"Terus...Apa jadi dengan Maya dengan Emelyn?"
Liza mengangkat bahunya.
"Diorang mengaku nak kenakan kau lepas Farizal ugut diorang untuk buat police report. Ray rekod pengakuan diorang. Sekarang ni, whether or not kau nak report diorang, terpulang pada kau."
Arissa terdiam, menyesali apa yang terjadi.
"Aku tak sepatutnya percaya diorang. Liza, aku ingatkan it was just a farewell party untuk Pierre,"
"Farewell party apa? Pierre kan dah pergi UK minggu lalu?" Liza menggeleng kepalanya. "How could you be so naive?"
"Aku kena jumpa Rizal, Marsha dengan Ray. I owe them."
"Dah lambat. Farizal mungkin dah pergi pun." Kata Liza sambil meminum kopinya.
"Pergi? Pergi mana?"
"Australia. ikut mak dia."
Mendengar itu Arissa terkejut.
"Huh? Macam mana aku...Mak Farizal? Bukan ke dia dah lama tak datang..."
"Oh. mestilah kau tak tau kan? Kau sibuk dengan 'BFF' kau yang cuma nak hancurkan hidup kau sampai lupakan pasal kawan-kawan kau yang SEBENAR. Yang sanggup layan nonsense kau tengah-tengah malam untuk selamatkan kau. Aku tak fahamlah dengan kau Arissa! Dari mula lagi kau bukan main benci lagi dengan diorang tiba-tiba jadi so-called BFF pula. Lepas tu senang-senang je kau lepaskan tali persahabatan kau dengan Farizal, dengan Amir. FARIZAL! Last-last apa jadi? They got it all planned from the beginning!"
Liza menggeleng kepalanya. Hatinya masih marah dengan sikap Arissa yang sanggup menepikan permata untuk kaca. Arissa hanya menangis menerima kenyataan-kenyataan tersebut dari Liza.
"Menangis sekarang pun tak guna, Rissa. Semuanya dah berakhir. Farizal pun dah pergi. Good luck finding another good friend like him."
"Liza, pukul berapa flight Rizal?"
"12 tengah hari?"
Arissa memandang ke arah jam elektronik yang tergantung di dinding. 11:38.
"Oh, no, I don't think that's not gonna work." Kata Liza seolah-olah membaca fikiran Arissa.
"Aku kena buat ni. Ni mungkin peluang terakhir aku untuk tebus kesalahan aku, at all cost. Masa korang bawak aku balik semalam, beg tangan aku ada tak?"
"Atas meja depan..."
Arissa segera pergi ke ruang tamu dan mengambil beg tangannya dan menuju ke pintu.
"Arissa, aku tak rasa kau sempat..."
"Bye and thanks..." Kata Arissa sambil berlari keluar.
Tanpa membuang masa, dia cuba menahan teksi. Sambil itu, dia cuba menelefon Farizal.
"Angkatlah, Rizal! Mana teksi ni?"
Setelah beberapa minit yang mendebarkan barulah sebuah teksi berhenti untuknya. Telefonnya tidak pernah berhenti menekap di telinganya.
"Come, on! Angkat Farizal please."
Saat mendebarkan itu membuatkannya teringat tentang di saat dia membawa Farizal ke hospital saat di dipukul dahulu. Debaran yang sama, situasi yang berbeza. Air matanya berderai tanpa henti. Bagaimana jika dia tidak sempat bertemu dengan Farizal dan meminta maaf daripadanya? Bagaimana jika mereka tidak akan dapat bertemu lagi untuk selamanya?
Sampai saja di lapangan terbang, Arissa terus berlari tanpa arah. Ada 3 terminal di lapangan terbang itu dan dia tidak tahu pun terminal manakah Farizal akan berlepas! Arissa memandang ke arah jam besar yang tergantung di lapangan terbang itu, menunjukkan pukul 12:15 tengah hari. Dengan itu Arissa hanya berdiri di tengah-tengah lapangan terbang itu sambil tercungap-cungap. Dia sendiri tidak tahu dia berada di terminal mana namun langkahnya terus ke tempat di mana pelawat melihat kapal terbang berlepas.
Arissa meletakkan tangannya di gelas kaca itu, melihat satu-persatu kapal terbang berlepas dengan seribu penyesalan. Hatinya sayu mengingatkan gelagat mereka saat masa bahagia, perlahan-lahan tertutup seperti tirai persembahan. Siapa sangka Arissa dan Farizal akan berpisah tanpa kata ucapan selamat tinggal. Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. Sampai hati. Sampai hati dia membuat lelaki itu seperti itu. Farizal yang senyum seperti matahari pagi yang pagi. Farizal yang sanggup buat apa sahaja untuk dirinya. Kini dia tidak sempat pun untuk meminta maaf untuk kesalahannya.
Arissa pulang ke rumah dan mendapati ibunya segera mendapatkannya dengan wajah yang risau. Melihat wajah ibunya, dia segera menangis dan memeluk ibunya.
"Ibu...Rissa minta maaf ibu! Selama ni Rissa tak pernah dengar cakap ibu. Rissa menyesal ibu!"
"Rissa, kenapa ni?Apa yang dah jadi ni? Satu malam Rissa tak balik, risau ibu! Kenapa ni Rissa? Cakaplah!"
Arissa menenangkan dirinya sebelum menceritakan semuanya kepada ibunya. Mendengar itu, ibunya hanya menggelengkan kepalanya sahaja namun dia bersyukur anaknya itu tidak diapa-apakan.
"Sini, Arissa," ujar ibunya lembut, mengisyaratkan supaya Arissa duduk di sebelahnya.
Arissa segera turut sahaja sambil meletakkan kepalanya di pangkuan ibunya sambil menangis. Ibunya mengusap dan membelai rambutnya dengan lembut sambil dia terus menangis.
"Itulah...Ibu dah pernah cakap dengan Arissa, buka hati, mata Rissa. Yang cantik tu tak semestinya indah. Lagipun semenjak Rissa kawan dengan diorang tu, ibu tengok Rissa dah berubah. Nasib baiklah Rissa tak terlanjur jauh, kalau tak, entahlah..."
Arissa segera bangun dan mengambil tangan ibunya.
"Ibu, Arissa dah sedar sekarang, tapi..." Air matanya mengalir lagi, "Farizal...Arissa tak sempat tebus salah Rissa pada dia, dia dah pergi. Rissa menyesal sangat!"
"Tunggu sekejap."
Ibunya bangun dan meninggalkan Arissa sebentar, menimbulkan tanda tanya di benaknya. Sedang dia mengelamun, ibunya timbul di balik pintu dengan sampul yang dalam tekaan Arissa pastilah sepucuk surat.
"Dari Rizal. Di bagi pada Shafiq untuk Arissa."
Arissa menerima surat itu. Rasanya dia tidak sabar untuk membaca isi kandungannya namun dia hanya akan berbuat demikian secara sendirian. Dia meminta diri daripada ibunya untuk membaca surat itu di luar. Dia akhirnya memilih untuk ke batu besar di tepi pantai, tempat yang pernah menjadi kegemaran dia, Farizal dan Amir dahulu.
Dengan penuh debaran, dia membuka surat itu dan mula membacanya, suara membisik lembut dihatinya.
Arissa...
Secara jujur, aku tak tau macam mana nak mula tulis surat ni dan secara jujurnya juga, ini adalah surat yang ke lima selepas empat surat yang dah aku ronyokkan dan campak kat bakul sampah. Maafkan sebab aku tak tau macam mana nak susun ayat yang sesuai untuk menulis surat /nota macam kat tv/filem tapi aku harap, pada akhirnya kau akan dapat mesej yang akan aku sampaikan.
Pertama:
Arissa, kau adalah orang yang paling aku sayang selain daripada nenek aku. Kalau kau masih tak tau, aku tak pernah marah atau kecik dengan kau, cuma aku tak boleh bohong dan kata aku tak sedih dengan apa yang terjadi antara kita. Pun aku tak salahkan kau, it's just that I wished that things were different between us. I missed us.
Kedua:
Ok...this is it.Tentang perasaan aku. Perasaan kau. Perasaan kita. Memang betul, aku ada perasaan cinta pada kau dan kau pun pernah beritahu aku yang perasaan itu berbalas dari pihak kau. Aku minta maaf sebab aku tolak semua perasaan itu. I am not proud to admit yang sebahagian besar daripada aku lega kau dapat baca buku nota aku tu tapi pada masa yang, aku rasa sangat-sangat serba salah. Aku betul-betul nak jadi pilihan hati kau tapi, masa tu kau dengan DIA dan bila kau mengaku yang perasaan kita sama, aku tak nak buat hati kau bingung untuk pilih antara aku dengan DIA.
Perasaan bersalah untuk melakukan perkara yang betul dan melukakan hati kau terus menghantui aku bila aku dapat tau tentang kecurangan Pierre. Aku mengaku yang aku seorang yang pengecut, takut untuk kehilangan apa yang telah pun terlepas dari tangan aku, takut untuk melepaskan apa yang mungkin dapat aku dapat dan takut dengan perasaan aku sendiri.
Mungkin sebab itu, aku tak layak untuk gadis setegar kau, Arissa. Kau adalah segalanya yang aku inginkan, yang aku puja tapi segalanya yang aku tak ada.
Dengan itu, aku terpaksa pergi. Mungkin setelah aku cari diri aku sendiri dan menjadi seorang yang lebih baik, Insya Allah, kita akan bertemu lagi. Tapi, sekarang ini, denagn surat yang tak seberapa ni, aku nak minta maaf banyak-banyak pada kau dengan semua yang terjadi. Dan untuk semua yang tidak pernah terjadi.
Goodbye and take care.
Farizal
Arissa membaca surat itu berkali-kali sebelum melipat ia. Air matanya mengalir tanpa henti sambil bayangan Farizal yang sedang tertawa bermain di matanya. Dia teringat saat dia menumbuk dada lelaki itu, bermain bola bersama atau memberi high-five setelah pasukan bola mereka menjaringkan gol dahulu. Betapa dia merindukan kehadiran lelaki itu.
Hanya lelaki itu sahajalah yang mampu benar-benar memahami kala hari dia bersedih dan hanya dia sahajalah yang mampu membuatnya tersenyum kembali dengan cara yang bodoh dan lucunya.
"FARIZALLL!!! MAAFKAN AKU!!! JANGAN PERGI! FARIZAAALL!!" Jerit Arissa kepada angin yang terus meniup kosong. "Jangan tinggalkan aku." Katanya perlahan akhirnya.
Tiga tahun kemudian...
"Nisha...Dah, cuci tangan. nak makan tak. Hmm...Sedap tau, mama ada bawak sanwic telur, Nisha suka sanwic telur kan?"
Arissa mengangkat anak kecil kesayangannya yang baru berusia 2 tahun itu.
"Tak nak. Nisha nak main dulu," kata Nisha yang tidak mahu melepaskan set permainan acuan istana pasir di pantai itu.
"Nanti dululah. Tengok tu, papa, dah tunggu Nisha tau!" Arissa menoleh dan memanggil papa kesayangan Nisha untuk 'rescue'. "Abang Aiman, Nisha tak nak berganjak ni!" Arissa memanggil.
Lelaki yang tinggi lampai itu menghampiri mereka dan mengebas pasir di tangan Nisha.
"Alah... Degilnya dia! Jom, makan, kesian mama dah siapkan tau. Nanti kita main lagi, okay?" Pujuk papanya.
"Tapi nanti papa main sekali tau? Pwomish?" Kata si kecil Nisha yang baru belajar menyebut perkataan 'promise'.
"Pwomish!" Janji papanya sambil mengangkat tangannya.
Arissa tertawa namun tawanya terhenti saat dia melihat seseorang yang sedang memandang ke arah mereka. Tatkala melihat wajah itu, hatinya berdebar, wajahnya berubah.
"Rissa, kenapa ni?" Tanya Aiman yang sedang mendukung Nisha.
"Err... Abang pergilah dululah, I'll catch up later."
Arissa mla mendekati lelaki itu yang mula beredar pergi.
"Hey, tunggu!"
Lelaki itu berhenti dan pada sesaat, mata mereka berpandangan, namun tiada apa yang terucap di antara mereka.
"Farizal..."
Mata Arissa berkaca saat nama itu menyentuh bibirnya.
"Arissa..."
Kata lelaki itu kemudian yang terisi hanyalah deruan ombak.
"Aku nampak kau dah semakin berseri sekarang. Dah berkeluarga. Tu mesti kau anak kau kan comel. Siapa nama dia?"
Mendengar itu Arissa tersenyum sambil memandang ke arah keluarganya berkumpul.
"Nisha. Umur dia dua tahun. Yang itu papa dia."
"Aku gembira, tengok kau dah bahagia dengan suami dengan anak kau." Kata Farizal ikhlas.
Arissa tersenyum kemudian tertawa.
"Terima kasih, Rizal. Cuma...Dia bukan suami aku. Dan Nisha tu bukan anak aku. Aku belum kahwinlah!"
Farizal terdiam sebentar, kemudian dia tertawa.
"Oh.... Jadi...."
"Abang Aiman sepupu aku. Nisha tu anak dia. Nampak perempuan yang pakai merah jambu tu? Itu mama Nisha." Jelas Arissa.
"Sorry...Aku ingatkan..."
"Takpe. Kau tu. Pergi tanpa berita. Kau tak beri pun aku peluang untuk minta maaf pada kau..."
"Arissa, apa yang terjadi bukan salah kau, aku tak sal..."
"Tapi sekurang-kurangnya bagilah aku ucapkan terima kasih pada kau sebab malam tu. Malam sebelum kau pergi? Selepas semua yang aku buat pada pada kau selama ni..."
"Shhh...." Farizal meletakkan jarinya di mulut Arissa, membutkannya terdiam. "Kau masih cintakan aku tak?"
Arissa membuka mulutnya namun lidanya kelu.
"Sebab aku masih cintakan kau...Macam dulu."
Mata Arissa berair namun dia tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
"Aku selalu cintakan Rizal. Setiap hari, setiap masa, lebih dari yang kau tau."
Jarak di antara mereka semakin dekat dan tanpa disedari, hanya tinggal seinci sahaja sehingga tiba-tiba mereka terganggu oleh deheman seseorang. Mereka segera menoleh dan melihat sepupu Arissa Aiman yang mendukung Nisha bersama dengan Shafiq yang sedang tersenyum sumbing dengan bola di tangannya.
"Dahlah, abang Rizal, masuk meminang je, abis cerita," kata Shafiq yang sudah tinggi dari yang pernah diingati oleh Farizal.
"Pandai je, Shafiq!" Kata Farizal sambil menggososk kepala Shafiq.
Mereka semua tertawa sambil menuju ke arah tempat mereka sekeluarga berkelah. Arissa memandang Farizal yang tersenyum penuh harapan. kemudian dia mengenyitkan matanya, membuatkan Arissa tersenyum.
'Dahlah, abang Rizal, masuk meminang je, abis cerita'
Arissa tersenyum sendiri. Semoga mulut masin adiknya.