Saturday, February 25, 2012

Selamat Tinggal Sneakers...29

Hati Arissa gelisah tatkala melihat sebuah kereta Audi hitam yang sangat dikenalinya terparkir di hadapan kawasan rumahnya. Sememangnya dia tidak mempunyai mood untuk berdepan dan bertengkar dengan Pierre hari ini. Arissa ingin berlari daripada dilihat daripada penghuni kereta tersebut namun terlambat. Pierre keluar dari kereta tersebut sementara Arissa dengan ragu-ragu mendekatinya.

"Ada apa you cari I sampai kat sini?" Arissa bertanya tanpa memandang pun wajah Pierre. Api kemarahannya terhadap lelaki itu masih belum terpadam.

"Kenapa dengan you ni? Dah tiga hari you hilangkan diri. I call you tak angkat, I text you tak reply. Macam mana masalah kita nak selesai kalau you selalu elak daripada I macam ni?"

 "Tak payah. Tak payah cakap lagi pasal kita. Susah-susah sangat kita putus je," jawab Arissa selamba.

"Putus? You cakap apa ni? Kenapa? You memang tak sabar-sabar nak putus dengan I kan, sebab you masih gatal nakkan si Farizal tu. Betul tak? Macam I tak tau yang selama ni you sibuk jenguk dia sampaikan you ignored all my calls!" Semakin lama, semakin tinggi pula suara Pierre sehinggakan Arissa merasakan bahawa ada jiran-jirannya yang memandang mereka semacam saja.

"Farizal kawan I okay? Dia masuk hospital, mestilah I nak jenguk dia!"

"Ahh! tu semua alasan! Masih hidup pulak dia kena belasah! Kalau aku tau... Biar aku suruh budak-budak tu pukul dia sampai mampus sekali!"

Kata-kata Pierre membuatkan Arissa terkejut. Hatinya tidak ingin mempercayai apa yang baru didengarnya namun telinganya tidak mungkin berbohong.

"Ap...Apa yang you cakap tadi? You yang..."

Pierre terkedu. Dia memandang Arissa yang terpaku dengan mata yang membulat, terkejut dengan tangannya di mulutnya. Tak sangka, boleh terlepas cakap pula...

"Memang I yang suruh orang pukul dia!Sibuk sangat hal orang!" Akui Pierre akhirnya. Tiada riak takut atau penyesalan di wajahnya, hanya kebanggaan dijulang oleh egonya yang tinggi. Iyalah, tembelang dah pecah, lebih baik mengaku saja.

"Pierre! You dah gila ke? He could've died!" Arissa menumbuk dada Pierre. 

"He should've died! Kalau dia tak bagi video tu kat you, kita tak jadi berserabut macam ni tau tak?"

Arissa benar-benar terkejut. Bumi yang dipijaknya kini rasa seperti tidak nyata. Selama ini orang yang telah menganiaya Farizal adalah...Pierre?

"I tak tau siapa yang hantar video tu pada I , okay. Mungkin bukan dia yang hantar, it could be anyone! You ni suka tau bertindak ikut suka kepala you je! Reality check, Mr Perfect! The world doesn't revolve around you! And anyway I bukan marah pasal video tu jelah. I tau you memang betul-betul curang dengan ex you tu. I ada bukti lain!" Arissa menumbuk bahu Pierre berkali-kali.

"Bukti lain? Bukti apa? Arissa, please. Jangan dengar cakap orang okay? Diorang memang sengaja..."

"I tak dengar dari orang lain. I nampak sendiri bukti tu depan mata I! Sudahlah tu Pierre. Enough is enough. I dah cukup sabar dengan perangai suka kongkong you, sifat cemburu buta dengan perangai buaya you tu! I dah penatlah, main dalam drama you ni!"

Buat seketika, meereka berdua terdiam. Nampaknya  Arissa benar-benar marah. Pierre meraih tangan gadis itu tiba-tiba, namun ia dilepaskan.

"Sayang, please listen up. Okay, I minta maaf okay, kalau you rasa macam tu and for all I had done, tapi that's because I love you so much, I don't want lose you." Ujar Pierre lembut.

"Tapi tindakan you tu dah melampau tau tak?! Kalau apa-apa terjadi pada Rizal..."

Arissa menarik nafasnya. Dia masih belum menerima bagaimana Pierre sanggup memukul Farizal hanya kerana dirinya. Kini dirinya dibebani oleh rasa bersalah dan mula menyalahkan dirinya sendiri. Dia adalah penyebab derita yang ditanggung oleh seseorang yang begitu disayanginya. Dan pada masa yang sama, Pierre bertindak atas rasa sayangnya terhadap dirinya. 

"Dahlah, Pierre. You baliklah, tenangkan fikiran you. I rasa buat masa ni, kita tak payahlah jumpa dulu. Kita perlu fikir dulu arah tujuan kita. I rasa tak gunalah kita teruskan hubungan kita ni kalau tak ada trust daripada masing-masing."

Pierre mengambil tangan Arissa yang baru ingin berlalu.

"Please, sayang, I'm so sorry. Please, please please.  I'm begging you, tolong jangan putuskan hubungan kita ni. Please, I really love you much, baby. So much."

Arissa menarik nafasnya. Dia buat lagi...Mata cokelatnya yang gelap merayu kepadanya, melembutkan semula hatinya yang sekeras batu tadi.

"Please. I'm begging you..." Kata Pierre merayu dengan matanya yang sayu itu.

Arissa menunduk. fikirannya melayang kepada Farizal. Haruskah dia memberitahu mereka bahawa Pierre adalah orang yang menyakiti Farizal. Arissa mengalirkan air matanya saat mengenangkan Farizal kemudian Pierre. Dua orang yang menyayanginya.

"Hey, you crying, sugar? I'm sorry okay?"

Pierre mendongakkan dagunya sambil mengusapkan air matanya namun ia lebih menyedihkannya lagi saat mengingatkan sewaktu Farizal mengusap air matanya di hospital tempoh hari. Mengapa dia sering mengingati dirinya jika selalu bersama Pierre?

Arissa mengusap air matanya. Dia paling benci memperlihatkan kelemahannya pada orang lain.

"I balik dululah."

Arissa menoleh dan melangkah pergi, meninggalkan Pierre yang termangu. Kepalanya tidak henti daripada merakam pengakuan Pierre berhubung kes Farizal dipukul. Dia masih terkejut dengan tindakan berani Pierre itu. Jalan yang difikirnya lurus rupanya berliku dan penuh duri hingga akhirnya yang tertusuk bukan dirinya seorang malah orang yang disayanginya.

Dahulu, kalau dia rasa tertekan, dia pasti akan berlari, membiarkan kepenatan membuatnya melupakan segala masalahnya. Kini dia tidak mungkin dapat lakukan itu kerana mungkin stamina nya sudah turun. Lagipun sejak tadi dia belum lagi makan dengan betul...Cuma salad sahaja. Tidak mungkin ia dapat membekalkan yang cukup untuknya berlari. Entah mengapa, sejak kebelakangan ini, tubuhnya mudah rasa letih berbanding zaman aktifnya dahulu.

Arissa tiba di bilik tidurnya dan mengeluarkan organizer nya. Begitu letihnya dia sehingga dia lupa tentang jadual tutorial nya. Saat dia membuka buka kecil itu, dia menyedari bahawa begitu banyak kelas yang ditinggalkannya ekoran sibuk dengan latihan modelnya ataupun kerana terlalu letih. Arissa mengeluh. Begitu banyak pelajaran yang tertinggal, padahal tinggal beberapa bulan saja sebelum graduasi. Memikirkan itu, Arissa rasa tertekan, bagaimana jika dia gagal? Pasti ibunya akan benar-benar kecewa.




                                                                            ***

Hari ini Arissa mendapat tahu bahawa Pierre tidak ke kampus hari itu. Entah mengapa, Arissa pun tidak mahu mengambil peduli. Sekarang ni pun dia ingin cuba fokus kembali pada pelajarannya. Jauh dari orang ramai, Arissa membuka buku teks dan cuba untuk memahami topik yang baru dipelajarinya di kelas tadi. Walaupun sudah berulang kali membaca dan cuba memahami, dia belum memahami topik tersebut sepenuhnya, membuatkannya menekupkan wajahnya ke buku tersebut.

"Hai, Riss!"

Teguran Reanna dan rakan-rakannya yang lain membuatkan dia menoleh.

"Hai, korang." Dengan wajah yang layu, Arissa menegur mereka kembali sambil menguap.

"Riss!! You look terrible!" Kata Sofea tatkala melihat rambutnya yang tidak terurus serta pergelangan matanya yang hitam.

"Thanks, I feel better already." Kata Arissa dalam bentuk sindiran.

"Rissa... you betul-betul nampak teruk sangat. No lie."

Arissa meletak bukunya ke tepi.

"I tahu." Tiba-tiba Arissa memerhati sesuatu. "Emelyn mana?"

"Tak datang. Tak tau kenapa. Anyway, you macam tak cukup tidur je..." Reanna mengambil tempat di sebelah Arissa.

Arissa mengangguk sambil menguap.

"Memang pun. Lately I ada problem sikit. Sekarang ni rasa penat....Sangat. Otak pun dah tak boleh masuk apa-apa lagi."

"Itu tandanya, you kena rehatkan fikiran you. Jom, ikut kitorang malam ni, chill out."

"Umm...Nah... Korang just carry on without me okay? I tak boleh, banyak yang I kena catch up ni. I tak rasa I tidur malam ni, kena belajar!!"

Reanna menggulingkan matanya.

"Borringgg..." Kata Reanna sambil pura-pura menguap. "Come on, what's the rush? Exams kan lama lagi, what? Three months? Nanti-nanti boleh catch up lah. Lagipun  you kan one of the best students in class?"

"Itu dulu. Sejak I busy dengan commitments lain... I kinda ketepikan pelajaran I, so...yeah...Grades I semua semakin merosot."

"Kay, whatever, Hon. Can't help you much tapi..." Reanna mengeluarkan sesuatu dari begnya. Kemudian dia memberikan kepada Arissa dengan secara sulit. Arissa mencuri pandang dan mendapati sebungkus plastik kecil berisi beberapa pil, membuatkannya terkejut.

"Ap...Apa ni?"

" Ecstasy." Kata Reanna selamba. " Benda tu boleh tolong you tambah tenaga untuk you belajar."

"Ecstasy...As in drugs...?" Reanna mengangguk. Macam nak tercabut jantungnya apabila mendapati bahawa apa yang ada di tangannya kini adalah dadah yang terlarang oleh undang-undang. "Bukan ke benda ni illegal?"

"Shh... Memanglah, the law is lame, anyway. Tapi trust me. Banyak orang yang pakai benda ni. kitorang, Emelyn and even Pierre. Kitorang nampak okay je kan?"

Pierre mengambil pil ecstasy?

"I tak tau..."

"Sheesh, Arissa. The TVs are exaggerating. Look, do we look like drug junkies? Kalau kita pandai control kita takkan ketagih. Now, calm your nerves tapi ingat, jangan bilang siapa-siapa tau, kay? We'll take our leave now, happy studying."

Arissa menoleh kiri-kanannya untuk memastikan tiada sesiapa di sekelilingnya sebelum mengamati bungkusan kecil berisi pil tersebut. Jika ada yang mendapati 'benda' itu pada dirinya, ia boleh membawa masalah pada dirinya. Dia segera memasukkan bungkusan itu ke dalam begnya sambil berfikir. Benarkah ketagihan dadah boleh dikawal? Dari luaran, teman-temannya yang dikatakan mengambil pil tersebut kelihatan okay sahaja. Pengambilan pil tersebut sepertinya normal. Arissa menggelengkan kepalanya.

"Lebih baik focus..." Bisik hatinya yang gementar sambil kembali kepada pelajarannya dan cuba melupakan tentang isu pil tersebut.



                                                                                ***

Saat Arissa masuk ke dalam wad Farizal, dia mendapati Farizal sedang tidur dengan tenang. Luka dan lebamnya semakin pulih. Arissa mendekati lelaki itu dengan perasaan yang bersalah ekoran apa yang baru didapatinya. Perlahan-lahan, Arissa mengusap dahinya dan kemudian tangannya. Sejak peristiwa itu, Arissa menjadi takut kehilangan Farizal. Ia membuatnya sedar betapa pentingnya lelaki itu di dalam hidupnya.

Sedang dia mengusap tangannya, tiba-tiba mata Farizal terbuka, membuatkan dia segera melepaskan tangan lelaki itu.

Sambil menyepetkan matanya, Farizal ingin memastikan siapa di hadapannya.

"Arissa...?"

"Rizal, sorry, aku tak ada maksud nak ganggu kau..."

"Siapa cakap kau ganggu? Duduklah. Dah lama kau kat sini?"

"Aku baru je datang. Kau tidur tadi, jadi aku tak nak kacau kau lah."

Farizal cuba untuk duduk bersandar di katilnya, dibantu oleh Arissa. Setelah itu, Arissa duduk di kerusi yang tersedia di sebelah katil Farizal. Saat mata mereka bertentangan, rasa bersalah menyelinap ke dalam hatinya. Haruskah dia memberitahu Farizal apa yang diketahuinya?

"Rissa? Kau okay? Kenapa muram je?"

"Umm...Takde apa-apalah." Arissa berusaha untuk tersenyum. "Kau macam mana? Bila kau boleh balik hah?"

Farizal tersenyum sambil memegang luka di sudut bibirnya.

"Okay lah. Dah nak baik pun. Aku pun dah tak sabar nak keluar dari sini. Boring giler."

Perbualan mereka terhenti seketika apabila seorang jururawat dan doktor datang untuk memeriksa keadaannya.

"Encik Farizal, macam mana?"

"Okay doctor. Bila saya boleh balik?"

Doktor muda yang sedang memeriksa sesuatu di failnya hanya tersenyum. "Kalau tak ada apa-apa, besok awak dah boleh balik.  Ada apa-apa komplikasi semasa makan? Semua okay?"

"Okay, boss!" Kata Farizal sambil jururawat tadi membersihkan lukanya di dahi untuk menggantikan dengan plaster baru.

Doktor muda itu tersenyum sambil mengangguk.

"Kalau macam tu, saya akan susun supaya awak boleh discharge besok."

Setelah melakukan tanggungjawab mereka, doktor dan jururawat tadi pun meninggalkan wad tersebut.

"Boring konon. Hari-hari nurse manjakan..." Kata Arissa memecahkan kesunyian di antara mereka.

Farizal hanya tersenyum mendengarkan itu.

"Boring lah, kat sini hari-hari menghadap tembok, doctor, nurse. Rancangan TV pun semua re-run jer. Sebab tu lah orang sakit mental semakin gila bila masuk hospital mental."

Farizal mencapai buku-buku pelajarannya yang terletak di meja sebelah katilnya namun tanpa sengaja dia terjatuhkan kesemuanya di lantai.

"Alamak!" Baru sahaja dia ingin mengutipnya, Arissa lebih dahulu menunduk dan mengutip buku yang jatuh. Sedang dia menyusun buku yang jatuh itu, sebuah buku mencuri perhatiannya.

 Di kulit buku tersebut, nama Marsha tertera dengan rapinya, siap dengan lukisan kupu-kupu dengan pena merah jambu yang berkilauan. Yang entah pelik/lucu/geli pada Arissa, satu lagi buku juga ditulis dan dihias begitu, namun yang tertera adalah nama Farizal. Sambil menaikkan kening kirinya, Arissa menunjukkan buku-buku itu kepada Farizal.

"Don't look at me. Itu semua kerja Marshalah."

"Wow...Aku tengok sekarang kau dengan Marsha rapat eh? Ada apa-apa ke?"

Mendengar itu, Farizal melepaskan tawa yang menepis andaian itu.

"Takdelah. Aku dengan dia cuma kawan jelah. Memanglah kitorang rapat sebab kitorang selalu belajar sama-sama."

"Tak salah kan kalau korang couple?" Kata Arissa perlahan namun matanya mengelak daripada memandang mata Farizal. Dia memintal-mintal penghujung selimut.

Tanpa menjawab apa-apa, Farizal hanya memandang Arissa. Tiada keceriaan di sebalik cadangan itu. Adakah dia cemburu? Untuk apa?

Tiba-tiba dia teringat sesuatu...Arissa milik Pierre. Dia berada di sini sekarang pun kerana Pierre dan secara tidak langsung, kerana gadis itu. Farizal menarik nafasnya. Bukankah dia telah berjanji pada dirinya sendiri untuk menjauhi gadis itu?

"Pierre apa khabar?" Tanya Farizal tiba-tiba, membuatkan Arissa berasa seolah-olah disindir.

"Okay..." Jawab Arissa tanpa semangat. Nama itu membawa api di kerongkongnya apabila mengenangkan pengakuan lelaki itu. "Zal... Betul, kau tak tau siapa yang pukul kau?"

Farizal tidak menjawab, cuma mengangkat bahunya sahaja tanda tidak tahu.

"Any suspects in mind?" Gesa Arissa lagi.

Farizal memberus rambutnya. Apakah Arissa mengetahui sesuatu?

"Tak. Entahlah, aku rasa mungkin ni kes mistaken identity. Dah lah, I think we should just rest the case. Aku pun dah okay sekarang."

"Masa aku jumpa kau hari tu...Aku takut sangat..." Arissa menggelengkan kepalanya tatkala mengingati keadaan Farizal yang benar-benar lemah.

Mereka saling berpandangan. Melihat Arissa, entah mengapa hati Farizal begitu sayu. Memang gadis itu sudah berubah banyak, dengan cara pakaiannya, gaya rambutnya dan berat badannya yang semakin susut, namun yang paling ketara adalah cahayanya yang hilang. Hilang sudah seri gadis itu yang sering membuat suasana ceria.

"Arissa...Kau okay?" Tanya Farizal dengan penuh keprihatinan.

Arissa hanya mengangguk dan cuba tersenyum namun kebohongan itu dapat dibaca oleh Farizal yang dapat membaca keresahan gadis itu dari jendela matanya.

"Are you sure? Pardon me for saying this tapi you look..."

"Awful?" Potong Arissa.

"Um...I'm gonna say yang kau nampak macam zombie," kata Farizal yang sempat bergurau.

Tanpa disangka, Arissa menghempuk bantal yang tersedia ada itu ke arah Farizal.

"Sorry. Just saying." Kata Farizal sambil mengangkat bahunya.

Arissa menghela nafasnya.

"Takpe. Memang betul pun. Entahlah. Maybe it's the stress, aku tak tau. Banyak benda yang berlaku lately. Zal... Do you think I've screwed up my own life?"

Farizal tidak segera menjawab walaupun jawapannya sudah sedia ada di dalam benaknya. Apa lagi yang harus dia katakan? Semuanya telah terjadi dan jelas-jelas, kehidupan barunya seperti meresap seluruh cahaya kebahgiaan dan keceriaan dari gadis itu.

Tiba-tiba pintu wad terbuka diikuti oleh kekecohan yang terhenti mendadak. Amir, Leyana dan Lisa terkedu saat memandang Farizal dan Arissa yang sedang memandang wajah masing-masing dan berwajah serius. Saat mereka sedar, Farizal dan Arissa mendapati wajah mereka begitu dekat dan Arissa mendapati dirinya duduk di sudut katil hospital itu, bukan di kerusi yang tersedia. Segera, dia duduk di kerusi tadi dan berpura-pura menyusun buku-buku yang terjatuh tadi.

"Are we... Interrupting something...?" Tanya Amir.

"Korang... Tak. Masuklah." Kata Farizal dengan ceria.

"Kak Rissa!!" Jerit Leyana sambil mendekati Arissa. "Leya nampak gambar kak Rissa dalam GlamJuice. Cantik! Cantik! Leya pun nak jadi modellah!"

Arissa tersenyum.

"Ye ke? Thanks... Tapi Kak Rissa jadi model saja-saja je lah. Dah nak berhenti pun."

"La... Ye ke? Ingatkan nak minta advice ke tips dari kak Rissa. Kak Rissa, sekejap lagi jomlah ambik gambar sama-sama! Leya nak tunjuk all my friends. Leya bilang diorang yang Leya kenal Kak Rissa tapi ada yang tak percaya."

"Okay..." Itu saja yang mampu Arissa kata, sambil melayan keletah Leyana yang terus berceloteh. Fikirannya terus melayang memikirkan tentang pengakuan Pierre.

Hatinya yang diterpa rasa bersalah itu terus membuatkan hatinya tidak tenang. Dia harus memberitahu seseorang tentang hal itu. Arissa bangun dan mendekati Lisa.

"Lisa...Aku nak cakap dengan kau boleh?" Bisik Arissa tatkala Amir, Farizal dan Leyana sedang rancak berbual.

"Pasal apa?" Tanya Lisa yang mulai curiga. Arissa kedengarang begitu serius.

"Umm...Kita berbual kat luar jelah."

Lisa mengangguk. Mereka duduk di ruang tunggu tidak jauh dari wad Farizal dan Arissa mula bersuara.

"Aku tau siapa yang pukul Farizal."

Mendengar itu, Lisa segera berdiri sambil memegang dadanya.

"Kau tau siapa yang kerjakan Rizal? Siapa? Kenapa?"

Tanpa segera menjawab, air mata Arissa gugur. Begitu berat hatinya untuk mengungkapnya namun dia tahu dia harus lepaskan beban perasaan yang dipikulnya sejak dari tadi.

"Pierre..." Kata Arissa di antara sedunya.

"Apa? Kenapa? Apa dosa si Rizal tu pada dia sampai dia sanggup pukul Rizal macam tu? Eh, nasib baiklah Rizal tu tak...Ya Allah, aku tak tau macam mana nak bayangkan apa yang mungkin jadi..."

"Pierre marah sebab dia rasa Rizal hantar video dia dengan ex dia pada aku. Aku dengan dia... kitorang bergaduh pasal tu."

"Video?" Tiba-tiba sesuatu timbul di dalam benaknya. Lisa mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan video yang diambilnya. "Video ni?"

Arissa melihat video itu da mengangguk. Wajahnya berkerut dengan kehairanan.

"Macam man kau dapat video tu?"

"Sebab aku yang ambik video ni! Aku yang hantar pada kau! Rizal tak ada kena-mengena dengan hal ni!" Lisa menggelengkan kepalanya. "Tembelang dah pecah, nak salahkan orang lain, padahal diri sendiri tak betul! Itu boyfriend yang kau banggakan Rissa? Kau tolong bilang Mr Perfect kau tu, jangan pukul orang ikut sedap hati dia je! Negeri kita ni ada undang-undang tau!"

"Lisa, aku..."

"Dah lah, Rissa. Ada baiknya kalau kau jangan dekat lagi dengan Rizal. Entah apa lagi yang dia buat kat Rizal nanti. Oh, by the way, cakap dengan that  boyfriend of yours tu, tak payahlah takut, I think Marsha and Farizal looks good together." Lisa meninggalkan Arissa yang semakin tertekan itu. Sambil mengesat airmatanya, Arissa segera keluar dari situ.

Ketika keluar dari lif, tiba-tiba bahunya terlanggar bahu Marsha yang baru ingin masuk ke dalam.

"Arissa?"

Tanpa menjawab, Arissa terus berlalu dari situ. Tekanan emosi yang dihdapinya begitu berat baginya hari itu. Ingin rasanya dia terjun dari bangunan yang tinggi. Dengan kasut flatsnya dan jeans, Arissa mula berlari anak perlahan di tengah-tengah hingar-bingar kota. Jika inilah yang dikatakan gila memanglah dia sudah gila. Dia sudah tidak peduli lagi.

Dari kawasan hospital itu dia berlari hingga ke luar pusat membeli-belah sampailah dia tiba di sebuah perhentian bas barulah langkahnya terhenti. Staminanya sudah tidak sekuat dahulu, membuatnya mual. Bas  demi bas yang berlalu namun dia tidak peduli. Dia perlu bersendirian hari itu. Perasaannya semua serba tak kena.

Apabila dia tiba di rumah, dia menghempaskan dirinya ke atas katil namun matanya terpanah ke arah sekeping nota post-it yang tertampal bingkai komputernya. Dengan segera, dia bangun dari katilnya dan menarik post-it tersebut.

Macro-econs test - 5 august.

Arissa memandang ke arah kalendar 'The Walking Dead' nya.

Hari ini 4 ogos...Bererti...Alamak, esok ada ujian!!!

Tanpa membuang waktu, Arissa segera membuka buku ekonomiknya dan cuba memahami topik yang akan diuji esok. Parah...  dengan mental dan fizikalnya yang letih, satu haram pun dia tak faham. Pakai nampak, hafal sahajalah...Banyak pulak tu yang harus dihafalnya. Masak! Ni dah kira kes confirmed failure!

Arissa cuba mencari nota-nota bagi topik tersebut suapaya lebih mudah dicerna oleh fikirannya yang sudah tersendat dengan memori-memori yang tidak diperlunya. Sedang dia mencari nota-nota tersebut, dia terjumpa bungkusan kecil berisi pil yang diberikan oleh Reanna pagi tadi. Dengan minda dan tubuhnya yang letih, pil-pil kelihatan begitu berguna baginya sekarang...

3 comments:

  1. No ! Jangan makan that pil ! Please cik writer,jangan buat hidup arissa musnah :(

    ReplyDelete
  2. someone help her!!!! jgn ambil benda tu!

    ReplyDelete
  3. kenapa dh lama penulis tak menulis yer...tetiap hari buka blog ni tunggu episod seterusnya...

    ReplyDelete