Di ruang tunggu itu, setiap kenangan bersama Farizal sentiasa bermain di mata Arissa, membuatnya tidak berhenti menangis.Yang baik, yang buruk. Penyesalan sentiasa memburu perasaannya. Mata Farizal saat dia meminta maaf kepadanya pada malam dia memutuskan persahabatan mereka begitu sakit membunuh perasaannya dengan perlahan, dengan perlahan-lahan menoreh hatinya tanpa belas.
" aku cuma...Aku cuma tak nak dia sia-siakan kau je. Aku takut kau jatuh hati pada dia tapi dia tu cuma nak main-mainkan perasaan kau je. Tu sebab aku nak halang kau daripda jatuh cinta dengan buaya macam tu."
Begitu prihatinannya Farizal terhadap dirinya namun begitu kejamnya dirinya menolak nasihatnya.
"Arissa, apa yang dah jadi? Rizal mana?"
Tanpa disedarinya, Nek Jah telah pun tiba bersama Lisa dan Amir.
"Nek...Rissa tak tau nek. Tadi Rizal call Rissa, minta tolong. Bila Rissa datang je, Rizal dah terlantar dengan darah semua," Arissa yang tidak menahan sebak terus menangis. "Rizal tengah dirawat..."
Nek Jah menjadi lemah dan harus dipapah oleh Lisa ke kerusi. Amir mengambil kesempatan itu untuk bertanya lebih lanjut kepada Arissa.
"Apa yang dah jadi?"
"Aku...Aku tak tau, tapi aku rasa Rizal kena pukul." Tersedu-sedu Arissa menjawab.
"Teruk ke? Kau nampak siapa yang pukul dia?"
"Teruk jugak. Aku tak tau siapa yang sanggup pukul dia sampai macam tu sekali, aku tak percaya dia ada musuh. Aku betul-betul takut kalau ada apa-apa yang jadi kat dia..."
Amir menunduk. Dia juga risau akan keadaan sahabatnya itu. Tadi saat Arissa menelefonnya kedengarannya serius, namun dia tidak tahu seteruk apakah keadaan Farizal.
"Rissa, aku percaya Rizal tu kuat. Kita doakan supaya dia selamat. Itu je yang mampu kita buat."
Amir memandang keadaan Arissa yang basah kuyup dan mata yang sembab. Masih sayang gadis itu terhadap lelaki yang selalu utuh menyayanginya. Dalam hati dia berdoa agar sempat Farizal mengetahui bahawa orang yang disayanginya itu tidak pernah benar-benar membencinya.
Arissa bertekad, jika Farizal sedar nanti, dia akan meminta maaf dan mengakui kesemua kesalahannya. Dia tidak akan memaafkan dirinya sendiri jika sesuatu berlaku ke atas...Arissa menutup mulutnya. Tega dia befikiran begitu. Tidak! Tiada apa yang buruk yang akan berlaku pada Farizal, dia yakin. Lelaki itu kuat dan berani, seperti bagaimana dia jatuh di tempat tinggi ketika bermain papan gelungsur dan hanya lepas dengan lutut yang berdarah sahaja.
"Nah, minum ni."
Lisa menghulurkan secawan milo panas yang mungkin dibeli dari vending machine yang tersedia di kawasan hospital tersebut, namun Arissa tidak menerimanya. Lisa menghela nafasnya dan meletakkan minuman itu ke tepi,
"Kau mesti sejuk kan? Kau balik dululah, salin baju, rehat, nanti kalau ada apa-ap..."
"Tak. aku nak tunggu sini, sampai Rizal bangun!"
"Ya, aku tau, kau risaukan dia, tapi apa yang kita boleh buat sekarang? Dengan keadaan kau basah kuyup macam ni, nanti kau jatuh sakit pulak." Lisa mengelus lembut rambut Arissa yang basah.
"Takpelah, Lisa. Aku akan tunggu dia. Aku nak tunggu dia."
"Rissa, kau balik dululah. Kau tunggu kat sini pun tak boleh buat apa-apa. Let the doctors do their jobs, nanti kalau ada apa-apa kitorang call kau. Promise. Marilah, aku hantar kau balik," Kata Amir pula.
Arissa hanya terdiam, namun dia akur. Dengan keadaannya yang belum berganti pakaian dan fikirannya yang masih kusut, ada baiknya dia pulang sahaja.
"Yelah, tapi, korang mesti janji, kalau ada apa-apa, kau mesti beritahu aku secepat mungkin. Kalau dia dah sedar pun, tolonglah, call me," Kata Arissa yang berat hati ingin meninggalkan hospital tersebut.
Sewaktu dia dalam kereta Amir, masing-masing terdiam. Sudah beratus kali Arissa duduk di dalam kereta itu, tiada apa yang berubah, bauan wangi lavender dari jenama Air-Wick masih lagi menguasai kereta itu dan patung Kung Fu Panda masih lagi terduduk di hadapan cermin tersebut namun keadaan sahaja yang berubah. Dirinya dan Amir. Radio yang dipasangkan pun belum dapat mengisi ruang yang terasa begitu kosong.
"Aku menyesal." Kata Arissa tiba-tiba.
Amir tidak menjawab. Apa lagi yang hendak diperkatakan? Semuanya telah terjadi dan dia tiada kuasa untuk memutarkan waktu agar semuanya kembali seperti dulu. Terlalu banyak perkara yang terjadi dan terlalu banyak kata telah terungkap, takdir telah menghakimi jalan mereka dan semuanya telah pun berubah.
Arissa mula menangis membuatkan Amir rasa tidak selesa. Seumur hidup mereka bersahabat, dia tidak pernah melihat gadis itu menangis, namun realiti menyentuhnya -Arissa yang berada di sebelahnya itu bukanlah lagi Arissa yang pernah dikenalinya lagi. Arissa yang pernah menjadi sahabat baiknya dahulu telah hilang diculik oleh gadis asing yang berkulitkan sahabatnya: Wajah sama, namun berlainan sikap.
Dahlah tu. Kau pun dah tolong dia sedaya kau kan? Nasib baik kau datang cepat..."
"Bukan pasal tu. Aku menyesal dengan apa yang aku buat pada Rizal, pada korang selama ni." Arissa terhenti sebentar dan tersedu sebentar. "Aku menyesal sebab cakap sesuatu yang tak sepatutnya aku cakap pada dia. Kata-kata aku kejam sangat, Mir, I wish I could take it all back."
Amir melepaskan nafas yang panjang, kemudian dia menjawab, "Rissa, Rizal tu tak pernah marahkan kau. Memanglah dia sedih sebab kau...You know... Kata yang kau nak putuskan sahabat dengan dia. Tapi, aku nak kau tau, yang masa kau suruh dia jumpa kau tu, dia memang betul-betul pening kepala sampai tertidur, aku tau sebab dia kat rumah aku masa tu. Tapi, walau apa pun, dia tak pernah nak salahkan kau, Rissa. In fact, dia selalu salahkan diri dia sendiri. He cares so much about you."
Rasa bersalah yang lama kembali meghantuinya lagi. Arissa memberus rambutnya yang panjang sambil menggelengkan kepalanya kepalanya.
"Tak. Ni semua salah aku. Aku yang ego, aku yang selfish!"
Amir menghentiakan keretanya di hadapan rumah Arissa.
"Dah lah, Rissa. Semuanya dah jadi kan? Tak guna salahkan siapa-siapa. Sekarang ni, kau mesti penat. Pergilah rehat dulu, nanti kalau ada apa-apa pasal keadaan Rizal, I'll update you, okay?"
Arissa mengesat air matanya.
"Thanks, Amir. Aku jumpa kau besok kat hospital?"
Amir mengangguk dan memandang gadis itu keluar dari perut keretanya. Di dalam hati, dia harap dengan kesedaran Arissa, persahabatan mereka akan jadi seperti dulu kembali. Mungkin semua yang terjadi akan ada hikmahnya.
***
Arissa membuka matanya apabila telefon bimbitnya bunyi. Pierre. Dengan malasnya dia menjawab.
"Hello?"
"Hello, honey? Are you okay? Suara you serak je, are you sick?"
"Tak lah. Ada apa you call I ni?" Arissa memandang ke arah jam di dindingnya, sudah pukul 10.30 pagi. Dia menyelak selimutnya untuk bersiap-siap ke hospital.
"Kenapa I tak boleh call you? Semalam I tried calling you the whole day tapi you tak angkat pun. Riss, we really have to talk."
"Talk? About what? Macam mana you curang belakang I? Oh by the way, macam mana dengan Ex you tu? Or korang dah balik semula tapi I tak tau?"
"Itulah dia! This is just so like...You! You ni betul keras kepala tau! Riss, Listen up! Kita mesti jumpa and talk about this."
"Tak boleh. I ada hal." Kata Arissa segera.
"Can't it wait?"
"I ada hal pentinglah!"
"Apa yang lebih penting dari KITA?"
Arissa menggulingkan matanya. Malas betul ingin melayan sifat ego Pierre.
"Adalah. Lagipun yang cari masalah pun you kan?"
"There was never a problem in the first place! You je yang sangka bukan-bukan! She was an old friend."
Arissa menjeling. Muak betul mendengar hujah-hujah 'aku-tidak-bersalah' Pierre.
"And an old girlfriend. Itu point I okay? Kalau I berbual, bersembang dengan kawan lama I, you marah. And itu semua dengan ada you sekali! Sekarang, you keluar dengan EX GIRLFRIEND you, bersuap-suap, you expect me to not be angry?"
"That's different! You drag benda ni sampai lama-lama macam ni. I nak explain you tak nak dengar."
"You know what? Save it. I tak ada masa nak layan benda-benda macam ni sekarang okay? I gotta go. You fikirlah sendiri kenapa I harus marah!"
Dengan itu, Arissa menutup telefonnya. Sakit benar hatinya bila teringatkan apa yang tertulis di Personal messages akaun Facebook Pierre. Sudah terang-terang Pierre menduakannya dengan bekas kekasihnya yang dia kenali sebagai Elena Hasyim. Bukan main manis dan romantisnya. Grr.... Buat geram saja memikirkan itu semua. Arissa mengingat kembali tentang Farizal dan segera bersiap.
Saat dia memeriksa telefon bimbitnya, terdapat 2 panggilan tidak terjawab daripada Amir. Pasti ada berita Tentang Farizal. Dengan segera Arissa menelefon kembali.
"Hello, Amir? Amir, Rizal macam mana?"
"Rissa! Relax... Rizal okay. Dah bangun pun. Selain daripada muka macam Rocky Balboa dengan tangan kena simen, semua okay."
"Ohh... Syukurlah. Ermm...Kau kat mana sekarang ni?"
"Aku kat rumah, jap lagi aku datanglah. Kau... Nak pergi ke?"
"Umm...Ya...Lepas aku siap je nak geraklah ni."
"Okaylah, nanti kalau kita jumpa kat sana, jumpalah. Kau jangan risaulah, kau bukannya tak tau Si Rizal tu, kuat macam besi."
Arissa tertawa kecil. Dia sudah rasa lebih baik kini.
"Okay, see you then. Bye."
Setelah itu, hatinya rasa lebih lapang. Hatinya kembali ceria hingga dia dapat melupakan kemelut yang melanda antara dia dan Pierre. Heck, dia tidak peduli pun jika Pierre ingin mempunyai kekasih sebanyak 10 pun kerana itu bukan masalahnya kini. Dia hanya ingin cuba untuk memperbaiki kesalahannya terhadap Farizal dan teman-temannya yang lain.
Setelah bersiap, ibunya sedang sibuk menggoreng pisang goreng yag juga merupakan kegemaran Farizal.
"Rissa dah nak pergi hospital?" Tanya ibunya.
Arissa mengangguk sambil mengunyah sebiji pisang goreng yang kurang hangat. Melihat transformasi emosi Arissa daripada sedih dan tertekan semalam dengan keceriaannya pagi ini, ibunya sudah dapat mengagak, ini pasti khabar gembira tentang Farizal.
"Rizal, macam mana?"
"Amir kata, dia okay. Inilah Yang Rissa nak pergi jenguk dia sekejap lagi."
Ibunya tersenyum. Memang tepat sangkaannya.
"Baguslah itu. Hah, nanti, sebelum Rissa pergi, bawakanlah sikit Pisang Goreng ni untuk dia. Ibu kirim salam je lah, kalau ada kesempatan, nanti ibu jenguk dia." Ibunya membungkus sedikit pisang goreng tersebut di dalam Tupperware dan memberikannya kepada Arissa.
"Okay, Boss! Rissa pergi dululah." Arissa mencium tangan ibunya dan melompat hingga ke pintu luar, membuatkan ibunya tertawa kecil. Senang hatinya melihat sifat lama anaknya itu kembali.
Sepanjang ke hospital, Arissa memutarkan lagu yang lama tidak diputarkannya, lagu ceria daripada Green Day. Sisa hujan yang rintik dan jatuh ke rambutnya juga tidak membuatkannya rasa jengkel.
Sampai saja ke hospital dan mendapat tahu wad Farizal, Arissa terus melompat kecil hingga wad. Saat dia ingin membuka pintu wad tersebut, di balik cermin kaca, dia ternampak Marsha sudah pun berada di situ, sedang menyuapkan bubur ke mulut Farizal. Mereka kelihatan begitu ceria. Entah mengapa dia berasa cemburu melihat keadaan itu. Dia terhenti sebentar sebelum menoleh untuk berpatah balik kembali.
"Eh, Rissa! Baru datang ke? Tak nak masuk?"
Nek Jah yang kebetulan baru hendak masuk menegurnya.
"Nek... Takdelah. Ermm... Rissa baru nak masuklah ni cuma tadi Rissa terlupa barang tapi takpelah."
"Kalau macam tu, marilah masuk."
Saat mereka masuk, tawa menguasai ruang tersebut, membuat Arissa begitu kecil seperti semut. Dia juga merasakan seperti dia tidak seharusnya berada dis itu sekarang. Mood nya yang indah itu gelap semula, namun dia memaksakan dirinya untuk tersenyum. Kedatangannya di sini bukan tentang dirinya.
Kehadiran mereka membuat tawaan tersebut reda. Tiga mata -Arissa, Farizal dan Marsha bertentangan namun Arissa dengan cepat berpaling kerana tidak dapat menahan pandangan tersebut.
"Dah makan belum?" Tanya Nek Jah kepadamu yang masih terpandang Arissa yang tercegat.
"Hah? Err...Ni tengah makanlah ni." Kata Farizal.
Marsha menundukkan kepalanya. Dia tahu Farizal masih mencintai Arissa dan kehadiran gadis hanya akan mengingatkan lelaki itu betapa kuatnya rasa itu.
"Hai, Zal, Marsha." Tegur Arissa dengan lambaian kecil.
Wajah Farizal bengkak dengan matanya yang lebam dan mulutnya pula bengkak. Entah mengapa, tiba-tiba Arissa tertawa, membuatkan Farizal mengerutkan wajahnya kehairanan.
"Ke...Kenapa kau ketawa."
"Amir betul. Kau memang nampak macam Rocky Balboa."
Sebentuk senyuman perlahan-lahan merekah dari bibirnya. Tawa turut terlepas dari bibirnya yang bengkak. Sudah begitu lama dia merindui keceriaan di antara mereka. Merindui tawaan dari bibir mungil gadis itu.
"I'll take that as a compliment," ujar Farizal yang memang peminat francais filem Rocky.
"Laa... Kenapa tercegat je kat situ? Marilah duduk kat kerusi ni." Kata Nek Jah tiba-tiba membuat mereka sedar akan ada kehadiran orang lain di situ selain mereka berdua. Arissa menoleh ke arah Nek Jah.
"Umm... Takpelah, Nek, Arissa berdiri jelah."
"Rissa dah makan? Ni nenek bawakan bubur lebih ni."
Sebut tentang makanan, Arissa teringat tentang Pisang goreng yang dibawanya tadi.
"Dah...Tadi, sempatlah jamah sikit. Ibu Rissa ada buatkan pisang goreng. Umm...Ni Rissa ada bawak sikit. Dia kirim salam."
Arissa mengeluarkan Tupperware yang berisi pisang goreng tersebut dan meletakkannya di atas meja hidangan hadapan Farizal yang tersenyum.
"Thanks, Rissa."
"Err... Takpelah. Bukan akuq yang masak, ibu aku yang masak, aku cuma bawakkan je."
"I mean not just the food. Thanks for being there when I needed help."
Suasana senyap. Hati Marsha menjadi pilu tatkala melihat situasi tersebut.
"Erm... Rizal, I nak pergi toilet sekejap eh? You guys just go ahead and talk." Dengan itu, Marsha segera keluar dari bilik itu.
"Eh, nenek pun lupa. Nenek belum telefon lagi Mama Rizal. Mama pesan tadi, kalau Rizal dah sedar, dia suruh telefon, beritahu dia."
"Alah, tak payahlah, nek. Rizal dah okay lah."
"Tak boleh. Nenek dah janji dengan dia semalam. Takpelah, Rizal tunggu sekejap, Rissa tu kan ada. Manja pula dia." Nek Jah keluar daripada bilik itu untuk membuat panggilan, meninggalkan Arissa dan Farizal seorang.
"Kau amacam?" Tanya mereka serentak.
"Okay..." Jawab Arissa perlahan tanpa berani melihat mata Farizal.
"Aku macam nilah." Jawab Farizal pula.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya Arissa. Wajahnya serius. "Kau hutang Ah Long eh?"
"Eh, gila kau. Taklah, aku rasa ni kes mistaken identity lah. Kalau tak pun, ada orang yang dengki dengan kehenseman aku ni," kata Farizal sempat bergurau membuatkan Arissa menepuk tangan kanannya.
"Kau ni! Orang betul-betul, dia memain pula."
"Adoii! Kau pukul kat tangan aku yang patah ni? Aduh..."
Mendengar itu, Arissa menekup tangannya ke mulutnya.
"Alamak! Sorry, sorry! Aku tak perasanlah." Arissa menggosok tangan yang dipukulnya tadi.
"Aduh... Sakitnya." Farizal berpura-pura menutup matanya menahan sakit, namun dia mencuri panadang dengan sebelah matanya dan menikmati melihat Arissa yang kerisauan.
"Alamak... Apa nak buat ni? Nak aku call nurse?"
"Tak, jangan... Kiss aku je."
Tiba-tiba satu kesedaran menyelinap di kepala Arissa.
"Tangan Kiri kau yang patah, yang kau terjerit-jerit sakit ni pehal?" Arissa menarik telinga Farizal. "Oh dalam baik kau kenakan aku ehk? Kurang ajar betul! "
"Adoi... Sakitlah. Aku ni dahlah tangan kena balut, dahi kena plaster, kau nak tambah lagi plaster kat telinga aku?"
"Biar!"
Farizal tertawa. Arissa sahabatnya telah kembali!
"Betul kau tak tau siapa yang pukul kau?"
"Tak. Lantaklah. Janji aku hidup."
"Lantak, kau kata? Kau sepatutnya buat police report biar diorang kena sumbat dalam jel! Eee... Kalau aku dapat tahu siapa..."
"Dahlah tu! Aku dah okay kan sekarang?" Farizal memegang tangan Arissa membuatkan hati gadis itu seperti ingin meluncur keluar. Kali ini sentuhannya begitu hangat dan lembut, dan dia begitu selesa tidak seperti sentuhan Pierre. "Rissa, thanks. Kalau kau tak datang hari tu, aku tak tau apa yang akan jadi aku ni. Dan pasal apa yang jadi dulu aku nak minta maaf..."
Arissa meletakkan jari telunjuknya ke bibir Farizal. Air matanya berderai.
"No...Aku yang nak minta maaf. Aku yang salah. Arissa mengesat air matanya. Aku tak sepatutnya buat kau macam tu. Aku tak expect kau untuk maafkan aku tapi aku nak kau tau yang aku tak pernah hilang daripada rasa bersalah dengan apa yang aku dah buat pada kau."
"Hey, hey. Dah lah tu." Farizal mengesat air mata Arissa dengan hujung jarinya. "Aku tak pernah marahkan kau. Aku sayangkan kau, I mean you are like a baby brother I never had."
"Kurang ajar lah tu. Mulut dah bengkak pun masih jahat juga."
Farizal tersenyum sambil mengangkat bahunya.
"Eh, cakap punya cakap, buat aku laparlah. Pass aku pisang goreng yang kau bawak tu."
Arissa mengambil tupperware berisi pisang goreng yang dibawanya dan membukanya. Bau aroma pisang tersebut menyambut selera Farizal.
"Suapkanlah." Kata Farizal.
Manjalah tu. Saja mengada-ngada kan?" Pun begitu, Arissa menyuapkan juga pisang goreng tersebut ke dalam mulut Farizal.
"Sorry lah, sekarang aku dah dikategorikan sebagai OKU tau, Orang Kurang Upaya."
"Orang Kurang Upaya pun dah tau berdikari sekarang. Kau dah kira OKR, Orang Kurang Rajin atau bahasa literal nya, PEMALAS."
Mereka tertawa dan kebetulan pula, Marsha masuk ke dalam.
"Umm...Sorry Rizal, something just came out, I kena balik sekarang. Umm... I datang besok?"
"It's okay. Thanks, Sha."
"I balik dululah. Ermm... Bye." Dengan tergesa-gesa, Marsha meninggalkan mereka, tanpa sempat mereka membalas lambaiannya.
"Dia jealous." Kata Arissa pendek.
"Apa?"
"Marsha. Aku rasa dia jealous. Kau patut bilang dia yang kita tak ada apa-apa..."
"Nonsense. Buat apa dia nak jealous?"
"Duh, she's your girlfriend."
"Taklah. Merepek je kau ni."
"Tapi korang berdua semakin rapat kan? Kau suka dia?"
"Sebagai kawan yes. Lebih daripada tu, no.
Entah mengapa, di dalam hati Arissa gembira mendengar itu namun secepat rasa itu datang, secepat itu juga rasa bersalah terganti. Mengapa dia harus menghalang sahabatnya daripada mencari kebahagiannya sendiri? Dia sendiri hampir terlupa bahawa dia mempunyai kekasih pilihannya sendiri.
"Oh...Aku cuma rasa yang...Mungkin Marsha sukakan kau."
"Nah... Aku tetap akan anggap dia sebagai kawan." Jawab Farizal.
'Sebab ruang hati aku dah penuh dengan kau,' bisik hati Farizal. Hatinya kembali sayu. Apa boleh buat? Arissa tetap milik orang lain.
***
Dengan membawa bunga di tangannya, Iskandar datang menuju menemui Marsha yang sedang menunggunya, namun berbeza dengan wajah ceria Iskandar, wajah gadis masam sahaja.
"Hey, sayang. Sorry I lambat sikit, I bawakan bunga ni untuk..."
"Cut the crap will you?" Jawapan dingin daripada Marsha membuatkan Iskandar terkejut buat seketika. "You upah orang untuk pukul Farizal kan?"
"A...Apa?" Iskandar memandang Marsha dengan penuh tanda tanya di kepalanya.
"Sekarang ni, Farizal masuk hospital sebab ada orang pukul dia!"
"And you tuduh I?" Iskandar mengelengkan kepalanya. "You panggil I, datang jumpa you terus tiba-tiba you tuduh I sesuatu yang tak buat. You tak tanya I pun, you terus tuduh. Sha, I tak tahu-menahu pasal Farizal masuk hospital atau dia kena pukul."
"Then, kalau bukan you, siapa?"
"Manalah I tau! Pukul sembunyi macam ni, bukan cara I lah.I kalau nak lawan dengan orang tu, I'll make sure I berdepan dengan dia sendiri."
Marsha terdiam. Dari raut wajahnya, dia tahu untuk sekali di dalam hidupnya, Iskandar berkata jujur kali ini.
"I balik dululah." Kata Marsha.
"Sha... Kenapa cepat sangat?" Iskandar memegang tangan Marsha.
"I nak kena balik." Marsha melepaskan tangannya.
"Tak boleh ke you bagi I satu peluang lagi?"
"Peluang? Peluang apa lagi yang you nak? Dah banyak kali I maafkan you tapi you selalu kecewakan I. You buat I macam sampah you tau tak? Tak suka je, tangan you jalan. Sorry, Is, tapi hati I dah tak boleh lagi dengan you."
"Sayang, dengar dulu. Kita cuba dulu okay? I janji, kali ni, I takkan sia-siakan you. Please."
"No. I dah tetapkan hatikan untuk takkan balik dengan you lagi. Sepatutnya dah lam I tinggalkan you. Sudahlah, Is. Biarkan I pergi, I harap you jagalah cinta you yang baru dengan baik. Jangna ulang kesilapan you tu."
Marsha terus meninggalkan Iskandar yang masih memanggil namanya, namun dia masih hairan, kalau bukan Iskandar yang mengupah orang memukul Farizal siapa pula?
Iskandar menelefon Maya untuk memastikan hal yang baru didengarinya tadi? Farizal dipukul orang? Adakah mungkin itu adalah salah satu daripada rancangan Maya?
"Hello, Maya! Cuba kau cakap dengan aku, apa plan kau sebenarnya?"
"Oh, hello, Is. You jangan risaulah. Duit yang you bagi semua takkan disia-siakanlah. Plan kita runs smoothly."
"Kau upah orang untuk pukul Farizal eh?"
"Hah? Apa yang you mengarut ni? Takdelah! Kenapa you cakap macam tu?"
"Kau tau tak, Farizal kena pukul? Tadi, Marsha jumpa aku, tuduh aku yang pukul Farizal padahal aku tak tau pun apa yang jadi!"
"Farizal kena pukul? Aik? Bukan ke you patut happy? Yelah, setahu I, you bukannya suka pun dengan dia kan?"
"Memang pun aku tak suka dengan dia, tapi, tak pasal-pasal, Marsha makin benci pulak kat aku sebab dia ingatkan aku yang pukul kekasih hati dia tu!"
"Hmm... Whatever tapi pukul-memukul ni bukan part of the plan, okay?"
Iskandar menutup telefonnya. Kalau bukan Maya, siapa pula yang memukul Farizal?
***
"Pierre? Pierre Laurent?"
Farizal mengangkat bahunya sambil memuncungkan mulutnya.
"Masa tu pun aku dah separuh nyawa. Lambat sikit alamat kojollah aku. Tapi aku ada juga dengar sikit-sikit, nama Pierre, Mat rempit rambut karat tu yang cakap."
"Habis, kenapa kau tak nak buat police report?"
"Tak yah kecoh-kecoh ah. Malas aku nak layan benda-benda macam ni. Biar tuhan je lah yang balas perbuatan orang yang aniaya aku ni."
"Abis, kalau dia suruh orang pukul kau lagi?"
"Aku takkan lalu sana lagi. Sorang-sorang. "
Amir menarik nafas panjang. Beginilah sahabatnya, memang tidak pernah berdendam dengan orang.
"Terus, apa yang kau nak buat?"
Farizal terdiam, seperti memikirkan sesuatu.
"Aku dengan Arissa... Kitorang dah tak boleh macam dulu lagi. She's the reason why Pierre buat aku macam ni."
"Sebab?"
"Entahlah, Mir... Mungkin sebab aku pernah jumpa dia, cakap dengan jangan main-mainkan Arissa. Tapi, masa aku cakap tu, I mean well, bukannya nak rampas Arissa daripada dia ke apa..."
Amir menggelengkan kepalanya. Satu-persatu masalah yang menimpa sahabat-sahabatnya. Arissa baru sahaja ingin berbaik semula dengan sahabatnya dan dia tahu, betapa besarnya erti Arissa di dalam hidup Farizal.
"Arissa, Arissa... Bilalah kau nak sedar yang Pierre tu sebenarnya setan bertopengkan manusia?" Keluh Amir sendiri.
***
Dengan mata yang tajam seperti seekor helang, namun berhati-hati seperti seekor harimau yang memburu mangsanya, Ray menangkap gambar sepasang kekasih yang sedang mabuk dan berpelukan di kelab tersebut.
Tanpa menghiraukan kiri-kanan, bersahaja Pierre merangkul tubuh Emelyn dan mencium mulutnya berkali-kali, sebelum hilang entah ke mana.
Setelah itu, dia segera pergi daripada tempat itu sambil menggelengkan kepalanya memikirkan keruntuhan ahlak anak-anak Adam hari ini, hingga sanggup melangkaui batas-batas Islam. Memang, dia tidaklah sebaik mana pun, namun, tidak sekali, dia pernah menyentuh minuman yang diharamkan itu ataupun membawa mana-mana gadis untuk melakukan yang tidak sepatutnya. Kasihan Arissa. Dia pasti, gadis itu berbeza dan lelaki seperti Pierre memang tidak layak untuk mendampingi gadis sepertinya.
Setelah itu, dia menelefon Maya.
"Ray... So, how's Arissa? You dah buat dia jatuh cinta pada you?"
"Aku nak tarik diri." Kata Ray.
"Apa? No! You tak boleh buat macam tu, I dah bayar you banyak tau..."
"Sorry lah Maya. Arissa bukan macam perempuan yang aku sangka. Aku takkan buat apa yang kau suruh."
"Ray! You dengar sini baik-baik. Okay, kalau you teruskan dengan kerja you, I akan bayar you dua kali ganda. Come on Ray, I know, you desperate nak duit untuk your little photography workshop right? You tolong I, I can make your little dream come true."
"Dahlah Maya. Cukup. Aku dah tak nak kerja untuk Witch macam kau. Besok aku bagi balik semua duit yang kau dah bagi aku. Sikit pun tak naklah."
Ray menutup telefon bimbitnya dan menyesali dirinya sendri. Mengapalah dia sanggup untuk bersetuju untuk menganiaya orang lain hanya kerana perlukan duit untuk meraih cita-citanya? Tak berkat sekiranya dia menggunakan wang tersebut untuk membuka bengkel gambarnya sendiri kelak. Dia ingin mendail nombor Arissa namun berhenti buat seketika. Sanggupkah gadis itu meneima tamparan realiti yang mempermainkannya selama ini?
uwaaaa~~~~!!!!!!!!! JAHAT!!!!
ReplyDeletePIERE JAHAT!!!!
RIZAL KACAK+BAIK+MENAWAN+MACHO+PENYABAR!!!!
uwaaaa~~~~! NAK LAKI MCM RIZAL!!!!