Titisan hujan yang turun perlahan pada waktu senja itu mengundang kebimbangan yang mula menyapa hati Marsha yang tidak membawa payung. Dengan segera, dia cuba untuk mendapatkan teksi untuk pulang segera sebelum hujan lebat. Langit yang mendung itu tidak kelihatan begitu bagus. Jika jadi hujan nanti, pasti lebat. Bunyi guruh seakan-akan memberi amaran kepadanya akan hujan yang akan turun tidak lama lagi
Hujan yang semakin kasar terus jatuh ke bahunya, membuatkan gadis itu resah. Sudahlah tiada tempat berlindung yang berdekatan. Tidak jauh darinya juga ada orang yang juga mungkin sedang menunggu teksi dari tadi sebelumnya. Hai, nampaknya bermandi hujanlah dia nanti.
Sebuah teksi melewati kawasan itu dan orang di hadapannya itu melambainya sementara hujan pula turun semakin lebat. Marsha pasrah jika dia harus kebasahan nanti. Pemuda yang mengambil teksi itu memasukkan sesuatu ke dalam teksi itu sebelum masuk. Tiba-tiba dia memandang ke arah Marsha dan memandang ke atas langit yang mendung. Dia berkata sesuatu kepada pemandu teksi tersebut sebelum berlari ke arah Marsha.
"Umm...Awak tunggu teksi? Dah nak hujan ni."
Marsha hanya tersenyum seolah-olah tidak kisah tentang hal itu walaupun hatinya semakin bimbang. Jika hujan lebat nanti lebih susah untuk mendapatkan teksi.
"Takpelah. Saya boleh tunggu sekejap. Harap-harap adalah teksi yang lalu."
"Awak nak pergi mana?"
"Sixth Avenue." Jawab Marsha.
Pemuda itu terdiam seketika seperti memikirkan sesuatu. Jalan yang ingin mereka lalui bertentangan.
Kemudian dia berkata, "Awak naiklah teksi tu dulu. Saya rasa hujan dah nak turun ni. Mesti lebat."
"Eh, takpelah. Awak macam mana nanti?"
"Don't worry about me. Awak pergilah dulu."
Rasa bersalah menerpa di hatinya. Kasihan pula dia melihat orang yang berhati mulia itu terpaksa berdiri di dalam hujan demi dirinya.
"Tapi..."
"Hey, I insist. Don't worry, I'm gonna be fine."
Hujan semakin lebat dan mereka berdua masih berdiri di situ kebasahan. Pemuda itu membuka tangannya seperti mempersilakan seorang puteri.
"Okay... Terima kasih banyak-banyak. I don't think could ever thank you enough." Kata Marsha sebelum masuk ke dalam perut teksi itu.
"Nah, don't worry about it," Kata pemuda itu sambil mengenyitkan matanya.
Pemuda itu menutupkan pintu teksi itu dan melihat teksi itu semakin jauh menghilang. Setelah itu, dia berdiri di dalam hujan sambil tersenyum seperti orang bodoh. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu membuatkan senyumannya lenyap. Dia menoleh untuk mengejar teksi tadi namun terlambat.
"Great," katanya perlahan.
Di dalam teksi, Marsha tersenyum sendiri mengenangkan pemuda yang baik hati tadi. Masih juga ada orang bertimbang rasa dan gentleman selain Farizal di dalam dunia kini. Sedang dia menikmati teduhan yang diliputi oleh rasa bersalah di dalam teksi itu, tiba-tiba matanya tertumpu kepada sebuah beg kamera dan sebuah fail besar, membuatkannya menoleh secepatnya namun dia sedar teksi yang sedang dinaikinya itu sudahpun jauh dan hampir sampai ke rumahnya. Ianya pasti milik pemuda tadi, membuatkan rasa bersalahnya membuak.
Bila tiba di rumahnya sahaja, Marsha meletakkan fail yang besar itu bersama dengan beg kamera milik pemuda tadi ke atas meja di dalam biliknya. Setelah mandi, dia mengeringkan rambutnya dengan tuala namun barang-barang yang sedang berada di atas mejanya itu membuatkannya resah. Jangan-jangan ianya semua barangan penting yang mungkin boleh menjejaskan kerja pemuda itu. Pemuda yang begitu baik namun tidak dikenalinya. Namanya pun dia tidak tahu.
Dia menghela nafasnya. Esok, dia akan menunggu pemuda itu di tempat tadi bersama barang-barang tersebut dan memulangkannya.
Pun begitu matanya masih belum dapat menghilangkan pandangannya daripada barang-barang tersebut, mengingatkannya kepada cerita Pandora's Box. Didesak oleh naluri ingin tahunya, Marsha membuka fail yang besar itu dan mendapati beberapa fotografi yang indah dan mengagumkan. Hmm... Mungkin dia seorang jurugambar.
Halaman demi halaman dia buka dan kagumi. Tiba-tiba beberapa keping gambar membuatkannya terbatu seketika. Dalam fail itu, terpamer gambar-gambar orang-orang yang dikenalinya.
Pertama gambar Arissa seperti yang tertera di dalam majalah GlamJuice. Mungkin dialah jurugambar bagi sesi fotografi itu namun yang lebih mengejutkannya lagi adalah gambar-gambar seterusnya. Gambar-gambar Pierre dan Emelyn yang sedang berpelukan.
Siapa pula pemuda itu?
***
Saat Arissa membuka locker nya seperti biasa, ada sesuatu menarik perhatiannya pagi itu. Di dalam locker tu, sebuah buku hijau yang tanpa bersalah duduk di tempat yang tidak sepatutnya. Buku nota yang sangat dikenalinya. Buku nota milik Farizal.
Siapa pula yang meletakkannya di situ? Untuk apa? Tanpa berlengah lagi Arissa meletakkan buku itu di dalam begnya dengan segera.
"Hey, sayang, jomlah." Tanpa disedarinya, Pierre sudah pun berada di belakangnya. Melihat wajah Arissa yang keresahan, Pierre bertanya, "Sayang, are you okay?"
"Umm, ya... I cuma penat je semalam belajar sampai 1.30 pagi. Err...Jomlah."
Arissa berjalan namun fikirannya masih berada pada buku tersebut. Rasanya tidak sabar untuk mengetahui apa yang terkandung di dalam buku yang selalu menemani Farizal. Apa pula buku buat di dalam locker nya?
"Sayang, are you okay?" Tanya Pierre lagi, membuatkan Arissa menoleh.
"Huh?"
"I was talking to you, didn't you hear? I kata, let's get some breakfast from the cafe first." Kata Pierre yang semakin tidak sabar. "You ni kenapa? I tanya you tak nak jawab."
"Sorry... Ada something yang tengah I fikirkan. Umm... Yeah, breakfast would be good."
"At least that'll perk you up. Takdelah I berbual sorang-sorang," kata Pierre, sinis.
"Okay, I'm sorry. Janganlah merajuk."
"You kalau ada masalah tak pernah share dengan I. I kan boyfriend you."
"Masalahnya, Pierre, I tak ada problem. There's nothing to share."
"Yeah, right."
"Pierre..."
Hmphh...Dah mula dah merajuknya. Ni yang malas nak pujuk ni.
"Okay, I'm sorry! I don't mean to disregard you or anything, cuma...You kan ada problem you sendiri, takkanlah masalah I pun I nak bebankan you jugak."
"Sayang..." Pierre menyelak rambut Arissa lembut. " There's no burden for me. I nak kita lalui masalah kita sama-sama okay? I want to always be there for yo when you need me."
"Ahem."
Dehemen seseorang membuatkan mereka menoleh. Mereka akhirnya mendapati Emelyn berdiri di hadapan mereka.
"Emelyn, hi..." Sapa Arissa.
"Umm...I think I jumpa Hazwan dengan Daniel dulu kay. See you later, babe." Kata Pierre tanpa memandang mereka pun, membuatkan Arissa rasa kekok.
"Arissa... I see you dengan Pierre dah berbaik semula..."
Arissa terseyum namun tidak berkata apa-apa. Wajahnya berseri-seri, membuatkan Emelyn disesak oleh rasa cemburu. Hatinya sentiasa menghitung waktu untu menjatuhkan gadis di hadapannya itu dan mendapatkan kekasihnya kembali.
***
Malam itu Arissa membuka buku nota milik Farizal dengan penuh debaran yang hebat. Selama dia berkawan dengan lelaki itu, dia tiak pernah membaca atau mengambil tahu apa yang terkandung di dalam buku nota itu walaupun dia tahu Farizal memang sering membawa buku nota itu ke mana sahaja dia pergi. Yang membuatkannya diburu oleh rasa ingin tahu adalah mengapa buku tersebut boleh sampai berada di locker nya. Apa tujuan si penghantar?
Dengan penuh debaran, Arissa membuka halaman pertama dan mendapati beberapa nota ekonomik yang sangat dikenalinya. Okay...Tiada apa-apa yang menarik/pelik. Kemudian dia bertukar ke halaman kedua; sama kecuali ada tulisan yang berkata 'Grr...tak faham' membuatkan Arissa tersenyum kecil. Begitu juga halaman ketiga dan keempat, tiada apa yang menarik. Arissa menagngkat bahunya. Mungkin esok dia akan mengembalikannya kepada Farizal.
"Apalah kau Zal. Tak habis-habis careless."
Arissa membuka halaman buku tersebut satu-persatu dengan cepat apabila sekeping gambar yang diselitkan di antara halaman-halaman tersebut menarik perhatiannya. Gambar itu berada di halaman di mana Farizal menuliskan luahan hatinya terhadap dirinya. Dengan keadaan yang terkejut, Arissa membacanya.
'Kenapalah susah sangat untuk aku mengaku perasaan aku kat dia! Come on Farizal! Kalau kau tak beritahu perasaan kau kat dia manalah dia nak tau kan? Slow betullah aku ni, lori siput pun tak slow macam aku!'
'Arissa...No matter how hard I,ve tried, you still come back to my mind. Kenapa susah sangat bagi kau untuk hilang daripada fikiran aku ni? Is it a sin for me to crave for your heart when you've already gave it to him? Kenapa perasaan ini begitu kejam?'
Arissa menutup mulutnya saat membaca entri-entri tersebut. Perasaannya bercelaru tanpa satu definisi yang tepat, entah marah atau sebaliknya. Kemudian, dia melihat gambar yang terdapat di halaman itu dan melihat i belakangnya dimana ia tertulis 'Farizal loves Arissa' membuatkannya lebih terkejut. Entah mengapa, air matanya jatuh bercucuran. dia tidak tahu apa yang harus dirasakan olehnya ketika itu.
Dia membaca entri-entri tersebut dan memandang gambar itu berkali-kali, seolah-olah untuk mencari soalan bagi jawapan yang telah dia dapati. Apakah maksud semua ini? Setelah mendapati semua itu, perasaan yang begitu aneh datang menerpanya.
Perlahan-lahan tawaan Farizal menghiasi bayangannya. Senyumannya yang begitu jelas sehinggakan dia seperti dapat merasa bibir itu di jari-jemarinya kini. Dia terbayangkan di saat Farizal menumbuk ke atas saat memenangi perlawan bolasepak di sekolah menengah dahulu. Di saat mereka sama-sama tertawa kecil setelah mengenakan Amir dengan melukis ke wajah Amir dengan dakwat hitam ketika dia sedang tidur.
Rindu. Itulah yang sedang dialaminya kini, tetapi lebih daripada sekadar rindu sebagai seorang sahabat lama, lebih-lebih lagi setelah membaca kandungan di dalam buku itu.
Arissa merenung ke luar jendelanya dan memandang ke arah bulan sabit yang sedang mengambang. Sambil itu, dia sempat berfikir apa mungkin Farizal juga sedang memandang bulan yang sama. Angin malam yang berhembus lembut seperti dodoian yang hiba buatnya malam ini. Entah mengapa dia seperti ingin tinggalkan semuanya, kembali ke permulaan dan tidak membuat kesilapan yang berakhir dengan kekacauan yang sedang dialaminya kini.
Pada keesokan harinya, Arissa sengaja melewati di tempat di mana dia tahu Farizal akan meluangkan masa bermain bola. Saat berada di situ, Arissa bersyukur apabila mendapati Farizal sedang mengimbangi dan kemudian menendang bola ke dalam gaung gol keseorangan diri. Mungkin yang lain sudah pulang. Tanpa disedari oleh lelaki itu, Arissa mendekati padang tersebut dan merampas bola yang ditendang itu dengan kakinya. Farizal yang langsung tidak menyedari kehadirannya mendongak dan kelihatan terkejut. Peluh mengalir di dahinya.
"Arissa?"
Arissa hanya menendang bola tersebut ke dalam gaun gol. Bau deodorant yang dicampur dengan peluh dari badan Farizal membuatkan hatinya berdebar. Sudah lama benar dia tidak mencium bau itu.
"Kau buat apa kat sini?"
"Jumpa kau." Jawab Arissa pendek.
"Ada apa?" Tanya Farizal sambil menuju ke begnya, dituruti oleh Arissa. Kemudian dia mengeluarkan botol airnya dan meneguknya sehingga habis.
"What? I can't even see my best friend now?" Jawab Arissa.
Farizal menghela nafasnya. Best friend? Tiba-tiba dia teringat di malam sewaktu Arissa memutuskan persahabatan mereka.
"Kau sebenarnya nak apa ni?" Dingin saja pertanyaan Farizal. Baru semalam dia bertekad untuk melupakan gadis itu, kini dia berada di sini pula.
"Aku...Ada sesuatu yang perlu aku tanya kau."
Mereka duduk di sebuah bangku pada waktu senja itu. Langit yang merah itu perlahan-lahan menyembunyikan matahari, menutup tirai hari itu.
"Kebetulan. Aku pun nak tanya kau sesuatu," kata Farizal.
"Apa dia?" Tanya Arissa penuh dengan penuh debaran.
Farizal menatap wajah Arissa, lama, sebelum membuka mulut.
"Is everything okay?" Tanyanya.
"Kenapa tak?" Jawab Arissa.
Farizal mengambil begnya dan mengeluarkan sesuatu. Kemudia dia menunjukkannya kepada Arissa.
"Ni apa ni?"
Di tangannya terdapat sebungkus pil-pil ecstasy yang pernah dimiliknya.
"Itu...ah...Mana kau dapat tu?" Tanya Arissa Dia terkejut apabila pil-pil tersebut boleh berada di dalam tangan Farizal sekarang.
"Kau punya kan? Why Arissa?" Farizal kelihatan kecewa.
"Well...Technically that's mine, tapi, percayalah! Sumpah, aku tak ambik benda tu."
"Habis, kenapa benda tu ada pada kau? Kau jual?"
"Jangan nak tuduh sembarangan okay? Aku tak sebodoh tu, apalagi untuk ambik benda tu. Kawan aku yang bagilah."
"Betul ni?"
"Sumpah! Eh, mana kau dapat benda tu hah?" Arissa cuba mengambilnya kembali namun tangan Farizal pantas menepis.
"Shafiq bagi kat aku. Dia kata dia nampak mak kau mengangis sebab gaduh dengan kau pasal benda ni. Arissa., aku bukan nak menyibuk hal kau, tapi...Aku harap kau sedar yang mak kau tu marah kat kau sebab dia sayang kat kau. Shafiq sedih sebab dia sayang kat kau. Diorang tu takut kalau kau buat benda yang akan hancurkan masa depan kau, hancurkan diri kau sendiri."
Arissa menunduk. Kemudian dia menoleh ke arah lain. Dari kejauhan, dia melihat sekawan burung yang menuju pulang ke sarang mereka. Rasa gementar meragut keyakinan yang membawanya kemari tadi. Malu rasanya apabila Farizal mendapat tahu tentang pil itu. Itukah kawan-kawan dibanggakannya?
"Aku tau. Aku menyesal sebab buat dia sedih, tapi aku tak tau macam mana nak mintak maaf kat mak aku tu. Aku tau dia mesti masih marah kat aku lagi."
"Aku rasa dia lebih sedih, lebih kecewa daripada marah. Rissa, mak kau tu sayang kat kau, dia marah pun sebab mungkin dia takut bila tengok pil tu. Lagipun, dia sorang je mak kau kat dunia ni. Janganlah buat dia sedih macam tu. Minta maaf pada dia, janji jangan buat benda bodoh. Syurga tu kat telapak kaki ibu."
Mereka berdua terdiam. Entah mengapa tiba-tiba Farizal teringatkan kepada mamanya yang sudah bertahun menghilang dari hidupnya.
"Kau pulak, kenapa boleh sampai sini?" Tanya Farizal setelah lama mereka terdiam. Pertanyaan itu membuatkan Arissa menjadi kurang selesa tiba-tiba. Hatinya berdebat sama ada mahu meneruskan niatnya atau tidak. Farizal masih memandangnya seakan menunggu sesuatu.
Dengan satu helaian nafas yang panjang, Arissa mengeluarkan buku milik Farizal dan menunjuknya, membuatkan mata lelaki itu terbuka luas. Baru sahaja dia ingin mengambil buku itu, Arissa pula menghalang.
"Tu buku aku, bagi balik." Kata Farizal yang mula panik. "Kau...Kau ada baca apa-apa...?"
"Aku jumpa benda ni kat dalam locker aku. Apa maknanya ni , Zal? Kenapa kau buat aku macam ni?"
"Apa yang cakapkan ni? Dah lah, aku nak buku tu..."
"Kau yang letak buku tu dalam locker aku?"
"Bukan aku! Aku takkan sesiapa dekat dengan buku tu apalagi bagi kat korang untuk baca!" Farizal memberus rambutnya yang panjang.
"Too late. Aku dah baca."
"You what?"
"Aku mesti tau kenapa benda tu ada kat locker aku," Arissa mempertahankan kelakuannya itu.
"And...?" Tanya Farizal penuh debaran. Harap-harap dia tidak terbaca bahagian 'itu'.
"Kenapa kau tak pernah bilang aku?" Tanya Arissa. Tiba-tiba air matanya jatuh.
"Bilang kau...apa?
"Ni...Semua ni!" Arissa membuka halaman di mana tertulisnya luahan hati Farizal dengan kasar. Kemudian dia mengangkat gambar yang tertulis 'Farizal loves Arissa' itu. "Kenapa kau tak pernah beritahu aku yang...Yang, kau pun ada perasaan yang sama pada aku?"
Mendegar itu, tiba-tiba Farizal merasakan seolah-olah dunia jatuh di hadapannya. Penyesalan mula menggelapi dirinya. Perasaan yang sama? Adakah itu bermakna mereka sebenarnya saling jatuh cinta dalam diam?
"Aku..." Tiada apa yang mampu terluah oleh Farizal ketika itu. Betapa kejamnya takdir yang tertulis untuk mereka pada waktu itu.
"We could've been so good together," kata Arissa perlahan, memandang bawah.
"Tapi semua dah lambat. Kau pun dah ada Pierre, kan? Takpelah, benda tu pun dah lama..." Kata Farizal tenang namun gejolak hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hebatnya.
"Takpe? How could you..."Arissa mengesat air matanya. "Kenapa kau tak cakap apa-apa kat aku? Not a even a single clue! I could've said yes!"
"But I didn't okay? End of story, Finish! Anyway, kau dapat lelaki yang lebih baik daripada aku, and I'm happy for you."
Sekali lagi, kesepian merajai perbualan mereka. Hanya sedu-sedan Arissa sahaja yang dapat didengari selain kicauan burung yang ingin pulang ke sarang mereka meniti malam.
"Rizal... Aku nak kau jawab soalan aku sejujur mungkin. Do you still love me?""
"Does it even matter now?"
"Jawab! Are you still in love with me?"
"No okay? No! In fact, aku baru je nak lupakan yang kita ni pernah kenal selama ni, tiba-tiba kau datang jumpa aku hari ni!"
Arissa berdiri. Kemudian mencampakkan buku itu ke dada Farizal sebelum mencapai begnya dan berlari meninggalkan Farizal keseorangan, megulas apa yang terjadi dia antara mereka. Ahh...Impiannya untuk memiliki hati Arissa begitu dekat namun begitu jauh.
***
Dengan beg kamera dan fail yang besar di tangannya, mata Marsha meliar ke kanan dan kiri dengan harapan dia dapat menemukan wajah pemuda yang membantunya dua hari yang lalu. Hari ini sudah hari yang kedua dia berada di situ menunggu namun hampa. Adakah mungkin lelaki itu tidak akan melewati kawasan itu lagi? Dengan perasaan yang bersalah dia menuju ke kafe yang terletak tidak jauh dari situ dan memesan segelas minuman. Sudah hampir tiga jam dia menunggu di situ.
Dia meletakkan kameranya di atas meja sambil termenung. Apalah nasib pemuda itu? Harap-haraplah dia tidak mendapat masalah di kerjanya ekoran kehilangan fail dan kameranya. Sedang dia termenung, tiba-tiba dia didekati oleh sesorang.
"Hai..."
Marsha mendongak dan mendapati seseorang yang tidak pernah dikenalinya menyapanya.
"Yes...?"
"Sorry, I can't help but to notice yang you ada camera back with you. Umm... You ni photographer ke?"
"Umm...Bukan. Benda ni semua pun bukan barang I."
Pemuda itu tersenyum.
"I perasan yang dah dua hari you ada kat sini pada waktu sama, dengan beg kamera dengan fail yang sama. Are you by any chance waiting for the owner of these things?"
Marsha tersenyum.
"Umm...Yeah...You tau ke barang-barang ni siapa punya?"
"I ada satu soalan untuk you. You ke sweet girl yang kawan I bagi taxi yang dia flag sampai dia terlupa pasal barang-barang dia yang dalam teksi, tempoh hari?"
Mendengar itu, wajah Marsha bersinar.
"I'm not sure about the sweet girl part but the whole situation fits perfectly!"
"Then, I tau pemilik barang-barang tu semua. Tu kawan I punya. Nama dia Ray."
Bingo. Pada saat itu Marsha benar-benar bersyukur kerana jika nasibnya baik, mungkin dia dapat bertemu dengan pemuda yang baik hati itu.
"Dia da kat mana sekarang? Boleh I jumpa dia?"
"Ermm..." Pemuda itu terdiam sebentar seperti memikirkan sesuatu. "Dia ada kat rumah sekarang, kurang sihat, tapi it would be a nice surprise untuk dia kalau you datang bawakan barang-barang ni semua untuk dia. Dah dua hari dia risaukan harta-harta tak seberapa dia ni."
"Great. Dia tinggal mana?"
"Dengan I. Macam mana kalau I hantar you? Oh, nama I Aizat, by the way."
"Marsha, nice to meet you." Marsha memperkenalkan dirinya.
Dengan menaiki kereta Aizat, mereka menuju ke rumah perkongsian Aizat dan Ray. Daripada Aizat, Marsha mendapati bahawa Ray memang berminat dalam fotografi dan bercita-cita untuk membuka bengkel gambarnya sendiri. Dua sahabat itu sudah berkawan sejak sekolah menengah lagi.
Saat mereka tiba di hadapan pintu rumah tersebut, bunyi orang bersin yang kuat begitu jelas kedengaran selain daripada televisyen. Aizat membuka pagar pintu tersebut dan masuk ke dalam, menjemput Marsha.
"Ray, aku dah balik ni."
"Achoo!"
Orangnya tidak kelihatan, hanya suara bersin sahaja diikuti oleh hembusan hidung yang kuat.
"You duduk dululah, nanti dia datang." pelawa Aizat perlahan.
Beberapa minit kemudian, timbul Ray yang hidung dan mata yang merah , layu. Saat melihat Marsha yang berdiri sebaik sahaja dia muncul, matanya lebar. Kemudian dia mengerutkan dahinya sambil tersenyum.
"Awak...Bukan ke..."
Marsha mengangkat bahunya sambil tersenyum.
"Memang saya pun. Saya datang untuk pulangkan barang-barang yang awak tertinggalkan kat teksi hari tu. And to thank you again sebab hari tu."
"It's my pleasure..." Ray terus merenung wajah Marsha tanpa berkedip.
"Nama saya Marsha." Kata Marsha namun Ray masih memandangnya, terpanah. Melihat tiada reaksi dari Ray, Marsha berkata, "Umm...Awak mesti tak nak diganggu jadi saya rasa saya balik dulu..."
Aizat berdehem, membuatkan Ray tersedar kembali.
"Umm...Sorry, it's just that you are more beautiful than I remembered...Uh...I mean..."
Marsha mengerutkan dahinya namun dia tersenyum. Aizat menepuk dahinya.
"Apa yang dimaksudkan oleh kawan I ni adalah... Would like to go out to dinner with him say...Saturday night?" Celah Aizat, menyelamatkan keadaan, membuatkan pipi Marsha merah. Ray membulatkan matanya kepada Aizat.
"Sure... kalau Ray betul-betul nak..."
"Oh...Ahem...Yeah...Kalau awak sudi."
"Kalau macam tu, saya jemput awak dalam pukul 8?"
"8 sounds great. Nanti I text you alamat I. Boleh I dapatkan nombor you?"
"Oh... Ya..."
Mereka saling bertukar nombor sementara Aizat menggelengkan kepalanya. Ray memang banyak bertemu wanita-wanita cantik, model, namun kalau bab mengurat...FAIL!
"Saya harap awak cepat sembuh. Saya rasa bersalah sebab tinggalkan awak dalam hujan hari tu."
"Nah...No biggie. Anyway, terima kasihlah sebab susah-susah cari saya hanya untuk pulangkan barang-barang saya ni. Benda-benda ni penting sangat untuk saya," kata Ray sambil membelek-belek barang-barangnya itu."
"It's the least I can do untuk balas jasa awak tu. So... I'll see you on Saturday?"
"Yeah...Thanks again."
Setelah pemergian Marsha, Aizat tertawa terbahak-bahak.
"You are more beautiful than I remembered. Really? kau ni betul-betul memalukan kaum lelakilah, sampai nak ajak date pun aku yang kena tanyakan. Nombor telefon pun dia yang tanya dulu. Fail."
"Suka hati akulah, janji malam sabtu ni, I've got a date, baby." Dengan riangnya, Ray berjoget kecil sambil bernyanyi kecil , " I've got a date, oh yeah, I've got a date, oh yeah..."
"Umm...Sorry, tapi saya rasa saya tertinggalkan my phone...?"
Ray terhenti di dalam posisi jogetnya dan mereka berdua menoleh ke arah Marsha yang berwajah merah menahan tawa.
"Err...Ye ke? Nanti I ambikkan." Kata Aizat sementara Ray berpura-pura membuat senaman kecil. Sambil melewati Ray, Aizat memberi senyuman mengejek kepada Ray sambil berkata tanpa suara, "Padan muka kau."
***
Di pagi yang dingin itu, Farizal berlari anak bersama dengan Amir yang tertinggal jauh ke belakang. Selalunya, dia tidak akan meninggalkan sahabatnya sejauh itu, namun hari itu Amir memerhatikan perubahan dalam sikap temannya itu. Pagi itu dia tidak banyak cakap dan kelihatan seolah-olah marah terhadap sesuatu. Apa yang dikatakan oleh Amir seolah-olah tidak didengarinya.
"Zal, berhentilah kejap. Penatlah aku, dah tak larat ni!" Jerit Amir yang tercungap-cungap kepada Farizal yang terus berlari ke hadapan.
Tidak dapat menahan kepenatan yang dialaminya, Amir terus berhenti dan mencari tempat untuk berehat di tempat yang berdekatan. Dia membongkokkan tubuhnya sambil memegang lututnya untuk seketika sebelum duduk di sebuah bangku yang tersedia.
"Farizal! Oii! Pekak ke apa kau ni? Sinilah!" Kali ini, Amir laung dengan lebih kuat lagi dan berjaya mendapatkan perhatian Farizal.
Melihat Amir yang sudah pun terduduk di bangku tersebut, Farizal berlari anak, menuju ke tempatnya. Peluh menghujani seluruh tubuhnya. Dia tercungap-cungap. Apabila sampai ke bangku tersebut, dia tidak dapat bercakap pun kerana menangkap nafas.
"Oii! Kau gila ke? Kau tau tak berapa jauh kita lari? Cepat pulak tu? Kalau kau nak bunuh diri, janganlah ajak aku! Berdosa!" Bebel Amir, sekadar bergurau.
Farizal tetap terdiam. Dia masih tercungap-cungap sambil mengesat peluhnya yang mengalir dari dahinya seperti air terjun.
"Aku dah bilang dia." Kata Farizal tiba-tiba.
"Hah? Bilang apa kat siapa?" Tanya Amir yang kehairanan. Tekaknya yang kering sudah membayangkan minuman Iced Lemon Tea yang dingin dengan wap di gelas, di sini kawannya pula sedang melalut tentang sesuatu yang tidak difahaminya.
Farizal tidak segera menjawab. Dia mendongak ke langit yang semakin cerah dengan matahari yang semakin meninggi.
"Arissa. Yang aku cintakan dia. Or rather, pernah cintakan dia." Kata Farizal seolah-olah dipukau. Wajahnya tidak beremosi, hanya memandang lurus ke hadapan.
Mendengar itu, Amir menepuk dahinya sambil menggelangkan kepalanya.
"Dude. Kau tak rasa yang kau dah terlambat ke? Maksud aku, what do you expect? Kau nak dia tinggalkan Pierre untuk kau?"
"Amir, dalam diam dia pun ada perasaan pada aku selama ni. Urghh... How could I have not known that? Dah berapa tahun aku kawan dengan dia?"
"Wasn't it obvious?" Gumam Amir, namun ia cukup jelas bagi telinga Farizal untuk mendengarnya.
"Apa maksud kau?"
Amir menarik nafasnya sebelum meneruskan apa yang dimaksudkannya.
"Zal, dari dulu aku ada hunch yang Arissa tu suka kat kau lebih daripada seorang kawan. Lepas tu kau bilang kat aku yang kau suka kat dia. Aku tak nak cakap apa-apa pasal suspicion aku sebab aku tak pasti. Yelah, kalau aku pandai-pandai cakap nanti kau terlalu mengharap. Kalau tekaan aku salah, Arissa mesti marah. Aku ingatkan you guys would have sort it out yourselves."
Farizal terdiam. Wajahnya berkerut dan Amir tidak pernah melihat temannya selalu tenang begitu tertekan. Amir meletakkan tangannya di bahu lelaki itu.
"Zal, dahlah, stop fikirkan benda ni semua. Exams pun dah nak dekat. Daripada peningkan kepala pasal perempuan, cinta, lebih baik pening pasal exams," kata Amir cuba menasihatkan temannya itu.
Farizal terdiam namun dia akui kebenaran di balik kata-kata sahabatnya itu. Rasanya tiada faedahnya dia menyesali bintang yang tidak mungkin digapainya di langit tinggi sedangkan yang lebih baginya kini adalah untuk mencapai kejayaan yang nyata dan pasti.
"Lagipun," tambah Amir, "Arissa yang kau cinta dulu dah hilang. Arissa sekarang ni dah berubah."