Saturday, April 28, 2012

Selamat Tinggal Sneakers...31

Saat ibu Arissa masuk ke biliknya, dia menggelengkan kepalanya melihat biliknya yang berselerak dan tidak terurus. Baju-baju dan seluarnya bertaburan di merata-rata tempat dan ada secawan kopi yang tidak dihabiskan tidak diangkat di meja kerjanya.

"Hai...Rissa, Rissa. Aku ingatkan kalau dah lebih 'perempuan' tu, perangai pun semakin kemas, ini tidak, berselerak!" Bebel ibunya sendiri.

Ibunya mula dengan mengutip kain baju yang bertaburan untuk dicuci. Buku-bukunya pun banyak yang tidak teratur, yang ada di bawah tepi katilnya, soalnya tidak teratur. Sedang dia mengangkat buku-buku tersebut, tiba-tiba sekeping -dua keping -gambar terkeluar daripada salah satu daripada buku tersebut. Saat ibunya memandang gambar pertama, dia mendapati bahawa ia adalah gambar anak gadisnya bersama seorang lelaki yang berwajah kacukan orang barat. Kacak orangnya, mungkinkah ini kekasih anaknya? Sebab itulah beriya-iya ingin berubah penampilan.

Setelah itu, dia melihat ke gambar kedua pula namun ia membuatnya hairan.

"Aik, kenapa gambar Si Rizal ni ada sekali pula?"

Ibunya tahu anak gadisnya itu berkawan baik dengan Farizal namun dia tidak berapa pasti pula sejauh mana hubungan mereka. Pun begitu, dia tidak yakin mereka berdua ada apa-apa hubungan istimewa selain teman baik. Dia menyelipkan semula gambar-gambar tersebut ke dalam buku tadi untuk meneruskan kerjanya untuk mengemas yang tertunda tadi.

Dia ke meja kerja anaknya untuk mengangkat cawan tadi apabila sesuatu menarik perhatiannya. Di sebelah komputer dia atas meja itu, terdapat sebuah bungkusan plastik kecil. Apabila dia mengambil dan mengamatinya, dia mendapati ianya mengandungi beberapa biji pil yang bermacam-macam warna. Naluri keibuannya kuat mengatakan bahawa ia bukanlah pil biasa.

                                                                                     ***

Emelyn menawarkan segelas jus oren kepada Arissa yang sedang marah saat dia menceritakan tentang kecurangan Pierre.

"Hmm...Biasalah tu. Masih tak berubah Pierre tu. You know, I kinda expected that he'll cheat on you eventually," kata Emelyn selamba.

"Maksud you?"

"Arissa, Arissa. That's just him. He does it all the time. Once a cheater, always a cheater. I mean, what do you expect? You ingatkan dia akan tukar cara hidup dia yang buaya tu just because you suruh? Not in a million years. I kenal Pierre tu okay, ego dia tu lebih besar daripada dunia boleh tanggung tau tak?"

"Em, apa yang you cuba nak cakapkan ni?"

"Ditch him! Tak guna you simpan lagi lelaki macam tu!"

"Entahlah Em... I tak tau...Pening kepala I fikirkan semua ni."

Perempuan bodoh. Itulah yang difikirkan oleh Emelyn saat melihat Arissa yang masih terdiam seakan-akan menimbangkan sesuatu.

"Dahlah, apa kita kita rest the case sekejap? Malam ni, kita have fun with the girls. Kita lupakan masalah-masalah ni semua and dance our heart away. Macam mana?"

Arissa yang sedang tiada mood untuk membantah pun hanya mengangkat bahunya. Fikirannya sedang berserabut kini, memikirkan Pierre yang menduakannya, pelajarannya yang semakin merosot dan Farizal yang entah mengapa seperti ingin menjauhkan diri daripadanya.

"Great. Jomlah, I akan transform you into a superstar tonight!"

Dengan itu, Emelyn mengajak Arissa ke biliknya dan membuatnya mencuba pakaian-pakaiannya. Setelah beberapa pakaian kemudian, mereka memilih LBD berlengan panjang dengan les di bahagian atasnya. Untuk melengkapkan gaya itu, Emelyn menyolekkannya dengan gaya smokey eyes yang seksi dan menggayakan rambutnya dengan curler.

"There, you look stunning!" Kata Emelyn yang menggayakan asymmetrical dress atau dress yang hanya kodong sebelah yang sangat pendek.

Malam itu mereka ke sebuah kelab. Emelyn dan rakan-rakannya mengajaknya untuk menari bersama mereka namun Arissa menolak dan memilih duduk di stool bar. Muzik yang berdentum masih belum berjaya meredam bebanan di kepalanya.

"Shirley temple please." Pesan Arissa. Minuman itu sahaja yang dia tahu tidak mengandungi alkohol.

"Arissa?"

Mendengar namanya dipanggil, Arissa mendongak dan mendapati bartender dihadapannya tersenyum ke arahnya. Di tempat yang gelap itu Arissa harus menyepetkan matanya sebelum mengenali pemuda yang melambai kepadanya.

"James? Hi!"

Ternyata, bartender tersebut adalah James, salah satu daripada teman yang bermain bola dengan dia dan Farizal tidak berapa lama dahulu. Kini dia sudah graduate dan dengan itu, mereka sudah lama tidak lama bertemu.

"So, it's true then. I mean I saw you on the magazine and all but look at you! Dah cantik sekarang naik segan aku." Kata James yang berketurunan Baba.

"Yelah tu!" Kata Arissa yang malu walaupun gembira. "Kau macam mana, okay?"

James mengangkat bahunya.

"I survived. Aku try untuk hidup sendiri. Sekarang pun aku baru pindah daripada rumah parents aku. Nanti-nantilah baru aku cari real job. Hey, by the way, apa khabar Farizal?"

Mendengar nama Farizal, wajah Arissa sedikit tegang. Apa khabarnya? Dia sendiri tertanya-tanya.

"Okay..." Itu sahaja yang mampu dia jawab. Malu rasanya untuk menceritakan kepada James apa yanng terjadi dia antara mereka.

James menyediakan minumannya sebelum kembali berbual sebentar dengan Arissa.

"Minumlah. This one's on the house," kata James perlahan sambil mengenyitkan matanya, membuatkan Arissa tersenyum dan mengucapkan terima kasih tanpa mengeluarkan suara.

"Ahh...Arissa! Tu pun you, leshh hef fuuuhhnn. Jom lah dance..." Kata Emelyn yang tiba-tiba datang dengan keadaan mabuk. James hanya mengangkat keningnya sahaja sebelum berlalu membuat kerjanya.

" Umm... takpelah.  I tak tau macam mana..."

"Oh...Come on! Lagu tengah best ni!! Come On, I'll teach you!" Emelyn menarik tangannya. "Whoop..."

Arissa tidak selesa dengan keadaan di situ. Dengan beratus orang di kelab yang gelap itu, boleh sahaja dia hilang di dalam ramai. Saat semua orangn menari, Arissa cuma berdiri seperti orang bodoh. Banyak lelaki yang memandangnya seperti ingin telan.

Dengan segera, Arissa cuba pergi dari situ melanggar tubuh-tubuh yang asyik menari. Sedang dia merempuh para penari-penari di situ, tiba-tiba hidungnya disiku oleh salah satu daripada mereka dengan kuat.

"Ouhhh..." Adunya kuat.

Para pelakunya terdengar dan menoleh sementara Arissa mendongakkan kepalanya. Sesaat, mata mereka bertentangan tanpa kata. Masing-masing  ingin memastikan apa yang mereka lihat pada detik itu.

Arissa menggelengkan kepalanya sebelum berlalu dari situ, tangan di hidungnya.

"Arissa!"

Pierre melepaskan wanita yang dipeluknya untuk mengejar gadis itu. Dia tidak sangka, mereka boleh bertemu malam itu, di situ! Arissa tidak pernah ke kelab, kenapa pula dia ada di situ malam itu?

Arissa berlari hingga dia berjaya keluar dari tempat itu, diikuti oleh Pierre.

"Stop, Arissa, please."

Entah mengapa, Arissa mengambil keputusan untuk berhenti kali ini, walaupun dia tahu apa yang ingin dijelaskan oleh Pierre nanti hanyalah dusta semata-mata.

"Sayang... Dengarkan I, please..."

Arissa berdiri sambil menyilangkan tangannya di tubuhnya. Bunyi kuat dentuman kelab di dalam bagaikan rentak jantungnya yang kini tidak keruan. Dirinya sendiri tidak tahu apa yang dirasakannya ketika itu.

"Okay... Apa yang you nampak tu, bukan apa yang you sangkakan."

Arissa menarik nafasnya.

"Pierre... Entahlah. I rasa macam dah tak kisahlah. Apa yang you nak buat, buatlah. Ikut suka hati you lah. I tak ada hak nak halang you pun."

"Shhh...Honey please...Tolong jangan cakap macam tu, okay sayang?"

Pierre mengambil tangan Arissa namun tangan gadis itu segera melepaskannya seolah-olah tersentuh api yang panas.

"Pierre, I dah buat keputusan dan I rasa ini yang terbaik buat kita."

Sedikit-sebanyak, Pierre dapat menjangkakan apa yang ingin dikatakan oleh Arissa, membuatnya takut.

"No, Arissa. Please. Okay, I janji, I akan berubah. I tak akan buat you sedih lagi, okay? Please Arissa, jangan tinggalkan I."

Tanpa disangka, Pierre mula menangis. Dia memberus tepian rambutnya seolah-olah menyesal dengan apa yang telah dilakukan olehnya. Arissa hanya terdiam kaku, tidak tahu apa yang harus dilakukan olehnya.

"Pierre, you are drunk."

"Riss...Kalau you tinggalkan I, I...Dah tak ada siapa-siapa lagi dalam hidup I. I...I'm so lonely, Arissa. You jauhkan diri dari I. My parents are divorcing... I tak tau apa nak buat lagi."

Arissa menekupkan mulutnya. Rasa bersalah mula menyelinap di dalam jiwanya. Ekoran egonya, dia lupa untuk melihat orang di sekelilingnya, gagal untuk mengambil tahu masalah orang yang disayanginya. Dengan itu, dia meraih tangan lelaki itu.

"Pierre...I'm sorry. I tak tau..."

"I know i'm not good enough for you, Riss, tapi I'm begging you, please. Please jangan tinggalkan I."

Arissa mengesat air mata lelaki itu dengan hujung jarinya. Kasihan pula melihat lelaki yang sering dilihat hebat itu runtuh di hadapannya.

"Okay, I takkan tinggalkan you, okay. Tapi, you mesti stop buat perkara-perkara yang I tak suka. Masalah you bukannya alasan untuk you teruskan hidup you macam ni, minum sampai mabuk macam ni. I nak you berubah, okay?"

Pierre mengangguk sambil mencium tangannya.

"I hantar you baliklah, naik cab."

"Kereta I..."

"You are in no condition to drive, mister. Jadi jangan degil. okay?"

Pierre akur sahaja. Saat mereka duduk di dalam teksi, Pierre yang separuh tidur separuh sedar berkata, "Arissa, you are the bestest thing that I had. I love you so much."

Arissa hanya terdiam. Dia tidak pasti jika dia merasakan yang sama.



                                                                           ***

Memandang ke ruangan yang kosong, tangan ibu Arissa terus memotong lada namun mindanya tidak di situ, memikiran sifat anak gadisnya yang kian berubah. Malam tadi entah pukul berapa dia pulang ke rumah. Apabila dia membuka pintu bilik anaknya pagi tadi, dia sudah pun berdengkur hingga tengah hari kini.

Shafiq yang sedang menonton televisyen menoleh dan mendapati ibunya yang termenung dengan pisau yang memotong hampir melukakan jarinya.

"Ibu! Ibu jaga jari ibu!"

Ibu Arissa tersentak dan meletakkan pisaunya. Dia memandang ke arah jam di dindingnya yang menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.

Ibunya segera bangun dan mengetuk pintu anak gadisnya itu..

"Arissa, bangun! Arissa!"

Arissa yang masih mengantuk terbangun saat terdengar bunyi ketukan pintu dan panggilan ibunya yang kuat. Dia menguap dan melihat ke arah jam di dinding yang menunjukkan sekitar pukul 12.30 tengah hari. Semalam dia tertidur dengan baju yang tidak terganti dan mekap yang tidak dicuci.

Matilah jika ibunya melihatnya begitu, namun terlambat. Pintu sudah pun terbuka dan Arissa tidak sempat untuk menyelamatkan dirinya. Dia terduduk di katil, menunggu hukuman di awal harinya. Ibunya masuk dengan wajah yang tidak gembira.

"Bangun! Nak tunggu matahari terbenam baru nak bangun ke?"

Dengan kekok, Arissa berdiri untuk mengambil tualanya yang berada tidak jauh dari katilnya. Tengkuknya terasa lenguh sekali sementara rasa mengantuk masih menguasai matanya. Mata ibunya mengekori setiap pergerakannya dan cara pakaiannya dari atas hingga ke bawah.

"Semalam Arissa pergi mana? Balik pukul berapa?"

Perbicaraan sudah mula dan mulut Arissa seperti kebas untuk mengeluarkan sebarang kata.

"Err... Rumah kawan Rissa. Hari jadi semalam. Memang Rissa balik lambat semalam sebab susah nak dapat teksi kat kawasan rumah dia," bohong Arissa, sesuatu yang paling benci dilakukannya.

"Kawan Rissa lelaki atau perempuan?"

"Perempuan. Err...Arissa nak mandi dululah."

Sekurang-kurangnya sebahagiannya benar, namun matanya tidak sanggup memandang ke mata ibunya.

"Tunggu. Pukul berapa Rissa balik semalam?"

Arissa menelan air liurnya. Semalam dia pulang hampir pukul 3 pagi, medengar keluhan Pierre tentang masalah keluarganya.

"En...Entah...Rissa tak perasaan sebab dah mengantuk sangat semalam..."

"Kenapa badan Rissa bau arak ni?"

Sekali lagi hatinya melonjak.

"Err...Kawan Arissa yang minum Rissa tak..."

"Sudahlah, Arissa. Ibu rasa Arissa janganlah ikut kawan-kawan baru Rissa tu lagi. Ibu tak sukalah cara hidup diorang."

"Apa yang ibu cakap ni? Ibu tak kenal diorang pun!" Suara Arissa sedikit meninggi.

"Memang ibu tak kenal diorang tapi dengan cara Arissa yang baru ni, ibu boleh bacalah macam mana kawan-kawan Arissa, dan terus-terang ibu cakap ibu tak berkenanlah cara hidup diorang. Balik malam-malam, minum minuman haram tu!"

"Arissa tak minumlah Bu! Tolonglah! Memang diorang macam tu, tapi diorang tu kawan Arissa. Ibu tak payahlah risau, Rissa tau jaga diri Rissa sendiri, Rissa dah besar pun. Rissa takkan buat kerja bodoh!"

"Habis tu ni apa? Ibu jumpa kat atas meja Rissa! Kenapa Rissa? Ini yang Rissa kata Rissa tau jaga diri Rissa? Ya Allah, Rissa! Ingat tuhan, Rissa! Rissa tak takut dosa ke?"

Ibunya menunjukkan pil-pil ecstasy yang diberikan oleh Reanna kepadanya. Arissa terdiam sebentar. Kacau. Kini pasti ibunya semakin tidak percaya kepadanya.

"Ris...Rissa...Kenapa Ibu pandai-pandai masuk dalam bilik Rissa, bongkar barang Rissa ni?"

"Rissa, Ibu ni ibu Rissa tau! Lagipun kalau ibu tak masuk bilik Rissa, ibu tak tau yang Rissa selama ni ambik dadah! Sudah, hari ni, Rissa jangan pergi mana-mana! Jangan jumpa kawan-kawan Rissa tu semua!"

"Itu bukan Rissa punya!! Rissa tak ambik punlah benda tu! Dahlah, Rissa nak mandi, lepas tu Rissa nak keluar!" Arissa merampas bungkusan dadah itu dan melontarnya ke dalam bakul sampah yang terletak di tepi meja kerjanya.

"Rissa jangan degil! Ibu kata, Rissa jangan keluar hari ni!"

"Ihhh...Kalau Rissa duduk rumah untuk dengar ibu membebel je, lebih baik Rissa jumpa kawan-kawan Rissa yang jahat tu! Sekurang-kurangnya diorang PERCAYAKAN Rissa!"

Dengan itu, Arissa berjalan lalu ibunya yang terdiam, entah geram atau sedih. Shafiq yang mengintai di hadapan pintunya itu terbatu. Dia seakan-akan tidak percaya bahawa wanita asing yang berbicara kasar dengan ibunya itu adalah kakaknya yang disayanginya. Kakak yang merupakan kawan baiknya. Hatinya sedih melihat gadis yang telah berubah itu.

Setelah pemergian Arissa, Shafiq melihat ibunya menangis sendirian di dalam bilik sambil berpura-pura menjahit dengan mesin jahitnya. Tadi, ibunya menyuruhnya pergi temankan nek Jah dan Shafiq akur kerana dia tahu sebabnya.

Shafiq turun ke bawah namun tidak ke rumah Nek Jah seperti yang disuruh oleh ibunya. Malah, dia ke taman pemaian yang lengang sambil menongkatkan dagunya dengan wajah yang layu. Selalunya hari-hai minggu dia akan main bola dengan kakaknya atau lepak dengan kakaknya serta Farizal. Dia benci akan keadaan yang berubah begini.

Farizal yang kebetulan lalu di situ ternampak Shafiq yang kelihatan sedih dan mendekatinya.

"Shafiq!"

Shafiq menoleh namun wajahnya tetap layu. Farizal yang kehairanan duduk di sebelahnya.

"Kenapa muka monyok je? Ni? Ada problem, nak bilang abang Rizal?" Farizal meletakkan tangannya di bahu Shafiq.

Shafiq terdiam. Kemudian dia mendongak.

"Shafiq nampak ibu nangis." Kata Shafiq perlahan. Mendengar itu, Farizal mengerutkan dahinya. Ada sesuatu yang tidak kena.

"Ibu Shafiq, nangis? Kenapa?"

Shaiq menundukkan wajahnya lagi. Dia sendiri kurang memahami apa yang sebenarnya berlaku.

"Entah. Tadi ibu gaduh dengan kakak. Pasal benda ni." Shafiq mengeluarkan bungkusan ecstasy tadi dan memberikannya kepada Farizal, membuat lelaki itu terkejut.

"Shafiq! Mana Shafiq dapat ni?"

"Entah. Tapi ni kakak punya."

Farizal menarik nafasnya. Apa lagi yang Arissa lakukan kali ini? Di dalam hatinya dia berdoa agar sangkaan buruknya kini adalah salah. Mungkin itu bukan kepunyaannya? Mungkin dia cuma menyimpannya untuk kawannya sahaja?

"Shafiq, Shafiq bagi kat abang Rizal dulu boleh? Err... nanti abang tanya kak Rissa betul-betul, okay? Sekarang, jom teman Abang Rizal. Abang Rizal nak cari kasut bola barulah."

Shafiq hanya mengangguk sahaja. Sebelum mereka pergi, Shafiq bertanya sesuatu kepada Farizal.

"Abang Rizal... Abang dengan Kak Rissa dah tak kawan lagi ke? Shafiq tak sukalah dengan kawan baru kak Rissa. Diorang buat Kak Rissa jadi orang lain."

Farizal terdiam sejenak. Apa yang harus dia katakan sedangkan dia tidak mempunyai jawapan bagi soalan yang dia sendiri tertanya sendiri.

"Tak lah. Abang Rizal masih kawan Kak Rissa, cuma sekarang ni kita dah jarang lepak sama-sama. Yelah, masing-masing sibuk." Itu sahaja yang mampu dijelaskan olehnya walaupun dia tahu Shafiq kurang meyakininya. Pun begitu, dia tidak bertanya lebih lanjut lagi.


                                                                           ***
"Kenapa ni sayang?"

Arissa hanya termenung saat Pierre bertanyakan cerita apa yang ingin dia tontoni di panggung wayang hari itu. Fikirannya masih lagi berada pada saat dia bertengkar dengan ibunya tadi. Rasa bersalah mula membayangi di ruang matanya. Selama ini dia tidak pernah berbual kasar dengan ibunya seperti itu.

"Sayang..." Pierre memegang bahunya membawanya ke alam nyata.

"Oh... Sorry... You pilih cerita apa?"

"I tanya you nak tengok cerita apa, you tanya I pulak. Kenapa ni?"

Arissa menarik menghela nafasnya. Wajahnya muram sahaja.

"Tadi I bergaduh dengan ibu I." Kata Arissa perlahan.

Mendengar itu, Pierre tersenyum senget.

"Well, honey," Pierre meletakkan tangannya ke bahu Arissa kemudian berkata, "You certainly are not alone. I pun tiap-tiap hari gaduh dengan my dad. Alah, pedulikanlah diorang. I mean that's what parents are for. Membebel macam diorang je betul."

"Tapi I rasa bersalah. I tak pernah..." Membayangkan kembali bagaimana biadapnya dirinya terhadap ibunya tadi sahaja seperti tadi membuatkannya sedih. Penyesalan menghantui mindanya.

"Okay, dahlah. Jomlah, kita tengok wayang, lupakan masalah kita. Kita tengok cerita seram. How's that? Lepas ni, kita cuma fikir pasal kita je kay, sayang?"

Tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi, Arissa mengangkat bahunya. Dia pun tidak mahu merosakkan pertemuan mereka dengan menyelimuti dirinya dibalik kesedihannya, lantas dia tersenyum kembali.

"Okay, how do you like your popcorn? Buttered or caramel?" Tanya Arissa dengan ceria, membuatkan Pierre tersenyum lebar.

"That's more like it. You pilihlah mana yang you suka. I'll go get the tickets first."

                                                                                    ***

Di dalam biliknya sendirian, Emelyn menatap marah ke arah komputer ribanya. Oh. Sebab itulah semenjak dua  menjak ini setiap kali dia menelefon Pierre, dia buat tak layan sahaja. Di skrin komputer itu, tersergam foto-foto Arissa dan Pierre, kelihatan gembira, tersenyum seolah-olah memerlinya. Hatinya bagaikan ingin meletup melihat kemesraan yang dipamerkan dalam foto-foto tersebut.

Dengan geram, dia menekan nombor Pierre untuk kali ke 5 dalam masa setengah jam itu. Akhirnya panggilannya dijawab juga oleh Pierre yang kedengaran malas itu.

"Hello..."

"Had fun? Sampai I called you banyak kali pun you tak layan?"

"Em...Dah pukul berapa ni? Ada apa you call I?" Jawab Pierre sambil menguap.

"Tadi you jumpa dia kan?"

"Pukul 1? Babe, you tak nak tidur ke?"

"You jangan nak tukar topik kay? You promise nak datang jumpa I tadi kan, tiba-tiba gambar you dengan pompuan tu pulak timbul kat Facebook. I tunggu macam nak giler untuk you, you ada happy-happy dengan pompuan tu!"

"Hey, hey, yang you nak marah-marah ni pehal? Arissa tu girlfriend I okay, whereas you... cuma scandal I. Mana pergi semua spare tyre you semua?"

Mendengar itu, Emelyn terdiam sedih. Itukah yang lelaki itu menganggapnya selama ini? Dia menitiskan air matanya, mengeluarkan esakan kecil.

"Itu ke yang you anggap I selama ni?" Tanya Emelyn perlahan.

Dari hujung talian itu, tarikan nafas yang kecil dapat didengari oleh Emelyn.

"Emelyn, itu bukan maksud I okay. Right, I tau yang I dah promise nak jumpa you tadi, tapi tiba-tiba Arissa call I nak jumpa. You tau kan, I dengan Arissa tu baru nak berbaik semula? Tolonglah faham."

"Dahlah, Pierre. I...I...Faham siapa diri I kalau nak dibandingkan dengan Arissa tu. I kan perempuan jahat. banyak boyfriend, tak macam Arissa. Immaculate."

"Sayang, I tak pernah anggap you macam tu. Listen, I'll make it up to you okay? Besok, I'll go to your place, how's that?"

"Too late. Daddy I balik besok. Dah lah, tak payah nak susah-susah paksa diri you untuk ambik hati I, kay?"

Dengan itu, Emelyn menutup telefon itu. Kemarahan semakin berkepul di dalam hatinya. Baru sahaja mereka  ingin berpisah, kini kembali mesra pula! Kebenciannya terhadap Arissa semakin menebal hingga menyesakkan hatinya. Dia tidak akan dapat ketenangan selagi gadis itu belum mendapat bisanya. Dia pun sudah muak untuk memaniskan mukanya di hadapan gadis itu dan bermain peranan sebagai BFF nya. Ugh... Tolonglah. Gadis seperti Arissa itu tidak akan layak untuk menjadi kawannya. Apalagi berkongsi hati di dalam hati Pierre.



1 comment: