Saturday, November 19, 2011

Selamat Tinggal Sneakers...22

Sambil menikmati aiskrim cokelat ditambah sekali dengan sirap cokelat, Arissa menanti reaksi daripada Lee setelah memberitahunya tentang tawaran Jazz and Tash semalam, melalui telefon. Tidak semena-mena, dia disambut oleh teriakan yang menusuk telinganya. Arissa menolak telefon bimbitnya jauh dari telinganya untuk mengelak daripada menjadi pekak.

"Hello? Rissa?"

Arissa melekapkan kembali telefon bimbitnya ke telinganya.

"Boleh tak jangan jerit kat telinga aku macam tu? Bernanah juga nanti..."

"Sorry lah, pompuan, aku cuma teruja gitu. Habis, bila kau nak start modelling ni? Tak sabarnya akuww."

"Umm... Aku belum buat keputusan. Err... Sama ada aku nak join diorang ke tak nak..."

"Apa?! Kau belum sign up lagi? Apa lagi yang kau tunggu? Jazz and Tash tu supermodel tip top yang berjaya tau tak? Susah diorang nak pilih orang masuk agency diorang tau!"

Arissa terdiam sambil menyuapkan sesudu lagi aiskrim ke mulutnya. Ketika dia bertanyakan pendapat ibunya semalam sebelum waktu tidur, ibunya tidak menghalang, tetapi dari raut wajahnya, Arissa seolah-olah dapat meneka bahawa dia tidak berapa setuju jika dia menyertainya.

"Ibu tak halang. Rissa dah besar, dah boleh fikir sendiri. Cuma, ibu harap kalau Rissa terima, jagalah diri baik-baik, jaga kehormatan diri, maruah diri, maruah keluarga. Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi," terngiang-ngiang di telinga Arissa nasihat ibunya semalam. Kemudian kata-kata Pierre pula merenangi fikirannya. Ah..Dilema.

"Lee... aku takutlah, iyalah, kau pun tau kan, aku ni tomboy!"

"Girl, apa kau nak takut? Aku kan ada? A sampai Z lah, aku tolong kau. Aku happy sangat kawan aku dapat peluang macam ni, lagipun aku terima kasih sesangat kat kau sebab tolong aku."

Arissa mengeluh. Dia tidak pasti apa yang dia inginkan kini. Mungkin dia boleh mencubanya selama 6 bulan dahulu seperti yang dijanjikan.

"Lee, aku rasa, aku nak call Jazz and Tash..."

                                                                         ***

Ketika Arissa berada di studio Lee, lelaki itu sedang mengangkat sebuah kotak yang agak besar. Arissa segera membantu mengangkatnya, namun akhirnya menjadi dia yang mengangkatnya sendiri. Bukannya berat sangat kotak itu, nampak besar sahaja. Lee yang berbadan kerimping itu mungkin tidak dapat menampung beratnya kotak itu.

"Okay, sekarang aku ada kat sini... Apa big plan yang kau cakapkan tadi?" Kata Arissa, mengeluarkan sebuku cokelat Snickers dari koceknya dan menghabiskannya hanya dengan dua suapan. Sambil itu, dia duduk di sofa sambil menggoyangkan kakinya.

Melihat itu, Lee menggelengkan kepalanya. Macam manalah gadis tomboy ini akan bertahan dengan Jazz and Tash nanti?

"Arissa, mula daripada sekarang, kau kena berubah. Kau dah tak boleh pakai baju takde kelas ni, dengan kasut apa-apa entah kau tu..."

Arissa memandang ke arah Lee kemudian ke arah pakaiannya yang merupakan hoodie Green Day pemberian Farizal untuk hari jadinya dahulu.

"Hello!! Cakap bebaik sikit eh? Hoodie ni limited edition kay, lagipun ni favourite aku."

Tidak semena-mena, Lee mendekati Arissa dan menarik salah satu belah kasut sneakers yang sedang dipakainya dan mengepitnya di antara ibu jari dan jari telunjuknya  seperti mengangkat bangkai tikus. Kemudian, layaknya seorang pemain bola keranjang NBA, dia mencampakkannya ke dalam bakul sampah.

Arissa yang terkejut dengan tindakan mendadak Lee segera bangun untuk protes.

"Oii, apa yang kau buat tu?" Tanya Arissa sambil berjalan terhincut-hincut memandangkan kasut kirinya dirampas oleh Lee dan dengan hinanya tercampak ke dalam bakul sampah.

Arissa ingin mengambil kasutnya namun hasratnya dihalang oleh Lee yang memegang kuat lengannya.

"Oi! Apa ni? Lepaslah!!!"

"Kau ingatkan aku nak biarkan je kau kutip balik kasut yang aku dah buang tu??"

Arissa menepuk tangan Lee yang memegangnya berkali-kali dengan kuat hingga merah dibuatnya namun lelaki itu menahan sakitnya.

"Aku... Nak...Kasut...Aku...BALIK!!!"

"No."

Kebetulan pada waktu yang sama makcik tukang angkat sampah pun lalu di situ. Dengan segera Lee memanggilnya kemari.

"Makcik, buang sampah-sampah kat dalam bakul tu."

Makcik tersebut menurut sahaja apabila Arissa pula yang menegah.

"Jangannnn!!!"

"Ahh...Sadap you! Makcik, buang sekarang!!"

Makcik tukang angkat sampah yang kelihatan bosan itu selamba saja menuangkan isi bakul sampah itu ke dalam plastik hitam yang lebih besar yang terletak di troli sampah untuk dikumpul. Jelas sahaja, dia lebih rela membuat pekerjaan lain yang berlambak sedang menunggunya daripada melayani konflik antara seorang lelaki lembut dan seorang gadis tomboy.

Setelah makcik tersebut pergi, Arissa mengedipkan matanya berkali-kali sebelum menyepetkan matanya dan menoleh ke arah Lee dengan marah. Tidak semena-mena, dia menepuk-nepuk bahu Lee yang kurus itu bertalu-talu.

"KENAPA KAU BUANG KASUT AKUUU!!!"

Mahu tidak mahu, terpaksa juga menahan pedihnya pukulan ganas Arissa. Setelah itu, dengan mulutnya yang muncung, gadis itu menghempaskan dirinya di sofa dan mengambil kasar senaskhah majalah fesyen dan menyelak satu-persatu halaman majalah tersebut. Lee menarik nafasnya. Susah untuk menangani gadis tomboy lagi degil ini.

"Rissa..." Kata Lee lembut.

Arissa menyembunyikan wajahnya di balik majalah yang sedang di pegangnya. Isi kandungan majalah tersebut pun bukannya menarik perhatiannya pun.

"Nur Arissa Binte Kamal!"

Kali ini, Lee merampas majalah tersebut dari tangan Arissa namun gadis itu malah membuang muka dan menjeling seperti budak sekolah berusia 15 tahun yang ditangkap kerana merokok di kawasan sekolah. Sakit benar hatinya, apabila kasut kesayangannya dibuang sebelah!

"I can't believe you actually did that!" Arissa membebel sendiri di antara dengar dan tidak.

"I can't believe you still keep, let alone wear that...Thing." Balas Lee. Dia pun sudah tidak tahu bagaimana untuk memberi nama pada "kasut" yang sudah tidak berupa kasut itu.

"Aku suka kasut tu! And it's a bloody Chuck Taylor!" Arissa mengerutkan dahinya sambil memeluk tubuhnya. Sudah tiga tahun dia memiliki kasut yang dibelinya dari duit gajinya sendiri, senang-senang saja orang membuangnya.

"Arissa..." Lee mengambil tempat di sebelah Arissa yang masih lagi dibakar api kemarahan. "Aku dengan Pierre cuma nak yang terbaik untuk kau je. Sebab tulah dia minta tolong aku untuk ubah penampilan kau, ditch sneakers, pakai heels."

Mendengar itu, mata Arissa membulat.

"Jadi, ini semua idea Pierre?"

"Err... ya... Tapi aku setuju sangatlah. Alah, aku bukannya suruh kau ubah 100%, sampai jadi orang lain, tapi kan bagus kalau kau pakai kemas sikit, feminin sikit..."

"Jadi selama ni aku selekehlah?" Sampuk Arissa, dengan wajah yang mencabar Lee untuk berani bersetuju.

"Umm...Kalau secara jujur...Iya! Maksud aku, kau kan girlfriend Pierre Laurent..."

Lee menjangkakan Arissa untuk 'menderanya' lagi namun Arissa menghela nafasnya dan menongkat dagunya dengan tapak tangannya. Kenapalah begitu sukar untuk menjadi dewasa? Apa yang diinginkannya hanyalah untuk menjadi dirinya sendiri. Buat seketika, dia mengelamun.

Lee menuju ke kotak besar tadi dan mengeluarkan beberapa helai dress hitam. Kemudian, dia mendekati Arissa.

"Rissa, dalam kotak tu semua ada baju-baju dengan kasut-kasut lama Sara. Kau masih ingat Sara? Alah, cousin aku yang style rambut kau dulu?"

Fikiran Arissa melayang ke sebuah wajah anggun yang pernah dikenalinya dahulu. Kemudian dia mengangguk.

"Aku ceritakan dia pasal kau, jadi dia cakap dia nak dan akan tolong kau." Kata Lee sambil memberikan dress hitam kepada Arissa yang tidak kuasa untuk menyambutnya pun.

Arissa menarik nafasnya. Bosan juga jika semua orang seperti memaksanya berubah. Tentang pakaiannya, tentang hobinya, tentang lagu yang didengarinya dan bahkan juga teman-teman yang dia pilih. Bukannya dia buat perkara tidak senonoh seperti mengambil dadah atau seperti sesuatu seperti itu.

Arissa mendekati kotak tersebut dan melihat apa di dalamnya. Beberapa dress, kasut dan bermcam-macam jenis pakaian terdapat di dalamnya.

"Kau tau kan, sejak kau menang semalam, err... Komen untuk Facebook kedua kau tu naik lagi?" Kata Lee dengan berhati-hati.

"Hatebook aku, maksud kau? Lantaklah, Lee. Apa aku buat pun, orang takkan puas hati dengan aku."

"Diorang cakap kau tak layak untuk menang Miss Personality tu."

"Aku tak terkejut."

"Lebih-lebih lagi jadi girlfriend Pierre. Tak layak sesangat, ada yang plan nak rampas Pierre dari kau lagi, " Lee menambah lada padi di dalam Tom Yam yang sedia panas lagi pedas.

Arissa mencekak pinggangnya dengan tangan kirinya. Menyirap juga darahnya mendengar apa yang disampaikan oleh Lee. Yelah, itu baru versi yang telah di-censored-kan, kalau versi 'raw' macam mana agaknya.

Wajah jahat Maya tiba-tiba bermain di kepala Arissa. Bukannya nak menuduh, tapi sepertinya orang yang paling layak untuk dipersalahkan ialah Maya yang sudah terang-terangan tidak pernah menyukainya, dengkikannya dan semua orang tahu bahawa dia memang memasang angan-angan untuk menjadi kekasih Pierre. Tidak sudah-sudah rupanya gadis itu untuk menjatuhkannya. Dia pasti sudah menghasutkan banyak orang untuk membencinya.

"You know what? Kalau diorang nak main kotor, challenge accepted!" Kata Arissa sambil mencengkam beberapa dress hitam ditangannya. "Lee Aku rasa aku dah ready untuk challenge ni!"

"That's my girl! Kita tunjukkan siapa real queen, siapa yang perasan!" Lee memberi semangat kepada Arissa yang sedang berkobar-kobar.

Kali ini Arissa bertekad untuk berubah 100%.  Jika mereka iri terhadapnya, dia akan memastikan mereka akan tercekik air ludah sendiri tika ingin mengumpat tentangnya.


                                                                                 ***
Pagi itu, Pierre tidak jemu-jemu memandang kekasihnya yang memakai dress putih berlengan pendek yang ketat di bahagian pinggang namun mengalir bebas di hingga ke bawah lutut. Dengan tema romantic look, Arissa pergi ke kampus hari itu, dihantar oleh Pierre.

"Kenapa you asyik pandang I je?" Tanya Arissa walaupun dia sudah tahu sebabnya. Pun begitu, dia masih kekok dengan penampilan barunya.

Pierre hanya memandangnya tanpa kata buat seketika. Kemudian dia tersenyum sambil memegang pipi gadis itu.

"Sebab I tak nak miss even a second of looking at you."

Mendengar itu Arissa tersenyum dan berpaling untuk pergi namun tangannya ditarik oleh Pierre. Walaupun dia  tidak suka akan ayat-ayat manis seperti itu, namun fikirnya tiada salahnya jika seorang gadis menerima kata-kata manis untuk sekali-kala. Ia membuat dirinya rasa dihargai. Selama ini kenalan-kenalannya yang kebanyakannya lelaki pun berbicara kepadanya seperti berbicara dengan seorang lelaki, jadi bila dilayan seperti cupcake yang dihiasi ceri diatas, adalalah satu pengalaman yang begitu baru dan asing baginya.

"Pierre, come on, kelas dah nak start and kelas you kat tingkat dua kan?"

"Boleh tak kalau I stay dengan you je?"

Arissa menggelengkan kepalanya namun masih tersenyum. Beberapa mata hijau sudah menancap ke arah mereka, namun Arissa tidak peduli lagi, malah puas hatinya. Sekarang siapa yang desperate?

"Tak boleh, sebab kelas kita lain!"

"Kalau macam tu can I at least send you sampai kat depan kelas you?" Pierre memberikan senyumannya yang paling manis.

Pada saat itu juga Maya dan Marsha melewati di hadapan mereka. Melihat aksi mereka berdua, Maya kelihatan seperti baru tertelan cicak hidup. Melihat mereka, Arissa sengaja mengibas rambutnya sambil tersenyum palsu ke arah mereka walaupun rasa macam nak cakar-cakar wajah mereka ekoran membaca apa yang mereka tulis di 'Hatebook' nya semalam.

"Hai, Maya-Marsha, baru datang ke?"

"Tak kitorang dah nak balik, kelas kan baru habis!" Jawab Marsha sambil membalas senyuman palsu yang diberikan oleh Arissa. Maya pula muka semakin membiru, tidak dapat bernafas kerana dicekik rasa cemburu.

"Bagusnya kalau kita boleh cepatkan masa jadi I boleh sentiasa ada dengan my sugar-coated-sweetie-honey-pie," kata Pierre sambil mengepit lembut hidung Arissa yang cuba mengelak.

Melihat itu, nafas Maya tersekat-sekat.

"Maya, are you okay?" Tanya Pierre dengan penuh keprihatinan.

"Omigosh, Maya, kenapa? Is it your asthma again?"

"Ermm, kita pergi dululah, I takut lambat. Maya, bawak-bawaklah mengucap yer? See you." Dengan itu, Arissa menarik tangan Pierre untuk berlalu dari situ. Maya tu tak lain mengada-ngadalah, nak cari perhatian.

Sementara itu, Marsha sedang berusaha mencari inhaler Maya.

"Eee...! Geramnya aku!!! Sengajalah tu nak geramkan aku!!" Kata Maya sambil mengipas dirinya.

"Aik? Kau dah baik?" Marsha yang kelam-kabut mencari inhaler temannya itu berhenti pencariannya dengan wajah yang bingung.

"Aku mana ada semput lagi, tu aku cerita masa aku sekolah rendah dululah. Aku sesak nafas sebab aku geram tengok diorang tu, tak tahan kau tak? Lebih-lebih lagi bila dia pura-pura nak buat baik dengan kita. Aku macam nak hentak muka dia kat tembok jer," Kata Maya dengan penuh perasan yang berbaur antara marah dan cemburu. Sudahlah dia merampas lelaki idamannya, nak berlagak dan menunjuk-nunjuk pula di hadapannya. Hati siapa yang tak panas?

"Aku nak tengok, berapa lama diorang tu akan bertahan! Kalau setakat tomboy selekeh macam tu, alamatnya buat main-main jelah." Maya menjeling sambil mengibaskan rambutnya.

Marsha terdiam. Lantaklah. Janji perempuan itu sudah tidak selalu dengan Farizal seperti belangkas sudahlah. Dengan putusnya persahabatan antara mereka, ada peluang baginya untuk mendekati Farizal yang sudah lama diminatinya itu.

Ahh... begitu hari menyebelahinya hari itu kerana tiba-tiba sesusuk tubuh yang tegap pun kelihatan.

"Hey, good morning, Rizal!" tegur Marsha, sementara Maya memandangnya dengan pandangan aneh.

Rizal yang tidak mempunyai mood langsung untuk beramah mesra apalagi tegur-menegur pagi itu hanya memberikan senyuman malas pada gadis ceria itu. Kemudian dia berlalu melewati mereka begitu sahaja, membuatkan Marsha terlopong sebentar.

"Did he just..." Kata Marsha dengan mengedipkan matanya berkali-kali.

"Yes, honey, walked pass through us without any flicker of interest," jawab Maya dengan anggukan kepalanya.

Tidak puas hati, Marsha lari mengejar Farizal, membuat Maya terkejut melihat begitu nekadnya niat teman baiknya itu. Dahulu, tidak pula dia beriya-iya seperti sekarang ini.

"Farizal!"

Farizal menoleh, dan menunggu apa yang ingin dikatakan oleh gadis cantik yang sedang mengejarnya itu.

"Rizal...ujian minggu lepas tu you dapat markah paling tinggi kan?" tanya Marsha, diikuti oleh anggukan oleh Farizal. "Ujian hari tu I failed. You rasa boleh tak, petang nanti ke kita adakan study group. I betul-betul tak fahamlah topik tu. Kalau you tak keberatan, I nak you ajar sikit boleh? Parents I dah bisinglah..."

Farizal terdiam seketika sementara Marsha pula menunggu jawapannya dengan harapan. Farizal mula berfikir, apa salahnya? Lagipun peperiksaan penting akhir tahun pun semakin dekat. Daripada dia membuang masa bermain bola atau mengelamun tentang Arissa, ada juga faedahnya dia menyertai study group yang dimaksudkan itu. Dengan itu, Farizal tersenyum.

"Boleh, apa salahnya. Siapa lagi yang ikut study group tu?"

Marsha terkedu sebentar. Inilah yang dia tak berapa tau nak jawab sebab kenyataannya acara belajar secara berkumpulan itu baru diwujudkan olehnya seminit yang lalu.

"Err...adalah. Maya, I, you..."

"You okay tak, kalau I nak ajak Amir sekali?"

'laa... Dia nak bawak si bapak gajah tu pulak! Lantaklah, janji dekat dengan dia selalu,' bisik hati Marsha.

"Okay... Nanti lepas kelas, tunggu I kat kafe, kay?"

Farizal hanya mengangguk kemudian dia berlalu dari situ, sementara mata Marsha masih tertumpu kepadanya dengan penuh perasaan.

"Hoi, perempuan!"

Tepukan agak kuat dari Maya di bahunya membuat mimpi seminitnya terhenti mendadak. Padahal dia sedang berangan-angan tentang bagaimana mesranya mereka waktu bertemu nanti. Marsha berhasrat untuk membuat persahabatannya dengan Farizal semakin akrab lagi yang kemudiannya berubah menjadi cinta...

"Apalah kau ni! Err... Maya...sekejap lagi aku tak boleh temankan kau pergi salon lah. Ada hal sikit." Kata Marsha dengan senyuman yang penuh bermakna.

Mendengar itu, Maya mengerutkan dahinya.

"Hah?! Alah... Teman akulah. Penting tau untuk aku pergi salon tu hari ni! Dah book untuk dua orang lagi! Rambut aku ni dah urgently needs treatment!" Maya merengek sambil menggoyangkan bahunya.

"Alah, kau pergilah sendiri! Aku ada misi penting ni!"

"Penting mendenya? Ni tak bukan nak menggatal dengan si Farizal takder standard tu lah. Eleh, kalau setakat Farizal tu, berlambaklah kat luar sana nak terhegeh-hegehkan kita!" Kata Maya membuatkan Marsha menjadi marah.

"Hey, kalau kau tak suka tu tak payahlah nak hina-hina! At least, Rizal tu mature, pandai tak macam si Iskandar tu. Harapkan modal kaya dengan handsome je. Perangai hancur!"

Iskandar adalah bekas teman lelaki Marsha yang baru putus dengannya. Walaupun Iskandar datang dari keluarga yang berada, dia gemar 'meminjam' wang dari Marsha dengan mereka bermacam cerita-cerita asalkan dia dapat apa yang dia mahukan. Sudah beratus juga duit yang dipinjamkan oleh Marsha namun jangankan kata separuh, suku pun belum habis dilunaskannya, tapi oleh kerana atas nama cinta, selalu saja Marsha menutup sebelah mata.

Namun, madu yang diberikan dibalas dengan racun. Betapa hancurnya hatinya apabila mendapat tahu bahawa wang yang diberikannya itu sebenarnya disalurkan untuk memudahkan Iskandar berfoya-foya dengan gadis-gadis lain, belanjakan mereka itu dan ini sementara poketnya pula yang berlubang. Hingga kini Marsha masih belum memaafkannya.

"Babe, kau betul-betul ke nak putuskan dia? Dia kan dah minta maaf, siap janji tak nak buat lagi. Rugi tau, putus dengan dia, bakal pengerusi syarikat bapak dia tu!" Maya tidak setuju teman baiknya itu ingin meninggalkan Iskandar yang lahir dari sudu emas untuk Farizal yang langsung tiada kelas. Imej buruk untuk 'social circle' nya.

"Janji? Janji apa? Janji seposen tu adalah. Hutang-hutang aku tu dia tak mampu nak bayar lagi nak cakap  lebih. Honey, trust me on this. Lelaki macam Is tu takkan berubah walaupun tsunami plus gunung berapi plus banjir-kilat-taufan kat depan mata dia! Tak cukup harta mak bapak dia, dia makan, duit aku pun dia nak kikis. Sorry, but I have had enough. Once a cheater, always a cheater."

Mendengar itu, Maya menghela nafas yang panjang.

"Sha. Kalau lelaki yang kaya macam Is tu kaki kikis, apalagi kalau lelaki yang pokai macam si Farizal tu?"

"Farizal tak macam tu. Dia earn duit dia sendiri dengan kerja part time, bukan brat macam Is, buka mulut tunggu orang suap. Dahlah, May, kalau kau nak convince aku untuk balik dengan Is atau lupakan Rizal, then  forget it, because that's not gonna happen."

Dengan itu, Marsha terus meninggalkan temannya itu. Maya hanya perhatikan saja langkah Marsha sambil menggelengkan kepalanya. Kepalanya sudah berputar mencari idea supaya:

1.Arissa berpisah dengan Pierre supaya dia dapat menjadi milik lelaki itu,
2.Arissa 'kembali' kepada Farizal supaya teman baiknya tidak dapat jadikan lelaki itu sebagai kekasihnya.

Satu idea timbul di benak jahat gadis itu, namun dia memerlukan pertolongan...


Ketika Farizal ingin melangkah ke dalam kelasnya, hatinya seperti disentap dengan kuat tatkala melihat Pierre dan Arissa yang sudah berubah gaya berpegangan tangan di depan pintu kelas. Saat yang janggal tatkala dia ingin melangkah masuk ke kelas. Melihat kehadiran Farizal, dengan segera Arissa melepaskan genggamannya dari tangan Pierre sambil menyelitkan rambutnya ke belakang telinga.

"Ermm...Okay, nanti lepas kelas kita jumpalah. I masuk kelas dululah." Entah mengapa, matanya tidak berani untuk memandang Farizal.

"Okay, sayang." Pierre mengusap rambut gadis itu namun entah mengapa Arissa berharap Pierre tidak melakukan itu.

Setelah kepergian Arissa, Pierre memberikan senyuman tanda kemenangan kepada Farizal dengan angkuh namun Farizal hanya terdiam. Apa lagi yang harus dia katakan? Sudah jelas-jelas dia tewas di tangan pemuda kacukan anak orang berada. Kalau ingin dibandingkan dengannya...Farizal mengeluh di dalam hati. Lagipun tadi dia lihat betapa bercahayanya wajah Arissa yang disimbahi kebahagiaan.

'Arissa... Kalau inilah yang kau inginkan, aku harap kau bahagia...' kata Farizal di dalam hati sebelum masuk ke kelas, dengan cuba mengelak daripada memandang dari gadis yang begitu didambakannya.

Di dalam kelas, dada Arissa berdebar-debar saat Farizal melewati tempatnya. Bau cologne Adidas yang sangat dikenalinya menyapa hidungnya. Bayangan-bayangan memori indah mereka mula menganggu kesedarannya sehinggakan dia tidak sedar satu senyuman terukir di bibirnya.

"Wah... Ms Personality! Tersenyum sendiri nampak?"

Teguran teman sekelasnya itu membuatkan Arissa tersentak, sekaligus mematikan lamunannya. Di hadapannya ada beberapa teman sekelasnya yang sedang memandangnya sambil tersenyum.

"Congrats yer? Untung kau eh, dapat boyfriend handsome, menang Ms Personality lagi! Ni sekarang aku tengok pun penampilan pun dah berubah," puji salah satu daripada mereka namun Arissa masih bingung untuk berkata apa-apa. Semakin lama, semakin ramai pula yang datang untuk mengucapkan tahniah kepadanya.

"Err...Oh ya..." tiba-tiba Arissa sedar kembali di mana dia berada sekarang. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Farizal yang kelihatannya seperti tidak peduli akan kekecohan tersebut. "Thanks... Aku pun tak sangka, iyalah, korang pun tau aku model untuk tolong Lee je."

"Aku bangga tau! Masa tengok TV hari tu, aku bilang family aku yang kau classmate aku tau!"

Tiba-tiba begitu banyak orang yang mengaku kawan dengannya semenjak dia memegang Ms Personality. Pun begitu dia juga sedar musuhnya sudah bertambah. Heh. Lantaklah, yang pasti orang akan memandangnya dengan pandangan yang berbeza sejak hari ini.



                                                                                 ***

Pada waktu rehat, Arissa terpaksa duduk bersendirian apabila dia menerima pesanan ringkas daripada Pierre yang mengatakan bahawa dia tidak menemaninya kerana mempunyai pertemuan pasukan bola keranjangnya. Ditemani minumannya, dia mengeluh saat melihat sekumpulan pelajar lelaki yang berkemungkinan besar sedang menuju ke padang bola dengan bolasepak di tangan salah satu daripada mereka. Alangkah baiknya jika dia dapat menyertai mereka...

"Hai! Sorang je ke?"

Suara seorang gadis yang dikenalinya membuatnya menoleh dan gementar, apalagi tatkala melihat dia sedang mengambil tempat di sebelahnya, diikuti dengan geng-geng siapa lagi- PPG nyalah. Berbeza dengan selalu, 'Cip' PPG, iaitu Emelyn memberikan senyuman kepadanya.

"Umm...Yeah...Pierre...Dia, sibuk dengan Cougars. Er...You guys tak makan ke?" Pada saat itu, Arissa berasa begitu janggal berada di kalangan ahli-ahli PPG, lebih-lebih lagi Emelyn, bekas kekasih Pierre. Yang menghairankannya, semenjak dua ini, baik pula gadis itu terhadapnya, padahal ada perkhabaran angin yang mengatakan bahawa Emelyn ingin kembali kepada Pierre. Jangan-jangan...

"Makan? Honey, we are models, jadi kitorang mestilah jaga badan. Kitorang tengah on diet." Kata Emelyn, membuatkan Arissa diam-diam membuang pembalut cokelat yang dipegangnya di bawah meja dan menendangnya jauh-jauh. "So, I dengar Jazz and Tash offered you untuk join kitorang kat agency tu?"

Oh. Jadi Emelyn and gang sudah lama bernaung di bawah Jazz and Tash...

"Oh, ya... Sekejap lagi I ada interview dengan diorang. Erm...Diorang tu... Macamana? " Arissa meluahkan resahnya kepada mereka.

Dengan skirt singkatnya, Emelyn menyilangkan kakinya yang panjang, membuat tengkuk-tengkuk pelajar lelaki yang gatal menoleh dan menikmati pameran percuma itu. Arissa tidak menyalahkan mereka pun kerana kini matanya pun tidak dapat terlepas daripada pehanya yang kini terdedah.

"Oh, diorang, okay. No worries." Kata Emelyn sambil mengibas rambutnya seperti seorang model untuk iklan syampu. Dengan sempurnanya, rambutnya melayang, menuruti auranya yang mempersonakan. Di dalam hatinya, Arissa mengeluh. Begitu sempurnanya gadis di hadapannya, bagaimana mungkin dirinya boleh menjadi sepertinya. Gadis seperti itulah yang layak digandingkan dengan Pierre.

"Tapi I mesti warn you, Jazz tu tegas sikit. Tash lebih lembut," sampuk Reanna yang dari tadi hanya mendiamkan diri sahaja.

Di dalam hati, Arissa mula meragui langkahnya sendiri. Bagaimana jika keputusannya hanya kan memalukan dirinya sendiri sahaja? Memang pada zahirnya dia boleh berubah tetapi bagaimana dengan dalamannya? Dia bukanlah gadis feminin yang dengan sukarela bersolek. Hatinya pun kini sedang memberontak untuk menendang jauh kasut bertumit tingginya jauh-jauh dan bermain bola tapi gadis yang feminin tidak bermain bola atau papan gelungsur, bukan?

Melihat keresahan Arissa, Emelyn meletakkan tangannya yang dirasakan oleh Arissa bertulang di bahunya seperti seorang sahabat karib.

"Alah, relax okay? Nanti, you can count on us kalau-kalau you ada masalah. Kitorang akan sentiasa berada dengan you when you need it," pujuk Emelyn dengan senyuman.

Kata-kata Emelyn membuat Arissa tersenyum lega. Memang selama ini dia sudah tersalah anggap pada gadis yang selalu dianggap sombong itu. Walaupun kini dirinya sedang bercinta dengan bekas kekasihnya dan mula membina hidup baru, Emelyn mahu membantunya menyesuaikan diri.

"Thanks you guys. Banyak yang I kena belajar, iyalah, I masih baru dalam hal macam ni..."

"Oh, no worries. We're gonna be friends. Best friends..." Kata Emelyn sambil mengibas rambutnya lagi sambil tersenyum menunjukkan giginya yang putih dan sempurna.

Semakin lama, Arissa sudah mesra sedikit dengan mereka walaupun dia lebih banyak mendengar daripada berkata. Maklumlah, topik yang dibicarakan oleh mereka semua begitu asing untuknya...Topik yang agak 'girly' buatnya, tidak kurang juga gosip-gosip hangat...

"Riss, weekend ni, you overnight lah kat rumah I. I ada set mani-pedi yang I boleh tunjuk you." Kata Emelyn tiba-tiba.

"Omigosh, Em! I agree! The last time we had a slumber party was ages ago! I'm so on it!" Kata Reanna pula.

Slumber Party? Bukankah ia untuk anak-anak gadis 12 tahun?

"I know right? We girls dah lama tak bond, semua dengan hal masing-masing, you know, modelling, boyfriends... So girls... Make yourselves available this weekend. Boleh kita berkenalan dengan lebih rapat lagi, our new BFF..." Emelyn memeluk Arissa yang kebingungan.

Dirinya? BFF mereka? Arissa tidak tahu perasaannya ketika itu. Ahli PPG...Err...Maksudnya Emelyn and the girls adalah sekelompok popular dan tercantik di kampus itu, bergaul dengan pelajar-pelajar tertentu sahaja. Dahulu dirinya begitu benci dengan mereka, kini dirinya akan menjadi sebahagian daripada dirinya. Adakah ia adalah satu perkara yang baik atau buruk?

"Jadi...Slumber party orang selalu buat apa...?" Dengan bodohnya, Arissa bertanyakan soalan itu kepada mereka.

"Ohh... you know...The girly stuffs...Mani-pedi, DYI beauty remedies, gossips... You mesti enjoy. Please say yang you akan join kitorang?" Kata Reanna dengan bersungguh-sungguh.

Kedengaran seperti membosankan namun Arissa memaksakan diri untuk senyum walaupun dia tersangat-sangatlah ingin menolaknya. Mereka pula sepertinya bersungguh-sungguh ingin dia menyertai mereka, jika dia menolaknya, nanti dicap sombong pula. Dia benar-benar berada di dalam situasi 'harus-kata-iya'.

Kini mata-mata gadis itu semua sedang memandangnya, menunggu jawapan darinya.

"Err...Ya...Kenapa tidak?" Jawab Arissa dengan tawaan yang gementar.

"Cool. Nanti I text you alamat I. By the way, I tak tau pun number you?"

Dengan itu, bermulalah acara tukar-menukar nombor telefon antara gadis-gadis itu.

"Okay, jangan lupa, besties! Kita semua akan party! Party! Party! This weekend!!" Kata Emelyn dengan menggoyangkan pinggulnya gaya cheerleader.

Besties? Hmm...

No comments:

Post a Comment