Petang itu, Arissa, Farizal, Amir dan teman-teman lelaki mereka yang lain bermain bola di padang kampus, sekadar untuk meluangkan masa. Pada petang itu, seperti petang-petang biasa, Arissa dengan mahirnya menguasai bola, mengalahkan pemain-pemain lelaki di situ.
"Rissa, aku open," laung Farizal.
Arissa mengalihkan perhatiannya ke Farizal. Tiba-tiba Arissa terhenti mendadak tatkala terlihat Pierre melambai ke arahnya sambil tersenyum. Dia sedang duduk di bangku stadium penonton dengan 'pengawal-pengawal peribadinya'.
'Pehal pulak mamat sewel ni dok sengih kat aku sampai kat sini? Tak serik-serik ke? Ni kalau Rizal dengan Amir nampak ni mampus aku!' Bisik Arissa dalam hati.
Tidak semena-mena, dalam sibuk melayani lamunannya, bola yang dikuasainya dirampas oleh pasukan lawannya. Dalam sesaat, kemenangan 1-0 dimiliki oleh pihak lawan. Keluhan tidak puas hati membingitkan padang tersebut petang itu.
"Arissa! Kau kat mana tadi? Lala Land? Potong steam betullah lu!" Kata Amir.
"Entah! Tadi bagus-bagus kau lead, senang je kau bagi si botak tu rampas!" Kata Farizal pula menyokong Amir. Dia pun hairan mengapa Arissa tiba-tiba blur macam sotong, iyalah tadi ok je...
Arissa kembali ke bumi yang nyata dan mengalihkan perhatiannya kepada mereka sementara pihak lawan sedang bersorak kegembiraan.
"Yang korang bising-bising ni pesal? Ni kan cuma game je? Perangai jangan macam budak sekolah rendah boleh tak?" Kata Arissa sambil ke bangku penonton dan mencapai botol airnya. Sambil itu, dia mencuri pandang ke arah Pierre. Hilang! Mimpi ke dirinya tadi?
Arissa mencapai beg kasutnya dan berlalu ke locker, meninggalkan Farizal dan Amir yang sudah terpinga-pinga. Semenjak dua ini, sifat Arissa memang pelik, sensitif dan tidak boleh ditegur. Waktu mereka bermain bola pun, tidak pernah dia hilang kosentrasi, iyalah, kalau dia mempunyai sebarang masalah pun, tidak pernah sampai hilang fokus semasa permainan bola sepak atau sukan lainnya.
Semasa perjalanan ke bilik locker nya, Arissa terkejut apabila mendapati ada beberapa kertas di dinding yang tertulis 'love me Arissa'. Di sebelahnya pula, 'I Love You Arissa'. Dengan segera Arissa menarik kertas-kertas itu. Dengan segera dia berlalu ke locker sambil meronyokkan kertas tadi. Sedang dia berjalan, dia perasan ada dua orang lelaki yang lalu di sebelahnya tersengih-sengih sambil memandang ke arah kertas yang dironyokkan.
"Hell no!"
Arissa segera ke hadapan, menuju ke hadapan kemudian dia terhenti. Sepanjang tiang dinding ke locker, tertampal kertas-kertas serupa yang tertulis kata-kata seperti 'Pierre Loves Arissa', 'Love me Arissa' dan bermacam-macam lagi.
Kesemuanya Arissa koyakkan. Beberapa pelajar sibuk, ingin tahu tentang poster tersebut dan mendekati poster itu. Arissa menyelip ke antara mereka dan mengoyakkan poster itu dan segera berlalu dari situ. Tanpa membuang masa, dia mengoyakkan kesemua kertas itu dan buang ke dalam tong sampah. Tiba-tiba, dia lihat Pierre berdiri, memeluk tubuhnya dan memandangnya sambil tersenyum.
Arissa berhenti dengan apa yang dilakukannya dan mendekati lelaki itu dengan nafas yang tercungap-cungap dan muka yang merah.
"Apa yang kau buat ni?" Tanya Arissa dengan marah yang tertahan.
"Convincing you to fall in love with me. Confessing my feelings..." Kata Pierre dengan tenang. Dia suka lihat Arissa yang selalu cool dan tenang menggelabah seperti sekarang.
"Come again? Kau nak aku jatuh cinta pada kau? Guess what Einstein, kau dah buat aku lebih benci pada kau! Urghhh! Don't you ever get it? Untuk kali kesembilan ratus sembilan puluh sembilan kali, AKU TAK SUKA! Kau betul-betul buat aku gila tau tak?"
"Gila? Gila cinta? Or 'un amour fou' in French..." Bisik Pierre, membuat Arissa menggigil sedikit.
"Stay away from me!" kata Arissa hampir menjerit. Pierre tersenyum.
"Okay...Tapi I tak boleh janji untuk stay away forever." Dengan bersahaja, Pierre berlalu dengan tangannya diseluk ke dalam poketnya.
Arissa menenangkan dirinya dan ke locker, untuk mengambil tualanya untuk mandi.
"Kenapa aku tak terkejut?" Kata Arissa dengan wajah tanpa ekspresi seraya melihat sekuntum bunga ros di dalam lockernya. "Dia nak aku mandi bunga ke?"
Dia meninggalkan bunga tersebut dan segera ke tandas untuk mandi. Belum setapak dia masuk ke dalam, kedengaran bunyi gadis-gadis yang sedang mengumpat.
"For real? Kenapa hah, Pierre suka sangat dengan si Xena tu? Korang nampak tak posters tu semua?"
"Entah-entah dia pakai ilmu hitam tak? I mean Pierre TAK MUNGKIN jatuh cinta pada...Ughh! Maybe dia buat tu untuk buat Emelyn jealous...?"
"Untuk apa? Dia yang dump Em. Guys are weird."
Cheerleaders. Hmphh...fikir Arissa.
Arissa masuk ke tandas dengan bersahaja, malas mahu melayani gadis-gadis itu. Mereka semua memandang ke arahnya, lebih-lebih lagi Marsha.
"Well, well look who's here? Seriously, you fikir yang Pierre tu betul-betul cintakan kau?"
Arissa menghentikan langkahnya dan memandang lurus ke arah mereka.
"Mungkin." Kata Arissa mengangkat bahunya.
"Oh, purleasee. Honey, sorry to tell you this tapi kita cakap pasal PIERRE LAURENT. Jangan nak perasan okay? Dia tu cuma nak geramkan girlfriend dia, Emelyn so that she would come back to him...so... stay away from him if you know what's good for him." Kata Marsha dengan senyuman paling palsu.
"Beritahulah dia sendiri supaya jangan kejar aku. Penatlah asyik lari dari dia, sms yang dia bagi lain, surat cintalah, oh, tadi dia bagi bunga ros. Masih kat locker lagi. So, it would be nice of you kalau kau tolong bilang dia jangan kacau aku, kacau korang-korang yang desperate ni sudah ya?" Sengaja Arissa kata begitu untuk menggeramkan mereka. Dia masuk ke dalam tandas yang disediakan untuk mandi tanpa mempedulikan reaksi mereka.
"Hey! Mulut jangan celupar eh! Okay, we'll see! Berapa lama kau boleh bertahan dengan dia, urgh!" pekik Marsha dari luar.
Bertahan? Bertahan apanya? Arissa mengeluh. Apa masalah mereka? Pertama, dia BUKAN kekasih Pierre. Kedua, dia tidak suka pun pada Pierre! ARGHH! Gara-gara lelaki itu, hidupnya menjadi kucar-kacir.
Setelah mandi, Arissa keluar dan melihat Farizal dan Amir menunggunya di luar. Amir sedang tersengih-sengih melihatnya.
"Yang kau tersengih-sengih ni kenapa pula?" Tanya Arissa walaupun dia tahu jawapannya.
Amir hanya mengangkat tangannya yang memegang sehelai kertas merah jambu yang bertuliskan ' Arissa, Love me ~Pierre.'
Arissa mendekati Amr untik merampas kertas itu, namun Amir mengelak.
"Ha ha ha! Ada banyak pulak tu. Ada apa lagi yang dia kata? Oh... Pierre loves Arissa. Ha ha ha." kata Amir.
"Amir! Bagi tu kat aku! Kalau kau tak bagi, sumpah, aku pecahkan kepala kau!" Kata Arissa yang mengejar Amir yang sudah pun panjat di atas bangku yang terletak di situ.
"Ha ha ha! Pierre and Arissa sitting in a tree, K-I-S-S-I-N-G," Amir nyanyi lagu yang sering digunakan budak-budak kecil untuk mengusik.
"Diam Amir! Tak kelakar okay?" Kata Arissa.
Farizal hanya melihat gelagat mereka tanpa minat. Dia tidak mendapati semuanya lucu. Teman baiknya dikejar oleh Pierre? Lelaki yang paling dia tidak suka di dalam kampus itu.
"Oi? Korang tak nak balik ke? Aku balik sendirilah! Macam budak-budak."
Farizal pergi dari situ dan Amir turun dari bangku dan berhenti mengusik Arissa. Arissa mengambil kesempatan itu untuk menonjol dan menumbuk kasar tetapi tidak kuat ke perut Amir.
"Relax lah Zal." kata Amir.
Mereka mengejar langakh Farizal yang kian menjauh. Sepanjang jalan, Farizal diam sahaja. Tiba-tiba Amir memeriksa telefonnya yang berbunyi dan menepuk dahinya.
"Alamak, guys! Sorry aku lupa aku kena jumpa Lisa! Dia tengah tunggu aku, aku belah dulu pun cantik."
Terkocoh-kocoh Amir lari, meninggalkan mereka. Tinggallah Farizal dan Arissa yang senyap sahaja.
Mereka meninggalkan kawasan kampus dan terus berjalan pulang tanpa sepatah kata pun.
"Look, kalau kau masih marah pasal game tadi, aku minta maaf okay? Tapi tak payahlah nak drag sampai muncung muka dengan aku sepanjang hari." kata Arissa. Farizal hanya diam.
"Hello...? Aku berbual dengan kau, bukan dengan batu ke pokok!" sambung Arissa.
"Dah berapa lama si Mat salih celup tu kejar kau?"
"Apa?"
"Pierre Laurent lah. Duh."
"Tak, maksud aku, kau tak happy dengan kau pasal...Pierre?"
"Kau tak pernah sebut pun pasal dia suka kat kau pada kitorang? Benda ni mesti dah lama kan?"
"Apa pula? Baru seminggu..."
"Baru seminggu..." Kata Farizal mengangguk." Bila kau plan nak bilang kitorang?"
"Mesti ke? Aku tak bilang sebab typical Pierre, minggu ni dia suka aku, lain minggu dia tak kacau aku lagi, no biggie okay? Lagipun aku tak minat pun untuk jadi koleksi dia." Kata Arissa.
"Kenapa tak? Semua perempuan suka kat dia and anyway, ni dah minggu kedua dia masih nak tackle kau jadi dia mesti serious kan?" kata Farizal.
"So? To hell with him. Aku. Takkan. Suka. Dia." Kata Arissa yang semakin marah.
"Betul ke? Tipulah kau tak enjoy the chase. kalau tak kenapa masa main bola tadi kau asyik pandang je kat tempat spectators, sampai hilang focus semua. Dia mesti ada kat situ kan?"
"Apa yang kau fikir? Aku suka kat dia? Kan aku dah cakap aku tak suka dia! Tak suka, tak suka dan tak suka! Lagi pun apa yang kau peduli? Ada aku kisah Marsha gedik dari PPG yang aku benci giler tu suka kat kau?" Kali ini Arissa meninggikan suaranya.
"Apasal tiba-tiba pasal aku ni? Aku cakap pasal kau dengan serial playboy tu. He's a jerk!" Kata Farizal dengan penuh perasaan.
"Semua orang tahu tu. But what do I care, sebab aku memang tak suka kat dia. Langsung. Why are you being so emotional?"
"Sorry, aku cuma...Aku cuma tak nak dia sia-siakan kau je. Aku takut kau jatuh hati pada dia tapi dia tu cuma nak main-mainkan perasaan kau je. Tu sebab aku nak halang kau daripda jatuh cinya dengan buaya macam tu."
"Hey, percayalah. Aku tak akan jatuh cinta pada lelaki macam tu okay? And I think that's so sweet of you, trying to protect me," kata Arissa tersenyum.
"Dengar cakap aku ni, jantan macam Pierre tu buaya, sentiasa cari mangsa untuk dibaham."
"Yer... lah, Abang! Hai, nasib baiklah kau bukan abang kandung aku..." Kata Arissa sambil menumbuk dada Farizal yang keras dengan perlahan. Farizal tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, menunjukkan lesung pipitnya. Arissa suka akan senyuman itu.
"Belanja aku cendol, Rizal," kata Arissa.
"Aku order kau bayar," kata Farizal.
"Aku bayar pakai duit kau," jawab Arissa, membuatkan Farizal lebih tersenyum. Dia menyayangi Arissa yang degil dan tomboy ini dan dia tidak mahu gadis itu berubah walau seinci.
bersambung...
Saya memang minat menulis dan membaca novel, cerpen dan cereka. ini adalah cerita pertama saya so... i hope you guys will enjoy it. leave comments supaya saya dapat memperbaiki kelemahan yang ada ♥
Saturday, May 28, 2011
Sunday, May 8, 2011
Selamat tinggal Sneakers...8
Hari Isnin, seperti biasa, Arissa tiba dulu ke kampus sebelum Farizal dan Amir. Dia ke locker nya untuk menyimpan barang-barang untuk latihan bola sepaknya petang nanti. Apabila dia buka pintu locker nya, sehelai surat berwarna merah jambu jatuh di hadapannya. Dia menoleh ke kiri dan kanan, pasti tiada orang yang melihat, dia mengutip kertas itu. Ah... surat. Arissa mula membacanya.
Dear
Arissa...
We're all born in a world of doubt
But there's no doubt
I love you
with every breath that i am worth here on Earth
i'm sending all my love to you
and if you dare to second guess, you can rest
assured that all my love's for you
i cannot speak, i lost my voice,
speechless and redundant coz I love you's not
enough, i'm lost for words
I'll look for your eyes
To keep me inside
When everything dies
But one last sunrise
And when we stand there together not scared
I'll dry your last tear
And if you wait for me,
I'll be the light in the dark if you lose your way.
And if you wait for me,
I'll be your voice when you don't know what to say.
I'll be your shelter,
I'll be your fate.
I'll be forever,
wait for me.
I'll be the last train home
Love,
Pierre Laurent
Setelah membaca puisi tersebut, Arissa hanya berkedip buat beberapa saat. Dia tidak tahu harus tertawa atau mengoyakkan kertas itu dan mencampakkannya ke wajah Pierre.
Arissa menyimpan surat tersebut ke dalam poket seluarnya dan berlalu dari situ. Saat dia melalui ke ruangan belajar, dia terlihat Pierre dan kumpulan teman-teman 'High School Musical' nya sedang berbual. Ah. Tepat pada waktunya.
"Ehem."
Deheman lembut Arissa membuat mereka bertiga tertoleh. Mata mereka menggambarkan rasa terkejut dan teruja melihat kehadiran gadis itu di hadapan mereka. Arissa memaniskan wajahnya.
"Boleh saya jumpa awak, Pierre? Ada sesuatu yang saya nak cakap," Kata Arissa sambil mengeluarkan surat merah jambu tersebut untuk menunjukkan apa maksud kedatangannya.
Pierre tersenyum sambil memandang ke wajah Hazwan dan Daniel.
'Ada chance,' katanya kepada mereka tanpa mengeluarkan suara. Hazwan dan Daniel hanya 'menyalamnya' sebagai tanda ucapaan selamat berjaya.
Pierre bangun dari bangku tersebut dan mendekati Arissa. Hatinya berdebar-debar kerana inilah kali pertama mereka berdua berdiri begitu dekat. Bau segar antara Minyak wangi lelaki dan aftershave menguasai hidung Arissa. Mereka pergi ke tempat yang lebih terselindung daripada pandangan orang.
"Hey, Arissa. I see you dah dapat surat yang I bagi. Do you like it?"
Arissa tersenyum dan memandang ke mata Pierre. Wow. Tuhan... cantiknya matanya. Kecoklatan matanya lebih menyerlah dengan bantuan pancaran sinar matahari pagi yang mengalir lembut ke wajah pemuda kacak itu. Rambut pemuda itu semula jadi coklat pekat... Berhenti! Arissa mengalihkan perhatiannya kepada tujuan sebenar dia ke sini...Oh ya...
"Saya memang suka dengan kata-kata dari surat awak tu. Full of beautiful emotions and expressions. Surat yang awak bagi wangi lagi." Kemudian Arissa membaca melafazkan semula salah satu bait dari puisi yang telah diberikan kepadanya.
I'll look for your eyes
Eureka! Gadis itu nampaknya sudah jatuh ke genggamannya. Siap hafal surat lagi.
"I'm glad you like it. I tulis surat tu dengan you di fikiran I," kata Pierre dengan gaya ala-ala Edward Cullen nya. "You are my source of inspirations." Wajahnya semakin mendekati wajah Arissa membuat gadis itu semakin gementar. Suaranya seakan separuh membisik ke telinga Arissa, dan dia dapat merasakan nafasnya yang berbau peppermint. Berkata tentang Real Romance....
"I'm your source of inspirations? Tunggu dulu. Saya ingatkan lebih tepat kalau awak kata yang inspirasi sebenar dari surat tu adalah Billie Joe. Oh... Was it Ryan Key or Ryan Star?" Kata Arissa dengan wajah 'I-know-what-you-did.'
Wajah romantis Pierre segera bertukar daripada Edward Cullen ke Ron Weasley.
"Excuse me?"
"Well, if you must know, Mr Laurent, saya TAHU yang awak, tiru 'puisi' awak tu dari lirik lagu Green Day, Yellowcard dan Ryan Star."
"Apa?!" Wajah Pierre berkerut. Kemudian dia mengambil surat itu dari tangan Arissa dan membacanya sambil memberus ke tepian rambutnya ala-ala Cristiano Ronaldo untuk iklan syampu Clear. Urgh... Dalam keadaan meresahkan pun masih mahu mempertahankan keseksiannya.
"Very creative, Shakespeare," kata Arissa dengan nada menyindir. Kemudian dia berlalu dari situ.
"Arissa tunggu!" Pierre menarik lembut tetapi tegas lengan Arissa dengan mata yang memohon. Arissa memandang ke lengannya yang disentuh itu, membuatkan Pierre melepaskannya.
Arissa memeluk tubuhnya sambil menunggu apa yang ingin dikatakan oleh lelaki di hadapannya.
"Look, I'm sorry okay? Sebenarnya I tak tahu pun yang kata-kata tu semua dari lirik... er...band-band tu semua."
Kata-kata Pierre membuat Arissa membulatkan matanya.
"Jadi, surat tu bukan daripda kau pun?" Arissa menggelengkan kepalanya. "Pierre, Pierre, Pierre.You are pathetic aren't you? Macam mana awak pikat beribu-ribu perempuan selama ni hah? Nak pikat saya pun awak tak berani pakai kebolehan awak sendiri? Macam ni lah, Shakespeare, lain kali kalau awak nak pikat perempuan lain, buat orang tu jatuh cinta pada awak, bukan pada surat awak yang bodoh ni. Ingat, kalau saya nak terpikat pun, saya nak terpikat pada PIERRE LAURENT, bukan dengan surat, bukan dengan kereta, card credit awak , and certainly not sweet nothings."
Dengan itu, Arissa berlalu begitu sahaja tanpa menoleh lagi, meninggalkan Pierre dengan egonya yang tercalar. Inilah kali pertama dia ditolak oleh wanita. Inilah pertama kali dia dimalukan oleh wanita. Pierre melangkah longlai sambil menggelengkan kepalanya berjalan ke arah teman-temannya.
"Macam mana?" Tanya Hazwan.
Pierre menceritakan semuanya kepada mereka. Mereka berdua mendengarnya dengan rasa tidak percaya.
"Hell, no," Kata Daniel sementara Hazwan hanya tertawa.
Rasa kekalahan Pierre yang pertama: Arissa.
Masalahnya, gadis itu adalah seperti dadah buat dirinya. Semakin dia merasa, semakin ketagih. Semakin dingin gadis itu, semakin membara pula keinginnannya untuk memiliki gadis itu.
"In that case, apa kata kau lupakan dia cari yang lain. Atau balik pada Emelyn. End of story," Cadang Daniel.
"That means aku mengaku kalah sebelum mencuba, sesuatu yang tidak akan aku buat. Lagipun sebulan belum habis," kata Pierre.
Memang... Melihatkan keadaannya, 2 minggu untuk memikat seorang wanita bagi Pierre memang terlalu lama yand dimana standard time nya selalu lima minit.
Pierre mengambil surat tadi dan menggelengkan kepalanya.
"Celaka punya Hakim! Mati-mati aku ingatkan ni original tulisan dia, rupa-rupanya...Hampeh!" Kemudian dia mengambil begnya dan bangun.
"Dude, kau nak pergi mana?" Tanya Daniel.
Pierre hanya pergi tanpa berkata apa-apa. Dia menuju ke kantin dan melihat Hakim sedang bermain gitar dan bernyanyi dengan suara sumbang.
"Kim, aku nak cakap sikit." Kata Pierre, wajah tidak begitu gembira.
"Pierre... Macam mana? Okay? Dia suka? Apa dia... Oh..." Hakim terdiam sebentar tatkala melihat wajah Pierre yang marah.
"What crap did you just gave me? Dia tahu yang ini bukan original. Thanks for nothing, Shakespeare."
Kini wajah Hakim pula berkerut. Hakim memang selalu 'membantu' lelaki di kolej itu untuk memberikan mereka ayat-ayat power sebagi surat untuk diberikan kepada gadis yang igin mereka pikat. Selalunya tidak pernah ada masalah.
"Oh no... Itu tak mungkin. Kau bagi kat perempuan ke lelaki? Firstly, aku tak pernah busted, secondly sebab aku tak pernah repeat verse lirik lagu yang aku copy and thirdly, aku copy verse dari lagu-lagu yang perempuan tak dengar. So..."
"Sotong! Yang ni dengar! tak pasal-pasal aku dimalukan!"
Hakim mengetepikan gitarnya.
"Tunggu jap! Ni perempuan mana pula ni?"
Pierre menghela nafasnya. Dengan ragu-ragu, dia menjawab tanpa berani memandang Hakim.
"Nama dia... Arissa."
Hakim yang jelas-jelas terkejut beruk, tersentak.
"Arissa? Arissa Kamal? Striker pasukan bola wanita kampus kita ni?" Setiap soalan yang terpacul di mulutnya dijawab oleh anggukan dari Pierre. "Are you out of your mind? Apa steam pula kau nakkan si Rissa tu?"
Kini giliran Pierre pula terkejut.
"Kau kenal Arissa?"
"Dia salah satu daripada geng kaki lepak aku, kitorang kalau tak tengok bola, main skateboard," kata Hakim.
"Arissa main skateboard?"
"Yup! Hmm... Aku rasa kau ni bukann lelaki type dia lah. Baik kau lupakan jelah dia tu."
Pierre tidak mampu berkata apa-apa. Namun di dalam hatinya dia berniat untuk terus mendapatkan gadis itu.
"Oh well, kita tengok aje nanti. Take my word, sekali dia dah dapatkan aku, dia takkan nak lepaskan." kata Pierre.
"Suka hati kaulah. Jangan cakap aku tak warn kau!" Kata Hakim.

“S
Sunday, May 1, 2011
Selamat tinggal Sneakers...7
Petang Jumaat, seperti biasa, selepas habis waktu pelajaran, seperti biasa, Arissa, Farizal dan Amir lepak di rumah Farizal untuk 'Movie Appreciation Day,' seperti yang selalu diingatkan oleh Amir.
"Penting tau, menghargai movie-movie ni semua. Tiap-tiap tahun berpuluh filem keluar, jadi janganlah kita lupa yang lama, lebih-lebih lagi kalau yang berkualiti," kata Amir.
Mereka semua tidak ada masalah dengan cadangan itu, malah, mereka nikmati dan selalu tidak sabar untuk hari Jumaat, begitu meriah dengan makanan-makanan ringan...cuma... yang tidak mereka gemar adalah filem yang selalu menjadi pilihan Amir.
Amir gemar memilih filem-filem yang bertemakan cinta, romansa atau sedih (The Notebook, A Walk to remember, The last Song).Bukannya mereka tidak menghargai filem bertemakan sebegitu, cuma Arissa dan Farizal kurang gemarkan cerita sebegitu. Arissa lebih gemarkan cerita epik, superhero,atau seram, sementara Farizal pula suka filem aksi atau komedi, yang Arissa masih boleh tonton.
Dan minggu ini Amir pula yang menentukan, cerita apa yang harus mereka tontoni.
" Kita tengok cerita Titanic!" Kata Amir, seperti ianya adalah filem yang terhebat di dunia ini.
"Hahhhh!!? Lagi...? Mir...Pilihlah cerita lain..." Keluh Arissa.
"Apa pula? Last week, aku protes kau pilih White Chicks kau buat bodoh?" kata Amir.
"Tapi Titanic? Lagi? Kita dah tengok sebanyak 5 kali!"
"6," celah Farizal.
"Titanic atau Twilight?" Kata Amir lagi.
"Last time kau pilih cerita Twilight!" Protes Farizal.
"Jadi... Titanic it is."
Dengan itu, Amir memasangkan filem Titanic sementara Arissa dan Farizal pasrah.
"Kau tau tak, aku lebih rela dia pilih cerita The Notebook or something." Bisik Arissa kepada Farizal.
Filem pun bermula dan mereka pun mula membuka keropok sambil menonton. Seketika kemudian, nenek Farizal, Nek Jah, masuk dan menjenguk ke dalam bilik itu.
"Hah, tengok baik-baik, jangan melencong buat benda lain sudah..." gurau nek Jah.
"Melencong apa pula nek?" kata Arissa.
" Iyalah, awak tu perempuan, dengan dua lelaki dalam satu bilik...." kata nek Jah lagi.
"Eh, jangan bimbanglah nek, dengan Arissa ni Amir langsung tak berselera. Gerenti selamat." Kata Amir.
"Ah, dah mula dah, mulut tak berinsurance dia tu. Nenek ada cili padi tak, biar Rissa lumur kat mulut dia!" Kemudian, Arissa hempuk wajah Amir dengan bantal guling yang terdapat di katil Farizal.
"Adoi! Sakitlah! Kasarlah kau Arissa! Cuba kau lebihkan tengok filem gini-gini... hah... tengok, gaya wanita sejati yang lemah-lembut macam mana. Kalau tak, tak berboyfriendlah kau alamatnya." Bebel Amir membuat Arissa menepuk lengannya berkali-kali.
"Sudahlah tu. Arissa, betul juga kata Amir tu. Rissa kan perempuan, tak baik kasar-kasar macam tu." kata Nek Jah. Arissa hanya menjuihkan bibirnya sambil makan keropok.
" Dahlah, releklah, kecoh ah kau Mir! Sebelum aku buka cerita lain, lebih baik kau diam tengok," celah Farizal.
"Hmm... Nenek nak siapkan makanan dulu, nanti boleh makan sama. Hari ni nenek masak ayam masak lemak cilik api."
"Yes...ah! Nenek, you are the best," kata Arissa, membuat nek Jah menggelengkan kepalanya namun tersenyum.
Arissa dan Amir sudah dia anggap seperti cucu-cucunya sendiri. Semenjak mereka berdua berkawan baik dengan cucunya sendiri, Farizal, mereka sering menyerikan rumahnya dengan keletah dan gurau senda mereka, cuma Nek Jah terkadang rasa seperti dia mempunyai 3 cucu lelaki.
Arissa memang kasar tetapi baik orangnya. Dia tinggal di blok sebelah rumah pangsa itu jadi memang sering dia ke sana untuk menemani nek Jah bercerita atau kadang-kadang tolong mengurut kaki dan bahunya. Adiknya Shafiq juga rajin ke sana, kadang-kadang membantu nek Jah untuk ke kedai.
Kadangkala, Nek Jah ada simpan angan untuk melihat Farizal dan Arissa bersatu.
"Eee... Tak naklah, nek! Arissa tu bukannya jenis yang suka cinta-cinta ni semua! Arissa tu bestfriend Rizal jelah, takde maknanyalah cinta-cinta ni semua," kata Farizal satu hari apabila ditanya oleh Nek jah.
Hai... Orang dah tak suka, takkanlah dia pula yang ingin lebih-lebih.
Di dalam, semasa mereka menonton, Arissa tidak berhenti daripada berfikir tentang Marsha dan Farizal. Iyalah, semakin hari, semakin ligat pula Marsha memendekati Farizal. Baru semalam Marsha mengajak Farizal ke rumahnya untuk hari ulang tahunnya yang akan diadakan Sabtu hadapan.
"Zal, next week kau pergi party Marsha?" Tanya Arissa.
"Entah. Korang pergi tak?" Kata Farizal sambil memakan keropok Pringles dengan bising.
"Shh....Best part," kata Amir, yang masih terlekat pada skrin televisyen.
"HONEY, Kau sorang je yang invited. Aku ngan Amir tak." Kata Arissa.
"Then aku tak pergilah." jawab Farizal selamba.
"Pelik kan, tetiba dia jemput kau? Maksud aku, party PPG ni semua selalu untuk orang-orang tertentu je. Zal, aku rasa kan, dia suka kau."
Farizal memandang ke wajah Arissa kemudian dia tertawa.
"Are you kidding me? Marsha? Suka aku? Tak mungkinlah. Kalau dia suka si Pierre mat salih celup yang kerek tu aku percayalah." kata Farizal.
Mendengar nama Pierre disebut tiba-tiba jantung Arissa berdebar-debar, namun ditahan juga. Farizal dan Amir masih belum tahu lagi tentang sifat pelik Pierre yang seperti ingin memikatnya.
"Pierre laurent? Eherm... er... Sebenarnya, Zal, aku pernah dengar Marsha cakap yang dia sukakan kau." kata Arissa dengan berat hati.
"Marsha tu siapa yang dia tak suka? Apek jual air kat kantin pun dia suka," celah Amir.
"Really? Maybe dia cuma cakap je, takde maksud apa-apa, alah macam kau ada crush dengan budak senior yang dah graduate tu lah, siapa nama dia? Rohaimi?" kata Farizal.
"Itu lain. Itu cuma crush dari jauh, aku tak berbual dengan dia pun. Ini dah sampai menyendeng kat kau 24 jam, tanya itu, tanya ini, sukalah tu."
"Nah...Aku tak fikirlah. Lagipun, Ex boyfriend dia semua sejenis... Macam... siapa mat salih celup kerek tu?"
"Pierre Laurent?" kata Arissa. Tiba-tiba suaranya seperti anak kucing tercekik tulang ikan.
"Ha! Aku ni way out of her league. Kau tanya aku ni pesal? Jealous?"
"Eh, takde maknalah aku nak jealous. Jantan macam kau ni berlambak aku boleh cari kat luar. " Kata Arissa sambil mengibas rambutnya.
"Dah tu, carilah. Jangan bawa balik duda anak sepuluh sudah." kata Farizal tertawa kecil.
"Duda anak seratus pun belum tentu nakkan dia Zal! Tomboy!" kata Amir tiba-tiba.
"Menyibuklah tu. Eh, aku pun tak heranlah duda anak seratus ke seribu, aku kalau pilih boyfriend mesti yang senonoh sikit. Yang pasti bukan macam korang." kata Arissa sambil menjeling dan makan coklat Snickers.
Farizal merampas coklat itu daripadanya dan gigit hampir setengah sebelum ia dirampas kembali oleh Arissa.
"Masalahnya, sedangkan kita-kita yang hina ni pun nak girlfriend yang feminin apa lagi kalau lelaki yang high standard. Who do you expect? Keanu Reeves?"
Arissa hanya terdiam. Padahal korang belum tau lagi, bisik hatinya. Kita tengok nanti...
***
Malam itu, Arissa tidak dapat lelapkan matanya. Semua orang memperlekehkan sifat kasarnya. Dia tahulah yang dia tidak seperti gadis-gadis yang biasa; bersolek, berdandan, lemah lembut, tetapi dia begitu gembira dengan keadaan dirinya. Rimas pula dia apabila selalu ditegur oleh kerana caranya. Ibunya juga selalu membebel tentang pilihan bajunya.
"Cubalah pakai cantik-cantik sikit. Beribu-ribu pakaian yang cantik kat kedai T-Shirt dengan Jeans ni juga yang kau sarungkan. Arissa, Arissa! Sampai bila kau nak macam ni? Lama-lama nanti, susah nak cari boyfriend tau," Arissa terkenangkan kata-kata ibunya.
Bagaimana jika ayahnya masih hidup? Adakah dia juga tidak senang akan caranya?
Arissa mengeluh. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia melihat skrin yang menunjukkan ada satu pesanan ringkas daripada nombor yang tidak dikenalinya. Dia segera buka dan baca.
'In darkest sky in the loneliest night, I'll be the star that shines for you.
I'll tuck you in, with the sweetest dream,
in a bed of roses that effloresce love,
Goodnight, sleep tight,
I'll be watching over you with the shiniest sparkle.'
"Ni mat jiwang karat mana pula tersalah hantar?" Kata Arissa sendirian.
Dia membiarkan sahaja mesej itu tanpa terjawab dan melelapkan matanya. Beberapa minit kemudian, telefon bimbitnya berbunyi lagi.
'Goodnight Arissa. You'll be in my dreams, always ;)'
Arissa memeriksa pengirimnya. Dari nombor yang sama! Siapa pula yang menghantar mesej jiwang ini untuknya? Matanya terbuka luas. Pesanan itu jelas-jelas untuknya. Jangan-jangan, Farizal atau Amir yang ingin mempermainkannya! Dia segera menelefon Farizal yang dia tahu ada dengan Amir memandangkan Amir tidur di situ malam itu. Setelah beberapa deringan, barulah telefon dijawab.
"Hmm...? Ada apa malam-malam telefon?" kata Farizal yang suara mengantuk.
"Ada apa konon! Oi, jangan nak main-mainlah! korang hantar sms kat aku tadi kan?"
"SMS mendenya pukul 1 pagi ni? Rissa... kau ngigau eh? Pergi basuh kaki aku nak tidur. Bye..." Telefon segera ditutup.
Arissa tahu benar Farizal sudah tidur melalui suaranya. Kalau dia sedang tidur, memang dia paling tidak gemar diganggu. Kalau Amir pula, bom meletup pun belum tentu dia sedar. Kini mesej itu menjadi satu misteri buatnya. Atas dasar ingin tahu, Arissa membalas pesanan tersebut.
Arissa: Who r u?
beberapa minit kemudian, pertanyaannya terjawab.
'Remember me? I'm Pierre.'
"What the -? Macam mana pula mat salih celup ni dapat nombor aku?"
Arissa:Hw do u get my no?
Pierre: I hv my ways. U fascinate me, Arissa. I jz hv 2 gt to noe u.
Eww. Uwekk!Uwekk! Macam nak muntah isi perut Arissa, namun dalam hati teruja juga. Iyalah siapa yang tidak suka bila dirinya dipuja oleh lelaki sekacak Pierre Laurent.
Arissa: r u drunk?
Pierre: As sober as can be. Arissa... knp u jauhkan diri drpda I? U ingtkan I hantu?
Arissa: u hantu ke?
Pierre: I wish, jd I leh terbang kat tmpt u skg :p
Arissa: tlg jgn. apsl u sms i ni?
Pierre: lyk i've said. I lyk u Arissa. u fascinate me.
Arissa: x masuk akal. Kt x kenal each other pun.
Pierre: nt nw, bt soon enuff.
Arissa: lol. wateva. i think u r confused. Jgn lupe, pegi dr, check ade screw longgar x.
Pierre: gdnite love.
Arissa terkesima. Kemudian dia menampar pipinya sendiri. Setahunya, dia tidak bermimpi. 'Gdnite love?' Hmm...Memanglah Arissa berbesar hati kerana dirinya dipuja oleh lelaki seperti Pierre namun untuk jatuh kepadanya? Maaflah, dia bukan seperti gadis-gadis yang mudah tewas dengan kata-kata lembut yang keluar dari mulut lelaki buaya darat seperti Pierre, walaupun lelaki itu memang kacak, fikir Arissa sebelum kembali ke alam mimpi.

Subscribe to:
Posts (Atom)