari sebelumnya, Marsha sudah pun tercongok di hadapan meja solek, menyanyi-nyanyi kecil sambil memilih lip gloss manakah yan paling sesuai untuk mekap dan baju merah jambunya hari ini.

"Marsha! Bangun cepat! Nanti lam..."

Saat Mamanya, Puan Marina membuka pintu bilik anak manjanya itu, dia terkedu sebentar. Kemudian dia memeriksa jam tangannya, kemudian jam dindingnya. Betul...Tak rosak pun, pun begitu, dia sedang melihat anak gadisnya yang memang liat untuk bangun pagi selalu sudah hampir siap. Hairan meyapa paginya dan dia mendekati anak gadisnya yang berbau harum setelah disembur minyak wangi.

"Aik, awalnya bagun? Selaunya, selagi mama tak gertak Marsha dengan air sejuk, alamat pontenglah..."

Marsha yang sedang menyanyi kecil itu berhenti meluruskan rambutnya dengan tangan dan menoleh ke mamanya.

"Oops... Selamat Pagi, mama. Tak perasan pulak, hehe. Alah, apa salahnya? Takkanlah hari-hari nak lambat? Nanti Marsha ketinggalan kelas penting pulak."

Sekali lagi, mamanya memandangnya dengan pandangan aneh. Sejak bila pula anaknya yang paling tidak suka   bila harus ke kampus dan belajar mempunyai sifat pelajar contoh pula. Ceria sahaja untuk ke kolej. Tiba-tiba satu senyuman terukir di bibirnya.

"Haa...Ini mesti Marsha dah berbaik dengan Iskandar kan? Tak sabar nak jumpalah tu..."

"Eww... Tolong jangan sebut nama tu kat rumah ni, especially kat bilik Marsha, depan Marsha. Menyampah tau?"

Wajah ceria Marsha bertukar menjadi kesal. Mulutnya muncung, membuat rasa ingin tahu mamanya semakin membuak-buak pula.

"Habis tu, kenapa pula bangun awal-awal ni?"

"Adalah!" Marsha melewati mamanya dan turun menuju ke dapur dan mengaup sebiji epal di atas meja dan menggigitnya. Papanya,  Encik Aziz yang sedang membaca suratkhabar juga hairan melihat kemunculan anak gadisnya seawal itu, sudah bersiap. Dia memandang ke arah isterinya yang hanya mengangkat bahunya.

"Selamat pagi, Papa! Marsha pergi dululah, nak cepat pergi kolej ni."

Papanya hanya memandang ke arah anak gadisnya itu sebelum menambah, "Tak nak sarapan dulu?"

"Takpelah, bye..."

Mama dan papa Marsha hanya memandang sahaja anak gadis mereka melompat keluar ke kereta mereka seperti kanak-kanak yang gembira.

"Gembira betul anak awak tu?" Kata Encik Aziz sambil menghirup kopinya.

Puan Marina hanya tersenyum.

"Biasalah tu, budak-budak baru naik, nak jumpa si Is tulah agaknya."

Pak Aziz meletakkan suratkhabar yang belum habis dibacanya ke tepi.

"Saya tak halang hubungan Marsha dengan Is, malah saya suka sebab papa Is kawan baik saya. Tapi saya harap hubungan diorang tu tak jejaskan Marsha's academic performance."

Puan Marina terdiam. Mereka tahu bahawa anak gadis mereka memang tidak serius tentang pelajarannya. Persembahan akademiknya dari dulu pun sekadar cukup makan sahaja, tidak pernah memuaskan hati Encik Aziz.

"Salah awak jugak. Dulu dia nak ambik jurusan Fashion And Designing, awak halang. Padahal itu minat dia, sekarang dia belajar setengah hati awak nak salahkan siapa?"

"Awak tu yang suka manjakan dia. Ikut...Je kepala budak tu sampai besar kepala. Apa dia nak, awak bagi. Inilah jadinya."

Puan Marina mengerutkan dahinya.

"Dah saya sayangkan anak saya. Awak apa tau? Kerja.... je dua puluh empat jam! Lagipun selagi kita mampu, apa salahnya kita bagi apa yang dia nak? Diakan satu-satunya anak kita?"

Pak Aziz bingkas bangun dari tempatnya dan melipat suratkhabarnya.

"Sebenarnya, Marsha tu ikut perangai awak, suka sangat boros, tak tau berjimat, hargai nilai duit. Sudahlah, saya nak pergi pejabat, nak cari duit, untuk letak makanan kat meja ni," sindir Encik Aziz, membuatkan Puan Marina menjeling.

Tidak seperti dirinya yang memang dilahirkan dari keluarga yang berada, Encik Aziz yang dilahirkan dari keluarga yang sederhana, bekerja keras untuk menyandang jawatan penting di syarikat bapanya, membuatkan bapanya, begitu berkenan dengan sifat bertanggungjawab, amanah dan rajin Encik Aziz dan begitu bersetuju sekali apabila dia ingin berkahwin dengan anaknya.

Kini, anak mereka yang beruntung dilahirkan dalam sudu emas pula dimanjakan dan ditatang bagai minyak yang penuh.


Tiba di kampus, mata Marsha meliar ke kiri kanan untuk mencari Farizal. Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan Farizal, namun sudah 10 minit dia mengelilingi kampus itu namun hampa. Pesanan ringkas yang dikirimnya pun tidak terbalas. Adakah Farizal sudah tidak sudi menemuinya lagi? Paginya yang ceria sebentar tadi diruntun sedih. Sedang dia berjalan menuju ke kelas, tiba-tiba, dia merasakan tangan seorang lelaki menepuk bahunya.

Dengan tersenyum, Marsha menoleh untuk menyapa namun senyuman itu serta-merta hilang tatkala melihat pemilik tangan itu.

"You?! Apa lagi yang you nak ni?"

Sambil menjeling, Marsha melepaskan tangan milik Iskandar dengan kasar.

"I nak cakap dengan you boleh?" Iskandar mendekatkan bibirnya ke telinga Marsha. " I believe you dengan I ada unfinished business that we should be settling..."

"Business apanya? You dengan I dah tak ada apa-apa hubungan lagi okay? Kita dah putus, jadi baik you pergi sekarang jugak!"

"I nak cakap dengan you pasal kita. Ikut I sekarang juga." Tanpa persetujuan Marsha, Iskandar menarik kasar tangannya yang halus, tidak memperdulikan mata-mata yang memandang namun dia tak peduli. Mereka tiba ke tempat yang tidak mempunyai pelajar, iaitu, di bilik persalinan kelab bolasepak yang terletak agak terpencil dari kawasan kelas.

"Lepaslah, sakit tau tak!"

Bila tiba ke tempat itu, Iskandar melepaskan tangan Marsha dengan kasar hingga gadis itu hampir-hampir terjatuh. Marsha menggosok lengannya yang sudah lebam digenggam oleh tangan Iskandar yang besar dan berotot.

Tidak semena-mena, dia ditampar oleh Iskandar dengan kuat.

"Apa ni, Is?" Marsha memegang pipinya yang pedih dengan air mata yang mula bercucuran.

"Oh, sekarang ni dah pandailah keluar dengan jantan lain! You ingatkan I bodoh ke?" Iskandar menumbuk ke dinding, benar-benar di sebelah Marsha yang sedang ketakutan.

Di dalam kesakitan itu, Marsha tersenyum sinis walaupun bibirnya  merekah, meneluarkan darah.

"Memang I keluar dengan lelaki lain! You takde hak nak halang-halang I SEBAB KITA DAH PUTUS!" Marsha tertawa. "Apalah bodoh sangat I ni, keluar dengan binatang macam you!"

Mendengar itu, Iskandar menahan Marsha ke tembok dengan memegang lehernya sambil menamparnya berkali-kali.

"We. Are not over until I said so. GET IT? Ingat sikit dalam kepala otak you yang lembab tu!"

Marsha yang sudah tidak kuasa melawan hanya membiarkan sahaja dirinya ditampar dan diherdik. Dia sudah terbiasa dengan tamparan-tamparan Iskandar walaupun kali ini dirasakan sudah melampau. Baru sahaja tangan Iskandar ingin menghinggap ke pipi Marsha, badannya ditarik kasar dan wajahnya pula ditumbuk dua kali hingga pandangannya kabur sebentar.

Belum sempat dia bangun, kolar bajunya ditarik dan dia pula ditolak ke dinding. Apabila pandangannya mula  jelas, Iskandar tersenyum dan tertawa sinis.

"Oh... Cuba nak jadi hero?" Iskandar menolak tangan Farizal. Kemudian dia menarik rambut Marsha. "Hey, pompuan! Kau nak tinggalkan aku untuk dia ni ke?"

Kemudian dia menumbuk perut Farizal. Farizal bertindak dengan mengunci tangan Iskandar, sekaligus menyakitinya.

"Lelaki jenis apa kau ni? Sanggup pukul perempuan? Pegecut! Sekali lagi kau sentuh dia, mati kau aku kerjakan!"

Dengan itu, Farizal melepaskannya.

Iskandar yang sedar bahawa Farizal bukan lawannya mengalah dan berlalu namun matanya jelas mengeja dendam. Setelah itu, Farizal segera mendapatkan Marsha yang sedang duduk menangis.

"Marsha, are you okay?"

Marsha tidak menjawab, sebaliknya, dia hanya menangis sambil mengesat air matanya berkali-kali. Otak Farizal segera berputar untuk mencari akal, apa tindakan seterusnya.

First Aid Kit!

Farizal segera masuk ke dalam bilik persalinan lelaki kelab bolasepak itu dan mengambil kotak kecemasan yang sentiasa terletak di satu sudut di bilik itu. Kemudian, dengan perlahan dia menekapkan kain yang dibubuh ubat antiseptik ke bahagian wajah Marsha yang terluka. Marsha tersentak menahan sakit namun kesakitan itu tidak dapat mengatasi sakit hatinya terhadap Iskandar.

Lebih banyak air mata jatuh ke pipinya dengan rasa terharunya dengan sikap Farizal yang sanggup membantunya walaupun mungkin dia akan lambat ke kelas nanti. Melihat itu Farizal melepaskan kain itu dari kulit mulus gadis.

"Sorry...Sorry..." Bisik Farizal dengan nada memujuk. Sikapnya itu, mengingatkan Marsha kepada jururawat yang menenangkannya sewaktu dia menerima suntikan imunisasinya ketika kecil dahulu.

Saat Farizal melepaskan kain itu daripada wajahnya, Marsha memegang tangannya.

"Please...Teruskan."

Dengan penuh berhati-hati, Farizal cuba membersihkan luka di bahagian mulut gadis itu dengan cara senyapnya yang tersendiri namun ia menenangkan Marsha.

"I memang bodoh kan?" Kata Marsha tiba-tiba.

"Kenapa you cakap macam tu?"

Marsha meletakkan tangan Farizal, mengisyaratkan supaya berhenti membersihkan lukanya. Kemudian dia mengesat air matanya yang bercucuran lagi.

"Ini bukan pertama kali Is buat I macam ni. Dia tipu I, tipu duit I tapi I sanggup dengan dia selama 3 tahun. Demi cintalah kononnya. Tapi sekarang not anymore. I dah tak tahan."

"Marsha. You cantik, ceria... Banyak lelaki yang sanggup buat apa saja untuk be with you. Kalau setakat lelaki pengecut macam Is tu, you takkan rugilah."

Marsha hanya terdiam.

'I don't want just any guy, I want you!' Jerit hati Marsha namun dia hanya terdiam.

"Macam mana you boleh ada kat sini?" Tanya Marsha.

"I tertinggalkan phone I kat locker kat sini." Kata Farizal sambil membuang kain-kain bekas darah tadi.

Marsha hanya mengangguk. Oh...Tu sebablah aku text dia tak reply...

Farizal membuka locker nya dan mengambil telefon bimbitnya.

"I hantar you balik? Tapi sorry, I naik motor kalau you tak kisah..."

Motor? Kalau dia hanya mengayuh basikal pun Marsha sanggup! Marsha mengangguk sebelum berkata,"Boleh tak jangan hantar I balik dulu? I don't want my parents to see me like this..."

Farizal akur. Enjin motor dimulakan namun mereka tiada arah tujuan yang tertentu, hanya mengikut agenda yang ditakdirkan untuk mereka hari itu.

Di kelas, dua pelajar tidak hadir hari itu. Minda Arissa bergulir, bermain teka-teki sendiri, mengapa Farizal dan Marsha masih belum muncul ke kelas lagi.

No comments:

Post a Comment