Pagi itu, Arissa memakai pumps yang tinggi dan Little Black Dress (LBD) dan berjalan dengan penuh keyakinan. Dia tidak pernah rasa begitu seksi dengan dandanan smoky eyes dan rambutnya yang bergelombang.
Sedang dia berjalan, ramai lelaki yang mengaguminya termasuklah...
"Arissa..."
Pierre tersenyum seksi sambil memandangnya dari atas ke bawah. Arissa mendekatinya sementara gadis-gadis yang selama ini dengki dengannya memandangnya dengan iri. Setelah itu, Pierre merangkul tubuhnya dan mendekatkan wajahnya ke wajahnya. Mulut mereka hanya seinci sahaja daripada mulut masing-masing...
'PAP!'
Dengan satu hentakan di meja, Arissa terbangun. Hilang wajah Pierre yang seksi, malah wajah bengis Encik Imran pensyarahnya pula yang merenung ke arahnya.
"Mimpi indah nampak?" Kata Encik Imran.
Tau Takpe.
"Err... Sorry Encik Imran." Arissa segera membetulkan rambutnya dan duduk dengan lurus seperti diukur oleh pembaris.
Di belakang dia dapat mendengar tawa sinis Maya dan Marsha yang gedik. Malu... Arissa menghela nafasnya. Ini gara-gara menonton set DVD 'America's Next Top Model' yang diberikan oleh Lee hingga lewat malam semalam.
Arissa menahan geram di dalam hati. Oh... Nak main kasar... Takpe... tengoklah nanti jika dia memenangi pertandingan Passion For Fashion nanti. Sekarang ini semua orang memandangnya seperti satu gurauan. Pun begitu bayangan mimpi tadi tidak lekang dari ingatannya. Mengapa pula dia memimpikan Pierre? Lebih tepat lagi, mimpi ingin Eee... Tak dapat Arissa membayangkannya!
Sejak Farizal sudah jauh dari darinya, hatinya mudah distracted. Arissa bermain-main dengan pensel di tangannya tanpa memberi perhatian ke kelas. Sejak insiden ciuman semingu yang lepas itu, Pierre sudah tidak 'menganggunya' lagi. Tiba-tiba rindu pula...He he.
Mengenangkan gelagat Pierre membuatkannya tersenyum sendiri. Kenapalah dia begitu kasar dengan Pierre?THE Pierre Laurent. Bagaimana jika lelaki itu bersungguh-sungguh menyukainya? Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Lee yang menyatakan bahawa sejak lelaki itu 'mengejarnya' sudah jarang kelihatan dia bersama gadis-gadis lain, seperti dahulu.
"Arissa, tolong ulangi apa yang saya baru katakan tadi?" Kata Encik Imran tiba-tiba.
Arissa menghapuskan senyumannya dengan segera. Alamak, jelas-jelas dia tidak mengikuti syarahan tadi.
"Err...'Arissa, tolong ulangi apa yang saya katakan tadi...?' " Ekoran terdesak, Arissa katakan saja apa yang dapat ditangkapnya. Encik Imran jelas-jelas tidak dapat menangkap lawaknya.
"Awak ingatkan ni Sitcom? Awak nak saya layan awak macam budak sekolah rendah? Baik, saya nak awak tulis 100 barisan 'I will not dream during lessons' di papan tulis ini bila bunyi bel waktu terakhir nanti." Dengan itu, Encik Imran meneruskan ajarannya, tidak memberikan kesempatan bagi Arissa mengatakan sesuatu.
Cantik. Sepanjang kelas, Arissa cuba untuk menumpukan kepada kelas tetapi bisikan-bisikan sinis tetap mengganggu kosentrasinya.
Saat bel waktu terakhir berbunyi, Arissa mula menulis barisan-barisan tersebut di papan tulis sementara pelajar yang lain semua bergegas keluar.
"Arissa, saya akan keluar sekejap, nanti saya datang balik," kata Encik Imran sebelum pergi.
Arissa memulakan barisan pertama apabila dia diganggu oleh siapa lagi, kalau bukan mereka yang iri kepadanya.
"Eh, stop! Bukan ke lebih tepat kalau kau tulis 'I will not be conceited during lesson' atau 'saya takkan perasan masa dalam pelajaran.' Tu, aku dah tolong kau, tulislah, tulis. Sama-sama." Kata Marsha diiringi oleh tawaan ala-ala nenek kebayan olehnya dan juga Maya sebelum mereka berlalu keluar.
Arissa hanya menjeling ke arah mereka, tiba-tiba matanya terpandang Farizal yang memalingkan wajahnya dan pergi dengan segera. Tindakannya itu membuatkannya terkilan. Kemudian, bunyi pula guruh diiringi dengan angin kencang menambahkan lagi birunya hatinya kini.
"Thanks alot!" Kata Arissa dengan kuat kepada bilik yang kosong itu. Sebentar lagi pasti hujan, benar-benar melambangkan harinya yang begitu kelam. Setelah dalam 20 minit menulis, tangan Arissa mula lenguh. Dia berhenti sebentar sambil menggoncang tangannya. Mana pula Encik Imran? Sudahlah menyusahkan orang! Sakit betul hatinya dikenakan hukuman begini, padahal, bukannya dia seorang sahaja yang tidak memberi perhatian semasa kelas.
"Psst."
Mendengar itu, Arissa menoleh ke arah suara itu, namun tiada seorang pun di permukaan pintu. Setelah itu, Arissa meneruskan tulisannya itu tiba-tiba...
"Psst...Psst...Arissa."
Kali ini ada seseorang membisikkan namanya. Bunyi guruh, rintikan hujan yang semakin lebat serta deruan angin yang mendinginkan menambahkan suasana yang sedia menyeramkan.
"Oi jangan main-mainlah!"
"Psst...Psst..."
Arissa mendengus marah. Ini mesti adalah yang ingin membuatnya takut. Arissa mengambil penyapu yang terletak di satu sudut dan bersedia untuk berdepan dengan sesiapa yang mengganggunya, baik orang ataupun hantu.
"Psst... Arissa."
Arissa bersembunyi dahulu sebelum menerjah ke permukaan pintu dan bersedia untuk serang. Baru sahaja Arissa hendak memukul dengan penyapu tersebut, dia terhenti apabila melihat Pierre yang sedang mempertahankan dirinya daripada dipukul.
"Pierre?"
"Sorry. Ermm... "
Tidak cukup dengan harinya yang begitu tidak indah, tambah satu lagi malaun yang ingin merosakkan moodnya. Dia inilah punca kerosakan harinya, (walaupun melalui mimpi).
"Kau rupanya yang cuba nak takut-takutkan aku?"
"Apa? Taklah. Kenapa, you takut ke?"
"Tak. Habis apa-yang bisik-bisik nama aku tadi?"
Pierre mengangkat bahunya. "Saja."
Arissa menggelengkan kepalanya dan menyambung kembali penulisannya. Pierre mengambil tempat di sebuah bangku di hadapan papan tulis.
"I will not dream during lessons. Wow, you mimpi apa? Mimpikan I?" Kata Pierre yang membaca tulisan di papan tulis itu.
Arissa menggulingakn matanya. Kemudian dia berhenti menulis dan menoleh ke arah Pierre.
"Memang mimpikan kau pun. Aku mimpi cara-cara supaya kau lenyap dari pandangan aku. Sekarang, kalau kau baik hati, cuba buat supaya mimpi aku jadi kenyataan." Arissa memberikan senyum palsu.
"No can do, sugar." Kata Pierre sambil tersenyum. Arissa menarik nafasnya dan kembali menyambung tulisannya.
"Ni macam mana kau boleh tau aku masih kat sini?"
"Of course I tau! I tau you suka Man-U, you suka skateboard, bola, striker team kampus kita, baju nombor 5..."
"Okay,okay... stop! This is getting creepy. Kau stalk aku ke apa?"
Pierre hanya mengangkat keningnya. Memang pun selama ini dia 'belajar' tentang Arissa melalui kamus berjalannya, Hakim.
"Kenapa? Tak salah kan?"
Tak salah kepala otak dia!
"Gila!"
"Macam I cakap dulu, I memang gilakan you."
"Boleh tolong aku tak? Tolong. Stop. Kacau. Aku. Lagi. Ee... Aku tak fahamlah, kenapa kau... Nak sangat dengan aku? Bukankah banyak perempuan-perempuan yang dengan rela hati nakkan kau?" Kata Arissa.
Pierre bangun dari tempat duduknya dan mendekati Arissa.
"Diorang tak sama. You are special."
"Tak nampak bezanya pun. Okay, besides me being a little tomboyish... Aku tak nampak macam mana aku ni special..." Dada Arissa mula berdebar-debar lagi. Pierre memang suka membuatnya lemah. Lama-lama mati dek kerana serangan jantung juga!
"Your smile." Kata Pierre.
"Cliche..." Kata Arissa sambil menggelengkan kepalanya. Harus segera keluar dari sini!
"Your eyes..."
"Oh, come on... Kalau nak flirt pun, kreatiflah sikit!"
"Arissa. I tau, kita ada perasaan yang sama. Ingat tak masa kat kafe hari tu, masa kita saling berpandangan... Didn't you felt it?"
Pierre memandang mata Arissa. Perasaan itu datang lagi, dan Arissa tidak dapat mengelaknya. Perasaan itu semakin kuat mengejar kesedarannya. Dia tidak dapat menuturkan walaupun sepatah kata.
"Rasa? Rasa apa?" Arissa cuba tertawa namun di kedengaran semakin gementar.
"Cinta."
"Apa?" Dada Arissa semakin kencang berdebar. Mati juga dia kini! "Jangan nak merepeklah, aku tak mungkin..."
Pierre meletakkan jari telunjuknya di bibir Arissa. Kemudian dia memegang tangan Arissa.
Biar betul.
"Sekarang, beritahu I, pandang mata I dan beritahu I, do you love me?"
Arissa cuma menunduk sahaja, tidak berani memandang mata Pierre kerana takut matanya akan mengkhianatinya.
"Arissa... I know it. Sampai bila you nak suruh I tunggu?"
Tiba-tiba, Farizal masuk ke dalam kelas itu dan menyaksikan babak-babak tersebut. Arissa melepaskan tangannya dengan segera, sementara Farizal buat-buat tak nampak dan segera menuju ke mejanya dan segera mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di bawah meja.
Suasana janggal sebentar saat matanya terpandang Arissa yang kelihatan kerisauan. Kemudian, tanpa sepatah kata, dia meninggalkan mereka sebelum hatinya semakin hancur. Arissa termangu. Sudah pasti Farizal mempunyai sangkaan yang salah daripada apa yang dilihatnya tadi.
Alamak.
Arissa meninggalkan kelas itu dan juga Pierre untuk mengejar Farizal.
"It's not what you think!" kata Arissa kepada Farizal yang berada di hadapannya.
Farizal berhenti melangkah, namun tidak menoleh.
"Fikir apa? Aku tak fikir apa-apa?"
"Apa yang kau nampak tadi..."
"Aku tak nampak apa-apa."
"Tadi aku dengan..."
"AKU CAKAP AKU TAK NAMPAK APA-APA! Lagipun apa yang kau nak buat dengan...Dia, lantaklah, bukan hal aku pun!"
Arissa mendekati Farizal dan menumbuk bahunya.
"Eh, at least bagilah aku explain! Aku geram tau dengan kau! Dah nak dekat seminggu kau tak nak berbual dengan aku, kau ni pehal hah?" Arissa menolak kasar bahu Farizal. Tanpa peduli, Farizal pergi tanpa kata apa-apa lagi.
Arissa ditinggalkan begitu sahaja.
Dari dalam kelas, Pierre melihat mereka dari jauh. Pelik. Jika benar mereka hanya bersahabat seperti mereka kata, mengapa Farizal kelihatan begitu cemburu sementara Arissa pula beriya-iya ingin meyakinkan Farizal bahawa mereka tidak ada hubungan? Jika benar mereka mempunyai perasaan terhadap masing-masing, dia harus segera bertindak.
Deringan telefon bimbitnya menyedarkan Arissa daripada rasa terkejutnya. Dia memeriksa telefon bimbitnya dan menerima SMS dari Encik Imran.
'Arissa, saya ada mesyuarat sekarang. Awak boleh balik sekarang.'
Arissa segera masuk semula ke dalam kelasnya, buat bodoh dengan kehadiran Pierre dan mengemas semua barang-barangnya. Hari ini memang hari paling teruk sekali yang dialaminya.
Dia selalunya tegar namun pada saat itu dia tidak dapat menahan tangisnya. Antara sedih dan marah, dia mengemas barang-barangnya sambil mengesat air matanya dengan kasar.
'AKU CAKAP AKU TAK NAMPAK APA-APA! Lagipun, apa kau nak buat dengan...Dia, lantaklah, bukan hal aku pun!'
Terngiang-ngiang di telinga, kata-kata Farizal yang dingin terhadapnya. Ia seperti dia sudah tIdak peduli seperti selalu.
"Arissa, are you okay?"
"GET AWAY FROM ME! Ini semua pasal kau tau tak?! Just get out of my life!" Arissa menolak bahu Pierre dan pergi dari kelas itu. Pierre hanya memandang Arissa dari jauh.
A damsel in distress needs a hero and I'm already in a shiny armour...
Pierre tersenyum sendiri. Kedinginan Farizal terhadap Arissa hanya memudahkan kerjanya. Operasi 'dapatkan Arissa' bermula kini.
***
Farizal membasuh mukanya berkali-kali. Pengecut! Memang dia cemburu melihat adegan Arissa dan Pierre yang berpegangan tangan tadi. Arissa! kenapa kau mesti jatuh cinta dengan buaya darat tu!!! Kenapa gadis itu buta untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukan oleh lelaki itu secara keseorangan kepada gadis-gadis lain?
Apa yang dilihatnya di kampus tadi benar-benar menghancurkannya.
"Itulah, kan aku dah cakap, bilang je perasaan kau kat dia. Lambat sangat! Kan dah kena sambar si buaya tu."
Amir mencampakkan tuala ke arah Farizal yang menyambutnya sambil mengelap mukanya.
"Kau ingatkan senang?" jawab Farizal.
"Apa susahnya? Cakap ajelah, kau ingat macam mana Lisa tu boleh jadi girlfriend aku?"
"Arissa lain, dia tak macam Lisa, dia tak macam perempuan lain..."
Tiba-tiba dengan biadabnya, pintu bilik Amir dibuka oleh adik perempuannya yang berusia 17 tahun, Leyana.
"Abang! Pinjam duit, nak beli cokelat." Kata Leyana manja.
Dah mulalah adik bongsu Amir menyibuk hal orang-orang tua.
"Leya, there's a new thing. It's called Knocking." Kata Amir.
"Sorry, since it's a new thing, Leya belum belajar lagi. Hai, abang Rizal!"
Farizal hanya tersenyum dan melambai ke arahnya saja. Leyana menuju ke kerusi kerja Amir dan duduk memusing-musingkan kerusi itu.
"Korang cakap pasal apa hah?" Kata Leyana sambil membongkar laci Amir.
Amir menarik Leyana dan mengheretnya ke pintu.
"Kau tak payah tau, ini hal orang lelaki okay? Sekarang OUT!"
"Aduh, sakitlah! Abang ingatkan orang ni anjing ke? Abang Rizal tengoklah!" Leyana mengerutkan wajahnya sambil mengadu manja kepada Farizal. Farizal hanya mengangkat bahunya.
"Sebelum aku sumpah kau jadi anjing, lebih baik kau OUT! Sekrang juga!"
Liyana kelihatan merajuk, namun tersenyum sebaik sahaja Farizal memberikan sedikit wang kepadanya.
"Nah, pergi kedai, belanja. Tapi bila balik belikan abang Rizal Panadol ke aspirin eh? Baki Leya boleh ambik," kata Farizal sambil memicit kepalanya yang berdenyut.
" Eh, thank you! Abang Rizal sakit kepala ke?" Tanya Leyana.
Farizal hanya mengangguk. Moodnya tiada untuk bergurau dengan Leyana seperti selalu.
"Dah tak payah nak sibuk jadi dokter pula, bye..." Amir menolak adiknya keluar pintu dan menutupnya. Menggelengkan kepalanya, dia kemudian berkata, "Bersyukurlah kau tak ada adik,especially adik perempuan!"
Farizal hanya tersenyum hambar. Fikirannya masih lagi kepada peristiwa tadi. Dia mula merasakan hubungannya dengan Arissa semakin jauh.
"Kau rasa aku ni overreacting tak?" tanya Farizal sambil menghempaskan dirinya di katil Amir.
"Kalau kau nak jawapan jujur, aku akan kata iya. I mean, kalau kau rasa Arissa dengan kau dah jauh, siapa yang jauhkan diri dari siapa?"
Farizal menarik nafas panjang. Ya Allah, apa yang telah dia lakukan?
"Zal, the damage is done. Mungkin sebab sikap kau tu, Arissa mungkin atau tidak dah terima Pierre jadi kekasih dia. Kau tak boleh salahkan dia, iyalah, mungkin pasal dia stress dia perlukan sesorang, Pierre yang ada."
"Thanks, man, aku rasa lebih baik sekarang ni," kata Farizal dengan nada sinis.
"You don't get it. Macam yang aku cakap tadi, the damage is already done. Tapi itu tak semestinya kau dengan Arissa tak boleh terus jadi kawan baik macam biasa. Kalau betul kau sayangkan dia, mulai sekarang, jaga dia sebagai seorang kawan. Be there when she needs you, jangan asyik fikirkan perasaan kau sendiri je. Dengan cara tu, sekurang-kurangnya kau tak akan kehilangan dia sebagai seorang kawan."
Farizal terdiam. Ada benarnya kata-kata Amir. Namun dia kecewa dengan dirinya sendiri kerana membiarkan egonya menghancurkan dirinya sendiri dan menyakiti orang yang disayanginya. Tapi, apa boleh buat, perkara pun sudah terjadi.
Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poketnya dan memusing-musingkannya sambil berfikir. Dia tahu dia harus meminta maaf kepada Arissa namun dia tidak tahu bagaimana dia harus melakukannya
"Call aje," sampuk Amir.
"Macam mana?"
"Kau pergi contacts, cari nombor telefon dia, tekan butang..."
Farizal menggulingkan matanya.
"Tu aku taulah, masalahnya aku tau nak cakap apa."
"Then you're on your own. Try SMS dia dulu ke... Ingat, apologies kau mestilah ikhlas..."
Farizal mematikan pergerakan jarinya di butang telefon bimbitnya. Dia tidak tahu pun harus bermula bagaimana.
-Sorry for being a jerk?
-Sorry sebab buat bodoh?
Kepalanya yang pusing seperti ingin meledak memikirkan kata kemaafan yang sempurna. Perlahan-lahan, matanya yang layu terus tertutup.
"Jangan kacau dialah! Kau pergi keluar sekarang!"
"Alah, sibuklah abang ni! Abang Rizal kalau tidur cute ehk? Siap berdengkur lagi, hee hee."
"Jangan kacau dia, dah pergi balik kandang kau sana. Biar dia rehat. Gatal! tak padan kecik kau ni!"
"Eh, orang dah 17 tahun ehk, legally, orang dah boleh kahwin tau tak!"
Perlahan-lahan, Farizal membuka matanya yang disambut oleh wajah Leyana yang memandang dekat ke wajahnya.
"Hai, abang dah bangun?" Leyana menegurnya ceria.
Farizal menyepetkan matanya dan memandang ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 8.35 malam. Kemudian dia segera bangkit. Sudah tiga jam rupanya dia tertidur!
"Lama ke aku tidur?"
"Adalah dalam tiga jam gitu." Jawab Amir yang sudah kembali ke permaian videonya.
"Abang Rizal, tadi phone Abang Rizal bunyi banyak kali tau." Kata Leyana.
Farizal segera mencari telefon bimbitnya dan memeriksa siapa yang telefon tadi. Ada 5 panggilan yang tidak dijawab dan satu pesanan ringkas. Semuanya dari Arissa. Kelam-kabut sebentar dia jadinya.
"Dari siapa tu Abang Rizal?"
"Err... Kawan."
Farizal segera memeriksa pesanan ringkas dari Arissa dan membacanya.
'We need to talk. Jumpa aku kat tempat biasa pukul 8 malam. Kalau kau tak datang aku anggap...PUTUS SAHABAT!'
Farizal bangun dan mengibas rambutnya.
"Mir, pinjam motor? Urgent!"
Dengan cepat dia mencapai kunci motor yang dikongsinya dengan Amir dan meninggalkan rumah itu dengan Leyana yang digesa perasaan yang ingin tahu.
"Berhati-hati di jalan raya..." Jawab Amir dengan matanya yang masih tertumpu kepada permainan video nya.
Sambil memeriksa jam di telefon bimbitnya, Farizal terus memecut menuju ke destinasi.
Arissa melihat ke jam tangannya buat kali lima dalam masa 3 minit. Janji pukul 8, sekarang dah pukul 8.40 malam. Arissa tidak ingin mempercayai bahawa sahabat baiknya selama lebih sepuluh tahun itu sanggup mengingkari dan memutuskan persahabatan mereka. Dia semakin resah menunggu di tempat biasa mereka, di sebuah waterfront berdekatan dengan tempat kerjanya.
Tempat perairan tersebut memang indah pada waktu malam dengan lampu-lampu dari restoran, kafe dan kelab jazz dan kadangkala, ada seniman jalanan yang menghiburkan orang ramai di situ. Pada detik tahun baru, ramai pengunjung, termasuklah dirinya, Farizal dan kadangkala Amir.
Arissa memandang ke arah perairan yang terbentang luas dan menyandarkan dirinya di peghadang besi tersedia. Keindahan suasana tidak dapat memujuk hatinya yang sedih dan resah. Dia menoleh ke arh orang berlalu-lalang, mengesan sahabatnya namun hampa. Kemudian dia merenung ke arah perairan itu lagi sambil mengenangkan sewaktu Farizal dan dirinya masih utuh sebagai sahabat baik.
'Beri dia 5 minit lagi.'
' Kalau dia tak sampai juga?'
'Then, that's it. Maknanya dia memang nak putus sahabat.'
Arissa berdialog dengan dirinya sendiri dalam hati. Kemudian dia menarik nafas panjang saat air matanya bergenang. Telefon bimbitnya berdering dan dia segera menjawab. Mungkin Farizal, mungkin dia dalam perjalanan dan ingin menerangkan kenapa dia lambat...
"Hello..."
"Hello, girl, aku cuma nak ingatkan kau pasal rehearsal competition tu nanti..."
Oh.
"Hai, Lee. Kau rupanya."
"Kau okay ke? Suara kau...Kenapa? Have you been crying honey? Are you okay?"
Arissa mengesat matanya. Kemudian dia berdehem, menarik nafasnya dan menenangkan dirinya.
"Tak...Aku, erm ada selesama sikit."
"What? Girl, jaga diri tau, competition dah nak dekat! Pleaseee..."
"Yelah. Okay. Erm...Lee, aku baru makan ubat ni, aku tidur dulu eh?"
Selepas telefon ditutup. Arissa mengesat air matanya dan pergi dari situ. Tak guna menunggu lagi. Jika dia tidak ingin datang, tunggu lagi sepuluh jam pun dia tidak akan datang. Selamat tinggal kenangan, selamat tinggal Farizal. Dia tidak akan kembali ke sini lagi, terutama sekali waktu kiraan detik Tahun Baru.
Farizal memandang resah ke jalan raya yang masih sesak itu. Kemudian dia mengerling ke jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 8.50 malam.
'Please, Arissa, tunggu aku.'
Farizal menekan honnya berkali-kali.
"Pehal pulak lembab jalan malam ni?" Farizal mengeluh sendiri.
Di hadapan ada kemalangan raya yang menyebabkan kelancaran di jalan raya lembab. Dengan bantuan, polis trafik, para pemandu kereta serta penunggang motosikal diarah untuk ke destinasi secepat mungkin.
Sewaktu Farizal tiba ke destinasi, jam sudah pun menunjukkan pukul 9.15 malam. Seperti orang yang kehilangan arah, dia mencari-cari Arissa namun tidak ditemui. Dia ingin menelefon Arissa namun baterinya mati.
"Arghh...Dammit!"
Setelah hampir setengah jam mencari, dia putus asa dan termenung sambil melihat ke arah perairan di mana Arissa berdiri tadi.
"Arissa, aku minta maaf."
Sementara itu di rumah, Arissa membuka halaman Facebook nya dan menulis di 'dinding' webpage tersebut:
Thanks for the Friendship. I hope you're happy now. Nice Knowing you.
Dengan itu, Arissa menekan nama Farizal dan menghapuskannya dari senarai rakannya.
No comments:
Post a Comment