Tuesday, June 21, 2011

Selamat Tinggal Sneakers...11

Arrisa sedang mengambil bukunya di locker apabila timbul satu tangan yang memegang coklat Snickers di balik pintu locker yang terbuka. Dia menutup lockernya, memperlihatkan Farizal yang sedang tersenyum bodoh dengan lesung pipitnya, menghuraikan misteri tangan tersebut.Arissa hanya menjeling dan meninggalkannya.

"Arissa, tunggu!"

Terkocoh-kocoh dia dia mengejar gadis itu sambil membuka begnya untuk mengambil sesuatu. Habis semua buku dan pencil case nya yang selalu tidak di zip jatuh bertaburan di lantai. Dengan segera dia mengutip barang-barangnya di celah-celah kaki yang lalu-lalang.

"Hey, watch it!" Kata salah satu daripada tuan punya kaki.

Arissa menggulingkan matanya sambil tersenyum dan menoleh untuk membantu.

"Sebab tu aku cakap, tutup zip pencil case kau tu!" Bebel Arissa.

Farizal yang kelihatan panik itu langsung tersenyum lagi, seperti anak kecil. Hai.. bagaimanalah Arissa selalu tidak dapat bertahan marah kepada lelaki itu dengan lama? Ada sahaja keletahnya yang membuat marahnya pudar.

Setelah semuanya telah dimasukkan, mereka berdiri.

"Aku rasa tadi kau nak bagi aku coklat kan?" Kata Arissa ketika mereka ingin menuju ke kantin.

Farizal mengeluarkan sebuku coklat tadi dan juga sepaket party pack (20 keping kecil) coklat yang sama membuat Arissa tersenyum.

"Makan suap!" Kata Arissa sambil mengambil coklat-coklat tersebut sambil tersenyum.

Ketika mereka tiba di kantin, mereka melihat Amir dan Lisa yang sedang khusyuk melihat sesuatu di komputer riba Amir. Farizal menepuk badan Amir.

"Hah! Tengok apa tu?"

Amir dan Lisa menoleh ke arah mereka dengan wajah yang serius. Akhirnya Lisa membuka mulut.

"Rissa, I think you should take a look at this," Kata Arissa sambil memposisikan komputer riba itu ke arah mereka berdua. Mata Arissa membulat sementara Farizal pula membuka mulutnya seluas-luasnya.

"Oh no they didn't!" Kata Arissa.

                                                                             ***

Mereka bertiga terdiam dan hanya menjadi penonton kepada Arissa yang naik berang seperti hantu.

"Siapa yang buat ni?!"

Arissa yang sedang diasak api kemarahan mundar-mandir sementara mereka bertiga hanya saling berpandangan, tidak tahu siapa yang harus kata apa.

"Amir, bilang siapa yang buat benda ni? I'm gonna kill that bitch now!"

"Manalah aku tau? Lisa yang bilang aku pasal...ni."

Jawapan Amir membuatkan Lisa menepuk kuat pehanya, membuatkannya mengerang perlahan. Entah mengapa, Arissa kelihatan begitu menggerunkan saat itu.

Arissa mengibas rambutnya dan meneliti laman web Facebook itu lagi. Tak mungkin dia dapat tahu siapa pengendali Kumpulan 'We hate Arissa Kamal yang mempunyai 104 likes itu. Selain daripada komen yang menyakitkan, banyak gambarnya telah di-super imposed untuk memperlihatkannya seperti gadis yang tidak baik.

"This isn't me! @#$%!" Kata Arissa sambil menghentak meja.

"Jangan risaulah, Rissa, kita tau tu semua bukan kau," Kata Farizal.

"Apa kata kita buat police report?" Cadang Lisa.

"No! I want to who's that bitch! Pengecut! Kalau berani, buatlah depan-depan biar aku pecahkan muka dia!" Katanya dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Look, komen dari ex kau, Rizal!" Kata Amir.

Mereka bertiga meluru ke skrin komputer tersebut.

Reanna Elena :
Hah! About time someone realised what a bitch she is! She's the reason why i broke up with my ex. Now she's moving on to Pierre. God knows who might be next. Hold on tight to your bfs ladies...

komen itu mendapat 11 likes. Arissa memandang ke arah Farizal.

"Okay, itu tak betul!" Kata Farizal segera.

"Urghh!!! Sekarang 104 orang tak suka aku!" Kata Arissa sambil memegang kepalanya.

"Relax, okay! Sekarang aku rasa kita kena alert pada the college or something." kata Lisa.

"So what? Diorang akan tetap benci aku. Entah apa lagi yang diorang akan buat!"

"Any suspects in mind?"

"Entahlah, probably the whole fan girl of Pierre's."

Mereka berjalan menuju ke kelas dan setiap langkahnya dibayangi oleh renungan sekilas atau bisikan dari gadis-gadis yang berada disekelilingnya.

"Psst... Itu dia, itu dia."

"Itu Arissa? Lah, itu yang Pierre nak sangat tu? Tak padan langsung."

"Duh, tu sebablah diorang buka facebook group tu, nanti aku tunjuk kau."

Di dalam hati Arissa ingin sahaja dia menghentak kepala kedua-dua kepala gadis itu namun dia hanya mendiamkan diri. Kalau nak diikutkan, mereka tidak salah seratus peratus. Mereka hanya menghakimi dirinya daripada apa yang mereka mengetahui tentangnya dari laman Facebook tersebut.

Arissa ingin melarikan diri dari semua itu tetapi dia sudah tidak cukup tenaga. Dia tahu dia harus kuat menghadapi semua itu. Dai tidak boleh lemah menghadapi peperangan antara dia dan gadis-gadis itu semua. Kelas yang riuh menjadi senyap ketika Arissa dan teman-temannya tiba.

'mengumpat pasal akulah ni,' bisik hati Arissa.

Farizal yang sentiasa ada di sampingnya hanya memegang bahunya tanda sokongannya terhadapanya. Celaka punya Pierre. Gara-gara pemuda itu, dia ada di dalam keadaannya sekarang. Yang tanggung dirinya, bukan Pierre!

"Oh, look who's here? Ada muka nampak tunjukkan muka kat sini? Sedarlah diri tu sikit, banyak orang dah menyampah!" Kata Maya tiba-tiba. Marsha hanya mencebik sahaja.

Arissa hanya memandang ke arah Maya dengan marah.

"Yang kau menyibuk ni apasal? Apa, kau yang form group kat Facebook tu kan?" Kata Arissa yang mula berdiri.

"Sabar Rissa," Bisik Farizal.

"Ooh... Ada orang terasa. Makan cili banyak sangat ke? Pedas...?"

"Well...Aku tak tau siapa yang set up Facebook group tu dan fitnah aku macam-macam. I'm not gonna just shut up and do nothing about it. Kalau page tu tak ditarik dalam masa terdekat ni, well, I guess I'll have to make a police report. Simple." Kata Arissa sambil mengangkat bahunya. "Come to think of it, there is a death threat..."

Wajah Maya yang angkuh itu berubah sedikit, begitu juga dengan Marsha. Bingo. Reaksi mereka itu sedikit sebanyak dapat memberikan pembayang mengenai siapa dalang di sebalik Laman Facebook tersebut. Atau 'Hatebook' seperti gurauan Amir.

Belum sempat Arissa mengamati reaksi mereka dengan lebih lanjut, Pensyarah mereka, Encik Imran sudah pun tiba untuk memulakan kelas.

"Selamat pagi semua. Saya harap awak semua telah bersedia dengan perbentangan projek mini kumpulan masing-masing. Ingat, projek ini penting kerana ia merangkumi 10 peratus daripada markah keseluruhan bagi penggal ini. Kita bermula dengan kumpulan Farizal.

Dengan membawa thumdrive di tangan, Arissa memasangnya tersebut di komputer riba yang tersedia dan mula klik ke ikon nama projeknya. Kemudian dia mula berbicara.

"Selamat pagi semua. Hari ini saya dan kumpulan saya akan membuat perbincangan tentang..."

Tiba-tiba satu kelas tertawa. Arissa yang kehairanan terhenti sebentar dan menoleh ke skrin besar yang sepatutnya menunjukkan perbentangan yang ingin disampaikannya. Alangkah terkejutnya apabila yang terlantun bukanlah hasil kerja mereka bertiga, namun, gambar Encik Imran yang ditampal di sebuah badan kartun Hulk sedang mengetuk kepala pensyarah guru besar yang garang dan kepala botak  dengan kayu ala-ala zaman batu.

Guru besar tersebut pula mempunyai badan seperti orang zaman batu, menculik satu lagi pensyarah wanita, Cik Dania yang 'memakai'  gaun biru muda seperti kartun Cinderella versi Disney. Mulutnya mengeluarkan Speech bubble yang mengatakan 'Help!'

Dengan segera, Farizal menekan ke slaid satu lagi namun, lebih teruk! Ia menunjukkan 'Guru besar' sudah rebah dengan lidah terjelir, sementara 'Cik Dania' memeluk dan mencium Encik Imran sambil berkata 'My Hero.' Entah bagaimana, kening 'Encik Imran' boleh turun naik ke atas dan bawah dengan senyuman yang nakal. Satu kelas tertawa sambil menepuk tangan dan bersorak.

" Fewwiit... Encik Imran! Man Of the year!" Gurau salah satu daripada mereka.

"Bagi full marks sudah, Encik Imran!"

Arissa, Farizal dan Amir dengan kelam-kabut menutup komputer tersebut. Encik Imran tidak mendapatinya lucu, malah dia tidak pun membuka mulut.  Dia hanya memeluk tubuhnya dengan wajah yang masam, menunggu jawapan daripada mereka bertiga.

"Encik Imran, saya rasa, kitorang kena sabotaj." Kata Arissa segera.

"Selepas habis waktu, kamu bertiga, jumpa saya di ofis saya." Kata Encik Imran.

Arissa hanya mengeluh. Tidak habis-habis mereka kenakannya hari ini dan dia yakin ianya tidak akan berakhir di sini. Kasihan teman-temannya. Disebabkan dirinya, mereka semua turut terjejas. Nasib baiklah mereka mempunyai back-up di dalam komputer Amir, kalau tidak, habislah semua hasil kerja penat lelah mereka dan paling teruk, mereka akan kehilangan markah!


                                                                      ***
Pada waktu rehat, Arissa tidak lalu makan dan tidak ingin pun berbual dengan sesiapa. Dia hanya duduk bersendirian di satu sudut bangunan kolej itu yang tidak mempunyai orang.  Ianya terletak di tingkat 3, merupakan sebuah koridor di hadapan dewan lama. Dewan baru kolej itu kini jauh lebih besar, baru dan berhawa dingin, terletak di blok yang lain.

Arissa membiarkan angin membelai perasaannya. Masalah demi masalah kini datang menyerangnya bertalu-talu. Dia sempat berfikir, mungkin pengikut Profil 'Hatebook' nya pasti sedang berkembang dan akan mengatasi profil Facebook nya sendiri.

Air matanya mengalir. Sudah begitu lama rasanya dia tidak pernah menangis, kerana tangisan hanyalah tanda kelemahan seseorang. Dia tidak pernah mengizinkan sesiapa pun untuk membuatnya menangis dan kini dia sendiri yang membiarkannya. Dia benci dirinya sendiri kerana itu.

Tangannya bermain-main dengan key-chain yang terletak di begnya. Kemudian dia melihat key-chain tersebut sambil tersenyum. Key-chain tersebut menulis ' You are your own worst enemy', -kata yang diambil dari sebuah lirik lagu daripada band kegemarannya.

"Yup, you're right." Keluhnya sendiri.

"About what?"

Suara tersebut membuatkan Arissa tersentak dan menoleh ke arah suara itu. Mulutnya hanya mengukir senyuman yang hambar apabila melihat Farizal juga tersenyum dengan mengangkat sebuah plastik berisi makanan.

"Lapar?"

Arissa berpaling, menghapuskan airmatanya. Begitu dia benci melihat dirinya menangis, dia lebih benci apabila orang lain dapat melihatnya. Ia seperti membiarkan orang menelusuri ke dalam dirinya dan memperlihatkan dirinya yang rapuh.

Farizal mengambil tempat di sisi Arissa dan meletakkan plastik berisi sanwic telur dan dua tin minuman coke di hadapan mereka dan menawarkannya kepada Arissa. Arissa hanya menerimanya tanpa banyak soal. Tahu sahaja sahabatnya itu di mana dia berada. Buat seketika mereka membisu.

"Aku nak minta maaf." Kata Arissa setelah beberapa lama membisu.

"Untuk apa?" Kata Farizal sambil menjilat kandungan sanwic yang meleleh di hujung telapak tangannya. Kemudian di mengeluarkan sehelai tisu dari paket tisu yang selalu dibawanya.


"Iyalah, aku rasa sebab ada orang dengkikan aku, diorang sabotaj group kita, korang pun terjejas. It's not fair."

"Alah, takde hal punyalah. Kita kan ada backup dari lap top Amir. Dia pun tak marahlah, tak usah risaulah."

Arissa mengeluh. Dia bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang baik dan pengertian seperti Farizal dan Amir, namun perkara ini tidak boleh berterusan.

"Aku tak tau apa aku nak buat lagi. These girls just won't quit!" Kata Arissa.

"Alah, biarkanlah, nanti lama-lama diorang tu boring sendiri.Buat apa nak pening-peningkan kepala ni semua? Buat rugi diri sendiri je."  nasihat Farizal.

"Cakap memanglah senang. Benda ni tak terkena pada kau, tapi pada aku! Aku kena buat diorang tu semua berhenti and put an end to all of these nonsense."

"Kau ada plan ke? Apa rancangan kau?"

"Aku rasa aku nak cakap dengan Pierre, supaya jangan kacau aku lagi. Semua ni berpunca daripada dia! Mungkin kalau dia dah tak...erm... kacau aku lagi then they'll leave me alone."

"Kalau dia tak nak?"

"Dia mesti! Kalau tak, I'll make sure he will!"

"Apa yang kau nak buat?"

Arissa tersenyum penuh misteri.

"Adalah. If I tell you, I would have to kill you."

                                                                       ***

'Can we meet? I'll be at the cafe, thx'

Pesanan ringkas daripada Arissa membuat Pierre terkejut namun sedikit teruja. Dia sudah dengar tentang 'Hatebook' Arissa dan juga insiden semalam di kelas. Pesanan itu menjadi tanda tanya bagi dirinya pula. Gadis in memang penuh misteri.

Sepantas kilat, Pierre tiba di kafe kampus itu. Sebaik saja dia tiba, dia sudah pun dapat mengecam Arissa yang sedang duduk sambil minum jus yang dikisar bersama ais. Pierre memberikan lambaian 'hai' kepadanya dan mengambil tempat di hadapan gadis itu.

"so..."

"I'll date you."

Belum sempat Pierre kata apa-apa, gadis itu telah pun menyatakan hasratnya untuk ke sana.Lidahnya menjadi kelu buat seketika.

"Did you just say..."

"Aku setuju untuk date kau, asalkan aku dapat pilih tempat  pertemuan kita."

"okay..."

"Dan kat mana kita makan..."

"Sure... Tapi why the sudden?"

"Kenapa? Dah tak interested?" Wajah gadis itu tetap dingin, tidak seperti gadis-gadis gedik yang ingin mengajaknya berdating selalu.

"No, I mean, I would love it, tapi...kenapa really?"

Arissa menghela nafasnya.

"Pertama, aku dah rimas kau asyik kejar aku. Kedua, semua orang tuduh yang aku terkejar-kejar kau, so aku nak buktikan sebaliknya and thirdly of course, sebelum kita couple betul-betul, aku nak experiment dulu, yelah tengok kita ni ada chemistry ke tak," jelas Arissa selamba.

Pierre tersenyum sendiri. Kemenangan nampaknya sudah dapat hampir digenggami. Arissa, Arissa. Cuba berlagak tegas namun perempuan tetap perempuan. Di sebalik keperibadiannya yang keras, ada kelembutan yang masih terperangkap di balik batu egonya itu. Tidak mengapa, perlahan-lahan, Pierre.

"Sugar, you got yourself a date."

Arissa hanya tersenyum.

"Aku jumpa kau kat town, pukul 6 petang," kata Arissa.

"Okay, town, 6." Ulang Pierre untuk memastikan waktu dan tempat pertemuan dengan betul. "so... since kita ada kat sini, boleh I tau lebih lanjut tentang you?"

"Apa yang kau nak tahu?"

"Your interests maybe? Manalah tau kita ni ada minat yang sama?"

Arissa terdiam. Minat yang sama? Bergurau ke mamat ni? Dia mula memikirkan sesuatu.

"Erm...Aku suka muzik." Kata Arissa membuat wajah Pierre bercahaya.

"Ah... muzik. So am I. I suka jazz selain daripada chart hits. You know, Katy Perry, Rihanna..."

"Aku suka punk alternative. And basically modern rock."

"I dengar juga, which band is that, Paramore. See? we do get along."

"I hate Paramore."

Terdiam. Kemudian Pierre berdehem.

"You tau tak? Masa kat sekolah menengah dulu, I was in a band. I main sax."

Mendengar itu, mata Arissa membulat, kemudian dia mengerutkan wajahnya seperti geli.

"Excuse me?"

Pierre tersenyum sambil tertawa kecil. Kemudian dia menggelengkan kepalanya.

"Saxophone, I mean. Dalam school band." Kata Pierre. Seperti sebuah keajaiban, Arissa menunduk sambil tersenyum. Pada pertama kalinya, Pierre melihat Arissa seperti seorang gadis. Caranya begitu cukup memikat.

"Sorry..." Kata Arissa tersenyum malu apabila menyedari kesilapannya yang tersalah tafsir kata sax dengan...ehem seks. "Okay, Aku main instrument suka-suka. Drum dengan gitar. Are you sure yang kau nak date aku? Kita ni jauh beza kan?"

"I tak kisah. In fact, lagi bagus sebab kita boleh share our differences. You know what they say, 'opposite attracts.'

"Okay, kita tengok nanti. Hari Sabtu ni..." Kata Arissa. Pierre hanya tersenyum dengan penuh keyakinan.

Arissa Kamal. Aku akan buat kau jatuh ke dalam hatiku yang paling dalam sehingga kau tak dapat lepas lagi, bisik hati Pierre.

Wednesday, June 15, 2011

Selamat Tinggal Sneakers...10

Dengan berbekalkan tiub keropok Pringles yang besar, sebotol 1 liter Coca Cola dan lagu 'Wake Me Up When September Ends' dari telefon bimbit, Farizal dan Arissa merehatkan minda mereka dengan berbual tentang tiada apa-apa dan mendengar deruan ombak yang menenangkan. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk selalu lepak di tepi pantai yang berdekatan dengan rumah mereka dan melihat dunia yang berlalu. Di satu sisi yang lain, Amir dan Lisa sedang sibuk berdating. Mereka berjalan di gigi pantai ala-ala cerita romantis.

"Jaga diri baik-baik, jangan over sudah," jerit Arissa dari jauh, di batu atas lautan di mana dia dan Farizal merehatkan diri. Amir hanya menunjukkan buku limanya sementara Lisa tersipu.

Arissa hanya mengambil beberapa keping cip kentang Pringles dan meletakkan kesemuanya di mulutnya. Farizal hanya memandangnya tanpa berkedip sementara angin laut membelai rambutnya.

"Apa?" Tanya Arissa, menyedari Farizal sedang memandang ke arahnya.

Farizal tersenyum. Kemudian dia tertawa sambil menggelengkan kepalanya. Arissa mengerutkan dahinya sambil mengelap wajahnya, kemudian dia memeriksa telapak tangannya kalau-kalau ada apa-apa kesan di wajahnya yang membuatkan Farizal mentertawakannya tadi.

"Apesal kau ketawakan aku?" Kata Arissa yang masih menggosok pipinya.

"Takde. Kau percaya tak, anatara kita bertiga; aku, kau dengan Amir, Amir yang ada girlfriend?" Kata Farizal yang sedang memandang ke arah Amir dan Lisa yang sedang tertawa sambil berpimpin tangan. Soalan itu membuat Arissa sendiri tersenyum.

"Well... Dia romantic, jenis lelaki yang perempuan suka. Dia kan sweet talker, hargai perempuan. Lagipun, dia tu handsome, cuma chubby sikit," kata Arissa. "Yang kau tanya ni kenapa? Kau ada crush? Dengan siapa? Ke kau ada girlfriend rahsia...?"

"Takdelah, cuma kan... Aku at least pernah ada girlfriend. Satu kali pun pernah. Kau?"

Soalan Farizal itu membuatkan Arissa terdiam. Dia jadi teringat akan bekas kekasih Farizal, Reanna. Gadis itu cantik, tetapi tidak banyak berbual. Sifatnya pun ok, cuma dia cepat cemburu akan hubungan rapat Farizal dan Arissa, jadi dia tidak begitu ramah dengan Arissa.

Gilanya, dia sempat berfikir Arissa dan Farizal mempunyai hubungan dibelakangnya. Jika memang benar itu yang mereka mahukan, mereka boleh membina hubungan sebelum Farizal menjalinkan hubungan cinta dengan Reanna kerana mereka kenal lebih lama...hmph...Walaupun Farizal tidak menyatakannya, Arissa curiga bahawa salah satu sebab punca perpisahan mereka adalah kerana kecemburuan Reanna terhadap hubungan rapatnya dengan Farizal.

"Apa yang kau cuba cakapkan? Yang aku ni teruk sangat sampai tak laku?" Kata Arissa sambil menyelitkan rambutnya ke belakang telinganya.

"Tak, tak, nothing like that. Yelah, Pierre kan suka kau, aku rasa dia tu cuma main-main je..."

"Balik-balik pasal si Mat salih celup tu, naik bosan  aku dengar. Apa? Kau cuba nak katakan yang aku ni tak layak dikejar dengan lelaki macam dia..."

Belum sempat mereka sambung, Amir datang ke tempat mereka bersama Lisa. Mereka terdiam.

"Laa...Aku datang je korang diam. Tengah berbual pasal apa hah?"

Arissa dan Farizal diam sahaja. Wajah Arissa sedikit marah sementara Farizal pula seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi tidak sempat.

"Okay... Jom kita pergi makan, boring lah asyik duduk kat sini." Kata Lisa pula.

Arissa mengambil papan gelungsurnya dan melompat turun dari batu yang mereka duduki, mendahalui mereka tanpa mahu menoleh ataupun menunggu mereka.

"Dude, apa yang kau cakap pada dia?" Tanya Amir sambil memandang ke arah Arissa yang berjalan dengan pantas. Sesaat, dia cuba menahan diri daripada terjatuh apabila dia tersandung sebiji kelapa kering. Kemudian dia menoleh ke arah mereka sebentar dan meneruskan perjalanannya.

"Perempuan memang penuh misteri." Kata Farizal sambil menggelengkan kepalanya.

"Kau komen pasal berat badan dia ke?" Tanya Amir.

Farizal menggeleng.

"Tak... Aku baru nak cakap pasal... alah, yang kau suruh tu..." Kata Farizal sambil memandang ke arah Amir, membuat Lisa menaikkan kening kirinya.

"Ah... Ada sesuatu yang you boys simpan?" Kata Lisa.

"Nope, nothing, cuma pasal Pierre..." Kata Amir. Lisa hanya mengangguk tanda faham.

"Kenapa aku ada feeling yang kau cakap sesuatu yang buat dia rasa macam... Tak layak untuk dicintai...?" Kata Lisa.

"Itu bukan maksud aku..." Farizal menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Mungkin cara aku cakap... I guess dia dah salah faham..."

Amir menepuk dahinya sementara Lisa hanya mengangguk dengan wajahnya yang dikerutkan sedikit.

"Well... Aku rasa the best thing untuk kau buat adalah untuk minta maaf pada dia," nasihat Lisa.

"Apa? Aku tak salah pun! Dia yang tersalah faham..."

"Jadi jelaskanlah... Aku tak faham betullah dengan lelaki! Kenapa korang ni susah nak jelaskan sesuatu?" Lisa menggelengkan kepalanya.


 Farizal pergi mendapatkan Arissa namun dia hanya bermain dengan papan gelungsurnya tanpa mempedulikan kehadiran lelaki itu.

"Sorry." Kata Farizal.

"Buat apa?" Kata Arissa

Farizal menggaru kepalanya. Susah betul  ingin bercakap dengan gadis kepala-hati-batu sepertinya. Buat-buat tak tahu pula.

"Pasal buat kau marahlah."

"Siapa yang marah?" Kata Arissa yang sedang membuat stunt Fakie dengan papan gelungsurnya.

Sekali lagi Farizal menggaru kepalanya.

"Look, I know you are okay? Can't we just get it over and done with? Aku dah cakap sorry pun, janganlah nak panjang-panjangkan pula!"

"Boleh blahlah lu! Kalau kau rasa kau tu dah bagus giler, pergilah dengan Marsha gedik tu! Tak payah nak sibuk-sibuk kalau aku terima Pierre tu atau tidak!"

"You like him?"

"I didn't say that!"

"Not exactly, tapi kau cakap kau might terima dia!"

"What? Piss off!" Arissa menolak dada Farizal.

Kali ini Arissa meninggalkan Farizal yang hanya memandangnya yang menjauh dengan seribu tanda tanya. Bagaimana jika Arissa benar-benar sudah terjerat dengan perangkap si buaya?

                                                                             ***

Arissa terus pulang ke rumah tanpa menunggu mereka. Tiada sesiapa di rumah, mungkin adiknya pergi bermain bola bersama teman-temannya sementara ibunya masih belum pulang dari kerja. Arissa meletakkan beg dan papan gelungsurnya dan pergi ke dapur menuju ke peti ais. Tiba-tiba perutnya terasa lapar pula.

Sedang dia menuju ke dapur, beberapa keping surat merah di atas meja kecil di satu sudut menarik perhatiannya. Dia ambil dan mendapati bil elektrik yang harus dilunaskan. Keningnya dikerutkan.

Tak cukup lagi, bulan ni.

Padahal Arissa sudah mengetepikan sedikit  gajinya untuk membantu ibunya membayar bil dan perbelanjaan seharian. Arissa mengeluh. Perlukah dia bekerja lebih masa?

Saat itu, Bunyi pagar pintu mengejutkan Arissa dari lamunannya dan mendapati ibunya baru pulang. Batuknya masih belum berkurangan, memandangkan dia baru saja pulih dari demam.

"Rissa, dah balik?" Kata ibunya.

"Ibu, apa ni? Surat merah lagi?" Kata Arissa menunjukkan surat-surat itu.

"Oh...tu.. nanti ibu bayar. Letak je kat situ." Kata ibunya tanpa memandangnya.

"Ibu...takpelah, nanti Rissa bagi duit sikitlah. Rasanya ada sikit lagi simpanan..."

"Tak payahlah, simpan dulu. Itu nanti ibu uruskan."

"Tapi ibu..."

"Kalau tak cukup baru ibu minta tolong Rissa. Duit yang Rissa bagi pun masih ada sikit. Dahlah, ibu nak mandi dulu."

Belum sempat Arissa berkata apa-apa, ibunya telah pun hilang di sebalik pintu biliknya. Arissa mengeluh. Bagaimana agaknya dia boleh mendapat lebih wang?

bersambung....