Saturday, December 29, 2012

Selamat Tinggal Sneakers....36

"Sampai bila you nak sembunyi macam ni?"

Farizal memberus rambutnya saat ditanya oleh Marsha tentang tindakannya mengelak daripada bertemu Arissa.

"I  tak sembunyi, cuma... Entahlah, it's complicated. I bukannya nak terus lari daripada dia, cuma I perlukan masa untuk...figure out the hell is going on. Satu minit dia cintakan aku, tapi dia tetap kekasih Pierre. Macam mana cinta pun I pada dia aku tak boleh rampas je dia dari orang lain. That's just wrong."

"You jugak yang cakap dia pun cintakan you? Why can't korang just be together and live happily ever after? Kenapa complicate things?"

"Because it IS complicated. Kalau I suruh Arissa tinggalkan Pierre, what kind of man would I be? Lagipun, I dengan Arissa... Kitorang takkan mungkin jadi..."

"Sebab dia kawan you?"

"Lebih. Dialah antara orang yang paling I sayang dalam dunia ni. Kalau hubungan kitorang kekal...Bagus, tapi macamana kalau hubungan kitorang putus tengah jalan? I akan kehilangan kawan yang paling I sayang."

"Oh, come on Rizal. You ARE slowly losing her sekarang. You ingatkan hilang dari dia senyap-senyap macam ni, membantu? You cakap you sayang dia tapi dari apa I nampak, it's more like you are hurting her than anything else. Apa perasaan you kalau you dapat tau yang orang yang you sayang tinggalkan you tiba-tiba tanpa khabar berita. Fikir, Rizal, apa perasaan dia kalau dia dapat tahu dia orang paling terakhir untuk tahu yang you dah pergi Australia?"

Farizal tidak berkata apa-apa. Matanya hanya memandang ke arah orang ramai yang lalu-lalang di pusat membeli-belah itu. Aiskrim yoghurt yang berada di tangannya pun dibiarkan cair di dalam cawan kertas yang dipegangnya.

"You know what? You fikirlah baik-baik, okay? I'm done convincing you. Jangan sampai you lambat sedar sampai semuanya terlambat."

Kata-kata Marsha terus terngiang-ngiang di telinga Farizal hinggalah ke malam, menghalang matanya daripada terlelap. Tiba-tiba persoalan yang dulunya begitu pasti buat dirinya menggesanya kembali. Mampukah dia pergi meninggalkan Arissa? Perasaan rindu yang sekian lama disorok dalam-dalam dengan perlahan timbul mengelirukannya.

Farizal bangun dari katilnya dan mengeluarkan sekeping gambar dirinya yang diambil bersama Arissa dan Amir. Melihat gambar saat zaman 'mentah' mereka yang bebas daripada belenggu masalah dan cinta membuatnya tersenyum. Hatinya tertanya-tanya di manakah salah mereka? Bilakah tiba-tiba mereka jadi orang yang lain? Orang yang tidak mereka kenali. Jika sahaja masa dapat diputarkan...

Kini di apartmen sewaan ibunya, hatinya meragui keputusannya kembali. Bagaimana jika semuanya masih belum terlambat? Bagaimana jika dia dan Arissa masih seperti dulu, bersahabat dan menjaga antara satu sama lain? Untuk menjadi lebih daripada itu, takkan mungkin terjadi kerana dia sedar gadis itu sudah dimiliki hati yang lain.

Bagaimana pula pengakuan perasaan gadis itu kepadanya?

Akhirnya dia membiarkan sahaja semuanya terungkap sendiri. Biarlah dia berundur perlahan, tanpa melakukan lebih kepedihan dan kekeliruan buat Arissa. Dia berharap dengan pengundurannya ini, gadis itu dapat melupakannya dan terus mengecap kebahagiaan tanpa rasa serba-salah.


                                                                                         ***
"Awak okay, sayang?"

Saat Marsha dan Ray bersiar-siar di pusat membeli-belah sambil menunggu waktu siaran wayang yang mereka pilih, Marsha banyak berdiam diri seolah-olah memikirkan sesuatu.

"Ray, apa yang awak akan buat, kalau awak cintakan seseorang tu, cinta...sangat pada dia tapi awak tak boleh dapatkan dia?"

Ray terdiam sambil mengerutkan dahinya.

"Hmm...depends. Kalau saya harus lepaskan dia untuk kebahagiaan dia, saya mengalah walaupun in the end, hati saya hancur. Tapi... Kalau saya rasa saya layak untuk dia, dan saya yakin yang saya akan bahagiakan dia, saya akan terus cuba sedaya-upaya untuk dapat bersama orang yang saya cinta tu." Kata Ray sambil memegang pipi Marsha. "Kenapa awak tanya saya soalan tu?"

Marsha memegang tangan Ray yang diletakkan di pipinya dan memimpin tangan itu sambil berjalan.

"Saya teringatkan tentang kawan saya ni." Kemudian dia menoleh memandang Ray. "Awak kenal Arissa kan?"

"Arissa...Ya...Kenapa dengan dia?"

Marsha menceritakan tentang masalah cinta segitiga Farizal-Arissa-Pierre. Mendengar itu, wajah Ray tiba-tiba berubah.

"Tunggu jap. Saya ingatkan semuanya okay?"

"Honey, how could that be okay?" Tanya Marsha yang terkejut dengan reaksi Ray.

"Haven't you heard? Arissa dengan Pierre kan dah putus? Lagi pun, Pierre dah nak sambung belajar pun, kat Bristol."

Wajah Marsha yang berkerut terus berubah antara gembira dan terkejut setelah diberitahu tentang itu. Bererti, masih ada harapan supaya Farizal tidak pergi ke Australia!

"Hah! Betul ke ni? Kalau macam tu, saya nak beritahu Farizal lah! Saya dah agak yang Pierre tu tak sesuai dengan Arissa!"

Setelah itu, Marsha pulang dan mendapati Iskandar berada di ruang tamu bersama ibunya. Mereka kelihatan ceria sementara Marsha bersasa jijik melihat kepura-puraan Iskndar mengambil hati mamanya.

"Hah... Dah balik pun, Marsha. Bolehlah kitabmakan sama-sama nanti, dengan Iskandar," kata Mamanya.

"Hai, Marsha," sapa Iskandar sambil tersenyum manis yang pada Marsha begitu palsu. Dia masih teringat saat lelaki yang sama memberikan senyuman itu, menamparnya tidak berapa lama dulu.

"Marsha dah kenyanglah, Ma. Marsha nak masuk bilik dululah."

'Eh, eh budak ni! Bukan ke ada tamu ni? Is sapa Marsha, Marsha buat bodoh je! Janganlah macam tu, dah lama dia tunggu Marsha tau?"

"Marsha penatlah Ma! Lagipun..."

"Marsha, can I talk to you...Please?"

Marsha menggulingkan matanya, sebelum bersetuju.

"Okay. Tapi sekejap je lah. Saya penat ni."

Akhirnya dia akur sahaja, dengan harapan, inilah pertemuan mereka. Dia ingin memastikan bahawa lelaki itu tidak akan mengganggunya lagi. Hubungan mereka telah lama putus!

Mereka pergi ke halaman rumah untuk berbicara, jauh dari pendengaran mama Marsha. Kehadiran mereka disambut oleh fajar yang kian menyingsing, merekah warna keemasan, dijemput oleh burung-burung yang pulang menutup tirai hari. Keindahan sesaat itu langsung tidak dapat dihargai oleh Marsha yang terpaksa berhadapan dengan orang yang paling tidak disukainya.

"Apa you buat kat sini, Is?" Tanya Marsha tanpa memandang wajah Iskandar.

"Untuk jumpa you. I missed you so much."

"Well I don't. Kalau you datang cuma nak beritahu I tu je, you cuma buang masa je. I've moved on and I think you should too."

"Oh. Jadi betullah yang you tu dating budak Ray tu? Whatever happened to Farizal?"

Marsha menoleh ke wajah Iskandar, marah.

"Apa yang buat, dengan siapa I keluar, bukan urusan you!  Kita dah lama putus, Is!"

"I tak pernah setuju kita putus. Lagipun mama you nak sangat tunangkan kita lepas grad. Dia risau bila dia dapat tau yang you keluar dengan lelaki tak ada masa depan macam Ray tu."

Jadi mamanya dan Iskandar telah berpakat rupanya. Mamanya memang tidak menyenangi hubungannya dengan Ray. Sekarang pun, ibu dan anak itu sedang berperang dingin.

"Yeah, like I'm gonna have a good future with you!" Komen Maarsha, menyindir. "Kalaupun I dengan Ray tak dapat kekal, I takkan be with you, Iskandar. Never!"

Tangan Marsha disentap kasar oleh Iskandar dengan tiba-tiba membuatkan darah gadis berderau, mengenangkan kekasaran lelaki itu terhadapnya dahulu. Telefon bimbit Iskandar tiba-tiba berdering tanpa henti namun itu tidak menghalangnya daripada terus memegang kasar pergelangan tangan gadis itu.

"You, dengar, sini, Marsha!"

"Stop it, Is!"

Telefon bimbitnya terus berdering dan dengan marah, dia menutupnya dan mencampaknya ke atas meja di halaman itu.

"I dah berubah, Marsha! I will love you like how we used to masa mula-mula lagi. You are the only girl that I ever loved. Sumpah, all the other girls cuma for fun!"

"Lepaskan I, Is!"

"You jangan nak jadi bodoh, buang masa dengan jantan tu sebab in the end, you tetap kan jadi milik I juga!"

"Cukuplah, Is! I dah tak cintakan you lagi! I tak peduli apa yang Mama dengan you rancang, I will never want to be with you! Orang macam you ni takkan nak berubah! Memang I bodoh, jadi girlfriend you for so long!"

"Marsha! Apa yang dia ada, I tak ada?  Your parents love me, I dari keluarga yang ternama, I can provide a good future for me, you akan hidup senang dengan I, bukan dengan orang macam Ray tu!"

"Cinta tak boleh diukur harta atau kemewahan hidup! Kebahagiaan bukan berdasarkan status. I tak nak kahwin dengan harta atau status! I nak hidup dengan orang yang sayang I seadanya, cinta i dengan jujur. That's not something that I would expect to understand."

"Marsha, you ingatkan hidup ni macam novel cinta? Wake up and smell the coffee, Marsha! You takkan bahagia hidup melarat!"

"Jangan risau, Is. Ray orang yang rajin, I can guarantee you yang I takkan melarat hidup dengan you. Dia kerja keras atas usaha dia sendiri, tak bergantung pada kemewahaan keluarga! Dia orang yang bertanggungjawab, I'm confident yang I akan bahagia dengan dia nanti! Sudahlah, Is, go home!"

"Marsha...Please..."

"No, Iskandar. Keputusan I muktamad. I tak akan balik lagi dengan you. I bukan gadis yang dulu lagi! Just, go."

Iskandar terdiam namun hatinya tidak puas. Tanpa amaran, Iskandar memgang tangannya.

''I'll always love you," kata Iskandar sebelum berlalu.

Marsha menutup matanya dan merasakan langkah Iskandar yang berlalu. Amarah bergelora tidak menentu di dadanya. Apa sahajalah yang telah diceritakan oleh mamanya kepada Iskandar. Marsha duduk di bangku dan termenung seketika. Tiba-tiba matanya terpandang sebuah telefon bimbit dia atas meja. Telefon bimbit milik Iskandar.

Marsha menggulingkan matanya. Ini yang leceh ni! Jika dia tetinggalkan telefon bimbitnya, pasti dia akan kembali lagi! Marsha merungut di dalam hatinya. Dia mengambil telefon tersebut yang dimatikan dan menghidupkannya kembali. Skrin telefon bimbit tersebut menunjukkan ada sepuluh 'missed call' dari Maya membuatkan Marsha mengerutkan dahinya. Aik sejak bila pula Maya dan Iskandar begitu rapat? Begitu pentingkah, sehinggakan mencuba menelefonnya hingga sebanyak sepuluh kali?

Rasa ingin tahunya membuatkannya memeriksa mesej dari Maya. Nampkanya semenjak dia dan Iskandar berpisah, mereka menyibukkan diri dengan masing-masing.

Maya: Since Ray bodoh x nak teruskan, u mesti tolong I?

Iskandar: Gile pe dia? Kan u dah bayar dia?

Maya: Dunno. Emelyn n I dah discuss n we've agreed u yg take the role. By hook or by crook, Arissa mesti mati!!

Iskandar: K. I buat pe?

Maya: Easy. Masa party tu, We'll spike her drink, make her pass out and u buatlah kerja you kat dlm kereta, k? Jgn lupa bawa camera hd punya!

Iskandar: Ok, tapi I nak u bayar I 2x dari apa yg u bayar Ray bodoh tu.

Maya: Tamak. Bt ok, asal kerja jln.

Iskandar: Time/date?

Maya: Rumah I, 8 mlm 8/11.


"Aik, mana pergi Iskandar, Marsha?"

Teguran mamanya membuatkan Marsha mematikan telefon bimbit itu semula dan menyembunyikannya di belakang tangannya.

"Uh...Dia...Uh...Dia dah balik."

"Lah... Sepatutnya kita dinner sama-sama. Kesian, dia. Inilah, tunggu Marsha lambat sangat."

"Mama, tolonglah, jangan paksa Marsha dengan Is lagi. Marsha takkan tunan dengan Is!"

"Apa yang Marsha cakap ni?"

"Mama jangan buat-buat tak tau pula! Apa yang mama cerita pasal Ray dengan Is? Lepas tu senyap-senyap, mama rancang masa depan Marsha dengan Is, Marsha tak sukalah, mama!"

Mama Marsha mendekati Marsha dan memegang tangannya namun genggamannya dilepaskan oleh anaknya kasar.

"Marsha dengar sini! Mama tau apa yang buat dan semua ni untuk kebaikan Marsha juga! Esok-esok nanti yang senang Marsha juga. Kalau Marsha hidup dengan orang macam Ray tu nanti, Marsha takkan hidup senang!"

"Tapi tak semestinya Marsha takkan bahagia, mama. Mama, papa dulu pun bukan orang senang kan, tapi mama kahwin dengan papa jugak kan?"

"Papa lain! Masa mama dengan papa dulu papa dah jadi orang yang berjaya, yang dah ada masa depan yang terjamin. Marsha tolonglah jangan jadi perempuan yang bodoh kerana cinta!"

"Dan Mama jangan jadi orang yang yang bodoh pasal harta!"

Tanpa berkata apa-apa lagi, Marsha masuk ke dalam rumah dan terus mengunci dirinya di dalam biliknya. Sekarang ini ada masalah yang lebih besar lagi daripada persengketaannya dengan mamanya. Nyawa Arissa mungkin dalam bahaya! Dia mundar-mandir sendiri di dalam biliknya memikirkan jalan untuk menyelamatkan Arissa. Haruskah dia melaporkan perkara itu kepada polis?

Dalam keresahan itu, dia mendail telefon bimbitnya.

"Hello, Farizal? I rasa Arissa dalam bahaya."



                                                                                    ***
"Mana Pierre ni? Bukan ke sekarang ni dia sepatutnya dah sampai?" Arissa memandang risau ke jam tangannya. Hatinya rasa kurang enak. "Dah satu jam ni. Guys, I rasa I tak boleh..."

"You dah nak balik? Riss, come on. Have fun, let your hair down. Enjoy the music I...err... Check kenapa diorang lambat sangat bawak Pierre datang.  Maklumlah, this is supposed to be a surprise untuk Pierre. Mungkin dia keberatan untuk datang. Be right back. Sofea, why don't you show Arisssa how to have some fun?" Kata Reanna sebelum hilang di balik dinding.

Sofea yang sedang menari menarik tangan Arissa.

"Come on, dance!"

"I don't...Dance."

"Oh shut up and have fun." Sofea dan yang lain-lain terus berdansa sementara Arissa hanya berdiri kaku, janggal dengan situasi tersebut. Apabila Arissa terus berdiri, Sofea membawanya ke sofa dan menuangkan minuman coca-cola buat Arissa.

"Thanks." Arissa meminum air tersebut namun hatinya tetap risau walaupun dia tidak tahu mengapa.



"Hey, apa yang lambat sangat ni? Arissa dah nak balik pun!"

Reanna menemui Maya dan Emelyn yang berada di belakang rumah tersebut, menanti Iskandar. Reanna menoleh ke arah Maya yang sedang cuba menelefon Iskandar.

"Well? Is he coming or what?" Tanya Emelyn.

"Entahlah! Call tak angkat!" Jawab Maya yang masih risau.

"What? He's bailing on us?"

"Tak mungkinlah. Battery dia flat agaknya..."

"Reanna, get her to start drinking now! I tak peduli how you're gonna make her, just get it done!" Arah Emelyn.

"Rissa memang takkan minum, tapi kitorang campur vodka kat dalam coke, so I rasa dia takkan tau."

"Good. tunggu je instruction dari I. When it's the right time, put this in her drink." Emelyn memberikan sepaket serbuk putih kepada Reanna.

"Apa ni? What's the plan actually? Bahaya ke..."

"Just do it, okay? Go!"

Tanpa banyak soalan, Reanna pergi sahaja, walaupun hatinya berdebar-debar. Apabila dia masuk ke dalam, dia mendapati Arissa sedang berbual sambil tertawa dengan Sofea dan Diana.

"Kelakar kan masa tu? Tapi sayanglah, you nak tinggalkan dunia modelling!"

"What more can I say? Modelling is just, not me." Kata Arissa, membalas kata Sofea.

"Nampaknya ada orang having a good time?"

"Reanna!! Yeah... Suddenly I'm all hyped up! Entahlah! I don't usually like this tapi I feel like dancing!"

Reanna memandang wajah Sofea yang dalam diam, menunjukkan ibu jarinya.

"Well...You know why?" Reanna mengeluarkan sebotol vodka yang tersembunyi di belakangnya. "We,ve been giving you this..."

Wajah ceria Arissa bertukar panik.

"Huh...?"

"Oh, relax, honey. Sikit je takpe. As long as you don't get to drunk... You're good." Reanna menuangkan lebih banyak vodka ke dalam minumannya.

"Guys, I don't think..." Arissa menolak namun ada yang memotong.

"Oh come on, Arissa."

"Yeah, come on!"

Banyak suara mula mendorongnya.

"Arissa! Arissa! Arissa!"

Sorakan solo dari Reanna menjadi ramai apabila yang lain mengikutinya.

"Arissa! Arissa! Arissa!"

"Okay, Okay! Tapi satu gelas je, then I'm done!"

Dengan berat hati, Arissa menelan air haram itu.

"Woooooo....."

Walaupun Tekaknya terasa panas dan pahit, namun dia tetap gagahi juga, berharap masa itu akan berakhir. Apabila semua isi diteguknya, dia disorak.

"Apa kata sekarang, kita jadikan Arissa leader of our sisterhood, since we kicked Emelyn out of our sisterhood?" Cadang Reanna yang dipersetujui oleh sorakan yang lain.

"Group hug!"

Mereka semua memeluk dan Arissa rasa senang hati dan gembira, membuatkan pengadilannya kabur.

"Let's toast to our new queen bee."

Reanna menuangkan lagi minuman untuk Arissa yang semakin berani dan mereka bersulang gelas.
Sementara mereka berseronok, Reanna menerima mesej dari Emelyn.

'It's time. Do it now.'



"You pergi mana tadi? I call you tak jawab! text you tak reply!"

"Sorry, I..." Iskandar memeriksa poketnya. "Dammit, I tertinggalkan phone I kat rumah Marsha."

"What? Bodohlah you ni, kalau dia dapat tau!" Maya memukul dada dan lengan Iskandar.

"Ouch, sorry! Tapi I rasa I dah off phone I. Harap-harap dia tak on"

"Yeah...  I harap, kalau tak kita satu-satu as good as dead."

"Stop it you two. Kita takde masa untuk benda-benda bodoh macam ni. Is, did you at least bawak camera?"

Iskandar mengeluarkan kamera berdefinasi tingginya sambil tersenyum.

"This one's 1080p baby."

"Yeah, whatever, just don't screw this one up." Kata Emelyn. " Dah, jom, kita dah takde masa!"

Maya dan Iskandar terus mengekori Emelyn yang terus membuka pintu rumah Maya denagn penuh keyakinan.

"Mana dia?" Tanya Emelyn.

"Dah, pengsan...Well kinda..." Kata Reanna. Kemudian matanya tertumpu kepada Iskandar. "Umm... You nak buat apa?"

"Tepi, Reanna. Is, you call now."

"I'm on it." Kata Iskandar tersenyum penuh makna, membuatkan darah Reanna berderau.

"Emelyn, apa yang..."

"Just shut up, Reanna! Korang semua dah boleh balik sekarang."

Keadaan menjadi tegang sambil satu-persatu meninggalkan tempat itu.

"Okay. Whatever it is, tolong jangan buat kat rumah I please. Kalau evidence dalam cam tunjuk rumah I, I'm screwed and I takkan lepaskan korang."

"Is, bawak pompuan ni kat kereta you!"

Iskandar yang sedang membelai rambut Arissa yang separuh sedar separuh pengsan itu mengerutkan dahinya.

"Apa? I ingatkan nak buat kat sofa ni, lebih selesa!"

"Hello... You ingatkan ni apa? Five star service? Buat je apa yang patut. Lepas ni kau boleh ambik duit kau, terus belah!"

"Hek, eleh, kecoh betullah ni minah. Boleh tak tolong at least angkat dia? "

Emelyn memandang Maya sambil menggulingkan matanya.

"Seriously, Maya? Dua kali ganda bayar dari Ray?"

"The best I could do at the last minute." Jawab Maya mengangkat bahunya.

"Ay...Take it or leave it." Kata Iskandar. "And Fast."

"Mahu tidak mahu, terpaksa juga dua gadis itu mengangkat Arissa ke kereta Iskandar. Arissa yang masih belum sepenuhnya pengsan cuba melawan.

"Oii, berat juga ni pompuan." Komen Maya.

Apabila mereka selesai meletakkan Arissa di kereta, kedua-dua gadis itu meninggalkan Iskandar untuk melakukan tugasnya.

"Bon voyage. Give us a good show will you?" Kata Emelyn sebelum meninggalkan mereka.

Iskandar meletakkan kameranya dia atas dashboard kereta tersebut dan mula membuka bajunya, bersedia untuk beraksi.

Arissa  pada masa itu sudahpun pengsan, sementara Iskandar memegang wajahnya kemudian tangannnya menjelajahinya pinggangnya.

'Woah, tu sebablah, Pierre nakkan sangat dia ni. Seksi... Apalah ni pompuan-pompuan, bukannya nak tutupkan  pintu... Lantaklah, malam ni aku nak makan free. Fresh blood!' Kata Iskandar dalam hati.


                                                                               ***

Dengan perlahan, mata Arissa membuka lembaran hidupnya untuk hari baru. Kepalanya bergendang bertalu-talu tanpa henti, diikuti dengan pandangan yang kabur. Dia cuba mengingati apa yang terjadi malam semalam... Dia berada di pesta untuk Pierre. Ya... dia teringat memang dia ada minum sedikit, kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenalinya membelainya di sofa...

Kesedarannya terus memancut ke seratus-peratus walaupun kepalanya masih pening. Semuanya seperti sebuah mimpi yang mengerikan. Dia terus menjadi lebih peka terhadap sekelilingnya. Kini dia berada di atas katil di sebuah bilik yang begitu asing padanya. Dia masih dalam pakaian yang dipakainya semalam, satu peringatan buatnya bahawa semalam bukannya mimpi.

Arissa menutup mulutnya dan mula menangis. Apa yang lelaki jahanam itu lakukan padanya? Lelaki yang tidak dikenalinya.

Tak mungkin, tak mungkin ini semua terjadi. Ya Allah! Aku telah mengingkari perintahmMu dan kini aku terima balasannya.

Di saat itu, dia mula mengingati Tuhan, tentang dosa-dosanya, tentang ibunya. Ibunya yang akan hancur apabila mendapat tahu tentang dirinya. Dirinya terasa hina dan kotor apabila megingatkan dirinya yang dinodai oleh lelaki yang tidak dikenalinya. Begitu murah harga dirinya diserahkan begitu sahaja oleh lelaki sembarangan.

Dia medapati dirinya telah disarungkan oleh sehelai jaket milik lelaki yang tidak dikenalinya. Serta-merta, dia mencampakannya ke arah pintu bilik itu, betul-betul tepat dengan masanya apabila pintu itu terbuka.

"Kau dah bangun?"

Satu lagi kejutan menyapa harinya.

"Li...Liza? Apa...Apa yang dah jadi semalam?" Suaranya serak.

"Kau pergi mandi dululah. Nanti aku cerita. Sementara ni, kau pakai baju aku dulu."

Liza meletakkan beberapa helai lipatan pakaian dan tuala ke hujung katil tersebut sebelum berlalu, meninggalkan Arissa yang masih terkebil-kebil.

Usai mandi dan menukar pakaian, Arissa perlahan-lahan memberanikan dirinya keluar dari bilik itu. Bau telur goreng memberitahunya bahawa Liza sedang berada di dapur. Mindanya masih kabur dan bingung, cuba memproses apa yang telah berlaku sehingga dia boleh berada di sini. Adakah ini satu mimpi?

"Li...Za..."

"Hmm...Kau duduklah. Aku harap kau okay, makan mi goreng semalam aku beli kat kedai mamak semalam malam. Dari peti sejuk, aku panaskan je. Aku tambah telur untuk kau."

Liza tidak menoleh hanya menyambung membuat kopi untuk mereka berdua.

"Thanks, Liza, tapi aku betul-betul nak tau..."

 Liza membawa dua cangkir kopi ke meja dan menjemput Arissa duduk. Dia tidak kelihatan begitu gembira.

"Kau nak tau apa yang nak jadi semalam? You were almost RAPED, Arissa, that's what happened!"

"Almost raped. Jadi, lelaki tu -siapa pun dia tak sempat..."

"Tak. Tapi you were just that close, Riss. Gosh, Rissa. What were you thinking? Kau tau kan kau tak boleh percayakan Si Emelyn tu? Haven't you learnt your mistakes? Kalau tak pasal diorang yang datang cepat..."

"Diorang? Siapa?"


Malam semalam...



Belum sempat dia menutup pintu keretanya, kolar bajunya ditarik kuat dan mukanya ditumbuk, membuatkannya jatuh.

"What the- "

DBUKK! Dia tidak sempat bereaksi namun tumbukan demi tumbukan hinggap di muka dan perutnya.

"Jahanam kau!"

"Farizal, berhenti! Sudah!"

Ray sempat menahan Farizal sebelum lelaki itu dipukulnya sehingga mati. Marsha mendapatkan Arissa yang masih pengsan di kereta.

"Farizal, please." Kata Iskandar sambil tercungap-cungap. "Nothing personal, aku cuma ikut apa yang Emelyn dengan Maya suruh je."

Farizal mengangkat kolar baju Iskandar dan mengunci tangannya.

"Bangun. Bilang, aku, diorang kat mana sekarang?"

 "Dalam rumah. Rizal, plesae, jagan kecoh-kecoh pasal hal, ni. Kalau parents aku tau, mampus aku please! Aku tak sempat buat apa-apa pun kat dia. Ni semua idea gila diorang!"

"Diam!" Farizal menumbuk wajah Iskandar. "Marsha, you jaga, Arissa. Ray, ikut aku jumpa dua ekor setan tu."

Apabila mereka masuk ke dalam rumah, tersebut, mereka mendapati Maya dan Emelyn duduk bersembang di sofa, sambil menonton televisyen. Kehadiran mereka membuatkan wajah mereka berubah pucat.

Farizal mencampak Iskandar ke bawah sambil memandang marah ke arah Maya Emelyn yang ketakutan.

"Well? Explain yourselves."





































Sunday, November 4, 2012

Selamat Tinggal Sneakers...35

"Semua dah berakhir. Habis. Selesai."

Arissa menceritakan segalanya pada Lee sambil meminum koko panas dan biskut Marie. Dia telah mengetuk pintu Lee dengan keadaan basah kuyup.

"Macam tu je?"

"Nak macam mana lagi? Lagu sedih? Joget dalam hujan? Ini bukan Bollywood."

"Although it would be a good idea." Tambah Lee.

"Ha Ha. kena kat batang hidung sendiri, meraung kau."

Lee meraih tangan Arissa.

"Rissa, sebenarnya, aku pun rasa kau tak sesuailah dengan dia. Entahlah, sejak kau jadi girlfriend dia dulu, kau terus jadi orang lain. menyesal aku suruh kau berubah dulu. Rissa...Please be yourself again. Aku promise takkan paksa-paksa kau untuk berubah lagi. Kau lebih cantik kalau kau jadi diri kau sendiri macam dulu."

"Betul ke?"

Lee membuat muka sedih sambil menjuihkan bibirnya tanda penyesalan sambil mengangguk setuju.

"Sumpah."

"Okay, tapi aku ada satu syarat."

"Name it."

"Aku nak kau gantikan Sneakers Chuck Taylors aku yang kau buang dulu."

"Deal. Oh come here. Hug time."

Arissa menutup matanya apabila diterkam oleh Lee namun menurut sahaja,kemudian toast mug koko mereka sambil tertawa.

"Sekejap lagi aku nak makan cheesecake besar punya."


***

Beberapa minggu sebelum periksa, Arissa mengosongan mindanya daripada masalah-masalahnya. Beberapa minggu peperiksaan juga Arissa tidak melihat Farizal. Pierre pun sudah secara 'rasminya' kembali bersama Emelyn. Mereka berdua pula tidak segan-silu menunjukkan bahawa mereka sudah bersama kembali. Lantaklah, bukannya dia peduli pun.

 Selepas habis peperiksaan nanti, dia bercadang untuk kembali aktif bermain bola. Kini pun dia sudah mula berlari walaupun pada mulanya begitu letih. Maklum sahajalah, stamina pun sudah menurun. Otot pun sudah 'malas' akibat begitu lamanya berehat.

Dia sudah nekad untuk memberitahu Farizal juga tentang perasaannya terhadap lelaki itu tetapi bukan sekarang. Dia harus mencari waktu sesuai, waktu di mana dia sudah betul-betul bersedia nanti.

"Arissa..."

Renungannya terganggu tatkala mendengar teguran seseorang. Dia menoleh namun dia tidak tahu sama ada dia bersedia menghadapinya ataupun tidak. Lelaki itu segak berdiri di hadapannya.

"Pierre..."

Pierre tidak menjawab namun dia mengambil tempat di sebelahnya. Arissa hanya terdiam, tidak tahu aplagi yang harus dia katakan.

"Riss, I masih tak faham."

"You tak payah faham. Ini semua bukan salah you. Keputusan I takde kena-mengena dengan you."

Pierre mengerutkan dahinya sambil menggeleng.

"I masih tak faham jugak. Siang malam I fikirkan apa salah I. Okay,  if it's regarding about my mom, I'm sorry. I..."

"It's not about that. Not really, walaupun I rasa yang kita ni jauh berbeza. Your mom has expectations and Emelyn fits the criteria. Sekarang pun you dah balik pada dia kan? Percayalah, I'm happy for you."

"Tapi I masih sayangkan you, Riss. Emelyn can never be the same. Pedulilah apa yang Mama I nak kata. We can still make it through."

Pierre memegang tangan Arissa. Telefonnya yang berdering langsung tidak diendahkan. Arissa menghela nafasnya. bagaiman harus dia katakan pada lelaki itu tanpa menyakiti hatinya?

"Pierre, you're a good guy. Tapi...I... I dah tak rasa...cinta pada you lagi dan you tak payah tanya I kenapa sebab I sendiri tak tau kenapa. Mama you atau Emelyn takde kena-mengena okay?"

"Arissa, listen up." Pierre memegang tangannya lebih erat lagi. "I janji I'll be a better boyfriend. I won't cheat on you ever again..."

"Kurang ajar!"

Suara ketiga di antara mereka membuatkan mereka menoleh. Ah... Satu lagi masalah buat Arissa tatkala melihat Emelyn berasap-asap menghampiri mereka. Dia kelihatan begitu marah dan begitu dia menghampiri meja mereka, dia menolak semua barang-barang dia atas meja itu sambil menjerit, "Kurang ajar punya perempuan! Perampas! Muka tak tau malu!"

Arissa berdiri dan cuba untuk mempertahankan dirinya daripada Emelyn yang seperti ingin menerkamnya apabila Pierre menahannya. Pada saat itu banyak orang sudah berkumpul untuk menonton persembahan percuma itu.

"Emelyn! You dah gila ke?" Tanya Pierre.

"Memang! Memang I dah gila! Perempuan tak sedar diri ni tak habis-habis nak cari pasal dengan I! Dia dah break up dengan you lepas tu sengaja nak cari perhatian you! Dia saja je nak tunjuk bagus."

"It's not her fault! I yang cari dia, okay? I yang convince dia untuk come back to me," kata Pierre mempertahankan Arissa.

"You did what? Masa dia dumped you, I yang you cari kan? After I made you feel better, you senang-senang je nak buang I macam tu. APA YANG BAGUS SANGAT PASAL POMPUAN NI?!"

Pemerhati semakin ramai berkumpul, menyaksikan Emelyn yang menjerit seperti langsuir.

"Emelyn, I dengan Pierre dah tak ada apa-apa, sumpah."

"WHATEVER! JUST STAY AWAY FROM HIM! KALAU TAK, KAU TENGOKLAH NASIB KAU ARISSA!"

Emelyn sempat menolak Arissa sehingga dia terjatuh.

"Stop it, Emelyn, that's enough!"

Arissa mengangkat semua barang-barangnya yang bertaburan dan berlalu dari situ. Dia tidak mengerti bagaimana Emelyn yang begitu manis seperti gula padanya selama ini boleh berubah menjadi nenek kebayan pula. Pierre cuba menolongnya namun tangannya ditepis oleh Emelyn.

"Yang you nak menangkan dia sangat kenapa? She dumped you right? And, we are back together jadi you jangan nak ngada-ngada cuba nak patch up dengan dia pulak!"

"Kalau ye pun, jangan nak lepaskan marah you yang gila tu pada dia! Dia langsung tak salah dalam hal ni okay? Dulu, you dengan dia bukan main best friends lagi."

Mendengar itu, Emelyn memasamkan wajahnya.

"Best friends? Eww...Puh-lease. I? Best friends dengan perempuan takde standard tu? I kawan dengan sebab nak check on her, since you had been dating dia dulu. I was just trying to protect you. You ingatkan, dia tu baik sangat ke?"

Penjelasan itu hanya dibalas oleh tawaan berbentuk sindiran sahaja oleh Pierre.

"Thanks but no thanks, Em. I KNOW siapa Arissa tu. Dia tak macam you. In fact, it's you that I need to be protected from. Stay away from me. And Arissa."

"Oh by the way, masa you masih dengan dia, dia pernah confessed dengan I yang she didn't really loved you. In fact orang yang dia betul-betul cinta is...Farizal."

Pierre yang baru sahaja ingin melangkah pergi terhenti sebentar. Entah mengapa dia dapat merasakan hatinya hancur.

"Face it, Pierre. Dia dah tak nak you lagi. Perempuan yang you ingatkan baik sangat tu bukan malaikat."

Tanpa berkata apa-apa, Pierre terus melangkah pergi. Emelyn memberikan senyuman tanda kemenangan. Setelah itu, dia menoleh ke arah ke arah para penonton yang menyaksikan persembahan tadi denagn pandangan tajam dan menakutkan -sesuatu yang mahir dilakukannya, membuat bulu sesiapa pun yang memandangnya meremang.

"APA LAGI YANG KORANG MENYIBUK LAGI KAT SINI. SHOW'S OVER! NOW SCRAM!"

Dengan itu, semua orang dengan patuh pergi dari tempat itu. Emelyn mengibas rambutnya dan mendail telefon bimbitnya.

"Kita teruskan plan kita juga. Aku nak sampai Arissa jatuh dalam-dalam."

                                                   
                                                                             ***
Beberapa minggu kemudian...

Peperiksaan tahun akhir yang baru berakhir bagaikan mengalihkan satu beban yang berat dari bahu Arissa. Lega rasanya apabila dia dapat menjawab soalan-soalan kertas peperiksaan dengan tenang dan yakin Harap-haraplah dia berjaya meraih keputusaan yang cemerlang walaupun dilanda masalah-masalah yang tidak diundang pada masa yang sama.

Arissa memeriksa peti surat rumahnya, kalau-kalau ada surat penting. Selain daripada surat-surat bil dan risalah-risalah pengiklanan, senaskhah envelop yang besar, menarik perhatiannya, lebih-lebih lagi apabila menurut nama yang tertulis adalah tertuju kepadanya.

Sebaik sahaja tiba di biliknya, dia segera mebukanya. Beberapa keping gambar Pierre dan Emelyn berpelukan di kelab, menyambutnya dan lebih menghancurkan hatinya adalah tarikh yang tertera di belakangnya, waktu di mana dia menganggap Emelyn sebagai sahabat baiknya yang banyak memberikan nasihat dan kata-kata perangsang buatnya.

Begini sakitkah apabila kita ditikam dari belakang dengan perlahan oleh orang yang dianggap sahabat?

Arissa menggelengkan kepalanya. Selama ini sanggup dia meninggalkan sahabat-sahabat yang jujur untuk mereka yang menopengkan diri dengan kemanisan dengan motif untuk mengenakan dirinya.

Arissa memeriksa envelop itu dengan kandungannya untuk mencari tahu pengirimnya namun hampa. Tiba-tiba dia teringat akan pertemuan terakhirnya dengan Farizal. Seingatnya, dia memang ada membawa sesuatu di tangannya.

Sebuah kertas/envelop putih.

Sepantas kilat, Arissa berlari menuju ke rumah Farizal. Dia inginkan penjelasan. Bagaimana dia mendapatkan gambar itu. Begitu banyak yang ingin dia katakan padanya. Dia juga ingin meminta maaf bagi pihak Pierre atas kejadian tempoh hari. Kalau nak harapkan Pierre sendiri yang meminta maaf, takkan mahunya dia mengakui kesalahannya itu.

Tiba di permukaan pintu rumah Farizal, perasaannya berdebar-debar.  Dia ingin mengetuk pintu rumah itu namun keadaan sunyi sepi pula. Tingkap tertutup, depan rumah bersih, tiada kasut atau selipar.

"Assalamualaikum...Nek....Assalamualaikum...."

Arissa mengetuk pintu bertalu-talu namun tiada jawapan. Kemudian dia memberi salam dan memanggil-manggil nama Mak Jah dan Farizal.

"Mana pula diorang pergi ni?"

Arissa mengeluarkan telefon bimbitnya dari poketnya dan cuba menelefon Farizal namun yang menyambutnya hanyalah voicemail sahaja.

"Rizal...Mana kau pergi ni?"

***

Lee terus membebel tentang cita-citanya untuk ke London, mencipta nama seperti Jimmy Choo dan Ashley Isham yang menggayakan nama-nama besar Hollywood seperti Angelina Jolie atau Sarah Jessica Parker. Mereka berdua sedang berada di sebuah kafe kegemaran mereka.

"I so... Wanna dress Scarlett Johansson. Aku ada design sesuatu...."

"Kau ada nampak Farizal tak?"

"Hmm...Ya tak ya jugak kan? Semenjak dua menjak ni kan, aku jarang nampak dia tau. Wah, dia betul punya marah dengan kau kan?"

Arissa terdiam. Dia belum sempat meminta maaf pada Farizal atas tindakan Pierre kepadanya tempoh hari. Malah, dia masih tidak tahu, mengapa Farizal ingin menemuinya hari itu kerana sehingga hari ini dia langsung tidak menghubunginya lagi. Semalam, ketika dia cuba untuk ke rumah Farizal lagi, masih tidak berpenghuni. Ke mana agaknya mereka pergi? Balik kampungkah?

"Entahlah, Lee. Aku rasa macam Rizal tu tak nak maafkan aku lagilah. Aku menyesal sangat dengan apa yang dah jadi."

"Alah...Aku tau, Rizal tu sayang kat kau. Dia takkan bertahanlah, marah lama-lama kat kau. Paling banyak pun, merajuk je si jantan melayu terakhir kau, hmmm...."

"Arissa!"

Sejurus terdengar panggilan daripada seseorang, mereka berdua menoleh dan mendapati Pierre berdiri beberapa jarak daripada meja mereka. Arissa memandang Lee sementara Lee mula berdiri, memberi laluan kepada mereka untuk menghuraikan sisa-sia isu yang masih  terbengkalai.

"Rissa, aku jumpa kau nanti je ek? Bye, Pierre."

Setelah Lee hilang dari pandangan mata, Pierre mengambil tempatnya, di hadapan Arissa. Arissa memandang ke arah tingkap.

"Arissa..."

"Dengar sini. Ini semua salah I." Potong Arissa. " Sepatutnya dari dulu I beritahu you yang...Rasa cinta terhadap you dah lama hilang. Kita berbeza, Pierre. I'm not like you and I can't be like you. I tak boleh tipu hidup I sendiri, jadi orang yang bukan diri just to be with you."

Pierre menunduk. Kemudian mengangguk seolah-olah menerima penjelasannya.

"I faham, tapi, boleh I tanya sesuatu pada you?"

"Tanyalah."

"You langsung tak pernah cintakan I?"

Soalan itu membuatkan bibir Arissa merekahkan seutas senyuman.

"Pierre...Mula-mula tu memang I jatuh cinta pada you, hopelessly. You betul-betul buat I rasa orang yang paling istimewa, tapi...I tak suka bila you cuba ubah I untuk jadi orang lain, just to suit your taste. Selepas semua yang I dah buat untuk you, tiba-tiba you ada orang lain belakang I."

"Elena was just...."

"I tau. An old friend. Or flame. Tapi I sedih bila dapat tau you masih flirting dengan dia kat Facebook."

"Ni mesti kerja Emelyn. Ah, I should've warned you about her. Emelyn bukan kawan. Masa you masih kawan dengan dia...I dengan dia..." Pierre menarik nafas.

"Takpelah Pierre. I dah tau," kata Arissa, mengenangkan gambar-gambar yang dikirim kepadanya.

"I betul-betul menyesal Arissa. I tak harapkan you untuk balik pada I. I tau yang hati you sebenarnya untuk Farizal." Mendengar itu, Arissa terkejut, namun Pierre kelihatan tenang sahaja, seolah-olah menerima hakikat itu. "He's a good guy. I tak layak untuk you, Riss. You terlalu baik dan I nak you tau yang rasa cinta I pada you betul-betul jujur dan ikhlas. I cuma harapkan yang you dapat maafkan semua kesalahan I pada you."

"Hey...I dah lupakanlah semua. In fact, I pun nak minta maaf for all these mess. So...I guess we are even?"

Pierre memberikan senyuman istimewanya.

"Okay. kosong-kosong." Kemudian wajahnya kembali serius. "Minggu ni pun adalah minggu terakhir I kat sini."

"Maksud you?"

"I'm leaving for Bristol by Sunday. Papa I nak I sambung belajar kat sana."

Arissa menunduk. Jujur, dia berasa sedih mendengar berita itu. Walaupun tiada rasa cinta yang tertinggal terhadap lelaki itu, rasa sayang sebagai seorang sahabat terus mekar di hatinya. Pierre mengangkat dagu gadis itu sambil tersenyum.

"Hey, beautiful, janganlah sedih. Insya Allah, kita akan jumpa lagi. Just promise me we'll keep in touch?"

"Okay... Of course."

Sepi. Tiada apa yang tinggal untuk dikatakan oleh mereka. Hanya lagu yang diputarkan di kafe itu yang menguasai kesepian di antara mereka. Tiba-tiba lagu 'Just The Way You Are' Oleh Bruno Mars membuatkan Arissa membatu seketika, mengingatkan ketika lelaki di hadapannya itu menyanyikan lagu itu buat dirinya tidak lama dulu.

Tanpa diduga, Pierre tertawa sambil menggelengkan kepalanya. Melihat itu, Arissa kembali tenang dan tertawa bersama.

"You ingat tak, lagu ni?" Tanya Pierre.

"How can I not?" Kata Arissa sambil tertawa. "Ada sesuatu yang I tak beritahu you malam tu."

"Really? Apa dia?"

"Well..." Arissa senyum mengusik, membuatkan Pierre diserbu rasa ingin tahu.

"Well...?" Gesa Pierre.

"Masa you nyanyi malam tu, ada part you sumbang sikit."

"Really? I thought I did good."

"I tak cakap you tak bagus, tapi you were dreamy that night...So all were forgiven."

Mereka tertawa lagi.

"I really gonna miss you." Kata Pierre sambil memandang mata Arissa.

"Yeah, me too."

Pierre hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian dia tersenyum.

"Bye, Arissa," katanya, sebelum bangun dan berlalu.

Arissa hanya memandang dia pergi sebelum menjawab "bye" sendirian perlahan. Tiada apa yang tinggal untuk dikatakan lagi olehnya saat dia memandang kelibat pemuda itu berlalu.


                                                                                 ***

"Apa lagi yang korang nak? Pierre dengan I are not together anymore. Korang dah menang, buat aku putus dengan dia, making me a total idiot and losing all my friends."

Arissa memeluk tubuhnya sambil mengerutkan wajahnya. Reanna dan teman-temannya (tidak termasuk Emelyn) hanya terdiam, membiarkan Arissa meluahkan rasa hatinya.

"Look, Arissa, sumpah, kitorang tak tau pun apa yang dah jadi. Apa yang Emelyn rancang, tak melibatkan kitorang pun. Okay, kitorang faham kalau kau marah sekarang ni, tak percayalah, we have nothing to do with happened." Jelas Reanna.

Arissa terdiam, tidak tahu jika dia harus mempercayai kata-kata mereka ataupun tidak. Hatinya hancur tatkala mendapat tahu persahabatannya dengan Emelyn hanyalah pura-pura semata. Dia rasa seperti orang yang bodoh dan dia tidak mahu dipermainkan lagi.

"Emelyn memang macam tu, Rissa. Kitorang semua pun tengah marah dengan dia ni sekarang sebab gunakan kitorang untuk kenakan you. And kitorang nak minta maaf sebab apa yang dah jadi -tapi sumpah kitorang tak tau pun." Jelas Sophia pula.

"Okay, whatever. Jadi yang korang cari aku ni buat apa?"

"Well... Pierre kan will be leaving for Bristol minggu depan, jadi kitorang plan untuk buatkan dia farewell party of sort untuk dia. We thought that you might wanna join us. Kitorang tau betapa pentingnya you buat Pierre."

Mendengar itu, Arissa menoleh namun tidak menjawab, memikirkan undangan tersebut. Dia teringatkan tentang pertemuan terakhirnya dengan Pierre. Matanya yang memancarkan kekecewaan seakan menghantuinya. Hati lelaki itu benar-benar hancur tatkala merelakan hatinya diambil Farizal. Penyesalan masih membekas di hatinya. Sudah banyak hati yang hancur kerananya. Dia tidak mahu menambah sakit hati Pierre bila melihatnya lagi.

"Aku betul-betul tak tau," kata Arissa akhirnya. "I'm not sure if I should."

"Please, Arissa. Kitorang dah lama kawan dengan Pierre. Kitorang dapat rasa betapa pentingnya you untuk dia. We've never seen him so in love before you came into his life. Kalau you ada, it would mean so much to him."

Dia fikir bahawa dia telah mengecawakan lelaki itu. Paling sedikit yang boleh dilakukannya adalah mengucapkan selamat tinggal kepadanya dengan betul, buang rasa janggal di antara mereka dan bina persahabatan yang jujur pula.

"Okay. I'll go."

"Great! Thank you so much. We'll text you the details, okay."

Setelah Arissa ditinggalkan sendirian, dia cuba untuk mendail nombor Farizal untuk ke sekian kali. Walaupun sudah dijangka, dia masih kecewa apabila yang menjawab adalah mesin jawabnya. Di manakah lelaki itu? Mengapa dia menyembunyikan dirinya dan ghaib dari matanya?







Thursday, August 9, 2012

Selamat Tinggal Sneakers... 34

"Good morning, honey!"

Sekuntum bunga daisy menyambut paginya di kampus hari itu. Seperti biasa, Pierre menjemput harinya dengan begitu ceria. Arissa yang separuh dia alam mimpi dan separuh di alam realiti lambat bereaksi namun tersenyum apabila menyambut bunga daisy berwarna putih itu.

"Daisy? What's the occasion?" Tanya Arissa sambil tersenyum. 

"Nothing. I bagi you sebab I love you so much," kata Pierre seperti budak sekolah baru mengenali cinta.

"O...Kay? Thanks... I suka bunga ni."

Mereka bejalan bersama-sama menuju ke kafe sebelum kelas bermula, Tiba-tiba Pierre mengambil tangan Arissa.

"Honey, I rasa yang kita perlu take one level up dalam relationship ni." Kata Pierre, membuat dada Arissa berdegup kencang. 

"Maksud you?"

"Well... I was thinking maybe it's time that you jumpa parents I. Okay maybe Mama I dulu, cause my dad is...I don''t wanna talk about him. Macam mana? Then I jumpa ibu you pulak."

"Err..."

"Come down kat rumah I hari Ahad ni. Mama I nak buat little celebration for her 50th birthday. Then I boleh kenalkan you pada dia."

Semuanya berlaku begitu pantas dan kerongkongnya seakan tersekat untuk berkata sesuatu.

"I boleh tunjukkan dia bakal menantu dia yang gorgeous and beautiful." Pierre terus berbual sementara Arissa semakin gementar. Dia kurang selesa dengan idea tersebut sebenarnya.

"I tak taulah Pierre... You rasa semua ni tak terlalu cepat ke? We haven't even finished college..."

"We will, darl, in less than a month! Apa salahnya kalau kita, you know, get serious now. Kenal family masing-masing. Dammit, kalau I boleh kahwin dengan you sekarang, I'll do it right away!"

Kata-kata Pierre itu membuatkan Arissa ingin berlari sejuta batu. Dia rasa seperti berjalan di atas quicksand dan akan segera tenggelam. Cepat! tukar subjek perbualan!

"Pierre, you dah sedia untuk Final Exams nanti? I rasa nervous sangat." Kata Arissa menukar subjek.

Mendengar itu, Pierre hanya tersenyum.

"Baby, if you were my wife, you tak payah kerja pun, you just relax and enjoy life and I'll treat you like a queen."

Dengan itu Arissa rasa ada baiknya jika dia hanya tutup mulutnya sahaja.

                                                                               ***

Marsha menolak beberapa gambar Pierre dan Emelyn yang diambil oleh Ray dan menunjukkannya kepada Farizal. Farizal hanya memandang ke arah gambar itu tanpa berkata apa-apa.

"Kenapa you tunjukkan aku I semua?"

"Well I thought you ought to know. Maksud I...I tau betapa pentingnya Arissa buat you."

"Kalau I nak buat sesuatu pun, untuk apa? Semuanya dah lambat, Marsha. I dengan Arissa dah jauh sangat, it's almost impossible to turn back again."

"Well then, try! Takkan you nak duduk diam je, tengokkan orang yang you sayang kena main dengan diorang tu semua?"

"Tell me, apa yang boleh I buat? Convince her, yang boyfriend dia tu two-timing her?

"I tak tau Rizal, tapi I betul-betul rasa tak sedap hati tentang semua ni. I kenal dengan diorang tu semua, especially Maya dengan Emelyn. They are capable of anything . Bad, evil things." Apabila Farizal terus terdiam, Marsha berkata lagi. "You know what? I akan beri amaran pada Arissa untuk lebih hati-hati."

"And how exactly are you gonna do that?"

Marsha mengangkat gambar kecurangan Emelyn dan Pierre dan menunjukkannya kepada Farizal.

"I akan tunjukkan gambar pada Arissa sebagai tanda bukti."

Farizal terdiam. Dia rasa seperti lelaki yang pengecut. Orang yang dicintainya dipermainkan dia hanya terdiam.

"Actually, biar I yang beritahu dia." Kata Farizal akhirnya.

                                                                                        ***

Pada hari Ahad itu, Arissa datang juga ke sambutan hari jadi ibu Pierre walaupun hatinya tidak berada di situ. Perasaannya begitu gementar walaupun Lee telah mendandaninya dari hujung rambut hingga ke kaki tadi. Lee telah mengerintingkan hujung rambutnya, meminjamkan dress merah jambu lembut yang mempunyai lengan capped sleeve dan sash les hitam di pinggangnya. Bawahnya mengalir hingga ke bawah lutut dan ia kelihatan begitu feminin, Pierre juga setjuj dengan penampilannya hari ini. Lee juga telah meminjamkannya set barang kemas berlian tiruan.

"You nampak cantik hari ini." komen Pierre yang sedang memandu sambil tersenyum, membuatkan pipi Arissa merah.

"Thanks. Tapi I nervous sangat. You rasa Mama you suka kat I tak?"

"Gila dia tak suka? I bet dia akan mintak I kahwin dengan you malam ni jugak."

"Itu barulah gila."

"Memang I tengah gila. Gilakan you." Kta Pierre sambil mengenyitkan matanya.

"Oh, Shut up and drive." Kata Arissa sambil tersenyum dan berpura-pura menjelingkan matanya.

Beberapa minit kemudian, kereta yang mereka naiki sudah pun tiba di perkarangan rumah Pierre dan Arissa tidak dapat menahan rasa ketakjubannya terhadap Istana yang berdiri megah di hadapannya.  Beberapa kereta mewah terpakir di hadapan rumah tersebut memberitahunya tentang tetamu-tetamu yang diundang.

Saat mereka menuju masuk, beberapa tamu yang berpakaian seolah-olah seperti mereka di acara red carpet, membuatnya rasa seperti  under dressed. Semuanya memakai baju yang menyerlah warnanya ataupun berkilau. Aroma minyak wangi yang pekat dan mahal di sekelilingnya juga membuatkannya semakin mual dicampur dengan rasa gementarnya. Dia memegang erat hadiah yang akan diberikan kepada mama Pierre seolah-olah bergantung nyawa pada ia.

"C'mon, I nak bawak I jumpa Mama."

Pierre menarik tangan Arissa dan menyelip di antara tetamu-tetamu yang glamor di majlis itu, yang kebanyakannya sudah separuh umur. Rakan-rakan mama Pierre mungkin, fikir Arissa. Saat mereka menjumpai Mama Pierre, dia sedang berbual mesra dengan seorang wanita yang sebaya dan sama bergaya dengannya yang anggun dengan toga dress midnight blue yang seksi. Pun begitu, Arissa rasa tidak kena pula gaya pakaiannya dengan usianya namun dia hanya terdiam sahaja.

Saat Pierre dan Arissa tiba, mereka berhenti berbual dan menoleh ke arah Pierre kemudian Arissa. Ada pandangan rasa kurang senang daripada wanita di sebelah mama Pierre kepada Arissa. Pandangannya seperti ingin menerkam gadis itu sahaja.

"Mama, Aunty Lina, Pierre nak kenalkan, Arissa. Arissa, ni mama I, dan yang ini, er..."

Belum sempat Pierre ingin memperkenalkan wanita di sebelah mamanya kepada Arissa, tiba-tiba Emelyn datang dengan gaun hitam halter v neck yang mendedahkan sedikit bahagian yang tidak sepatutnya. Gaun panjang itu juga menededahkan sedikit pehanya. Saat dia melihat Pierre, tergedik-gedik dia menghampiri mereka.

"Hi, Arissa," sapanya, sekejap kemudian dia menoleh ke arah Pierre dan menatapnya dengan penuh makna.
"Pierre..."

"Hey, Em." Sapa Pierre yang tidak berkedip memandangnya.

"Emmy, Emmy pergi mana tadi? "

"Sorry, Mummy, Emmy berbual dengan Gina tadi." Jawab Emelyn. Kemudian dia menoleh ke arah Mama Pierre.  "Oh, ya, Happy birthday, Mama. Ni ada hadiah special daripada kitorang sekeluarga."

Emelyn menghulurkan sebuah sebuah kotak seperti trinket box dan memberikannya kepada mama Pierre.

"Hadiah, apa pula ni?" Mama Pierre membuka kotak tersebut dan pada ketika itu semuanya kagum melihat isi kandungan kotak tersebut. Di dalamnya, terdapat sebotol minyak wangi swarovski crystal yang bersinar. Melihat itu, hati Arissa tawar. Kalau nak dibandingkan dengan hadiah yang ingin dia berikan memang jauh bandingannya.

Mama Pierre kelihatan begitu gembira menerimanya. Hadiah tersebut pasti mahal, fikir Arissa.

"Ah...Cantiknya, terima kasihlah, I suka sangat."

"I'm glad you like it. I beli kat Paris masa I dengan hubby I pergi sana. Tapi idea Emmy lah. Dia yang cadangkan untuk belikan ni untuk dia."

"Ah...Emmy, you really know me, darling."

Mama Pierre memeluk Emmy. Mereka kelihatan begitu mesra sekali dan Arissa tidak dapat membendung rasa cemburu di dalam hatinya. Jelas sudah, Emelyn adalah menantu pilihan mama Pierre. Dirinya seolah-olah rasa terpinggir saat mereka terus berbual. Berkenalan dengan betul pun belum.

"Pierre!"

Panggilan dari seseorang membuatkan lelaki itu menoleh. Saat melihat siapa pemanggilnya, mata Pierre bersinar.

"Hirzi!"

Kedua pemuda itu bersalaman sambil berpelukan. Mereka bewrbual sambil tertawa. Kemudian dia menoleh ke arah Arissa.

"Hirzi, kenalkan, ini Arissa. Arissa, ni Hirzi, cousin favourite I."

"Hirzi yang tidak kurang kacak seperti Pierre (mereka mempunyai baka yang elok dari segi fizikal, fikir Arissa), menoleh dan memandang Arissa.

"Oh, jadi inilah Arissa? Wow...Memang gorgeous. Pierre selalu ceritakan pada I tentang you." Kata Hirzi sambil tersenyum, membuatkan pipi Arissa merah, kemudian dia memandang ke arah Pierre dengan pandangan 'apa-yang-you-cerita' namun tersenyum.

"Good things I hope," jawab Arissa kemudian.

"Oh, come on, babe. You know me," Kata Pierre.

"Pierre, jomlah, meet the guys. Diorang semua kat belakang tunggu kau," kata Hirzi, membuatkan hati Arissa tenggelam.

Arissa memandang ke arah mama Pierre yang sedang berbual mesra dengan Emelyn dan Mummy nya. Ditinggalkan sendirian dengan mereka? Oh tidak.

"Arissa, I pinjam boyfriend you sekejap ye?" Kata Hirzi kepada Arissa.

"Er...ya..sure," jawab Arissa walaupun dia memberontak di dalam hati.

"Riss, you pergilah warm up dengan my mum, kay? Nanti I jumpa you." Pierre menepuk bahu Arissa perlahan sebelum berlalu bersama Hirzi.

Dengan itu, Arissa terus mendekati Emelyn tanpa tahu apa yang harus diperkatakan. Emelyn pula hari itu seperti mahu tidak mahu sahaja melayaninya. Mereka sedang berbual tentang rantai masing-masing.

"Cantik kan? Ni custom made khas untuk I. Sebenarnya I tak tau pun yang hubby nak surprise me dengan rantai ni," kata Mummy Emelyn sambil menunjukkan rantainya.

"Cantiknya...Ni mesti mahalkan? Wah, romantik betullah hubby you."

"Mestilah, I tak bolehlah, pakai rantai murah-murah, langsung tak kena dengan I, lebih-lebih lagi rantai TIRUAN. Macam mana pun, berlian asli sinarnya lain daripada TIRUAN. Sekali pandang je I dah  tau, asli je tak," kata Mummy Emelyn sambil memandang Arissa dengan penuh makna, membuatkan gadis itu terasa begitu malu.

Mama Pierre menoleh ke arah Arissa.

"You belajar kat sama kolej dengan Pierre?" Tanyanya pada Arissa.

"Ya, Aunty. Tapi lain jurusan, lain kelas," jawab Arissa seadanya.

"Dah lama, kenalan dengan Pierre?"

"Err...Kenal rapat dengan Pierre, baru je." Jawab Arissa perlahan, seperti seorang murid menjawab kepada guru besar setelah ditangkap melanggar peraturan sekolah. Dadanya berdegup tidak keruan apatah lagi melihat mata mama Pierre yang memandangnya dari atas ke bawah seolah-olah sedang membaca dirinya. Dia rasa begitu 'terbuka', dan pada masa yang sama menyesal memakai set berlian tiruan itu.

"You dengan Pierre serious ke?"

Satu lagi letupan soalan yang membuat Arissa ingin lari jauh.

"Anisah! Happy Birthday!"

Situasi yang janggal itu diselamatkan oleh beberapa orang teman mama Pierre yang datang untuk mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Dengan sekejap, mama Pierre bertukar menjadi wanita paling gembira di dunia, berbeza dengan apabila dia bersama Arissa tadi. Daripada itu, Arissa dapat merasakan bahawa mama Pierre jelas-jelas tidak menyukainya. Arissa berlalu dari situ dan ke halaman rumah mewah itu, sambil menyantap matanya dengan pokok bunga yang ditanam di taman kecil berdekatan. Sekurang-kurangnya di sana tidak ramai dan sesak dengan orang-orang yang tidak dikenalinya. Dia menarik nafas panjang apabila dia rasa ada seseorang berdiri di sebelahnya.

"Kenapa tak jawab?" Tanya mummy Emelyn, Aunty Lina.

"Huh?" Tanya Arissa yang kurang faham dengan pertanyaan tiba-tiba daripada orang yang masih asing pada dirinya.

"Tadi mama Pierre tanya kau whether or not kau serious dengan anak dia, tapi kau diam je. Kenapa?"

'Eh, eh. Menyibuk pulak orang tua ni,' bisik hati Arissa.

"Err...Saya...Saya rasa tak sihat sikit..."

"Dengar sini Arissa. I know siapa kau. Emmy dah banyak cerita pasal kau. Berani kau pasang angan-angan untuk dapatkan Pierre kan?"

"Aunty! Apa yang Aunty..."

"Jangan ingatkan aku tak tau Arissa! Sengaja kau ubah imej selekeh kau untuk rampas Pierre daripada anak aku supaya kau dapat tumpang senang atas kekayaan Pierre kan? Aku nak kau tau, Mama Pierre lebih suka kalau Emelyn tu jadi menantu dia dan we have already made plans untuk kahwinkan diorang. Iyalah, Emelyn dengan Pierre setaraf, tak macam..."

Tuduhan dan penghinaan Aunty Lina itu bagaikan membakar lilin kesabarannya yang terakhir. Dengan itu, Arissa berhenti bersembunyi di balik imej gadis anggun yang tidak menjadinya dan memberus rambutnya ke belakang. Kemudian dia mencekak pinggangnya.

"Look, makcik! Pertama, saya tak rampas Pierre daripada Emelyn. Dia kena tinggal dengan Pierre sebelum saya dengan Pierre couple. Secondly, saya tak pandang pun harta Pierre dan saya tahu, saya sedar yang Mama Pierre tak suka saya. Tapi, kalau ditakdirkan saya dengan Pierre ada jodoh, saya tak kisah kalau Pierre tak dapat warisi sesen harta pun daripada keluarga dia. Pierre and Emelyn are not together anymore and I am his girlfriend now! Get over it!"

Arissa menggelengkan kepalanya, kemudian masuk ke dalam untuk bertemu dengan Pierre. Dia ingin pulang sekarang. Nafasnya sesak, hatinya berdegup seolah-olah dia baru habis berlari sejuta batu. Selama ini dia hormat dengan orang tua namun Aunty Lina benar-benar mengikis rasa itu dari dirinya.

Apabila dia cuba mencari Pierre, dia lihat kekasihnya itu sedang berbual mesra dengan Emelyn dan ibunya. Sesekali Emelyn menepuk mesra bahunya ataupun menampar lembut pipinya. Kemudian mereka tertawa sambil Mama Pierre memgang tangan Emelyn. Pemandangan itu membuatkan Arissa lebih sedih.

"Hmm...Kita tengoklah nanti, siapa pula yang kena tinggal ye?" Kata Aunty Lina yang tiba-tiba berada di sebelahnya. Kemudian dia tertawa dengan tawaan palsu campur kejam ala-ala nenek kebayan.

Arissa berlalu daripada rumah itu tidak tahu ke mana arah tujuannya. Dia tidak mungkin akan ke rumah dengan keadaannya yang sedih dan rambutnya yang mungkin seperti singa kelaparan kini. Dia begitu letih sekali dan kakinya sakit dengan kasut tumit tinggi yang sedang dipakainya.

Sedang dia berjalan dia mula memikirkan semula kehidupannya. Inikah yang dia inginkan? Dia mula teringatkan tentang sahabat-sahabatnya yang dulu. Jika dia mempunyai masalah, sudah tentu merekalah tempat pertama dia mengadu. Mereka tidak memandang harta, mereka tidak memberitahunya bagaimana dan apa yang harus dipakai, dengan siapa dia harus bergaul.

Arissa membuka set berlian tiruan yang dipakainya dan mencampknya ke dalam beg tangannya. Apabila difikirkan kembali, dia tidak suka pun memakai beg tangan. Ataupun kasut tumit tinggi. Ataupun mekap tebal seperti anak patung Barbie. Semua ini hanya...bukan dirinya.



                                                                                  ***


Arissa terjaga apabila telefonnya berdering  pagi itu. Pada mulanya, dia tidak mahu mengangkatnya, menjangkakan ia pasti panggilan daripada Pierre lagi. Semalam sahaja dia mempunyai sepuluh panggilan yang tidak diangkat dan enam mesej yang tidak terbalas daripadanya.

Apabila melihat ia ternyata panggilan daripada Farizal. Kesedarannya terus berubah ke seratus-peratus.

"Farizal..."

"Arissa....Umm...Boleh kita jumpa sekejap?"

"Boleh...Tapi untuk apa?"

"Ada...Ada sesuatu yang aku nak beritahu kau. Kita jumpa kat playground kat taman je?" Kata Farizal, merujuk kepada taman permainan yang terletak berdekatan dengan rumah mereka.

"Okay. Bagi aku dalam setengah jam?"

Telefon ditutup dan Arissa segera mandi dan bersiap untuk ke bertemu dengan Farizal. Semasa bersiap itu, Pierre menelefonnya lagi namun dia membiarkan telefonnya berdering sahaja. Dia sempat berfikir, mungkinkah Farizal berubah fikiran dan mengatakan bahawa dia masih mencintainya?

Jika benar, dia sanggup meninggalkan cinta Pierre unrtuk dirinya. Biarlah dia dilabelkan sebagai wanita curang namun dia sahaja tahu apa yang terjadi. Dia ingin meninggalkan Pierre. Hatinya tiba-tiba pasti bahawa  jauh di dalam sudut hatinya, cintanya terhadap Farizal tidak pernah luntur. Malah, dia juga sedar bahawa dia tidak pernah begitu cinta pada Pierre. Apa pun konsekuensinya, dia sanggup menerimanya.

Beberapa minit kemudian, dia sudah pun berada di buaian di taman permainan yang mereka janjikan dengan penuh debaran. Beberapa minit kemudian, Farizal pun tiba dengan membawa sesuatu -senaskah sampul surat yang besar, membuatkan Arissa diterpa perasaan ingin tahu. Bermacam-macam dugaan timbul di kepalanya.

"Farizal...Ada apa kau nak jumpa aku ni?"

Farizal duduk di sebelah buaian tersebut. Kemudian dia memandang wajah Arissa. Lama.

"Arissa, aku harap apa yang nak cakapkan ni tak akan buat kau marah." Farizal memulakannya.

"O...Kay. Rizal, sebelum tu aku nak minta maaf...You know, about our last meeting?"

Fikiran Farizal menerawang ke arah pertemuan mereka yang terakhir di saat Arissa mendapat tahu tentang luahan hatinya di dalam buku notanya.

"Aku pun. Aku takde maksud apa-apa. Buku tu... that's just my private feelings. aku tak tau macam mana kau dapat buku tu tapi, it's not supposed to...."

"I know. Aku tau. In fact aku yang nak minta maaf pada kau. I shouldn't have marah kau ataupun salahkan kau. I know it's not your fault."

Mereka terdiam. Arissa membuaikan dirinya, menunggu sesuatu daripada Farizal.

"So..." Kata Arissa.

"Kau betul-betul sayangkan Pierre?" Tanya Farizal.

Arissa tidak menjawab. Dia terus membuaikan dirinya. Untuk pertama kali dalam beberapa bulan, dia rasa begitu bebas. Farizal cuba untuk melihat ke arah lain sebelum perasaan yang ingin dia buang jauh itu tidak kembali. Dia kelihatan begitu cantik dengan rambut yang terhurai bebas ditiup angin. Kemudian dia menghentikan buaiannya.

"Entah. He can be such a jerk sometimes, you know. Kenapa?"

"Rissa, kalau aku beritahu kau sesuatu...Kau jangan marah. Aku harap kau faham aku buat semua ni..."

"No, aku takkan marah. Please tell me..."

 Baru saja dia ingin menjawab, matanya melebar seakan-akan terkejut. Dengan sekelip mata sahaja, mukanya ditumbuk. Arissa menjerit kecil.

"Pierre! You dah gila ke?"

Arissa membantu Farizal yang terjatuh sedikit, namun tangannya ditarik kasar oleh Pierre.

"Pehal dengan you ni? You left abruptly without saying a word semalam, you don't answer my calls, I datang nak cari you tiba-tiba you ada kat sini, dengan DIA ni!"

"Rizal, aku rasa kau balik dulu. Biarkan aku dengan dia kat sini." Kata Arissa pada Farizal.

"Tapi Rissa..." Farizal kelihatan bimbang melihat Pierre yang kelihatan berang itu.

"Don't worry I'll be fine. Just...go."

Tiada pilihan, Farizal berlalu dari situ. Sampul surat yang dipegangnya itu digenggam seeratnya. Bagaimana jika dia tidak mempunyai waktu untuk memberitahunya tentang Pierre?

Arissa memeluk tubuhnya dan memandang Pierre dengan marah setelah pemergian Farizal.

"Kenapa dengan you ni?"

"Kenapa dengan I? Bukan ke I yang sepatutnya tanya you soalan tu? Kenapa you tinggalkan majlis macam tu je semalam? Dengan takde apa-apa explanations, alasan, nothing."

"Mama you, tak suka I."

"Memanglah. Macam mana dia nak suka you dengan perangai you macam tu? You ingatkan you Cinderella? Running away from parties in reality is not classy, Arissa. It's disrespectful bagi mama I."

Arissa menggigit hujung jarinya sebentar. Setelah itu, dia memberus rambutnya ke belakang. Dia rasa begitu resah.

"Pierre...I don't think we should be together."

"What? Wha..."

"I tau mama you tak suka I. Dia lebih prefer Emelyn daripada I. There are even plans for marriage untuk you dengan dia."

"Apa yang you cakap ni? Siapa yang bilang you yang I'm marrying her?"

"Itu tak penting, Pierre." Arissa teringat bagaimana Pierre memandang Emelyhn malam semalam. Pandangan orang yan sedang dilamun cinta. "I just know it, okay?"

"So? Rissa, I lelaki. I boleh tentukan hidup I sendiri. Macamlah I akan ikut apa je yang mama I kata."

"Itu bukan masalahnya, Pierre. The real problem here is that...I just can't be with you anymore. I tak boleh, Pierre! We are just so...Different. I dah hilang diri I sejak I dengan you. I sendiri pun dah tak kenal siapa diri I sekarang ni."

"Oh. Just because you dah tak main bola, dah tak pakai pakaian lama you yang trashy tu, you've lost yourself? Honey, you lebih cantik, anggun, feminin sekarang ni, isn't it better? You dah masuk magazine, runways, invited to the most exclusive parties, apa lagi yang kurang?"

"I tak happy! I penat cuba jadi seseorang that's not me!"

"What? Arissa! Apa yang jantan tu dah cakap kat you?"

"Farizal tak ada kena-mengena dengan semua ni. Ni decision I sendiri. Goodbye, Pierre."

Baru sahaja Arissa ingin berlalu, Pierre menarik tangannya.

"Oh no, you ain't leaving me. No one ever dumps me."

"Then watch me."

Awan semakin gelap dengan guruh yang mula berdentum. Pierre menarik Arissa hingga ke dalam keretanya dan menutupnya.

"We really need talk about this. Why Arissa? How could you do this to me?"

Air mata Arissa mula berlinang, seiring dengan hujan yang mula rintik, mengetuk perlahan cermin kereta tersebut. Dia tidak menjangkakan bahawa dia akan menghadapi situasi yang sukar begini.

"Tolong jangan susahkan keadaan. I dah tak sanggup tipu you, tipu diri I sendiri."

"Arissa, Arissa, tunggu. Tolong jangan buat macam ni! I'm sorry for what I've done, I janji I akan berubah okay?"

"You tak faham! There's nothing to apologize! You tak salah! It's not you, it's me! I'm sorry."

Arissa keluar daripada kereta itu dan hujan mula turun dengan kasarnya. Pierre menyusul kemudian.

"You are one selfish bitch do you know that? Selepas you dah bosan dengan I, you nak balik lagi dengan jantan tu. Murah betul kan nilai cinta you?"

Mendengar itu, Arissa menoleh marah. Hujan lebat yang menimpanya tidak dihiraukannya.

"Nilai cinta? Apa yang you tau tentang nilai cinta? You bagi cinta you sesuka hati je, pada sesiapa yang suka lepas tu you lupakan je. You ingatkan I tak tau apa yang you buat belakang I, Pierre? Memang dulu I cintakan you. Tapi , bila you cakap you akan berubah, you patutnya berubah, but no. I tak tau exactly apa yan terjadi antara you dengan Emelyn but I think I might have an idea. Nilai cinta you tak ada harga, Pierre. You are arrogant and ignorant."

Tanpa disangka-sangka, satu tamparan hinggap di pipinya. Arissa terdiam sementara mulutnya berdarah. Pierre terpaku denan tangannya msih di udara. Tiba-tiba, wajahnya ditumbuk oleh Arissa. Kemudian dia menumbuk perutnya dengan lututnya.

"And that one's for Farizal. Semua yang you pernah buat pada dia."

Dengan itu, dia berlalu dari situ, meninggalkan Pierre yan berlutut kesakitan.









Monday, July 9, 2012

Selamat Tinggal Sneakers...33

Bagaimana dia boleh tidak menyedarinya selama ini? Apa yang baru didpatinya benar-benar menyesakkan jiwanya. Jam sudahpun menunjukkan hampir pukul 3 pagi namun Arissa masih belum tidur. Dia seolah-olah sedang dipermainankan oleh perasaannya sendiri. Mungkin jika diberikan pilihan, dia ingin bersama Farizal...Tiba-tiba wajah Pierre membayangi di ruang matanya pula. Takkanlah dia harus meninggalkan Pierre untuk Farizal?

Arissa meninggalkan nota-nota dan buku pelajarannya dan fikirannya melayang kembali kepada saat di mana Farizal mengakui bahawa dia sedang jatuh cinta pada Reanna. Bau basah setelah hujan seakan segar di hidungnya seperti pada saat itu. Pada ketika itu, mereka berada di tahun pertama di kolej dan Farizal telah terpesona pada gadis ahli sorak; Reanna.


Sebagai sahabat baiknya, sudah tentu Arissa sudah dapat membaca isi hati teman baiknya itu, bagaimana dia seakan gugup ketika mereka melalui tapak di mana pasukan ahli sorak itu sedang berlatih. Setiap kali mereka melalui kawasan itu, Farizal pasti akan menatap wajah Reanna yang sebenarnya menyedari akan perasaan lelaki itu terhadapnya tetapi buat-buat tak peduli, maklumlah, dia bukan satu-satunya lelaki yang minat padanya, berlambak lagi lelaki yang menginginkannya.


"Jalan pandang depan, bukan pandang cheerleader," tegur Arissa saat mereka melepasi kawasan itu. Hujan baru berhenti dan mereka dalam perjalanan pulang.


"Apa? Aku tak..."


"Heh. Come on. Mata macam nak tercabut keluar macam tu kau kata tak pandang? Kau suka dia ke?" Tanya Arissa. Farizal hanya mengangkat bahunya.


"Yeah, but I'm way out of her league."

Dengan itu mereka berjalan tanpa berkata apa-apa lagi. Seingat Arissa, rasanya ada rasa cemburu yang dirasainya tetapi dengan cepat dia mengetepikannya.

Pada suatu petang, setelah sesi latihan bolasepaknya, Farizal dan Arissa melalui lagi tempat di mana gadis-gadis ahli sorak itu berlatih apabila dia terdengar jeritan kecil. Dengan segera, dia mendekati ke arah suara tersebut dan mendapati kekecohan di antara gadis-gadis itu.

"Omigosh. Reanna are you okay?" Kata Emelyn dengan wajah yang risau.

Reanna hanya mengerang kesakitan sementara yang lain terpinga-pinga.

"Tak taulah tapi kaki I sakit sangat. I tak rasa I tak boleh bangun."

Di tengah kekecohan itu, Farizal mendekati mereka.

"Umm...Is she okay? Ada yang saya boleh tolong."

"Duh...She's hurt can't you see? Dah tu, takkan nak tengok je? Tak nak tolong ke?" Kata Emelyn, membuatkan Arissa geram.

"Oh, my, Farizal, thank goodness you ada. I think she broke her leg. You boleh tolong tak?"Kata Marsha pula.

"Okay... Saya bawak awak ke sick bay, please bear with me." Kata Farizal sementara Arissa menggulingkan matanya. Dia memang tidak gemarkan kumpulan PPG pada ketika itu. Saat dia memikirkan hal itu, dia jadi tersenyum sendiri. Kini boleh pula mereka jadi sahabat baik.

Farizal cuba mengangkat Reanna, bridal style, membuatkan Arissa melebarkan matanya dan Marsha cemburu.

"Tak boleh ke kalau you papah je dia?" Komplen Marsha.

"I can't walk, Sha." Balas Reanna.

Arissa yang berdiri di sebelah Marsha terdengar dia berkata dengan perlahan-lahan, "Mengada-ngada. Nak menggatallah tu," dan sendiri bersetuju.

"Yeah, tapi kesian kan Farizal, penat!"

"Err, takpe, Reanna bukannya berat pun." kata Farizal, membuatkan Marsha diam dan Reanna memberikan renungan tanda kemenangan.

"Ya, Marsha, can you just quit it? Yang sakit Reanna, bukannya you..." sampuk Emelyn.


Dan mula daripada situlah, hubungan mereka menjadi lebih rapat hingga ke hubungan perasaan. Seingatnya, sepanjang perhubungan mereka itu, Reanna sering curiga dan cemburu terhadapnya. Kalau boleh, dia tidak mahu dirinya dan Farizal berkawan rapat. Tahu-tahu sahaja, selang beberapa bulan kemudian, mereka putus.


Bunyi dentuman guruh membawa Arissa ke realiti kembali dan mendapati penselnya menuliskan nam Farizal di kertas kerjanya. Apa khabar agaknya dia?




                        ***
Seperti yang telah dijanjikan, Marsha telah menyambut undangan Ray untuk makan malam bersama dia sebuah restoran yang sederhana namun selesa. Mereka sempat mengambil tahu lebih lanjut tentang diri masing-masing. Kemudian, Marsha mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan tentang gambar-gambar yang pernah dilihatnya di dalam folder Ray.

"Ray...Kalau I nak tanya you sesuatu boleh?"

"Sure, what's that?" Kata Ray sambil menikmati hidangan spaghetti bolognaise nya.

"Umm...I harap you tak marah kalau I cakap yang I buka folder you and tengok gambar-gambar yang you ambik," kat Marsha berhati-hati.

"Okay...Takpelah I tak kisah."

"And I happened to see gambar-gambar orang yang I kenal."

"Maksud you? Gambar yang mana?"

"Arissa. And Pierre and Emelyn."

Ray meletakkan sudu dan garfunya dan berhenti memakan hidangannya sebentar.

"You know them?"

"Diorang budak dari kolej I. And Arissa happened to be my friend's best friend...So... May I know kenapa gambar diorang ada kat folder you? Especially gambar Pierre dengan Emelyn. Itu gambar lama ke baru."

Ray menarik nafasnya. Dia diam sebentar seolah-olah berfikir apa yang harus dikatakan olehnya.

"Okay, sebenarnya macam ni. Marsha, I takut kalau I cakap you akan fikir yang I ni lelaki yang jahat." Marsha memandang Ray seolah-olah menunggu jawapannya. "Sebenarnya, kawan I suruh I dekatkan diri I dengan Arissa. I tak tau kalau you kenal dia tak, dia dari kolej yang sama.  Nama dia, Maya."

"Maya?Yeah.Err... Anyway, kenapa dia suruh you dekatkan diri you dengan dia?"

"Macam ni...I sebenarnya kenal Maya dari Iskandar, which is my friend. Dia nak plan untuk dapatkan girlfriend dia balik yang interested pada bestfriend Arissa,which actually ada perasaan pada Arissa." Mendengar itu, Marsha menelan air liurnya, wajahnya pucat dan meneguk minumannya. "It's confusing I know, so, Arissa sekarang ni tengah couple dengan Pierre, kan? So the plan is, to break them up, get Arissa together dengan bestfriend jadi ex Iskandar tak dapat lelaki tu and would ultimately get back to him. And this Maya girl, suka Pierre, so yeah... It's really complicated."

"Takpe, I faham sangat dengan cerita ni." kata Marsha sambil meneguk lagi airnya untuk mengatasi rasa gementarnya.

"Tapi, things just got more complicated bila ex Pierre decided to join forces."

"Emelyn? Eh, tapi setahu I, they hate each other, I mean they are after the same guy. Lagipun, Emelyn and Arissa are friends now."

"Ah...ya...Maya approach Emelyn untuk tolong dia dengan plan ni untuk senangkan kerja diorang, I mean,  you know, jadi musuh dalam selimut. The end of the day, kalau berjaya, soal Pierre pandai-pandailah diorang."

Marsha terdiam. Dia terkejut dengan apa yang didapatinya itu.

"Terus...you masih..."

"Tak. I tak sanggup. I mean, Arissa bukan perempuan yang I sangka. I rasa dia budak baik. So I tarik diri."

"Memang betul pun, Arissa bukan macam yang lain."

"Tu sebab I nak jumpa Arissa, to warn her about them. I harap gambar ni boleh jadi bukti. Marsha, I tak tau apa lagi yang diorang buat pada dia."

"Kalau macam tu, kita mesti bertindak cepat. Ray, I think the problem just got bigger sebab you are involved in this balloon of trouble."

"Huh? Nah... I dah tarik diri..."

"Tak, maksud I, I lah ex Iskandar."

Mendengar pengakuan Marsha, Ray tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya.


***

"Rissaa....!!!"

Arissa terpaksa bersedia untuk menerima pelukan Lee yang semakin vogue dengan shades Gucci nya. Mereka berada di lapangan terbang, menyambut Lee yang baru pulang dari London setelah hampir sebulan di sana untuk Fashion Week.

"Macam mana London?"

"Okay je, aku  pergi sana pun tak sempat sight-seeing. Busy sangat. kat sana mendung terus... Tapi kat sana memang Fashion paradise. Banyak Designer's line..." Tiba-tiba Lee terhenti.

"Apesal kau pandang aku macam tu?"

"Honey, are you okay?"

"Err... ya...Kenapa kau tanya?

Lee memicit-micit lengannya.

"Kurusnya kau. Are you sure you are okay?"

"Ye ke? Aku masih rasa peha aku gemuk..."

"Stop! Arissa... Dah macam jerangkung macam ni kau masih kata peha kau gemuk? Riss you should start eating again."

Arissa menghentikan langkahnya.

"Lee, I'm a model, what do you expect."

"Rissa, aku ingatkan kau model suka-suka je? Kau tak rasa ke yang kau dah bawak this modelling thing a little too far?"

"What is it with everyone? Dulu aku tomboy, korang complain, 'oh, berubahlah Arissa, kau tu perempuan, blah blah blah... sekrang, bila aku buat exactly apa yang korang nak, tiba-tiba jadi salah pulak! Kau dengan mak aku pun sama jugak."

"Arissa, aku mintak maaf kalau kau rasa macam tu. Okay, memang aku rasa lebih manis kalau lebih feminin, tapi pada waktu yang sama, aku tak nak kehilangan kawan aku yang dulu. Sekarang ni, aku macam dah tak kenal kau lagi."

"Let's just drop the subject okay? I know what i'm doing!"

"If you say so..." Kata Lee sambil mengangkat bahunya. "Oh, by the way, aku ada bawak souvenir dari London tau. Nanti aku tunjuk kau."

Mereka menaiki teksi untuk ke sebuah kafe. Lee hanya memandang hanya Arissa memesan salad (Tanpa dressing!) namun tidak berkata apa-apa. Kalau dulu, sayur dalam burger pun diketepikannya.

"Farizal macam mana?"

Arissa menguis-nguis saladnya dengan garfu. Dia kelihatan gelisah.

"Lee, masa kau tak ada, something happen." Tiba-tiba air matanya berderai, membuatkan dada Lee berdebar-debar.

"Rissa, kenapa kau menangis? Dia... meninggal ke?"

"What? No!"

Mendengar itu, Lee mengurut dadanya tanda lega.

"Habis...Kenapa kau menangis?"

Arissa mengesat air matanya. Kemudian dia menangis lagi.

"Aku dapat tau yang selama ni...Farizal ada perasaan pada aku. I saw his diary, Lee, dia ada hati pada aku sejak dulu lagi."

"Ummm...."

"Lee... Sebenarnya, aku masih cintakan Farizal. I always have been."

"Oh, Arissa." Lee meletakkan tangannya di dadanya. "Habis, Pierre...?"

"Aku tak tau, Lee, tak tau. Aku bingung sangat. 1 minute I think I love him, lepas tu....entah...Lee, aku betul-betul tak tau, aku tak tau," Arissa menggelengkan kepalanya.

"Arissa, dengar sini. Sekarang beritahu aku. Macam mana perasaan kau pada Rizal pulak?"

"Dia...Dia tak pernah tinggalkan hati aku walaupun satu saat."

Dalam pada saat itu, Arissa menyedari bahawa dia telah membuat pilihan yang salah selama ini.

            ***
Saat Farizal pulang, dia mendapati sepasang kasut wanita di hadapan pintu rumahnya. Bau aroma kuah mi rebus pula menyambut hidungnya dari dapur membuatkannya tertanya-tanya, siapa pula tetamu yang datang. Jika tiada tetamu, selalunya Nek Jah tidak sibuk-sibuk masak mi rebus.

Farizal masuk ke dalam dan mendapati tiada sesiapa di ruang tamu. Apabila di dapur, Nek jah sedang sibuk masak mi rebus. Membuatnya tersenyum namun rasa ingin tahunya tetap belum hilang.

"Nek! Wah, special hari ni ada mi rebus, nak sambut pulak ni?"

"Kita ada tetamu hari ni.?"

Tiba-tiba Farizal teringatkan sepasang kasut di luar pintu tadi.

"Siapa tetamu kita?"

"Hmm...Kalau Rizal nak tau, masuklah dalam bilik Rizal. Dia ada kat dalam."

Di dalam fikiran Farizal, dia menjangkakan Arissa. Dia terus ke dalam biliknya dan mendapati seorang wanita separuh umur sedang memerhhatikan gambar yang dibingkaikannya itu. Pada mulanya dia kurang pasti siapa wanita itu, namun apabila wanita tersebut itu menoleh dan tersenyum, Farizal tergamam.

"Farizal, anak mama, apa khabar?"

Pada waktu makan malam, Farizal hanya diam sahaja sementara mamanya sibuk cerita itu dan ini tentang kehidupannya di negeri orang. Malah dari tadi, dia jadi berat mulut hari itu. Sepatah ditanya, sepatah dijawabnya. Makan pun tidak berselera seperti selalu sedangkan mi rebus kegemarannya tersedia dihidangkan di hadapannya.

"Rizal, tambahlah lagi. Kenapa macam tak selera je? Selalunya kalau nenek masak mi rebus, bukan main laju lagi," tegur nek Jah apabila melihat cucnya yang tidak bersemangat itu.

"Takpelah, Nek. Rizal sebenarnya tak lapar sangat. Lagipun, sekejap lagi, Rizal nak ulangkaji."

"Tahun ni, tahun terakhir Rizal kan? Bila periksa tahun akhir?" Tanya Aina, ibunya.

"Ermm...Dalam 4 minggu lagi..."Jawab Farizal tanpa mengulas lebih lanjut lagi. Di dalam hati dia tertanya-tanya tentang bapa tirinya, bukan kerana ingin menemuinya tetapi sekadar ingin tahu sahaja.

"Pelajaran macam mana?" Tanya Aina lagi.

"Okay...Takde masalah." Jawab Farizal pendek.

"Rizal ni memang bijak. Selalu dapat nombor satu kat kelas kan?" puji Nek Jah seolah-olah memuji seorang anak kecil, namun Farizal tiada mood pun berbangga.

Setelah menghabiskan mi rebusnya dan terus meminta izin untuk masuk ke biliknya untuk mengulangkaji pelajarannya. Setelah lelaki itu hilang dari pandangannya, Aina bersuara, "Budak tu bencikan Ina."

"Tak baik Aina cakap macam tu. Janganlah ambik hati sangat dengan sika dia tu, dia belum biasa dengan Ina lagi. Berikan dia masa. Rizal tu budak baik, dia bukannya sengaja."

"Kalau ikutkan hati, memang Ina menyesal sangat sebab tinggalkan Rizal masa dia kecik dulu, tapi Ina takde pilihan lagi Mak. Ini semua gara-gara bapak dialah." Kata Aina sambil bangkit dari tempat duduknya dan beralih memandang ke luar jendela.

Wajah Yusry, bekas suaminya terbayang di ruang matanya dengan tiba-tiba. Setelah Yusry meninggalkan mereka dua beranak untuk lari dari hutang-hutangnya yang tertunggak, Aina tidak dapat memandang wajah anak tunggalnya yang saling tak tumpah dengan lelaki yang dibenci namun pada waktu yang sama disayanginya itu.

Akibat daripada sikap suaminya yang tidak bertanggung jawab itu, mereka sangat menderita, diugut dan diganggu oleh Ah Long yang menagih hutang dari suaminya itu. Nasibnya baik apabila majikannya yang baik padanya membantunya dan akhirnya mereka berkahwin. Oleh kerana budinya itu, dia sanggup meninggalkan anaknya di bawah jagaan ibunya demi menikuti suami barunya yang telah ditugaskan di Australia.

"Semakin Farizal besar, Ina perasan muka dia tu semakin sama dengan muka bapak dia."

Nek Jah mendekati Aina dan memeluk bahunya.

"Itu bukan salah dia, Aina. Tolonglah jangan pinggirkan dia hanya sebab kau dendamkan Yusry. Sudahlah, Ina, mak rasa, dah tiba masanya kau jadi 'ibu' pada Farizal. jangan jadi ibu hanya pada nama saja. Kau nak hubungan kau dengan dia dingin selama-selamanya macam ni?" Nasihat Nek Jah lembut tetapi tegas.


Mendengar itu, Aina hanya mendiamkan diri namun ada beribu perkara bermain di dalam fikirannya.
                                                                                       
                                                                                             ***
"Hai, Rizal!"

Saat Marsha menegurnya, Farizal hanya tersenyum hambar. Dia tidak mempunyai mood untk beramah dengan sesiapa pun. Marsha memandang ke arah Amir dan Lisa yang hanya mengangkat bahunya. Farizal terus berjalan tanpa kata dengan menundukkan wajahnya sementara mereka bertiga berceloteh seperti radio pagi. Mereka bertiga masih belum tahu tentang kepulangan ibunya. Saat mereka bertiga tertawa dan bergurau, wajah Farizal hanya muram sahaja memandang mereka. Dia tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan berita yang berat baginya.

"Zal, kau okay tak? Kenapa muka kau pucat je ni? Kau sakit ke?" Tanya Amir yang bimbang melihat sifat sahabatnya yan berubah serta-merta. Baru semalam dia kelihatan biasa sahaja.

Farizal memandang mereka dengan resah, membuat mereka bimbang.

"Korang, aku ada sesuatu yang aku beritahu korang ni." ujar Farizal serius.

Mendengar dan melihat Farizal yang serius, senyuman di wajah mereka lesap serta-merta, digantikan dengan wajah bimbang dan prihatin.

"Rizal...Ada apa ni? You ada masalah?" Tanya Marsha.

Farizal hanya terdiam, menambahkan lagi rasa ingin tahu mereka bertiga. Kemudian dia duduk di sebuah bangku diikuti oleh mereka bertiga.

"Rizal, apa yang kau nak cakapkan ni? Kau ni buat kitorang risau tau. Cuba cakap kenapa?" Desak Lisa.

"Korang tau kan, aku sayangkan korang, lebih-lebih lagi, kau bro. Susah-senang aku, kau selalu ada, tolong aku..." Farizal memulakan.

"So...What you're trying to say is that...You're turning gay?" Tanya Amir.

"Amir!" Marah Lisa dan Marsha serentak.

"Sorry, kidding."

"Amir, aku serius okay."

"Okay, okay. Kau ni betul buat suspense je. Boleh tak, kalau kau straight to the point je, sebelum aku andaikan lebih nonsense lagi?" Tanya Amir yang tidak sabar. Dia bergurau pun kerana gementar.

"Semalam mak aku tetiba balik." kata Farizal.

"Hah, baguslah tu. Apa masalahnya pula? Kenapa? Kau tak suka bapak tiri kau?" Tanya Amir.

"Bukan...I couldn't care less about him anyway. Masalahnya...Mak aku nak aku ikut dia, balik Australia." Wajah Farizal muram saat dia menerangkan perkara itu kepada sahabat-sahabatnya itu.

"APA?" Kata mereka bertiga hampir serentak.

"Abis kau setuju?"

"Rizal, boleh tak kalau you tak setuju?" Tanya Marsha pula.

"Kau nak ikut mak kau ke tak nak?" terjah Lisa.

Soalan yang datang bertubi-tubi daripada mereka dibiarkan saja tanpa dijawab oleh Farizal.

"Soalnya, dia mak aku. Entahlah, Semalam dia cakap dia menyesal sebab tinggalkan aku masa aku kecik dulu. Sekarang ni, dia kata dia nak tebus kesalahan dia pada aku. Dia nak aku sambung belajar kat Australia, enrol kat sekolah paling terbaik kat sana."

"And you said yes?" Tanya Marsha yang kelihatan kecewa.

"Dia menangis, Sha. Dia akan ingatkan aku masih marahkan dia kalau aku tolak. Dia kata dia nak jaga aku. Lagipun dah bertahun aku berpisah dengan dia...Entahlah..."

Mereka semua terdiam, tidak tahu apa patut mereka katakan lagi.

"Arissa dah tau?" Tanya Marsha tiba-tiba setelah seminit saat sepi.

"Belum, korang adalah orang-orang yang pertama untuk tau. Anyway, I don't intend to tell her. Kalau boleh aku tak nak dia taulah."

Berbicara tentang Arissa, tiba-tiba Marsha teringatkan sesuatu tentang apa yang pernah diberitahu oleh Ray pada pertemuan mereka minggu lepas.


"Korang...Ada sesuatu yang I nak cakap pasal Arissa.." Mendengar itu, semua kepala tertumpu kepada Marsha.


"Arissa? Ada apa dengan dia?" Tanya Farizal.


"Sebenarnya I dapat tahu ni pun dari kawan I. Dia kata yang Emelyn dengan kawan-kawan dia rapat dengan Arissa pun sebab nak kenakan dia."


"Maksud kau?"


Marsha memberitahu mereka tentang rancangan Emelyn yang bergabung dengan Maya untuk menjatuhkan Arissa dan merebut Pierre dari gadis itu.


"Kau tau apa rancangan diorang?" Tanya Farizal lagi.


"Tak tau. Apa yang I tau, buat langkah pertama, dia sepatutnya cuba gegarkan hubungan Arissa-Pierre. Lepas tu dia tarik diri, tapi menurut kawan I tu, diorang sebenarnya ada masterplan yang bukan saja buat diorang putus, tapi jatuhkan reputasi Arissa. Malangnya, dia belum sempat dapat tahu what is the ultimate plan."


"Ye ke? Bukan ke diorang tu BFF sampai mati?" Kata Lisa dengan tona sarcasm.


"Diorang tu sebenarnya bukannya boleh dipercayai. Diorang sesama sendiri pun kadang-kadang cucuk belakang masing-masing."


"Apa-apalah. That's her funeral, sendiri cari penyakit, sendirilah tanggung." Kata Lisa yang kemudian tangannya ditepuk oleh Amir. Matanya membulat seakan-seakan memberi amaran supaya jaga apa yang dikatakannya. "Aduh! Betul apa? Buat apalah kita nak sibuk-sibuk hal dia? Nanti kita dikatakan menyibuk pula."


Farizal tidak berkata apa-apa namun raut wajahnya menuliskan kebimbangan terhadap gadis yang dicintainya itu.