Saturday, March 19, 2011

Selamat Tinggal Sneakers, Hello Stiletto ...chapter 1

Arissa memandang ke arah jam tangannya yang telah 3 tahun dimilikinya itu. Masih awal untuk menghadiri kelas untuk pagi itu. Lehernya dinaikkan tinggi seperti seekor zirafah, mencari-cari kelibat 'kamcing-kamcingnya' iaitu Farizal dan juga Amir. Pagi Isnin...memang sudah menjadi kebiasaan dua ekor beruk kota itu untuk datang lewat sementara Arissa sendiri tidak tahu mengapa dia sudah berada di kampus itu seawal ini.

Rasa bosan mula menerpa dirinya. Dengan beg yang membawa buku-buku dan juga papan gelungsur kesayangannya, Arissa berjalan perlahan-lahan jalan menuju ke kantin. Tidak semena-mena, bahunya ditepuk kuat oleh seseorang. Itulah ucapan 'selamat pagi' yang diterimanya oleh teman baiknya yang tiba-tiba muncul.

'Selamat pagi juga!' Kata Arissa selamba. 'Baik kau pagi ni, datang awal? Mimpi apa, malam tadi?'

Farizal tersenyum lebar.

'Mimpi kau jadi princess. Pakai gown warna pink ala-ala Barbie Mariposa.'

'@#$% punya jantan!' Jawapan Farizal itu dibalas dengan tonjolan manis oleh Arissa.

'Rissa, sebab kau cantik kan, pinjam kertas kerja yang kena hantar sekejap lagi boleh tak? Aku lupalah nak buat. Semalam sumpah aku nak buat, tapi macam mana, jodoh aku takde dengan homework, tapi dengan EPL pula.' kata Farizal membuatkan Arissa menggulingkan matanya..Mereka terus menuju ke kantin.

'hmm...' jawab Arissa singkat. 'Bapak gajah tu mana? Tak boleh bangun tengok bola semalam? Korang ni , bola, bola jugak, aku pun suka tengok bola tapi taklah melampau sangat macam korang ni sampai lupakan kerja sekolah semua! Apa best nye, hah, duduk bersengkang mata kat kedai kopi sampai lewat malam tengok bola tapi last-last Man U kalah kan? Ha ha.'

'Eh, kenapa aku macam dengar suara  nenek aku je... MEMBEBEL kat aku tadi? ' kata Farizal berpura-pura mencari punca suara yang sebenarnya milik Arissa. Arissa hanya buat bodoh sahaja dengan komen Rizal yang tidak bermakna itu.

Apabila mereka tiba di kantin, kelihatan dari jauh, sahabat mereka Amir sedang menikmati mi rebus hangat sendirian tanpa menoleh kiri kanan. Saiz badannya yang besar itu memudahkan mereka untuk mengenal pasti pemuda itu.

'kurang ajar punya bapak gajah!Sarapan sendiri! Nanti kau!'

Farizal mempercepatkan langkahnya untuk mengenakan sahabatnya itu sementara Arissa hanya menggelengkan kepalanya. Satu tepukan yang biadab hinggap di bahu Amir membuatkannya terkejut dan  terkedu, memegang sudu dan garfu.

'oh... makan sendiri nampak? Mi rebus pulak tu!' Farizal mempersilakan dirinya dengan meminum air susu soya milik Amir.

'Kurang ajarlah lu! Nasib baik aku tak mati tersedak tadi! Aku belum beli insurans lagi tau! @#$%!'

Farizal memberikan senyuman bodohnya yang sudah menjadi trademark bagi dirinya, menunjukkan lesung pipitnya.

Selepas itu mereka berbincang tentang liga bolasepak inggeris yang mereka tontoni semalam.

'Eh, korang, aku nak pergi toilet dululah.' Kata Arissa.

'Ok, tapi jangan lupa , bagi aku er... "refer"  homework kau boleh?'

Arissa mencampakkan sebuah  fail tebal ke atas meja dan berlalu dari situ.

'Mak... Garangnye...' Kata Farizal.

Arissa masuk ke dalam tandas dan mendapati ianya penuh dengan sekumpulan gadis-gadis gedik sibuk di hadapan cermin, membazir ruang sambil bersolek dan bergosip (mengumpatlah tu).

PPG. Itulah yang sekumpulan gadis-gadis gedik yang kaya dan mengada-ngada itu digelar oleh pelajar-pelajar di kampus itu. PPG membawa maksud Persatuan Pompuan Gedik dan Arissa amat tidak suka dan meluat dengan keberadaan mereka di dekatnya. Ketika Arissa masuk ke dalam, mereka sedang mengumpat tentang seorang gadis yang juga merupakan ahli kumpulan PPG juga, iaitu, teman baik  mereka juga.

'You guys tau kan, yang Emelyn kena dumped dengan Pierre? She's, like, losing her mind right now, sampai ambik MC hari ni.' Kata salah satu daripada mereka.

'Really? Alah, biasalah tu. What's new? Lagi pun, Diorang tu memang selalu on-off kan? Jadi, I tak surprised lah.'

Pierre Laurent adalah pelajar popular di kampus itu dan sangat terkenal dengan sikap playboy nya itu. Sudah bermacam-macam gadis yang pernah terkena bisanya namun nampaknya tidak ada yang serik.Wajahnya yang kacak dan kulitnya yang cerah itu memberikannya tiket untuk mempermainkan hati gadis-gadis sesuka hatinya. Dengan gaya dan kekayaan, pemuda kacukan perancis dan jawa itu dapat membuat mana-mana gadis toleh dua, tiga atau bahkan seratus kali, lebih-lebih lagi apabila dia memberikan hadiah bonus   -senyumannya.

Arissa keluar dari cubicle tandas dan terus ke sinki untuk mencuci tangannya. Dia terpaksa menyelip ke lautan gadis-gadis yang sesak dengan bermacam-macam aroma minyak wangi.

'Excuse me... Coming through...' Kata Arissa selamba.

Kehadiran Arissa membuat gadis-gadis itu diam sebentar, sambil menyibukkan diri bersolek. Setelah itu, Arissa ingin mengeringkan tangannya dengan alat pengering tetapi memikirkan dia harus melalui gadis-gadis itu lagi, dia membuat keputusan untuk mengelap tangannya dengan napkin  yang terletak di balik dinding di sebelah pintu. Ketika itu ada seorang pelajar buka pintu dan masuk ke tandas itu. Tidak semena-mena, suara gadis-gadis itu berbunyi lagi.

'Eww... tu budak tomboy yang rapat dengan Farizal tu kan? Ugh... Can't stand her! Terhegeh-hegeh kat mamat handsome tu. Tak sajak langsung .'

Mendengar itu, Arissa merapatkan telinganya ke dinding yang memisahkan mereka.

Suara pertama:

'OMG! Marsha you masih ada hots dengan Farizal ke?'

Suara kedua:

'Like, ya! Tak dapat Pierre, Farizal pun jadilah...hmm...! Suka dimples dia! Cute!'

Suara ketiga:

'Diorang tu couple ke? Asal Dimples ada je, si tomboy tu ada. Macam belangkas pula.'

Suara pertama :

'Belangkas? Belangkas tu apa? Sejenis buah ke?'

Suara kedua (Marsha):

'Whatever eh? Yang penting Si Xena tu tak boleh dapat  dia because he's MINE! Lagipun, muka macam dia tu cuma layak digandingkan dengan Amir si gemuk gedempol tu. Nasib baik si gemuk tu dah ada girlfriend!'

Di balik dinding, Arissa sudah tercungap-cungap menahan marah namun ditenangkan juga hatinya. Susah kalau dibelasahnya PPG sekalian itu semua. Dengan tenang, dia keluar dari balik dinding itu untuk membuang napkin yang sudah dipakainya tadi di tong sampah yang terletak di sebelah di mana Maya, (suara pertama) yang berambut stail bob itu berada. Melihatnya, mereka bertiga terkedu. Marsha kelihatan seperti baru tertelan kapur barus.

Dengan penuh ketenangan yang tertahan, Arissa mendekati tong sampah itu membuatkan Maya tersentak. kemudian dia mencampak napkin tersebut dan membisik , 'tau takut' sebelum melangkah dengan marah dan menghempas pintu tandas dengan kuat.

Pasti, bahawa Arissa sudah tidak lagi berada di situ, mereka berdua mendekati Maya yang masih terkejut.

'You rasa dia dengar kita tak tadi?' Bisik Marsya yang masih berhati-hati.

Arissa melangkah dengan wajah masamnya menuju ke kantin  ketika dia tiba di kantin, Farizal sedang "rajin"                                                          menyalin jawapan kertas kerjanya. Melihat kehadiran Arissa, wajah Farizal bersinar seperti kanak-kanak yang baru mendapat gula-gula lolipop yang besar.

'Rissa! Kerana kau baik tolong bagi aku "refer" homework kau, aku belanja kau egg mayo sandwich untuk kau. Favourite kau kan?'

'Aku pergi masuk kelas dululah! kertas tu nanti kau bagi nanti! Arissa mengambil begnya dan berlalu dari situ.

'What did I say?' Kata Farizal yang kebingungan.

'Biasalah tu, perempuan bila dah "that time of the month", '  kata Amir menyuluhkan otak Farizal yang sedang gelap dengan pengetahuan.

'What month?' Tanya Farizal dengan soalan yang bodoh.

Amir menggulingkan matanya dan menarik nafasnya.

'PMS.'

'Huh?'

'Dude! Pre-Menstrual Syndrome! Go get a .girlfriend!' kata Amir membulatkan matanya. Kemudian dia berbisik dengan gaya seram kepada Farizal yang mendengar dengan teliti. 'Adik aku dengan Lisa selalu ada sindrom ni tiap-tiap bulan. It could get really scary...'

'Rissa! Tunggulah!' Laung Farizal sambil mengemas buku-bukunya dan cuba mengejar gadis yang sudah melangkah jauh dengan laju.

bersambung...

1 comment: