Dengan berbekalkan tiub keropok Pringles yang besar, sebotol 1 liter Coca Cola dan lagu 'Wake Me Up When September Ends' dari telefon bimbit, Farizal dan Arissa merehatkan minda mereka dengan berbual tentang tiada apa-apa dan mendengar deruan ombak yang menenangkan. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk selalu lepak di tepi pantai yang berdekatan dengan rumah mereka dan melihat dunia yang berlalu. Di satu sisi yang lain, Amir dan Lisa sedang sibuk berdating. Mereka berjalan di gigi pantai ala-ala cerita romantis.
"Jaga diri baik-baik, jangan over sudah," jerit Arissa dari jauh, di batu atas lautan di mana dia dan Farizal merehatkan diri. Amir hanya menunjukkan buku limanya sementara Lisa tersipu.
Arissa hanya mengambil beberapa keping cip kentang Pringles dan meletakkan kesemuanya di mulutnya. Farizal hanya memandangnya tanpa berkedip sementara angin laut membelai rambutnya.
"Apa?" Tanya Arissa, menyedari Farizal sedang memandang ke arahnya.
Farizal tersenyum. Kemudian dia tertawa sambil menggelengkan kepalanya. Arissa mengerutkan dahinya sambil mengelap wajahnya, kemudian dia memeriksa telapak tangannya kalau-kalau ada apa-apa kesan di wajahnya yang membuatkan Farizal mentertawakannya tadi.
"Apesal kau ketawakan aku?" Kata Arissa yang masih menggosok pipinya.
"Takde. Kau percaya tak, anatara kita bertiga; aku, kau dengan Amir, Amir yang ada girlfriend?" Kata Farizal yang sedang memandang ke arah Amir dan Lisa yang sedang tertawa sambil berpimpin tangan. Soalan itu membuat Arissa sendiri tersenyum.
"Well... Dia romantic, jenis lelaki yang perempuan suka. Dia kan sweet talker, hargai perempuan. Lagipun, dia tu handsome, cuma chubby sikit," kata Arissa. "Yang kau tanya ni kenapa? Kau ada crush? Dengan siapa? Ke kau ada girlfriend rahsia...?"
"Takdelah, cuma kan... Aku at least pernah ada girlfriend. Satu kali pun pernah. Kau?"
Soalan Farizal itu membuatkan Arissa terdiam. Dia jadi teringat akan bekas kekasih Farizal, Reanna. Gadis itu cantik, tetapi tidak banyak berbual. Sifatnya pun ok, cuma dia cepat cemburu akan hubungan rapat Farizal dan Arissa, jadi dia tidak begitu ramah dengan Arissa.
Gilanya, dia sempat berfikir Arissa dan Farizal mempunyai hubungan dibelakangnya. Jika memang benar itu yang mereka mahukan, mereka boleh membina hubungan sebelum Farizal menjalinkan hubungan cinta dengan Reanna kerana mereka kenal lebih lama...hmph...Walaupun Farizal tidak menyatakannya, Arissa curiga bahawa salah satu sebab punca perpisahan mereka adalah kerana kecemburuan Reanna terhadap hubungan rapatnya dengan Farizal.
"Apa yang kau cuba cakapkan? Yang aku ni teruk sangat sampai tak laku?" Kata Arissa sambil menyelitkan rambutnya ke belakang telinganya.
"Tak, tak, nothing like that. Yelah, Pierre kan suka kau, aku rasa dia tu cuma main-main je..."
"Balik-balik pasal si Mat salih celup tu, naik bosan aku dengar. Apa? Kau cuba nak katakan yang aku ni tak layak dikejar dengan lelaki macam dia..."
Belum sempat mereka sambung, Amir datang ke tempat mereka bersama Lisa. Mereka terdiam.
"Laa...Aku datang je korang diam. Tengah berbual pasal apa hah?"
Arissa dan Farizal diam sahaja. Wajah Arissa sedikit marah sementara Farizal pula seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi tidak sempat.
"Okay... Jom kita pergi makan, boring lah asyik duduk kat sini." Kata Lisa pula.
Arissa mengambil papan gelungsurnya dan melompat turun dari batu yang mereka duduki, mendahalui mereka tanpa mahu menoleh ataupun menunggu mereka.
"Dude, apa yang kau cakap pada dia?" Tanya Amir sambil memandang ke arah Arissa yang berjalan dengan pantas. Sesaat, dia cuba menahan diri daripada terjatuh apabila dia tersandung sebiji kelapa kering. Kemudian dia menoleh ke arah mereka sebentar dan meneruskan perjalanannya.
"Perempuan memang penuh misteri." Kata Farizal sambil menggelengkan kepalanya.
"Kau komen pasal berat badan dia ke?" Tanya Amir.
Farizal menggeleng.
"Tak... Aku baru nak cakap pasal... alah, yang kau suruh tu..." Kata Farizal sambil memandang ke arah Amir, membuat Lisa menaikkan kening kirinya.
"Ah... Ada sesuatu yang you boys simpan?" Kata Lisa.
"Nope, nothing, cuma pasal Pierre..." Kata Amir. Lisa hanya mengangguk tanda faham.
"Kenapa aku ada feeling yang kau cakap sesuatu yang buat dia rasa macam... Tak layak untuk dicintai...?" Kata Lisa.
"Itu bukan maksud aku..." Farizal menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Mungkin cara aku cakap... I guess dia dah salah faham..."
Amir menepuk dahinya sementara Lisa hanya mengangguk dengan wajahnya yang dikerutkan sedikit.
"Well... Aku rasa the best thing untuk kau buat adalah untuk minta maaf pada dia," nasihat Lisa.
"Apa? Aku tak salah pun! Dia yang tersalah faham..."
"Jadi jelaskanlah... Aku tak faham betullah dengan lelaki! Kenapa korang ni susah nak jelaskan sesuatu?" Lisa menggelengkan kepalanya.
Farizal pergi mendapatkan Arissa namun dia hanya bermain dengan papan gelungsurnya tanpa mempedulikan kehadiran lelaki itu.
"Sorry." Kata Farizal.
"Buat apa?" Kata Arissa
Farizal menggaru kepalanya. Susah betul ingin bercakap dengan gadis kepala-hati-batu sepertinya. Buat-buat tak tahu pula.
"Pasal buat kau marahlah."
"Siapa yang marah?" Kata Arissa yang sedang membuat stunt Fakie dengan papan gelungsurnya.
Sekali lagi Farizal menggaru kepalanya.
"Look, I know you are okay? Can't we just get it over and done with? Aku dah cakap sorry pun, janganlah nak panjang-panjangkan pula!"
"Boleh blahlah lu! Kalau kau rasa kau tu dah bagus giler, pergilah dengan Marsha gedik tu! Tak payah nak sibuk-sibuk kalau aku terima Pierre tu atau tidak!"
"You like him?"
"I didn't say that!"
"Not exactly, tapi kau cakap kau might terima dia!"
"What? Piss off!" Arissa menolak dada Farizal.
Kali ini Arissa meninggalkan Farizal yang hanya memandangnya yang menjauh dengan seribu tanda tanya. Bagaimana jika Arissa benar-benar sudah terjerat dengan perangkap si buaya?
***
Arissa terus pulang ke rumah tanpa menunggu mereka. Tiada sesiapa di rumah, mungkin adiknya pergi bermain bola bersama teman-temannya sementara ibunya masih belum pulang dari kerja. Arissa meletakkan beg dan papan gelungsurnya dan pergi ke dapur menuju ke peti ais. Tiba-tiba perutnya terasa lapar pula.
Sedang dia menuju ke dapur, beberapa keping surat merah di atas meja kecil di satu sudut menarik perhatiannya. Dia ambil dan mendapati bil elektrik yang harus dilunaskan. Keningnya dikerutkan.
Tak cukup lagi, bulan ni.
Padahal Arissa sudah mengetepikan sedikit gajinya untuk membantu ibunya membayar bil dan perbelanjaan seharian. Arissa mengeluh. Perlukah dia bekerja lebih masa?
Saat itu, Bunyi pagar pintu mengejutkan Arissa dari lamunannya dan mendapati ibunya baru pulang. Batuknya masih belum berkurangan, memandangkan dia baru saja pulih dari demam.
"Rissa, dah balik?" Kata ibunya.
"Ibu, apa ni? Surat merah lagi?" Kata Arissa menunjukkan surat-surat itu.
"Oh...tu.. nanti ibu bayar. Letak je kat situ." Kata ibunya tanpa memandangnya.
"Ibu...takpelah, nanti Rissa bagi duit sikitlah. Rasanya ada sikit lagi simpanan..."
"Tak payahlah, simpan dulu. Itu nanti ibu uruskan."
"Tapi ibu..."
"Kalau tak cukup baru ibu minta tolong Rissa. Duit yang Rissa bagi pun masih ada sikit. Dahlah, ibu nak mandi dulu."
Belum sempat Arissa berkata apa-apa, ibunya telah pun hilang di sebalik pintu biliknya. Arissa mengeluh. Bagaimana agaknya dia boleh mendapat lebih wang?
bersambung....
No comments:
Post a Comment