Petang itu, Arissa, Farizal, Amir dan teman-teman lelaki mereka yang lain bermain bola di padang kampus, sekadar untuk meluangkan masa. Pada petang itu, seperti petang-petang biasa, Arissa dengan mahirnya menguasai bola, mengalahkan pemain-pemain lelaki di situ.
"Rissa, aku open," laung Farizal.
Arissa mengalihkan perhatiannya ke Farizal. Tiba-tiba Arissa terhenti mendadak tatkala terlihat Pierre melambai ke arahnya sambil tersenyum. Dia sedang duduk di bangku stadium penonton dengan 'pengawal-pengawal peribadinya'.
'Pehal pulak mamat sewel ni dok sengih kat aku sampai kat sini? Tak serik-serik ke? Ni kalau Rizal dengan Amir nampak ni mampus aku!' Bisik Arissa dalam hati.
Tidak semena-mena, dalam sibuk melayani lamunannya, bola yang dikuasainya dirampas oleh pasukan lawannya. Dalam sesaat, kemenangan 1-0 dimiliki oleh pihak lawan. Keluhan tidak puas hati membingitkan padang tersebut petang itu.
"Arissa! Kau kat mana tadi? Lala Land? Potong steam betullah lu!" Kata Amir.
"Entah! Tadi bagus-bagus kau lead, senang je kau bagi si botak tu rampas!" Kata Farizal pula menyokong Amir. Dia pun hairan mengapa Arissa tiba-tiba blur macam sotong, iyalah tadi ok je...
Arissa kembali ke bumi yang nyata dan mengalihkan perhatiannya kepada mereka sementara pihak lawan sedang bersorak kegembiraan.
"Yang korang bising-bising ni pesal? Ni kan cuma game je? Perangai jangan macam budak sekolah rendah boleh tak?" Kata Arissa sambil ke bangku penonton dan mencapai botol airnya. Sambil itu, dia mencuri pandang ke arah Pierre. Hilang! Mimpi ke dirinya tadi?
Arissa mencapai beg kasutnya dan berlalu ke locker, meninggalkan Farizal dan Amir yang sudah terpinga-pinga. Semenjak dua ini, sifat Arissa memang pelik, sensitif dan tidak boleh ditegur. Waktu mereka bermain bola pun, tidak pernah dia hilang kosentrasi, iyalah, kalau dia mempunyai sebarang masalah pun, tidak pernah sampai hilang fokus semasa permainan bola sepak atau sukan lainnya.
Semasa perjalanan ke bilik locker nya, Arissa terkejut apabila mendapati ada beberapa kertas di dinding yang tertulis 'love me Arissa'. Di sebelahnya pula, 'I Love You Arissa'. Dengan segera Arissa menarik kertas-kertas itu. Dengan segera dia berlalu ke locker sambil meronyokkan kertas tadi. Sedang dia berjalan, dia perasan ada dua orang lelaki yang lalu di sebelahnya tersengih-sengih sambil memandang ke arah kertas yang dironyokkan.
"Hell no!"
Arissa segera ke hadapan, menuju ke hadapan kemudian dia terhenti. Sepanjang tiang dinding ke locker, tertampal kertas-kertas serupa yang tertulis kata-kata seperti 'Pierre Loves Arissa', 'Love me Arissa' dan bermacam-macam lagi.
Kesemuanya Arissa koyakkan. Beberapa pelajar sibuk, ingin tahu tentang poster tersebut dan mendekati poster itu. Arissa menyelip ke antara mereka dan mengoyakkan poster itu dan segera berlalu dari situ. Tanpa membuang masa, dia mengoyakkan kesemua kertas itu dan buang ke dalam tong sampah. Tiba-tiba, dia lihat Pierre berdiri, memeluk tubuhnya dan memandangnya sambil tersenyum.
Arissa berhenti dengan apa yang dilakukannya dan mendekati lelaki itu dengan nafas yang tercungap-cungap dan muka yang merah.
"Apa yang kau buat ni?" Tanya Arissa dengan marah yang tertahan.
"Convincing you to fall in love with me. Confessing my feelings..." Kata Pierre dengan tenang. Dia suka lihat Arissa yang selalu cool dan tenang menggelabah seperti sekarang.
"Come again? Kau nak aku jatuh cinta pada kau? Guess what Einstein, kau dah buat aku lebih benci pada kau! Urghhh! Don't you ever get it? Untuk kali kesembilan ratus sembilan puluh sembilan kali, AKU TAK SUKA! Kau betul-betul buat aku gila tau tak?"
"Gila? Gila cinta? Or 'un amour fou' in French..." Bisik Pierre, membuat Arissa menggigil sedikit.
"Stay away from me!" kata Arissa hampir menjerit. Pierre tersenyum.
"Okay...Tapi I tak boleh janji untuk stay away forever." Dengan bersahaja, Pierre berlalu dengan tangannya diseluk ke dalam poketnya.
Arissa menenangkan dirinya dan ke locker, untuk mengambil tualanya untuk mandi.
"Kenapa aku tak terkejut?" Kata Arissa dengan wajah tanpa ekspresi seraya melihat sekuntum bunga ros di dalam lockernya. "Dia nak aku mandi bunga ke?"
Dia meninggalkan bunga tersebut dan segera ke tandas untuk mandi. Belum setapak dia masuk ke dalam, kedengaran bunyi gadis-gadis yang sedang mengumpat.
"For real? Kenapa hah, Pierre suka sangat dengan si Xena tu? Korang nampak tak posters tu semua?"
"Entah-entah dia pakai ilmu hitam tak? I mean Pierre TAK MUNGKIN jatuh cinta pada...Ughh! Maybe dia buat tu untuk buat Emelyn jealous...?"
"Untuk apa? Dia yang dump Em. Guys are weird."
Cheerleaders. Hmphh...fikir Arissa.
Arissa masuk ke tandas dengan bersahaja, malas mahu melayani gadis-gadis itu. Mereka semua memandang ke arahnya, lebih-lebih lagi Marsha.
"Well, well look who's here? Seriously, you fikir yang Pierre tu betul-betul cintakan kau?"
Arissa menghentikan langkahnya dan memandang lurus ke arah mereka.
"Mungkin." Kata Arissa mengangkat bahunya.
"Oh, purleasee. Honey, sorry to tell you this tapi kita cakap pasal PIERRE LAURENT. Jangan nak perasan okay? Dia tu cuma nak geramkan girlfriend dia, Emelyn so that she would come back to him...so... stay away from him if you know what's good for him." Kata Marsha dengan senyuman paling palsu.
"Beritahulah dia sendiri supaya jangan kejar aku. Penatlah asyik lari dari dia, sms yang dia bagi lain, surat cintalah, oh, tadi dia bagi bunga ros. Masih kat locker lagi. So, it would be nice of you kalau kau tolong bilang dia jangan kacau aku, kacau korang-korang yang desperate ni sudah ya?" Sengaja Arissa kata begitu untuk menggeramkan mereka. Dia masuk ke dalam tandas yang disediakan untuk mandi tanpa mempedulikan reaksi mereka.
"Hey! Mulut jangan celupar eh! Okay, we'll see! Berapa lama kau boleh bertahan dengan dia, urgh!" pekik Marsha dari luar.
Bertahan? Bertahan apanya? Arissa mengeluh. Apa masalah mereka? Pertama, dia BUKAN kekasih Pierre. Kedua, dia tidak suka pun pada Pierre! ARGHH! Gara-gara lelaki itu, hidupnya menjadi kucar-kacir.
Setelah mandi, Arissa keluar dan melihat Farizal dan Amir menunggunya di luar. Amir sedang tersengih-sengih melihatnya.
"Yang kau tersengih-sengih ni kenapa pula?" Tanya Arissa walaupun dia tahu jawapannya.
Amir hanya mengangkat tangannya yang memegang sehelai kertas merah jambu yang bertuliskan ' Arissa, Love me ~Pierre.'
Arissa mendekati Amr untik merampas kertas itu, namun Amir mengelak.
"Ha ha ha! Ada banyak pulak tu. Ada apa lagi yang dia kata? Oh... Pierre loves Arissa. Ha ha ha." kata Amir.
"Amir! Bagi tu kat aku! Kalau kau tak bagi, sumpah, aku pecahkan kepala kau!" Kata Arissa yang mengejar Amir yang sudah pun panjat di atas bangku yang terletak di situ.
"Ha ha ha! Pierre and Arissa sitting in a tree, K-I-S-S-I-N-G," Amir nyanyi lagu yang sering digunakan budak-budak kecil untuk mengusik.
"Diam Amir! Tak kelakar okay?" Kata Arissa.
Farizal hanya melihat gelagat mereka tanpa minat. Dia tidak mendapati semuanya lucu. Teman baiknya dikejar oleh Pierre? Lelaki yang paling dia tidak suka di dalam kampus itu.
"Oi? Korang tak nak balik ke? Aku balik sendirilah! Macam budak-budak."
Farizal pergi dari situ dan Amir turun dari bangku dan berhenti mengusik Arissa. Arissa mengambil kesempatan itu untuk menonjol dan menumbuk kasar tetapi tidak kuat ke perut Amir.
"Relax lah Zal." kata Amir.
Mereka mengejar langakh Farizal yang kian menjauh. Sepanjang jalan, Farizal diam sahaja. Tiba-tiba Amir memeriksa telefonnya yang berbunyi dan menepuk dahinya.
"Alamak, guys! Sorry aku lupa aku kena jumpa Lisa! Dia tengah tunggu aku, aku belah dulu pun cantik."
Terkocoh-kocoh Amir lari, meninggalkan mereka. Tinggallah Farizal dan Arissa yang senyap sahaja.
Mereka meninggalkan kawasan kampus dan terus berjalan pulang tanpa sepatah kata pun.
"Look, kalau kau masih marah pasal game tadi, aku minta maaf okay? Tapi tak payahlah nak drag sampai muncung muka dengan aku sepanjang hari." kata Arissa. Farizal hanya diam.
"Hello...? Aku berbual dengan kau, bukan dengan batu ke pokok!" sambung Arissa.
"Dah berapa lama si Mat salih celup tu kejar kau?"
"Apa?"
"Pierre Laurent lah. Duh."
"Tak, maksud aku, kau tak happy dengan kau pasal...Pierre?"
"Kau tak pernah sebut pun pasal dia suka kat kau pada kitorang? Benda ni mesti dah lama kan?"
"Apa pula? Baru seminggu..."
"Baru seminggu..." Kata Farizal mengangguk." Bila kau plan nak bilang kitorang?"
"Mesti ke? Aku tak bilang sebab typical Pierre, minggu ni dia suka aku, lain minggu dia tak kacau aku lagi, no biggie okay? Lagipun aku tak minat pun untuk jadi koleksi dia." Kata Arissa.
"Kenapa tak? Semua perempuan suka kat dia and anyway, ni dah minggu kedua dia masih nak tackle kau jadi dia mesti serious kan?" kata Farizal.
"So? To hell with him. Aku. Takkan. Suka. Dia." Kata Arissa yang semakin marah.
"Betul ke? Tipulah kau tak enjoy the chase. kalau tak kenapa masa main bola tadi kau asyik pandang je kat tempat spectators, sampai hilang focus semua. Dia mesti ada kat situ kan?"
"Apa yang kau fikir? Aku suka kat dia? Kan aku dah cakap aku tak suka dia! Tak suka, tak suka dan tak suka! Lagi pun apa yang kau peduli? Ada aku kisah Marsha gedik dari PPG yang aku benci giler tu suka kat kau?" Kali ini Arissa meninggikan suaranya.
"Apasal tiba-tiba pasal aku ni? Aku cakap pasal kau dengan serial playboy tu. He's a jerk!" Kata Farizal dengan penuh perasaan.
"Semua orang tahu tu. But what do I care, sebab aku memang tak suka kat dia. Langsung. Why are you being so emotional?"
"Sorry, aku cuma...Aku cuma tak nak dia sia-siakan kau je. Aku takut kau jatuh hati pada dia tapi dia tu cuma nak main-mainkan perasaan kau je. Tu sebab aku nak halang kau daripda jatuh cinya dengan buaya macam tu."
"Hey, percayalah. Aku tak akan jatuh cinta pada lelaki macam tu okay? And I think that's so sweet of you, trying to protect me," kata Arissa tersenyum.
"Dengar cakap aku ni, jantan macam Pierre tu buaya, sentiasa cari mangsa untuk dibaham."
"Yer... lah, Abang! Hai, nasib baiklah kau bukan abang kandung aku..." Kata Arissa sambil menumbuk dada Farizal yang keras dengan perlahan. Farizal tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, menunjukkan lesung pipitnya. Arissa suka akan senyuman itu.
"Belanja aku cendol, Rizal," kata Arissa.
"Aku order kau bayar," kata Farizal.
"Aku bayar pakai duit kau," jawab Arissa, membuatkan Farizal lebih tersenyum. Dia menyayangi Arissa yang degil dan tomboy ini dan dia tidak mahu gadis itu berubah walau seinci.
bersambung...
No comments:
Post a Comment