Saturday, October 8, 2011

Selamat Tinggal Sneakers...21

Dada Arissa berdebar-debar sehinggakan dia tidak dapat mendengar langsung bebelan Lee yang sedang membuat persiapan terakhir sebelum dia melangkah ke runway dan memperagakan rekaan temannya itu. Di luar dia sudah terdengar bunyi dentuman yang kuat dari muzik yang akan mengirinya saat dia menggayakan rekaan tersebut nanti. Belakang pentas itu dipasang alat penghawa dingin, namun keringat seakan-akan menyimbah tubuhnya walaupun tubuhnya sedang kedinginan.

Suasana di belakang pentas amat kecoh. Semuanya bekerja dengan pantas, dengan alat seperti mikrofon di tepi wajah mereka, kehulur-hilir seperti lipas kudung.

"Okay, Arissa, Lee, you guys are next. Ready..."

"Rissa, this is it," Kata Lee yang begitu teruja.

"Tau..." Arissa  begitu gementar, dia boleh pengsan di situ juga.

Arissa dan Lee dikehendaki untuk berkepit lengan sebelum Lee melepaskan Arissa di pertengahan pentas untuk modelnya itu menggayakan rekaannya.

"Next contestant...Salihin!"

Dengan pantas, pembantu-pembantu belakang tabir memastikan semuanya baik sebelum 'menolak' mereka ke pentas.

Saat mereka  keluar ke runway, mereka disambut oleh tepukan dan sorakan dari penonton. Berpuluh petikan cahaya lampu kamera berkelipan di ruang yang gelap itu seperti kelipan bintang yang indah. Lee melambai ke arah para penonton, membongkokkan badannya, kemudian dia berbisik kepada Arissa, "steal the show, sister," sebelum berlalu dan menghilang di balik tabir.

Kaki Arissa tetap berjalan walaupun fikirannya sedang bergetar seperti jeli ekoran gementar.

Baiklah, dia harus bertenang kerana,

1. Pierre ada di antara para penonton yang menonton di bawah
2. Ibunya dan Shafiq pasti sedang menontonnya di televisyen
3. Merujuk kepada perkara dia atas, dirinya sedang ditayangkan di Televisyen nasional jadi kalau salah satu langkah, satu negara akan menyaksikan dan ini termasuk ahli-ahli PPG yang dengkikannya!

Fikirannya terus mengingati kembali tips-tips dan apa yang pernah dipelajarinya dari Lee dan DVD America's Next Top Model.

'Aku boleh buat...Aku MESTI menang.'

Imagi hinaan dan sendaan Maya dan PPG terhadapnya timbul di awang-awangan, di antara dentuman muzik yang menggegar pentas. Dengan penuh keyakinan, dia berjalan gaya catwalk dan pose seperti yang selalu dilatihnya.

'Aku kekasih Pierre Laurent, bukan lagi Arissa gadis tomboy yang selalu dipersendakan.'

Sampai ke hadapan runway di bahagian pentas, dia memberi satu lagi pose untuk kamera sebelum berlalu ke belakang tabir. Dengan sorakan para penonton, dia merasakan seperti berada di konsert band kegemarannya cuma bezanya, dia adalah bintangnya.

Apabila sampai di belakang tabir, Lee memeluknya seeratnya.

"Girl!!! I'm so proud of you!!" Kata Lee yang telah menyaksikan Arissa di pentas tadi melalui televisyen yang disediakan di belakang tabir.

"Aku okay ke tadi?" Tanya Arissa yang masih gementar. Dia masih tidak percaya bahawa dia telah merentasi runway tadi, disaksikan oleh ribuan pasang mata yang memandangnya.

"Okay sangat. Kau cantik sayang!! Sayang sangat kat kau!!"

Di celah kekecohan itu, tiba-tiba seorang jejaka yang sangat dikenali Arissa tiba dengan sejambak bunga untuknya.

"Congratulations, baby. You were really great up there." Pierre memeluk Arissa dan menyerahkan sejambak bunga itu kepada Arissa yang dengan segera ingin melepaskan pelukan itu kerana bimbang akan mata-mata yang memandang, lebih-lebih lagi pihak media.

"Thanks...Really?  I takut kalau-kalau I screwed up, yelah, sebelum ni I tak pernah model pun." Kata Arissa sambil menghidu harumnya bau bunga yang diberi. Semenjak menjadi kekasih Pierre, wajahnya selalu diserikan oleh belaian kasih Pierre yang memang romantis.

"Nah... You lebih better daripada experienced model tadi." Pierre sudah pun meletakkan bibirnya dekat di telinga Arissa, membuatnya tidak selesa, lebih-lebih lagi apabila ada mata yang memandang seperti CCTV.

"Ermm... Pierre I nak pergi toilet jap, nak freshen up, okay?" Kata Arissa untuk mengelak bibir itu daripada terus 'bertindak'.

"You nak I follow you?" Tanya Pierre.

"Tak payahlah, toilet kat situ je, lagipun you bukannya boleh masuk."

"I wish I could." Pierre tersenyum nakal, dibalas oleh gulingan mata oleh Arissa sambil tersenyum.

"Jangan nak mengada-ngadalah. Pegangkan bunga ni jap." Arissa terus ke tandas yang terletak tidak jauh dari situ.

Sebaik sahaja berada di dalam tandas, Arissa disambut oleh bau minyak wangi yang melampau dan gosip. Arissa melihat dirinya di cermin yang dimekap secara profesional, rambutnya yang digayakan dengan stail yang beralun serta contact lenses kelabunya. Memang berbeza daripada dirinya dahulu yang comot. Dirinya kini seperti kakak kembarnya yang telah lama hilang.

"You're Arissa right?"

Arissa menoleh ke arah suara yang menyebut namanya. Alamak, Emelyn.

"Ermm...Ya. Hi...You Emelyn kan?"

Emelyn hanya mengangkat keningnya tanda 'iya'. Reanna sedang berdiri di sebelahnya seperti dayang yang setia kepada puterinya.

"Pleasure meeting you. I nampak you kat runway tadi. Not bad. You pernah modelling ke?"  Emelyn kedengaran dan kelihatan peramah namun bibirnya seperti senyum dan tidak. Kalau Angelina Jolie dan Megan Fox mempunyai adik tiri rahsia, Emelyn adalah orangnya.

"Umm...Nope. Tak pernah langsung. Ni first experience I. Tolong Kawan." Jawab Arissa yang benar-benar rasa janggal ketika itu. Kini dia sedang berbual dengan bekas kekasih kekasihnya kini.

"Really? Tapi I rasa you bagus tau tadi. Ada plan nak jadi model?" Tanya Emelyn lagi.

'Aik, kenapa tetiba baik je dengan aku? Hello... I'm your ex's current!!' Getus Arissa dalam hati. Ada agenda yang tersembunyi ke?

"Err...Tak rasanya sebab I ni tak tinggilah. "

"Nonsense! Devon Aoki's only 1.65 cm and she's one of the successful models to date." Potong Emelyn sambil melayangkan tangannya untuk mencantas kenyataan bahawa model tidak semestinya pendek.

Siapa tu?

"Really? Wow..."

"Sekarang ni dunia modelling dah berubah. Orang suka yang kecik and cute, especially Asians. Fashion sekarang ni tengah big in Asia..." kata Emelyn seperti mereka sudah lama kenal.

"Baguslah, jadi orang yang badan kecik macam I ada chance..." Arissa setuju sahaja dengan apa yang dikatakan oleh Emelyn, padahal dia tidak berminat langsung untuk meneruskan dunia modelling. Dia di sini sekarang pun hanya kerana ingin membantu Lee dan sudah tentunya kerana terdesak inginkan wang tambahan.

"So... You are dating Pierre." Kata Emelyn tiba-tiba.

Saat janggal apabila soalan sebegitu ditanya oleh bekas kekasih kekasih kita.

"Ermm... Ya... I thought korang berdua dah..."

"Memang kitorang dah putus. Jangan risaulah, kitorang cool je, I nak you tau yang I takde offence pun you jadi girlfriend dia," Kata Emelyn bersahaja. "In fact, I suka bila dia pilih you daripada you know... Maya muka tembok tu..."

Okay... Hairan pula bila mendengarkan itu... Yelah, bukankah mereka bersahabat, ahli kumpulan PPG juga...
Arissa terdiam. Ini sudah masuk bab mengumpat ni.

"Erm...Thanks. Err...I think I better go first, nice meeting you," kata Arissa yang ingin segera beredar dari situ.

Apabila dia keluar dari pintu tandas, dia mendapati Pierre yang sedang menunggunya di luar.

"Lamanya you kat dalam..."

Belum sempat Arissa menjawab, Emelyn dan Reanna pun turut keluar dari tandas tersebut. Mata Emelyn dan Pierre saling bertentangan sementara Arissa menunggu mereka bereaksi.

"Oh... Hello Pierre!" Emelyn mendekati Pierre dan berlaga pipi dengannya, tanda persahabatan kononnya.

"Emelyn... Apa khabar? I believe you dah kenal dengan girlfriend I, Arissa?" Sengaja Pierre menarik pinggang  Arissa yang langsung tidak menjangkakannya. Arissa menelan air liurnya.

'Jangan libatkan aku!!!' Arissa menjerit dalam hati.

"Oh yes, kita baru adakan friendly conversation kat dalam tadi, betul tak Arissa?"

Arissa hanya mengangguk sambil tersenyum. Harus. Cepat. Pergi. Dari. Sini.

"Err...Ya. Emelyn cakap I did good tadi. Thanks..."

Pierre menoleh ke Arissa dan memberikan senyuman yang manis.

"Of course, Sugar, like I told you."

"So... lepas event ni, you guys wanna join us, chill kat The BlackBox?"

The BlackBox adalah sebuah kelab yang besar dan popular. Arissa tidak pernah ke sana ataupun mana-mana kelab.

"Umm...I tak bolehlah, sorry sebab I dah janji dengan ibu I lepas event je I terus balik." Kata Arissa.

Emelyn hanya mengangguk tanda faham. Budak baik rupanya...  Lain daripada taste Pierre sebelum ini.

"Sayangnya... Takpelah, maybe next time. You guys carry on, I dengan the girls nak join the reception. See you Arissa."

Arissa melambai ke arah Emelyn yang semakin menjauh.

"Emelyn tu peramah kan?"

Pierre hanya mengangkat bahunya.

"She's okay. You ni jealous eh? Jangan risaulah, I langsung dah takde apa-apa dengan dia, we're just good friends sekarang."

"Taklah, I tau you dengan dia memang rapat dari dulu. I takkan halang your friendship dengan dia, I faham"

Pierre mengambil tangan Arissa dan kucup.

"I rasa beruntung sangat dapat girlfriend macam you, such a sweetheart. Please, jangan pernah tinggalkan I," Pierre mengusap pipi Arissa sambil membelai rambutnya perlahan-lahan, bibirnya mendekati bibir Arissa.

"Err... Jom kita join diorang kat reception," Kata Arissa yang tidak selesa dengan aksi Pierre.

Pierre menarik nafasnya. Potong steam betullah, padahal dia sedang into the mood tadi!

"Okay, babe, let's go."

Pierre merangkul pinggang Arissa, namun, itupun terasa jauh kerana gadis itu seperti tidak selesa dan kaku sahaja. Mungkin inilah pertama kali dia dilayan sebegitu oleh seorang lelaki, lama-lama terbiasa jugalah dia jika selalu  bersamanya, fikir Pierre dalam hati sambil tersenyum.

Saat mereka ke resepsi majlis, Lee segera mendapatkan mereka.

"Hey you all!!! Korang pergi mana hah? Keliling aku cari tau. Pierre, you hati-hati, jaga anak dara orang!!"

Arissa menjegilkan matanya kepada Lee sementara Pierre tersenyum. Kemudian dia merangkul bahu Arissa.

"You tak payah risaulah Lee, selagi I ada, Arissa is in a good hand."

"I ambikkan air untuk korang," kata Arissa sambil cepat-cepat melepaskan diri dari Pierre dan menuju ke tempat di mana letaknya gelas-gelas air.

Arissa tidak tahu mengapa dia begitu tidak selesa dengan sentuhan-sentuhan Pierre, padahal, lelaki itu adalah kekasihnya. Anehnya, jika Farizal dengan selambanya, menyentuhnya tidak pula dia merasakan apa-apa yang aneh, malah, selesa.

Arissa memerhatikan kekasihnya dari jauh. Dia sedang berbual mesra dengan seorang wanita yang cantik. Tadi semasa mereka baru datang ke sini pun, sudah ada beberapa orang menegurnya. Pierre memang dikenali oleh ramai orang, baik lelaki mahupun wanita jadi Arissa mengingatkan dirinya supaya jangan mudah cemburu kerana Pierre memang seorang social butterfly.

Saat Arissa membantu dirinya dengan meminum segelas jus, bahunya ditepuk perlahan dari belakang. Apabila dia menoleh, dia mendapati seseorang yang sangat dikenalinya tersenyum ke arahnya.

"Nizam! Apa yang kau buat kat sini?" Arissa begitu gembira tatkala terserempak dengan teman lamanya. Dahulu mereka selalu hang out bersama, bermain papan gelungsur. Malah, mereka juga sering adakan sesi jamming bersama dengan Nizam selaku vokalis sementara dia bermain dram.

"Aku sekarang intern untuk magazine GlamJuice, photographer. Diorang hantar aku untuk ambik gambar event ni, tak sangka pulak kau model untuk salah satu daripada contestant." Nizam memandang teman lamanya dengan rasa tidak percaya. Benarkah gadis yang berdiri di hadapannya Arissa Binte Kamal, gadis yang selalu menguasai padang bola atau 'terbang' dengan selambanya dengan papan gelungsurnya?

Arissa tersenyum, kemudian mengangkat bahunya.

"Aku tolong kawanlah. Kau tu... Senyap je, mana hilang?"

"Biasalah, sibuk, cari experience. Wah, lama tak jumpa, tup, tup kau dah meletup sekarang, dah makin cantik, seksi pula tu."

"Ada-ada jelah kau ni! Malam ni jelah cantik, hari biasa tu buruklah?"

Mereka berdua tertawa sambil bercerita tentang cerita lama di saat mereka beramai-ramai ponteng sekolah untuk mengikuti pertandingan Band (Mereka memenangi tempat ketiga) namun tertangkap apabila kereta guru matematik mereka kebetulan melalui tempat tersebut. Masa itu jugalah mereka sedang menerima penghargaan mereka. Lintang-pukang mereka lari, bersembunyi di dalam tandas lelaki di sebuah pusat membeli-belah terdekat, (termasuk Arissa, memandangkan dia seorang saja ahli perempuan kumpulan itu). Nasib baiklah ketika itu tidak ramai orang berbelanja.

"Kebetulan dah jumpa ni, boleh aku ambik gambar kau?"

Arissa mengangguk dan memberi keizinan supaya gambarnya dipetik.

"Ehem."

Mereka berdua menoleh dan mendapati Pierre sedang berada di belakang Arissa.

"Hey, baby, you pergi mana tadi sayang?" Pierre dengan segera memeluk bahu Arissa seolah-olah ingin melindunginya daripada dirampas oleh Nizam, namun Arissa segera melepaskan pelukan itu.

"Pierre, ini Nizam, kawan lama I, Nizam, Pierre."

"Boyfriend Arissa." tambah Pierre dengan wajah yang berkata 'Jangan nak berani cuba-cuba.' "Sayang, I nak cakap dengan you sekejap boleh?"

Nizam kelihatan tidak selesa kerana Pierre seolah-olah menuduhnya ingin menggatal dengan kekasihnya.

"Okay, nice meeting you but I gotta go. See you, Rissa."

Pierre memandang Nizam pergi dengan wajah yang puas sementara Arissa memandang Pierre dengan rasa tidak percaya. Sudah seminggu mereka menjadi pasangan, inilah pertama kali dia mengetahui sikap Pierre yang mudah cemburu. Baru sahaja Arissa rasa gembira kerana antara beribu-ribu orang yang tidak dikenalinya hadir di resepsi pertandingan itu, sekurang-kurangnya ada juga seseorang yang amat dikenalinya. Ingatkan dia dapat bersembang lama dengan Nizam, namun Pierre sepertinya tidak begitu teruja dengan idea itu.

"What was that?" Tanya Arissa dengan nada kesal.

"What was what?" Pierre bertanya kembali dengan wajah tidak bersalah, seolah-olah tidak mengerti apa yang dikesalkan oleh kekasihnya itu.

"Kenapa you buat macam tu?"

Pierre tidak segera menjawab, malah dia mengambil tangan Arissa dan mengajaknya ke bahagian yang lebih privet, ke sebuah balkoni yang luas yang terletak di luar dewan itu dan jauh dari pandangan orang ramai. Saat Pierre berhenti, Arissa melepaskan tangannya.

"Apesal dengan you ni?" Tanya Arissa begitu melihat wajah Pierre yang tidak gembira.

"I tak sukalah you layan lelaki sembarangan!"

Luahan Pierre membuatkan Arissa terkejut. Layan lelaki sembarangan? Apa pula yang lelaki di hadapannya melalut?

"Excuse me? You cakap apa ni? Tadi tu kawan lama I lah! In fact I dah kenal dia lebih lama daripada I kenal YOU! Lagipun kitorang bukannya buat apa-apa pun, cuma berbual..."

"Berbual je? Habis yang you tergedik-gedik ketawa tu apa? Siap bagi dia ambik gambar you lagi!"

Gedik? Gedik ke aku tadi?

"Apa salahnya? Lagipun dia photographer untuk magazine GlamJuice, so he's practically just doing his job!"

"Tapi I'm sure job description dia tak termasuk bersembang or even 'flirting' dengan model kan, especially girlfriend orang!"

Arissa menjadi marah dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas Pierre. Selama ini, gadis-gadis gedik yang berbual sampai bertepuk tampar bahu dengannya pun dia tak halang, kenapa pula lelaki itu harus marah jika dia hanya sekadar berbual dengan teman baik lamanya yang begitu lama tidak ditemuinya? Arissa menjeling sambil memeluk tubuhnya.

Melihat Arissa yang marah, Pierre menghela nafasnya. Kemudian dia memegang kedua bahu gadis itu.

"Sayang..."

Arissa melepaskan pegangan itu dan pergi ke penghadang balkoni tersebut untuk melihat cahaya dari lampu kota di malam yang muda itu. Cantik, namun ia tidak dapat dinikmati oleh hatinya yang sakit. Pierre mendekatinya.

"Look, I'm sorry kay? Mungkin I tak patut berbual kasar dengan you macam tadi tapi you kena faham. You girlfriend I and everybody knows that. Apa yang you buat tadi akan bagi orang the wrong impression. Maybe you tak flirt dengan dia tadi tapi orang lain tak faham." Tutur Pierre dengan lembut sambil memainkan jarinya di hujung rambut Arissa, namun wajah gadis itu masih masam.

'Habis yang dia berlaga pipi dengan perempuan-perempuan gedik tu semua tadi, termasuk ex dia, siap pukul-pukul mesra takpe pula!' getus Arissa dalam hati dengan marah namun dia malas untuk memperdebatkan soal itu.

"I nak masuk dululah... " Arissa baru sahaja ingin melangkah pergi apabila sekali lagi Pierre menarik lembut tangannya.

"Sayang. Look, I betul-betul am sorry okay? Forgive me, pretty please? Right, I mengaku I jealous tapi tu sebab I takut I'll lose you. Now, I tau tu keterlaluan tapi will you please, please forgive me?"

Melihat kesedihan di mata cokelat Pierre Arissa jadi tidak sampai hati pula. Iyalah, mungkin kerana tindakannya itu didorong oleh rasa sayang. Arissa mendongak dan menarik nafasnya.

"Okay, tapi please jangan asal boleh terjah je, tuduh I sembarangan macam tu, I betul-betul tak suka."

"Right, promise!" Pierre mengangkat tangannya tanda sumpah membuatkan Arissa tersenyum.


Tidak beberapa lama kemudian, keputusan untuk pertandingan akan diumumkan. Semua para peserta bersama model mereka diminta untuk naik ke pentas runway itu untuk menerima keputusan, bermula dari hadiah saguhati.

"Baiklah juara Passion For Fashion tahun ini adalah...Muhd Salihin!"

Seraya  nama juara pertandingan diumumkan, kertas berwarna-warni serta beberapa belon jatuh ke pentas. Lee memeluk Arissa yang mengucapkan tahniah kepada temannya yang entah dengar atau tidak di antara rasa gembiranya dan kemeriahan di sekelilingnya. Lee mengambil tangan Arissa dan maju ke hadapan untuk menerima hadiah yang telah dijanjikan berserta trofi dan sejambak bunga. Selain daripada itu, Lee juga berkesempatan untuk bekerjasama dengan pereka terkenal yang sudah menempah nama antarabangsa, Ricardo Rein.

"Pada tahun ini, kami juga ada kejutan bagi kategori baru, iaitu kategori Miss Personality untuk model-model yang memperagakan rekaan-rekaan para peserta masing-masing. Diadili oleh Cik Jazzelyn dan Cik Natasha daripada oleh Jazz and Tash Modelling, ia akan dianugerahkan oleh para Model tadi yang menarik perhatian mereka dan pemenangnya adalah...Arissa Kamal, model untuk Muhd Salihin!"

Ruang itu digegarkan lagi dengan sorakan dan tepukan oleh para penonton. Arissa yang terkejut masih lagi terpaku saat petikan lampu kamera menyilaukan matanya.

"Girl, itu kaulah!"

Lee menarik lengan Arissa yang menurut sahaja sambil menerima tiara kecil di kepalanya dan sash 'Miss Personality' disarungkan di tubuhnya. sudah seperti beauty pageant pula.

                                                                          ***

Farizal yang baru selesai mandi mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala sementara neneknya sibuk membuat kuih bahulu untuk tempahan.

"Rizal nak makan?" Tanya neneknya.

"Takpelah, kenyang lagi ni, nek," kata Farizal namun tangannya sempat mengaup satu biji kuih bahulu yang masih hangat dan menghancurkannya ke dalam mulutnya.

Farizal ke ruang tamu dan menghidupkan televisyen. Pada mulanya rancangan yang ditayangkan tidak menarik   perhatiannya namun saat dia melihat sebutir wajah itu...Dia terpaku. Dengan tiara yang menghiasi kepalanya, gadis itu kelihatan seperti seorang bidadari. Tidak mungkin dia tersalah lihat, betullah, itu memang Arissa! Mungkin gadis itu sudah didandan atau kehilangan sekilo dua namun dia yakin gadis itu adalah dia!

Alamak... Kenapalah tangannya gatal menghidupkan televisyen? Padahal dia sudahpun bertekad untuk melupakan gadis itu dan meneruskan kehidupannya namun malam itu dia mendapati bahawa dia sedang terkesima memandang wajah yang kini dia sedari, dirinduinya.

"Farizal!"

Mendengar Suara neneknya yang memanggil namanya, dengan segera dia menukar siaran televisyen.

"Iya nek?"

Nek Jah datang dengan sepinggan kuih bahulu dan secangkir milo panas untuk cucunya itu. Setelah meletakkannya di atas meja, dia menyepetkan mata tuanya untuk melihat apa yang menarik perhatian cucunya di televisyen sehinggakan dipanggil pun tidak menyahut.

"Cerita apa yang Rizal tengok ni? Nenek panggil pun tak dengar."

Entah. Farizal pun tidak tahu siaran apa yang ditukarnya tadi, asal sempat picit sahaja.

"Err...Oh, cerita ni, bagus."

Apabila dia menoleh, rupa-rupanya ia adalah rancangan mengenai bagaimana caranya untuk menggubah  hantaran perkahwinan atau pertunangan...

"Aik, sejak bila cucu aku ni jadi mat lembut, minat dengan gubahan hantaran ni?" gurau Mak Jah sambil tersenyum geli.

"Err...Takdelah minat, cuma nak tengok je, suka-suka..."

Mak Jah menggelengkan kepalanya.

"Suka-suka tengok je ke... Dah nak kahwin...?" Usik Mak Jah lagi.

Farizal tertawa sinis.

"Kahwin? Dengan siapa? Lainlah, kalau Zal ni kaya, handsome ada juga makna nak berangan pasal kahwin..." Entah mengapa tiba-tiba dia terbayangkan Arissa dan Pierre. Saat itulah hatinya terasa sayu.

"Apa pula? Siapa kata Rizal tak hensem? Walaupun kita ni tak kaya, yang penting hati kita mesti baik. Kalau harta berbukit-bukit pun, perangai macam setan pun jodoh tak lekat, susah nak cari orang yang ikhlas sayangkan kita," nasihat Nek Jah, padahal dia langsung tidak tahu-menahu tentang masalah yang dihadapi oleh  cucunya kini.

Farizal hanya terdiam sahaja. Janggal pula rasanya berbicara tentang cinta dengan neneknya. Farizal mengambil lagi sebiji kuih di pinggan sambil memandang lurus ke televisyen. Berbicara tentang cinta, dia jadi teringatkan nasib ibunya, seorang mangsa daripada Cinta. Kerana dalamnya cinta wanita itu kepada ayahnya, hatinya begitu hancur tatkala dia dikhianati oleh seseorang yang telah dia berikan seluruh jiwanya. Farizal kurang pasti, tetapi mungkin kerana ingin melupakan cintanya yang hilang, dengan cepat ibunya menerima hati yang ditawarkan dan sanggup meninggalkan dirinya untuk tinggal ke luar negara mengikut suami barunya, asalkan kisah lamanya dapat dipadam terus.

Betapa cinta dapat menghancurkan seseorang dan dia tidak mahu menjadi salah satu daripada mangsanya.


                                                                                 ***
Kemeriahan masih terasa walaupun acara pertandingan sudah setengah jam berakhir. Lee dan Arissa banyak menerima ucapan tahniah dan wawancaraan dari pihak media. Mahu tidak mahu, terpaksa juga Arissa melayani walaupun matanya sudah mengantuk habis, membayangkan tilam empuknya. Berbeza dengan dirinya, Lee dan Pierre yang selalu berada di sampingnya rancak sahaja melayani perhatian yang diterima.

 Dalam kehebohan itu, Arissa didatangi oleh dua wanita berumur sekitar awal 30 an yang begitu bergaya dan tinggi.

"Arissa Kamal, congratulations." Kata salah satu daripada yang berambut panjang yang dilepaskan.

Arissa menyambut salaman daripada kedua-dua wanita di mana yang satu lagi mengenakan gaya angular bob.

"By the way, nama I, Natasha dan yang ini, Jazzelyn. We're from Jazz and Tash Modelling..."

Jazz and Tash Modelling... Oh jadi merekalah pengadil yang memilihnya memenangi Miss Personality... Arissa jadi gementar.

"Oh, right... Nice meeting you both. Terima kasih sebab pilih saya untuk Miss personality, I really appreciate it."

"So, Arissa, you pernah ada modelling experience?" Tanya Jazz.

"Actually...Tak...Tak pernah langsung. Saya model pun kebetulan my friend... Lee, perlukan pertolongan saya," jelas Arissa dengan anggukan oleh Jazz. Natasha yang setia mendengar tersenyum. Jazzelyn kelihatan lebih tegas sementara Natasha pula lebih peramah dan lembut.

"Would you be interested if we tawarkan you untuk sign dengan us untuk jadi our model?" Tanya Jazzelyn membuat Arissa tersentak. Aku? Model? Biar betul...

"Tadi we nampak your power of determination and instantly fell in love with you," tambah Natasha.

Arissa terdiam. Dalam hatinya, dia tidak pernah berniat untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang model.

"Wow, terima kasih tapi saya tak rasa..."

"Macam ni lah. Kitorang bagi you try for 6 months dulu, with pay. Kalau you suka, you boleh sign on dengan kitorang, how's that?"

Arissa terdiam. Dia benar-benar tidak pernah terfikir ke arah itu, tapi jika bayarannya lumayan, apa salahnya...

"Mmm...Beri saya masa, saya akan fikir dulu, iyalah saya pun masih belajar, tahun ni tahun terakhir saya." Kata Arissa akhirnya.

"Okay..." Jazzelyn mengeluarkan sekeping kad daripada beg tangannya dan menyerahkannya kepada Arissa. "This is our card, call us kalau you dah buat keputusan."

Arissa mengambil kad tersebut. Kemudian Jazzelyn dan Natasha pun meminta diri.

                                                                                ***
Sepanjang perjalanan pulang dalam kereta Pierre, Arissa termenung, memikirkan tawaran dua bekas supermodel yang terkenal dan berjaya itu. Dia masih belum memberitahu sesiapa pun tentang tawaran itu.

"You okay, sayang?"

Teguran Pierre yang sedang memandu mematikan lamunannya. Dia segera menoleh dan menganguk sambil menguap. Kemudian dia melirik ke arah jam di kereta itu, sudah hampir pukul satu, patutlah...

"Tadi, Jazzelyn dengan Natasha approach I..." kata Arissa mematikan suasana yang sepi.

"I nampak tadi. Apa yang diorang cakap?"

"Diorang congratulate I...Diorang kata I bagus..."

Pierre tersenyum sambil memegang tangan Arissa.

"Tell me something I don't know."

Perasaan Arissa menjdi gementar. Nak bilang ke tak nak? Padahal hatinya sudah hampir meledak.

"Erm... Diorang bagi I name card. They offered me untuk sign dengan agency diorang."

"Baguslah! Itu open doors for more opportunities ahead of you. You dah terima?"

Arissa terdiam seketika. Nampaknya Pierre suka mendengar berita itu, namun dia sendiri tidak pasti.

"Belum. I tak taulah nak terima ke tak nak, maksud I modelling is just not my...Thing." Akhirnya Arissa meluahkan juga apa yang terbuku di dalam hatinya sejak dari tadi.

"Sweetheart, you belum try pun kan? Lagipun, I sukalah kalau you selalu macam ni, cantik... Dengan joining  Jazz and Tash, you akan discover your fashion identity, kenali your femininity side. Learn to be a girl."

Excuuze moi?

"Jadi, selama ni I ni tak 'girl' enough lah? Kenapa, ada masalah ke dengan tu?"

Pierre tersenyum sabar ke arah Arissa yang mula rasa diprovok.

"Tak, sugar. You dah 'girl' enough untuk I sayangkan you cuma...penampilan you tu akan buat orang not take you seriously. I mean, tahun ni pun dah graduation year kita kan? Sampai bila you nak pakai t-shirt and jeans je? In the real world, first impression tu important and apa yang kita pakai tu akan menilai sama ada we are worth the chances or not. Menjadi seorang wanita, femininity is important and I'm afraid T-shirt, jeans and sneakers won't do honey."

Kata-kata Pierre seperti satu tamparan hebat kepada Arissa. Sebenarnya dia sudah sedia maklum tentang perkara itu namun dia tidak pernah mengambil  pusing kerana dia mencintai kehidupannya namun kini apa yang dikatakan oleh Pierre mula merenggut keselesaannya sedikit...

"Memanglah muda-muda nampak okay tapi I rasa orang dewasa kenalah pakai macam orang dewasa, barulah people will take you seriously, ingat, kita bukannya bertambah muda sayang..." tambah Pierre.

Arissa membayangkan dirinya yang harus berpakaian begini setiap hari...Tidak!!! Cukuplah dia tersiksa sewaktu di runway tadi dengan kakinya yang mula sakit ekoran terlalu lama memakai kasut bertumit tinggi.

"Tapi, I bukannya pandai sangat pasal hal...gini-gini."

"You akan belajar sayang. I ada banyak kawan yang boleh tolong you. Lee pun ada."

Arissa menarik nafasnya. Perlukah? Dia sedang menikmati kehidupannya dan kini dia harus mengubahnya secara mendadak. Berpura-pura untuk malam ini pun dia sudah rimas apatah lagi menjadikan ia satu gaya hidup! Arghh! Di baju yang kurang selesa ini sahaja Arissa sudah membayangkan t-shirt longgar kesayangannya. Ah...

"Perlukah?"

"Ya, honey. Besok, I nak you call Jazz and Tash and take up offer diorang. Please? At least buat untuk I?"

Arissa tidak menjawab. Ini tentang kehidupannya kini. Menjadi seorang model bererti kurang masa untuk bersukan, bermain papan gelungsur, memakai kasut tumit tinggi selalu (aduh!), memakai mekap tebal selalu. Dalam erti kata yang lain, bunuh Arissa lama, bina Arissa baru.